#Suntikan Semangat#

Friday, 28 September 2018

[CerpenoT] That XX - Part 4


BAB 13 

Aku pandang Mama dengan Papa silih berganti. Muka aku penuh tayangkan muka berharap.
"Mama... dia ajak Naill kahwin." Aku pegang tangan Mama. Mama diam tidak berkutik. Memandang muka Papa dengan pandangan 'macam-tak-suka'.
"Naill, Mama kan tak tahu nak cakap apa."
Aku kerut dahi. "Maksud Mama?"
Mama ukir senyum. "Kamu nak kahwin dengan dia?"
"Siapa?" tanya aku balik. Papa hanya diam tak nak masuk campur urusan aku dan Mama.
"Warfah tu..." Mama muncung bibir. Aku senyum.
"Mama tanya, kamu hendak ke kahwin dengan dia?"
Tanpa sedar, aku menangguk kepala. Papa pandang aku tak percaya. Mama mengiyakan kata aku. Setuju agaknya.
"Betul?" soal Papa.
"Betul. Sungguh-sungguh ni." Kepalaku jatuh ke bawah dua kali.
"Then, kahwinlah," beritahu Papa tenang. Mama terkejut dengan kenyataan Papa lalu ditepuk bahu Papa lembut.
"Tak akanlah cenggitu. Merisik dulu, tunang baru kahwin. Gila ambik anak dara orang macam tu," ujar Mama panjang lebar.
Aku hanya tersenyum. Kejadian siang tadi mula bermain kembali di fikiranku.
"Encik, saya nak minta satu permintaan..." Warfah angkat tangan kanan, pamerkan nombor satu.
"Apa?"
"Ermm... kahwin dengan saya nak?"
Aku, seriously tak mahu percaya. Tak akanlah aku tanya, dia dah kahwin ke tak, ada boyfriend ke tak, dah tunang ke belum, terus ajak aku kahwin.
"You...was in a mood to tell jokes, right? But, aku takde masa nak layan. Keluar!" Aku tunjuk ke muka pintu. Suruh dia keluar.
"Nope. Saya tak buat lawak Encik. It's not my style nak jadi insane sekarang," bidas dia dengan serious.
Aku jongket kening. "Then?"
"Yelah. Nak kahwin dengan saya tak?" tanya dia sekali lagi. Aku tergaman. Budak ni ingat kahwin ni macam main kahwin-kahwin masa kecik-kecik dulu ke.
"Tak lawak lah."
"Mana ada saya buat lawak."
"Then sebab apa?"
"Sebab saya nak kahwin dengan Encik lah."
"Sudden?"
Dia meangguk. Aku bangun dari duduk. Berdiri dekat dengan dia. Merenung anak mata dia yang paling dalam.
Dia ukir senyum. "Nak tak? Offer sekali aje."
WHAT WRONG WITH THIS KID?
"Just tell me sebab apa? Tak yahlah nak buat teka-teki." Aku naik rimas.
Warfah lihat muka aku. Senyum. 
"Saya, Warfah."
"Ermm...aku tahu nama kau. Cepatlah cakap, sebab apa."
Warfah mencebik. "Tunggulah saya cerita. Mencelah aje tahu."
"Yelah..."
"Macam mana ekk nak mula... macam ni... ingat tak masa mula-mula saya dan encik jumpa. Masa Encik tolong saya dulu..." Warfah pandang muka aku.
Aku cuba mengimbas cerita Warfah. Then, aku lihat dia.
"Waktu kau kena maki depan orang ramai tu ke?" teka aku. Dia menangguk.
"Waktu kau masa tu desperate nak kena selamatkan tu ke?" Aku kelip-kelip mata depan dia.
"Mana ada saya desperate!!" bantah Warfah.
Senyum. "Waktu kau perlukan seseorang bela kau, bila tunang kau maki-hamun kau, kata kau curang kan?"
"Ya. Dan... Encik datang back up saya, kata Encik suami saya. Waktu tu, saya terkejut kowt, dapat suami segera." Warfah menyambung sambil ketawa.
"Dan... aku dengan kau dah janji nak kahwin sama-sama?" Aku kenyit mata sebelah kanan.
"Janji budak-budak bila ex tunang saya complained kat parent saya. Terus putus. Dan, Encik nak tahu tak? Walaupun kita janji main-main, saya pegang janji Encik betul-betul tahu. Yelah, suami tiba-tiba datang, tak akanlah saya tak suka." Warfah ukir satu garis manis yang pernah aku tengok.
Aku gelak kecil. "Sekarang kau nak tuntut lah ni," teka aku.
Warfah sengih. "Saya nak lamar Encik. Boleh?" tanya dia.
Ohmaiga... Naill, perempuan lamar kau. Aku lihat Warfah. Aku ingat semuanya waktu tu, muka dia sayu, mata dia like a deer minta simpati dan aku mula jatuh suka dengan dia waktu tu. Sebab tu sanggup kena pukul dengan ex tunang dia sebab aku stranger jadik suami tunangnya.
"Nak." balas aku dengan sengihan nakal.
"Naill, Papa tanya ni, boleh masuk meminang bila?" Soalan Papa membuatkan kejadian siang tadi terpadam. Aku toleh lihat Papa.
"Esok." Aku jawab laju. Papa dan Mama serentak lihat aku. Aku buat senyum.
"Seriously?" soal Mama dengan Papa.
"Urm, serius Ma, Pa... Naill nak kahwin dengan Warfah sebelum kena kebas dari orang lain."
Mama senyap. Begitu juga Papa.
Aku bangun dari kerusi. Namum, sempat aku mencelah, "Tak perlu nak mewah-mewah, dia pun tak nak. Naill, nak kahwin macam Anis jugak," ujar aku lalu beredar tinggalkan Papa dan Mama yang terpinga-pinga. Aku terus bawa tubuh ke kamar aku.
Aku pergi ke meja kerja aku. Frame gambar aku dan Anis aku ambil. Aku tenung.
"Anis, Naill percaya jodoh itu datang dari Tuhan. Naill, jujur... Naill jemu tunggu Anis. Hari ni, Naill nak beritahu yang Naill mahu putus." Aku senyum tipis. Aku keluarkan gambar tersebut dari bingkai dan aku simpan dalam almari.
Aku letak kembali bingkai kosong atas meja. Nanti, aku nak mintak gambar Warfah. Nak letak kat bingkai tu.
***
"Nama awak?" tanya dia.
"Naill. Naill Eric Asraff." ujar aku tersenyum melihat wajah dia yang masih basah dengan air mata.
Aku keluarkan sapu tangan dari poket seluar lalu ku hulur pada dia. Dia lihat aku, curiga mungkin kowt-kowt aku lap hingus kat situ.
"Baru lagi, saya tak guna lagi. Lap air mata tu..." beritahu aku sambil menunjukkan airmata di tubir mata miliknya.
Dia menyambut huluran aku lantas dilap wajahnya.
"Saya janji, saya kahwin dengan awak," janji aku tiba-tiba.
Dia kerling lihat aku. "Huh?"
"Saya janji... sebab saya mula jatuh suka dengan awak. Jatuh cinta first sight mungkin." Aku sengih. Dia ketawa kecil lalu bangun dari kerusi. Aku lihat dia.
"Pergi mana?" tanya aku bodoh.
"Balik."
"Tapi... awak..."
"Saya tuntut janji awak, Encik Naill Eric Asraff." Lantas dia berjalan keluar dari restoran itu tanpa aku sempat tahu nama dia.

BAB 14 

Aku gigit bibir bawahku dari menahan satu garis terukir. Mataku tepat merenung wajah dia dengan pandangan yang sengaja aku redupkan. Aku jongket kedua belah kening aku depan dia.
"Macam tak percaya kan? Hehe..." Sengih.
Warfah tersenyum. "Awak..." Seru Warfah. Aku lihat dia. Aku menongkat dagu merenung dia, menanti kata-kata yang keluar dari bibirnya.
"Ermm..."
"Awak kena minta maaf dengan saya sekarang," kata dia selamba. 
Aku jatuh tangan. Matanya tak lepas lihat muka dia. This girl never change.
"Untuk?" tanya aku.
"Untuk semuanya. Tengking-tengking saya, suruh saya buat itu ini, marah-marah saya, perli-perli saya." omel Warfah panjang lebar.
Aku mencebir. "Itu pun nak kecoh."
"Suka hati lah. Kecik hati saya tau bila awak buat cenggitu. Kita ni, ingat dia tapi dia, tak ingat pulak kita." ujar dia dengan nada sayu. Aku senyum lihat gelagat dia.
"Okey. Sorry." ucap aku pendek dan aku dapat menangkap kata-kata yang keluar dari Warfah walaupun perlahan.
"Cakap kuat sikit!" sergah aku tiba-tiba.
Warfah kaku. Dia koyak senyum depan aku dan mata aku laju menangkap ke lesung pipit di sebelah kiri Warfah. Kecacatan yang cantik.
"Cakap apa?"
"Tadi."
"Apa?"
"Alaa... yang awak cakap 'Orang tua tak berubah. Berlagak! Sombong!' Macam tu, macam tu," sembur aku. Aku nampak Warfah mula menunduk wajah memandang ke bawah. Rasa bersalah lah tu!
"Mana ada saya cakap macam tu!" bidas Warfah separuh berbisik.
Aku ketawa. "You never change. Tak nak langsung jatuhkan ego tu!" kata aku sambil mata lihat dia.
Warfah angkat wajah. Tengok aku dengan muka tak bersalah.
"Saya... saya berubah bila dengan orang yang saya sayang je." Warfah senyum.
Aku terbeliak anak mata. Tubuh aku sandar pada kerusi. Kedua belah tangan aku tuju arah muka aku. Tunjuk diri aku. Aku.
"Warfah..."
"Ya."
"Saya?"
Warfah kerut dahi. "Kenapa dengan awak?" jawab Warfah dengan muka beku pandang aku. Aku yang bereaksi pelik.
"Saya? Saya?" ulang aku sekali lagi. Mata aku tak berkelip lihat dia.
"Yelah. Kenapa dengan awak?" soal dia. Sah! Warfah sengaja buat salah.
Aku jatuhkan tangan. Muka berubah jadi serius. "Keluar!"
"Pardon?"
"I said keluar! Now!" pekik aku. Warfah terkebil-kebil. Dan aku lihat dia bangun dari kerusi lalu berjalan ke muka pintu dengan tanpa rasa berdosa. Aku like what?!!
"Warfah!!"
Warfah berhenti. Kepalanya diteleng tengok aku. Aku bangun dan berjalan pada dia.
"Ya."
"Awak kata, awak akan berubah bila dengan orang yang awak sayang kan tadi?" tanya aku.
Warfah senyum. "Ya."
"Seratus peratus?"
Dia angguk.
"Saya? Saya? Saya?" aku tunjuk diri aku. Dan bermulalah drama sinetron dalam bilik ini.
"Kenapa dengan awak?"
"Saya? Saya tergolong dalam orang yang awak sayang tak?"
Warfah diam. Matanya merenung anak mata aku. Dia senyum sinis lalu berjalan keluar dari bilikku tanpa toleh lihat aku di belakang.
Aku terkebil-kebil. Terus lutut aku rasa lemah lalu tubuh jatuh ke bawah. Jatuh melutut. Kepala terasa pening malah yang paling perit, hati aku. How could she do like that to me? Like a sin? Like I'm nobody to her? Who am I to her?
Aku tunang dia dowhh!!!
Dan.
Tanpa sedar, tubir mata aku mula terasa berair. Satu titisan hangat jatuh mengenai pipiku. Ya Tuhan, hati aku bukan warung untuk persinggahan kerana aku tak betah hadap lagi untuk kedua kalinya.
Lama.
Hingga.
Tiba-tiba, pintu bilik terbuka. Wajah Warfah muncul dengan senyuman manis terukir. Dia ketawa kecil lihat aku. Warfah menghampiri aku dan duduk melutut depan aku.
"Asraff... you act like a five years old kid, though." Warfah keluarkan sapu tangan dari poket bajunya lalu dilap lembut air mata aku. Dan aku lihat, sapu tangan di dalam pegangan dia.
Aku kemudian kalih lihat Warfah. Dia jongket kening.
"It's yours," beritahu dia.
Aku gigit bawah bibir. "Saya?"
Warfah diam. Dia mendongak memandang siling seketika kemudian pandang aku semula.
"Awak... Naill Eric Asraff. Satu-satunya lelaki yang paling saya sayang. Tunang saya dan, tak lama lagi, jadi suami saya pulak. Saya, Warfah yang depan awak ni, dah lama berubah bila dengan awak. Hati..."
"... hati saya penuh dengan nama awak." sambung dia dengan sengihan.
Aku tersenyum. Kan senang beritahu aje, nak jugak suruh aku berlakon cerekarama.
Warfah berdiri dan dia juga membantu aku berdiri sama.
"Jangan nangis... mana sikap evil awak tu. Sikap insane awak tu, sikap bossy-bossy. Kelakarlah. Saya rasa awak yang seratus peratus berubah." kata dia sambil ketawa.
"Saya sayang awak." ujar aku.
"Huh?"
"Saya sayang awak..."
Aku melangkah setapak ke depan, dan dia melangkah setapak ke belakang hingga dirinya terkunci pada dinding. Mata aku tajam merenung dia.
"Awak..." seru Warfah tergagap.
Senyap.
"Awak..." suara Warfah hendak menangis. Aku gigit bawah bibir menahan satu garis terukir. Aku menunduk sedikit.
"... and I'm not a five years old kid." Aku ketawa dan terus ketawa bila lihat muka Warfah sudah merah. Aku menjauhkan tubuh dari Warfah. Warfah jeling aku tajam.
"I hate you. I don't want to marry you, Asraff!!" marah dia lalu berjalan keluar bilik. Pintu dihempas kasar. Aku tercengang. 
Ketawa aku terus mati.
"I hate you. I don't want to marry you, Asraff!!"
Aku merenung pintu. Kata-kata dia terngiang-ngiang di telinga aku.
"... I don't want to marry you, Asraff!!"
No. No. No.
"Warfah!!! Saya mintak maaf!!" laung aku sambil berlari kejar Warfah. Ohmaiga... Naill, apa kau buat. Padan muka kau! Tak dapat kahwin dah!!

BAB 15 

Aku pandang Warfah di sebelah. Warfah leka memakan popcorn yang baru dibeli. Aku tarik tangan kirinya lalu aku genggam. Mata aku hala ke hadapan. Warfah tersentak dengan tindakan aku kerana takut popcorn dia jatuh namum sempat dipegang kuat menggunakan tangan kanannya.
"Apa ni! Nasib tak jatuh!" marah dia dengan muka itik.
Aku koyak senyum. Mata tetap tidak beralih melihat ke depan. Hari ini, hari Sabtu. Pusat shopping complex yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur ini agak sesak dengan pengunjung. Baru dapat gaji agaknya minggu ini.
"Awak..." Panggilan Warfah aku biarkan. Langkah kami berhenti di sebuah restoran masakan Melayu Barat. Aku kalih lihat dia. Tangannya aku lepas. Warfah tengok muka aku dengan wajahnya yang berkerut.
"Jom makan!" ajakku dengan sengihan yang panjang.
Dia kelip mata. Oh, Warfah... kau terlalu cute buat macam tu.
"Sudden? Dahlah saya panggil awak, awak tak nak dengar. Kecik hati tau, macam saya stranger je," katanya dengan mata memandang keliling dalam restoran tersebut. Aku bawa tanganku letak atas kepalanya yang ditutupi tudung.
"Bukan abang dah kata, awak kena panggil saya 'abang'. Simple!" ujar aku.
Warfah berdecit. "Tak biasa..."
"Dan sebab tak biasa kena biasa kan," balas ku.
Warfah tenung muka aku. Aku melawan pandangan mata dia.
"Kita dah tiga bulan kahwin, tak akan tak biasa lagi. Awak kata dulu, awak berubah dengan orang yang awak sayang," beritahu ku mengingatkan kembali kata-katanya sewaktu dulu.
"Yelah... nanti ehhh. Jom masuk. Jom masuk. Saya lapar dah bau makanan," ajak dia sambil tangannya menarik tanganku melangkah masuk ke dalam restoran tersebut dan aku hanya membuntuti dia dari belakang.
Sudah terbalik pulak, aku yang ajak dia dulu, tiba-tiba dia pulak yang jadi aku. Naill, sejak bila kau kuat merajuk. Betullah kata Warfah, aku yang berubah seratus peratus bila dengan dia.
Kami memilih tempat di suatu sudut yang agak tersorok. Seorang pelayan perempuan datang menghampiri kami, menghantar menu. Warfah menyambutnya laju kemudian kerling aku. 
"Awak nak apa?" tanya Warfah lembut. 
"Awak nak makan apa?" Soalan berbalas soalan. Warfah tenung menu. Aku hanya memerhati dia. 
"Aglio Olio with Shrimps?" Dia jongket kening pandang aku. Aku angguk. Dia senyum. 
Kemudian dia kalih pula pada pelayan yang setia berdiri dari tadi.
"Aglio Olia with shrimps satu, fresh orange satu, satu warm chocolate malten lava cake satu," pesan Warfah satu persatu menu. 
"Okey. Ada apa-apa lagi?" Suara pelayan wanita itu menjengah gegendang telinga aku. Aku angkat wajah lihat pemilik suara itu. 
Anis!
Satu nama yang buat aku terkejut. Pemilik nama itu adalah seseorang yang sedang berdiri di tepi meja kami. Warfah pandang aku. 
"Oh cik!" laung Warfah. Pelayan tadi lihat Warfah. Aku toleh lihat pelayan itu. 
"Ya." 
"Air kosong satu," kata Warfah sebelum pelayan itu beredar. Namum, anak mata aku dan si pelayan sempat bertaut antara satu sama lain sebelum Warfah menyentuh tangan aku. 
Aku senyum tengok Warfah.
"Awak okey?" tanya dia. 
"Okey. Kenapa order satu-satu?" 
"Sebab satu awak, satu saya." 
Aku kerut dahi. Warfah tersengih namum tak lama bila dia seolah terlihat seseorang di belakang aku. Seseorang yang lagaknya seperti si pembunuh di depan mata. Mata Warfah tajam menikam si dia lalu aku toleh belakang dan aku kembali lihat Warfah. 
Dan. 
Aku lihat tubir matanya bergenang air mata!

No comments:

Post a Comment

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...