#Suntikan Semangat#

Saturday, 12 December 2015

Cerpen -Act Like Nothing



Peanut pandang Mia. 
Mia perasan ada orang lihat dia. Tapi, dia buat tidak endah. Dia sudah bosan dengan sikap Peanut yang suka melihat wajah dia. Walau dilarang, tetap degil. Macam kerikil. 

"Mia, malam nanti lepak nak?" 
Mia kalih pada Peanut. Earphonenya ditanggalkan, muzik yang sedang bermain diberhentikan. Mia ukir senyum. 

"Mana?" 

"Mamak?" Peanut duga Mia sedangkan tempat mereka selalu lepak ialah mamak. Tiada tempat lain, yang lebih murah dan dibenarkan lepak lama-lama, sebab mamak boleh sampai ke pagi. Tapi, dia cuba bertanya, mana tahu Mia beralih cita rasa. 

"Okey... Aku on aje." 
Mia buat thumbs up sambil senyum ke telinga. Dia sudah lama tidak lepak dengan Peanut. Sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Peanut sibuk dengan menjadi photographer, Mia pula sibuk dengan modelling. Masing-masing jugak sudah famous. Peanut sudah bekerjasama dengan syarikat luar, sebab Peanut 'pro' ambil gambar. Mia pula, dikenali ramai hingga tercalon sebagai model yang hangat. 

Peanut bangun dari duduk. 
Dari tadi, mereka berdua duduk berjulur kaki, di taman, bawah pokok besar. Melihat gelagat dan telatah manusia sekeliling. Mereka tidak banyak bercakap, mahupun becerita, sebab masing-masing sudah tahu. Cerita yang sama. Kerja dan penat!

"Mia, aku nak tanya something!" Peanut tiba-tiba bersuara. Memandang wajah Mia yang sedang duduk, menikmati CoolBlog perisa coklat. 

Mia angkat wajah, lihat Peanut. 
Dia jongket kening. 

"Apa? Tanyalah." 

Peanut tarik nafas perlahan.
Dalam-dalam, kemudian melepaskan dengan tenang. 

Mia kerut dahi. 

"Kau kenapa? Tiba-tiba, macam gabra. Asal?" Soal Mia, dia sibuk melibas-libas dress labuhnya jika ada tanah yang melekat. Setelah puas hati, dia ukir senyum sendiri. 

Peanut simpan senyum. 
Mia memang suka jaga standard. Tak mahu orang nampak dia selekeh, walau dia hanya mahu pergi masuk tidur, baring-baring atas katil. Mia akan pilih baju tidur yang sesuai, minyak wangi mengikut hari dan waktu. Peanut sudah biasa. 

Mia yang masih setia menunggu jawapan Peanut, mengerling rakannya. 
Dia merengus. 

Peanut mengelamun! 

Mia tepuk bahu Peanut. 
Peanut tersentak. Kalih lihat Mia. 

"Kau dah kenapa?" 

Peanut geleng kepala. "Tak ada apa-apa." 

"Menipu... macam aku baru kenal kau. Kau ada masalah ke?" Mia prihatin. 

"Tak adalah. Aku okey aje." 

"Kemudian?" 

"Tak ada apa." Peanut koyak senyum sambil kenyit mata pada Mia. Mia jeling tajam, pura-pura mahu termuntah hijau. 

"Kau nak tanya apa tadi?" 

"Ouh... tadi, aku nak tanya... errr... apa ehhh..." Peanut garu kepala. Bukan gatal, tapi dia keliru sama ada dia mahu tanya, atau tidak. Dia takut Mia marah. 

"Laaa... tak akanlah lupa. Kau banyak makan semut ni. Aku dah kata, jangan beli nasi lemak kat tepi jalan besar sana, banyak habuk. Tak sihat!" Tegur Mia tiba-tiba. Entah ada kaitan pun tidak, dia sendiri tidak tahu. 

"Mia..."

"Hmmm..." 

"Malam nantilah, aku tanya balik. Kejap lagi aku cuba ingatkan apa aku nak tanya." 

"Yelah." 

Peanut tiba-tiba tarik tangan Mia. Pergi tengah-tengah padang yang sibuk dengan orang yang bermain sana-sini. Mia yang terkejut, hanya mengikut langkah kaki Peanut. 

"Wei, kau apasal?" 

"Sengaja..." 

"Tak ada keje..." 

"Memang..." 

"Susahlah, cakap dengan kau!" 

"Jadi, jangan cakap, baik kau duduk diam-diam. Tengok apa aku nak buat." 

Mia merengus geram. 
Peanut senyum puas hati. 

Peanut pergi berlari anak ke arah seorang pakcik yang berusia. Pakcik yang ketawa bermain dengan kanak-kanak di sekelilingnya. Pakcik belon! 

"Belon dua, nak kaler merah dengan biru." Peanut sudah senyum. Dia menyeluk poket seluar, keluarkan beg dompetnya. Nak bayar. 

"Berapa?" Peanut tanya pakcik tersebut. Tangan menyambut huluran belon. 

"Dua ringgit." 

Setelah bayar,ucap terima kasih, Peanut lari laju-laju arah Mia. Mia pandang Peanut. 

"Kau nak buat apa dengan belon tu?" 

"Tak tahu?" 

"Sebab tu aku tanya, sengal..." Mia peluk tubuh. Mata masih memandang Peanut. Peanut duduk atas rumput, tengah padang yang ramai orang. 

"Pehal kau?" 

Peanut tidak menjawab. Terus tarik tangan Mia. Paksa duduk sama dengannya. 
Mia mengeluh. Mengikut sahaja apa yang Peanut mahu lakukan dengan belon-belon tersebut. 

"Nah ambik satu!" Peanut hulur belon berwarna biru pada Mia. Mia lihat wajah Peanut lama. Tenung dalam-dalam, seperti mahu tembus masuk otak, apa yang ada dalam fikiran Peanut. Tapi, tidak dapat. Tak ada kunci. 

"Ambiklah..." 

Mia berdecit. Namum, tangan tetap menyambut huluran Peanut. 

"Then?" 

"Ikut aku!" 

Peanut buka ikatan benang halus pada belon. Kemudian, pada hujung belon, dia buka ikatannya. Dia picit, tahan angin keluar. Dia angkat kening tengok Mia. 

"Apa kau nak buat?" Mia tanya. Peanut hanya beri senyuman. 

Peanut kemudian suakan hujung belon ke dalam mulutnya. Melepaskan gas dari belon masuk ke dalam rongganya. Sedikit-demi-sedikit. 

"Mia, mia, mia... hahaha..." Peanut ketawa gembira. 

"Wehhh... suara kau! Kalah Donald Duck! Hahaha..." Mia turut sama gelak sakan. Baru dia faham apa Peanut cuba buat. Suara akan berubah bila gas halogen masuk banyak. 

"Cepatlah kau pulak try!" Gesa Peanut. Mia angguk laju. Dia melakukan apa yang Peanut buat tadi. Kemudian, mereka sama-sama ketawa gembira. Dengar suara masing-masing yang berubah. Gelak macam tak hengat dunia. Kalah kanak-kanak yang ramai di taman tersebut. 

"Macam orang gila!"

"Kau pun sama!" Peanut gosok kepala Mia sampai rambutnya serabai. 

Mia tepis tangan Peanut kasar. 

"Kusutlah rambut aku dowh..." 

"Gila!" 

"Kau punlah!" 

__________________________________________

Mia tunggu Peanut lama di kedai mamak tepi jalan. Dia jeling jam tangannya. Sudah masuk pukul 9 malam. Dia pandang keliling, ramai pelanggan malam hari ni. 

"Mana dia ni?" Mia keluh kasar. Dia keluarkan telefonnya. Nama Peanut dicari. 
Tekan call! 

Lama. 
Peanut tak angkat panggilan. 

Sekali lagi. Mia tekan butan call. 
Dia dapat jawapan yang sama. Peanut tak mahu angkat panggilan dia. 

Mia sudah tarik muka. 
Dia berkira-kira mahu bangun atau tidak. 
Mahu tunggu atau tidak. 

Jawapan... 

Dia mahu tunggu. 
Noktah. 
Sedang dia tunggu, kenangan dulu bermain kembali...

_____________________________________________________

"Peanut, aku nak tanya kau, sikit, boleh?" Mia kerling Peanut yang sibuk dengan kameranya. Peanut toleh lihat Mia. 

"Apa?" 

"Kau dah ada someone?" 

Peanut angkat kening. "Someone apa?" Blur. 

"Special." 

"Ouhh... tak. Kenapa?" 

"Aku nak jadik someone special untuk kau. Boleh?" 

"Huh?!" Peanut buntang mata. Pandang wajah Mia tidak berkelip. Kamera di tangan, diletak ketepi. Mahu fokus pada Mia. 

"Jangan mainlah Mia..." 

"Aku tak main. Aku serius!" 

"Kau model kowt..."
"Jadi? Apa masalahnya dengan kerja aku?"

"Selalunya model tak mahu kahwin awal..."

"Itu bukan aku." 

"Kenapa tiba-tiba?" Soal Peanut sambil tongkat dagu. Merenung anak mata Mia dalam-dalam. Mana tahu ada kamera tersembunyi. Mia kan pandai buat expression muka. 

"Sebab aku suka kau." 

Peanut tiba-tiba ketawa sakan. 
Seolah Mia sedang buat lawak depan dia. 

"Aku nak kerjaya aku berjaya dulu. Aku dapat sign kontrak dengan company besar kowt. Kau tak nak tengok aku senang?" 

Mia senyum. "Mestilah." 

"Jadi?" 

"Aku tunggu kau." 

"Sampai bila?" 

"Sampai kau sendiri kata, kau tanya aku, sama ada aku suka kau lagi atau tak? Hurm?" Mia koyak senyum. Dia tukar pandangan. Lihat ke dalam cafe. Orang keliling sibuk bercerita sana-sini. Tersenyum, ketawa sesama sendiri. Tapi, dia cuma pura-pura senyum. Seperti tiada apa berlaku. 

Peanut hanya pandang Mia sepi. 

______________________________________________

"Wei, Mia! Melopong!" Teguran Peanut menyentak lamunan Mia yang panjang. Dia angkat wajah. Lihat Peanut depan mata. Tersengih. 

"Asal lambat?" 

"Jalan sesak." 

"Alasan." 

Peanut hanya senyum. 
"Lama tunggu aku?" 

Mia angguk perlahan. "Lama jugaklah." Straw dia sisip ke bibirnya. Milo ais menjadi pilihannya waktu malam ini. 

"Sorry."

"Takpe."

Sepi. 

"Peanut..." 

Peanut lihat Mia. "Apa?" 

"Kau nak tanya apa siang tadi?" soal Mia sambil tongkat dagu. 

Peanut garu kepalanya. Sekali lagi. 

"Jangan cakap kau lupa lagi. Aku tunggu kau lama, sekali tak ada apa."

"Tak adalah. Aku ingatlah." Peanut sengih tayang gigi. 

"Apa?" 

"Kau ingat kan soalan kau tanya aku dulu?" Peanut tenung Mia. Mia pandang Peanut. Mata mereka tidak berkelip. 

"Ingat. Kenapa?" 

"Kau suka aku lagi tak?" 

Mia hampir tersedak. Tak sangka Peanut tanya soalan itu. Sudah lama dia menanti, hampir 6 tahun jugaklah, hingga masing-masing berjaya seperti sekarang. 

Peanut yang terkejut, cepat-cepat bangun. Berlari mencari tisu dalam kedai mamak. 

"Nah!" 

Tisu beralih tangan. Mia sibuk mengelap mulutnya. Bajunya yang terkena air milo. 

"Okey?" 

"Hah?!" Mia blur. Peanut geleng kepala. 

"Okey?"

"Okey." 

"Jawapan soalan aku tadi? Kau suka aku lagi tak?" Peanut ulang soalan. Tunggu jawapan Mia. Lama. 

"Suka." 

"Kenapa kau degil?" 

"Hah?!" 

"Kau tunggu aku lagi ke?" 

Mia angguk. 
Perlahan.

"Mia..."

"Ya." 

"Aku bukan someone special kau." 

"Takpe aku tunggu kau."

"Aku kata, aku bukan someone special kaulah." 

"Aku dengarlah..."

"Jadi?" 

"Aku tunggu sampai kau jadikan aku someone special kau." 

"Kau paksa aku?" 

Mia geleng.

Peanut mengeluh. 

"Sampai bila?" 

"Sampai bila-bila."

______________________________________________

Peanut tunggu Mia. Tempat yang sama. Taman Tasik Titiwangsa. 
Masing-masing sudah berjanji, mahu berjumpa di situ. Sebab masing-masing cuti selepas hampir dua bulan sibuk. 

"Wei!" 

Peanut terkejut. Dia kalih. Lihat Mia, tayang bungkusan pada kedua belah tangannya.

"Kau bawak apa?" 

"CoolBlog dengan roti. Nak?" 

"Mestilah." 

Peanut laju rampas dari Mia. Mengambil minuman perisa kegemarannya. 
Mia hanya senyum. 

"Kau macam mana? Projek baru tu..." Mia soal Peanut. Dia baru dengar Peanut dapat projek dari luar negara yang berminat melantiknya untuk menjadi photographer mereka. 

"Okey... Wei, Mia... serius aku tak sangka kowt!" 

Mia ketawa. "Tahniah!" 

"Kau?" Peanut tuju soalan pada Mia pula. 

"Okey. Offer banyak kowt. Haha..." Mia ketawa gembira. 

"Mia..." 

"Hurmm..." 

"Sampai bila?" 

"Apa?"

"Kau? Aku?" 

"Takpe. Aku tunggu kau." 

"Tak penat?" 

Mia geleng kepala.

"Okey?" 

"Buat macam biasa sudah... rilexlah." Mia tepuk bahu Peanut. 

Peanut hanya senyap. 
Dia kerling Mia. 
'Kau tetap degil kan?' Peanut mengeluh. 


Sampai mati pun kita takkan pernah bersedia, 
kalau kita tak pernah berbuat apa-apa.

-The End-


------> Jangan kata apa-apa. Cerita ni tak tergantung. Cerita ni ending memang macam ni. Sebab tu tajuk 'ACT LIKE NOTHING' . Takde apa yang berlaku. :) 


Tuesday, 14 April 2015

Charity Run 2015

12 APRIL 2015, AHAD 

Assalamualaikum... 
Hari tu, sekolah adakan Charity Run macm tahun lepas. Tapi kali ni kat KipMart Senawang. Lain dari yang lain. Dan memang lain sangt-sangat. Join yang 8km macam biasa. Bajet kuatxD Hehehehe... tapi, tujuan utama sebenarnya nak sijil penyertaan aje sebab cikgu yg cakap ada sijil. Sooo... i punnn joined. 
credit; hani [gmbr ni aje yg ada]
Kena sampai sana dalm kul 6.30am. Bangun pagi2 laju-laju nak cepat siap sebab mereka kata ketegori perempuan remaja 18 tahun start lari pukul 6.50 pagi.  Excited pada mulanya!!!

And start lari jam 7 pagi lebihx2 ... 
*tarik nafas* tak sampai pun 2-3 km dah berhenti berlari... Hahaha... tak de stamina langsung!! Siap minum air, duduk tepi jalan kereta lalu-lalang, buat muka palinggggg letih macam dah lari 10km... Teruk!! Padahal pertama yg dilepaskan berlari... huhuhu...

credit; Mira

Kategori lelaki dah siap potong kiteorang... oh yaa!!! ada 3 org yang berjalan2 tanpa rasa bersalah,,, Ain dan Adilah termasuk saya. And...and... kategori2 yang lain semua dah kedepan dan kami KEBELAKANG!!! Yang paling tak boleh blah,,, adalah daki bukit. Huhuhu... disebabkan kami bas boleh keliru mana satu dye nak stop ambik penumpang sebab sepanjang mendaki tuuu,,, banyak kali kiteorg tubuhkan bus stop station kat tepi jalan... Letih tahu!! even jalan... T_T cikgu2 pun dah siap memotong, menegur, gelak lepas lintas depan kiteorg yg tgh duduk minum air dengan selamba... Haiyaaa... Tebal sgt make up time tuuu... 

kemudian... setelah didesak beberapa kali, kaki tetap tak mahu berlari makaaaa... kami pun bersiar2 sambil mndengar muzik, dannn peserta lain bertungkus lumus kuarkan peluh... Hahaha... Sampai ada yang tegur;
                       
                                               "BARU SAMPAI SINI?" 
Dan, kiteorg hanya tersengih. Then, ada dah sampai kat blkg kedai tuuu,,.. serius mmg kiteorg lepak sungguh... tanpa ada persaan gelabah time tuuu. Siap tgok pokok bunga mcm sakuralah, nyanyi2lah, Ain yang berdancelahh,,, Dilah sumbat telinga dengan hearphone.. berpusing2 walaupun cikgu tegur suruh larii. 

Finalllyyyy....
Perjalannan ni paling menyakitkan hati. Sungguh! 
Okeyyy... mengaku dapt tempat paling terakhir sekali. But,,,, mereka tak perlulahhh nak perli ke apa. Buat sakit telinga aje. Masa tuuuu... kami jalan2 dan tgok depan, kiri, kanan, belakang memang dah tak ada org taw yg pakai baju kaler oren sama ngan kiteorg, jadik time tuuu dah takut sesat ke apa... suddenly, ada cikgu sampai naik motor follow kami dri belakang sbb dye checked nombor kiteorg aje yang tak sampai2 lagi kat garisan penamat. 

Ain dah takut. Adilah pun, Dan orang pun sama. 

Cikgu tuuu suruh jalan, Jadi kiteorg jalan ajelahhh. 
Ain dengan dance Call Me Baby dye lahhh. Adilahh yang dengar lagu Jepun dye kowttt. 
Seronok. Tak pikir kalah menang ke, last first ke time tuuu.... macm ada dunia sendiri. 

Dannnn.... munculah watak2 yang rasa macam nak kasi dushx2 kat muka mereka. 
Mereka naik motor dan TUGAS MEREKA MENGAWASI PESERTA... that the point!!
Sepanjang perjalanan tuuuu.... budak tuuu asyik duk ulang tayang version dye; 
    
                                "NI LAST KAN?" 
                                "NI LAST KAN?" 
                                "YANG NI LAST KAN?" 

Banyak kali pulakkkk tuuuu!!!! Urggghhhhh.... geram. Dengki sungguh! 
Then, aada sorang lagiii,,,, duk sibuk kecoh dgn sakit perut dye tuuu... 

                         "CEPATLAHH,,, AKU SAKIT PERUT NI. TAPI NAK KENA JAGA KORANG!" 

Then, orang balaslah; 
                   
                        "PERGI AJELAH. "    

Tapi, dye tuuu degil. Sibuk gak mengikut padahal budak2 lain ada aje. Ramai lagiii... 
pastu dye ulang tayang lagi dgn sakit perut dye tuu... menyampah! 

masa tuuu ada 2 checkpoint lagi kiteorg kena lepas... sooo kat checkpoint pertama, cikgu beri sokongan dengan kata2 yanggg sangat manis; 

                 "NI ADA HARAPAN DAPAT FIRST NI!" 

Okeyyy... tu ayat perli sungguh! 
Ada cikgu yg bagi semangat... boleh, chaiyokkk!!! But, orang tak nampak bayang kipmart pun time tuuu... asyik nampak kilang2 aje sepanjang perjalanan tuuu.... 

Lastly,,,, sampai gakkk kat garisan penamat setelah byk berhenti walaupun tak sampai 1/2 km lagi tinggal nak lintas jalan, daki bukit kecil, boleh lak diri ini... terasa nak pitam. Adoiii!!! Lemah sungguh diri ni. Benci gakkk!! -_# 

berjaya tamatkan... samapi2 garisan penamat tuuu comfirm2 ramai pandang dan dengar gakk perkataann; 
    
                    "YANG NI LASTKAN? TAK DE YANG LAIN DAH?" 

Kiteorang angguk; "AAH. kITEORANG LAST. DAH TAK DE YANG LAIN DAH!" 

Kesimpulan,,, cerita ini adalahh.... 
1) silalah buat senaman warm up dulu sebelum lari *padahal org dah buat dah, mcm mana kaki leh sakit2 mcm org tua
2) silalah lari jika korang join apa2 kempen ke, yang ada tajuk LARI 
3) tak de pape dahhh...

Tuu Ain!! Say hi to her!
Sarah tak dtg lahhh hari tuuuxD
Thanks tooo Ain and Adilah. Sudi teman org berjalan, kena bebel ngan budak2 tuuu, kena perli T_T bersama-sama. Hahaha... enjoys perjalanan larian sepanjang 8km kite dengan bergembira. Thanks a lot. And tooo Ain, yang sememang bersemangat nak berlari, terpaksa berjalan bersama.... hahaha... sorryyyy:) Dilahh punn yang sama2 tak larat nak berlarixD 

Itu ajee... ini tahun akhir sekolah. dan tahun niii, charity runnn dye paling pecah rekod! 
nasib isnin tuuu cuti^_^ 

Sunday, 1 March 2015

[Review] Terbaik Dari Langit

                  

Assalamualaikum:) 
Baru tengok cerita ni semalam... Sangat best even ENTAH APA-APA pada sebenarnya. Buat kerut kepala- kerut dahi fikir. 

Cerita ni pasal empat sekawan dari sekolah lagi. Berg, Toyu, Ijam ngan Ali. 
Berg yang sangat minat dalam buat filem yang berbeza. Serius BERBEZA. 
Toyu yang macam dunno untuk yakin dengan diri sendiri. Like tak masuk campur sangat. Ijam yang memang bengang ngan Ali sebab Ijam ingat Ali yang buat dia tak masuk final match bola sepak masa sekolah dulu. 

Then, masing2 dah besar. Ijam jadik artis, Berg jadi tukang buat filem yang pelik, Toyu yang dah jadik cikgu but KENA BULI ngan pelajar. [Kalau ada cikgu mcm Toyu- mahu tak berkat semua ilmu budak2] Berg nak buat filem pasal UFO yang dia pernah tampak waktu dia masih sekolah dan ura2 Berg lah yang UFO itu akan ada nanti. Sooo, Berg decided nak buat filem dengan kawan dialah.

SERiOUS kalau korang semua tengok macam mana pembikinan filem milik Berg tuuuu... Perut korang akan pecah terburai- tegela2 sampai jatuh dari tingkat bangunan yang ke-sepuluh.

Dialog mereka sangat sempoi habis... dan ada girl nama Sofea pun turut jadi pelakon dalam filem Berg dan dia nilah macam beri motivated kan boys ni semua bila bergaduh ke apa dan semuanya berpunca dari Ijam. 

And, lastly nanti mereka semua berbaiklah. Ijam nasihatkan Berg supaya tak ambik dadah lagi-suruh pikirkan masa depan. Toyu yang rasa bersalah pada Ijam ngan Ali sebab dia punca mereka bergaduh. Ali yang pertahankan nama baik Ijam waktu penduduk kampung kutuk Ijam belakang- tapi waktu tu Ijam salah sangka ngan Ali sampai gaduh2 semuanya. Berg yang kuat semangat, nakkan filem PELIK dia tu tetap akan menjadi walau apa2pun. Dan kawan2 Berg yang sememang tak ercaya dengan Berg tentang UFO tuuu semua. Ada part2 yang sedih -waktu Berg macam beri kata2 akhir dia, kamera Berg kena campak ngan Ijam but Berg langsung tak marah ke apa, part kelakar - waktu Toyu kena cat badan kaler biruuu tuuuu sampai tersalah kaler tak dapat hilang, ada part persahabatan, kesetiaan dan semuaaaanyaaaaa.

Dan keseluruhannya MEMANG BEST!!!

Apa yang pengajaran nilai2 murni dapat banyak kat sini dan cerita ni tekankan nilai PERSAHABATAN yang tak kira apa2 pun sebenarnya. Dan TERBAIK DARI LANGIT ini memang korang patut tengok walau memang entah pape dan ending yang punya tanda tanya kemana Berg pergi??? Apa jadi pada Berg lepas Berg naik kapal makhluk asing or UFO ituu??? Tapi2... puas hati sebenarnya. Sangat-sangat puas tengok cerita iniiii...


 Tu aje >3 Aimy :) 

 Trailer

Saturday, 24 January 2015

Maybe Dia Penat



Assalamualaikum...                                     

Dalam pukul 10 lebih, hari Sabtu... 24 January 
Baru balik dari beli buku.
Maybe abah tak sedar agaknya... tak nampak. Yelah, dah malam bukan. Lampu rumah tak buka pun. Gelap. Yang lain fokus kat BamBam atas kereta. 

Tiba-tiba waktu tu aku perasan bunyi sesuatu. 'DUM' 
Yang lain tak sedar lagi tu. Aku dah rasa pelik. Memang sungguh pelik. 
Buka pintu kereta. Turun. Pandang kat belakang. Nampak jasad seekor kucing dalam kesakitan. Darah banyak. Allah... nama itu terlintas. 
Terus jerit kat abah. Kuat. Tak peduli orang lain dah; 
     "Abah langgar BengBeng!!!" 

Kelam kabut. Aiman dah nangis, ibu, dan aku. 
Sungguh... aku namapk BengBeng yang tadi bergerak sebab tahan sakit, terus berhenti bergerak dah. Darah banyak keluar. 

"Abah langgar kepala." 
Ayat itu yang banyak kali keluar dari mulut aku. 
Sungguh waktu itu aku tak boleh terima dah. Aku nak salahkan abah aje. 

Sedih. 
Memang sedih. Sape aje yang tak sedih bila dapat jumpa kucing yag iras-iras macam dia. 
Baik, penyayang, comel, mata semacam dia... 
Sayang sungguh dengan dia. 
Tembam dan tak pandai marah gak.
Tak dapat terima kenyataan waktu tu. 

"Abah langgar dia. Tak akan tak nampak kot. " [nada marah] 
"Dia kan selalu duduk kat situ. Sinag-siang." 

BamBam - adik BengBeng. BamBam rapat sangat dengan BengBeng. Macam belangkas. Tak leh lepas. BengBeng selalu jaga BamBam, bersih bulu BamBam bagi cantik. Tak tahu nanti macam mana kalau BamBam dapat rasa kalau abang dia tak ada lagi. 
Nampak dia, tak sampai hati seungguh. Rasa sedih. 
Mama dia pun dapat bau. :,(
Along pun menangis sebab baru semalam along jumpa dia. Along balik dari kolej. 

Dan... 
Mulalah teringat balik macam flashback semuanya balik. 
Dan buat aku kecewa adalah; 

"Lepas ni, ibu tak nak bagi kat kawan ibu tulah. Tak jadi. Nanti ibu cakap kat dia." 

Buat aku kecewa. 
Tapi now aku dah reda. Insha-Allah. Harapnya. 
Bukan marah, tapi sedih. 
Bukan salah abah pun.
Bukan juga salah ibu. 
Tapi dah takdir.
Setiap seseuatu ada hikmah. Tanam dalam diri. 
Setiap yang hidup pasti temui mati walau sihat macam mana, muda kacak tak hingat tapi Allah yang menentukan kehidupan. Jodoh, rezeki, AJAL di tangan Allah. Tak ada sape leh bantah, sekiranya Allah kata, KUN FA YAKUN


Allah telah menetapkan bahawa bila sampai masa dan ketikanya, sekelian makhluk bernyawa ciptaanNya, pasti tidak bernyawa lagi.
Kenapa tidak bernyawa?
Kerana yang bernyawa akan menemui mati akhirnya.
Setiap yang bernyawa pasti akan sampai ajalnya. Ajalnya adalah kematiannya.
Orang tua mati, kanak-kanak pun mati.
Lelaki mati, perempuan pun mati.
Pemimpin mati, rakyat jelata pun mati.
Insan mulia mati, insan hina pun mati.
Orang kaya mati, orang miskin pun mati.
Para Anbiya dan auliya pun mati.
Para mukninin dan solihin pun mati.
Yang suka mati pun mati, yang benci mati pun mati.
Yang sakit mati, yang sihat pun ramai yang mati.
Orang gagah mati, orang lemah pun mati.
Para pesakit mati, para doktor pun mati.
Cikgu mati, murid pun mati.
Tukang gali kubur dan tukang mandi mayat pun mati.
Pendek kata….
Semua kita akan mati. Semua yang bernyawa pasti akan pergi. Pergi takkkan kembali!
Yang tidak mati hanyalah Zat yang memiliki kemuliaan, kekuatan, keagungan dan keluasan.

BengBeng pun. Cuma BengBeng dah pasti tak ada dosa. 
Masuk syurga terus. Cuma manusia je yang ada perhintungan nanti kat akhirat. 
Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah insan yang terbaik dan terpuji dari kalangan hamba-hambaNya.
Kalau semua kita akan mati, maka apakah tindakan kita?
Apakah persiapan kita?
Kita masih mahu menimbun dosa?
Kita masih belum puas membuka dan menelanjangkan aib sesama manusia?
Apakah kita masih belum puas dengan harta yang ada?
Ya Allah, semua kita akan meninggalkan dunia yang fana ini, walhal bekalan kita tidak seberapa.
Sungguh, persiapan kita pula tidaklah sesungguh mana, walhal semboyan kemtian semakin kuat kedengaran.
Mungkin esok lusa,mungkin beberapa jam lagi dan mungkin seketika lagi kita dijemput kembali ke pangkuan Yang Maha Mencipta...kembalinya diri kita tanpa sempat kita bersedia membawa bekalan yang secukupnya untuk ke sana




"BengBeng... angah sayang sangat awak. Tapi mungkin kita tak leh lama-lama. Maybe BengBeng penat agaknya. Letih dah. Adik-adik BengBeng ramai. Tak larat nak jaga. BamBam yang dah besar pun masih nak manja dengan BengBeng lagi... Sekarang ni, angah dah tak dapat nak buli BengBeng dah. Dengar suara BengBeng yang comel. Tak reti nak marah sungguh. Muka yang baik. Mata yang cantik. Perangai yang nakal. Tangan yang besar macam monster. Nak tahu tak, sejak Belang tak ada... dah lari juah. Susah kucing lain nak curi tempat dia, tapi BengBeng dah dapat curi sikit tempat dia. BengBeng buat sama macam Belang. Sungguh angah sayang awak sangat-sangat. Moga BengBeng rehat sungguh-sungguh ya. Tak perlu susah nak kongsi makanan dengan adik-adik yang lain. Kena marah sebab curi makanan senyap-senyap. Maybe BengBeng penat nak duduk kat dunia ni dah, Allah ajak BengBeng rehat sama-sama dengan Dia. Tempat teratas. Assalamualaikum sayang. Adik BengBeng kami semua kan jaga ya." 

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...