#Suntikan Semangat#

Tuesday, 19 November 2013

Dia, Boyfriend Aku? [2]


"Abang, bila nak balik ni... lambatnya..." terdengar keluhan dari mulut comel Mawar yang asyik bermain pen di hadapannya. Bosan.

"Entah, tak tahulah. Rasanya lambat lagi kot." jawab Syed Aizril. Pandangan Aizril jatuh pada kertas kerja yang berlambak di depan mata. Semua tidak boleh dipakai. Dia sendiri naik pening. Dia perlukan pembantu. Sekarang! Semuanya tak balance. Lepas tu nanti hantar kat papa, papa campak dalam tong sampah. Depan mata. Congrats sangat!

"Lambat lagi? Sekarang pukul berapa?"

Soalan daripada Mawar dibuat tak tahu. Begitulah Syed Aizril bin Syed Kamarul kalau berjumpa dengan kertas kerja bersama laptop. Habis semua orang dia buat dergh je...  Mawar bingkas bangun dari kerusi.

Sekian lama berjeda, baru dengar suara menjawab, "Pukul 3.35 minit petang. Kenapa?" Aizril menoleh memandang ke arah tempat Mawar. Eh, mana pulak dia pergi ni. Hilang. Pantas dia meninggalkan kerja-kerjanya dan berlalu ke arah pintu bilik. Mana Mawar?

"Eh..stop! Nasib baik tak tumpah." Mawar buat isyarat berhenti macam selalu pakcik kat sekolah tahan kereta nak bagi budak sekolah melintas jalan.

"Wooo..." Aizril buat brek emergency. Nasib baik tak kena langgar. Terkejut dia. "Sayang, pergi mana? Tetiba hilang." Muka Aizril beriak risau balik. Mawar tersenyum. Selamba masuk ke bilik terus duduk dekat kerusi.

"Buatkan air lah. Ada orang tu senyap tak jawab langsung bila orang tanya. Nasib baik orang dah biasa kena macam tu. Nah, ni air untuk abang. Sian abang, penat." Mawar hulurkan air coffee kegemarannya sambil buat muka comel. Dia memang prihatin.

"Thanks Mawar, abang. Sedap." Aizril menyambut huluran Mawar. Minum macam tak ingat dunia. Gelojoh. Macam ini ke perangai CEO.

Telefon iPhone miliknya berdering. Hilang segala bayangan dia bersama Mawar. Nama papa tentera di skrin. Panggilan itu dijawab.

"Ya, kejap lagi Ril balik. Ok."  Laju tangannya mengemas mejanya yang bersepah. Jam dindingnya dilihat.




Keyboard berdentum berlaga bunyi sesama sendiri. Cepat sahaja jari jemari melalukan segala isi-isi yang termuntah dari kepalanya. Dahinya berkerut-kerut tika mengulang bacaan setiap ayatnya. Kejap-kejap ditukar dan digantikan dengan frasa yang sesuai. Setelah lama membelek, butang 'Enter' ditekan dan tangannya menarik tetikus dan klik kiri untuk menyimpan  dokumen.

Qaseh tersenyum bahagia melepaskan karbon dioksida yang tersekat-sekat nak keluar. Siap jugak kerjanya. Jam di tangannya dilihat sekilas. Sempat lagi ni.

Makin lebar senyuman yang terukir di bibir Afiradya. Ngee... kalau ada orang nampak, mesti dia dikatakan gila. Gila sebab tengah senyum dekat gambar kereta idaman kesayangannya. Sayang, awak!

Tunggu, Dya... Dya akan selamatkan sayang. Laju kakinya melangkah ke arah kereta miliknya.




Akhirnya, destinasi yang harus dia singgah tiba jua.  Kat mana lagi kalau bukan kedai mainan. Kedai mainan ni memang best. Terbaik lagi kebaboom. Semua nampak macam seronok je, Uncle Tan cakap kalau hari-hari datang sini beli mainan, dia bagi discount tau. Kan best tu. Jimat duit nak beli mahal-mahal.

"Hai, Uncle. Dya datang nak beli ni. Macam dalam iklan ni. Ada?" dengan muka gembira dia menunjukkan iklan tu pada Uncle Tan. Tak sabar ye...

"Oh, itu... ada. Lu mau? tanya Uncle Tan.

"Ada. Nak, nak, nak. Cepat Uncle, mana?" jawapan positif dari Uncle Tan membuat hati Afiradya melonjak gembira.

Tu... sana. Tepi sana belakang kasi kiri." Afiradya mendengar dengan tekun lagi fokus. Nak faham apa yang uncle ni cakap susah sikt lebih-lebih lagi kalau dia cakap laju-laju.

"Terima kasih." Afiradya berlari anak pergi kearah yang ditunjukkan tadi. Hmmm... rasa macam nak melompat je sekarang ni.

Lama jugak dia cari. Akhirnya dia jumpa juga kereta ini. Sayang!!!

"Sayang, lama tunggu? Sorry, tadi Dya ada kerja sikit. Jom Dya datang nak bawak awak balik. Tak payah lagi tinggal kat sini eh, tinggal dengan Dya." Afiradya tersenyum-senyum membelai 1934 DeSoto Airflow Coupe lembut. Tak dapat nak beli yang betul-betul punya, dapat mainan boleh jalan gak. Janji ada.

Tiba-tiba sekelip mata kereta di tangannya hilang. Lesap. Terpusing-pusing kepalanya mencari mana pergi sayangnya itu.

"Akhirnya, kau jadi milik aku jugak. Jom balik." senangnya hati kereta mainan dalam iklan tu ada kat depan mata.

Afiradya melopong. Kat tangan lelaki itu ada sayangnya. Sesuka hati je main rampas-rampas.

"Eh, kejap. Bagi balik sayang saya tu." Lelaki itu menoleh. Minah ni cakap dengan aku ke.

"Awak cakap dengan saya ke?" tanya lelaki itu untuk mengenal pasti.

"Ya, dengan awak. Bagi balik kereta mainan tu kat saya." Afiradya hulurkan tangan.

"Ni? Kejap, saya fikir dulu." Boleh pulak mamat ni main fikir-fikir. Dah sah-sah tu aku punya. "Ermm,I don't think so." Jawapan yang tidak boleh diterima pakai dengan muka selamba badak dia je cakap macam tu.  Hangin aku macam ni.

"Eh, mana boleh. Saya yang dapat dulu. Jadi tu saya punya." marah Afiradya.

"Awak cuma pegang je. Saya dah nak gi bayar. Bye." Lelaki itu laju bergerak ke arah kaunter.

Cepat-cepat Afiradya menghalang. Lelaki itu terpaksa buat brek urgent. Kurang asam punya minah.

"Bagi balik sayang saya tu." Afiradya buat muka comel campur sedih.

"Mana boleh. Ni saya punya."

"Mana aci. Saya yang dapat dulu. Saya yang cari. Awak main rampas-rampas je. Tak aci lah."

"Aci mana ada kat sini. Aci kat India lah."

"Saya tak main-main lah. Saya serius ni."

"Ye ke. Macam tak percaya je." Eh, mamat ni pulak. Aku serius macam ni pun dia tak percaya. Tak boleh jadi ni.

"Awak...bagilah balik kereta tu. Dah lama saya tunggu. Limited edition tu." merayu sekali lagi Lelaki itu dah sampai kaunter nak bayar. Mana boleh macam ni main kidnap sayang dia.

"Thank you, uncle." Lelaki itu tersenyum pada Uncle Tan setelah membuat bayaran. Dia ingin cepat balik ke rumah, main dengan kereta coupenya. Rayuan perempuan di sebelah tidak dilayan sama sekali kerana kaunter rayuan ditutup.

"Bye... terima kasih sebab tolong aku carikan. Kalau ada jodoh kita jumpa lagi." jerit lelaki itu khas untuk Afiradya.

Bulat mata Afiradya memandang. Dia blah macam tu je. Tak makan saman langsung mamat pencuri ni. Eeee... lelaki tak cukup zat otak. Dah buat salah tak reti-reti nak minta maaf. Apa malang nasib aku jumpa manusia macam tu.

"Bye uncle. Dya balik dulu kalau lelaki tu datang lagi, uncle jangan bagi dia masuk!" Afiradya berlalu meninggalkan kedai mainan uncle Tan.

"Hoi, kau tak nampak ke? Mata letak kat mana? Kat lutut!" jerkah satu suara yang boleh membuat telingannya menangis.

"Maaf. Saya tak sengaja nak langgar. Tak payahlah marah-marah."Afiradya memandang tuan empunnya suara. Eh, macam kenal je mamat ni. Kat mana eh?

"Kau senang-senang je nak minta maaf. Ingat apa? Sekarang ni siapa yang nak ganti air kopi aku ni?" Dia tunjuk air kopi dia yang tumpah. Hek eleh, air kopi je kot. Dah nak bising.

"Nanti saya ganti lah. Kopi je bukan berlian ke, mutiara ke yang pecah. Tu pun nak kecoh." Afiradya mencebik.

"Tak payah. Tepi!" Syed Aizril menolak kasar badan Afiradya. Minah cuai!

Memang tak ada adab langsung. Mesti masa sekolah subjek sivik dapat markah negatif. Sesuka hati sesedap rasa main tolak-tolak badan orang. Nasib baik tidak terjatuh. Huh, hampeh!

No comments:

Post a Comment

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...