INTRO
Dia menghela nafas panjang. Dia toleh lihat aku. Bibirnya mengukir satu garis halus.
"Anis minta maaf. Bagi Naill harapan selama ni. Anis tak terus terang kat Naill tentang perasaan Anis bila Naill cakap kat Anis yang Naill suka Anis." luah Anis lembut sambil matanya diredupkan memandang wajah Naill.
Aku ukir senyum. Bukan aku tak sedih, tapi aku kena pura-pura tak kisah walau dia dumped aku.
"Takpe... Soal hati mana boleh force kan?"
"Takpe... Soal hati mana boleh force kan?"
Aku menkertap bibir. Anis menunduk wajah ke bawah memandang tanah.
"Siapa yang... bu...buat Anis jatuh?" soal aku tergagap tiba-tiba. Awkward gilaa lepas dah jujur macam ni.
Anis kerut dahi. "Maksud Naill? Bila masa Anis jatuh?"
Aku tepuk dahi. Hai laa tak faham rupanya.
"Bukan jatuh luka lutut ke tangan. Tapi... jatuh suka? Jatuh cinta..." beritahu aku sambil tayang gigi. Aku tak kisah dia suka siapa sebab ni kan one-sided love. Nak paling tragis 'cinta bertepuk sebelah tangan' takde balas. Takde bunyi nak main sep-sep. Nampaknya hati aku agak kebal walau baru kena toreh dengan pisau dari Anis.
"Ouhh..." Mulut Anis membentuk huruf 'O'. Bibirnya tersenyum gembira. "Naill kenal dia..." sambungnya.
"Siapa?"
"Leo."
Ohmaiga!! Budak playboy tu Anis suka. Takde lelaki lain ke dia nak jatuh cinta selain budak Leo tu. Aku pandang Anis macam tak percaya bila Anis dah angau sorang-sorang.
"Anis..."
Anis kerling aku. "Ya."
"That bastard doesn't love you." Perlahan tapi mampu didengari oleh Anis.
"Naill! Awak tak kenal pun Leo. " Suara Anis meninggi.
"Sebab saya kenal dia, saya cakap macam tu."
Anis geleng-geleng kepala. "Awak kata macam tu sebab saya tolak perrasaan awak kan?" duga Anis. Matanya tepat memandang mata aku. Malah, aku dapat rasa bahang amarah Anis.
"No... Naill tak kisah pun Anis tak suka Naill. But, please... not that guy. You deserves better, Anis." Aku mengkertap bibir. Tahan amarah aku depan Anis. Aku tak nak meninggi suara. Hati Anis sensitif.
Anis pandang aku jelek. "Naill, awak tak pernah prejudicekan orang. You dont act like Naill yang Anis kenal."
Aku menguap rambut depanku ke belakang. Kepalaku mula serabut dengan mainan kata-kata Anis. Anis reaksi like she really love him.
"Anis... Naill tak tahu how to stop you being fallen in love with him. But, Naill harap Anis akan kenal siapa Leo." kataku lemah. Aku mula melangkah meninggalkan Anis yang sedang bermain perasaan. Aku harap kau cepat-cepat break up dengan that bastard.
BAB 1
Daim tolak siku aku time aku sibuk study management. Aku beri renungan tajam pada dia tanda 'jangan-kacau-aku'. Daim kecilkan mata balas tenungan aku. Aku act like flips hair, malas nak layan Daim. Aku kembali hadap buku. Exam mid sem ada dua bulan lagi.
"Wehh!! Tengok tu!" Daim gesa-gesa lengan aku dengan siku dia. Aku angkat muka pandang dia.
"Kau nak apa?" soal aku tanpa soul.
"Anis." pendek. Namum, jawapan itu yang menarik retina aku melihat ke arah Daim tunjuk. Aku lihat Anis mesra berjalan dengan Leo. Muka happy bahagia gilaa. Si Leo tu pulak sedap-sedap letak lengan atas bahu Anis. Like wth he is! Elok aje diorang borak-borak, gelak-gelak walau students lain pandang serong kat diorang. Aku tak boleh tahan dah nak tengok agenda asmara mereka. Terus jatuh mata tengok tulisan atas buku.
Daim pandang aku dengan muka kesian. "Kau okey?"
"Okey je."
"Asal Anis tak nampak yang Leo tu kaki perempuan. Ramai budak perempuan kat kolej ni dah terkena dengan Leo. Nobody ke beritahu Anis?" Daim bebel sendiri.
"Biarlah dia..." balas aku senada.
"Kau tak kisah ke Anis dengan Leo. Wehh, kau dengan Anis in relationship tujuh tahun kowt. Tujuh tahun... lama dowh..." Daim tarik fail biru yang penuh dengan flying paper Dr.Jack bagi. Mula nak study sambil bergosip.
"So?"
"Kau tak sayang Anis lagi ke?" Soalan Daim buat aku termenung memandang pelajar-pelajar yang riuh di kafeteria. Mata pen mula bermain atas buku dengan sendiri. Melakar apa emosi aku sekarang tanpa sedar. Siapa cakap aku tak sayang Anis lagi. Sayang kowtt sampai aku tekad lepas aku dapat master aku nak ajak dia kahwin, biar dia jadi hak mutlak aku sorang. Tapi, aku dalam friendzone.
"Naill..." panggil Daim.
Aku tersedar, toleh lihat Daim. Bibirku mula mengukir satu garis. Aku jongket bahu.
"Kau rasa?"
Daim garu kening kiri. "Kau...kau..."
"Aku apa?" Aku mula selak ke bahagian calculation untuk break-even point, income tax, profit margin dan etc. Marks kat process calculate too high. Wajib score!
"Kau sayang kat Anis?" teka Daim. Belum sempat aku nak cakap, 'tahu pun kau', Daim pantas mencelah. "Kau tak sayang dia sebab kau act macam tak kisah je. Kau tak sayang lagi dia kan?"
Aku letak tangan atas kepala Daim. Aku stroking his head. "Baik kau cari makwe sekarang. Baru kau tahu macam mana rasa suka tu macam mana." Aku jatuhkan tangan dari kepala Daim lalu aku lap ke seluar jean milik Daim. Berminyak kowt rambut mamat ni! Tumpah minyak rambut ke apa. Daim laju tepis tangan aku.
"Kau jangan..."
Aku kerut dahi. "Jangan apa?"
"Lepas dah broke up dengan Anis. Tak akan kau dah tukar taste sama gender pulak kan?" suara Daim bergetar. Hai laa...budak ni. Dasar temporal lobe dah rosak ni!
"Haish... rambut kau, rambut kau..." balas aku malas.
"Asal dengan rambut aku?"
"Minyak! Berminyak! Kau taruh satu botol minyak ke atas kepala kau hah?" Aku tonjol dahi Daim. Malas nak layan Daim. Aku mula kemas-kemas buku aku. Nak balik. Takde mood nak stay. Tinggalkan Daim yang masih duduk atas bangku.
"Wehh!! Study?" laung Daim kat aku.
"Malas." ujar aku selamba. Lambai-lambai pada Daim sambil jalan.
"Aku merajuk dengan kau! Seminggu!" Laung Daim lagi kuat. Budak Daim ni thick-faced sungguhlah.
"Apa-apa jelah."
BAB 2
Seminggu aku lost contact dengan Anis. Dia bahagia, Naill. Dia bahagia. Aku tarik nafas baru. Not chapter baru. Itu klishe.
Tiba-tiba telefon aku berdering. Aku mula ukir senyum nipis. Mesti Daim, call aku kata jumpa kat kafeteria sebab dia nak belanja aku sebab merajuk dengan aku seminggu. Siapa suruh nak merajuk sangat! Aku memang tak bercakaplah dengan Daim. Ingat dia je kawan aku kat kolej ni. Boleh blah!
Aku terus tarik skrin ke kiri nak jawab panggilan tanpa memastikan nama pemanggil.
"Wei, Daim! Aku on-the way nak ke kafe ni haa. Sabar ehh." beritahu aku sambil mempercepatkan langkah kakiku.
"Naill..."
Aku berhenti melangkah ke depan. Mataku tidak berkelip untuk sesaat saat suara pemanggil itu bukan dari Daim. Tapi... Anis.
"Anis, kenapa call Naill?" tanya aku ramah. Tak mahu buruk sangka. Aku dah banyak kali cuba suruh diri anggap Anis kawan aku. Kawan. Lagipun kitaorang dah kenal lama.
"Naill... Anis nak jumpa Naill."
"Anis... hari ni tak boleh. Naill dah janji dengan Daim." beritahu aku serba-salah.
"Naill, tak akan untuk Anis, Naill tak boleh nak jumpa sekejap. Nanti Anis call Daim, mintak dia tunggu sekejap. Anis nak jumpa Naill kejap." Ujar Anis mendesak. Aku mula curiga. Mesti dia ada problem dengan mamat Leo tu.
"Maaf. Lain kali aje ehh kita jumpa. Bye." AKu terus end call. Aku dah kata; that bastard doesn't love you. Degil!
AKu terus gerak ke kafeteria. Terus nampak Daim dan Kim kat bangku meja belakang. Aku join diorang seolah tak ada apa berlaku tadi sedangkan hati aku tak keruan fikirkan Anis. Fikiran aku kata, jangan layan tapi hati aku desak suruh aku pergi jumpa Anis.
"Naill... kau nak order apa?" tanya Kim. Aku pandang Kim.
"Sirap limau."
Jangan layan, Naill. Jangan layan hati kau tu. Minum sirap limau nanti, kau okeylah.
BAB 3
Aku taip laju-laju. Tangan aku tak berhenti menyentuh papan kekunci. Dr. Jack baru last-minute bagi task. Just like... apehal Dr. Jack nak mendengki dengan kitaorang time masing-masing sibuk ulangkaji untuk ujian mid nanti.
Tapi... Dr. Jack balas; "Takpe, nanti time budak lain tengah sibuk buat task, korang jadi free person pe."
Aku tepuk dahi bila ingat balik kata-kata Dr. Jack. Kitaorang free, tapi time test mid dengan buat task serentak agak keterlaluan. Arghh! Dr. Jack memang mendengki. Siapa yang ajar dia entah.
"Naill... ada orang nak jumpa kau." beritahu Kim sambil tepuk bahu belakang aku.
"Siapa?"
"Ex kau."
Jari aku berhenti berjalan. Apa yang Anis nak ni? Tak sudah-sudah nak jumpa aku. Dia tak tahu ke yang aku sakit hati bila dia nak jumpa aku sedangkan dia ada Leo. Anis kejam...
"Malas."
"Wei, dia kata dia akan tunggu kau kat depan asrama lelaki ni, sampai kau datang jumpa dia."
Hai laaa... Anis ni, nak ajak hide and seek pulak. Aku pandang Kim.
"Biarlah... dia nak tunggu kat situ lama-lama pun. Aku nak siapkan kerja Dr. Jack bagi." Aku koyak senyum. Pusing badan hadap laptop balik. Bilik mula senyap dan hanya kedengaran bunyi keyboard berlaga sesama sendiri.
"Naill, tak akanlah kau nak biarkan je Anis kat situ lama-lama." Kim cuba pujuk aku. Aku lepas nafas.
"Biarkan dia. Nanti dia tahu nak balik sendiri." ujar aku malas.
Kim tak tahu nak kata apa. "Kau ni hati batu jugak kan."
Aku diam.
Sampai aku dengar pintu bilik terbuka dan tertutup. Kim dah keluar.
Sampai aku dengar pintu bilik terbuka dan tertutup. Kim dah keluar.
Aku kuap rambut yang terjuntai di dahi ke belakang. Kepalaku lelah memikirkan Anis. Banyak tanda tanya untuk Anis.
"Dia nak apa?" ujar aku sendirian. Lens aku tenung skrin. Berkira-kira nak jumpa Anis atau tak.
"Naill!!" suara Kim jengah telinga aku. Aku paling belakang lihat Kim tercungap-cungap depan pintu. Aku kerut dahi.
"Kau pehal?" tanya aku. Kim lap peluh yang ada di dahi dengan belakang telapak tangan.
"Aku lari panjat tangga."
"Pesal?"
"Anis."
Aku dah bangun dari kerusi. Berjalan dekat pada Kim.
"Kenapa dengan dia?" Aku letak bahu tanganku pada kedua-dua belah bahu dia.
"Anis tak nak balik. Dia nak jumpa kau. Kau tahu tak... muka dia sedih gilaa..." beritahu Kim. Aku jatuh tangan dari bahu Kim.
"Dia masih kat situ ke?"
Kim angguk-angguk.
Aku tolak Kim ke depan. Tombol pintu bilik aku pulas lalu dihempas kasar.
Laju kaki aku menuruni anak tangga dari tingkat empat. Kesian Kim asma-asma kena berlari sebab Anis dan aku.
BAB 4
Aku kerling Anis di sebelah. Dari tadi, kami tidak berkata-kata. Aku mula naik rimas.
"Anis nak cakap apa dengan Naill?" tanya aku. Tak betah duduk diam tanpa kata.
"Naill..."
"Ermm..."
"Leo... dia macam tak pedulikan Anis."
Aku mengertap bibir dari mengukir satu garis. "Jadi? Kenapa nak jumpa Naill pulak."
"Anis sayang dia. " beritahu Anis sambil matanya memandang sayu wajah aku.
"Trylah pujuk dia." balas aku. Anis., how can you express your feeling untuk Leo kat aku. Kau tahu tak aku pernah suka kan kau. Kau pura-pura atau kau lupa hakikatnya.
"He flirting dengan perempuan lain, Naill. Anis tak boleh tengok dia macam tu. Dia kata dia sayang Anis. Dia kata, tu semua kawan dia aje. Tapi... macam rapat sangat." luah Anis panjang lebar.
"Anis..."
"Hmm..."
"Apa tujuan Anis bagitahu semua ni kat Naill?"
"Sebab Naill kawan Anis. Naill je yang faham Anis."
Aku tunduk wajah lihat kasut Converse yang tersarung elok di kaki aku.
"Then, let go of his hand now." tegas aku. Mataku tajam menikam wajah Anis dalam kesamaran cahaya lampu di taman organik kolej.
"Naill! Naill faham tak yang Anis sayang dia. "
"Cuz what yang buat Anis sayang dia sangat-sangat."
"Leo lain daripada lelaki lain."
"Even dia playboy?" duga aku.
Anis ketap bibir merahnya. Aku perasan dia cuba tahan airmatanya jatuh.
"Until when are you going to cry like a fool, Anis? He is definitely thinking of some other girl when with you. Doesn't you know it?" tanya aku lembut bila lama Anis berdiam diri. Aku tak boleh tahan bila lihat Anis nak menangis. Sepanjang tujuh tahun kami in relationship, aku sikit pun tak boleh nak tengok dia menangis walau airmata tu disebabkan oleh habuk masuk kornea mata. Anis deman panas, aku ulang alik dari Shah Alam ke Seremban semata-mata nak tengok Anis walau parent dia ada. Aku buat semua tu sebab aku sayang dia. Tak akan Anis tak boleh nampak langsung.
"I know." Anis menggenggam tangannya rapat. She is definitely crying now.
"Then?"
"Anis nak bagi diri Anis dengan Leo masa. Boleh kan macam tu?" soal Anis padaku dengan matanya diredupkan.
Kau degilkan , Anis.
"Fine. Kalau itu buat Anis dan Leo okey. So it is okey to me." Aku koyak senyum palsu pada Anis.
"Naill marah Anis ke?"
AKu geleng kepala. "Mana ada Naill marah. For what?"
"Sebab Anis tetap nak Leo walau Naill larang. Walau Leo jahat."
"Itu soal hati Anis. Its your desicion kowt." ujar aku selamba berlagak cool sedangkan realitinya aku tahan perit dek hati aku dicucuh cuka.
"Thanks for your time, Naill." Anis senyum.
"I'm still your friend right?"
Kami sama-sama balas senyum. Beratnya hati nak terima realiti dunia.
BAB 5
Aku tongkat dagu lihat wajah kacukan Turki di hadapan aku. Pelik. Seolah ombak ganas timpa aku secara tiba-tiba.
"Kau nak apa jumpa aku?" tanya aku tak mahu buang masa lama-lama dengan lelaki ni.
Leo kertap bibir. "Anis."
Aku kerut kening. "Kenapa dengan Anis?"
"She like... not her. Macam someone else. Kau kenal dia kan?" beritahu Leo sambil tepat pandang aku.
Ohmaiga... Leo si mamat playboy minta advice kat aku dowh. Malam ni mesti bintang banyak sebab matahari ceria tengahari.
"Jadi?"
"Aku tak tahu macam mana. Tapi, dia something else. Like ada magic kat dia. Tapi, kau tahu aku kan, aku jenis tak lekat dengan seorang perempuan but at the same time aku tak nak Anis terasa. I mean dia nangis-nangis macam tu." Leo terang kat aku panjang lebar. Aku renung anak mata Leo berwarna hijau. Peratus dalam dunia untuk orang ada mata hijau dalam dunia cuma dua peratus kowt. Leo sangat untung. Wtf aku puji Leo. Tarik balik, tarik balik.
"So, janganlah buat dia nangis. Cuba kau fit diri kau untuk seorang perempuan untuk satu masa. Kau rasa macam mana rasa suka dengan seorang bukan dengan berpuluh girl kat Shah Alam ni. Kan?" ujar aku sedikit sinis.
Leo pandang aku. Muka tak puas hati.
"Aku datang kat kau bukan nak dengar kau membebel tau. Aku nak kau cakap kat Anis tu, suruh dia gone untuk sekejap. Biar aku rasa aku perlukan dia balik then baru aku ada feeling nak sayang dia balik. Can you?"
Aku dongak pandang siling kafeteria. Bersabar Naill. Sabar.
"Leo... Kau anggap Anis tu apa? Patung cendana ke apa. Dia ada perasaan babe. Anis tu orang yang aku sayang. Jadi, bila kau dah AMBIK orang yang aku sayang. Tolong jaga dia elok-elok. Sebab aku sayang dia." balas aku tegas lalu bangun meninggalkan Leo yang masih bercelaru.
Anis, tolonglah nampak side Leo yang ini. Ada ke patut dia mintak Naill tarik Anis jauh-jauh dari dia sebab biar dia rasa dia rasa kehilangan Anis. How could he do that? Like a sin?
Tengah aku fikir pasal Anis. Tiba-tiba bahu aku berlaga dengan seseorang. Aku kelam kabut pusing tubuh lihat orang yang kena langgar aku. Yelah, salah aku tak fokus time jalan.
Gadis itu sibuk mengibas kain skirt labuhnya. Dia toleh pandang aku.
"Anis(?)!" Aku cepat-cepat bantu Anis kutip buku tebal-tebal yang terjatuh atas jalan. Baru balik dari perpustakaan agaknya. Aku mengkertap bibir menahan satu garis terukir.
"Naill, Anis minta maaf. Tak perasan terlanggar orang pula." Dia garu-garu kepalanya sambil sengih pandang aku. Aku menghulur buku-bukunya lantas dia sambut.
"It's okey. Salah Naill jugak kowt, jalan tak pandang kiri kanan." balasku.
"Aikks! Tak pernah-pernah Naill Eric Asraff jalan tak pandang depan. Naill ada masalah ke?" tanya Anis prihatin.
"Tak adalah. Okey je. Pergi mana ni?" Aku pula menyoal Anis. Anis cuma senyum.
"Balik."
"Asrama?"
Anis geleng. "Rumah."
"What? Seremban? Or KL?" bertubi-tubi aku lantun pertanyaan. Ujian mid tinggal seminggu lebih kowt.
"KL. Anis nak study kat rumah. Anis takde mood nak study kat kolej." Dia sengih.
Aku mula syak. "Gaduh dengan Leo lagi ke?"
Anis diam. Memeluk erat buku-bukunya rapat ke dada. Orang kata, diam tandanya betul.
"Jom keluar makan. Naill lapar."
Ajak aku sambil angkat kening.
Ajak aku sambil angkat kening.
"Tiba-tiba?"
"Haah. Tiba-tiba Naill rasa nak makan sama-sama dengan Anis. Dah lama kan kita tak makan sama-sama." beritahu aku jujur.
Anis hanya balas dengan senyumannya.
"Sudi tak?"
Anis angguk. "Sudi. Asalkan bukan Anis yang bayar."
"Ceh! Dia mana pernah keluarkan duit dia untuk Naill." balas aku selamba.
Anis senyum. Kami berjalan bersama ke tempat letak kereta aku lalu menuju ke Burger King. Aku teringin nak makan fast food.
"Naill... don't say you nak burger?" Anis sapa aku bila dia perasan aku masuk simpang ke Burger King.
Aku kerling dia. "Kenapa? Naill macam nak makan burger."
"I'm don't want to eat burger. Kalori tinggi. Cholesterol yang high. Oh nooo!! Anis tak nak gemuk." Anis pandang aku dengan muka mintak rayu belas kasihan. Aku simpan senyum.
"Yelah...yelah. Tak pergi burger. Kita makan ikan bakar nak?" Aku kerling Anis sekilas.
"Okey."
"Good!" Aku buat pusingan U-turn dan terus menuju ke kedai ikan bakar.
No comments:
Post a Comment