#Suntikan Semangat#

Monday, 18 November 2013

Dia, boyfriend aku? [1]


Peluh sudah menghiasi muka, panasnya hari ini! Sabar ya, panas di dunia sementara sahaja berbanding panas di padang mashyar nanti. Afiradya tersenyum, sempat lagi memberi tazkirah kepada diri sendiri. Kakinya laju melangkah ke tempat parking keretanya, jauhnya perjalanan. Tetapi cuaca hari ini memang panas, rosak kulit I...

Kunci kereta Audi A6 dikeluarkannya dari beg tangan Gucci miliknya. Mana class, pakai barang-barang murah ini semua. Ini Afiradya binti Tan Sri Dato' Hisham lah, dari hujung rambut sampai hujung kaki semuanya branded punya. Belum pun sempat hendak pegang pintu kereta, satu suara sumbang menyumbangkan suara menjengah ke telingannya.

"Hai Dya sayang, lajunya melangkah. Penat aku kejar kau." suara Shahrul Rizwan.

"Siapa suruh kau kejar aku, ada aku suruh?" suara Afiradya mula meninggi. Hesy, dia ini kalau sehari tak ada muka dia, tak boleh ke. Menyibuk tak tentu fasal.

"Alaa, Dya. Tak payah la marah-marah, boleh menagis telinga aku ini dengar. " Shahrul Rizwan tersengih memandang Afiradya mencebik. Comel!

"Apa sengih-sengih. Tumbuk muka tu kang, baru tahu!" Afiradya menunjukkan buku limanya pada muka Sharul. Huh, kalau hensem tak apa juga. "Kau nak apa dekat aku?" soal Afiradya mengembalikan tujuan sebab-sebab Shahrul ini mengejar dirinya.

"Garang gila kau, sebab tu tak ada sesiapa nak dekat kau." usik Sharul Rizwan. Muka Afiradya mula kemerah-merahan menahan malu. Opss, pembetulan. Menahan marah, Afiradya mana reti ada perasaan malu-malu ini semua.

"Shah, kau ini memang nak rasa makan penumbuk aku, ke?" Shahrul memang sengaja mencari fasal dengan dia waktu petang-petang macam ini. Orang tanya lain, dia jawab lain pula.

"Eh, tak payah susah-sausah. Kalau kau bagi free pun aku tak nak. Heee... Dya, aku nak tanya tentang proposal yang Encik Riduan bentangkan tadi, kau setuju tak? Ini projek besar tau." tanya Shahrul sambil melihat Afiradya menyibuk-nyibukkan diri mengikat tinggi rambut ikalnya yang sedari tadi dilepaskan paras bahu.

"Laa, otak kau letak kat mana, lutut? Masa mesyuarat tadi kau tak dengar ke apa aku cakap kat dia, dah sah-sah aku yang confirmkan dengan dia, tu tandanya apa?" jawab Afiradya. Bengang dia dengan Shahrul ini, makan gaji buta ke apa.

"Ohh... lupa pula aku. Memang kau lah yang comfirmkan dengan dia, itu aku tahulah." Shahrul menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"So, kalau kau dah tahu. What's your problem?" tanya Afiradya. Apa kena dengan mamat ni, macam pelik semacam je aku tengok.

"Tak apa lah, tak jadi pula nak cakap. Bye." Shahrul terus berlalu meninggalkan Afiradya yang terpinga-pinga. Eh, budak ni betul ke tidak. Blah macam tu je.

Afiradya terus masuk kedalam keretanya. Memandu laju meninggalkan kawasan AD Holding.




"Tahniah, Ril." Syed Aizril mengganguk senyum. Ini sudah masuk kedua puluh lebih kali ucapan tahniah yang diterima

Usai sahaja perbincangan dengan company besar itu. Terkenal hingga ke asia barat. Akhirnya AH Holding dapat jugak berkerjasama dengan Triumph Holding sehingga ramai staf memuji sikapnya. Ini Syed Aizril bin Syed Kamarul lah. Tak akan ada sesiapa yang mampu jatuhkan dia, pasti dia yang menang.

Laju kakinya melangkah masuk ke biliknya. Termenung. Memandang pandangan yang tersergam gah dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Teringat kembali bagaimana indahnya ciptaan Tuhan dihadapannya seketika tadi. Fokusnya terus hilang. Sehingga lah ada suara garang menerpa telingannya menyedarkan dirinya di alam nyata.

Perasaan yang sudah lama tidak mengetuk pintu hatinya. Kenapa dengan kau, Aizril.

Tok, tok, tok

"Masuk." Syed Aizril membenarkannya masuk. Pantang baginya kalau ada orang masuk biliknya tanpa mengetuk pintu.

"Encik Aizril, ni air coffee saya buatkan. Bos tak nak balik lagi ke? Dah malam ni." Hazatul merangkap setiausahanya meletakkan air di atas meja. Hazatul inilah yang paling lama boleh bertahan dengannya.

"Tak, kenapa? Yang awak ni, tak balik lagi kenapa?" tanya dia. Apa masalahnya kalau dia tak nak balik lagi. Syarikat dia suka hati lah.

"Oh, kalau macam tu tak apa lah. Saya tunggu." terdengar keluhan kecil dari Hazatul.

"Kenapa awak nak tunggu saya pulak? Kalau awak nak balik, balik je lah." soal Syed Aizril balik.

"Betul? Terima kasih boss. Boss nak apa-apa sebelum saya balik. Saya siapkan." gembiranya dapat balik. He he he...

"Laa... siapa suruh awak tunggu saya?" Syed Aizril pelik. Siapa suruh dia ni tunggu aku?

"Bos lah." pendek je jawapan.

"Saya? Bila?" terkejut dia. Tak pernah dia nak berlaku kejam dengan pekerjanya.Eh, biar betik.

"Masa bos lalu kat meja saya. Pastu bos suruh saya tunggu bos. Bos cakap selagi bos tak balik selagi tu saya tak boleh balik walaupun dah masuk waktu subuh. Masa tu muka bos tak ubah macam orang putus cinta je." cerita Hazatul balik. Masa dia dengar tadi, terkejut jugak. Sampai subuh? Macam-macam dah dia fikir yang menyebabkan terkeluar dari landasan yang betul. Kadang-kadang bos ni bukan betul pun.

"Saya cakap macam tu ke. Tak apa lah awak boleh balik sekarang." arah dia.

"Baik bos. Bye." tersenyum bahagia Hazatul. Hari ni bos dia mood baik pulak. Selalunya serius memanjang. Selamat tinggal pejabat...

Tinggallah Syed Aizril sendirian. Cawan coffee miliknya dipandang lama. Kenangan bersama Mawar terlayar kembali.


Bersambung....

2 comments:

  1. nicely done for starters.....cerita cinta kan.....can't wait for the good stuff

    ReplyDelete

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...