Aku pandang dia. Dari jauh saja sudah cukup. Cukup buat hatiku gembira dan rasa tenang melihat wajahnya yang redup dan lembut itu.
Aku tarik nafas. Cari semangat. Cari kekuatan yang padu.
Aku cuba sedarkan diri yang leka.
Sedarkan diri dari berangan -angan untuk mendapatkan bulan yang tinggi. Yang sudah tahu, sukar digapai walau apa cara sekalipun.
"Iman... kau menung apa? Bagi salam tak jawab-jawab. Dosa, tahu?" Ellana cuit pipiku lembut lantas duduk di kerusi berhadapan aku.
Aku sengih saja.
"Waalaikumusalam... warahmatullah.... hiwabarakaaaatuh." Aku balas salamnya dengan berlagu seperti kanak-kanak tadika menjawab salam gurunya dengan penuh semangat dan lama.
"Haha... kelakarlah sangat. Iman... nanti aku rindu kaulah."
"Rindu? Wahhh... aku rasa bangga dan dihargai kau. Tak pernah-pernah kau rindu aku pun."
"Baru sekarang start rindu. Nak buat macam mana?" Ellana menguis-guis jarinya ke meja. Pusing-pusing seolah-olah melakarkan sesuatu di atas meja tu.
"Ekkk... kemudian, kau nak aku buat macam mana? Dah kena transfer pergi sana. Ada masalah dekat sana. Kenalah buat... boss besar suruh nanti mangamuk pulak dia."
Aku pandang wajah Ellana. Ellana satu-satunya kawan baiknya yang paling... paling... baik kat dunia ni. Tidak pernah kisah tentang status, darjat atau keturunan untuk berkawan sedangkan dia adalah anak kepada seorang Tan Sri yang kuat pengaruhnya.
Aku rasa sunguh-sunguh bersyukur.
"Sob... sob... sob... nanti aku tak ada kawanlah nanti. Tinggallah aku keseorangan di sini. Tanpa Iman di sisi. Boleh 'roboh' iman ku nanti bila tiada nasihat dari kau."
Iman gelak. Mentang-mentang nama aku Iman. Nak samakan aku dengan iman kau. Hek eleh...
"Sampai bila kau nak aku ikut... ke hulu hilir dengan kau. Carilah teman yang boleh bagi kau nasihat seumurrrrrrr hidup kau nanti. Ehh?"
"Kahwin, maksud kau?" Ellana kerut kening.
Aku menangguk. Aku koyak senyum yang manis padanya.
"Tak mahu... aku tak pandai bab kahwin-kahwin ni. "
"Then, ingat kau tu makin muda ke, Cik Ellana. Huh?"
Aku menggeleng kepala. Umur Ellana sudah menginjak ke 29 tahun. Tapi, masih lagi seperti keanak-anakan. Sudah dipinang dengan lelaki yang handsome, kacak dan bergaya, kaya pulak namum Ellana tolak mentah-mentah. Tan Sri pun pening dengan Ellana.
Aku baru saja masuk 25 tahun. Beza umur kami tidak memberi halangan untuk bergaul seperti member sebaya. Ellana kadang-kadang boleh jadi matang, bila aku kecewa dia menasihati aku seperti seorang motivater yang bertauliah. Tapi, Ellana juga boleh menjadi kebudakan yang tidak mahu mengalah untuk dapatkan sesuatu yang dia inginkan.
Lagi parah dari dirinya.
Ellana senyum lebar-lebar. Tayangkan giginya yang putih cantik tersusun.
" Aku... muda lagilah. Belum jumpa lagi Mr. Right aku yang betul-betul right untuk aku. "
"Tak ada orang yang perfectlah, Lana."
"Tahu..."
"Terima saja dia tu."
"Tak nak."
Aku kerut dahi. Kenapa?
Ellana seolah-olah mengerti riak wajahku.
"Dia tak suka aku... dan aku juga tak suka dia. "
Aku gelak. Statement budak sungguh!
"Cinta tu boleh dipupuk. Cinta selepas kahwin kan, bagus. Boleh cuba kenal lelaki tu dengan mudah sebab dia dah halal. Nak pegang-pegang ke, suka hati. Lagipun nanti, rumah tangga kau lagi best. Masing-masing tak tahu pasangannya, jadi masing-masing akan cuba kenal pasangannya. Kalau dah kenal semua isi hati budi fizikan pasangan sebelum kahwin, dah tak supriselah nanti. Sebab... semuannya dah tahu. Kan?"
Ellana terlopong. Hahaha... Lucu.
Aku sambung, "Kasih sayang yang penting kerana... antara cinta dan sayang adalah berbeza. Sayang sangat besar maksudnya. Kau faham kan, Lana?"
Ellana angguk perlahan.
Aku bangun dari tempat duduk.
Ellana menangkat kepala memandang aku. Tidak mahu aku pergi.
Aku senyum kemudian beredar dari situ. Aku nak sambung kerja tergendala tadi. Waktu lunch dah tamat. Nanti seolah-olah aku makan gaji buta, tidak menepati waktu bekerja.
***
Aku nampak dia. Dia yang tampak segak dengan kot berwarna biru tua tu. Aku tunduk wajahku tika lalu dihadapannya. Tak mahu pandang mukanya.
"Cik Iman... tunggu sekejap. " Dia panggil aku. Aku serta merta berhenti. Aku dapat dengat derap kakinya melangkah ke arahku. Aku genggam erat kainku.
"Ya... saya." Aku jawab gugup.
"Saya nak jumpa awak malam ni. Boleh?"
Rahang bawahku hampir terjatuh. Aku terus mengangkat wajahku. Memandang dia.
"Encik Riduan... saya... saya..."
Aku... aku dah jadi gagap depan dia. Iman... kenapa ni? Tolong kuatkan hati, ye!
"Kenapa?" Riduan tanya aku dengan nada tenang.
"Saya... saya..."
"Cik Iman ni gagap, ya?"
Pantas aku geleng kepala.
"Mana ada. "
"Jadi?"
"Tak boleh."
"Tak boleh apa?"
"Keluar."
"Oh... kenapa? Saya ada perkara nak dibincangkan dengan Cik Iman."
Aku pusing. Aku bukannya tak ingin berjumpa dengannya tapi... tapi kerana janji.
"Tak ada teman."
"Ohh... bodyguard saya ada. Lagipun, saya bukan hendak bawa Cik Iman ke tempat yang bukan-bukan. Saya bawa Cik Iman ke tempat terbuka. Tempat ramai orang."
"Tahu..." Aku jawab panjang.
"So, why not? Pukul 9 malam nanti, saya ambil Cik Iman. Jangan lambat. Faham?"
Aku angguk.
Riduan berlalu pergi. Aku pandang dia dengan pandangan kosong.
Pening.
***
Aku kerling Riduan. Matanya fokus kehadapan tika memandu. Sungguh beretika lelaki ni. Aku tunduk kemudian pandanganku buang ke luar cermin kereta.
"Iman... ada apa-apa nak cakap ke?"
Aku terkejut.
"Tak." Jawabku tanpa memandang dia.
"Iman, risau saya bawa awak ke tempat tak elok?"
"Tak."
"Iman... takut dengan saya?"
Angguk. Aku toleh pada dia. Dia senyum.
"Tak... saya tak takut dengan encik. Saya..."
Riduan potong percakapanku. "Encik? Jangan panggil saya encik lagi. Panggil Riduan saja. Bukan saya dah beritahu tadi, kan?"
Angguk.
"Bodyguard en... tak nampak pun."
"Ada. Kereta kat belakang yang follow kita tu... merekalah."
Aku menoleh kebelakang kereta. A'ahlah... ada kereta ikut. Hehehe... rasa macam puteri raja pulak. Ada banyak kereta keliling menjaga laluan dan keselamatan puteri raja. Pemandu yang segak... macam dia ni.
Aku senyum gembira.
"Iman... senyum apa?"
"Hah?! Tak... tak ada apa-apa. Hehehe..."
Kami sampai ke sebuah restoran mewah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ni. Riduan memarkir keretanya kemudian pantas dia keluar. Aku pun teragak-agak nak buka pintu.
Risau.
Mana ada duit banyak-banyak nak makan kat sini.
"Iman... mari." Aku tersentak. Riduan sudah membuka pintu untukku.
Sengih. "Terima kasih en..."
"Sama-sama."
Kami sama-sama jalan beriringan masuk ke dalam restoran tersebut. Ada penyambut tetamu menyambut kami dengan mesra.
"Selamat datang, Tuan Riduan. Mari saya tunjukkan tuan ke meja."
Seorang wanita muda dalam anggaran aku mungkin berumur 27 tahun mungkin atau sebaya aku mungkin. Lantaklah... wanita itu tersenyum manis. Aku balas manis juga.
Kami mengekorinya. Riduan asyik memandang aku. Aku angkat kening bermaksud 'apa?'
Kemudian pandang ke hadapan balik. Kemudian juga toleh pandang aku lagi. Aku pula buat tak heran sajalah.
"Sini." Wanita itu membawa kami ke sebuah bilik khas. Canti terhias sebuah meja dan kusyen berwarna putih bersih. Nampak mewah sangat. Macam bilik untuk pasangan kekasih pun ada. Macam bilik... macam-macam la.
"Intan?"
"Ya, saya."
"Duduk."
Aku melangkah duduk berhadapan dengannya. Aku kaku.
"Nak makan apa?"
"Ni bilik apa? Kenapa kita tak makan kat luar macam orang lain?"
Soalan dibalas soalan. Hahaha....
Riduan senyum menampakkan lesung pipit sebelah kirinya. Manis.
"Ni bilik khas. Saya nak cakap hal penting dengan Iman sampai orang lain pun tak boleh dengar. Ok? Sekarang nak makan apa?"
Oooo... Ok.
"Nak makan apa-apa saja."
"Okay."
Senyap.
"Iman..."
"En... Riduan..."
Serentak.
"Iman dulu... nak cakap apa?"
Geleng. "En... Riduan dululah."
"Ok. Saya nak cakap... yang..."
"Maaf... lambat. Ini hidangan yang Tuan Riduan pesan dah sampai. Enjoys! "
Meja hadapan kami penuh dengan pelbagai makanan western. Huhuhu... tak suka sangat makanan barat ni. Bukan tak boleh makan, tapi boleh saja...
Aku reda sajalah. Siapa suruh aku tak pesan menu tadi?
"Thank you. " Pelayan yang masuk tadi pun keluar dari bilik ni. Tinggallah kami berdua di sini menghadap makanan yang terhidang banyak ni.
Aku pandang Riduan.
Riduan pandang aku. Dia senyum.
"Kenapa, Iman? Tak suka ke? Nak order yang lain ke?"
"Eh, tak adalah. Saya suka. Mari makan."
Aku ambil garpu. Ambil sudu. Aku ambil makanan yang berada dihadapanku.
Tenung. Makan. Tandoori Chicken Fettuccine.
Tiba-tiba aku dengar Riduan gelak. Kuat pulak tu! Apa yang kelakarnya?
"Kenapa?"
Dia masih gelak lagi.
"Kenapa gelak? Ada tak kena ke? "
Masih bersisa gelak. Aku tahan geram.
"Riduan!! Kenapa gelakkan saya? Tiba-tiba saja."
Serta merta dia berhenti gelak. Pandang aku dengan pandangan serius.
Aku jadi kecut perut pula. Salah aku. Tiba-tiba tengking dia.
"Maaf."
"Wan gelakkan Iman, sebab Iman tu asyik duk terkuis-kuis makanan tu. Sian makanan tu, tahu?"
Aku pandang makanan aku. Dia bahasakan diri dia 'Wan.'
"Iman... Wan nak..."
"Makan cepat... Encik Riduan nak cakap hal apa yang penting sangat?"
Dia diam.
"Iman... Wan mintak maaf. Wan minta maaf dengan Iman. Wan tahu Wan salah. Wan tinggalkan Iman. Wan terpaksa Iman. Dan... papa bukannya sengaja bencikan Wan. Dia perlu buat macam tu. Papa masih sayangkan Iman. Wan pun..."
Aku angkat wajahku. Aku pandang dia.
"Wan sayang Iman?"
Aku diam.
Selama ni aku cuba mengelak dari dia bertembung sama. Muka ke muka. Mata ke mata. Aku tak nak mungkir janji. Aku tahan hati aku. Tahan dari merinduinya. Tapi, aku cinta dia. Kasih aku tak pernah padam. Tak pernah lupus.
"Iman... Iman... "
"Wan nak Iman."
Rahang bawahku terjatuh mendengarnya.
"Wan... Iman dah janji dengan Dato' dan Iman tak nak mungkir janji. Wan kan dah nak kahwin. Dengan Ellana. "
"Wan tak pernah sayang dia. Wan sayang Iman."
"Janganlah macam ni... Jangan buat Iman rasa serba salah. "
Aku tunduk. Airmataku ingin menitis pantas aku seka.
"Wan... Iman sayang Wan. Sangat-sangat sayang. Wan ajar Iman macam-macam sampai Iman pandai macam ni. Wan terima kekurangan Iman. Wan tak pernah tengking Iman, marah Iman, sentuh Iman... Wan layan Iman, baik. Penuh sayang. Selama Iman jadi isteri Wan... Iman bahagia. Iman tak pernah rasa sesaat pun rasa tak bahagia. Semuanya bahagia dengan Wan. Iman... "
" Iman balik dengan Wan balik, ye?"
Aku geleng.
"Kenapa?"
"Wan kena ikut cakap Dato'. Wan kena hormat dia. Dia tahu apa dia buat... untuk masa hadapan Wan jugak kan?"
"Kahwin dengan Ellana tu.... boleh jamin masa hadapan Wan ke?"
Aku tak tahu nak cakap apa.
"Iman.... Iman sayang... Wan sayang Iman. Iman ceriakan kehidupan Wan hari-hari. Layan Wan dengan kasih Iman. Iman tak pernah membenci dan hati Iman sentiasa memaaf. Senyuman Iman lembutkan hati Wan tika Wan rasa panas hati, rasa tak tenteram. Iman satu-satunya wanita yang dapat mencairkan batu yang keras dalam hati lelaki ni. "
Aku pantas potong percakapannya. "Wan... Iman nak balik. "
"Iman... Wan belum habis cakap lagi."
"Dah selesai. Dato' hendakkan cucu. Cucu yang mampu menjadi pewaris hartanya nanti. Tapi... Iman tak mampu. Iman tak sempurna. Dato' tak suka. "
"Tapi, Wan sayang Iman."
"Jangan jadi macam budak-budaklah Wan. Kita dah dewasa. Dah boleh fikir mana baik dan buruknya. Mana yang menguntungkan kita. Lupakan semua ni . Benda ni dah lama. Lima tahun lepas kan? Iman, dah lama tenangkan diri Iman. Nak lupakan semua ni. Iman dah terima. Iman nak Wan sayang Ellana seperti mana Wan sayang Iman."
Wan meraup mukanya. Penuh kekusutan di wajahnya. Aku kasihan.
"Wan janji dengan Iman?"
Tiada balasan darinya.
Aku menanti.
"Wan... Iman tanya ni. Janji dengan Iman. Sayangkan Ellana. Lupakan Iman. Iman tetap dengan Wan tapi sebagai kawan. Bukan sebagai suami isteri lagi. Boleh?"
Diam.
"Wan..."
"Iman memang tak sayangkan Wan lagi?"
Senyap. Aku sayang kau, Wan. Sayang. Masih sampai sekarang. Tapi aku tahu. Senyuman yang aku perolehi selama ini bukan selamanya untukku.
"Kawan?" Soalku.
Riduan memandang aku. Dia mengeluh.
"Janji. Tapi Iman jangan menyesal suatu hari nanti kalau..."
"Tak. Iman tak akan menyesal. Iman bahagia."
***
3 Tahun Kemudian...
Aku petik.
Aku kira.
Ada 26 kelopak bunga mawar putih. Cantik sangat.
Aku bawa ke bangku berhadapan dengan tasik yang indah.
Aku kini berada di Amsterdam. Bekerja di sini atas urusan perniagaan antara syarikat tempatku bekerja dahulu.
Aku senyum.
Kini, aku tertanya-tanya sama ada perlu mula dengan 'he loves me' atau 'he loves me not'.
Pada kelopak yang ke 26 tu... aku mahu senyum walau aku lebih tahu?
Aku mula kira. Petik kelopok bunga itu satu persatu.
"He loves me?"
"He loves me not?"
"He loves me?"
"He loves me not?"
Aku tahan aiarmataku dari jatuh. Tak mahu menangis lagi. Aku kena kuat.
"He loves me?"
"I love you."
Aku terkejut. Pantas aku bangun memandang ke arah empunya suara. Aku membulatkan mataku. Tidak percaya.
"Wan?"
"Iman... I love you. I love you much-much." Wan menghampiri aku. Aku berganjak ke belakang sedikit. Dia mendekat, aku melangkah kebelakang.
"Freeze! Jangan gerak lagi. Jangan jauh dari Wan. Jangan lari dari pandangan abang."
Aku berhenti. Kenapa otakku menyuruh aku mendengar arahannya. Aku cuba bergerak, tapi kakiku tidak mahu. Seolah-olah dikawal oleh Riduan.
"Kenapa Wan ada kat sini? Mana Ellana?"
"Abang datang cari Iman. Ellana bukan isteri abang. Kami tak pernah kahwin. Ellana sendiri yang tolak. Dia tak sampai hati. Dan... abang pun. Papa sendiri tak sampai hati Iman. Papa marah dirinya sendiri. Papa nak jumpa Iman. Papa suruh abang cari Iman. Ellana pun."
"Tipu."
"Abang tak tipu. Dan... abang tak pernah sekali pun tipu Iman. Abang datang nak bawa Iman balik ke keluarga kami. "
Aku membatu diri.
Riduan berjalan menghampiri aku. Rapat. Hampir saja hidungku menyentuh hidungnya.
"Mari... pulang dengan abang."
Airmataku hampir gugur.
"Nangislah... Bahu abang sedia untuk Iman."
Aku tak boleh tahan lagi. Akhirnya jatuh jua airmata ku. Aku menangis sepuas-puasnya. Teringat kata-kata mama Riduan, jika ada peluang hendak katakan. Katakan saja, luahkan saja selagi peluang ada di hadapan mata kita. Jangan menyesal kelak.
Aku tak nak menyesal suatu hari nanti. Aku tak nak menangis lagi.
"Papa terima Iman?'
Dia angguk.
Aku senyum.
"Ellana?"
Dia angguk lagi.
"Abang?"
"Selamanya."
"Iman sayang abang. Iman cinta Wan. "
"I adores you, Iman..."
Aku koyak senyum yang manis untuknya. Sudah lama aku tak senyum dihadapannya.
"Bagi bunga tu..."
Aku pandang bunga yang kupegang. Aku beri dia.
"Hmmm... ada 21 kelopak lagi. "
"Nak buat apa?"
Dia senyum. Dia mula mengira.
"She loves me?"
"She loves me not?"
Aku senyum.
Pada kelopak terakhir itu, aku dan dia tergelak.
Jawapannya...
"Loves me?"
"Yes... "
Kami sama-sama menikmati pandangan tasik dihadapan yang ramai dengan pengunjung.
Gelak bersama, bercerita macam-macam sepanjang perpisahan kami. Apa yang berlaku? Dan aku teringat sesuatu...
"Wan... kerja saya kat sini?"
"Berhenti ajelah. "
"Huh?!"
"Kahwin dengan saya. kemudian kita honeymoon setahun. Pergi satu dunia. "
"Mekah dan Madinah?" Soalku.
"Yup. Itukan tempat kita bertemu buat pertama kali."
Riduan memandang wajahku dengan pandangan yang aku rindu.
"Hmmm... "
"Sayang... tengok tasik tu."
Aku pandang ke depan.
"Kenapa?"
"Jom... mandi kat situ, nak?"
Aku gelak. Tidak pernah dibuat orang mandi kat tasik ni. Tidak fasal-fasal, kami ditangkap dan masuk surat khabar mengatakan orang Malaysia bernama Iman dan Riduan bermandi di tasik serta dapat pecahkan Book of World Records. Hahaha....
- The Ends-
_____________________
Assalamualaikum... Terima kasih sebab sudi baca cerpenOT saya serba kurang. Tak best kan? Maaflah... saya tergesa-gesa nak habiskan ending cerita ni. Tak mahu panjang-panjang.
Kalau tak faham... sila comment di bawah.
Kalau ada soalan nak tanya saya, tanya saja. Saya tak makan orang.
Klik2
Sayang kawan saya!!!
No comments:
Post a Comment