#Suntikan Semangat#

Wednesday, 5 November 2014

Cinta Kita kerana DIA

Bukan mudah untuk mencintai seseorang kerana Allah. Mencintai Allah pun sukar, apatah lagi mencintai yang lain kerana Allah. 

Dikala cinta yang dikejar sepenuhnya, tanpa dipengaruhi oleh cita-cita pasti tersungkur ditepian. sesungguhnya, untuk mendapatkan cinta yang hakiki pasti banyak yang perlu diharung dan ditempuhi…
Namun apa yang Allah berikan pd kita adalah terbaik untuk kita…
mugkin bukan yang ini… tapi pasti yang lain…



Ready... Start baca bawah ni;



Belasan tahun yang lalu saya diuji. Dan kenangan atas ujian itu mekar kembali semasa saya ditakdirkan hadir sebagai panel forum cinta: Aku, dia dan kita di UTEM, Melaka beberapa malam yang lalu. Bersama saya sebagai  ahli panel ialah penasyid Suhaimi (mantan anggota IN-TEAM) dan isterinya Ina Naim (kalau tidak silap saya).
Mereka berdua meluahkan dan mengimbau rasa dan peristiwa cinta mereka berdua yang cukup indah dan berwarna warni. Kerana itu di dalam hati saya, berbunga kembali kenangan lalu… kenangan ketika cinta sendiri diuji. Sangat mahal kenangan itu. Sampai kini ia jadi pengajaran yang sangat mahal harganya buat pedoman diri.
Jarang saya ingin berkongsi soal peribadi. Justeru saya sedar saya adalah suami yang sedang bermujahadah… dulu, kini dan selamanya. Namun secara tiba-tiba saya rasa terpanggil untuk menyampaikan. Manalah tahu ada yang wajar dikongsi sebagai ingatan dan didikan bersama. Lalu saya bongkar kembali surat-surat lama. Lalu saya pilih satu daripadanya. Setelah disunting beberapa hal yang terlalu personal… hasilnya saya kira boleh dimanfaatkan bersama. Kini ia telah jadi milik kita, bukan milik saya.
Sudi apalah kiranya menatap surat itu:
Surat Cinta Suami Yang Lara! 
Wahai isteri, Kumulakan tulisan ini dengan rintihan kepada Allah. Mudah-mudahan rintihan ini menjadi rintihan mu juga.  Ya Allah… aku yakin apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat kami. Mudah-mudahan keluh-kesah, resah-gelisah kami menerima ketentuan-Mu ini, Kau ampuni dan dikira sebagai bukti lemahnya kami sebagai hamba-Mu yang berdosa. Semoga kesedihan dan kebimbangan kami dalam waktu-waktu tertentu dalam menempuh ujian ini dinilai sebagai langkah menuju-Mu di jalan mujahadah.Kami lemah ya Allah… namun Kami tetap yakin Kau menguji kami ini dengan maksud baik. Kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuan kami menanggungnya. Kami berdoa ya Allah… ujian ini menjadi tebusan pada dosa-dosa kami yang lalu, kini dan akan datang. Sesungguhnya kami ini hamba ya Allah… ujian inilah yang menusuk ke hati lalu mengetuk pintu rasa yang selama ini sudah semakin alpa bahawa kami ini hakikatnya hanyalah seorang hamba yang hina.

Syukur ya Allah … kerana Kau anugerahkan rasa yang termahal ini di celah-celah kepahitan dan penderitaan. Jika tidak kerana ini, kami akan terus lalai, terbuai-buai dan akhirnya mati tanpa merasai hakikat cinta-Mu yang sebenar. Cebisan cinta suci dan sejati ini mudah-mudahan akan hidup subur dan mampu menghidupkan hati kami yang semakin mati.

Isteriku,
Suratmu telah kubaca. Terima kasih sayang. Membacanya seperti membaca hatiku. Aku tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menulis, siapa lagi yang sebenarnya membaca… kerana suratmu adalah suara hatiku… suara hati kita bersama! Aku cuba tenang di sini kerana aku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana.Perpisahan sebenar bukanlah kerana jarak tetapi oleh retaknya hati. Perpisahan ini sesungguhnya mendekatkan hati dan menyuburkan cinta kita. Kita akan semakin rapat oleh perpisahan ini… insya Allah. Yakinlah kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan lebih manis. Perpisahan ini adalah harga kepada saat yang pasti tiba itu, insya Allah.
Aku pergi menuju Allah… memperbaharui langkahku, menguatkan jiwakku untuk memburu kecintaan-Nya… dan dengan itu aku akan mencintaimu ............

__________________________________________________________
Assalamualaikum...
Ini hanyalah sebahagian surat yang ditulis... Untuk baca lebih lanjut, sila klik2
Saya hanya-hanya share-share sebab rasa terkedu time baca (;

No comments:

Post a Comment

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...