5 tahun sebelumnya...
Ramai pelajar-pelajar sudah tidak sabar-sabar nak garaduate... malam ini merupakan malam terakhir untuk mereka yang senior-senior berpesta... Malam ini ada majlis tari-menari...
Ana Ryana memandang rakan-rakannya sedang khusyuk menari bersama-sama pasangan masing-masing,
"Huhuh...semua orang ada pasangan. Aku ? Elek... " sedihnya dia. Keseorangan ditinggalkan kawan.
"Needs somebody.. " suara smart datang menyerpa gegendang telinga Ana. Pantas dia berpaling.
Punyalah terkejut tengok lelaki yang tegur dia. Jembalang mana pula yang ini ? Muka punyalah handsome tapi dia ni silap pilih planet. Pelik sungguh ! Kat telinga ada subang. Kat leher ada rantai. Rambut lagilah... macam serbuk rempah tertumpah satu tan. Colour oren karat. Tak senonoh langsung!
"Its okay... " Tak hingin aku nak menari dengan hang. Seram aku.
"Jom... " Pantas lelaki itu menarik Ana ke dalam dakapannya... Menari bersama secara paksa...
"Issh, gila ! Lepaslah... suka-suka hati main pegang-pegang orang. " Ana Ryana menjadi berang. Ini sudah lebih.
" Saya memang suka. Saya sukakan awak, Ana. Saya Tengku Khairil. Awak ?"
"Buat apa saya beritahu nama saya kat awak. "
"Sebab awak bakal isteri saya" Eh, mamat suka-suka nak jadikan aku isteri dia.
"Tak payah... susah sahaja... Dah lepas lah... " Kasar Ana menolak lelaki itu. Nasib baik tidak jatuh. Kalau jatuh, ok juga boleh aku tolong kau, tolong gelakkan... Ada lagi manusia macam ini kat dunia. Nasib baik dah habis belajar. Tak payah hendak jumpa-jumpa lagi.
"Ana Ryana.... saya sayangkan awak, saya cintakan awak sampai bila-bila walaupun awak tak nak kenal saya...Saya janji saya akan dapatkan awak dan jadikan awak sebagai tanggungjawab saya. Itu janji saya Ana. Awak dengar tak ?" jerit lelaki itu. Kuat. Satu dewan itu bergema dengan suara dia. Gila punya manusia. Macam mana kau nak jumpa aku ?
Ada masanya, kita sendiri tidak sedar apakah yang kita rasa waktu ini? Siapakah yang kita cinta dan sayang ? Kerana takdir cinta bukan milik kita. Segalanya milikNya dan bila Dia titipkan rasa cinta dihati kita, biar bagaimanapun kita cuba mengelak... takkan kemana kita boleh lari....
sebab cinta manusia saling melengkapai antara satu sama lain, menutup kekurangan pasangan dan menjadi sempurna bak bintang-bintang yang berkerlipan...hahaha..main cedok sahaja ayat tu. 'its only "handso" without you, and its only "beatifl" without me, but its just "gergeo" without us !!
***
"Ana, kau dengar ke tak ni ? Kau jangan buat macam ni lagi...kesian dia" sumpah...dia tak larat lagi nak cedok macam-macam alasan lagi, otak dia dah kering idea nak menipu... naik geram juga dia dengan perangai pelik kawannya yang keras kepala bercampur pula dengan degil yang amat bangat...
Mata Ana Ryana masih tertumpu pada kaca televisyen yang sedang menyiarkan rancangan kegemarannya itu. Korea laa, apa lagi ? ... tengok ni lagi bagus daripada dengar tazkirah tak bertauliah yang langsung tiada kena mengena dalam hidupnya itu. Tenang juga hatinya yang tengah termaksima bad mood tu.
"Ana ! "
"Hmmm, aku dengar laa...tak payah la kau risau sangat, pandailah aku nanti" malas dia nak asyik melayan benda yang sama je... bukannya nak sokong dia, alih-alih mamat romantik itu juga yang dia bela...
"Kau jangan dengar je, tapi buatnya tidak... kalau kau tak setuju, jujur je lah jangan buat dia tetunggu-tunggu kau... kesian Daniel. " nasihat Qairina yang dah masuk keberapa kali hari ini... 'susah dapat housemate macam ni, boleh kena sakit hati juga ni... '
***
BIBIR ini mengumtum muncung sekali lagi. Termenung memandang arahan yang perlu dilakukan, memang tak ada kerja. Alih-alih mesti muka dia juga yang diorang nampak bila kena hantar semua order bunga dari lelaki yang paling menyakitkan. Lelaki ni pun satu, tak ada tempat lain ke nak order bunga... tempat ni juga yang hang nak. Tahu tak tahap menyampah aku ni dah terlebih infiniti bila tengok kau. Hari-hari mamat ini ada sahaja ayat yang menikam kalbu;
"Ana, awak hari-hari nampak sama tak pernah berubah"
"Ana, muka awak itu ada macam coklat, meh saya lapkan..nanti Ana saya nampak buruk"
"Awak... jom kahwin.."
"Terima kasih, Ana sebab tolong hantar bunga ini. Nah, ini bunga untuk awak...saya bagi balik ! Simpanlah bunga ni dari saya."
Dan hari ini...
"Thanks Ana. Awak comel la hari ini." serius suara dia memang tak boleh blah langsung. Dasar buaya berdarat-darat punya manusia.
"Sama-sama... saya minta diri dulu" Ana ingin terus berlalu dari situ. Memang dia tak boleh tahan duduk kat situ lama-lama.
"Ana, tunggu sekejap... Khai nak cakap sekejap dengan Ana"
"Nak cakap apa Tengku Khairil, saya tengah kerja sekarang..."
"Sekejap je... kalau tak saya bagitau..." Issh, mamat ni tak habis dengan kuasa main ugut-ugut orang ni, menyampah ! Sikit- sikit nak bagitau Encik Adam yang mengalahkan singa yang mengamuk mengajar anaknya makan. Sumpah, garang !
"Hmmm, apa yang Tengku Khairil nak cakap. Saya sibuk ni nak kena hantar order orang lagi..." kalaulah dia boleh jadi macam Superman, nak je dia tinggalkan mamat ni sekarang juga.
"Jom, kita pergi makan. "
"Makan ? Tengku Khairil memang tak faham bahasa ke apa ? "
"Saya faham bahasa yang awak cakap. Awak cakap 'saya ni memang handsome, saya dah mula suka kat awak laa..Tengku Khairil' kan?" Aisshh.... lain yang aku fahamkan, lain yang dia translatekan... gila
"Dah la Tengku... malas saya nak layan. Susah nak cakap dengan orang yang terlebih bijak pandai ni" stress aku bila duduk dengan kau. Susah ke, kau nak faham, hah !
Terus ditinggalnya Tengku Khairil yang tersenyum-senyum macam kambing hitam je. Eh, kambing hitam senyum macam tu ke, tak pernah nampak pun kambing hitam kat rumah nenek aku senyum... dasar mamat terlebih sodium carbonate sebab tu otak tak betul...
Tengku Khairil tergelak memandang gelagat Ana.
Ana...Ana...asal lah dalam banyak-banyak perempuan kat dunia ni kau juga yang aku nak. Aku sendiri pun pelik. Tengku Khairil berlalu ke bilik. Huh, lepas ni kena lah dia menghadap one by one teman wanita selepas semuannya dapat surat 'pemberitahuan'nya... susah juga ada ramai girlfriend ni.
***
TENGKU Adrean termenung memandang gambar-gambar dihadapannya. Dia tak suka apabila jodohnya ditentukan orang. Takkan lah perempuan dalam gambar ni jadi isteri dia, jauh langit dari bumi antara dia dengan perempuan ni. Mama ini tak akan tak faham... tiada sesiapa boleh gantikan tempat Diana.
"Rean, meh sini sekejap. Mama nak cakap sesuatu. " ajak Datin Hajah Mariam. Tersenyum Hajah Mariam melihat perubahan anaknya itu.
"Ada apa mama..." malas-malas Tengku Adrean pergi ke arah mamanya. Sah-sah nak cakap bila nak cari menantu mama...umur kamu tu makin tua... mama, teringin nak ada cucu. Hmmm, dia dah hafal apa yang mama dia nak cakap kan nanti.
"Bila nak cari menantu untuk mama, Rean. Dah lama mama bagi peluang kat kamu cari bakal isteri sendiri. Umur kamu bukannya makin muda tapi makin tua, Rean..." pelik dia dengan sikap anak sulungnya yang selalu mengelak bila cakap pasal kahwin, pasal perempuan lah, ... Hissh, macam-macam.
"Ermm...nanti-nanti lah.. kalau ada jodoh, adalah. " Part ni lah yang dia paling tak suka. Mama ni pun satu, asyik dia je yang kena... adik dia tak pula heboh... just tinggal pilih je mana satu yang mama dia nak buat menantu.
"Issh.. kamu ni... nah, ni gambar anak Tan Sri Johan. Dia ni lepasan ijazah kat Universiti Manchaster taw ! Kamu pergi lah... buka hati kamu tu, heh ! " Hajah Mariam menghulurkan gambar tersebut kepada Tengku Andrean. Disambut malas olehnya. Rean, Rean bilalah kamu nak buka bali hati kamu tu ?
"Hmmm... "
"Rean, mama nak kamu fikir betul-betul... tolong terima dia...lupakan kisah lama ye."
Terus dia berlalu dari ruang tamu itu selepas menyalami mamanya itu. Huh, perlu ke perempuan ni... memang tak layak nak gantikan Seri Diana. Lamborghini Gallardo miliknya meluncur laju meninggalkan pekarangan villa milik keluarganya itu.
"Hmm... suruh dia masuk. "
"Cik, boleh masuk sekarang." setiausahanya memanggil tetamu tersebut setelah mendapat kebenaran tuan punya badan.
"Terima kasih. " jawab tetamu tersebut.
***
Jessica memang...wait ! Bukan Jessica tapi Merlisa. Yes, she is Merlisa. Dia memang degil. Orang dah cakap tak nak, maknanya tak nak lah ! Tak faham-faham bahasa langsung perempuan ni. Naik geli pula dia.
"You... please tolong jangan macam ni... I tak nak berpisah dengan you..." Merlisa terus berkejar pergi ke Bernama Holding setelah mendapat hantaran bunga dengan surat perpisahan dengan Tengku Khairil. Dia tak boleh terima, dia dah buat segala-galanya demi Khairil.
Issh... memang dia tengah rimas sekarang ni. Problem... tu lah kau Khairil, banyak sangat keluarkan kata-kata cinta, kan dah kena macam ni...
"Baik, you pergi sekarang jugak... sebelum I panggil pengawal... get out, now ! tegas suaranya. Dia bukannya serius pun dengan semua perempuan yang dia pernah keluar cuma suka-suka je... tapi ada pula yang macam ni.
"You memang teruk... menyesal I kenal you. " Merlisa merengus marah dan berlalu laju dari bilik Tengku Khairil. Dumm... Bergegar bilik tu apabila Merlisa menutup kuat pintu bilik dia, nasib baik tak berderai.
Tengku Khairil mengeluh. Tiba-tiba muka minah kolot tu muncul kat kepala dia. Ana... asal tetiba dia ingtkan perempuan tu erk ? Ana Ryana... Bibirnya mula mengumtum senyuman. Hati dia merasakan sesuatu yang pelik setiap kali dia terfikirkan perempuan tu. Ana memang lain. Lain daripada semua perempuan yang dia pernah keluar. She made me changed.
***
"Awak... tolonglah, saya kan dah cakap yang saya tak suka semua ni. " Yaa... dia memang tak suka mamat terlebih romantik ni, Daniel Hakeem.
Ni la mamat yang ustazah Balqis asyik duk membela ni. Asyik-asyik nama mamat ni yang muncul kat mulut dia tu. Aku tak faham lah, asal dia bela sangat dengan dia ni ? Ana menilik Daniel Hakeem dari atas ke bawah... muka handsome... tapi terlebih romantik sangat lah... dia memang blacklist lelaki yang romatik ni, sebab dia alergik.
"Ana, kenapa awak pandang saya macam tu... " Daniel pelik dengan perilaku Ana sebentar tadi. Pandang dia semacam je macam tak pernah tengok.
"Aaa...aaa...awak lain kali boleh tak jangan macam ni... saya tak suka... dan saya tak suka dengan A.W.A.K. Understand what I say just now, I don't like you... never like... please I begging to you... jangan ganggu saya lagi... " dah puas hati dia. Dia dah cakap jujur macam Balqis nak sambil-sambil menutup malu kerana asyik menilik je mamat tu. Balqis nak... Tiba-tiba...
"And.... " kesian pula bila tengok muka mamat ni. Macam orang baru putus cinta je. Heh ! Memang dah putus cinta pun dengan aku pula tu. Daniel, I knew who the best for you... you not for me because I not prefect to be your partner dalam hidup kau.
"Tak pe lah... saya sedar siapa saya dalam hati awak... tak de pape lagi yang boleh saya cakap, puas saya pujuk awak, ambil hati awak tapi... awak langsung tak pandang saya." luah dia. Yaa, memang dia dah buat segala macam untuk Ana, tetapi gadis ni dengan mudah menolak. Dah lah tadi, cakap kuat-kuat. Malu dia...
"Daniel, saya minta maaf... saya tak sengaja... tapi awak jangan la buat muka macam orang berak kapur... dah tak handsome la awak. " taktik pertama nak pujuk mamat romantik ni. Mamat romantik kan mudah termakan pujuk orang sebab dia romantik mana pandai marah. Entah mana falsampah dia ambil entah, dia main cedok je.
"Tak pe, saya tak ambil hati pun sebab..."
"Issh, saya yang salah laaa...mungkin kita tak ada chemistry kot mana boleh main camtum-camtum je kan ? Tapi kita boleh jadi kawan kan, Encik Daniel Hakeem ?" Cepat-cepat Ana memotong sebelum mamat ni menjawab mahu sampai malam aku kena dengar luahan hati dia.
Ana tersenyum manis. Manis sekali macam aiskrim. Daniel Hakeem mudah terpujuk hati. Kalau tak jadi isteri aku pun, jadi kawan pun tak pe lah... sebab Ana istimewa baginya. Dia lain.
Daniel Hakeem tersenyum. Dia menangguk-angguk kepalanya tanda setuju.
"Yeah, Daniel Hakeem dah tersenyum. Barulah handsome macam Asyraf Singler. Ana suka macam ni. Kita kawan selama-lamanya, ok ?
"Ana,you're so cute." Daniel puji aku.
"You too. You looks soo cute." aku balas balik,
Mereka berdua tersenyum sesama sendiri. Walaupun Ana kerja kat kedai bunga tetapi dia bukan minah yang jenis suka bunga-bunga ni semua. Dia tak suka.
***
Tengku Andrean tak senang duduk jadinya. Betul ke yang dia nampak tadi ? Ke matanya yang tak betul. Tapi... perempuan tu... macam Seri Diana. Betul, memang dia tak salah pandang. Perempuan tu...
Pintu biliknya telah diketuk beberapa kali oleh tetamu itu.
"Masuk. " arah Tengku Andrean sambil matanya tertumpu pada komputer. Kerjanya banyak tertunggak selepas 2 tahun dia meninggalkan syarikatnya.
"Ermm... terima kasih, Tengku. "
Suara tu... ya, dia kenal suara tu. Suara yang dia rindu setiap saat, setiap hari. Diana...dia ke tu ? Pantas dia berpaling ke arah tetamu tersebut.
"Diana... awak ke ? " Tengku Andrean tanya was-was. Suara tu dia kenal tetapi muka... berbeza tak macam Seri Diana yang dia kenal selama ni.
"Ya... saya. Macam mana awak tahu nama saya ? Pelik dia macam mana dia boleh kenal nama aku sebelum aku beritahu lagi. Wahh, bahaya ni... maknanya lelaki ni boleh baca identiti orang lain. Bahaya ni !
"Awak tak kenal saya ke ? Saya Tengku Andrean, suami awak. Awak tak kenal. Lama saya cari awak Diana... lama saya menanti awak kembali Diana... lama... saya rindukan awak sangat-sangat. Mana awak pergi selama ni Diana ? Walaupun muka awak lain tetapi suara awak tak berubah. Saya kenal awak. " Tanpa sedar dia telah megalirkan air mata lelaki di hadapan wanita ini.
"Maaf, Tengku. Saya tak kenal pun Tengku, dan macam mana saya boleh jadi isteri Tengku ? Maaf, sekali lagi. Saya wakil dari Trijaya Holding datang ke sini untuk mengucapkan tanda penghargaan kerana syarikat Tengku sudi memberi kerjasama bersama kami. " Tanpa dipinta Diana alang-alang minta maaf sekaligus memberitahu tujuan awal sebab dia datang ke sini.
Hmmm, ini merupakan kali pertama dia melangkah ke alam baru menjadi seorang wakil yang bekerjasama dengan syarikat lain. Selama ini dia cuma duduk kat office je, alih-alih tetiba dia kena handle projek ni disebabkan Kak Husna cuti bersalin pula. Memang gerun. Dah lah orang yang dia kena berganding ni macam spy. Boleh tahu nama dia pula tu.
"Awak, memang tak kenal saya langsung ? "
"Maaf, sekali lagi saya cakap saya tak kenal pun Tengku dan ini kali pertama saya berjumpa dengan Tengku" jawab Seri Diana.
"Baiklah. Saya minta maaf sebab silap orang " Hampa. Ya, dia hampa...wanita itu bukan Seri Diananya. Mungkin nama dan suara sama, muka...tak. Tapi kenapa naluri hatinya kuat mengatakan yang wanita itu Diana, isterinya.
"Rean...kamu okey ke ? " Hajah Mariam memanggil anaknya. Risau dibuatnya. Balik-balik terus masuk ke bilik sambil menangis ?
"Rean okey, ma. Mama pergilah... " Rean mengesat air matanya yang mengalir lagi.
"Betul ?"
"Ya, ma. Rean ok. " Dia silap pandang ke ?
***
"Ana, ada orang nak jumpa kau. " Ita memanggil Ana. Ana mengaru-garukan kepalanya yang tak gatal. Orang nak jumpa aku ? Pelik. Tak pernah pula orang nak jumpa dia masa dia tengah kerja ni.
"Cakap aku tak ada. "
"Mana boleh lah, dia nak jumpa kau juga. " Gila minah ni. Dah ada orang nak jumpa nak buat cam mana.
"Issh... malas lah aku." Nak tak nak dia bangun juga nak jumpa orang tu. Ketika Ana nak bangun tetiba...
What going to happen now ? Macam mana mamat ni boleh ada kat sini. Terpacak kat depan dia pula tu.
"Apa Tengku buat kat sini. " tanya Ana nak tak nak. Soalan budak tadika 5 tahun pun boleh jawab. Dah sah-sah mamat ni nak beli bunga, again ! Kesian semua perempuan yang termakan dengan playboy macam ni.
"Nak jumpa awak lah, Ana Ryana." Dia memberi senyuman paling manis sekali buat Ana.
"Huh ! " Baik aku pi jumpa orang yang nak jumpa aku tu daripada jumpa kau.
"Ana...awak nak pergi mana ? "
"Ita... mana orang yang nak jumpa aku tu. " tanya Ana tanpa mempendulikan pertanyaan mamat tak semenggah tu.
"Oitt... Ana. Orang tu kat depan kau lah. " Ita menjawab. Orang tu ada kat depan mata tanya kita pula kat mana orang tu.
"Mana tak ada pun. " Hesy, kau Ana Ryana dah sah-sah mamat tu je yang ada kat depan kau buat tak nampak pula mata kau ni.
"Ana, awak tak nampak saya ke ? Alamak, saya dah jadi roh ke sampai awak tak nampak saya. " usikan TEngku Khairil langsung tak kelakar. Kalau masuk pertandingan Maharaja Lawak confirm belum masuk uji bakat lagi dah kena out ! Tapi si Ita tu boleh pula terbahak-bahak dia gelak. Kelakar ke mamat tu cakap.
"Aissh, awak nak apa Tengku Khairil. Kan saya tengah kerja sekarang ni. Nak order bukan saya ambil."
Ana buat-buat sibuk menyusun bunga padahal dari sampai datang kerja tadi sampai petang ni satu kerja pun dia tak buat. Melopong je memanjang.
"Saya nak tengok awak la" Tengku Khairil tersengih.
"Buat apa ? Tak ada kerja lain ke. "
"Ada. Saya nak pandang awak "
"Huh... gila "
"Saya gilakan awak, Ana. Dah lama saya cari awak, baru sekarang saya jumpa. Jom kita makan. " ajak Tengku Khairil yang masih berdiri tegak macam patung cendana masa sampai tadi.
"Tak ada kerja saya nak keluar makan dengan Tengku. Buat apa awak sibuk-sibuk cari saya." Memang tak masuk akal kalau aku keluar makan dengan dia ni selain otak aku je yang tak betul. Dan memang dia pelik kenapa mamat ini nak cari dia pula.
"Kalau macam tu... " sahaja Khairil melambatkan ayatnya itu. Dia nak tengok reaksi perempuan tu. Comel je muka dia bila terkejut nanti. " Kita kahwin, nak ? "
"Hah ! " jerit Ana. Sah, otak dia tak betul. Mamat ni boleh buat aku sakit jantung sebelum masanya. Kahwin. Dengan dia ? Aku salah dengar ke apa yang dia cakap tadi... ke dia salah cakap.
"Jom kahwin dengan saya. " jawab dia dengan muka selamba badak dia. Dia ni memang tak ada rasa serba malu langsung. Boleh pula dia ulang balik apa yang dia nak cakap.
"Kahwin dengan Tengku ? Hahaha... Tengku memang pandai buat lawak. Macam kelakar je saya dengar. " Memang kelakar. Tak ada angin taufan tak ada tsunami tetiba ajak aku kahwin. Apahal ?
"Saya tak buat kelakar Ana. Saya serius. Saya nak ajak awak kahwin dengan saya bulan depan. " serius sungguh muka Khairil, kalah Encik Adam. Terkejut Ana dengar. Biar betul mamat ni. Suka-suka hati je tentukan masa depan aku. Kalau nak tolong carikan calon untuk aku, carilah yang sesuai dengan aku bukan macam hang ni. Pi lah... tak nak aku bersuamikan kau.
Sepanjang perbualan aku dengan dia... Kak Ita yang jadi saksi. Lepas Tengku Khairil melangkah keluar dari kedai tu terus Kak Ita cakap mamat tu memang serius ajak aku kahwin. Kak Ita kata dia boleh tengok keikhlasan Tengku Khairil dari anak matanya. Huh, boleh baca keiklasan orang konon. Ikhlas mana boleh orang nampak lah, Kak Ita oii !
***
Hampir sebulan Seri Diana bekerjasama dengan Tengku Andrean di bawah syarikat Berjaya Holding miliknya. Jujur dia katakan yang dia memang tak sanggup nak berdepan dengan Andrean. Setiap kali lepas mereka membuat perbincangan bersama... pasti air mata yang jadi penemannnya di bilik air. Dia rindukan Andrean. Dia rindukan suaminya. Ingin sahaja dia memeluk suaminya yang berada di hadapannya. Dia nak mengatakan yang dia masih hidup. Dia selamat. Tapi dia tak mampu... sebab dia tak sempurna lagi. Dia bukan lagi Seri Diana yang dulu... wajahmya...
Dalam tempoh Diana bekerja bersama dengan Tengku Andrean, suaminya sering bertanyakan tentang dirinya. Hampir sahaja rahsia dia terbongkar masa tu.
"Diana, boleh saya tahu apa siapa keluarga awak ? " tanya Tengku Andrean kepada Diana. Dia nak tahu samadaa Diana yang ini ada keluarga sendiri atau tak kerana isterinya merupakan anak yatim sejak kecil.
"Aaa... keluarga saya dah lama tinggalkan saya. Saya anak yatim. " jawab Diana sambil melihat pelan-pelan kerja yang berselerakan di atas meja.
"Dah kahwin"
"Dah "
"Siapa ?"
"Awak lah... "
"Saya ? " Andrean tanya balik.
Oshhh... lepas cakap. Dia terlepas cakap. Mati aku. Dia sedar tak, dia perasan ke ... "Maaf, saya ingat... suami saya ada kat depan saya. Saya tak perasan lak awak. Saya minta maaf."
Tengku Andrean memandang Seri Diana pelik. Something weird here. "Tak apa, saya faham. Saya pun macam awak juga. Saya selalu ingat awak isteri saya tapi saya silap. Mungkin nasib kita sama je kot Diana." Andrean memang tak syak lagi tu memang Diana sebab dia terpandangkan gelang kat tangan Diana. Sama macam isterinya punya. Gelang tu ditempah khas olehnya mana mungkin ada yang sama macam orang lain.
Tapi... satu je yang dia sangsi kenapa mukanya tak sama... kenapa Diana ? Apa yang terjadi sebenarnya. Kemalangan tu ke yang menjadi puncanya ?
***
"Abang tolonglah jangan bawa laju-laju. " marah Seri Diana dengan suaminya. Sungguh, bahaya ! Jalan sana-sini ada gaung... bahaya boleh mengancam nyawa. Penat je kerajaan buat iklan tentang keselamatan jalan raya tapi hampeh. Tak langsung digunapakai oleh suaminya ini.
"Sayang jangan lah risau. Abang dah biasa lah macam ni. " jawab Tengku Andrean. Memang dia dah biasa bawa high speed macamni kat jalan-jalan macam ni.
Sebelum dia kahwin dengan Diana, setiap minggu dia akan drift kat sini bersama dengan adiknya, Tengku Khairil. Perangai diorang memang sebijik ! Kaki perempuan, suka bazirkan masa.. macam orang tak ada masa depan sampai papa dan mamanya pening dengan mereka. Tapi semenjak dia kenal dengan Seri Diana semuanya berubah. Dia dah rajin solat yang mana selama ini dia tinggalkan. Dia dah tinggalkan semua perempuan yang menjadi penemannya sepanjang hari. Air memabukkan juga tidak pernah lagi dia sentuh. Ya Allah, ketika itu betapa banyaknya dosanya waktu tu.
"Abang !!! " jerit Diana kuat.
Segala-galanya berubah. Dia menjadi seperti orang tidak siuman. Setiap hari dia menangis memanggil isterinya pulang. Menyesal dengan sikapnya... benci dengan dirinya sendiri. Dia dah kehilangan isterinya. Pasukan penyelamat langsung tidak dapat menemui isterinya. Hanya menemuinya yang hampir kehilangan jangka hayat. Keretanya habis terbakar... rentung ! Tak ada apa yang boleh diselamatkan. Dia tak tahu dimana nak cari isterinya.
Hampir 2 tahun dia cuba menerima hakikat bahawa isterinya tak akan kembali padanya. Masa tu juga Andrean menerima satu lagi dugaan dalan hidupnya. Papanya pula meninggal dunia akibat serangan jantung. Sekarang ni hanya mamanya dan adiknya sahaja yang menjadi kekuatannya sepanjang ketiadaan papa dan Diana.
Tengku Andrean mengeluh. Adakah semuannya ini balasan aku atas semua dosa-dosa aku. Usai sahaja dia berjumpa dengan Seri Diana di cafe membincangkan hal kerja, terus dia pulang ke rumah menuju ke bilik. Tak mampu dia menahan rasa sedih di hati apabila berdepan dengan Seri Diana yang mengatakan tidak mengenalinya selama ini.
Ya Allah, aku tahu aku banyak melakukan dosa, Ya Allah. Ku akui kelemahan diri, ku kesali kejahilan ku ini. Aku lelah dalam meniti rona kehidupan ini kerana jiwa aku kering tanpa pentunjukmu, aku cacat tanpa hidayahmu... Ya Allah, telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan kerana diri ini hilang arah menuju redhaMu... Aku meminta terimalah taubatku ini...Aku mohon Ya Allah....
Hampir setiap malam, Tengku Andrean menangis bersungguh-sungguh. Cuba meleraikan tali penyesalan yang tidak berkesudahan. Hatinya hiba apabila mengenangkan segala dosa-dosa yang telah dia lakukan...
"Diana... isteri abang, abang minta maaf. Abang menyesal sebab tak dengar cakap sayang. Abang minta maaf, Semua yang berlaku salah abang... salah abang Diana... Diana, abang tak kuat, abang perlukan Diana. Abang tak mampu.... hari-hari abang doa kat Allah supaya suruh Dia pulangkan isteri abang balik.... abang nak isteri abang balik.." sungguh hatinya tak mampu nak menampung rindu yang menggunung... dia rindukan isterinya. Seri Diana...
***
Akhirnya, setelah sekian lama menunggu Siti Balqis binti Mohammad Mustafa sah bergelar isteri orang. Tak percaya ? Aku lagi tak percaya. Tup tup diorang plan nak kahwin padahal aku rasa tak sampai seminggu diorang kenal. Cinta ? Kadang-kadang tak boleh percaya apa yang berlaku. Semuannya jadi tungkang terbalik. Memang dia tak sangka Balqis kahwin dengan Ahmad Daniel Hakeem bin Al-Ansari... Pelik dia masa tu.
"Balqis, kau nak tahu tak ? Kau kenalkan Daniel Hakeem kau tu... serius aku tak sangka langsung tadi. Tetiba jumpa aku minta aku cakap kat kau yang dia sukakan kau... " beriya-iya Ana memberitahu khabar gembira buat kawannya itu. Memang dia tak sangka langsung dengan kedatangan Daniel tadi sebab bukan mamat tu outstation ke?
"Ana... boleh Daniel nak cakap sekejap dengan Ana." suara baik itu menjengah ke gegendang telinga aku. Terkejut aku, bukan mamat ni kerja luar ke? Tetiba hari ini datang kat tempat kerja aku dengan buat muka serius dia.
"Bukan awak outstation ke ? Awak yang cakap, " directly aku cakap. Tak akan sehari je kot urusan kerja kat Jepun jauh nun Barat sana.
"Entah, tak jadi kot. " selamba je dia jawab. 'Tak jadi kot'... hesy, mamat ni boleh buat syarikat tu macam mak bapak dia punya pula.
"Tak jadi ? Awak nak apa datang sini, tetiba je datang tak bagi salam terus tanya orang. " tanya aku pelik. Bukan mamat romantik ni jenis bersopan dari segi tatatertib ke ?
"Ana, boleh saya minta tolong dengan awak? Awak kenalkan Balqis, housemate awak ?"
Hek eleh, mamat ni. Dah tentu lah aku kenal, nama pun housemate. Apa kejadah kalau tinggal satu rumah tapi tak kenal orang. Bapak sombong der !
"Hmm, saya kenal. Asal? " Terkejut muka dia tengok aku menjerit. Volume memang tak boleh blah.
"Awak nak tackle dia kan ? " Aku main agak-agak je, mana tahu mamat jatuh suka dengan Balqis tu sejak pertama kali pandang. Wait for a minute... dia pernah jumpa ke Balqis tu ?
"Issh, awak ni Ana... jangan lah cakap kuat-kuat... malu kot ! " Daniel membuat isyarat senyap kat Ana, Gila ah minah ni, kuat sungguh volume dia.
"Kan dah agak... bila nak on ? " Ana tersenyum macam kera mengusik lelaki romantik ni.
"Saya nak awak ajak Balqis keluar makan malam esok. Boleh ? " tanya dia. No hal la, la Daniel. Aku jamim Balqis girang gemilang dapat jemputan daripada hang.
Start daripada makan malam tu la, cinta diorang mula berputik. Cinta pandang pertama. Diorang yang cakap kat aku. Dan macam mana Daniel Hakeem ni kenal Balqis ? Macam ni... Daniel ni nak cepat gila pergi KLIA... time tu jamm kat traffic. Masa dia nak selekoh masuk kiri...DUMM... kereta dia dengan Balqis berlanggar. Diorang first-first berperang besar, alih-alih Balqis aku yang memang tak suka gaduh ni, mengalah je lah... sampai sanggup bayar kerosakan kat kereta Daniel. Dari situ lah Daniel tertarik kat Balqis ni.
Macam mana Daniel tahu Balqis kawan aku ? Sebab dia nampak gambar kat kereta balqis tertampalnya gambar aku yang cun dengan Balqis masa kiteorang convo hari masa tu. Tamat. Pelik gila cara pertemuan diorang sampai boleh jatuh sayang.
Hidup, jodoh manusia tak ada sesiapa tahu. Kita mampu merancang tapi Dia yang tentukan. Dah tertulis semua percaturan hidup kite sejak azali lagi. No one..know.
***
"Tengku Khairil, boleh tak jangan main-main macam ni. " Ana marah Tengku Khairil. Suka hati mak bapak dia je main rembat-rembat aku. Paksa-paksa orang. Datang-datang kedai, main tarik-tarik tangan aku paksa dia masuk kereta dia. Suka hati main pegang-pegang orang, tak belajar agama ke ? Kak Ita, Encik Adam, Kak Ros dengan pelangan yang ada masa tu pandang kiteorang pelik je. Aku pulak marah-marah.
"Saya tak main-main lah. Sekarang awak nampak saya main dengan anak patung ke ? " jawab Khairil sambil mata tetap fokus ke hadapan menumpukan pemanduannya.
"Tengku nak bawa saya kat mana ni ? Tengku jangan buat hal pula, nanti saya tak teragak-agak nak report kat polis. " Ana Ryana dah fikirkan yang bukan-bukan. Mana tahu lelaki nak culik dia, atau... huhuhu, minta lah dijauhkan.... dasar jembalang tanah punya makhluk bumi.
"Saya nak bawa awak jumpa my mama.... tunjukkan menantu dia ni. Comel ! " Dia tergelak. Apa yang kelakar, tak kelakar lah wahai encik Tengku Khairil.
"Gila ah awak ni... dah lah turunkan saya. Sekarang juga, " Tak kira dia nak turun juga. Memang mamat ni terputus wayar. Ingat aku ni perempuan murahan ke, suka-suka bawa aku jumpa mama dia. Siapa dia kat aku ?
"Dah turun lah. Awak memang tak sabar-sabar nak jumpa mama saya kan? Jom." Hampeh, punya mamat. Dah sampai rumah dia baru suruh aku turun. Ni dah mendatangkan kemarahan aku ni.
"Awak ni memang cari pasal dengan ..... woooaaaaah.... " Tanpa aku sedar ada orang yang sambut aku. Siapa lagi kalau bukan mamat tu. Wah, hensem jugak mamat ni kalau pandang dekat-dekat macam ni. Mana taknya memang rapat gila, lagi seinci hidung diorang boleh berlaga. Mata dia yang macam Asyraf Singleir, bibirnya yang merah merekah tu memang boleh buat aku cair kot. Tetapi ada sesuatu perasaa halus mengalir dalam urat-uarat darah dia.
Eh, Ana kau sedar tak sekarang ni ? Depan kau tu buaya playboy tau tak ! Come on, Ana. Hati dia berkata-kata supaya suruh dia sedar.
"Issh, apa pegang-pegang ni... Dah lepas. " arah Ana. Muka dia tak usah cakap macam mana warna dia. Agaknya macam rainbow dah. Malu...
"Huh... maaf, saya tak sengaja. Tadi awak nak terjatuh...saya sambut lah tak akan nak tengok awak jatuh tergolek-golek. " Dia cepat-cepat lepaskan aku. Pastu pandang aku pelik Propa je lebih mamat ni cakap aku jatuh tergolek-golek konon. Ni semua pasal-pasal kasut aku yang tak betul ni... Tu laa kau Ana, tak reti nak pakai high heel tak payah lah pakai.
"Eh, kamu berdua tak nak masuk ke, asyik duk kat luar tu kenapa ? Kan panas ni hah ! " Datin Hajah Mariam memanggil anaknya dan bakal menatunya tu masuk. Bangga dia bila anaknya yang satu lagi kata nak bawa menatu untuk dia. Dia sendiri perasan, sejak akhir-akhir ni, Khairil banyak berubah. Dah tak keluar malam dengan perempuan-perempuan... Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Alhamdulillah... gadis ni memang jodoh buat Khairil.
"Ya, ma... Jom Ana... kita masuk, mama ada masak sedap-sedap. " ajak Tengku Khairil. Dia sendiri terpegun melihat kecantikan perempuan ni tadi. Macam nak pandang lama-lama je. Cantik sangat. Berwajah putih kemerah-merahan. Kalah semua girlfriend yang standard model-model tu. Ana Ryana ada kecantikan semulajadi sebab muka dia tak ada mekap langsung. Dagu dan bibir terebelahnya memang memikat.
"Issh, kenapa pula saya kena masuk. Ni semua tak ada kaitan dengan saya. " Ana Ryana tegak terpacak berdiri kat depan pintu kereta, Aissh, memang tak masuk akal.
"Laa... awak kena lah masuk sebab awak akan jadi sebahagian dari keluarga ni. " susah lah cakap dengan perempuan tak ada perasaan macam dia ni. Tak akan tak faham-faham lagi.
"Kenapa lak tetiba saya jadi sebahagian daripada keluarga awak ? " Ana tanya lagi. Dia memang tak faham atau dia buat-buat tak faham sendiri... Hahaha..
"Sebab nanti awak akan jadi bakal isteri saya. "
"Isteri awak ? "
"Yup "
"Tapi... saya tak suka awak. Macam mana nak jadi isteri awak ? poyo lah kau ni Ana... dah sah-sah kau berbunga-bunga kembang sekarang ni. Tak payah lah nak menidakkan benda yang betul, wahai Ana Ryana. Suara hati dia tetiba menyibuk cakap tuan. Huh.
"Saya tahu awak suka saya. " Tengku Khairil main teka-teka.
"Macam mana pula awak nak tahu kalau saya tak bagitau. "
"Hati awak, Ana. Dari mata awak saya dapat tahu awak memang sukakan saya. Awak tak pandai enipu Ana. "
"Huh... memandai je.." jawab Ana. Pandai-pandai je mamat ni main baca-baca bahasa mata aku.
"Ana, saya nak buat pengakuan... " dia tak habiskan ayat dia.
"Pengakuan apa ?" Aku tanya dia balik.
"Ana Ryana binti Amir Firdaus, saya Tengku Khairil bin Dato' Hassan ingin membuat pengakuan bahawasanya saya telah jatuh cinta dengan awak sejak pertama kali kita berjumpa. Ana, saya cintakan awak. Sudikah awak jadi teman dan pendamping di sisi saya sepanjang hayat saya ? " Usai sahaja dia membuat pengakuan, terus dikeluarkan sebentuk cincin kat aku. Mukanya manis.
Menitis air mata dari tubir mata aku. Serius aku tak sangka dia buat macam ni. "Saya... aaaa..." Ana Ryana jadi gagap beb !Dia tak dapat tahan terus dia menangis kuat-kuat... dia tak tahu samada dia gembira, terharu, sedih, bangga.. dia tak tahu perasaan dia sekarang. Yang penting dia terasa nak nagis je,
"Ana, awak kenapa ? Kenapa nangis ? " Khairil jadi serba salah. Muka dia risau kot, berkerut seribu.
"Tak... saya tak tahu...kenapa awak buat macam ni kat saya ? " Aku tanya dia sebab kenapa dia pilih aku yang tak ada apa-apa ni. Khairil kan playboy, ramai perempuan berderet-deret ni boleh pilih.
"Sebab saya sayang awak Ana. Awak lah wanita yang pertama berjaya buat saya jatuh cinta. Awak kunci hati saya hanya untuk awak. Saya ikhlas ingin mengambil awak sebagai tanggungjawab saya, Ana. Awak sudi ?" Dia menghukurkan cicin tu kat aku.
Aku tak tahu nak cakap apa. Aku tahu angguk je... Ya, aku setuju menjadikan Tengku Khairil sebagai pelindung untuk dirinya, sahabatnya, lelaki dalam hidupnya... dan Khairil...dia layak menjadi syurga buat aku.
Aku dengar dia cakap, "Alhamdulillah, Kau makbulkan doaku selama 5 tahun aku mencarinya kembali. "
5 tahun ? Ana menjadi sangsi. Pelik ! Kiteorang pernah jumpa ke sebelum ni bukan kat kedai bunga je ke? Tetapi satu benda juga yang dia musykil... mamat tadi berjiwang proposed aku, senang sahaja aku terima... aku tak rasa alergik... ajaib ! Mesti mamat ini guna-gunakan aku ini, bukan boleh percaya lelaki zaman sekarng.
Issh, Ana... kau berfikiran sungguh jauh. Nauzubillah min zalik. Menfitnah itu !
***
Tengku Adrean tersenyum memandang gadis dihadapannya. Allah telah mengembalikan isterinya kembali ke pangkuannya. Walaupun berbeza tapi dia tetap bersyukur kerana doanya telah didengar.
Selama ini isterinya berada kat depan matanya je. Satu pejabat, selalu keluar bersama, sering berbual-bual, gelak-tawa bersama... Ya, Allah... hebatnya kuasaMu...
"Sayang, abang minta maaf... abang cuai, abang tak dengar nasihat sayang... maafkan abang, Allah dah hukum abang selama 2 tahun... abang tak tenteram tanpa sayang, abang minta maaf... " luah Tengku Andrean dengan kekesalan yang berbuku-buku terhadap isterinyya itu.
"Tak, benda dah lepas... bang. Abang tak salah apa-apa pun kat Diana cuma sekarang ni..." Diana tak mampu nak teruskan ayatnya sebab sekarang ni dia bukannya sempurna macam perempuan lain. Dia kehilangan mahkota yang sangat bernilai.
"Sayang.... walaupun sayang tak dapat melahirkan zuriat abang.... abang bersyukur sayang sebab Allah dah campakkan kita dalam cintaNya. Perkahwinan bukan tentang zuriat sahaja.... tapi perkahwinan itu adalah tentang perjalanan dalam mencari cintaNya. Cinta perlulah berdasarkan cinta Allah sebelum mendapat cinta manusia kerana Allah yang memegang hati hamba-hambaNya....
dan...sayang..,melalui sayang abang berubah... abang memerlukan cinta Diana yang mencintai Allah sehingga abang dapat mencintai Diana kerana Allah. Dalam hal ini, abang yang salah. Abang yang perlu menanggung kifarah Allah ini atas dosa-dosa abang tapi sayangnya sayang juga terkena tempiasnya... lagipun pasal anak, kita boleh ambil anak-anak angkat... " Seri Diana terharu. Terasa sangat bahagia.
Saat itu, bagaikan masa terhenti untuk mereka... memandang ciptaan terindah didepan mata ini. Tiada apa-apa yang perlu diubah.
"Rindunnya... sayang abang.." bisik Tengku Andrean ke telinga isterinya. Walaupun isterinya membuat pembedahan plastik disebabkan mukanya habis melecur tetapi bagi dirinya isterinya tetap sama di matanya. Terima kasih Ya Allah.
"Sayang pun rindu kan abang... " balas Seri Diana. Tersenyum memandang suaminya yang tidak lepas-lepas memandang dirinya.
Tetiba...
"Rean... cepat tolong Khai... " jerit Datin Hajah Mariam.
"Kenapa dengan Khai ma. " terkejut juga dia mendengar mamanya menjerit kuat. Memang kacau daun betul.
"Tuu ... hah ! Dia menangis kat bilik dia... tak tahu nak buat apa. " Datin Hajah Mariam menunjukkan bilik Tengku Khairil.
"Abang, cepatlah.. baby macam nak keluar ni... " arggh, tension dai dengan suaminya ini. Aku tengah sakit dia boleh pula menangis. Hampeh ! Sekarang ini giliran aku pula yang abil giliran pergi wad bersalin, masa tu Balqis yang melahirkan anaknya yang kedua. Hmm...bahagia juga kawan aku itu dengan daniel Hakeem, mamat romantik itu.Alhamdulillah.
"Khai, cepatlah bawak Ana pergi hospital.. abang tunggu kat kereta, Diana... tolong Ana... Cepat Khai !" arah Tengku Andrean. Khairil tak pernah berubah mesti dia menangis apabila tengok orang dia sayang sakit.
"Kejap Ana... tahan, jangan tingalkan abang...baby jangan buat ummi sakit ye. " Tengku Khairil mendukung Ana Ryana membawanya ke kereta. Air mata seorang lelaki jatuh berjuraian macam air paip.
Betul ke ini suami aku... ?" Ana pelik memandang suaminya. Dasar kanak-kanak Ribena, sepatutnya aku yang menangis.
Suasana villa milik Dato' Hassan menjadi kelam kabut. Ana Ryana yang menjerit sakit. Tengku Khairil yang dari tadai asyik menangis. Datin Hajah Mariam dengan membebelnya. Tengku Andrean yang cerdik dengan kereta sudah lupa cara nak hidupkan kereta. Ni semua kelam-kabut punya pasal ! Seri Diana tersenyum melihat gelagat keluarganya. Macam-macam...
-TAMAT-
p/s ---> Terima kasih kerana sudi baca hingga ke titik akhir cerita. Cerita pertama Aimy buat.
Bila manusia tak reti menulis,
tetiba suatu hari menulis,
Bila semua idea yang keluar tidak ditapis elok2,
hasilnya cerita jadi tungkang-terbalik.
InSha Allah, suatu hari Aimy akan belajar menulis baik2 :)
Salam sayang, Aimy_Shazleen
___________
Haha 😂 best citer ni.... Romantic comedy 💕
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete