#Suntikan Semangat#

Saturday, 23 November 2013

Sesungguhnya Ingin Ku Milikimu...


Satu, dua, tiga... Dalam masa tiga saat I'm fell in love. Statement mengarut macam dalam movie korea 'Love Rain'. Huh, langsung tidak boleh dipercayai. Mana ada orang jatuh cinta dalam masa tiga saat.

Tapi dia buatkan aku jadi percaya semua tu. Dia yang ubah segala-galanya. Aku percayakan dia. Semuannya janji dia aku ikut.


***
Aku tersenyum. Penuh dengan kepuraan. Lelaki dekat depan ni memang cari pasal dengan aku. Bincang sikit, berhenti, lepas tu pandang aku. Senyum. Dia ni memang tiada perasaan. Membuang masa aku aje.

"Dya, senyum tu biar ikhlas supaya hati pun ikhlas. Kalau tak ikhlas semua benda tak betul nanti. Cuba senyum. Cheese... " Dia sempat bagi motivasi dekat aku sambil senyum nampak giginya yang putih bersih.

"Eee... Dya tak main-mainlah. Ini bukan masa untuk belajar cara senyum-senyum. Kalau nak belajar, buatlah cara belajar. Jangan buang masa je." Aku naik geram. Tak lama lagi nak exam. Tajuk ni tak bincang habis pun. Punyalah lama duduk kat library ni, baru tiga muka surat daripada enam ratus lima puluh dua muka surat baru habis bincang.

"Alaa, rilekslah. Banyak lagi masa. Hari ini orang tak ada mood la. " Dia jawab tanpa perasaan.

"Dia bolehlah... budak pandai. Otak komputer. Dya ni otak manusia. Susah nak save banyak maklumat. Kena step by step dulu. Cepat ah, Is. Ajar Dya ni. Kalau Is tak nak belajar pun tak apa, Dya tak kisah tapi Is kena ajar Dya."

"Mana aci macam tu." Dia mencebik. Buruk gila rupa dia.

"Mana aci, mana aci. Aci kat India lah."

"Orang tak main-main lah."

"Dya pun tak play-play. Cepat. Sekarang jugak Is kena ajar Dya. Now!" Aku buat ayat perintah. Tunjuk buku pasal business.

"Suka hati aje paksa orang. Pasal business law pun tak tahu. Macam mana nak pandai. Tu lah dekat kelas, Tak fokus. Banyak cakap aje..." Dia pandang aku.

"Dah lah. Dya dah breakfast tadi. Nanti kembang pulak Dya nanti." Aku buat muka kesian kat dia. Suruh dia berhenti bagi tazkirah. Aku hulurkan buku dengan pen. Dia tarik dengan 'ganas'. Dia jeling aku macam nak telan aje. Aku tersengih dekat dia.

"Tu lah... bila orang nasihat tak nak dengar." Dia dah mula  tukar bad mood.

"Dya dengarlah. Telinga ni elok lagi. Nanti Dya belanja aiskrim. Nak tak?" Aku ubah topik lain. Muka dia tak boleh blah bila merajuk. Serius kelakar. Memang betul lah ayat dalam drama Melayu. Lelaki bila merajuk memang buruk. Aku ada bukti kat depan mata ni.

"Baskin Robbin." Barulah dia senyum. Tu tandanya mood dia dah bertukar arah angin.

"Tak... aiskrim Malaysia je."

"Baik tak payah."

"Hek-eleh! Nak yang mahal-mahal aje." Aku sound dia. Dia cuma tersengih. Aku cepat-cepat lebarkan telinga. Dah ready nak kena ajar dengan dia bila nampak dia dah siap tulis nota-nota kat kertas kosong,

Lepas makan aiskrim Baskin Robbin kat Ampang. Dia terus hantar aku balik. Malam ni aku kena tidur cukup-cukup. Nak bagi masuk segala maklumat yang Iskandar bagi tadi. Terasa dah nak meletup kepala ni sebab dia langsung tak bagi berehat walaupun sesaat. Fokus. Bila aku tertidur sekejap masa dia tengah membebel, terus dia jerit guna volume impak maksima kat telinga aku. Gila... rasa nak pecah gegendang telinga ni. Nasib baik tak pekak.

Librians yang ada masa tu terus halau aku dengan Iskandar keluar lepas Iskandar banyak kali jerit kat aku suruh bangun. Masa tu pulak aku rasa macam nak lompat aje sebab tak payah dengar dia cakap apa-apa lagi. Dia pula menjeling aku. Taubat. Tak nak suruh dia ajar aku lagi. Dia seorang guru yang kejam pada anak muridnya. Tak layak langsung jadi guru.

***
Aku ada lagi satu paper lagi hari ini. Iskandar dah lama grad. Lepas tu nanti aku pulak ambil position dia jadi senior. Aku ada lagi setahun. Lambatnya nak habis belajar! Huhuhu...

'Dya, nanti jawab betul-betul. Jangan berangan. Ingat apa yang orang terangkan." Iskandar sempat bagi pesanan kat aku sebelum aku keluar kereta. Hari ini dia yang hantar. Masa aku nak startkan motor tetiba ada bunyi kereta hon depan rumah. Aku ingat orang kaya mana yang sesat nak tanya rumah dia, rupa-rupanya Iskandar. Terkejut aku. Selalunya dia asyik bawa je kereta GTi kesayangan dia, alih-alih hari ini dia bawa Audi A6. Bila aku tanya mana kereta, dia jawab tanpa 'rasa berdosa' saja nak buat muka aku melopong. Hampeh! Apa punya ayat daa...

"Ok. Bye." Aku terus keluar kereta. lagi dua minit dah nak start. Sepatutnya sekarang dah... Oh my dad! I'm late! Ni semua pasal dia. Bawa kereta lembab macam kura-kura. Kata ada banyak masa lagi lah, nak testing bawa kereta baru lah, bla bla bla.... Hampagas punya Iskandar!

***
Aku cuti dua bulan sebelum masuk semester baharu. Duduk rumah aje layan cerita Korea. Iskandar pulak dah lama kerja kat syarikat ayah dia. Senang aje hidup dia, keluar universiti terus dapat kerja tanpa interviu jadi pangarah urusan syarikat. Dia kata kat aku best jadi boss, bila nak ponteng senang. Tak ada sesiapa yang marah kecuali ayah dia sendiri dapat tahu yang dia menipu. Ceh! Boleh jadi kelam-kabut kalau dapat boss macam ni. Ada niat malas tahaf infiniti.

Tetiba telinga aku dengar Avril Lavigne buat persembahan lagu 'When You're Gone' time watak Hung Jung Sok keluar. Issh, kacau lah. Aku malas nak angkat dan biarkan aje telefon berbunyi sampai lagu habis. Siapa suruh nyanyi salah waktu!

Again. Lagi sekali dia memekak. Tapi kali ini aku angkat. Kesian pula dengar dia menyanyi tak ada siapa yang sokong.

"Waalaikumussalam. " Dia terus jawab lepas aku angkat aje telefon. "Apasal tak angkat call orang tadi. Penat orang tekan nombor tahu!" Dia dah start marah. Tapi dia cuma marah baik-baik je.

"Dah tu. Siapa suruh telefon Dya masa Dya tengah layan pakwe handsome Dya." Sengaja aku tekankan sebutan handsome tu. Bagi dia jealous. Ha ha ha... niat tak baik ni!

"Eh, siapa cakap orang tak handsome. Muka orang ni kacak lagi bergaya. Comel aje. Sejuk orang tua-tua pandang tau. Kalau masuk pertandingan siapa paling handsome, comfirm Asyraf Singlair keluar. " Dia dah keluarkan ayat yang aku meluat nak dengar. Puji sendiri memang lah diri sendiri yang menang!

"Tapi Asyraf Singlair terkeluar je. Is bukannya menang lagi pun. Kalau lawan dengan pakwe orang, Dya yakin seratus peratus yang Is kalah." Aku tak nak mengaku kalah. Nak jugak menangkan Hung Jung Sok. Tetapi secara hakikinya, muka Iskandar tak adalah buruk mana pun. Dia dikira sama taraf juga dengan Brand Pritt tu. Jap... Brand Pritt tu handsome ke?

"Tak habis-habis dengan Korea dia. Cubalah tengok cerita Melayu. Kalau macam ni perangai rakyat Malaysia zaman sekarang macam mana filem Melayu nak naik!" Iskandar dah mula masuk topik ekonomi antarabangsa. Cepat-cepat aku masuk line.

"Aaa... Is telefon Dya nak apa? Tetiba call orang pagi-pagi. Tak kerja ke?"

"A ah, lupa pulak. Ni semua pasal 'sabun' Dya tu. Hari ini orang ambil MC. "

"Eh, sedap-sedap pulak tuduh Jung Sok orang. Nama dia bukan sabun. Dah banyak kali Dya bagitau. Tak akan tak faham-faham lagi. Hung Jung Sok." Aku marah dia. Mana boleh kutuk-kutuk pakwe aku.

"Dah, dah lah sabun. Dah orang nak panggil sabun. Sabun lah. Suka hati Is lah. Cepat siap nanti dalam sepuluh minit lagi orang sampai." Terus dia letak telefon. Mesti dia dah on the way. Aku pun cepat-cepat tukar baju dengan jean dan baju T-shirt biru lengan panjang,

***
"Kita nak pergi mana, Is? " Aku tanya dia lepas dua puluh minit kita orang senyap dalam kereta.

"Tak akan lupa kot. Nak beli hadiah lah." Dia jawab soalan aku. Mata dia tetap pandang depan.

"Hadiah? Untuk siapa?" Aku tanya balik dia soalan. Nak buat apa hadiah. Harijadi siapa pula.

"Tu lah... muda-muda lagi dah nyayok. Kan Pa'an nak kahwin minggu ini."

"Cakap elok-elok sikit boleh tak? Dya tak nyayok lagi cuma... lupa je." Aku tersngih. Tak sangka Pa'an cepat betemu jodoh. Ada juga perempuan nak dengan dia yang gila-gila tu. Teringat balik apa yang dia cakap kat aku. Masa tu kita orang tengah borak-borak pasal kahwin.

"Nanti kalau aku kahwin aku nak isteri macam bidadari. Pandai masak. Jaga aku dengan anak-anak aku nanti. Nak yang sama macam aku. Tak nak yang lain. Macam kau. Paramesium tak cukup flagella."

Aku tersenyum sendiri pandang kat luar tingkap.

"Apasal tersenyum sorang-sorang tu. Macam tak betul aje orang tengok." Iskandar tegur aku. Aku tersedar lepas tu pandang dia.

"Untung Pa'an kan? Cepat gila dia kahwin. Habis belajar terus bertunang. Sekarang ini kahwin." Aku pandang depan.

"A ah. Memang untung. Jom Dya kita kahwin." Tetiba dia keluarkan statement mengarut.

"Buat kelakar ke apa. Bila masa pula Dya ni jadi makwe Is. Bercinta pun tidak." Aku pandang dia.

"Ya tak jugak. Sejak bila Dya ini makwe Is kan?" Dia jeling aku. Aku jeling dia balik.

"Kecik hati Dya tau." Aku cakap kat dia sambil pandang kat luar tingkap.

"Hati orang ni lagi kecik hati... sampai usus, jantung, gall blader, dah mengecil sekarang ini." Dia balas balik. Aku senyum dengar jawapan dia.

***
Lima tahun aku dah kerja sama dengan syarikat Iskandar. Kirannya dia boss aku lah sebab pangkat aku bawah sikit daripada dia. Nama aje kerja bawah satu bumbumg tapi jarang jumpa itupun bila ada mesyuarat je nampak batang hidung masing-masing.

"Dya, janganlah sampai macam ni sekali..." Dia hulurkan aku air nescafe. Dia memang terbaik. Macam tahu-tahu aku dah lama tak minum air nescafe.

Aku minum air tu sampai habis. Lepas tu sambung balik letak kepala atas meja. Aku tengah sedih ni. Hari ini Iskandar ajak aku lunch kat luar. Tapi aku tak nak keluar sebab tak ada mood nak buat apa-apa waktu cuti sekarang ini. Tapi dia paksa jugak sampai gunakan kuasa mak aku sendiri. Akhirnya aku pun ikut jugak dia sebab dia kata makan dekat-dekat kawasan rumah aku aje.

"Is tak faham perasaan Dya. Dya sayang dia sangat-sangat. Kenapa dia buat Dya macam ni? Sampai hati dia... " Aku menangis. Dah lama tahan dari tadi. Tak peduli orang pandang kiri kanan. Nak menangis jugak.

"Dah lah. Allah lebih sayangkan dia. Nak buat macam mana. Dya kena reda. Tak boleh macam ni." Dia cuba pujuk dengan pandangan dia tak lepas dari muka aku. Ini semua pasal kereta yang bertuankan manusia yang tak cukup zat tu. Sebab manusia tu kucing kesayangannya, Comel mati depan mata! Seminggu lebih dia duduk kat depan tempat Comel kena tanam. Aku sedekahkan al-fatihah, menangis kat situ. Sampai mak abah berniat nak bawa aku jumpa doktor psiakitri. Parah tu! Kereta tu dah langgar tak minta maaf pulak tu, terus blah macam tu je. Ni kes langgar lari dah.

Tiba-tiba dia tarik tangan aku. Terkejut. Aku pandang dia pelik.

"Kenapa?' Aku tanya dia.

"Kita pergi jalan-jalan. Tak nak sedih-sedih macam ni." Dia tersenyum dekat aku.

"Tak nak lah. Dya tak nak pergi mana-mana." Aku tarik balik tangan aku balik.

Dia tarik tangan aku balik. Suruh aku bangun. "Jom." Dia paksa aku juga ikut dia.

"Tak nak. Nak balik jugak."

"Compulsory."

"Tak nak." Aku pandang dia dengan muka kesian. Memang dia tak ada mood langsung sekang ini. Tengah touching macam ini.

"Kalau balik fikirkan Comel tu buat apa. Dia dah tak ada kan?" Dia pandang aku. Terus tarik aku masuk dalam kereta. Aku dengan muka terpaksa ikut juga dia. Iskandar memang tak ada perasaan!

Dia bawa kereta laju ke bandar. Lama aku dengan Iskandar tak cakap langsung dalam kereta sampai lah dia berhenti dekat satu kedai haiwan.

"Dah turun." Dia pandang aku,

"Buat apa kata sini?" Aku tanya dia. Buat apa kat kedai haiwan ini. Dia nak bela apa pulak.

"Tengok binatang lah. Is tak nak tengok Dya menangis macam ini. Nanti Is terasa sedih jugak. Is nak carikan Dya 'kawan' macam Comel tu kat sini. Jom!" Dia tersenyum kat aku. Sekarang ini aku terasa lagi nak menangis bila dengar dia cakap macam tu.

"Terima kasih Is. Dya sayang Is." Aku pun turun kereta. Walaupun kucing ni tak macam Comel tapi aku tetap gembira sebab dia sanggup terbangkan sembilan ratus ringgit nak beli kucing Parsi ni untuk aku. Aku kata muka kucing ini sama macam Comel tu pun dah cukup. Dia tersenyum aje pandang aku bila aku panggil kucing tu dengan nama Iskandar sempena hadiah dia untuk aku.

***
"Orang dekat luar." Pukul tujuh setengah, pagi Sabtu yang indah lagi permai ni Iskandar telefon aku.

"Biar betul?"Aku tak percaya. Aku dengan tak mandi lagi ni tetiba dia datang.

"Betullah... tengok dekat luar."

Aku buka pintu depan dan nampak dia memang betul-betul dah tunggu depan pagar.

"Aik?" Aku hairan. Tak pernah pun datang mengejut macam ni. Ambil jawatan pengawas ke apa?

"Apasal ni?" Aku buka kunci pagar.

"Saja. Tadaa... suprise!" Dia jerit kecil. Aku cebik bibir.

"Apasal datang pagi-pagi ni?"

"Tak ada apa-apa." Dia sengih.

"Kita pergi Jusco Wangsa Maju nanti... pergi main-main kejap." Dia sambung lagi.

"Ha?" Aku kerut kening. Pelik.

"Lepastu kita main basuh kereta sama-sama."

"Ha?" Aku menjadi bertambah pelik.

"Lepas tu orang nak belajar masak asam pedas dengan Dya.  Kita lunch sama-sama." Dia terus bercakap tanpa henti.

Aku pandang dia. Apa kena dengan datuk ni. Buang tabiat ke apa?

"Apasal tetiba je?"

"Entah... macam nak buat je semua tu."

"Malaslah." Selamba aku balas. Hari ini aku nak bergolek-golek atas katil je.

"Please... hari ni je..." Dia pujuk aku. Kita orang pandang satu sama lain.

"Please... Dya..." Dia tak give up. Akhirnya aku anggukkan kepala. Dia tersenyum.

"Tunggu Dya mandi dulu." Aku terus masuk dalam rumah birkan dia dekat keluar rumah.

***
"Tak payah lah Is... basah lah!" Aku jerit dekat dia. Sesuka hati je main spray-spray orang. Lepas sahaja kita orang pergi Jusco dengan memasak. Aku dengan Iskandar terus pergi basuh kereta atas permintaan dia tadi.

Aku rampas hos dekat tangan dia dan halakan dekat dia. Ha ha ha...

"Padan muka!" Aku gelak cara kejam. Muahahaha. Aku dengan Iskandar main kejar-kejar keliling kereta tu. Tiba-tiba secara tak sengaja... aku terjatuh atas lantai sebab lantai licin sangat. Aku jatuh!

"Ha ha ha... " Dia gelakkan aku. Aku jeling dia. Bukannya berniat nak tolong pun.

"Tak payah lah gelak." Aku marah dia lepas dia tolong aku bangun.

"Ok?" Dia tanya aku.

"Ok lah. Terasa macam jatuh dari tingkat lima pulak." Statement tak boleh blah.

"Dya... berapa lama kita kenal?" Tetiba dia tanya.

"Entah... tapi lama jugak lah. Dalam tujuh tahun mungkin."

"Lama jugak."

"A ah. Macam tak ada muka lain aje dalam dunia ni. Asyik-asyik muka yang sama. Menyampah pun ada jugak."

Dia terus sembur air kat badan aku lepas sahaja aku habiskan ayat tu.

"Is... basah lah!" Aku jerit dekat dia. Kita orang tegelak kuat-kuat macam tak ingat orang lain dah. Kereta tu pun tak tahu sama ada terbasuh ke tak. Asyik main sembur-sembur aje.

***
Aku berbaring kat katil sambil tengok syiling. Waktu malam-malam macam ni terasa rindu pula dekat dia. Hari ini dah masuk sebulan Iskandar dekat London untuk uruskan projek baru kat sana. Lagi sebulan baru dia balik. Bosan aje bila dia tak ada. Semua yang aku buat jadi tak best. Oh, Is cepatlah balik Malaysia. Pengurus baru a.k.a lelaki gila kat office tu memang menyakitkan hati aku.

Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Tapi aku malas nak bersoal-jawab malam-malam macam ini. Mengantuk. Telefon aku berbunyi lagi sekali. Dengan terpaksanya aku buka mata juga. Terpaksa! Aku menjawab juga panggilan itu.

"Hisy, siapalah yang gatal call aku malam-malam buta ni?" Aku terus sound orang yang telefon aku tu.

"Sampai hati Dya marah-marah Is. Tak apalah orang letak balik fon." Mata aku terus terbuka bila dengar suara dia. Is... Aku terus bangun duduk atas katil. Senyuman aku ukirkan.

"Eh, Is... sorry. Jangan letak telefon. Dya tak sengaja. Ingatkan orang gila mana yang telefon Dya malam-malam buta macam ni. " Aku minta maaf balik kat dia. Bukan sengaja pun.

"Suka hati aje cakap 'orang' orang gila. Dah tidur ke?" Dia tanya aku.

"Baru nak tidur. Is... bila nak balik? Tahu tak, orang yang gantikan Is tu gila tau tak! Dia ingat macam Dya ni maid dia pulak. Sikit-sikit... Dya, buatkan saya kopi... Dya, tolong ambil tu, tolong ambil ni... Dya, cepat tolong saya, bilik air ni dah kotor, tolong cucikan... Dya, bersihkan bilik saya sampai bersih! Is tahu tak, Dya boleh jadi gila. Siapa ambil dia Is? Uncle ke?" Huh, lega kepala otak aku lepas luahkan semuannya kat dia. Biar dia tahu macam mana sengsara aku dengan boss gila kat office tu.

"Ha ha ha... Kesian Dya. " Aku geram. Aku tengah sakit hati dia boleh gelak pula.

"Sampai hati Is gelakkan Dya. Bukannya nak tolong." Aku tukar nada merajuk. Memang dia tiada perasaan.

"Alaa... rilekslah. Dia okay je. Orang kenal dia. Tak payah risau."

"Macam mana Is kenal dia sedangkan Is tak tengok pun muka dia?"

"Tahulah. Dia abang orang. Ok lah. Goodnight." Terus dia letak telefon sebelum aku sempat nak buka mulut lagi. Abang? Tak pernah-pernah pun dia cerita yang dia ada abang. Selalunya dia sibuk cerita pasal papa, mama, sepupu dia... sampai kisah moyong dia pun dia ambil tahu juga. Tapi abang dia tak pernah pulak.  Was-was bin prasangka ni.

***
"Ok lah. Setakat tu je rasanya perbincangan kita. Saya balik dulu." Tangan aku laju mengemaskan barang-barang yang ada kat atas meja tu. Aku pandang dia.

"Dya, tolong buatkan saya air kopi." Lelaki gila tu arah aku. Aku nak balik ah! Esok Iskandar balik. Dah malam macam ini mana ada staf lagi kat office. Cuma kita orang je. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap.

"Ermm, ok." Dalam nak tak nak, aku buat juga. Aku ni bukannya jenis manusia yang kejam.

Masa aku nak pergi kat pantri buatkan air kopi untuk dia. Tiba-tiba aku dengar ada orang bagi salam kat luar. Aku biarkan aje. Pandailah lelaki gila tu buka pintu. Tak akan tu pun nak suruh aku jugak. Sambil aku berjalan nak bawa air ini untuk dia, aku terpandang lelaki gila tu tengah bercakap dengan seseorang. Cawan yang berada dekat tangan aku terjatuh. Pecah!

Aku terkaku kat situ. Di luar ada dua orang yang memakai serban bersama dengan dua orang anggota polis dan seorang lelaki berkulit putih bersih yang mendakwa menjadi saksi perbuatan khalwat mereka.

"Awak berdua aje dalam pejabat ini?" Lelaki berserban berbaju kemeja putih dalam lingkugan usia 40-an mulakan soal jawab. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Waktu sekarang ini hanya ALLAH yang tahu bagaimana berkecamuknya perasaan ni. Siapa yang aniaya aku? Kejam!

***
Sekarang ni semua benda dalam dunia ni jadi tungkang-terbalik. Aku rasa macam nak mati sekarang jugak! Aku tak tahu macam mana nak explain dekat dia. Aku nampak muka dia happy je. Aku senyum paksa. Takut nak berdepan dengan dia.

"Dya, kenapa tak jemput Is hari tu. Penat orang cari dia kat KLIA hari tu. Orang call pun tak nak angkat. Kenapa?" Dia tanya aku dengan muka tak ada masalah.

"Aaa...aa... Dya masa tu tetiba ada kerja la. Macam mana nak jemput." Aku pandang tasik Titiwangsa. Hari ini dia paksa aku keluar sebagai denda aku sebab buat dia tertunggu-tunggu kat KLIA hari tu. Aku ikut je.

"Tetiba?" Dia pandang aku pelik.

Bila aku teringat balik kejadian hari itu. Aku memang tak kuat. Tiba-tiba tanpa aku sedar mata aku mula kabur. Aku start menangis. Sungguh hati aku tak kuat bila berdepan dengan dia. Dia pandang aku dengan muka risau.

"Dya... okay tak? Kenapa menangis?"

"Is, sayang Dya tak?"

"Mestilah Is sayang. Is sayang Dya hingga hujung nyawa Is." Dia tersenyum. Bila tengok dia macam tu lagi kuat aku menangis.

"Tolong Dya..." Aku pegang tangan dia. Minta simpati dekat dia.

"Tolong apa?"

"Kahwin dengan Dya."

"Dya cakap apa ni? Buat lawak pula." Dia ketawa.

"Dya serius. Hari tu Is juga nak kita kahwin kan? Jom Is. Jom..." Aku bangun tarik tangan dia suruh bangun tapi dia berkeras. Aku jadi geram.

"Dya!!! " Aku tersentak. Aku tergerak ke belakang. Tak pernah-pernah dia tinggikan suara macam ni kat aku. Terus aku menangis.

"Dya... Is minta maaf. Tapi kenapa tiba-tiba je." Dia slow volume dia balik.

"Is... " Aku senyap sekejap. Tarik nafas sebelum mulakan. "Dya kena tuduh berkhalwat dengan lelaki gila tu...  Tapi kitaorang tak buat apa-apa pun. Kita orang cuma bincang pasal projek je. Masa tu memang tak ada saksi sebab cuma ada Dya dengan dia je... Tolong Dya, Is... Dya minta maaf... Dya minta maaf." Aku terus melutut dekat kaki dia. Mengharap dia maafkan aku. Aku tak nak kahwin dengan lelaki gila tu. Aku nak Is!

Dia suruh aku bangun.  Dia pandang muka aku. Muka dia memang tak ada riak marah langsung. Steady je. Dia kesatkan air mata aku sambil tersenyum.

"Dya kahwin je lah dengan dia. Apa susah." Dia bagi nasihat yang memang tidak diterima akal oleh aku.

"Is ingat senang ke? Dya tak kenal pun dia. Tolong Dya. Is cakap lelaki gila tu abang Is. Is cakaplah dengan abang Is..." Aku pandang dia. Kenapa dia macam ni? Dia tak marah langsung.

"Is kenal abang Is. Is tahu dia macam mana. Dia memang ditakdirkan untuk jadi suami Dya selama-lamanya bukan Is. Tapi dia, Dya." Dia tersenyum.

"Kenapa Is cakap macam tu. Is tahu tak Dya kena kahwin dengan dia. Is tahu tak! Kata sayang Dya. Mana sayang Is untuk Dya? Mana Is... mana?"  Aku jerit dekat dia sambil nangis. Sampai hati dia cakap macam tu.

"Dya nak tahu siapa buat laporan pasal tangkap khalwat tu?  Orangnya Is. Iskandar bin Dato' Jamri! Is yang buat laporan tu... Is dah lama balik Malaysia cuma Is... Is terpaksa... Dya." Dia pandang tasik dekat depan. Aku terkejut dengar pengakuan dia. Dia yang buat?

"Sampai hati Is... buat Dya macam ni... kenapa Is?" Aku belakangkan dia.

"Sebab Is nak tengok Dya bahagia. Is tak mampu nak bagi Dya kebahagiaan. Is tak nak Dya sedih bila kahwin dengan Is."

Sedih? Tak mampu? Aku pandang dia.

"Is tak lama Dya... Is ada... barah hati, Dya." Aku dengar dia menangis. Terus aku peluk dia. Dia balas pelukan aku.

"Kenapa Is sorok daripada Dya selama ini. Kenapa Is? " Patutlah kadang-kadang dia kata kat aku yang dia selalu sakit kat dada dia. Tapi aku langsung buat tak tahu. Kejamnya aku.

"Is nak Dya kahwin dengan IIham, abang Is. Jangan panggil dia lelaki gila lagi. Nanti dia akan jadi suami dia jugak. Dia kena dengar cakap dia. Dya, janji dengan Is." Dia tersenyum kat aku.

"Tapi...Dya..." Dia potong aku cakap.

"Janji?" Dia tanya lagi aku.

Aku senyap tak tahu sama ada nak ikut cakap dia atau buat tak tahu dengan apa yang dia cakap.

"Dya... please!" Dia sambung lagi. Aku pandang dia.

"Janji." Aku setuju juga apa yang dia cakap. Aku tak nak dia terluka lagi. Sekarang ni semua perkara yang aku dengan dia buat keluar satu persatu dari kepala aku. Macam dah terbayang semua kenangan manis-manis tentang aku dengan dia. Aku tak nak kehilangan dia. Aku sayang dia sangat-sangat.

***
"Sayang..." Aku cepat-cepat ambil tudung dan sarung dekat kepala lepas dengar aje suara dia.

"Kejap... Dya dah nak siap ni. " Cepat-cepat aku berjalan keluar dari bilik.

"Lamanya... mama. Penat Annur tunggu!" Annur buat-buat merajuk.

"Alaa... anak mama ni. Mama sorry ya." Aku cubit pipi tembam Annur anak sulung aku. Tak lama nanti Annur dapat adik baru. Aku mengusap perut aku yang dah nak masuk sembilan bulan.

"Dah, semua dah siap! " IIham tanya kita orang berdua.

"Dah. Jom!" Aku bersuara. IIham berjalan ke arah aku. Aku tersenyum.

"Terima kasih, Dya sebab sudi nak lahirkan lagi zuriat abang." Dia cakap kat aku.

"Apa lah abang ni. Dya ikhlas bang... Dya pun nak ucap terima kasih kat abang sebab sudi terima Dya seadanya. Dya sayang abang..." Aku peluk IIham kuat-kuat. Dya dah tunaikan janji Is. Dya ikhlas terima dia, Is. Terima kasih Is sebab bahagiakan Dya walaupun Is dah lama tinggalkan Dya.

Betul cakap Is... seseorang yang istimewa bukan yang selalu ada di depan mata kita. Bukan juga yang selalu ada di sisi kita. Tapi dia yang setia di hati dan selalu mengingati kita dalam setiap doanya.

"Jom... nanti kita ziarah kubur Is. " IIham senyum dekat aku. Dia memang faham aku macam adik dia juga.

"Mama...Papa...cepatlah... Annur tunggu lama ni." Aku dengan IIham tersedar. Masing-masing tersenyum pandang Annur. Sebijik perangai macam awah pak su dia.

"Eeee..." IIham kejar Annur. Tergelak aku tengok perangai diorang. IIham tak padan dengan besar. Lebih kurang dengan Annur aje. Main kejar-kejar keliling rumah.

Al'Fatihah untukmu aku hadiahkan.... aku teringin memilikimu tetapi aku tidak mampu... mungkin ini terbaik untukku darimu...

Tuesday, 19 November 2013

Dia, Boyfriend Aku? [2]


"Abang, bila nak balik ni... lambatnya..." terdengar keluhan dari mulut comel Mawar yang asyik bermain pen di hadapannya. Bosan.

"Entah, tak tahulah. Rasanya lambat lagi kot." jawab Syed Aizril. Pandangan Aizril jatuh pada kertas kerja yang berlambak di depan mata. Semua tidak boleh dipakai. Dia sendiri naik pening. Dia perlukan pembantu. Sekarang! Semuanya tak balance. Lepas tu nanti hantar kat papa, papa campak dalam tong sampah. Depan mata. Congrats sangat!

"Lambat lagi? Sekarang pukul berapa?"

Soalan daripada Mawar dibuat tak tahu. Begitulah Syed Aizril bin Syed Kamarul kalau berjumpa dengan kertas kerja bersama laptop. Habis semua orang dia buat dergh je...  Mawar bingkas bangun dari kerusi.

Sekian lama berjeda, baru dengar suara menjawab, "Pukul 3.35 minit petang. Kenapa?" Aizril menoleh memandang ke arah tempat Mawar. Eh, mana pulak dia pergi ni. Hilang. Pantas dia meninggalkan kerja-kerjanya dan berlalu ke arah pintu bilik. Mana Mawar?

"Eh..stop! Nasib baik tak tumpah." Mawar buat isyarat berhenti macam selalu pakcik kat sekolah tahan kereta nak bagi budak sekolah melintas jalan.

"Wooo..." Aizril buat brek emergency. Nasib baik tak kena langgar. Terkejut dia. "Sayang, pergi mana? Tetiba hilang." Muka Aizril beriak risau balik. Mawar tersenyum. Selamba masuk ke bilik terus duduk dekat kerusi.

"Buatkan air lah. Ada orang tu senyap tak jawab langsung bila orang tanya. Nasib baik orang dah biasa kena macam tu. Nah, ni air untuk abang. Sian abang, penat." Mawar hulurkan air coffee kegemarannya sambil buat muka comel. Dia memang prihatin.

"Thanks Mawar, abang. Sedap." Aizril menyambut huluran Mawar. Minum macam tak ingat dunia. Gelojoh. Macam ini ke perangai CEO.

Telefon iPhone miliknya berdering. Hilang segala bayangan dia bersama Mawar. Nama papa tentera di skrin. Panggilan itu dijawab.

"Ya, kejap lagi Ril balik. Ok."  Laju tangannya mengemas mejanya yang bersepah. Jam dindingnya dilihat.




Keyboard berdentum berlaga bunyi sesama sendiri. Cepat sahaja jari jemari melalukan segala isi-isi yang termuntah dari kepalanya. Dahinya berkerut-kerut tika mengulang bacaan setiap ayatnya. Kejap-kejap ditukar dan digantikan dengan frasa yang sesuai. Setelah lama membelek, butang 'Enter' ditekan dan tangannya menarik tetikus dan klik kiri untuk menyimpan  dokumen.

Qaseh tersenyum bahagia melepaskan karbon dioksida yang tersekat-sekat nak keluar. Siap jugak kerjanya. Jam di tangannya dilihat sekilas. Sempat lagi ni.

Makin lebar senyuman yang terukir di bibir Afiradya. Ngee... kalau ada orang nampak, mesti dia dikatakan gila. Gila sebab tengah senyum dekat gambar kereta idaman kesayangannya. Sayang, awak!

Tunggu, Dya... Dya akan selamatkan sayang. Laju kakinya melangkah ke arah kereta miliknya.




Akhirnya, destinasi yang harus dia singgah tiba jua.  Kat mana lagi kalau bukan kedai mainan. Kedai mainan ni memang best. Terbaik lagi kebaboom. Semua nampak macam seronok je, Uncle Tan cakap kalau hari-hari datang sini beli mainan, dia bagi discount tau. Kan best tu. Jimat duit nak beli mahal-mahal.

"Hai, Uncle. Dya datang nak beli ni. Macam dalam iklan ni. Ada?" dengan muka gembira dia menunjukkan iklan tu pada Uncle Tan. Tak sabar ye...

"Oh, itu... ada. Lu mau? tanya Uncle Tan.

"Ada. Nak, nak, nak. Cepat Uncle, mana?" jawapan positif dari Uncle Tan membuat hati Afiradya melonjak gembira.

Tu... sana. Tepi sana belakang kasi kiri." Afiradya mendengar dengan tekun lagi fokus. Nak faham apa yang uncle ni cakap susah sikt lebih-lebih lagi kalau dia cakap laju-laju.

"Terima kasih." Afiradya berlari anak pergi kearah yang ditunjukkan tadi. Hmmm... rasa macam nak melompat je sekarang ni.

Lama jugak dia cari. Akhirnya dia jumpa juga kereta ini. Sayang!!!

"Sayang, lama tunggu? Sorry, tadi Dya ada kerja sikit. Jom Dya datang nak bawak awak balik. Tak payah lagi tinggal kat sini eh, tinggal dengan Dya." Afiradya tersenyum-senyum membelai 1934 DeSoto Airflow Coupe lembut. Tak dapat nak beli yang betul-betul punya, dapat mainan boleh jalan gak. Janji ada.

Tiba-tiba sekelip mata kereta di tangannya hilang. Lesap. Terpusing-pusing kepalanya mencari mana pergi sayangnya itu.

"Akhirnya, kau jadi milik aku jugak. Jom balik." senangnya hati kereta mainan dalam iklan tu ada kat depan mata.

Afiradya melopong. Kat tangan lelaki itu ada sayangnya. Sesuka hati je main rampas-rampas.

"Eh, kejap. Bagi balik sayang saya tu." Lelaki itu menoleh. Minah ni cakap dengan aku ke.

"Awak cakap dengan saya ke?" tanya lelaki itu untuk mengenal pasti.

"Ya, dengan awak. Bagi balik kereta mainan tu kat saya." Afiradya hulurkan tangan.

"Ni? Kejap, saya fikir dulu." Boleh pulak mamat ni main fikir-fikir. Dah sah-sah tu aku punya. "Ermm,I don't think so." Jawapan yang tidak boleh diterima pakai dengan muka selamba badak dia je cakap macam tu.  Hangin aku macam ni.

"Eh, mana boleh. Saya yang dapat dulu. Jadi tu saya punya." marah Afiradya.

"Awak cuma pegang je. Saya dah nak gi bayar. Bye." Lelaki itu laju bergerak ke arah kaunter.

Cepat-cepat Afiradya menghalang. Lelaki itu terpaksa buat brek urgent. Kurang asam punya minah.

"Bagi balik sayang saya tu." Afiradya buat muka comel campur sedih.

"Mana boleh. Ni saya punya."

"Mana aci. Saya yang dapat dulu. Saya yang cari. Awak main rampas-rampas je. Tak aci lah."

"Aci mana ada kat sini. Aci kat India lah."

"Saya tak main-main lah. Saya serius ni."

"Ye ke. Macam tak percaya je." Eh, mamat ni pulak. Aku serius macam ni pun dia tak percaya. Tak boleh jadi ni.

"Awak...bagilah balik kereta tu. Dah lama saya tunggu. Limited edition tu." merayu sekali lagi Lelaki itu dah sampai kaunter nak bayar. Mana boleh macam ni main kidnap sayang dia.

"Thank you, uncle." Lelaki itu tersenyum pada Uncle Tan setelah membuat bayaran. Dia ingin cepat balik ke rumah, main dengan kereta coupenya. Rayuan perempuan di sebelah tidak dilayan sama sekali kerana kaunter rayuan ditutup.

"Bye... terima kasih sebab tolong aku carikan. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi." jerit lelaki itu khas untuk Afiradya.

Bulat mata Afiradya memandang. Dia blah macam tu je. Tak makan saman langsung mamat pencuri ni. Eeee... lelaki tak cukup zat otak. Dah buat salah tak reti-reti nak minta maaf. Apa malang nasib aku jumpa manusia macam tu.

"Bye uncle. Dya balik dulu kalau lelaki tu datang lagi, uncle jangan bagi dia masuk!" Afiradya berlalu meninggalkan kedai mainan uncle Tan.

"Hoi, kau tak nampak ke? Mata letak kat mana? Kat lutut!" jerkah satu suara yang boleh membuat telingannya menangis.

"Maaf. Saya tak sengaja nak langgar. Tak payahlah marah-marah."Afiradya memandang tuan empunnya suara. Eh, macam kenal je mamat ni. Kat mana eh?

"Kau senang-senang je nak minta maaf. Ingat apa? Sekarang ni siapa yang nak ganti air kopi aku ni?" Dia tunjuk air kopi dia yang tumpah. Hek eleh, air kopi je kot. Dah nak bising.

"Nanti saya ganti lah. Kopi je bukan berlian ke, mutiara ke yang pecah. Tu pun nak kecoh." Afiradya mencebik.

"Tak payah. Tepi!" Syed Aizril menolak kasar badan Afiradya. Minah cuai!

Memang tak ada adab langsung. Mesti masa sekolah subjek sivik dapat markah negatif. Sesuka hati sesedap rasa main tolak-tolak badan orang. Nasib baik tidak terjatuh. Huh, hampeh!

Monday, 18 November 2013

Holi2

SEBAIK sahaja sekolah mengistiharkan cuti sekolah... perasaan yang pertama datang ke dasar lubuk hati ini adalah Happy. Yeah, cuti... Yesterday...family day... at Hotel Avillion, PD. 



Stay kat situ selama 2 hari... ni semua program sekolah ibu... sampai2  sana nak on internet, alih2 internet tak ada cuma ada kat lobi ngan cafe je... memeng bosan... membazir je penat2 bawa laptop... *kalau tak boleh tegok cite korea* huhuhu

malam... ibu ada dinner cuma ibu sahaja dinner kat hotel kiteorang dinner di luat hotel. Sebab kiteorang telah sedia tahu selera hotel memang TAK best.

ready to dinner..



Masa dalam perjalanan nak balik lepas makan, singgah FamilyStore nak beli maggi. Satu kejadian yang pelik berlaku. Samapai I rasa tak nak jadi warganegara Malaysia... jalan jadi jammed, aimy tak dapat keluar kereta...sempit pintu tak dapat buka... diorang parking Tak betul... Naik geram tau...

Dalam pukul 9.30 malam, kiteorang balik hotel. Ibu belum habis lagi event. Aimy and other gang, ambil keputusan jalan2 satu hotel.

And...Aimy memang tak sangka along boleh jadi macamni, sampai I pun berjangkit dengan dia. Gila camera... sian abah kena jadi jurukamera, kiteorang pula jadi model separuh masa ! Ngee...






KEESOKAN harinya, the last day...



Goodbye PD punya hotel, kalau ada masa Aimy datang lagi tahun depan eh. Kiteorang breakfast dekat kedai tepi jalan makan tengahari...

Balikk umah... penat, going to sleep walaupun masa masih pagi lagi untuk tidur
Bubai ^_^

Dia, boyfriend aku? [1]


Peluh sudah menghiasi muka, panasnya hari ini! Sabar ya, panas di dunia sementara sahaja berbanding panas di padang mashyar nanti. Afiradya tersenyum, sempat lagi memberi tazkirah kepada diri sendiri. Kakinya laju melangkah ke tempat parking keretanya, jauhnya perjalanan. Tetapi cuaca hari ini memang panas, rosak kulit I...

Kunci kereta Audi A6 dikeluarkannya dari beg tangan Gucci miliknya. Mana class, pakai barang-barang murah ini semua. Ini Afiradya binti Tan Sri Dato' Hisham lah, dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya branded punya. Belum pun sempat hendak pegang pintu kereta, satu suara sumbang menyumbangkan suara menjengah ke telingannya.

"Hai Dya sayang, lajunya melangkah. Penat aku kejar kau." suara Shahrul Rizwan.

"Siapa suruh kau kejar aku, ada aku suruh?" suara Afiradya mula meninggi. Hesy, dia ini kalau sehari tak ada muka dia, tak boleh ke. Menyibuk tak tentu fasal.

"Alaa, Dya. Tak payah la marah-marah, boleh menagis telinga aku ini dengar. " Shahrul Rizwan tersengih memandang Afiradya mencebik. Comel!

"Apa sengih-sengih. Tumbuk muka tu kang, baru tahu!" Afiradya menunjukkan buku limanya pada muka Sharul. Huh, kalau hensem tak apa juga. "Kau nak apa dekat aku?" soal Afiradya mengembalikan tujuan sebab-sebab Shahrul ini mengejar dirinya.

"Garang gila kau, sebab tu tak ada sesiapa nak dekat kau." usik Sharul Rizwan. Muka Afiradya mula kemerah-merahan menahan malu. Opss, pembetulan. Menahan marah, Afiradya mana reti ada perasaan malu-malu ini semua.

"Shah, kau ini memang nak rasa makan penumbuk aku, ke?" Shahrul memang sengaja mencari fasal dengan dia waktu petang-petang macam ini. Orang tanya lain, dia jawab lain pula.

"Eh, tak payah susah-sausah. Kalau kau bagi free pun aku tak nak. Heee... Dya, aku nak tanya tentang proposal yang Encik Riduan bentangkan tadi, kau setuju tak? Ini projek besar tau." tanya Shahrul sambil melihat Afiradya menyibuk-nyibukkan diri mengikat tinggi rambut ikalnya yang sedari tadi dilepaskan paras bahu.

"Laa, otak kau letak kat mana, lutut? Masa mesyuarat tadi kau tak dengar ke apa aku cakap kat dia, dah sah-sah aku yang confirmkan dengan dia, tu tandanya apa?" jawab Afiradya. Bengang dia dengan Shahrul ini, makan gaji buta ke apa.

"Ohh... lupa pula aku. Memang kau lah yang comfirmkan dengan dia, itu aku tahulah." Shahrul menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"So, kalau kau dah tahu. What's your problem?" tanya Afiradya. Apa kena dengan mamat ni, macam pelik semacam je aku tengok.

"Tak apa lah, tak jadi pula nak cakap. Bye." Shahrul terus berlalu meninggalkan Afiradya yang terpinga-pinga. Eh, budak ni betul ke tidak. Blah macam tu je.

Afiradya terus masuk kedalam keretanya. Memandu laju meninggalkan kawasan AD Holding.




"Tahniah, Ril." Syed Aizril mengganguk senyum. Ini sudah masuk kedua puluh lebih kali ucapan tahniah yang diterima

Usai sahaja perbincangan dengan company besar itu. Terkenal hingga ke asia barat. Akhirnya AH Holding dapat jugak berkerjasama dengan Triumph Holding sehingga ramai staf memuji sikapnya. Ini Syed Aizril bin Syed Kamarul lah. Tak akan ada sesiapa yang mampu jatuhkan dia, pasti dia yang menang.

Laju kakinya melangkah masuk ke biliknya. Termenung. Memandang pandangan yang tersergam gah dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Teringat kembali bagaimana indahnya ciptaan Tuhan dihadapannya seketika tadi. Fokusnya terus hilang. Sehingga lah ada suara garang menerpa telingannya menyedarkan dirinya di alam nyata.

Perasaan yang sudah lama tidak mengetuk pintu hatinya. Kenapa dengan kau, Aizril.

Tok, tok, tok

"Masuk." Syed Aizril membenarkannya masuk. Pantang baginya kalau ada orang masuk biliknya tanpa mengetuk pintu.

"Encik Aizril, ni air coffee saya buatkan. Bos tak nak balik lagi ke? Dah malam ni." Hazatul merangkap setiausahanya meletakkan air di atas meja. Hazatul inilah yang paling lama boleh bertahan dengannya.

"Tak, kenapa? Yang awak ni, tak balik lagi kenapa?" tanya dia. Apa masalahnya kalau dia tak nak balik lagi. Syarikat dia suka hati lah.

"Oh, kalau macam tu tak apa lah. Saya tunggu." terdengar keluhan kecil dari Hazatul.

"Kenapa awak nak tunggu saya pulak? Kalau awak nak balik, balik je lah." soal Syed Aizril balik.

"Betul? Terima kasih boss. Boss nak apa-apa sebelum saya balik. Saya siapkan." gembiranya dapat balik. He he he...

"Laa... siapa suruh awak tunggu saya?" Syed Aizril pelik. Siapa suruh dia ni tunggu aku?

"Bos lah." pendek je jawapan.

"Saya? Bila?" terkejut dia. Tak pernah dia nak berlaku kejam dengan pekerjanya.Eh, biar betik.

"Masa bos lalu kat meja saya. Pastu bos suruh saya tunggu bos. Bos cakap selagi bos tak balik selagi tu saya tak boleh balik walaupun dah masuk waktu subuh. Masa tu muka bos tak ubah macam orang putus cinta je." cerita Hazatul balik. Masa dia dengar tadi, terkejut jugak. Sampai subuh? Macam-macam dah dia fikir yang menyebabkan terkeluar dari landasan yang betul. Kadang-kadang bos ni bukan betul pun.

"Saya cakap macam tu ke. Tak apa lah awak boleh balik sekarang." arah dia.

"Baik bos. Bye." tersenyum bahagia Hazatul. Hari ni bos dia mood baik pulak. Selalunya serius memanjang. Selamat tinggal pejabat...

Tinggallah Syed Aizril sendirian. Cawan coffee miliknya dipandang lama. Kenangan bersama Mawar terlayar kembali.


Bersambung....

Wednesday, 13 November 2013

Aku Nak Jaga Kau


5 tahun sebelumnya...

Ramai pelajar-pelajar sudah tidak sabar-sabar nak garaduate... malam ini merupakan malam terakhir untuk mereka yang senior-senior berpesta... Malam ini ada majlis tari-menari...

Ana Ryana memandang rakan-rakannya sedang khusyuk menari bersama-sama pasangan masing-masing,

"Huhuh...semua orang ada pasangan. Aku ? Elek... " sedihnya dia. Keseorangan ditinggalkan kawan.

"Needs somebody.. " suara smart datang menyerpa gegendang telinga Ana. Pantas dia berpaling.

Punyalah terkejut tengok lelaki yang tegur dia. Jembalang mana pula yang ini ? Muka punyalah handsome tapi dia ni silap pilih planet. Pelik sungguh !  Kat telinga ada subang. Kat leher ada rantai. Rambut lagilah... macam serbuk rempah tertumpah satu tan. Colour oren karat. Tak senonoh langsung!

"Its okay... " Tak hingin aku nak menari dengan hang. Seram aku.

"Jom... " Pantas lelaki itu menarik Ana ke dalam dakapannya... Menari bersama secara paksa...

"Issh, gila ! Lepaslah... suka-suka hati main pegang-pegang orang. " Ana Ryana menjadi berang. Ini sudah lebih.

" Saya memang suka. Saya sukakan awak, Ana. Saya Tengku Khairil. Awak ?"

"Buat apa saya beritahu nama saya kat awak. "

"Sebab awak bakal isteri saya" Eh, mamat suka-suka nak jadikan aku isteri dia.

"Tak payah... susah sahaja... Dah lepas lah... " Kasar Ana menolak lelaki itu. Nasib baik tidak jatuh. Kalau jatuh, ok juga boleh aku tolong kau, tolong gelakkan... Ada lagi manusia macam ini kat dunia. Nasib baik dah habis belajar. Tak payah hendak jumpa-jumpa lagi.

"Ana Ryana.... saya sayangkan awak, saya cintakan awak sampai bila-bila walaupun awak tak nak kenal saya...Saya janji saya akan dapatkan awak dan jadikan awak sebagai tanggungjawab saya. Itu janji saya Ana. Awak dengar tak ?" jerit lelaki itu. Kuat. Satu dewan itu bergema dengan suara dia. Gila punya manusia. Macam mana kau nak jumpa aku ?

Ada masanya, kita sendiri tidak sedar apakah yang kita rasa waktu ini? Siapakah yang kita cinta dan sayang ? Kerana takdir cinta bukan milik kita. Segalanya milikNya dan bila Dia titipkan rasa cinta dihati kita, biar bagaimanapun kita cuba mengelak... takkan kemana kita boleh lari....

sebab cinta manusia saling melengkapai antara satu sama lain, menutup kekurangan pasangan dan menjadi sempurna bak bintang-bintang yang berkerlipan...hahaha..main cedok sahaja ayat tu. 'its only "handso" without you, and its only "beatifl" without me, but its just "gergeo" without us !!

***

ANA menekup kedua belah telingannya yang bingit. Dalam hati diminta kekuatan untuk menghadapi bebelan kawannya buat sekian kalinya ini. Huuu, bosan....pagi-pagi lagi dah nak kena breakfast tazkirah dia ni, malasnya... dia ni pun satu tak ada waktu lain ke ?

"Ana, kau dengar ke tak ni ? Kau jangan buat macam ni lagi...kesian dia" sumpah...dia tak larat lagi nak cedok macam-macam alasan lagi, otak dia dah kering idea nak menipu... naik geram juga dia dengan perangai pelik kawannya yang keras kepala bercampur pula dengan degil yang amat bangat...

Mata Ana Ryana masih tertumpu pada kaca televisyen yang sedang menyiarkan rancangan kegemarannya itu. Korea laa, apa lagi ? ... tengok ni lagi bagus daripada dengar tazkirah tak bertauliah yang langsung tiada kena mengena dalam hidupnya itu. Tenang juga hatinya yang tengah termaksima bad mood tu.

"Ana ! "

"Hmmm, aku dengar laa...tak payah la kau risau sangat, pandailah aku nanti" malas dia nak asyik melayan benda yang sama je... bukannya nak sokong dia, alih-alih mamat romantik itu juga yang dia bela...

"Kau jangan dengar je, tapi buatnya tidak... kalau kau tak setuju, jujur je lah jangan buat dia tetunggu-tunggu kau... kesian Daniel. " nasihat Qairina yang dah masuk keberapa kali hari ini... 'susah dapat housemate macam ni, boleh kena sakit hati juga ni... '

***
BIBIR ini mengumtum muncung sekali lagi. Termenung memandang arahan yang perlu dilakukan, memang tak ada kerja. Alih-alih mesti muka dia juga yang diorang nampak bila kena hantar semua order bunga dari lelaki yang paling menyakitkan. Lelaki ni pun satu, tak ada tempat lain ke nak order bunga... tempat ni juga yang hang nak. Tahu tak tahap menyampah aku ni dah terlebih infiniti bila tengok kau. Hari-hari mamat ini ada sahaja ayat yang menikam kalbu;

"Ana, awak hari-hari nampak sama tak pernah berubah"

"Ana, muka awak itu ada macam coklat, meh saya lapkan..nanti Ana saya nampak buruk"

"Awak... jom kahwin.."

"Terima kasih, Ana sebab tolong hantar bunga ini. Nah, ini bunga untuk awak...saya bagi balik ! Simpanlah bunga ni dari saya."

Dan hari ini...

"Thanks Ana. Awak comel la hari ini." serius suara dia memang tak boleh blah langsung. Dasar buaya berdarat-darat punya manusia.

"Sama-sama... saya minta diri dulu" Ana ingin terus berlalu dari situ. Memang dia tak boleh tahan duduk kat situ lama-lama.

"Ana, tunggu sekejap... Khai nak cakap sekejap dengan Ana"

"Nak cakap apa Tengku Khairil, saya tengah kerja sekarang..."

"Sekejap je... kalau tak saya bagitau..." Issh, mamat ni tak habis dengan kuasa main ugut-ugut orang ni, menyampah ! Sikit- sikit nak bagitau Encik Adam yang mengalahkan singa yang mengamuk mengajar anaknya makan. Sumpah, garang !

"Hmmm, apa yang Tengku Khairil nak cakap. Saya sibuk ni nak kena hantar order orang lagi..." kalaulah dia boleh jadi macam Superman, nak je dia tinggalkan mamat ni sekarang juga.

"Jom, kita pergi makan. "

"Makan ? Tengku Khairil memang tak faham bahasa ke apa ? "

"Saya faham bahasa yang awak cakap. Awak cakap 'saya ni memang handsome, saya dah mula suka kat awak laa..Tengku Khairil' kan?" Aisshh.... lain yang aku fahamkan, lain yang dia translatekan... gila

"Dah la Tengku... malas saya nak layan. Susah nak cakap dengan orang yang terlebih bijak pandai ni" stress aku bila duduk dengan kau. Susah ke, kau nak faham, hah !

Terus ditinggalnya Tengku Khairil yang tersenyum-senyum macam kambing hitam je. Eh, kambing hitam senyum macam tu ke, tak pernah nampak pun kambing hitam kat rumah nenek aku senyum... dasar mamat terlebih sodium carbonate sebab tu otak tak betul...

Tengku Khairil tergelak memandang gelagat Ana.
Ana...Ana...asal lah dalam banyak-banyak perempuan kat dunia ni kau juga yang aku nak. Aku sendiri pun pelik. Tengku Khairil berlalu ke bilik. Huh, lepas ni kena lah dia menghadap one by one teman wanita selepas semuannya dapat surat 'pemberitahuan'nya... susah juga ada ramai girlfriend ni.

***
TENGKU Adrean termenung memandang gambar-gambar dihadapannya. Dia tak suka apabila jodohnya ditentukan orang. Takkan lah perempuan dalam gambar ni jadi isteri dia, jauh langit dari bumi antara dia dengan perempuan ni. Mama ini tak akan tak faham... tiada sesiapa boleh gantikan tempat Diana.

"Rean, meh sini sekejap. Mama nak cakap sesuatu. " ajak Datin Hajah Mariam. Tersenyum Hajah Mariam melihat perubahan anaknya itu.

"Ada apa mama..." malas-malas Tengku Adrean pergi ke arah mamanya. Sah-sah nak cakap bila nak cari menantu mama...umur kamu tu makin tua... mama, teringin nak ada cucu. Hmmm, dia dah hafal apa yang mama dia nak cakap kan nanti.

"Bila nak cari menantu untuk mama, Rean. Dah lama mama bagi peluang kat kamu cari bakal isteri sendiri. Umur kamu bukannya makin muda tapi makin tua, Rean..." pelik dia dengan sikap anak sulungnya yang selalu mengelak bila cakap pasal kahwin, pasal perempuan lah, ... Hissh, macam-macam.

"Ermm...nanti-nanti lah.. kalau ada jodoh, adalah. " Part ni lah yang dia paling tak suka. Mama ni pun satu, asyik dia je yang kena... adik dia tak pula heboh... just tinggal pilih je mana satu yang mama dia nak buat menantu.

"Issh.. kamu ni... nah, ni gambar anak Tan Sri Johan. Dia ni lepasan ijazah kat Universiti Manchaster taw ! Kamu pergi lah... buka hati kamu tu, heh ! " Hajah Mariam menghulurkan gambar tersebut kepada Tengku Andrean. Disambut malas olehnya. Rean, Rean bilalah kamu nak buka bali hati kamu tu ?

"Hmmm... "

"Rean, mama nak kamu fikir betul-betul... tolong terima dia...lupakan kisah lama ye."

Terus dia berlalu dari ruang tamu itu selepas menyalami mamanya itu. Huh, perlu ke perempuan ni... memang tak layak nak gantikan Seri Diana. Lamborghini Gallardo miliknya meluncur laju meninggalkan pekarangan villa milik keluarganya itu.

"Tengku... ada tetamu. " lamunan Tengku Andrean sebentar tadi lenyap terus apabila setiausaha datang. Gambar tersebut terus dimasukkan ke dalam tong sampah. Kau layak duduk kat dalam tu ! Walaupun kau tidak tahu apa-apa... tapi aku tetap tak suka kalau ada orang lain cuba hendak rampas tempat Diana.

"Hmm... suruh dia masuk. "

"Cik, boleh masuk sekarang." setiausahanya memanggil tetamu tersebut setelah mendapat kebenaran tuan punya badan.

"Terima kasih. " jawab tetamu tersebut.

***
Jessica memang...wait ! Bukan Jessica tapi Merlisa. Yes, she is Merlisa. Dia memang degil. Orang dah cakap tak nak, maknanya tak nak lah ! Tak faham-faham bahasa langsung perempuan ni. Naik geli pula dia.

"You... please tolong jangan macam ni... I tak nak berpisah dengan you..." Merlisa terus berkejar pergi ke Bernama Holding setelah mendapat hantaran bunga dengan surat perpisahan dengan Tengku Khairil. Dia tak boleh terima, dia dah buat segala-galanya demi Khairil.

Issh... memang dia tengah rimas sekarang ni. Problem... tu lah kau Khairil, banyak sangat keluarkan kata-kata cinta, kan dah kena macam ni...

"Baik, you pergi sekarang jugak... sebelum I panggil pengawal... get out, now ! tegas suaranya. Dia bukannya serius pun dengan semua perempuan yang dia pernah keluar cuma suka-suka je... tapi ada pula yang macam ni.

"You memang teruk... menyesal I kenal you. " Merlisa merengus marah dan berlalu laju dari bilik Tengku Khairil. Dumm... Bergegar bilik tu apabila Merlisa menutup kuat pintu bilik dia, nasib baik tak berderai.

Tengku Khairil mengeluh. Tiba-tiba muka minah kolot tu muncul kat kepala dia. Ana... asal tetiba dia ingtkan perempuan tu erk ? Ana Ryana... Bibirnya mula mengumtum senyuman. Hati dia merasakan sesuatu yang pelik setiap kali dia terfikirkan perempuan tu. Ana memang lain. Lain daripada semua perempuan yang dia pernah keluar. She made me changed.

***
"Awak... tolonglah, saya kan dah cakap yang saya tak suka semua ni. " Yaa... dia memang tak suka mamat terlebih romantik ni, Daniel Hakeem.

Ni la mamat yang ustazah Balqis asyik duk membela ni. Asyik-asyik nama mamat ni yang muncul kat mulut dia tu. Aku tak faham lah, asal dia bela sangat dengan dia ni ? Ana menilik Daniel Hakeem dari atas ke bawah... muka handsome... tapi terlebih romantik sangat lah... dia memang blacklist lelaki yang romatik ni, sebab dia alergik.

"Ana, kenapa awak pandang saya macam tu... " Daniel pelik dengan perilaku Ana sebentar tadi. Pandang dia semacam je macam tak pernah tengok.

"Aaa...aaa...awak lain kali boleh tak jangan macam ni... saya tak suka... dan saya tak suka dengan A.W.A.K. Understand what I say just now, I don't like you... never like... please I begging to you... jangan ganggu saya lagi... " dah puas hati dia. Dia dah cakap jujur macam Balqis nak sambil-sambil menutup malu kerana asyik menilik je mamat tu. Balqis nak... Tiba-tiba...

"And.... " kesian pula bila tengok muka mamat ni. Macam orang baru putus cinta je. Heh ! Memang dah putus cinta pun dengan aku pula tu. Daniel, I knew who the best for you... you not for me because I not prefect to be your partner dalam hidup kau.

"Tak pe lah... saya sedar siapa saya dalam hati awak... tak de pape lagi yang boleh saya cakap, puas saya pujuk awak, ambil hati awak tapi... awak langsung tak pandang saya." luah dia. Yaa, memang dia dah buat segala macam untuk Ana, tetapi gadis ni dengan mudah menolak. Dah lah tadi, cakap kuat-kuat. Malu dia...

"Daniel, saya minta maaf... saya tak sengaja... tapi awak jangan la buat muka macam orang berak kapur... dah tak handsome la awak. " taktik pertama nak pujuk mamat romantik ni. Mamat romantik kan mudah termakan pujuk orang sebab dia romantik mana pandai marah. Entah mana falsampah dia ambil entah, dia main cedok je.

"Tak pe, saya tak ambil hati pun sebab..."

"Issh, saya yang salah laaa...mungkin kita tak ada chemistry kot mana boleh main camtum-camtum je kan ? Tapi kita boleh jadi kawan kan, Encik Daniel Hakeem ?" Cepat-cepat Ana memotong sebelum mamat ni menjawab mahu sampai malam aku kena dengar luahan hati dia.

Ana tersenyum manis. Manis sekali macam aiskrim. Daniel Hakeem mudah terpujuk hati. Kalau tak jadi isteri aku pun, jadi kawan pun tak pe lah... sebab Ana istimewa baginya. Dia lain.

Daniel Hakeem tersenyum. Dia menangguk-angguk kepalanya tanda setuju.

"Yeah, Daniel Hakeem dah tersenyum. Barulah handsome macam Asyraf Singler. Ana suka macam ni. Kita kawan selama-lamanya, ok ?

"Ana,you're so cute." Daniel puji aku.

"You too. You looks soo cute." aku balas balik,

Mereka berdua tersenyum sesama sendiri. Walaupun Ana kerja kat kedai bunga tetapi dia bukan minah yang jenis suka bunga-bunga ni semua. Dia tak suka.

***
Tengku Andrean tak senang duduk jadinya. Betul ke yang dia nampak tadi ? Ke matanya yang tak betul. Tapi... perempuan tu... macam Seri Diana. Betul, memang dia tak salah pandang. Perempuan tu...

Pintu biliknya telah diketuk beberapa kali oleh tetamu itu.

"Masuk. " arah Tengku Andrean sambil matanya tertumpu pada komputer. Kerjanya banyak tertunggak selepas 2 tahun dia meninggalkan syarikatnya.

"Ermm... terima kasih, Tengku. "

Suara tu... ya, dia kenal suara tu. Suara yang dia rindu setiap saat, setiap hari. Diana...dia ke tu ? Pantas dia berpaling ke arah tetamu tersebut.

"Diana... awak ke ? " Tengku Andrean tanya was-was. Suara tu dia kenal tetapi muka... berbeza tak macam Seri Diana yang dia kenal selama  ni.

"Ya... saya. Macam mana awak tahu nama saya ? Pelik dia macam mana dia boleh kenal nama aku sebelum aku beritahu lagi. Wahh, bahaya ni... maknanya lelaki ni boleh baca identiti orang lain. Bahaya ni !

"Awak tak kenal saya ke ? Saya Tengku Andrean, suami awak. Awak tak kenal. Lama saya cari awak Diana... lama saya menanti awak kembali Diana... lama... saya rindukan awak sangat-sangat. Mana awak pergi selama ni Diana ? Walaupun muka awak lain tetapi suara awak tak berubah. Saya kenal awak. " Tanpa sedar dia telah megalirkan air mata lelaki di hadapan wanita ini.

"Maaf, Tengku. Saya tak kenal pun Tengku, dan macam mana saya boleh jadi isteri Tengku ? Maaf, sekali lagi. Saya wakil dari Trijaya Holding datang ke sini untuk mengucapkan tanda penghargaan kerana syarikat Tengku sudi memberi kerjasama bersama kami. " Tanpa dipinta Diana alang-alang minta maaf sekaligus memberitahu tujuan awal sebab dia datang ke sini.

Hmmm, ini merupakan kali pertama dia melangkah ke alam baru menjadi seorang wakil yang bekerjasama dengan syarikat lain. Selama ini dia cuma duduk kat office je, alih-alih tetiba dia kena handle projek ni disebabkan Kak Husna cuti bersalin pula. Memang gerun. Dah lah orang yang dia kena berganding ni macam spy. Boleh tahu nama dia pula tu.

"Awak, memang tak kenal saya langsung ? "

"Maaf, sekali lagi saya cakap saya tak kenal pun Tengku dan ini kali pertama saya berjumpa dengan Tengku" jawab Seri Diana.

"Baiklah. Saya minta maaf sebab silap orang " Hampa. Ya, dia hampa...wanita itu bukan Seri Diananya. Mungkin nama dan suara sama, muka...tak. Tapi kenapa naluri hatinya kuat mengatakan yang  wanita itu Diana, isterinya.

"Rean...kamu okey ke ? " Hajah Mariam memanggil anaknya. Risau dibuatnya. Balik-balik terus masuk ke bilik sambil menangis ?

"Rean okey, ma. Mama pergilah... " Rean mengesat air matanya yang mengalir lagi.

"Betul ?"

"Ya, ma. Rean ok. " Dia silap pandang ke ?

***
"Ana, ada orang nak jumpa kau. " Ita memanggil Ana. Ana mengaru-garukan kepalanya yang tak gatal. Orang nak jumpa aku ? Pelik. Tak pernah pula orang nak jumpa dia masa dia tengah kerja ni.

"Cakap aku tak ada. "

"Mana boleh lah, dia nak jumpa kau juga. " Gila minah ni. Dah ada orang nak jumpa nak buat cam mana.

"Issh... malas lah aku." Nak tak nak dia bangun juga nak jumpa orang tu. Ketika Ana nak bangun tetiba...

What going to happen now ? Macam mana mamat ni boleh ada kat sini. Terpacak kat depan dia pula tu.

"Apa Tengku buat kat sini. " tanya Ana nak tak nak. Soalan budak tadika 5 tahun pun boleh jawab. Dah sah-sah mamat ni nak beli bunga, again ! Kesian semua perempuan yang termakan dengan playboy macam ni.

"Nak jumpa awak lah, Ana Ryana." Dia memberi senyuman paling manis sekali buat Ana.

"Huh ! " Baik aku pi jumpa orang yang nak jumpa aku tu daripada jumpa kau.

"Ana...awak nak pergi mana ? "

"Ita... mana orang yang nak jumpa aku tu. " tanya Ana tanpa mempendulikan pertanyaan mamat tak semenggah tu.

"Oitt... Ana. Orang tu kat depan kau lah. " Ita menjawab. Orang tu ada kat depan mata tanya kita pula kat mana orang tu.

"Mana tak ada pun. " Hesy, kau Ana Ryana dah sah-sah mamat tu je yang ada kat depan kau buat tak nampak pula mata kau ni.

"Ana, awak tak nampak saya ke ? Alamak, saya dah jadi roh ke sampai awak tak nampak saya. " usikan TEngku Khairil langsung tak kelakar. Kalau masuk pertandingan Maharaja Lawak confirm belum masuk uji bakat lagi dah kena out ! Tapi si Ita tu boleh pula terbahak-bahak dia gelak. Kelakar ke mamat tu cakap.

"Aissh, awak nak apa Tengku Khairil. Kan saya tengah kerja sekarang ni. Nak order bukan saya ambil."

Ana buat-buat sibuk menyusun bunga padahal dari sampai datang kerja tadi sampai petang ni satu kerja pun dia tak buat. Melopong je memanjang.

"Saya nak tengok awak la" Tengku Khairil tersengih.

"Buat apa ? Tak ada kerja lain ke. "

"Ada. Saya nak pandang awak "

"Huh... gila "

"Saya gilakan awak, Ana. Dah lama saya cari awak, baru sekarang saya jumpa. Jom kita makan. " ajak Tengku Khairil yang masih berdiri tegak macam patung cendana masa sampai tadi.

"Tak ada kerja saya nak keluar makan dengan Tengku. Buat apa awak sibuk-sibuk cari saya." Memang tak masuk akal kalau aku keluar makan dengan dia ni selain otak aku je yang tak betul. Dan memang dia pelik kenapa mamat ini nak cari dia pula.

"Kalau macam tu... " sahaja Khairil melambatkan ayatnya itu. Dia nak tengok reaksi perempuan tu. Comel je muka dia bila terkejut nanti. " Kita kahwin, nak ? "

"Hah ! " jerit Ana. Sah, otak dia tak betul. Mamat ni boleh buat aku sakit jantung sebelum masanya. Kahwin. Dengan dia ? Aku salah dengar ke apa yang dia cakap tadi... ke dia salah cakap.

"Jom kahwin dengan saya. " jawab dia dengan muka selamba badak dia. Dia ni memang tak ada rasa serba malu langsung. Boleh pula dia ulang balik apa yang dia nak cakap.

"Kahwin dengan Tengku ? Hahaha... Tengku memang pandai buat lawak. Macam kelakar je saya dengar. " Memang kelakar. Tak ada angin taufan tak ada tsunami tetiba ajak aku kahwin. Apahal ?

"Saya tak buat kelakar Ana. Saya serius. Saya nak ajak awak kahwin dengan saya bulan depan. " serius sungguh muka Khairil, kalah Encik Adam. Terkejut Ana dengar. Biar betul mamat ni. Suka-suka hati je tentukan masa depan aku. Kalau nak tolong carikan calon untuk aku, carilah yang sesuai dengan aku bukan macam hang ni. Pi lah... tak nak aku bersuamikan kau.

Sepanjang perbualan aku dengan dia... Kak Ita yang jadi saksi. Lepas Tengku Khairil melangkah keluar dari kedai tu terus Kak Ita cakap mamat tu memang serius ajak aku kahwin. Kak Ita kata dia boleh tengok keikhlasan Tengku Khairil dari anak matanya. Huh, boleh baca keiklasan orang konon. Ikhlas mana boleh orang nampak lah, Kak Ita oii !

***
Hampir sebulan Seri Diana bekerjasama dengan Tengku Andrean di bawah syarikat Berjaya Holding miliknya. Jujur dia katakan yang dia memang tak sanggup nak berdepan dengan Andrean. Setiap kali lepas mereka membuat perbincangan bersama... pasti air mata yang jadi penemannnya di bilik air. Dia rindukan Andrean. Dia rindukan suaminya. Ingin sahaja dia memeluk suaminya yang berada di hadapannya. Dia nak mengatakan yang dia masih hidup. Dia selamat. Tapi dia tak mampu... sebab dia tak sempurna lagi. Dia bukan lagi Seri Diana yang dulu... wajahmya...

Dalam tempoh Diana bekerja bersama dengan Tengku Andrean, suaminya sering bertanyakan tentang dirinya. Hampir sahaja rahsia dia terbongkar masa tu.

"Diana, boleh saya tahu apa siapa keluarga awak ? " tanya Tengku Andrean kepada Diana. Dia nak tahu samadaa Diana yang ini ada keluarga sendiri atau tak kerana isterinya merupakan anak yatim sejak kecil.

"Aaa... keluarga saya dah lama tinggalkan saya. Saya anak yatim. " jawab Diana sambil melihat pelan-pelan kerja yang berselerakan di atas meja.

"Dah kahwin"

"Dah "

"Siapa ?"

"Awak lah... "

"Saya ? " Andrean tanya balik.

Oshhh... lepas cakap. Dia terlepas cakap. Mati aku. Dia sedar tak, dia perasan ke ... "Maaf, saya ingat... suami saya ada kat depan saya. Saya tak perasan lak awak. Saya minta maaf."

Tengku Andrean memandang Seri Diana pelik. Something weird here. "Tak apa, saya faham. Saya pun macam awak juga. Saya selalu ingat awak isteri saya tapi saya silap. Mungkin nasib kita sama je kot Diana." Andrean memang tak syak lagi tu memang Diana sebab dia terpandangkan gelang kat tangan Diana. Sama macam isterinya punya. Gelang tu ditempah khas olehnya mana mungkin ada yang sama macam orang lain.

Tapi... satu je yang dia sangsi kenapa mukanya tak sama... kenapa Diana ? Apa yang terjadi sebenarnya. Kemalangan tu ke yang menjadi puncanya ?

***
"Abang tolonglah jangan bawa laju-laju. " marah Seri Diana dengan suaminya. Sungguh, bahaya ! Jalan sana-sini ada gaung... bahaya boleh mengancam nyawa. Penat je kerajaan buat iklan tentang keselamatan jalan raya tapi hampeh. Tak langsung digunapakai oleh suaminya ini.

"Sayang jangan lah risau. Abang dah biasa lah macam ni. " jawab Tengku Andrean. Memang dia dah biasa bawa high speed macamni kat jalan-jalan macam ni.

Sebelum dia kahwin dengan Diana, setiap minggu dia akan drift kat sini bersama dengan adiknya, Tengku Khairil. Perangai diorang memang sebijik ! Kaki perempuan, suka bazirkan masa.. macam orang tak ada masa depan sampai papa dan mamanya pening dengan mereka. Tapi semenjak dia kenal dengan Seri Diana semuanya berubah. Dia dah rajin solat yang mana selama ini dia tinggalkan. Dia dah tinggalkan semua perempuan yang menjadi penemannya sepanjang hari. Air memabukkan juga tidak pernah lagi dia sentuh. Ya Allah, ketika itu betapa banyaknya dosanya waktu tu.

"Abang !!! " jerit Diana kuat.

Segala-galanya berubah. Dia menjadi seperti orang tidak siuman. Setiap hari dia menangis memanggil isterinya pulang. Menyesal dengan sikapnya... benci dengan dirinya sendiri. Dia dah kehilangan isterinya. Pasukan penyelamat langsung tidak dapat menemui isterinya. Hanya menemuinya yang hampir kehilangan jangka hayat. Keretanya habis terbakar... rentung ! Tak ada apa yang boleh diselamatkan. Dia tak tahu dimana nak cari isterinya.

Hampir 2 tahun dia cuba menerima hakikat bahawa isterinya tak akan kembali padanya. Masa tu juga Andrean menerima satu lagi dugaan dalan hidupnya. Papanya pula meninggal dunia akibat serangan jantung. Sekarang ni hanya mamanya dan adiknya sahaja yang menjadi kekuatannya sepanjang ketiadaan papa dan Diana.

Tengku Andrean mengeluh. Adakah semuannya ini balasan aku atas semua dosa-dosa aku. Usai sahaja dia berjumpa dengan Seri Diana di cafe membincangkan hal kerja, terus dia pulang ke rumah menuju ke bilik. Tak mampu dia menahan rasa sedih di hati apabila berdepan dengan Seri Diana yang mengatakan tidak mengenalinya selama ini.

Ya Allah, aku tahu aku banyak melakukan dosa, Ya Allah. Ku akui kelemahan diri, ku kesali kejahilan ku ini. Aku lelah dalam meniti rona kehidupan ini kerana jiwa aku kering tanpa pentunjukmu, aku cacat tanpa hidayahmu... Ya Allah, telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan kerana diri ini hilang arah menuju redhaMu... Aku meminta terimalah taubatku ini...Aku mohon Ya Allah....

Hampir setiap malam, Tengku Andrean menangis bersungguh-sungguh. Cuba meleraikan tali penyesalan yang tidak berkesudahan. Hatinya hiba apabila mengenangkan segala dosa-dosa yang telah dia lakukan...

"Diana... isteri abang, abang minta maaf. Abang menyesal sebab tak dengar cakap sayang. Abang minta maaf, Semua yang berlaku salah abang... salah abang Diana... Diana, abang tak kuat, abang perlukan Diana. Abang tak mampu.... hari-hari abang doa kat Allah supaya suruh Dia pulangkan isteri abang balik.... abang nak isteri abang balik.." sungguh hatinya tak mampu nak menampung rindu yang menggunung... dia rindukan isterinya. Seri Diana...

***
Akhirnya,  setelah sekian lama menunggu Siti Balqis binti Mohammad Mustafa sah bergelar isteri orang. Tak percaya ? Aku lagi tak percaya. Tup tup diorang plan nak kahwin padahal aku rasa tak sampai seminggu diorang kenal. Cinta ? Kadang-kadang tak boleh percaya apa yang berlaku. Semuannya jadi tungkang terbalik. Memang dia tak sangka Balqis kahwin dengan Ahmad Daniel Hakeem bin Al-Ansari... Pelik dia masa tu.

"Balqis, kau nak tahu tak ? Kau kenalkan Daniel Hakeem kau tu... serius aku tak sangka langsung tadi. Tetiba jumpa aku minta aku cakap kat kau yang dia sukakan kau... " beriya-iya Ana memberitahu khabar gembira buat kawannya itu. Memang dia tak sangka langsung dengan kedatangan Daniel tadi sebab bukan mamat tu outstation ke?

"Ana... boleh Daniel nak cakap sekejap dengan Ana." suara baik itu menjengah ke gegendang telinga aku. Terkejut aku, bukan mamat ni kerja luar ke? Tetiba hari ini datang kat tempat kerja aku dengan buat muka serius dia.

"Bukan awak outstation ke ? Awak yang cakap, " directly aku cakap. Tak akan sehari je kot urusan kerja kat Jepun jauh nun Barat sana.

"Entah, tak jadi kot. " selamba je dia jawab. 'Tak jadi kot'... hesy, mamat ni boleh buat syarikat tu macam mak bapak dia punya pula.

"Tak jadi ? Awak nak apa datang sini, tetiba je datang tak bagi salam terus tanya orang. " tanya aku pelik. Bukan mamat romantik ni jenis bersopan dari segi tatatertib ke ?

"Ana, boleh saya minta tolong dengan awak? Awak kenalkan Balqis, housemate awak ?"

Hek eleh, mamat ni. Dah tentu lah aku kenal, nama pun housemate. Apa kejadah kalau tinggal satu rumah tapi tak kenal orang. Bapak sombong der !

"Hmm, saya kenal. Asal? " Terkejut muka dia tengok aku menjerit. Volume memang tak boleh blah.

"Awak nak tackle dia kan ? " Aku main agak-agak je, mana tahu mamat jatuh suka dengan Balqis tu sejak pertama kali pandang. Wait for a minute... dia pernah jumpa ke Balqis tu ?

"Issh, awak ni Ana... jangan lah cakap kuat-kuat... malu kot ! " Daniel membuat isyarat senyap kat Ana, Gila ah minah ni, kuat sungguh volume dia.

"Kan dah agak... bila nak on ? " Ana tersenyum macam kera mengusik lelaki romantik ni.

"Saya nak awak ajak Balqis keluar makan malam esok. Boleh ? " tanya dia. No hal la, la Daniel. Aku jamim Balqis girang gemilang dapat jemputan daripada hang.

Start daripada makan malam tu la, cinta diorang mula berputik. Cinta pandang pertama. Diorang yang cakap kat aku. Dan macam mana Daniel Hakeem ni kenal Balqis ? Macam ni... Daniel ni  nak cepat gila pergi KLIA... time tu jamm kat traffic. Masa dia nak selekoh masuk kiri...DUMM... kereta dia dengan Balqis berlanggar. Diorang first-first berperang besar, alih-alih Balqis aku yang memang tak suka gaduh ni, mengalah je lah... sampai sanggup bayar kerosakan kat kereta Daniel. Dari situ lah Daniel tertarik kat Balqis ni.

Macam mana Daniel tahu Balqis kawan aku ? Sebab dia nampak gambar kat kereta balqis tertampalnya gambar aku yang cun dengan Balqis masa kiteorang convo hari masa tu. Tamat. Pelik gila cara pertemuan diorang sampai boleh jatuh sayang.

Hidup, jodoh manusia tak ada sesiapa tahu. Kita mampu merancang tapi Dia yang tentukan. Dah tertulis semua percaturan hidup kite sejak azali lagi. No one..know.

***
 "Tengku Khairil, boleh tak jangan main-main macam ni. " Ana marah Tengku Khairil. Suka hati mak bapak dia je main rembat-rembat aku. Paksa-paksa orang. Datang-datang kedai, main tarik-tarik tangan aku paksa dia masuk kereta dia. Suka hati main pegang-pegang orang, tak belajar agama ke ? Kak Ita, Encik Adam, Kak Ros dengan pelangan yang ada masa tu pandang kiteorang pelik je. Aku pulak marah-marah.

"Saya tak main-main lah. Sekarang awak nampak saya main dengan anak patung ke ? " jawab Khairil sambil mata tetap fokus ke hadapan menumpukan pemanduannya.

"Tengku nak bawa saya kat mana ni ? Tengku jangan buat hal pula, nanti saya tak teragak-agak nak report kat polis. " Ana Ryana dah fikirkan yang bukan-bukan. Mana tahu lelaki nak culik dia, atau... huhuhu, minta lah dijauhkan.... dasar jembalang tanah punya makhluk bumi.

"Saya nak bawa awak jumpa my mama.... tunjukkan menantu dia ni. Comel ! " Dia tergelak. Apa yang kelakar, tak kelakar lah wahai encik Tengku Khairil.

"Gila ah awak ni... dah lah turunkan saya. Sekarang juga, " Tak kira dia nak turun juga. Memang mamat ni terputus wayar. Ingat aku ni perempuan murahan ke, suka-suka bawa aku jumpa mama dia. Siapa dia kat aku ?

"Dah turun lah. Awak memang tak sabar-sabar nak jumpa mama saya kan? Jom."  Hampeh, punya mamat. Dah sampai rumah dia baru suruh aku turun. Ni dah mendatangkan kemarahan aku ni.

"Awak ni memang cari pasal dengan ..... woooaaaaah.... " Tanpa aku sedar ada orang yang sambut aku. Siapa lagi kalau bukan mamat tu. Wah, hensem jugak mamat ni kalau pandang dekat-dekat macam ni. Mana taknya memang rapat gila, lagi seinci hidung diorang boleh berlaga. Mata dia yang macam Asyraf Singleir, bibirnya yang merah merekah tu memang boleh buat aku cair kot. Tetapi ada sesuatu perasaa halus mengalir dalam urat-uarat darah dia.

Eh, Ana kau sedar tak sekarang ni ? Depan kau tu buaya playboy tau tak ! Come on, Ana. Hati dia berkata-kata supaya suruh dia sedar.

"Issh, apa pegang-pegang ni... Dah lepas. " arah Ana. Muka dia tak usah cakap macam mana warna dia. Agaknya macam rainbow dah. Malu...

"Huh... maaf, saya tak sengaja. Tadi awak nak terjatuh...saya sambut lah tak akan nak tengok awak jatuh tergolek-golek. " Dia cepat-cepat lepaskan aku. Pastu pandang aku pelik Propa je lebih mamat ni cakap aku jatuh tergolek-golek konon. Ni semua pasal-pasal kasut aku yang tak betul ni... Tu laa kau Ana, tak reti nak pakai high heel tak payah lah pakai.

"Eh, kamu berdua tak nak masuk ke, asyik duk kat luar tu kenapa ? Kan panas ni hah ! " Datin Hajah Mariam memanggil anaknya dan bakal menatunya tu masuk. Bangga dia bila anaknya yang satu lagi kata nak bawa menatu untuk dia. Dia sendiri perasan, sejak akhir-akhir ni, Khairil banyak berubah. Dah tak keluar malam dengan perempuan-perempuan... Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Alhamdulillah... gadis ni memang jodoh buat Khairil.

"Ya, ma... Jom Ana... kita masuk, mama ada masak sedap-sedap. " ajak Tengku Khairil. Dia sendiri terpegun melihat kecantikan perempuan ni tadi. Macam nak pandang lama-lama je.  Cantik sangat. Berwajah putih kemerah-merahan. Kalah semua girlfriend yang standard model-model tu. Ana Ryana ada kecantikan semulajadi  sebab muka dia tak ada mekap langsung. Dagu dan bibir terebelahnya memang memikat.

"Issh, kenapa pula saya kena masuk. Ni semua tak ada kaitan dengan saya. " Ana Ryana tegak terpacak berdiri kat depan pintu kereta, Aissh, memang tak masuk akal.

"Laa... awak kena lah masuk sebab awak akan jadi sebahagian dari keluarga ni. " susah lah cakap dengan perempuan tak ada perasaan macam dia ni. Tak akan tak faham-faham lagi.

"Kenapa lak tetiba saya jadi sebahagian daripada keluarga awak ? " Ana tanya lagi. Dia memang tak faham atau dia buat-buat tak faham sendiri... Hahaha..

"Sebab nanti awak akan jadi bakal isteri saya. "

"Isteri awak ? "

"Yup "

"Tapi... saya tak suka awak. Macam mana nak jadi isteri awak ? poyo lah kau ni Ana... dah sah-sah kau berbunga-bunga kembang sekarang ni. Tak payah lah nak menidakkan benda yang betul, wahai Ana Ryana. Suara hati dia tetiba menyibuk cakap tuan. Huh.

"Saya tahu awak suka saya. " Tengku Khairil main teka-teka.

"Macam mana pula awak nak tahu kalau saya tak bagitau. "

"Hati awak, Ana. Dari mata awak saya dapat tahu awak memang sukakan saya. Awak tak pandai enipu Ana. "

"Huh... memandai je.." jawab Ana.  Pandai-pandai je mamat ni main baca-baca bahasa mata aku.

"Ana, saya nak buat pengakuan... " dia tak habiskan ayat dia.

"Pengakuan apa ?" Aku tanya dia balik.

"Ana Ryana binti Amir Firdaus, saya Tengku Khairil bin Dato' Hassan ingin membuat pengakuan bahawasanya saya telah jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali kita berjumpa. Ana, saya cintakan awak. Sudikah awak jadi teman dan pendamping di sisi saya sepanjang hayat saya ? " Usai sahaja dia membuat pengakuan, terus dikeluarkan sebentuk cincin kat aku. Mukanya manis.

Menitis air mata dari tubir mata aku. Serius aku tak sangka dia buat macam ni. "Saya... aaaa..." Ana Ryana jadi gagap beb !Dia tak dapat tahan terus dia menangis kuat-kuat... dia tak tahu samada dia gembira, terharu, sedih, bangga.. dia tak tahu perasaan dia sekarang. Yang penting dia terasa nak nagis je,

"Ana, awak kenapa ? Kenapa nangis ? " Khairil jadi serba salah. Muka dia risau kot, berkerut seribu.

"Tak... saya tak tahu...kenapa awak buat macam ni kat saya ? " Aku tanya dia sebab kenapa dia pilih aku yang tak ada apa-apa ni. Khairil kan playboy, ramai perempuan berderet-deret ni boleh pilih.

"Sebab saya sayang awak Ana. Awak lah wanita yang pertama berjaya buat saya jatuh cinta. Awak kunci hati saya hanya untuk awak. Saya ikhlas ingin mengambil awak sebagai tanggungjawab saya, Ana. Awak sudi ?" Dia menghukurkan cicin tu kat aku.

Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tahu angguk je... Ya, aku setuju menjadikan Tengku Khairil sebagai pelindung untuk dirinya, sahabatnya, lelaki dalam hidupnya... dan Khairil...dia layak menjadi syurga buat aku.

Aku dengar dia cakap, "Alhamdulillah, Kau makbulkan doaku selama 5 tahun aku mencarinya kembali. "

5 tahun ? Ana menjadi sangsi. Pelik ! Kiteorang pernah jumpa ke sebelum ni bukan kat kedai bunga je ke? Tetapi satu benda juga yang dia musykil... mamat tadi berjiwang proposed aku, senang sahaja aku terima... aku tak rasa alergik... ajaib ! Mesti mamat ini guna-gunakan aku ini, bukan boleh percaya lelaki zaman sekarng.

Issh, Ana... kau berfikiran sungguh jauh. Nauzubillah min zalik. Menfitnah itu !

***
Tengku Adrean tersenyum memandang gadis dihadapannya. Allah telah mengembalikan isterinya kembali ke pangkuannya. Walaupun berbeza tapi dia tetap bersyukur kerana doanya telah didengar.
Selama ini isterinya berada kat depan matanya je. Satu pejabat, selalu keluar bersama, sering berbual-bual, gelak-tawa bersama... Ya, Allah... hebatnya kuasaMu...

"Sayang, abang minta maaf... abang cuai, abang tak dengar nasihat sayang... maafkan abang, Allah dah hukum abang selama 2 tahun... abang tak tenteram tanpa sayang, abang minta maaf... " luah Tengku Andrean dengan kekesalan yang berbuku-buku terhadap isterinyya itu.

"Tak, benda dah lepas... bang. Abang tak salah apa-apa pun kat Diana cuma sekarang ni..." Diana tak mampu nak teruskan ayatnya sebab sekarang ni dia bukannya sempurna macam perempuan lain. Dia kehilangan mahkota yang sangat bernilai.

"Sayang.... walaupun sayang tak dapat melahirkan zuriat abang.... abang bersyukur sayang sebab Allah dah campakkan kita dalam cintaNya. Perkahwinan bukan tentang zuriat sahaja.... tapi perkahwinan itu adalah tentang perjalanan dalam mencari cintaNya. Cinta perlulah berdasarkan cinta Allah sebelum mendapat cinta manusia kerana Allah yang memegang hati hamba-hambaNya....

dan...sayang..,melalui sayang abang berubah... abang memerlukan cinta Diana yang mencintai Allah sehingga abang dapat mencintai Diana kerana Allah. Dalam hal ini, abang yang salah. Abang yang perlu menanggung kifarah Allah ini atas dosa-dosa abang tapi sayangnya sayang juga terkena tempiasnya... lagipun pasal anak, kita boleh ambil anak-anak angkat... " Seri Diana terharu. Terasa sangat bahagia.

Saat itu, bagaikan masa terhenti untuk mereka... memandang ciptaan terindah didepan mata ini. Tiada apa-apa yang perlu diubah.

"Rindunnya... sayang abang.." bisik Tengku Andrean ke telinga isterinya. Walaupun isterinya membuat pembedahan plastik disebabkan mukanya habis melecur tetapi bagi dirinya isterinya tetap sama di matanya. Terima kasih Ya Allah.

"Sayang pun rindu kan abang... " balas Seri Diana. Tersenyum memandang suaminya yang tidak lepas-lepas  memandang dirinya.

Tetiba...

"Rean... cepat tolong Khai... " jerit Datin Hajah Mariam.

"Kenapa dengan Khai ma. " terkejut juga dia mendengar mamanya menjerit kuat. Memang kacau daun betul.

"Tuu ... hah ! Dia menangis kat bilik dia... tak tahu nak buat apa. " Datin Hajah Mariam menunjukkan bilik Tengku Khairil.

"Abang, cepatlah.. baby macam nak keluar ni... " arggh, tension dai dengan suaminya ini. Aku tengah sakit dia boleh pula menangis. Hampeh ! Sekarang ini giliran aku pula yang abil giliran pergi wad bersalin, masa tu Balqis yang melahirkan anaknya yang kedua. Hmm...bahagia juga kawan aku itu dengan daniel Hakeem, mamat romantik itu.Alhamdulillah.

"Khai, cepatlah bawak Ana pergi hospital.. abang tunggu kat kereta, Diana... tolong Ana... Cepat Khai !" arah Tengku Andrean. Khairil tak pernah berubah mesti dia menangis apabila tengok orang dia sayang sakit.

"Kejap Ana... tahan, jangan tingalkan abang...baby jangan buat ummi sakit ye. " Tengku Khairil mendukung Ana Ryana membawanya ke kereta. Air mata seorang lelaki jatuh berjuraian macam air paip.

Betul ke ini suami aku... ?" Ana pelik memandang suaminya. Dasar kanak-kanak Ribena, sepatutnya aku yang menangis.

Suasana villa milik Dato' Hassan menjadi kelam kabut. Ana Ryana yang menjerit sakit. Tengku Khairil yang dari tadai asyik menangis. Datin Hajah Mariam dengan membebelnya. Tengku Andrean yang cerdik dengan kereta sudah lupa cara nak hidupkan kereta. Ni semua kelam-kabut punya pasal ! Seri Diana tersenyum melihat gelagat keluarganya. Macam-macam...


-TAMAT-

p/s ---> Terima kasih kerana sudi baca hingga ke titik akhir cerita. Cerita pertama Aimy buat.
Bila manusia tak reti menulis,
tetiba suatu hari menulis,
Bila semua idea yang keluar tidak ditapis elok2,
hasilnya cerita jadi tungkang-terbalik.

InSha Allah, suatu hari Aimy akan belajar menulis baik2 :)
Salam sayang, Aimy_Shazleen
___________

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...