#Suntikan Semangat#

Thursday, 27 November 2014

Cerpen: City of Angels [Full]



Namaku Hana. Hana Suria binti Rashid. Tinggal di negeri penyu!! Huahaha... 
Tapi asal negeri sebenar di Kuala Lumpur, Malaysia. Ayah ada kerja di sini, maka kami terpaksalah berpindah sementara ayahku selesai tanggungjawabnya di sini. 

Aku kini genap berumur 28 tahun November ni. Kerja? Hehehe... dengan ayahlah. Siapa lagi yang akan menjadi pewaris syarikat ayah. Aku seorang saja. 
Mak? Mengikut kata ayah, mak tinggalkan aku pada ayah. Mak tak suka aku. Aku sendiri tak tahu kenapa dengan mak. Jadi, ayah saja yang jaga aku dari kecik sampai sekarang ni. Aku sayang ayah sangat-sangat. Tapi... aku jugak sayang mak walaupun aku tak tahu kenapa mak tak sayang aku. Bila tanya ayah, ayah cuma diam sahaja. 

Aku harap satu hari nanti, aku jumpa mak. 
Aku nak tanya dia. 
Kenapa dia tinggalkan ayah?
Kenapa dia tinggalkan aku? 
Mana kasih sayang seorang mak pada anaknya? 
Dan kasih mak pada ayah? 


"Hana... Mari sini kejap." Ayah memanggil aku dengan senyuman terukir di wajah tuanya. Aku angguk lalu bangun pergi padanya. 

"Apa ayah?" 

"Dah jumpa calon belum kat sini?" 

Aku melopong. 
Ayah tetap tak putus asa cari jodoh untukku. Macam anaknya ini tidak laku-laku pulak. 

"Ayah... belum terbuka hati lagi lah. Lagipun kat sini, orangnya cakap tak faham sangat. Susah tahu? "

"Habis tu, bila nak ada pasangannya?" 

Aku memandang ke depan melihat laut di Pantai Batu Buruk.  Aku dengan ayah sering datang ke sini jika ayah ada masa lapanglah. Kalau tidak, tak adalah datang. 

Pengakuan diri aku. Aku bukan jenis seorang yang pandai berdikari tanpa ayah. 
Mana-mana pergi mesti kena ayah teman. Hehehe... 
Bukan anak manja, tapi sudah terdidik manja. 

"Ayah... Hana nak lelaki macam ayah. Kalau tak ada hukum kalau anak kahwin dengan ayah kandungnya... Hana nak kahwin dengan ayah!" Aku kerling ayah. 

Ayah tergelak. 

"Nak kahwin dengan ayah ni?" 

Aku angguk.

"Mari kahwin..." Ayah ajak. 
Mulutku hampir terbuka besar bila mendengar ayah kata begitu. 

"Betul ke?" Aku tanya kepastian. 

Ayah tergelak kuat. Ayah cubit lenganku lembut. 

"Mana boleh... Dosa hukumnya.... sayang." 

Aku senyum. 
"Ayah... Hana tak mahu kahwin. Hana nak jaga ayah. Boleh?"

Ayah diam. Aku pandang wajahnya dan menelitinya. 
Ayah mempunyai seraut wajah yang cantik. Bukan handsome. 
Mempunyai sepasang mata hazel. 
Keningnya yang cantik terletak. 
Senyuman yang manis. Mencairkan mana-mana perempuan di dunia ini. 
Kulit ayah yang putih sebab ada kacukan China-Amerika. 

Dan sebab tu... 
Terlahirlah aku yang cantik ni. 
Huhuhu... muka aku ikut ayah. 
Cute sahaja...

"Mana boleh." 

"Kenapa? Ayah tak sayang Hana? Ayah tak nak Hana jaga ayah? Ayah tak suka Hana ke?" 
Bertubi-tubi soalan ku tuju pada ayah. 

Ayah koyak senyum. 

"Sayang... Ayah sayang anak perempuan ayah ni. Sangat-sangat. Ayah suka bila Hana cakap, Hana nak jaga ayah sampai ayah tua. Tapi... Hana juga perlukan kebahagian sendiri.  Kesian lelaki yang menanti Hana kelak, sebab Hana tak mahu dia. Ayah pandai jaga diri. Han tu yang ayah risaukan sebab tak boleh renggang dengan ayah. Tak malu." 

"Hahaha... Ayahlah salah. Manjakan Hana. Sob...sob... sob..." 

"Yelah-yelah. Ayah jugak yang salah." 

Aku bangun. Berdiri belakang ayah lalu kupeluk dia erat-erat. Cium pipinya. Dan kucium lututnya. Tanda hormatku padanya. 

Ayah hanya senyum. Dia mengusap kepalaku lembut. 

"Nak aiskrim tak?" Ayah tanyaku sewaktu kami sama-sama ternampak seorang pakcik dengan motor aiskrimya lalu didepan kami. 

Aku angguk laju. 

Ayah lantas bangun lalu berlari anak mengejar motor itu. 
Aku tergelak. 
Aku pun turut serta ayah berlari kejar motor aiskrim bergerak itu. 

Sampai sahaja... ketawa kami meletus kuat. Pakcik aiskrim pun turut tergelak melihat kami seperti dikejar anjing. Hahaha... 

"Nak aiskrim Cornetto coklat." 

"Cornetto?" Ayah tanyaku. 

Aku angguk.

"Ok. Ayah nak aiskrim potong satu." 

"Baik!!" Pakcik aiskrim tabik kami. 

Hahaha... pakcik ni tiba-tiba sahaja. 


***

Aku ketuk pintu bilik ayah. Tak ada jawapan. Ketuk lagi sekali. Tiada.

"Ayah... buka pintu ni." 

Senyap.

"Ayah... buka pintu ni. Hana nak masuk." 

Aku ketuk pintu bilik ayah sekali lagi. Tapi kali ni lebih kuat ketukanku. Pintu ayah berkunci. 

Pintu tidak jua dibuka. Airmataku mula mengalir. Fikiranku sudah memikir yang bukan-bukan. 

"Ayah!!!" 

Senyap. 

"Ayah!!! Buka pintu ni. Hana nak jumpa ayah. Ayah... ayah... buka pintu." 

Aku berlari ke ruang tamu. Mencari kunci pendua bilik ayah. Aku buka satu persatu laci yang ada di ruang tamu itu. Mana ni? 

Airmata aku sudah semakin lebat membasahi pipiku. 

"Assalamualaikum... Hana?"

Suara ayah!
Aku kalih memandang kelibat seorang lelaki di muka pintu rumah. 

Aku terus berlari ke arahnya dan kupeluk kuat. 

"Hana... kenapa ni? Apa dah jadi?" 
Ayah mengusap belakang aku lembut. 

Aku terus menangis tanpa mempedulikan pertanyaan ayah.
"Hana..." 

Aku mendongak memandang wajah ayah. Tenang saja raut mukanya. 

"Tadi... Ha...na... pergi bilik ayah... Hana ketuk. Ayah tak buka... Hana... Hana... ingat... Sob...sob... sob..." 

Aku tergagap menjawab ayah. 
Ayah senyum.

"Hana... hana... dulu sampai sekarang, tak pernah berubah. Risau sangat budak ni! Keluar kejap beli nasi lemak pun tak boleh." 

Aku mengelap airmataku menggunakan hujung lengan baju. Ayahku... mana ada anak dalam dunia ni, tak risaukan ayahnya yang hilang tiba-tiba. Anakmu ni risau sangat denganmu.

Aku senyum dalam sisa tangis.

"Jangan buat lagi, ye! Kalau nak pergi mana-mana, cakap dengan Hana."

Ayah angguk. 
Aku meleraikan pelukanku pada ayah. 
Ayah mengamit tanganku berjalan bersama ke ruang makan. 

"Lain kali, bangunlah awal. Ini tidak. Lepas solat Subuh dengan ayah, terus jalan sambil tutup mata masuk bilik. Sambung tidur." 

"Sebab... sebab dah mengantuk sangat. Jadi... tertidurlah. Hehehe..." Aku garu kepalaku yang tidak gatal. 

"Mari... makan."

"Baik!!"

"Tunggu kejap."
Ayah berdiri. Larang aku duduk kat kerusi. 

Aku angkat kening. 

"Dah mandi belum ni?"

Rahang bawahku hampir terjatuh.

"Ayah... Ingat Hana ni tak senonoh sangat ke? Hana dah mandilah... lama dah. Kan bau wangi-wangi di ruang makan ini. Ayah tak bau? Bau lavender?" 

"Ohh... ye ke? Tak bau pulak. Ayah bau nasi lemak ni sahaja. Hahaha..."

"Ekk... ayah!" 


***

Aku sedut udara pantai puas-puas. 
Segar.

Aku berjalan di sisi pantai. Suka bila kaki kena air laut waktu pagi-pagi.
Sejuk.
Aku senyum sendiri. 

Mataku melilau mencari tempat duduk yang sesuai. 
Pokok kelapa!

Laju aku berjalan ke arah sebatang pokok kelapa yang pendek. 
Hahaha...

"Gelak sendiri?"

"Huh?!" 

Aku kalih kebelakang. 

Automatik aku terbangun sendiri. 

"Maaf... saya terkejutkan awak." 

Aku tak keruan. Stranger.

"Tak apa. Saya pergi dulu."

"Tunggu." 
Lelaki itu sudah berada dihadapanku.
Dia halang laluan aku!

"Saya Saif. Saifullah bin Ghafar. Awak?" 

Aku tenung dia tajam. 
Tiba-tiba saja buat salam perkenalan dengan aku. 

Aku berganjak ke belakang. Pusing.
Ikut jalan belakang saja. Pantai ini luas. Banyak 'lorong'  boleh jalan. 

"Awak..."

Aku toleh. Lihat lelaki tadi mengikut aku. 
Aku lajukan langkah.
Dia ikut jugak!

Jalan mudah.
Lari!!!

Hahaha...
A Stranger... yang menakutkan. 


***

Aku tenung ayah meminta penjelasan yang kukuh. 
"Ayah..."

Ayah mengeluh berat. Dia memandang wajahku.

"Ayah buat untuk Hana... Hana dah besar..."

"Jadi?"

"Dia pilihan ayah. Dia berjanji dengan ayah akan jaga Hana dengan ikhlas hatinya. Bila ayah tak ada nanti..."

Aku tekup mulut ayah. Munyuruh dia agar berhenti cakap yang bukan-bukan.
"Shhshh..."

Ayah tolak tangan aku lalu mengenggam erat.

"Ayah tak selamanya kena jaga Hana. Ayah dah tua kerepot dah... Hana..."

"Hana jaga ayah. Hana kuat. Hana mampu jaga ayah ye... "

"Hana sayang.... ayah?"

Aku angguk. 

"Dengar kata ayah?"

"Tak mahu..."

"Hana..." Ayah tarik aku kedalam pelukannya. Aku dapat rasa betapa kuatnya ayah peluk aku. Bahu ayah terinjut-injut perlahan. Ayah cuba tahan dari menangis. 

"Hana nak jaga ayah..."

"Tahu."

"Hana tak nak jauh dari ayah..."

"Tahu..."

Airmataku ingin mengalir tapi aku tahan.

"Hana nak kahwin dengan ayah..."

"Tahu..."

Kemudian kami senyap. Aku makin kemaskan pelukanku pada ayah. Ayah pun. 
Aku sayang ayah.


***
"Hana... pandang saya boleh?" 

Aku semakin menunduk. Tidak mahu pandang dia. 

"Hana... tolong pandang muka saya. Sekejap pun jadi." 

Dia tarik aku dekat. Menghadap dia. Masih aku tunduk wajahku. 
Dia menunduk. Menagkat wajahku lembut. 

Dia senyum. 

Aku melihat wajahnya yang tenang. Macam ayah. 

"Hana... saya Saif. Saat ini... Saya suami awak. Saya teman awak. Saya kawan awak. Saya rakan ketawa dan sedih awak. Saya  hadir dalam hidup awak sebagai guardian angel awak. Yang akan menyembuhkan semua luka yang pernah tercalar di diri awak. Tiup azimat di telinga awak tika awak sakit. Akan memberi tongkat saat awak buta. Izinkan saya berada di sisi awak selamanya?" 

Aku terkedu. 
Saif aku pandang dengan pandangan kosong. 
Aku tepat memandang matanya kemudian. 

Cari sinar.

 Tapi...

Kenapa tiada sinar itu?
Kenapa tiada di matanya sinar itu?

Aku tunduk kembali. 
Berganjak ke belakang. 
Laju langkahku keluar dari bilik.

Aku mahu jumpa ayah.

Langkahku terhenti di depan pintu bilik ayah. 
Aku tarik nafas. 
Aku ketuk pintunya.

"Ayah... "

"Ya." Ayah menjawab dari dalam. 

"Boleh Hana masuk?"

"Boleh. Masuklah sayang..."

Aku kuak pintu. 
Aku lihat ayah sedang duduk di meja kerjanya menghadap laptop. 
Mungkin menyiapkan kerjanya? Bicara hatiku.

Ayah pandang aku.
Aku bergerak ke ayah.
Aku duduk melutut di hadapannya. 
Aku hadiahkannya senyuman yang cuba aku manis. 

"Tak perlu senyum tak ikhlas depan ayah."

"Ayah... ni senyum ikhlas lah."

"Anak ayah tak pandai menipu."

Aku letakkan kepalaku atas paha ayah. 
Aku usap lembut lutut ayah.
Aku cium.

"Kenapa, Hana?"

"Tak ada. Hana rindu ayah. Hana nak cium lutut ayah lagi boleh?"

Ayah angguk. 

Aku cium kedua-dua lutut ayah. 
Airmataku menistis, pantas kuseka.
Tak mahu ayah tahu.

"Tak perlu sorok airmata tu dari ayah. "

Aku tak terkejut. Macam mana aku cuba sorokkan sesuatu tu pasti ayah dapat tahu jugak.
Seperti mana aku tidak mahu beritahu ayah sewaktu pertama kali aku mendapat seorang teman lelaki tika di tingkatan empat. 

Aku tak mahu beritahu ayah. Khuatir ayah marah.
Tapi lambat-laun ayah mendapat tahu jugak. Tapi... ayah tak marah. Ayah beritahu jangan hingga abaikan segala-galanya. Bermessage, telefon, WeChat  hingga lupakan Dia. 
Waktu itu terus aku insaf. Tak mahu kawan dengan si dia lagi. 
Ayah tahu semuanya tentang aku. Tapi... aku tak bosan malah aku suka. 

"Hana... Hana... minta maaf ayah." 

"Kenapa minta maaf dengan ayah?"

"Sebab... Hana..."

"Tak mahu layan Saif."

"Mana ayah tahu?"

"Kamu berdua duduk di bawah satu bumbung yang sama dengan ayah. Ayah tahu tapi ayah tak mahu masuk campur urusan kalian. Tapi, Hana... kamu berdosa buat begitu pada suami sendiri. Kamu layan dia endah tak endah saja. Kesian Saif... "

"Hana... tak suka..."

Ayah potong.
"Buka hati kamu, Hana. Cuba belajar mencintai suami sendiri ye. "

Aku senyap.

"Hana... jadilah isteri yang baik. Saat ini, Hana akan berada di sisinya bukan dengan ayah lagi. Hana akan berkongsi suka dan duka bersama. Berkongsi hati dan perasaan. Hatinya jangan dihiris dengan lidah. Bibirnya sentiasa senyum bila bersamamu. Hatinya sentiasa riang dengan rasa kasih sayang dan cintamu. Hormat dia... bila hendak keluar minta izinya dahulu. Insha-Allah, selagi Hana meletakkan Allah dan Rasul di hati Hana, kemanisan rumah tangga Hana dengan Saif akan berkekalan hingga akhirnya."  Panjang lebar ayah menasihatiku. Ayah usap lembut rambutku. 

"Ayah... sayang Hana." 

"Hana pun. Hana sayang ayah sangat-sangat penuh hati Hana. Jangan tinggalkan Hana. Teman Hana ye!"

Ayah hanya menagguk. Dia senyum padaku dan aku balas senyumannya dengan kucupan di tangannya.


***

"Hana,,, boleh Saif panggil Hana dengan panggilan sayang?"
Saif duduk di sisiku menghadap pantai Penarik. 
Ramai orang yang datang ke sini sama ada bersama keluarga, pasangan dan pelancong pun ada.

"Ermm... suka hati."

"Saif tak mahu jawapan tak pasti."

Aku ketap bibir.

"Boleh. Awak boleh panggil saya dengan 'sayang'." 
Aku hadiahkan dia senyuman.

"Baik."

"Awak..." Aku memanggil Saif lembut. 

"Ya."

"Boleh saya panggil awak dengan panggilan abang?"

Saif senyum.
"Boleh. Terima kasih."

Aku tunduk. Saif... Insha-Allah saya cuba nanti...


***

"Sayang... sabarlah. Jangan macam ni. Tak baik macam ni. "
Saif cuba memujuk aku. 

Aku tak boleh. 
Aku tak tahan.
Aku... rindu.

"Ayah..."

"Tahu..."

"Kenapa dia tinggalkan Hana? Ayah tak sayang Hana ke? Ayah dah tak suka Hana ke? Hana ada buat salah kat ayah ke?" 

Bertubi-tubi pertanyaan aku tuju pada Saif. 
Ayah dah tinggalkan aku. 
Ayah....

"Hana... Ingat... Setiap yang hidup pasti akan pergi ke pemilik asalnya. Ayah... Allah sayang. Ayah milik Allah. Kita tak ada hak. Allah dah bagi pinjam ayah kat kita sementara, sekarang Allah nak balik haknya. Kita pun nanti kelak akan pergi kepada-Nya juga. Jangan terlalu ingin memiliki kerana kita tidak layak memiliki dari-Nya. Hana... perlu banyakkan berdoa untuk ayah. Ayah mahu rehat, jadi Allah rehatkan ayah dari dunia. Ayah dah tunaikan tanggungjawabnya. Hana kena kuat untuk ayah." 

Saif peluk aku erat. Aku balas pelukan Saif. 
Aku menangis dalam dakapannya. 

Saif mengucup rambutku. Seolah-olah memberikan kekuatan padaku. 


***

2 bulan kemudian


"Abang nak makan apa?"
Aku tanya Saif saat aku nampak Saif masuk ke ruang dapur.

"Sayang masak apa?" 
Saif dakap aku dari belakang.

"Lauk ikan tenggiri masak lemak cili padi. Hurmm... Abang makan tak?"

"Makan saja..."

Aku pusing kebelakang memandang wajah Saif. 
Saif penat. Baru pulang dari kerjanya. 
Kini, dia membantu aku  menguruskan syarikat ayah bersama. 

Aku usap pipinya lembut. 

"Kalau abang nak makan yang lain... saya masakkan." 

"Tak perlu. Abang makan apa sahaja yang sayang masak. Ok?"

Aku senyum senang. 

"Mari... abang tolong sayang hidangkan." 

Aku tolak. "Tak mahu... Abang naik atas. Mandi kemudian turun kita makan sama-sama. Ok?"

Saif geleng.
"Nak jugak!"

Saif pantas mengambil pinggan untuk kami berdua makan dan bawa ke ruang makan. 

Aku hanya senyum. 
Terima kasih, Saif.
Terima kasih, ayah. 

Hana gembira sekarang dengan dia. 
Hana dah buka hati Hana untuk dia. 
Dia jaga Hana baik sekali, ayah...


***
4 minggu kemudian



Aku terkejut. 
Aku pandang Saif. 

Betulkan dia ni?

"Hana... cepat sign surat ni sekarang!"
Saif tinggikan suaranya padaku. Mukanya merah kerana marah. 

"Kenapa? Kenapa... abang jadi macam ni? "

"Sebab harta. "

"Tipu."

"Hana sayang... dunia ni sekarang, kita  kena pandai berdikari. Tak perlu bergantung harap dengan orang lain. Macam Hana ni...  Abang minta satu sahaja... sign surat ni. Serahkan jawatan sayang pegang ni pada abang ye. Biar abang handle. Hana dudud rumah saja." 
Lembut saja bicara Saif sambil cuba menahan amarahnya. 

"Tak mahu."

"Please... sayang. Jangan buat abang hilang sabar dengan Hana ye!"

Aku geleng. 
Aku tahan airmataku dari jatuh.
Aku tak mahu nampak lemah di mata Saif.
Aku nak jadi kuat macam ayah.

"Tandatangan cepat, aku kata!!! Apa yang susahnya! Ambil pen, sign. Itu pun susah sangat ke?" 

Aku tak bergerak. 
Persis batu. 

"Hana... "

"Saya sayang awak, Saif. Saya percayakan awak. Awak kata, awak akan menjadi guardian angel untuk saya. tapi awak sendiri yang cucuh luka, tikam jiwa saya dan cucuk mata saya jadi buta!!! Saya benci awak... Saif..."

Saif gelak jahat.
Jahat pada pendengaran aku. 

"Dan kau pula senang percaya orang. Itulah... tak pernah bergaul. Duk asyik dengan ayah kau saja, Dah lama aku perhatikan kau. Kau lubuk emas aku. Dan aku dengar ayah kau pula nak cari calon suami untuk kau. Jadi... peluang besara macam ni, tak akan aku lepaskan macam itu sahaja. Aku pun terpaksalah menyamar jadi lelaki idaman dan soleh untuk kau. Ayah kau pun sama macam kau. Bodoh maut tak terkata macam anak dia. Percaya orang dengan mudah. Dan..."

Aku berang.
Aku tak suka Saif kutuk ayah.

"Jangan hina ayah."

Aku berdiri  tenung matanya dengan pandangan tajam.
Pandangan yang penuh amarah. 


"Ayah? Biarlah... orang tua tu dah mati kan. Baguslah. Plan aku menjadi jugak. " 

Aku membuntangkan mata.

"Apa maksud awak?"

Saif senyum sinis.

"Kau nak tahu maksudnya... Ayah kau mampus sebab aku. Aku tukarkan ubat sakit jantung dia dengan racun. Mudah kan?" 

Airmata aku turun dengan lebat bak bah melanda.

"Sampai hati awak, Saif..."

Aku tumbuk dadanya kuat. 
Saif tak halang malah membiarkan aku buat dia begitu. 
Dia gelak.

Aku penat.
Aku melorot ke bawah. 
Aku tak berdaya.
Aku lemah.

Kesian ayah...

Saif turut duduk dihadapanku. 
Dia mengangkat daguku.
Menyuruh aku memandang wajahnya.

"Sayang... jangan nangis."

Aku tepis tangannya kasar.

"Sayang... nak tahu siapa suruh saya buat macam ni?"

Aku diam. Membuarkan Saif meneruskan bicaranya.

"Mak kau."

Jawapan itu membuatkan aku melihat Saif.

"Jangan nak menabur fitnah."

"Ini bukan fitnah. Ini semua rancangan mak kau. Katanya, nak lihat kau sengsara. Dia nak tengok suaminya mati. Baru hatinya senang. Mulanya aku pelik jugak. Ada juga isteri nak membunuh suami sendiri dan nak tengok anak sendiri menderita. Tapi... nak buat macam mana?  Dia bayar, aku pun setuju ajelah" 

"Mak saya? Awak jumpa mak saya?"

Saif angguk. 

"Dia kat mana?"

"Tak tahu." 

"Beritahu saya, Saif."

"Aku tak tahu. Sekarang, aku nak kau sign surat ni." 
Saif hulurkan surat penyerahan hak milik syarikat padaku.

Aku pandang surat itu. Kosong.
Kenapa mak?
Benci sangatkah mak pada Hana? Pada ayah?

Aku pandang Saif.
"Baik. Saya sign surat ni. Awak ambillah. Tak ada guna lagi. Semua orang yang saya sayang tinggalkan saya. Awak pun..." 

Aku ambil surat dari tangan Saif. 
Menggigil tanganku tika ingin menurunkan tandatangan.

Kemudian, aku bangun.

"Saif... izinkan saya cium lutut awak buat terakhir." 

Saif bulatkan mata.
Mungkin terkejut.

"Kau dah kenapa?"

"Tanda hormat saya pada awak."

Aku kerling Saif.
Dia tidak berganjak.
Tidak juga membalas apa-apa. 
Aku tahu.
Aku keluar dari bilik ini.


"Kau nak pergi mana?"

"Keluar. Cari mak saya. Nak tanya kenapa dia buat kami macam ni?"

Aku senyum. 
Lantas aku keluar.

Tiba-tiba...

"Hana... mak kau kat KL. Dan aku rasa dia memang tak nak jumpa kau." 

"Terima kasih. "

"Jadi... awak nak pergi sana ke?"

Aku angguk.

"Bila?"

"Sekarang."

Aku ingin bergerak.
Namum Saif halang.
Dia memeluk aku erat dari belakang.

"Jangan pergi..."

Diam.

"Jangan tinggalkan saya..."

Diam.

"Hana... maafkan saya. Maafkan saya disebabkan saya ayah awak tinggalkan awak. Disebabkan kehadiran saya... awak..."

Saif berhenti kemudian dia menyambung. 
"Hana... jujur saya beritahu, memang pada mulanya saya berniat jahat pada awak dan keluarga awak hingga menyebabkan keluarga awak hilang seorang. Tapi... sepanjang 2 bulan selepas pemergian arwah ayah, awak... awak sangat baik. Sehinggakan saya tidak sampai hati ingin meneruskan rancangan mak awak yang boleh mengecewakan awak. Seperti sekarang ni. Saya mula jatuh cinta dekat awak. Saya mula sayang awak, Hana. Saya..."

Aku lepaskan diri dari pelukan Saif.

"Saya tak perlukan sayang dan cinta awak. Saya maafkan awak walaupun apa yang awak lakukan pada ayah saya, sangat kejam! Tapi sudah tertulis takdir ayah bergitu...  Saya mohon dengan awak..." Aku berhenti. Aku pandang wajah Saif.

"Lepaskan saya..."

"Hana..."

"Tolong... Saif. Saya merayu pada awak.... Saya sayang awak. Tapi saya tak mencintai awak lagi. Saya tak membenci awak. Saya memaafkan awak."

"Hana..."

"Saya... minta satu permintaan sahaja Saif. Awak dapat apa yang awak mahu. Jadi, saya juga mahu apa yang saya mahu."

Saif mengeluh berat.
Dia meraup mukanya.
Buntu.

"Baik."


***

4 tahun kemudian


"Puan Hana... ada orang nak jumpa. Boleh dia masuk?"

Aku senyum.

"Boleh. Panggil dia." 

"Baik." 
Liza, pembantu aku dengan hormat keluar dari bilikku.
Aku tarik nafas.

Alhamdulillah.
Ayah masih ada membuat simpanan untukku di dalam akaun milikku.
Selama ini tidak pernah aku tahu berapa angka di dalam akuan kerana aku tidak memerlukannya. Arwah ayah sahaja yang sering mengeluarkan duit untukku.
Dengan duit itu, aku bangunkan sebuah syarikat kecil. Dalam business yang sederhana untuk permulaan aku. Dan dengan pengetahuan aku tentang business sepanjang aku bekerja di bawah arwah ayah. Kawan-kawan ayah juga banyak membantu. Dan kini, business aku berkembang maju. 

Syukur. 

Pintu bilikku terkuak.
Seorang wanita dalam linkungan 60-70 tahun masuk. 
Aku bangun. Mempersilakan wanita itu duduk.
Wanita itu tersenyum.

"Apa khabar, Puan..." 
Aku berhenti. 
Tak tahu nama pulak.
Hehehe...

"Aisyah.Khabar baik."

"Oh. Puan Aisyah. Ada apa ya,nak jumpa dengan saya?"

"Kamu, Hana Suria binti Rashid kan?" 

Aku angguk.

"Saya... Aisyah binti Abdullah."

"Ya. Ada apa ya?" 

Aku pelik. Kenapa?

"Saya datang nak minta maaf dengan Hana."

Bertambah pelik. 

"Maaf?" 

"Minta maaf atas semuanya. Semuanya dari mula hingga sekarang. Saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Saya tinggalkan kamu dengan Rashid tiba-tiba. Tapi saya, terpaksa. Saya benci tengok Rashid. Dan saya lebih benci tengok kamu lahir pada saat itu. Saya benci segala-galanya tentang kamu berdua. "
Mak?

"Apa maksud, Puan?"

"Rashid rogol saya. Kamu tahu tak betapa hinanya saya waktu itu. Walaupun Rashid ikhlas kahwin dengan saya namum saya benci lihat wajahnya. Mulanya, saya nak gugurkan sahaja kandungan, tapi Rashid bantah. Katanya, nak jaga juga budak tu. Saya terpakasa. Saya hanya melahirkan kamu, tapi saya tak pernah sekelumit pun perasaan sayang pada kamu. Bila lihat kamu, tragedi hitam itu menghantui saya. Jadi... saya lari. Saya tak sanggup. Maafkan saya." 

Aku kelu. 
Aku terkedu.

Aku anak haram?
Aku anak hasil zina antara ayah dan wanita ni?
Allah! Betapa beratnya dugaan-Mu. 

Wanita tadi lantas bangun meninggalkan aku sendirian.
Aku tak mampu mengejarnya.
Dan aku tak akan mengejarnya.
Dia sendiri sudah membuat pengakuan.
Dan jawapan yang aku nak selama ni, sudah diketahui.

Patutlah, ayah tak ingin memberitahu aku apa-apa.
Aku...

Ayah...
Kenapa ayah?
Ayah sayang Hana sehingga Hana lupa siapa sebenarnya Hana?
Hana...

Terima kasih, ayah.
Benarkan mak lahirkan Hana ke dunia ni.
Lihat dunia.
Rasa kasih sayang.
Rasa dicintai dan mencintai.

Hana sayang ayah.
Sayang mak.

dan 

Sayang Saif.



-Tamat-

_____________________________

Assalamualaikum... 
Halooo... :)
CerpenOt ini hasil idea ketika saya teringatkan diri saya yang rapat dengan ayahandaku. 
Jadi... saya seperti anak abah.
Rapat. Tak mahu pisah dengan abah walaupun abah garang. 
hehehe... Happy Birthday, abah.
Saya sayang ibu jugak. Hiks!
Dan selebihnya... adalah khayalan saya.,.
Ambil pengajaran...
Yang salah dari saya, Yang baik dari-Nya.
Komen kalau tak faham. Support me, yaa! 

Klik2

2 comments:

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...