Kalau berpura-pura dalam melakukan
sesuatu, itu hipokrit. Tapi kalau berpura-pura dengan harapan untuk mendapat
keredaan Allah, itu istikhlas.
Mungkin istilahnya baru, tapi
pelaksanaanya sudah lama. Sabda nabi, menangislah ketika membaca al-Quran. Jika
kamu tidak bisa menangis maka cubalah sedaya, jika tidak jua buat-buatlah
menangis. Dari hadis inilah para ulama menwujudkan istilah istikhlas.
Ikhlas itu seumpama semut hitam yang
berjalan atas batu hitam pada malam yang gelap.
“Jadi ikhlas itu tak
nampakkah?”
Ikhlas itu tiada siapa yang tahu,
malah malaikat pun tak tahu. Hanya Allah sahaja yang tahu tentang keikhlasan
amalan para hamba-Nya.
“Jadi… kalau awak kata saya
tak ikhlas sekalipun saya terima sebab saya sendiri pun tak tahu amalan saya
yang mana satukah yang ikhlas dan diterima Allah.”
No comments:
Post a Comment