Assalamualaikum... Kali ini entry ni sambung KPH[1] haritu punye! Maaf sbb lambat update sbb tak ada masa nak perah otak cari jalan penyelesaian citer ni!
Isya asyik bermain-main dengan hujung rambutnya. Kertas kecil saiz segiempat berwarna biru dilipat- lipat hingga satu origami berbentuk angsa terhasil. Bibir terukir senyuman yang manis tanpa disedarinya. Kenangan dia bersama Ayim terlayang di mindanya, kenangan di kampung dia, permainan dan gurauan yang kadang-kadang menyakitkan hati diri sendiri. Kadang-kadang merasakan dunia ini, miliknya seorang.
"Isya... apa rancangan hidup kau ekkk? " Ayim tanya Isya sewaktu mereka sama-sama pergi bercuti kat kampung Isya. Melepaskan tekanan perasaan dari boss masing-masing. Padahal, Ayim bukannya jadi kuli pun, dia boss CEO syarikat sendiri. Apa nak heran?
Isya mencebik. "Tak payah nak overlah Ayim. Aku patut stress tahu!"
"Alaa... tulah kau. Aku ajak kahwin, kau tolak. Nak jugak cari calon jodoh sendiri. Tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa. Poyo aje lebih."
"Berdikarilah."
Ayim tolak kepala Isya lembut.
"Berdikari kononnya... "
Isya merungut. Ayim suka sangat tolak-tolak kepala dia. Nanti jadi bodoh kan. Tak pasal-pasal saja.
Isya dan Ayim, sama-sama termenung menghadap sawah padi yang menguning sambil duduk santai atas pangkin binaan ayah Isya, Pak Kamal. Ayim khusyuk makan rambutan yang manis-manis dan segar dari pokok. Isya terseyum melihat Ayim.
Ayim toleh pandang Isya. Isya... malu.
"Nak pandang aku, cakap ajelah. Tak perlu malu-malu dengan aku. Aku kan suami kau." Ayim tersenyum nakal. Dia suka tengok Isya malu. Muka Isya bertukar kaler pink!
Isya tersedak. Hampir saja tercekik biji rambutan. Ayim nak membunuh ke apa. Muka kacak, bahasa budi tak ada.
"Senget! Siapa nak kahwin dengan kau? Perempuan gila saja nak kahwin dengan kau."
"Perempuan gila tu... kaulah." Ayim tergelak. Geli hatinya melihat Isya beria-ria tolak dirinya mentah-mentah. Isya... sampai masa nanti, kau sendiri yang datang merayu kat aku minta kahwin dengan kau. Ayim bermonolog sendiri.
"Kenapa?"
Isya jongket bahu.
Ayim senyum.
"Isya... sedar!" Imah tepuk meja kopi. Kuat. Isya terkejut. Imah gelak terburai. Gila punya kawan!
"Tak perlulah sentak-sentak. Jantung sakit tahu..." Isya berhenti melipat kertas berwarna. Acap kali, dia hanya tahu origami berbentuk angsa saja, Selebihnya dia tak tahu...
"Elehh... muda lagi. Kau sihat walafiat kot."
"Muda tak semestinya tak mati ehhh..."
Imah senyum. Isya saja kawan rapatnya. Walaupun garang tapi hati baik macam air. Sesiapa cuba sakitkan hati Isya, harus jumpa dia dahulu.
"Ingat siapa? Ayim? Kahwinlah dengan dia. Kan senang!"
Isya terbatuk.
Senang? Aku sendiri tak tahu apa perasaan dia kat aku. Kalau aku tahu, aku sendiri yang pinang dia. Tak mahu tunggu-tunggu lama.
_________________________
"Fatihah, cuti ni kau ada pergi mana-mana tak?" Hariz duduk mencangkung di tepi bendang sambil makan jagung bakar yang baru dibelinya tadi di Kedai Pak Majit.
Fatihah senyap. Jagung bakar dibeli oleh Hariz ditangannya hanya dipandang tanpa disentuh lagi. Hatinya tidak tenang semenjak Hariz mengetahui tentang pertunangan antara dia dan Ayim. Sehingga sekarang dia tidak berani memandang Hariz, berjumpa dengannya, apatah lagi hendak berbual dengannya. Dia rasa bersalah. Hariz baik dengannya.
"Fatihah? Answer me..." Hariz menyentuh pipi Fatihah perlahan. Fatihah tersentak dengan tindakan Hariz yang selamba menyentuhnya tanpa izin. Hariz pula tersenyum.
"Maaf." Jawapan Hariz pendek.
Dia sendiri tidak sedar mengapa dia bertindak demikian. Mungkin hatinya cuba menafikan bahawa Fatihah bukan miliknya lagi. Sewaktu dia mendapat tahu Fatihah sudah bertunang mahu sahaja dia menyerang Fatihah kerana menipunya.
Namum, dia cuba mengawal perasaan. Memang dari dahulu ibu Fatihah tidak pernah menyukai dia berkawan dengan Fatihah disebabkan bapanya seorang bekas penagih dadah tapi bukan dia yang menagih. Agaknya kalau buruk seorang, semuannya yang lain dianggap buruk sedangkan orang itu suci seperti kain putih.
Fatihah kerling Hariz. Melihat raut wajah Hariz buat hatinya merasa bersalah sangat-sangat. Hariz yang baik, hormat dia, pandai jaga hati walaupun kekadang sikapnya seperti keanak-anakan. Hatinya terpaut dengan Hariz, bukannya Ayim.
Fatihah berganjak dan duduk berhadapan dengan Hariz dalam keadaan bersila. Duduk dekat sawah best apa! Dia tersenyum.
Hariz balas senyuman tipis. Fatihah... kalau kau tahu...
"Hariz... aku sayang kau." Fatihah koyak senyum yang manis. Senyuman yang sangat manis untuk Hariz. Hariz, kawan dia yang paling baik... paling penyayang... terlalu sempurna bagi dia. Kenapa mak tak faham perasaan Tihah?
Hariz terlejut. Rahang bawahnya hampir terjatuh tapi ditahannya. Tidak ingin Fatihah mengelakkannya.
"Kenapa?"
"Tak ada apa. Saja nak cakap, yang aku sayang kau sangat-sangat.... Kau paling baik. Best friend forever!!!" Fatihah depangkan tangannya lebar-lebar. Koyak senyum besar-besar.
Hariz kerut muka.
"Kau dah kenapa, Tihah?"
"Kan, aku dah cakap... tak ada apa-apa. Saja. Aku cuma nak cakap tu je... Hehehe..." Fatihah alih pandangan ke depan. Tak mahu tengok muka Hariz.
Hariz tersenyum senget. Geli hatinya melihat Fatihah. Tak padan, jadi cikgu sekolah langsung!
"Tihah... aku nak cakap jugak."
Hariz betulkan posisi duduk. Jagung di tangannya sudah habis dimakan lalu dicampak jauh-jauh ke sawah. Bagi burung makan. Dapat pahala... tak kacau sawah padi bila masak nanti.
Fatihah kerling Hariz.
Adakah hari ni, hari sesi luahan perasaan terbuku?
"Nak cakap apa?"
"Aku..."
"Hmmm..."
Hariz jeling Fatihah yang asyik menguis-guis tanah dengan jari runcingnya itu.
Seperti melakar sesuatu diatasnya. Hariz senyum sendiri.
Aku sayang kau, Tihah... bicara Hariz sendiri.
"Hariz... kau nak cakap apa? Menung pulak dia. "
Hariz tersedar. Senyum lagi.
Aku menung sebab kaulah! Tihah... kau tak sedar diri.
"Oh... aku nak cakap yang aku pun sayang-sayang jugak dengan kau. Kau lah kekasih, makwe, girlfriend, kawan baik, kawan gaduh, cikgu engong aku dan segala-galanya. Semuanya engkau. Aku kawan kau. Jangan lupakan aku nanti." Hariz juga turut depangkan tangannya lebar-lebar.
Fatihah tergelak. "Pentingnya aku kat engkau kan?"
"Pentinglah... Makwe aku kena ambik orang. Nak buat macam mana? Mari... peluk dengan aku."
Fatihah membulatkan matanya besar.
Hariz nak makan kasut ke apa?
"Gila kau! Bukan muhrim laaa..."
"Hahaha... Aku tahu la. Saja aje nak sakat kau. Nak tahu kau tu tahu batas pergaulan ke tak?"
"Hek eleh... mamat ni. Ayat tu patut tuju kat kau lah."
Fatihah cebik bibir.
Hariz gelak. Kau comel Tihah... aku sayang kau, Tapi kenapa kau pilih dia?
"Susah bukan hidup ni?" tiba-tiba Hariz cakap macam tu. Buat Fatihah pening. Buat dia rasa kejam dan juga buat diri dia rasa terhina.
_____________________
"Awak, kalau kita dah tak kenal. Kita dah besar nanti. Awak akan buat apa?" soal kanak-kanak perempuan yang masih setia duduk di bangku buaian. Menanti sahabatnya menolaknya dari belakang.
Lelaki melayu itu tersenyum lalu menolak buaian itu perlahan. Gadis itu ketawa kecil bila buaian itu terayun. Rasa dah terbang ke udara.
"Saya cuba buat tak tahu."
Gadis itu kerut kening. Tak mengerti. Buat tak tahu? Kemudian, nak buat apa?
"Awak tak mahu jumpa saya ke?"
Lelaki itu mengeleng. "Bukan... saya nak jumpa awak tapi bukan saya dah cakap biar takdir yang temukan kita. Biar hati kita yang berbicara sebab hati kita tahu."
"Walau waktu itu kita dah tua, tak jumpa-jumpa jugak macam mana?"
"Tetap akan jumpa jugak nanti. Percaya saya ye?" Lelaki melayu itu sudah berada di hadapan gadis bertocang dua saat buaian itu berhenti. Dia tersenyum.
Gadis itu senyum tawar. "Percaya." Dan dia akn terus percaya bahawa takdir yang akan temukan mereka nanti. Macam mana dia dah kahwin nanti?
bersambung nanti...
No comments:
Post a Comment