#Suntikan Semangat#

Saturday, 31 May 2014

Dia Selalu Macam Tu


Dia seorang yang sederhana. Tak kaya dan tak juga miskin. Tapi dia pernah cakap dengan aku yang dia nak jadi orang ternama suatu hari nanti. Aku tumpang gembira dengan cita-cita dia tu. Kawan apa aku, kalau tak doakan kesenangan dan kegembiraan dia suatu hari nanti. Aku sentiasa senang dengan dia. Cuma... dia selalu macam tu sampai aku sendiri pelik dengan sikap dia. Kata nak jadi orang kaya... Teman serumah akuu, dan juga kawan baik aku yang terbaik! Namanya... Keith. Keith Idzham.


Setiap hari, sebelum waktu Subuh masuk, dia dah kejutkan aku bangun. Katannya, boleh buat solat sunat sebelum tunggu azan Subuh masuk. Ya. Kadang-kadang aku rasa marah dan bosan juga kat dia. Seperti ustaz pulak! Tapi, dia tak pernah rasa jemu nak kejutkan aku bangun even aku tengking dia, marah dia... tapi dia tak serik langsung! Patah keriuk hati pun tak pernah. Keith pernah kata kat aku;

              "Allah sayang hambaNya yang sayang kat dia. Kalau kau nak tunjuk sayang kau dekat Allah, kau nak bagitau masalah kau, nak Allah berikan apa yang kau nak... kau cuma boleh buat melalui solat. Seluruh makhluk bumi dan langit akan sayang dengan, kalau tak sebaliknya." ujar Keith panjang lebar. Aku tak tahu sama ada aku dengar atau tak.

Kadangkala juga, aku rasa bersyukur sangat ada kawan dan teman serumah macam Keith. Walaupun aku sejak lahirnya Islam, aku tak pernah buat sungguh-sungguh dalam menurut perintah Allah. Aku ada perasaan malu jugak dengan Keith yang dulu beranut agama Buddha dan akhirnya masuk Islam setelah dia mendengar orang baca Al-Fatihah.

Setiap hari jugak, dia akan derma duit dia dekat pengemis jalanan yang selalu duduk dekat lorong yang hampir dengan tempat tinggal kami. Bila aku pernah tanya dia, kenapa dia nak derma kat orang yang belum tentu asal-usulnya ataupun orang itu mungkin penipu? Tapi dia jawab;

          "Tak semua orang penipu, dan tak jugak semua orang baik. Tapi niat aku nak tolong mereka. Ringakan kesusahan yang mereka tanggung. Duit aku dapat, duitNya. Jadi tak salah kalau aku berkongsi dengan orang lain. Lagipun mereka perlukan duit untuk kehidupan harian mereka jugak. Budak tu perlukan duit untuk belajar." Keith tersenyum manis.

         "Suka hati kaulah." Aku tak boleh buat apa-apa pun. Hak dia bukannya aku.


Setiap hari jugak, apa yang aku nampak tentang diri Keith ialah dia seorang yang penyayang dan baik hati. Keith akan beli pisang. Setandan pisang untuk nenek jiran sebelah kami. Dia akan sangkutkan pisang tu dekat pintu nenek Fatimah. Nenek Fatimah pula tak pernah tahu siapa yang bagi dia. Keith suruh aku rahsiakan sebab dia taknak nenek Fatimah tahu siapa bagi dan dia tak nak tangan kirinya tahu. Aku turutkan aje. Seringkali, aku tak faham dengan sikap Keith. Macam mana dia nak jadi orang ternama sedangkan banyak duitnya digunakan bukan untuk keperluan dia. Dia tak ada apa-apa pun.



Bila aku dengan Keith pergi makan kat kedai, kami pesan nasi ayam sebab nasi ayam dekat gerai uncle Jaafar sedap sangat. Hari-hari makan tu pun tak apa. Dan setiap kali itu jugak, aku akan perhatikan Keith bagi ayam gorengnya kat kucing-kucing terbiar yang datang mintak makanan kat kitaorang. Lepastu dia akan makan nasi dengan sup sahaja tanpa menu utamannya. Aku bagi dia sedikit tapi dia tolak. Aku pelik dengan Keith. Dia selalu macam tu.

Ada makcik tua yang selalu tunggu dia balik kerja. Keith pernah tolong makcik tu suatu hari sebab troley makcik tu tersangkut. Makcik tu penjual roti. Dan sekarang, Keith yang tolong makcik tu setiap hari tanpa mengira samada dia penat atau tidak. Makcik tu pun satu, tak tahu ke kawan aku tu baru balik kerja tapi ni boleh pulak mintak tolong kat Keith.

Aku pernah merungut kat dia. Tapi... dia kata;

           "Tak apa. Tugas aku jugak sebagai khalifah kat bumi Allah ni untuk membantu orang-orang lain. Janji hati kita ikhlas. Tak salah bantu nenek Siti kan?" Keith tersenyum senget. Aku mengiyakan sahaja. Tak tahu nak cakap apa. Keith... Keith...

Dia takkan jadi terkenal. Masuk dalam tv pun tidak. Akan sentiasa tidak diketahui orang dengan apa yang dia lakukan dalam kehidupan dia dengan membantu orang tanpa mintak sedikit pun balasan. Tapi apa yang aku tahu...

Apa yang dia terima adalah...

Senyuman.

He witness happiness.

Reaches a deeper understanding.

Feels the love.

Menerima apa yang duit tak boleh beli.

A world made more beautiful.

Itulah Keith yang aku kenal. Keith yang sentiasa dengan senyumannya. Keith yang ingin mengukir senyuman di wajah. Keith yang ingin jadi ternama dengan senyuman yang dia akan berikan, lakukan untuk orang lain. Allah lebih tahu apa hati dia rasa. Dan dia akan selalu macam tu..

And in your life? What is it that you desire most?




Difficult word to say :)
Assalamualaikum...

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...