BAB 6
Aku tongkat dagu lihat wajah kacukan Turki di hadapan aku. Pelik. Seolah ombak ganas timpa aku secara tiba-tiba.
"Kau nak apa jumpa aku?" tanya aku tak mahu buang masa lama-lama dengan lelaki ni.
Leo kertap bibir. "Anis."
Aku kerut kening. "Kenapa dengan Anis?"
"She like... not her. Macam someone else. Kau kenal dia kan?" beritahu Leo sambil tepat pandang aku.
Ohmaiga... Leo si mamat playboy minta advice kat aku dowh. Malam ni mesti bintang banyak sebab matahari ceria tengahari.
"Jadi?"
"Aku tak tahu macam mana. Tapi, dia something else. Like ada magic kat dia. Tapi, kau tahu aku kan, aku jenis tak lekat dengan seorang perempuan but at the same time aku tak nak Anis terasa. I mean dia nangis-nangis macam tu." Leo terang kat aku panjang lebar. Aku renung anak mata Leo berwarna hijau. Peratus dalam dunia untuk orang ada mata hijau dalam dunia cuma dua peratus kowt. Leo sangat untung. Wtf aku puji Leo. Tarik balik, tarik balik.
"So, janganlah buat dia nangis. Cuba kau fit diri kau untuk seorang perempuan untuk satu masa. Kau rasa macam mana rasa suka dengan seorang bukan dengan berpuluh girl kat Shah Alam ni. Kan?" ujar aku sedikit sinis.
Leo pandang aku. Muka tak puas hati.
"Aku datang kat kau bukan nak dengar kau membebel tau. Aku nak kau cakap kat Anis tu, suruh dia gone untuk sekejap. Biar aku rasa aku perlukan dia balik then baru aku ada feeling nak sayang dia balik. Can you?"
Aku dongak pandang siling kafeteria. Bersabar Naill. Sabar.
"Leo... Kau anggap Anis tu apa? Patung cendana ke apa. Dia ada perasaan babe. Anis tu orang yang aku sayang. Jadi, bila kau dah AMBIK orang yang aku sayang. Tolong jaga dia elok-elok. Sebab aku sayang dia." balas aku tegas lalu bangun meninggalkan Leo yang masih bercelaru.
Anis, tolonglah nampak side Leo yang ini. Ada ke patut dia mintak Naill tarik Anis jauh-jauh dari dia sebab biar dia rasa dia rasa kehilangan Anis. How could he do that? Like a sin?
Tengah aku fikir pasal Anis. Tiba-tiba bahu aku berlaga dengan seseorang. Aku kelam kabut pusing tubuh lihat orang yang kena langgar aku. Yelah, salah aku tak fokus time jalan.
Gadis itu sibuk mengibas kain skirt labuhnya. Dia toleh pandang aku.
"Anis(?)!" Aku cepat-cepat bantu Anis kutip buku tebal-tebal yang terjatuh atas jalan. Baru balik dari perpustakaan agaknya. Aku mengkertap bibir menahan satu garis terukir.
"Naill, Anis minta maaf. Tak perasan terlanggar orang pula." Dia garu-garu kepalanya sambil sengih pandang aku. Aku menghulur buku-bukunya lantas dia sambut.
"It's okey. Salah Naill jugak kowt, jalan tak pandang kiri kanan." balasku.
"Aikks! Tak pernah-pernah Naill Eric Asraff jalan tak pandang depan. Naill ada masalah ke?" tanya Anis prihatin.
"Tak adalah. Okey je. Pergi mana ni?" Aku pula menyoal Anis. Anis cuma senyum.
"Balik."
"Asrama?"
Anis geleng. "Rumah."
"What? Seremban? Or KL?" bertubi-tubi aku lantun pertanyaan. Ujian mid tinggal seminggu lebih kowt.
"KL. Anis nak study kat rumah. Anis takde mood nak study kat kolej." Dia sengih.
Aku mula syak. "Gaduh dengan Leo lagi ke?"
Anis diam. Memeluk erat buku-bukunya rapat ke dada. Orang kata, diam tandanya betul.
"Jom keluar makan. Naill lapar."
Ajak aku sambil angkat kening.
Ajak aku sambil angkat kening.
"Tiba-tiba?"
"Haah. Tiba-tiba Naill rasa nak makan sama-sama dengan Anis. Dah lama kan kita tak makan sama-sama." beritahu aku jujur.
Anis hanya balas dengan senyumannya.
"Sudi tak?"
Anis angguk. "Sudi. Asalkan bukan Anis yang bayar."
"Ceh! Dia mana pernah keluarkan duit dia untuk Naill." balas aku selamba.
Anis senyum. Kami berjalan bersama ke tempat letak kereta aku lalu menuju ke Burger King. Aku teringin nak makan fast food.
"Naill... don't say you nak burger?" Anis sapa aku bila dia perasan aku masuk simpang ke Burger King.
Aku kerling dia. "Kenapa? Naill macam nak makan burger."
"I'm don't want to eat burger. Kalori tinggi. Cholesterol yang high. Oh nooo!! Anis tak nak gemuk." Anis pandang aku dengan muka mintak rayu belas kasihan. Aku simpan senyum.
"Yelah...yelah. Tak pergi burger. Kita makan ikan bakar nak?" Aku kerling Anis sekilas.
"Okey."
"Good!" Aku buat pusingan U-turn dan terus menuju ke kedai ikan bakar.
BAB 7
Aku kerling Kim. Dia tersengih-sengih depan aku sambil garu belakang leher.
Aku angkat kening. "Asal kau tak bagitau aku hah?"
"Sorrylah babe...aku tak sengaja. Lupa." balas Kim selamba. Daim siku lengan Kim. Dia jeling-jeling manja dengan Kim.
"Eleh, mentang-mentang dah ada awek cun sekarang. Kau lupa aku kan?" sela Daim bernada jeles. Aku angguk-angguk setuju.
Kim tayang giginya lagi. "Mana ada. Baru tiga hari kenal. Dia mana pandang aku nak jadikkan bf dia." Sedih.
Aku ketawa dan terus ketawa. Kim dan Daim pandang aku pelik.
"Asal?"
"Aku terasa dowh!!" ujar aku selamba. Kim dan Daim senyum tak berdosa.
Kim tepuk bahu aku. "Sorrylah, lupa..."
Aku tepis tangan Kim. "Aku bukan macam perempuan lah nak feeling-feeling sampai bulan-bulan."
"Yelah. Kau kuat, kau kuat." Faq tiba-tiba mencelah dan santai duduk sebelah aku berhadapan Kim dan Daim. Aku pandang dia.
"Mana pergi?" tanya aku.
"Mana pergi?" tanya aku.
Faq koyak senyum. Senyuman Faq sangat manis sampai aku pun jatuh suka dengan Faq. Bukan Faq, tapi senyuman dia. His smile dazzling me.
"Lepak lab." Faq course Science. Aku, Daim dan Kim business. Tapi, kitaorang jadi rapat sebab masing-masing kena tahan masuk kelas lambat. Denda lecturer kami bagi sama, serentak, iaitu cuci tandas. Sejak tulah walaupun cerita aku ni macam tak masuk akal sikit. Heh!
"Faq, cuti sem kau balik?" soal Kim. Aku kerling Faq. Dia geleng.
"Tak agaknya. Rasa nak duduk kolej je. Asal? Kau tak balik?" Faq tenung Kim. Aku tukar pandangan pandang Kim pula.
"Tak. Wah, bolehlah kita lepak-lepak kat kedai Pak Mail malam-malam." Daim pula yang menjawab. Kim jeling Daim. Aku melopong.
"Asal masing-masing tak nak balik ni?" Aku tenung muka masing-masing.
"Saja." Serentak. Aku mengeluh. Hai laa, semak kepala aku aje cuti nanti. Selalu kemain diorang beli tiket bas awal-awal. Sekarang, tak mahu pula balik. Aku memang tak balik lah. Aku duduk Shah Alam, tapi tak balik rumah. Aku lagi suka duduk kolej, lepak dengan pak cik jaga makan mee goreng daripada duduk kat rumah besar dengan maid. Sunyi je.
Time happy-happy kitaorang borak-borak pasal game baseball, pupil aku elok gerak pandang seseorang. Anis. Dia jalan tuju tempat duduk kitaorang.
"Hai, assalamualaikum." tegur Anis sambil ukir senyum.
"Waalaikumusalam." Serentak kami menjawab, pandang Anis.
"Ni." Anis hulur satu sampul surat warna kuning cair. Faq sambut.
"Tu... jemputan kahwin." sambung Anis. Kim tersedak air kopi. Daim bulat mata besar-besar bajet Puss in Boot. Aku beku. Pandang sampul surat kat tangan Faq tanpa perasaan.
"Siapa kahwin?" tanya Daim.
"Anis." Anis tunjuk jari telujuk dekat diri sendiri.
Lagi sekali Kim tersedak. Aku geleng kepala. Cepat-cepat aku tepuk belakang Kim. Kesian, terbatuk-batuk, dahlah asma.
"Dengan?" tanya Daim lagi. Namum, tak sempat Anis nak jawab. Faq mencelah.
"Leo." Faq tekun baca kad jemputan kahwin. Daim riak tak percaya.
"Ermm... waktu cuti sem dua bulan ni. Kitaorang berlangsung. Anis datang, nak jemput korang. Datang ehh." beritahu Anis dengan nada ceria. Aku tak tahu nak taip apa tentang perasaan aku sekarang.
"Anis serius ke?" tanya Kim serius.
Anis angguk. "Okeylah. Anis minta diri dulu. Datang tau, datang..." kata Anis sebelum beredar tinggalkan kami berempat.
Aku jilat bibir sendiri nak bagi basah sebab bibir aku terasa kering. Kering macam kat padang pasir. Daim, Faq dan Kim pandang aku. Aku balas pandangan mereka tanda 'asal-pandang-aku'.
"Kau tak kisah?" Daim mula bersuara. Aku diam.
"Kau tak sedih?' Kim pula tanya aku.
Diam juga.
"Kau tak nak tahankan cinta kau untuk Anis?" Soalan Faq buat aku termenung seminit.
Aku ukir satu garis. Jongket bahu.
"Dan kalau dia kembali, jodoh kami pasti." Lantas aku bangun meninggalkan mereka usai menjawab.
Aku bawa tangan aku ke dada kiri. Aku diam. Anis, exactly why can't I have you? I might love you more than him. Apa yang Leo ada that I don't? Sungguh kali ini, aku nak tamat angan-angan aku hidup bahagia dengan Anis. She made him stop believing his fairytale.
BAB 8
Aku ukir senyum. Anis nampak gembira berdiri sebelah Leo. Dua-dua nampak bahagia walau aku rasa Leo tak sesuai dengan Anis. Huh, yelah. Semua yang buruk aku taruh pada Leo. Biar aku dan Anis aje nampak cantik sepadan kat pelamin tu.
"Datang jugak kau, kan?" Leo sapa aku. Kami bersalaman like a normal. Yeah, sekarang ni aku aje yang tak normal hakikatnya. Anis di sebelahnya tersenyum manis dalam busana pengantin tu.
"Naill. Lama Anis tunggu Naill. Baru sampai ke?" tanya Anis mesra.
"Lama dah. Nak balik ni, tu nak jumpa korang." aku balas selamba.
"Anis nak cakap dengan Naill kejap." kata Anis pada Leo. Aku hanya memerhati mereka berdua dan kenapa Anis nak talk-one person dengan aku. Anis, aku ada hati jugak. Sudahlah kau kahwin, ajak aku seolah tujuh tahun tiada makna.
Leo menangguk mengizinkan Anis dan aku alone.
Anis mencapai pergelangan tangan kanan aku lalu dibawa aku jauh dari tengah orang ramai. Di suatu sudut tersorok tepi dewan.
"Naill..." Anis seru nama aku.
"Ermmm... Anis nak cakap apa?" Aku garu belakang leher. Rasa janggal pula berdepan dengan Anis. Dia dah jadi isteri orang.
"Naill, Anis nak minta maaf kat Naill. Anis tahu, mesti Naill rasa Anis takde perasaan, kejam, buat tujuh tahun macam takde apa-apa, kan? Anis minta maaf, tak dapat balas sayang Naill kat Anis macam Naill buat kat Anis. Anis harap kita tetap jadi kawan baik? Kan? Anis sayang Naill sangat-sangat." beritahu Anis sambil bibirnya menguntum senyuman paling manis. Aku mengertap bibir. Pandang wajah Anis dalam-dalam, kerana lepas ini aku tak boleh buat apa kami selalu buat. Nanti tak pasal-pasal ada lebam kat mata dapat dari Leo sebab kacau bini dia.
"It's okey. Tak payah risaukan Naill. Naill tahu... hati manusia mana boleh nak paksa-paksa right? Same goes to you... and, me..." Aku senyum.
"... and take care, Anis. Jadik budak baik tau. Jangan susahkan Leo and jangan sesekali nak menangis sebab Anis is too ugly klau menangis like Beauty and the Beast. Okey?" sambungku. Anis mencebir.
"Anis not a five-years old kid nak menangis." Anis letak kedua belah tangannya atas kedua belah bahu aku.
Dia kenyit mata. "And, Anis lagi cantik dari Little Mermaid, tau."
Aku ketawa. "Good girl." Aku jatuhkan tangannya dari bahuku. Aku membongkok sedikit tubuhku melihat wajah Anis. Anis pandang pelik.
"Can you promise me klau ada apa-apa masalah, jangan sorokkan dari Naill." kataku serius.
Sengih. "Asal dengan Naill? Tiba-tiba aje, Naill kan sentiasa ada untuk Anis kan?" beritahu Anis.
Aku angguk. "But, ni untuk Anis. Kepastian. Janji ajelah."
Anis mencebik. "Janji." Dia buat pinky promise dengan aku.
Aku tegakkan tubuh. Senyum. Who says yang dia not a five years old kid. Aku kalih lihat keliling dewan dan nampak Leo berjalan menuju ke arah kami. Aku kalih pula pada Anis. Dia leka memperkemaskan gaunnya.
"Anis, Leo panggil. Pergilah." arah aku. Anis angkat wajah tengok aku lalu tersenyum.
"Anis, Leo panggil. Pergilah." arah aku. Anis angkat wajah tengok aku lalu tersenyum.
"Ermmm... bye Naill." Lambai Anis lantas berjalan mendekati Leo. Aku memerhati dari belakang. Ya Tuhan, kuatkan aku.
Tiba-tiba, Pa Faz datang menghampiri aku.
"Pa..."
"Naill, pa minta maaf."
"No. Ini hak Anis. Bukan Naill."
Pa Faz terus peluk tubuh aku.
"Pa minta maaf, nak. You should jadi pengantin lelaki untuk Anis hari ni." Aku mampu senyum.
"Pa minta maaf, nak. You should jadi pengantin lelaki untuk Anis hari ni." Aku mampu senyum.
Jodoh pa. Jodoh. Jodoh itu Tuhan saja yang tahu.
No comments:
Post a Comment