#Suntikan Semangat#

Saturday, 12 July 2014

Cinta Setia Demi Dia





This is how I feel
Whenever I'm with you
Everything is all about you
Too good to be true
Somehow I just can't believe
You can lay your eyes on me
If this is a fairytale
I wish it will end happily

____________________________________________

Izzat : Pejam mata kejap

Ain : [Ketawa] Buat apa? Taknak! 

Izzat : Pejamlah...  [Izzat memujuk]

Ain : Ok. 

Ain memejam rapat matanya. Izzat bangun dari duduknya. Seutas rantai berloket berlian dipakai indah di leher milik Ain. Ain pantas buka mata. Izzat geleng kepala. 

Ain : What? Izzat... It's beautiful. Really beautiful. 

Ain tersenyum senang. Tak sangka Izzat buat suprise seperti ini. 

Izzat : Suka tak? Itu aje yang mampu.

Ain : Suka. Suka sangat... Thank you but for what. Must be something behind this. Right?

Izzat : You're brilliant girl. Honestly, inside from my heart... I love you. I really, really wanted to be  your man. The man who'll give you the first kiss... menyentuh dan menjadi orang pertama... the one  and only, who will touch you. 

Ain : Maksud you? 

Izzat : Will you marry me Nur Ain binti Baharin? Do you want to live together forever with me? We can sweetly love each other. Have a baby that looks like me, a baby that looks like you. 

Ain : Izzat... [Airmatanya mengalir pertama kali untuk insan ini. Airmata gembira. Tidak pernah disangka Izzat melamar dia sejak pertama kali jumpa tika dia berumur 17tahun. Ain tersenyum dalam tangisannya]

Izzat : Will you? 

Ain : Yes. I will. I'll love you more. I'll care for you more. When tears fall and it's hard. When it hurts, we'll hurt together... and I'll love you forever. I want to be your wife forever, only you. 

Izzat : Yeah! Dah lama tunggu... hari ini pengakhiran penantian I. Nanti you jangan nak mengoda lelaki lain pulak sebab I dah cop you dulu. 

Ain : Cop?! 

***

Izzat : Thank you, honey. Rupa dia sama macam you. Mata dia pulak macam I. Cantik. Handsome macam I. Kan? 

Ain : Eleh, perasannya. Ada orang angkat bakul sendiri. 

Izzat : Hello... Siapa perasan? Kalau tak muka handsome ni, baby Ikhwan kita ni tak keluar tau! Penangan Izzat ni, honey kita surrender ok?

Ain : [Ketawa] Suka hatilah. Malas nak layan dia.  Ikhwan, tengok papa... dia perasan sendiri. Ikhwan nanti bila besar, jangan tiru ikut perangai papa tau! Jadi macam mama. Mama baik, cantik, penyayang sebab tu papa tergoda dengan mama. Ok baby Ikhwan?

Izzat : [Tersenyum lantas laju tangannya mencubit pipi gebu Ain. Geram] 

Ain : [Mengosok pipinya yang merah] Aduh! Suka hati cubit pipi kita. 

Izzat : Siapa suruh perasan sangat. Kata kita tapi dia pun sama. Cakap dekat Ikhwan pulak tu. Siap nasihat sekali. Kita baik apa, cuma dia yang buat kita terpikat sebab tu kita tergoda dengan dia. 

Ain : Eleh, main 'kita' 'dia' pulak dia ni. Alaa... Ain gurau aje la. Jangan ambik hati. Ok?

Izzat dan Ain serentak ketawa. Masing-masing melayan perasaan sendiri sambil tangan lincah mencubit pipi tembam milik anak mereka, Ikhwan. Kerana aku mencintaimu maka aku ingin menjagamu. 

Izzat: I'm thankful that I met someone as great as you. I want to love only you everyday. No matter how i think of it, you're number one person until our black hair turns white as snow and until our lives end. 

Ain : Me too. Dahlah, jangan nak bawa ayat jiwang you kat baby kita. Nanti dia meresap pulak masuk dalam otak dia.  

Izzat : [Ketawa]



Even now we are apart 
I can feel you here next to me
Here and now I will love 
Stay with me
___________________________________________

Ain : Awak nak pergi mana lewat malam macam ni? 

Izzat : Ada mesyuarat. Saya pergi dulu. 

Ain : Awak... Salam? 

Ain mengambil tangan Izzat lalu memyalam dan menciumnya. Izzat termangu. Ain angkat kepala. Senyum.  Izzat laju beredar keluar dari rumah. Ain mengeluh. Tiada lagi kucupan kasih pada dahinya lagi. Izzat berubah. 

***
Ain : Awak... mari makan. Saya dah masak lauk faveret awak. Masak lemak cili padi. Jom. Nanti sejuk pulak. 

Izzat : Soory Ain... Hari ni tak boleh. Saya dah janji dengan kawan saya nak makan dekat luar. Nanti-nanti ajelah ye. 

Ain : Tapi... saya dah masak. Jomlah. Rasa sikit pun tak apa. 

Izzat : Ain...

Ain menarik Izzat duduk dihadapan meja. Pinggan berlaukkan kegemaran Izzat dihulurkan. Menanti Izzat menyuap rezeki itu kemulut. 

Izzat mengeluh. Matanya tajam mengerlung Ain. 

Ain : Makanlah. 

Izzat menyuap sesuap nasi kemulutnya. Kemudian dia bangun dari duduknya. Laju kakinya melangkah keluar. Ain berlari mengejar Izzat namun tidak sempat. Izzat dah pergi dengan kereta dipandu laju. 

Ain : Penat saya masak... Saya tak sempat salam awak pun... 

***

Izzat : Maaf. Saya minta maaf. 

Ain : Maaf? Kenapa? Awak ada buat salah dengan saya ke? 

Izzat : Tak

Ain mengerut dahinya. Tangannya mengusap lembut tangan Izzat. Memberi semangat untuk berkongsi cerita. Mungkin.

Ain : Cubalah cerita pada saya. Mana tahu saya boleh tolong. 

Izzat pandang wajah Ain. Ain membalas dengan senyuman manis padanya. 

Izzat : Nur Ain binti Baharin... saya ceraikan awak dengan talak satu. 

Izzat bangun. Ain pantas menarik tangan Izzat. 

Ain : Awak... 

Izzat : [Diam]

Ain : Jangan pergi... saya perlukan awak lagi. Jangan buang saya. 



Let me love you
With all my heart
You are the one for me
You are the light in my soul
Let me hold you
With my arms
I wanna feel love again
I wanna feel love again
I wanna feel love again
And I know
Love is you
_______________________________

Sofia : Dahlah... jangan menangis lagi. Tak baik macam ni. Ikhwan needs you, Ain. 

Ain : Tapi... aku tak boleh. Aku perlu dia. Dia dah janji dengan aku. 

Sofia : Ain... come on. Walau macam mana sekali pun, Izzat tak akan datang. Dia bukan Nabi. Dia akan mungkir janji suatu hari nanti kalau bukan hari ini pun. Dia dah ada pilihan lain. Kau kena reda... 

Ain : Dia dah janji dengan aku... Kenapa dia kahwin lain? Kenapa dia ceraikan aku? Aku dah tak cantik lagi ke? Masakan aku tak sedap? Aku ni ada buat salah dengan dia ke sebab tu dia kahwin lain... 

Sofia : Ain... cukuplah. Ikhwan perlukan ibu. Ikhwan perlukan kau. Jangan nangis lagi. 

Ain mengesat airmatanya. Sungguh, dia tidak percaya selama ni Izzat menipu dia. Patutlah, setiap bulan katanya kerja outstation, tetapi ada perempuan lain rupa-rupanya. Patutlah bila call waktu lunch seperti selalu dia tak angkat, rupa-rupanya dia lunch dengan perempuan lain. Patutlah dia macam nak tak nak layan Ikhwan, rupa-rupanya dia selalu kena layan dari perempuan lain. Patutlah selama ini dia selalu marah-marah, tengking-tengking, rupa-rupanya dia tak suka lagi kat aku. Sampai hati awak, Izzat. 

***
Saya mencintaimu sebisa diri saya. Tanpa haru yang menderu, tanpa hati yang mematri. Saya mencintai awak senyaman langkah saya. Tanpa untaian kata cinta dari awak lagi. Tanpa keberadaan yang berpadu dan hanya banyangan hati saya dan hati awak yang menyatu. Kerana cinta ini bukan dosa. Tapi cinta ini adalah kejujuran jiwa hingga sampai nanti indah pada waktunya dahulu. 

Ain : Ikhwan, mari sini. Dah petang. Jom balik. 

Ikhwan berlari anak menerpa ke arah Ain dengan ketawa. Ain memeluk Ikhwan erat. Rindu. Walaupun Ikhwan hanya bermain di laman rumah tetapi tetap dirindu. 

Ikhwan : Mama... Papa balik?

Ain : Tak tahu

Ikhwan : Mama nanti telefon papa. Suruh balik. 

Ain : Kenapa? 

Ikhwan : Nak bagi hadiah. Kan hari ni hari jadi papa. 

Ain: [Tersenyum] Yelah. Kuatnya ingatan dia. Nanti mama call. 

***

Ikhwan : Papa... 

Ain : Anak you nak bagi special for you...

Izzat : Ya, Ikhwan. 

Ikhwan: Nah. 

Izzat tersenyum tawar melihat hasil lukisan anaknya. Gambaran sebuah keluarga bahagia. Ikhwan memerlukannya dan Ain sangat memerlukan dia. Izzat mengerling Ain yang sibuk menyediakan makanan di meja. 

Izzat : Thanks dear..

Ikhwan : Welcome... 

Izzat : Ain...

Ain : [Senyap]

Izzat : Saya minta maaf... lupakan janji saya. Lupakan saya. 

Ain : Sometimes the best memories are sad because you know that they will never happen again. I’m going to miss you. I bertuah kerana berpeluang menjadi wanita yg pernah menikmati cinta you. Juga bertuah menjadi wanita yg mencintai you. Just remember one thing, i will always love you and always do... Happy birthdays, Izzat. 

Izzat : You better hidup gembira, Ain. Jangan tunggu I. I dah kahwin Ain... 

Ain : Bahagia bukan bermakna memiliki sahaja. Bahagia juga bermakna melepaskan diia... mendoakan dia. Memerhatinya dari jauh... I akan setia pada you... Janji you I ingat.. 

Izzat : Ain... tapi I tak ada berdiri sama sebelah you lagi

Ain : Allah ada... I setia pada you dan I lagi setia pada Allah. DIA sentiasa di sisi I dan Ikhwan...

-TAMAT-

Friday, 11 July 2014

Ku Pilih Hatimu [1]





Ku pilih hatimu
Tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ini ingin memilikmu
Janganlah kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku sudah tidak bernyawa lagi
kerna sungguh cinta ini
Cinta yang rasa kasih dan sayang hingga hujung nyawaku


***
  "Awak... saya nak awak janji sesuatu dengan saya. Boleh?" tanya lelaki itu persis seorang penyiasat yang menyiasat seorang penjenayah.

Gadis itu melihat wajah itu. Senyuman manis terukir di bibirnya. Dia mengangguk kepalanya.

"Kalau suatu hari nanti, bila kita semua dah besar, Saya nak awak janji dengan saya yang kita akan kekal selamanya di sini." Lelaki itu menarik tangan kanak-kanak perempuan kacukan ala-ala cina itu dan diletakkan di dadanya. "Saya dan awak sentiasa bersama dalam hati kita. Dan kita akan berjumpa lagi dekat sini, waktu yang sama dan pada tarikh mula-mula kita berjumpa. Kita akan berjumpa selepas 16 tahun. "

Gadis itu memandang lelaki melayu itu. Mukanya berkerut tidak mengerti.

"Boleh."

"Tapi ada syarat..."

"Syarat?" soal gadis itu.

"Sepanjang itu kita tak boleh berhubung langsung antara kita. Boleh awak janji?"

"Kenapa kita tak boleh berhubung? Tanya khabar?"

Lelaki itu tersenyum melihat seraut wajah yang akan dirinduinya itu.

"Biar takdir yang temukan kita. Biar hati kita yang sentiasa berhubung tanpa kita sendiri sedar."

"Tapi..."

__________________

"Kau apasal pakai nada dering sama macam aku? Bila kau tukar?"

"Biarlah. Sibuk je kau!"

"Tapi memang betul. Perempuan ni fikiran dan perasaan dia memang kompleks." Ayim beritahu fakta yang dia tahu. Tiba-tiba sahaja dia mengutaranya spontan. Entah, dia sendiri tidak tahu.

"Mungkin. “

“Aku nak tanya kau satu soalan. Kau jawab betul-betul. Kau sebenarnya nak lelaki macam mana erk?”

“Aku pun tak tahu lelaki macam mana yang aku nak cari."

"Isya, kau tanya hati kecil kau. Dengar apa yang terlintas. Apa yang terlintas itulah sebenarnya apa yang kau nak."

Isya diam. Tiada respons.

"Kau dengar tak ni? Mengelamun pulak." Ayim menolak bahu Isya kuat. Lantaklah! Siapa suruh mengelamun bila aku tengah bercakap.

"Kau tahu tak aku nak lelaki macam mana?"

"Macam mana?"

"Aku nak lelaki yang mencintai aku sepenuh jiwa raga dia. Lepas itu, aku nak lelaki yang terima kekurangan aku seadanya." beritahu Isya bangga.

"Jiwanglah kau ni! Suka berangan, jiwang. Geli aku." Ayim menarik  kuat telinga milik Isya. Dia ketawa lihat muka itik wanita itu.

"Isshh... sakitlah senget!" marah. Isya menjarak dirinya dari Ayim. Hesy, bukan boleh percaya pun mamat ni! Sesuka hati aje tarik-tarik telinga aku, omel  Isya dalam hati.

______________ 

"Woi! Sampai bila kau nak mengelamun hah! Dari tadi aku tengok kau tak sudah-sudah terkumat-kamit. Kau baca jampi ke apa?" sergah Hariz secara tiba-tiba.

Fatihah terkejut. Pucat mukanya bila disergah sebegitu. Kepalanya pantas memaling kebelakang melihat tuan empunya badan. Hesy, lelaki ini, kang ada yang makan kasut saiz lima nanti.

"Kau lain kali tak boleh ke beri salam cara hormat sikit. Nak aku ajar ke macam mana caranya?" balas Fatihah geram. Sudah banyak kali dia mengajar Hariz cara memberi salam. Terasa dirinya seperti cikgu tadika ajar anak murid ABC. Tapi Hariz? Buang masa dia sahaja. Buang air liur!

"Nak tuduh elok-elok sikit erk. Aku dah bagi salam kat kau banyak kali dah tapi kau yang berangan jauh nun sana. Pi negara orang England tu. Cik datang sini depa tak mau dengar, " ujar Hariz tidak puas hati.
Sudah lama dia berada di belakang Fatihah tetapi budak comot ini tidak perasan pula. Bila hampir 15 minit dia berdiri, itu yang dia sergah Fatihah. Mana ada bagi salam pun.

"Eh, ye ke. Tak perasan pun," Fatihah cuba mengingat kembali jika memang ada ke mendengar orang bagi salam. Tak ada pun!

"Macam mana kau tak perasan, sebab kau tu pekak badak. Dari tadi mengelamun. Mulut kau baca jampi entah apa-apa. Kau kenapa?" soal Hariz.

"Mana ada apa-apa. Aku tak baca jampi pun. Memandai aje."

"Hek eleh. Nak mengelak pulak. Macam aku tak nampak aje. Agaknya kalau ada gempa bumi pun kau tak perasan bila bumi ini terbalik." Hiperbola hariz yang melampau.

"Kau jahatlah, Hariz!!! Mezti kau dah lama kat sini kan?" teka Fatihah yakin. Yakin Hariz mesti sudah lihat setiap gerak gerinya. Harap-harap tak nampak yang itu.

Hariz ketawa kuat. Kelakar melihat wajah yang sudah kemerahan marah. Mestilah nampak yang itu, jawab hati Hariz seolah-olah tahu apa yang difikir Fatihah.

"Alaa, kau jangan risaulah. Aku tak akan hebohkan kat orang kampung pun."

"Maksud kau?"

"Ni... semuanya selamat di dalam ini." hariz menunjuk telefon bimbitnya pada Fatihah sambil tersenyum penuh makna yang sukar ditafsir oleh Fatihah.

Fatihah membulat matanya. Perasaan kini bercampur baur sama ada dia memang tengah marah plus geram kali malu equal sakit hati pada lelaki ini. Hampeh ubi masin kembang punya Hariz!

"Kejam la kau... Kau... arrgghh! Baik kau delete balik." jerit Fatihah kuat. Tepat pada gegendang telinga Hariz. Biar pekak terus.

"Sorry naik lorry la. Tak boleh."

"Delete la,"

"No. Saya kata 'no'!!" usik Hariz dengan suara yang sengaja dilembut lembik.

"Delete, delete, delete la Hariz..." rayu Fatihah dengan aksi comel. Tapi tak berkesan langsung.

"Hariz, please... malulah aku nanti. Kau tu bukan boleh percaya pun nanti kau masuk kat youtube." Oh, tidak tak sanggup dia! Arghhh...

"Aku tak jahat macam tu lah. Fikir negatif sangat la kau ni."

"Memang aku patut fikir negatif pun dekat kau."

"Issh. Baiklah tuan puteri, patik menurut yang diperintah,"

“Bagus…” Fatihah sudah tersenyum kemenangan. Baik juga hati Hariz ni.

“Tapi dengan syarat.” Hafiz tersengih.

Fatihah tarik senyum balik. Hesy, sia-sia sahaja puji dia. Tarik balik, tarik balik.

“Leceh la, ada syarat-syarat semua ni.

“Suka hati lah. Nak tak?” soal Hariz.

“Ye lah. Syarat apa?”

“Kau kena…” Hafiz membina ayat tergantung. Tak sabra nak tengok reaksi budak comot ni.

“Kena, kena. Aku kena apa? Cepatlah cakap lepas tu delete balik apa yang kau Nampak tadi.”

“Sabarlah. Aku tengah bina ayat kau menyampuk. Kalau kau nak aku delete balik, kau kena cium aku kat sini.” Hariz menghala pipinya pada Fatihah. Dia simpan senyum. Mana boleh lebih-lebih.

Fatihah menahan geram. Hafiz memang hampagas! Mukanya sudak naik kemerahan. Eeee… dia memang nak minta makan kasut!!

“Hesy, syarat apa benda tu. Kurang asam! Miang.” Fatihah menolak pipi Hariz kasar. Nasib baik sahaja tidak tergolek jatuh.

“Alaa… so bila kau tidak penuhi terma dan syarat-syarat aku. Minta maaflah… “

“Mana aci… syarat apa tu.”

“Syarat aku lah.”

“Delete apa yang kau rakam tu.”

“Tak boleh.”

“Kena jugak.” Fatihah cuba menghampiri Hariz yang seolah-olah cuba menjauh diri darinya.

“Sayang dulu kat sini.” Hariz menunjuk pipi kirinya pada Fatihah. Dia tergelak sakan melihat reaksi Fatihah seperti harimau lapar yang jumpa mangsa.  

“Never.”

“Bye Tihah. Aku akan simpan elok-elok ya,” Hariz dengan pantas melarikan diri selaju mungkin. Takut dikejar Fatihah.

“Hariz!!” Kurang asam punya budak. Hesy, dasar paramecium tak cukup antibiotic. Hariz ni sengaja cari maut dengan dia, bentak Fatihah geram.

__________________

“Senget… kalau suatu hari nanti kau dapat duduk kat atas langit tu… kau nak jadi apa?”

“Aku… aku nak jadi salah satu daripada bintang-bintang tu. Kalau kau apa?” Isya tanya soalan yang sama.

Ayim diam.

“Issh, kalau kau apa? Diam pulak dia!” marah Isya. Pantang dia kalau dia tanya, orang tidak menjawab. Macam cakap dengan batu.

“Eh… tuuuu. Kau Nampak tak tadi?” serentak itu Ayim bangun dari pembaringannya. Isya mencari-cari apa yang dutunjuk oleh Ayim tadi.

“Apa?”

“Kau nampak tak? Tahi bintang.”

“Tak… cepat sangatlah. Tak perasan.”

“Kalau aku ada sakti, aku nak pinjamkan kedua belah mata aku pada orang yang tak nampak apa yang kita sedang tengok sekarang. Aku nak jadi macam tu.” Kata Ayim sambil tersenyum. Senyuman yang mampu membuat mana-mana gadis jatuh hati padanya. Itulah tarikan dia.

“Tapi, orang cakap kalau tahi bintang tu umurnya pendek.” Jawab Isya.

“Tak kisahlah umur dia pendek atau panjang. Yang penting, aku dapat buat sesuatu yang orang akan kagum dengan aku. Yang orang tak akan dapat lupakan aku.”

Isya membisu dan hanya menjadi pendengar sahaja.

“Tapi, bukankah kalau bintang macam  itu ada petanda?” soal Ayim. Memandang kembali langit malam yang indah dengan bintang-bintang itu. Cantik.

“Memanglah. Itu maknanya, kau ni hanya akan jadi petanda sahaja. Orang sekarang ni tak tengoklah semua tu. Orang tengok apa yang terjadi. Bukannya tengok isyarat atau tanda.”  Ujar Isya menjawab soalan Ayim.

“Lebih baik jadi petanda daripada jadi bintang macam kau dekat atas tu dan lihat apa yang berlaku dekat bawah.”


“Ayim… nanti kalau kau dah jatuh, tinggallah aku sorang saja dekat atas tu. Kasihan kan? Sanggup ke kau tinggalkan aku?”

“Nanti kau carilah aku dekat situ,” Ayim menunjuk tunjuk arah dengan telunjuk jarinya. “Itu akan menjadi galaksi cinta platonic kita.”

“Isshh… kau ni jiwang juga kan. Cakap aku je. Dahlah tak payah nak merepek lagi. Jom kita balik. Dah lewat malam ni.”

“Hmm. Jom.” Ayim tersenyum. Jiwang ke dia? Bukan philosophy kehidupan ke? Erk...

“Eh, jap. Nanti kau jangan lupa carikan jejaka idaman untuk aku erk?”

Isya sudah tersengih panjang. Bukannya dia tidak laku, tapi dia sibuk mana  ada masa nak cari jodoh ni semua.

“Ye, Dah jom balik.”

_________________

Gulppp...

Fatihah menelan air liur banyak-banyak. Gila tak gila, apa yang dia taknak , tiba-tiba jadi realiti. Maknanya, betullah Aunty Naimah datang secara mengejut hari ini ada maksud sebaliknya.
Air liur tidak lagi tertahan...

“Fatihah, ya?” Faihah tersentak demi mendengarkan satu suara wanita menegurnya. Langsung terjatuh buku yang dipegangnya ke lantai dek sergahan itu. Wanita yang dikira sebaya ibunya tersenyum manis mengambil bukunya yang terjatuh tadi. Tangannya diraih dan membawa dia duduk di katil.

“Maaf, aunty terkejutkan Fatihah. Cantiknya anak dara Teja ni. Dah besar pun!” sambungnya sejurus kemudian.

Fatihah diam lagi. Masih terpinga-pinga. Pakaiannya jelas berbeza dengan ibu. Ibu hanya sekadar berbaju kurung dan berkain batik tetapi wanita ini pula berlabuci dan bermanik. Mahu ratusan ringgit.

“Fatihah tak kenal Aunty?” tanya wanita ini lagi. Fatihah angguk. Kenal tujuh tahun lepas kali terakhir keluarga Aunty Naimah datang berkunjung kerumah kami bagi melawat ibu, kawannya yang tidak sihat. Selepas itu, Fatihah langsung tak Nampak mereka.

“Baguslah... aunty kawan lama mak Fatihah. Lama tak datang sini. Aunty ada hajat datang kesini!”

Haa, kan sudah diagak tadi, pasti mereka ada udang di sebalik batu. Fatihah bukanlah budak kampong yang terlalu naïf untuk ku tafsirkan maksud kedatangan mereka, bisik hati kecilnya.

“Hajat?” tanya Fatihah. Soalan buat-buat tidak tahu padahal dalam hati sudah rasa seram semacam dengan pernyataan Aunty Naimah.

“Aunty nak pinang Fatihah untuk anak Aunty. Harap Fatihah setuju. Aunty dah tanya mak dan ayah Fatihah. Mereka tak kisah. Mereka suruh Aunty tanya tuan empunya badan dulu.”

Tiada hujan, tiada ribut , tiba-tiba wanita ini datang memninagnya secara mengejut tanpa diri bersedia dan tanpa diri ini kenal lelaki yang akan menjadi pasanganku selama-lamanya. Cepatnya jodoh aku datang?

“Ibu ingat Tihah tak ada kat rumah tadi,” tegur ibu tiba-tiba.
Fatihah kalih pada ibu. Dia tersenyum gembira dan dia balasnya dengan senyuman separuh manis.

“Tihah ada je, ibu...” jawabnya lemah.

Ibu duduk di sebelah kiri manakala wanita tadi pula duduk disebelah kanan. Sekarang ini dia sudah diapit di tengah-tengah.

“Mah dah cakap dengan Tihah,’’ ujar Aunty Naimah pada emak. Fatihah hanya berdiam diri seperti tadi.

‘’Ibu harap Tihah setuju. Dia ada kat luar tu. Nanti Tihah boleh kenal dengan dia. Pergilah. ‘’ ucap ibu separuh berbisik. Tengok tu, memang paksa rela.

Wajah Hariz terlayar di hadapanku. Berharap dia berada disisi bagi menyelamatkan dia yang tersangkut di tengah-tengah jalan buntu ini. Tak nak kecilkan hati ibu, tapi dia dah pilih hati lain.

***

Fatihah duduk di bangku menghadap padi sawah yang terbentang luas dihadapan mataku. Inginnya mencari ketenangan dalam diri waktu petang begini. Berfikir dan menimbang permintaan ibu yang mahukan dia relakan sahaja hati menerima pinangan Aunty Naimah untuk anaknya, Saiful Qayim.

‘’Jodoh tak datang dua kali, Tihah!” Itulah kata-kata ibu yang menganggu fikirannya.

“Aku nak balik KL dah. Aku harap kau terima ajelah!” tegur satu suara tiba-tiba. Eleh senang-senang aje nak aku terima. Harapkan rupa aje macam JungKook tapi no manners! Wajah Ayim dipandang sekilas.

“Nanti-nantilah aku fikirkan. Tak payah nak paksa. Ini soal hati aku, kau apa tahu?” balas Fatihah seadanya bercampur geram.

“Tak payahlah fikir-fikir. Terima ajelah. Apa susah!” tekannya keras. Dia seraya melabuhkan duduk diatas bangku bersebelahan dengan dirinya, Fatihah menjauh darinya.

“Kau tak ada girlfriend ke? Terima aje pilihan mak kau?” soalan itu ku utarakan tanpa  dia sedari. 

Mulutku aku tepuk perlahan. Ayim berjeda. Dia tidak menjawab pertanyaanku tadi dan aku anggap bahawa dia memang ada pilihan sendiri, kata hati Fatihah.

Ayim dan Fatihah, masing-masing mengeluh berat.

“Dahlah. Aku nak balik. Aku nak kau fikir elok-elok. Bukan ada orang nak masuk pinang kau selain aku yang kebetulan datang hari ini.” Ujarnya setelah lama kami berdiam diri. Ayim lantas bangkit dari duduknya dan berlalu meninggalkan dia bersendirian.

“Baliklah.” Fatihah tidak ada mood nak bercakap panjang dengannya. Siapa cakap aku tak ada orang minat? Dialah. Muka Ayim ada iras-iras rupa dia. Tak akanlah. Nama?’ bisik hati kecilnya.

____________________
Bagau-bagau serta sekumpulan kerbau di sawan bedang menarik perhatiannya.  Ibu keluar awal pagi lagi, katanya; urusan mesyuarat persatuan antara kampong-kampung. Selama ini dia tinggal kat sini, tak pernah pulak dengar persatuan kelab kampung.

“Assalamualaikum... Teacher Fatihah! Teacher tengah buat apa?” Hariz tiba-tiba menyampuk duduk sekali dengannya. Tak tahu malu! Fatihah memandang Hariz. Senyum.

“Oh, Hariz! Pandai, dah bagi salam dah.”

“Kan? Kau kenapa?” Hariz mula membuat soal-siasat.

“Tak ada apa-apa. Kau kenapa?”

“Tanya aku pulak! Tak payahlah menipu. Aku kenal kau dah lama dah. Kau sorok macam mana pun aku tahu kau berlakon memanjang. Buat dosa kering aje...” Hariz tidak lepas pandang wajah 

Fatihah yang berkerut seribu ini.

“Kau tak payah sibuklah. Kau tahu ajelah budak-budak, macam-macam masalahnya. Kau... jangan sibuk-sibuk.” Fatihah bernada tegas. Pemandangan sawah padi yang menguning itu lebih menarik minatnya bagi menenangkan diri dari masalahnya sendiri. Mana mungkin dia perlu beritahu Hariz perkara yang sebenarnya. Hesy, tak boleh!

Hariz mengangkat keningnya yang terletak cantik. Dia pelik dengan perilaku Fatihah yang sejak dua menjak ini asyik ingin mengelak diri darinya. Semua perkara dirahsiakan. Kalau dulu setiap hari mesti kena berjumpa. Kalau tak, berjumpa mesti dalam sehari itu rasa lain macam. Segala rahsia antara dia dan Fatihah semuannya bukan rahsia antara mereka. Sekarang?

“Tihah, aku nak tanya kau sesuatulah. Boleh?”

“Sejak bila kau minta izin nak tanya aku pulak?” Fatihah tersenyum pelik pada Hariz.

“Kenapa sejak kebelakangan ni, kau macam nak lari dari berjumpa dengan aku. Aku ada buat salah ke?”

“Mana ada. Aku macam biasa aje. Mana ada lari. Sekarang ni kan aku tengah lari ke jumpa kau?”

“Sekarang memang taklah. Tapi sebelum ni, kau nampak aku macam hantu. Kau boleh buat tak tahu dengan aku, boleh pulak tu patah balik pergi tempat lain. Aku rasa kau ni...” Hariz ingin memberitahu perkara sepatutnya Fatihah tahu. Fatihah memang lain.

“Dahlah kau. Merepek aje. Aku nak balik, nanti ibu aku marah pulak! Naya aje aku kena baling dengan lesung batu! Bye.” Fatihah tergesa-gesa bangun dari tempat duduknya dan tiba-tiba terasa ingin terjatuh disebabkan hariz pantas memegang pergelangannya. Kuat!

“Issh, kau ni kenapa Hariz? Tarik-tarik tangan aku pula! Lepaslah. Aku nak balik cepat.” Fatihah sedaya-upaya cuba melepaskan tangannya dari dipegang oleh Hariz tapi usahanya sia-sia. Hariz pegang kuat. Dia taknak rahsianya terbongkar nanti.

“Tihah, kau kenapa? Kalau aku ada buat salah, aku minta maaf tapi tolong... jangan buat aku macam ni.” Hariz memandang tepat anak mata gadis itu. Mencari sesuatu di sebalik mata hitam itu.

Fatihah cuba melarikan pandangan ke arah lain bagi mengelak dari tenungan tajam Hariz. 

‘’Hariz bin Mikail. Kau tak salah apa-apa pun. Aku Cuma nak balik. Ok ? ‘’ Muka lelaki itu sungguh serius. Hariz betul-betul marah dengannya.

“Hariz, lepaskan tangan kau tu. Sakit tahu tak ? ‘’

‘’Selepas kau beritahu masalah kau kat aku.’’

‘’Tak ada apalah. Mungkin masa tu aku sibuk ke, tertinggal sesuatu ke, so tak dapatlah jumpa kau. ‘’

‘’Kenapa mesti ‘mungkin’?”

“Jangan sampai aku jerit dan cakap kau buat gangguan seksual kat aku.” Guna kuasa ugut pulak. Fatihah tahu, Hariz tak akan makan saman punya.

“Cubalah kalau kau berani.”

Fatihah tidak keruan. Tangannya terasa kebas dek penangan gengaman Hariz yang kuat. Aku memang tak berani. Tapi kalau kau tahu, aku tak sampai hati... bicara Fatihah di hatinya.

“Aku tak nak antara kita ada yang sakit hati.”

Hariz tergaman. “Apa maksud kau?”

“Tarik tangan kau dulu. Tak pasal darah aku tak mengalir. ‘’

Hariz automatik melepaskan tangannya. Ayat Fatihah tadi seolah-olah ada perkara besar yang berlaku dalam hidupnya.

Fatihah mengosok tangannya yang merah itu. Kuat gila Hariz pegang, boleh patah macam ni.  Hesy, macam mana nak beritahu. Nanti dia... dapat terima ke? Bisik hati kecilnya sendiri.

“Cepatlah beritahu aku. Apa maksud kau tadi. Kenapa kau kata tak nak antara aku dengan kau ada yang sakit? Ada something yang berlaku ke?”

Fatihah tarik nafas sedalam-dalamnya. Dia perlukan keberanian yang kuat. “Sebenarnya... aku...”

“Aku apa?”

________________________

“Kau nak kahwin? Bulan depan pulak tu!” Hakimi separuh menjerit. Semestinya dia terkejut sebab Ayim mana makwe, kalau dengan Isya tak jugak tapi bolehlah diterima. Tapi ini... budak kampung. Bukan taste Ayim!

“Hmmm...” Ayim hanya menghadap buku ditangannya bertajuk, ‘Sacrifices’. Memang tepat, sesuai dengannya ketika ini. Matanya melirik pada riak muka Isya.

“Isya, kenapa senyap aje?” tanya Hakimi yang melihatkan Isya yang asyik dengan telefon bimbitnya sejak tadi. Hakimi mengankat bahu pada Ayim agar menegur Isya serupa patung cendana itu.

Isya angkat muka. Ayim dan Hakimi pula saling bertolak bahu sambil pandang dia.

“Apa?” Isya bersuara tiba-tiba apabila Hakimi dan Ayim berinteraksi menggunakan bahasa isyarat. ‘Bisu ke apa?’, gumannya.

“Tak ada. Kau kenapa?” Ayim tanya Isya.

“Dengar lagulah. Ni hearphone, tak nampak? Borak apa guna bahasa isyarat?”
Hakimi menoleh memandang Ayim. Tiada respons. Dia kembali memandang Isya. Senyum.

Isya pelik. “Apa? Cakaplah.”

“Ayim, nak kahwin bulan depan. Dengar tak?” Hakimi menjelaskan yang sebenarnya pada Isya. Tapi, Isya tak terkejut pulak! Muka relaks.

Senyap.

“Isya?” Ayim tegur.

“Oh sorry. Congrats, Ayim. Tak tahu pun ada girlfriend selama ni. Sebab tu pelik sikit.” Isya senyum tawar. Tawar macam paya air tawar.

Ayim tunduk kebawah menghadap buku dipegangnya. Dia mengeluh lemah. Satu perkataan yang tepat untuk dirinya, PASRAH!

_____________________

Ayim menghadap Tasik Titiwangsa yang masih ramai pengunjung pada waktu malam bersama keluarga, pasangan mereka. Mengeluh berat. Pasagan! Pasangan yang dia sediri tidak kenal, tidak tahu asal-usul, tiba-tiba sahaja mama mengatur pasangan hidupnya. Dia tidak tahu mana satu harus dia ikut. Kata hati atau mama?

“Awak okey tak?” Fatihah meihat muka Ayim yang seakan memikir masalah dunia. Terpaksa ambil berat tentang mamat ni. Kenapa? Ibu dah bagi amaran kat akulah, bentak hati Fatihah. 

Muka handsome tapi pojaan hati elek.

“Tak.” Selamba jawapan itu keluar dari mulutnya. Kan lebih baik jujur dengan diri sendiri nanti kalau menipu boleh jadi makan hati.

“Awak, saya nak balik. Bosan duduk dengan orang bisulah. Saya masih normal lagipun saya tak sempat belajar lagi bahasa isyarat. Ajak orang keluar tapi baru satu soalan aje yang keluar. Itu pun saya yang tanya. Kalau awak taknak keluar dengan saya, tak payahlah. Kalau mak awak yang suruh, cakap ajelah awak tak nak. Kan senang. Buang masa saya, buang tenaga, buang segala-galanya sejak awak dan mak awak datang rumah saya. Susahkan diri aje nanti.” Fatihah melepaskan geram dengan kenyataan panjang lebar. Terasa diri macam orang bodoh pun ada bila keluar dengan lelaki seoalah-olah bisu tanpa suara.

Ayim pandang wajah Fatihah. Angkat keningnya tanda tak mengerti.

“Kau kenapa? Tiba-tiba marah-marah. Datang bulan eh?” Ayim ketawa kuat. Lucu melihat riak marah Fatihah. Comel. Fatihah seorang perempuan kuat marah. Fakta sifat dalam diri Fatihah sudah diketahuinya.

“Awak tu kenapa? Kita tengah marah-marah, dia pulak gelak. Gila!” Bentak Fatihah. Laju langkah kakinya meninggalkan Ayim. Dalam hati nak balik. Tak toleh belakang apabila Ayim menjerit namanya. Peduli apa!

“Fatihah, tunggulah. Nak pergi mana laju-laju ni? Aku main-main ajelah. Tak payahlah terasa hati sangat.’’ Ayim menghadang jalan Fatihah. Betul-betul depan Fatihah. Ayim tersenyum nakal.  Fatihah mengulangkembali kata-kata Ayim. Ayim membuntangkan matanya tanda marah. Fatihah merenung tajam Ayim dalam tiga saat tidak mahu mengalah. Kemudian terletus ketawa mereka serentak.

“Aku tak sangka kau macam ni. Melawan ehh! “Ayim berkata dalam sisa tawanya.

 “Saya ke?” Fatihah tersenyum. Dia jatuh cinta dengan mata milik Ayim. Rasa tenang dengan pandangan mata itu.

Masing-masing senyap. Melayan perasaan sendiri. Kejap-kejap Ayim menoleh tengok Fatihah. Kejap-kejap Fatihah pandang Ayim sekilas. Macam main lawan siapa bercakap, dia kalah.

“Jomlah aku hantar kau balik. Tadi kau nak balik kan?” Ayim seakan-akan ingin bangun dari duduknya.

What?!  Dia memang tak ada perut. Ingatkan dah baik, boleh borak-borak balik. Hampagas Ayim! kutuk Fatihah sendirian.

Fatihah mendongak memandang Ayim menginginkan kepastian akan kata-kata lelaki itu.

“Cepatlah bangun! Aku hantar kau.” Tegas suara Ayim.

“Betul-betul ke?” Fatihah tetap dengan posisinya. Duduk!

“Kau ingat aku main-main ke?”

“Tak.”

So...”

So  apa?” soal Fatihah lagi. Bengong! Kenapa otak aku jadi lembab slow motion ni.

“Cikgu?”

Fatihah angguk.

“Mengajar?”

Fatihah angguk lagi.

“Membaca?”

Angguk. Tiada suaranya pun yang keluar berkata ‘betul’, ‘ya’, ‘aah’.

“Bisu ke?”

Angguk jugak.

“Serius?” Ayim menjerit kuat. Sakit telinga wooo...

Fatihah tersentak. Tersedar, Dari apa? Dia sendiri tidak tahu. Cepat-cepat Fatihah memukul kepalanya sendiri. Bengong !

‘’Awak tanya apa tadi ? Tak dengar ? ‘’ Fatihah tersengih malu.

‘’Tulah. Bila orang tanya dengar, fokus dan tumpukan perhatian kat depan. Ini tidak! Lembap!” Selamba Ayim mengutuk Fatihah depan-depan.

“Lembap? Awak cakap lembap kat saya? Hello... tolong sikit. Saya pandai cuma tadi saya ting tong kejap.” Fatihah pertahankan diri. Selamba badak sesuka hati aje cakap aku lembap. Aku ni cikgulah, bentak Fatihah dalam hati.

“Dahlah. Dah salah taknka mengaku. Aku nak tanya kau. Betul ke keputusan kau?”

“Betul. Saya tak nak ibu sedih.” Fatihah muram.

“Sebab itu?”

“Yup. Itu aje.”

“Kau terima aku sebab orang lain paksa. Tanpa cinta. Tanpa sayang. Biar betul ? kau sanggup ? Aku tak… sebab aku nak kahwin atas dasar cinta bukan paksa. Jadi, kalau kau tak setuju dan aku tak setuju… nanti sama-sama bincang dengan ibu kau dengan mama aku. Boleh ? ‘’ Ayim kerling aku.

‘’Bukan awak jugak ke yang suruh terima awak. Tak payah fikir-fikir lagi. Ibu pun suruh terima. Mama awak pun sama. Saya pun jadi pening. Keliru. Then, sekarang ni awak suruh saya fikir pulak. Bincang balik. Tak faham?” Fatihah pusing duduk betul-betul depan Ayim. Dia tak faham dengan Ayim.

“Entahlah.” Pendek. Ayim baring sambil mengeluh.

Fatihah senyap. Memandang Ayim sambil memikirkan apa Ayim cakap. Dia tidak faham. Tetiba aje. Waarghhh... Gelora hati yang tidak keruan.

“Nur Fatihah binti Sulaiman. Fatihah. Tihah. Iha. Ha. A’a. Nama kau kan ? ‘’ Ayim bersuara tiba-tiba. Pantas Ayim bangun dari baringnya tadi. Dia tersenyum.

Berkerut seribu dahi milik Fatihah. Tak faham. Ayim nak apa. Sengal! Kenapa time ni otak aku tak boleh berfungsi dengan baik.




Bersambung nanti...

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...