#Suntikan Semangat#

Monday, 14 August 2017

B || Gadis Traffic Light




Gadis Traffic Light


Suraya itu aku kenal dengan gelaran 'gadis traffic light.' 

Sebab, 

orang kata antara tiga warna lampu isyarat itu; dia pilih merah. 

Bila ditanya kenapa. Dia kata; 

"Bila merah, Su boleh tunggu sebanyak mana Su nak."

Aku geleng kepala.
Tak setuju. 

Kenapa dia kena pilih warna merah. Punyalah ada warna hijau; dia boleh ke depan. Maju. 
Warna kuning; dia boleh bersedia nak meninggalkan tempat, bersedia nak berjalan. 

"Kenapa kau perlu tunggu?" soal aku; waktu aku dan Suraya duduk lepak sama kat tepi kolam tanpa sengaja. 

Suraya pandang aku dengan senyuman masih setia di ukir. 
"Sebab... Su nak tunggu dia." 

Aku mengeluh berat. "Su..." Mataku tepat menatap wajah dia. Suraya buat tidak endah, malah membalas renungan aku dengan senyuman manis dia. 

"Takpe kan?" 

"Takpe tu memang takpe. Tapi bila penantian kita memudaratkan diri, tak perlu kot." 

Suraya sengih. "Kalau memudaratkan itu, buat kita bahagia?" 

Aku jatuh kepala ke bawah. Menunduk melihat kasut converse merah aku. 
"Tapi, Su..." 

"Su sayang dia, tau." 

Aku angguk. Tahu kebenaran itu. 

"Su cintakan dia..." 

Angguk lagi. 

"Su..." Suara Suraya mula mengeletar. Aku tahu Suraya tahan sebak. 

"... Su rindu dia..." 

Aku terus pejam mata untuk beberapa saat. 

Setianya Suraya pada dia. 
Buat aku cemburu dengan dia. 

"Tapi, kau kena ingat dan kau kena tahu."

Aku berhenti sejenak. Menoleh melihat Suraya di sebelah. 

"Maulis dah takde. Suami Su, Maulis dah dua tahun tinggalkan kita semua."

Suraya diam. 

Kemudian, dia ketawa perlahan. 

"Kalau Su tunggu Maulis, dia datang balik kan. Macam semalam..." 


-The End-

Sunday, 13 August 2017

A || Can We Go Back?




Can We Go Back? 


Iz ketap bibir. Memandang kosong wajah di hadapannya. Wajah yang dia rindu; kali terakhir mereka bersua, tujuh bulan lepas rasanya. 

"Iz?"

Iz cuba beri senyum. Cuba berlagak biasa, buat tidak terkejut akan kehadiran gadis itu. 

"Lama kita tak jumpa. Kan?" 

Senyum. Tiada balas yang keluar dari mulut Iz. 

"Ara datang nak balik kembali dengan Iz." 

Iz tersenyum dengan kenyataan yang keluar dari gadis itu. Kedua belah tangannya yang sedari tadi di dalam poket seluar, terus dikeluar dan dibawa ke tubuh menyilang dada. 

"Balik dekat aku?" Iz sinis. Suka hati tinggal, suka hati datang balik. Ingat aku ni apa.

Ara angguk, mengharap Iz menerimanya kembali. Sama seperti waktu dulu-dulu. Sewaktu Iz layankan sahaja dia, waktu Iz siang malam bersama disisi dia. 

"Kau perempuan apa eh? Tak ada malu?" 

Ara melangkah setapak ke depan; cuba dekati Iz. Tapi, Iz melangkah setapak ke belakang, menjauhi dia. Ara cuba basahkan bibir yang terasa kering. 

"I minta maaf I..."

"Senang kau kan?" Iz cepat mencantas Ara. Dia tahu, Ara cuba jelaskan. Dia tahu Ara cuba mempermainkan perasaannya dengan kata maaf. 

"Iz..."

"Maaf, aku tak nak kau balik."

Iz cuba berpaling; namum tangisan Ara membuat dia kembali memandang wajah itu. 

"Apa kau cuba buat Ara?" soal Iz. 

Ara renung Iz. Melihat lelaki yang dia sayang, itu bahagia. Tapi, bila lelaki itu menolaknya jauh, itu perit untuk dia. 

"Dengar penjelasan I, Iz." 

"For?" 

"I tahu I salah. I mainkan you. I tak jaga perasaan you. I pergi..."

Iz lepas keluhan berat. 

"Kau pergi bila kau dah muak dengan aku. Kau pergi dengan jantan lain. Bila kau dah muak dengan jantan tu, kau datang balik dekat aku. Kau ni apa hah?" 

Iz tak marah, 

cuma

dalam hatinya dia kecewa. 

Ara berjalan dekat pada Iz. Berdiri betul-betul di hadapan Iz. Merenung anak mata Iz yang paling dalam. Cuba mencuri masuk, membaca perasaan lelaki itu tapi tidak dapat. Anak mata itu kosong. 

"Iz bagi I peluang. Second chance, please..." 

Iz koyak senyum. Menunduk; melihat Ara yang rendah darinya. Tipu kalau dia kata dia tidak punya rasa sayang pada gadis ni. Tipu juga dia, kalau dia kata dia tak nak kembali berdiri setia sebelah gadis ini. 

Tapi, 

Bila mana Ara minta peluang kedua; dia rasa dah tak perlukan gadis itu.

Sebab, 

"Aku dah kahwin." 

-The end- 

Tuesday, 25 April 2017

Cerpen — The Reason Why We Broke Up



Aku ketawa kecil. Tepuk dahi tiba-tiba, buat Fira di sebelah kerut dahi. Fira cuit lengan aku. Aku tayang gigi tak bersalah.

"Uyip, dah kenapa pukul dahi sendiri? Pening ke?" Fira pandang aku dengan muka risau. 

Aku geleng. Phone di tangan, aku renung bila mana message dari Khaira terpampang. Aku tersenyum sendiri, bila Khaira bagi emoji love akhir message.

"Senyum apa?" Fira tegur. Aku kerling Fira di sebelah, dengan senyuman terpamer. Garu kepala, tak tahu nak bagi alasan apa kat Fira. Oh Uyip, fikir...fikir Uyip!

"Er...  Ni haaa Fakrul kata dia nak meet up kat kedai mamak depan kolej ni. Kenapa?"

Dia geleng. "Takde. Baru ingat nak ajak Uyip pergi teman Ira beli barang." Fira koyak senyum. "Tapi, kalau Uyip nak keluar dengan Fakrul, takpe."

Aku gigit bawah bibir. Ah sudah, serba salah pulak dibuatnya. Aku jeling Fira, nampak raut wajah dia kecewa. 

"Ira?" 

"Ya."

"Sorry." Aku bangun, pandang Fira yang mengukir senyum nipis padaku. 

Dia angguk. "Takpe. Tak kisah pun." 

"Okay. Bye." Aku laju jalan tinggal dia. Sikit pyn aku tak kalih lihat dia. Lambai dia macam dulu. Entah, aku tak peduli. Mungkin sudah bosan hendak melambai. 

"Uyip!!" 

Mataku laju menangkap figura aku kenal, Wawa. Aku ketawa. Wawa dengan rambut serabai dek ditiup angin buat mukanya comel. 

"Wa, ada apa?" Tanya ku ramah. Tak sedar, jarak aku dengan Fira tak jauh mana. 

Wawa senyum. "Ni haa..nak ajak kau lepak makan malam ni. Nak join tak?" 

Aku tak teragak nak fikir. Laju kepala jatuh ke bawah. "On je. Bila? Kul bape?" 

"Lapan. Kat tempat biasa." 

Aku angkat tangan tunjuk simbol 'okay'. Wawa angguk, terus pergi tinggal aku. 
Belum kaki nak melangkah, terasa gerak  ditahan. Kepalaku terus toleh belakang, nampak Fira memegang hujung baju aku. 

"Ada apa?" 

"Kalau sekalipun Uyip tak nak keluar dengan Fira, tolong tipu Fira jauh-jauh." Fira koyak senyum. Pegangannya dilepaskan, jalan pergi tinggal aku. Aku lepas keluhan kecil. Kau pun satu Uyip, pergi jauh-jauh kalau nak menipu pun. 

***
Aku menghampiri Fira yang duduk sendiri di tepi sudut penjuru meja cafeteria. Aku ketuk meja dua kali sebelum duduk. Fira angkat wajah, pandang aku. Seukir senyuman tergaris di bibirnya. 

"Dah makan?" tanya dia. Aku angguk. Sebelum datang sini, aku dah siap makan dengan Khaira.

"Oh." Pendek jawapan dia bagi. Kemudian, matanya terus menatap buku Business di tangannya. 

"Ira..." 

"Ya." 

"Boleh tolong Uyip tak?" 

"Tolong apa?"

Aku nampak Fira dah tutup bukunya, kemudian matanya tatap muka aku. 

"Apa?" 

"Er.. ni haa. Uyip ada assingnment nak kena siapkan. Tapi, project dari Miss Tang pun kena siapkan jugak. Uyip tak cukup tangan dah nak siapkan. Kalau Uyip nak mintak Ira tolong Uyip buatkan assingnment ni..." 

"Hmm-mm..." 

"Kalau Ira boleh tolong Uyip..." Aku keluarkan buku dan kertas task dari beg. Aku tolak semuanya ke depan Fira. Fira pandang aku. 

"Tapi Ira bukan budak media." 

"Sebab tu, Uyip bagi Ira buku rujukan. " Aku tunjuk buku tebal cover biru. 

"Bila nak kena hantar assingnment ni?"

"Semuanya bulan depan nak kena hantar." Jawabku ringkas. 

Fira senyum kemudian, ditolak kembali buku-bukuku ke depan aku. "Sempat tu buat. Uyip nanti buatlah slow-slow." 

Fira dah mula nak bangun, kemas barangnya-barangnya. Aku angkat wajah pandang Fira. 

"Ira tak nak tolong ke, Uyip?" 

"Tak. Uyip boleh buat semua tu. Fighting!" Balas Fira lalu beredar pergi. Aku perhati Fira dari jauh. Tak pernah-pernah Fira tolak permintaan aku. Oh, entah-entah Fira ada lelaki lain tak? 

"Ishhh!!" 

***
Gaun kuning yang tersarung pada Fira nampak cantik, pabila ditiup angin. Rambut ikal mayang milik Fira, beralun lembut membuatkan Fira nampak menawan. Segaris senyuman terukir menampakan Fira begitu indah dipandang. Aku tersenyum sendiri. 

"Ira!!" 

Aku jerit kuat-kuat panggil nama dia. Tangan kananku diangkat tinggi melambai-lambai ke arah Fira. Namum, jeritanku diabaikan oleh gadis itu. Malah, senyumannya bertukar menjadi ketawa kecil pabila seorang lelaki tinggi datang berjalan menghampirinya. Tangan lelaki itu selamba mendarat di belakang tubuh Fira, dan sedikitpun Fira tak menepis. 

Perlahan-lahan aku jatuh kembali tanganku. Memandang Fira yang tampak gembira, di samping lelaki itu. Aku kuak rambutku ke belakang. Rasa rimas pulak. 

Tiba-tiba, phone berbunyi menandakan message masuk. Tentera nama Khaira, dan senyumanku kembali terukir. 

khairajohn: Abang jom teman makan.

uyip25: Okay jugak. Kat mana?

khairajohn: Kat tempat biasa. Ajaklah Kak Ira sekali. 

uyip25: Tak perlu. Dia tak kisah pun. 

khairajohn: Oh kalau macam tu. Okay. 

Terus phone aku tutup. Kepalaku angkat pandang ke depan, dan kelibat Fira dan lelaki itu sudah tak kelihatan di depan. Aku tersenyum sinis. 

"Kau ingat aku suka kau sangat ke hah?" 


***

Fira duduk di sebelah dengan muka gembitra. Aku kerling dia. 

"Kenapa nampak gembira sangat ni?" 


"Oh, Uyip... Ira lulus." Katanya gembira. Aku senyum nipis. 


"Budak dean list lah ni." 

Fira ketawa. "Takdelah... cukup cukup makan je pun ni haa..." 

Aku kemudian bangun. Fira pandang aku dengan pandangan pelik. 

"Nak pergi mana? Ira baru sampai." Dia buat muka cemberut. 

"Ada hal." 

"Hal apa?"

"Bukan urusan Ira pun. Bye." 

Belum sempat aku nak langkah kaki, nama Fira masuk gegendang telinga aku. 

"Ira!!! Okay tak?" 

Aku pusing belakang. Nampak lelaki hari tu, berdiri depan Fira dengan muka excited. Tak jadi aku nak pergi. Aku nak tengok reaksi Fira. 

"Okay. Izqi macam mana okay tak?" 

Excited kan suara kau Ira. Kau boleh buat tak tau aku. Aku kat depan kau, Ira. Ohmaigad Uyip, sabar Uyip. Sabar. 

"Okay." Lelaki bernama Izqi itu selamba duduk sebelah Fira. 

"Ira..." Tegur aku. 

Fira pandang aku. "Ya, Uyip." 

"Ira kenal ke lelaki ni?" Izqi menyampuk. Aku jeling tajam dia. 

"Kenal. Dia teman..."

"Aku kawan dia. " Aku kerling Fira dengan hujung mata. Nampak muka dia sedikit tesentak dengan jawapan aku. Apa? Betul lah, entah-entah dia pun nak cakap aku kawan dia. 

Fira sengih. "Haah.. dia kawan Ira. Kenapa?"

"Takde apa." 

"Ira, Uyip pergi dulu." Aku lambai tak ikhlas. Fira cuma angguk seolah memang nak aku pergi. Kemudian, laju kepalanya diarahkan hadap Izqi. Dan sempat telinga aku, tangkap perbualan mereka. 

"Aku dah tak tahan..." 

***
Hari ni aku ajak Fira keluar jalan. Semalam aku call dia tanya sama ada okay ke tak. Ceria je jawapan dia. Tak pulak kecewa macam hari tu. Kali ni aku nak sama jujur dengan dia.

"Assalamualaikum, Uyip." Fira cuit bahu aku. Aku kalih lihat dia. Cantik. 

"Waalaikumussalam." Aku ajak dia duduk sebelah aku. 

"Ada apa?" soalnya, sambil membetul-betulkan duduknya. Aku hanya memrhati tingkahnya. 

"Ira, masih sama macam dulu kan?"

Dia senyum. "Ada apa ni, hmm?"

"Kalau Uyip tanya Ira, sama ada Ira sayang Uyip macam dulu. Ira jawab apa" 

Dia diam seprti memikirkan jawapan untuk soalan Biologi. "Ira jawab apa/"

Fira renung mata aku. "Sayang. Masih sama macam dulu." 

Aku sinis. "Sayang?"

"Hmm-mm." 

"Siapa Izqi?" 

"Kawan Ira lah." 

Aku bulatkan mulut tanda 'O'. "Tapi sebelum ni tak pernah nampak pun." 

"Sebab Uyip sibuk kan." 

"Kalau Uyip kata; Uyip tak sayang Ira lagi." 

Dia ketawa kecil. "Ira terima." 

"Tak akan macam tu je."

"Sebab Ira tahu; you just didn't love me." Fira senyum. Aku terdiam. 

"So?"

"So apa?"

Aku tarik nafas. Pandang muka Fira tenang. "Kita break." Okey, Uyip. Good job, kau dah terus terang. Ah sudah, tak pernah-pernah lelaki yang mintak break. 

Fira jilat bibirnya bagi basah. Kepalanya jatuh kebawah. "Kalau itu Uyip nak, there's no other reason then." 

Aku cuba capai tangan dia, laju dia tepis. Aku tersentak. Dia lihat muka aku. "Ira, dah nak balik nih." 

"Ira tak nak tanya kenapa Uyip mintak putus?"

"You just didn't love me. You just never loved me. Everything is clear." Fira koyak senyum sebelum melangkah pergi tinggalkan aku sendiri. Aku terpana. Oh Uyip, kau tahu tak selama ni kau aniya dia. 

***
Tiga tahun aku tak nampak Fira. Bila aku contact nombor dia, sekali pun dia tak pernah angkat call. Tapi at least, aku lega dia tak tukar nombor lagi. 

Sedang-sedang aku duduk santai atas bangku, kat taman reakrasi. Aku ternampak kelibat seorang gadis aku kenal. Cantik. Sama macam dulu. Terus aku bangun kejar dia. Tangannya terus aku pegang. Aku tahu, aku lebih batas pegang tangan orang tiba-tiba. 

"Fira..."

Gadis itu pandang muka aku dengan muka cuak. Pantas, dia tepis kasar peganganku. 

"Apa ni pegang tangan orang suka hati." 

"Maaf. Uyip cari Ira..." 

Fira berdecit. "Kenapa nak cari Ira?"

"Ira cantik sekarang..." Ya, dia memang cantik sekarang. Cantik bertudung merah jambu, baju blouse labuh tersarung. "Ira nampak lain sangat..." 

Fira senyum. "Ada apa?"

"Uyip nak Ira..." 

Fira kerut dahi. "Uyip buat kelakar ehh. Apa Uyip nak sebenarnya?" 

"Kenpa kita putus?" soal aku bodoh. 

Fira dah mula peluk tubuh, dah rasa lain macam. "There is no real reason why we broke up. Just Uyip dah tak sayang Ira. Tu je." 

"Uyip mintak maaf..." 

"Ira yang patut mintak maaf. Sepatutnya dulu, Ira tak perlu nak faham keadaan Uyip sebab makin Ira faham Uyip, makin jauh Uyip pergi. Makin kita cuba, the more boring you and I got. Uyip makin lain, you dreamed a new love." Fira senyum. "I dreamed of an eternal love."

"Ira..."

"Tiga tahun dulu, lepas kita pisah. Uyip nak tau tak apa Ira mimpi? I had a bad dream, that I fell for you who came back to me once again that I accepted you who just came back however you wanted." Fira ketawa kecil. "Bila Ira bangun, Ira tak sama macam mimpi tu. Ira tak leh terima Uyip lagi." 

Aku tertunduk. Tak sangka keputusan aku tu, adalah keputusan paling bodoh aku buat. 

"Ira..." 

"Ira dah kahwin." Fira renung aku. Aku tak berkelip pandang dia. Telinga aku sentuh, kowt-kowt telinga aku salah dengar bicara Fira. 

"Apa Uyip salah dengar." Aku sengih, tak tahu malu. 

Fire geleng kepala. "Tak, tak salah dengar. Ira dah kahwin dua bulan lepas. Maaf, Ira tak jemput Uyip." 

"Dengan siapa?" 

"Omar." 

"Izqi?"

"Kenapa dengan Izqi?" soalnya keliru.

"Bukan Izqi..."

"Sepatutnya Ira yang tanya Uyip. Mana Khaira? Mana Wawa? Mana perempuan lain yang Uyip selalu keluar?" 

Keluhan berat terlepas tanpa aku sedar. Aku pejam mata sesaat. 
Ya Tuhan, aku salah faham. Aku tak hargai dia. 

Fira datang dekat padaku. Satu garis terbentuk. Aku pandang dia, begitu juga dia.

"Jaga diri. Jaga makan." pesannya sebelum pusing tubuh, hendak beredar dari situ. 

Aku kuak rambutku ke belakang. Ya Tuhan, beratnya perasaan ni. 

-The End-

Friday, 21 April 2017

Cerpen - Manual




Manual

"Hanz!!" Laung satu suara yang cukup kukenal memanggil nama aku. Aku kerling sebelah, nampak dia membetulkan duduknya. Bibirku perlahan mengukir satu garis tanpa sedar. 

"Hanz, kau buat apa?" soal dia. Aku senyum nipis. Soalan apa dia tanya? Sudah terang bersuluh, aku tengah tak buat apa-apa. 

"Kau rasa?" 

Dia ketawa kecil. "Kau tengah buat bodoh." 

Aku angguk kemudian ku paling tubuh menghadap dia. 

"Aza, aku nak tanya something taw." Getar suaraku, gabra mungkin. Aza angkat muka lihat aku. Dia jatuh kepala ke bawah, tanda izin. 

Aku tarik nafas perlahan. "Aza, kau kenal Mia kan?" 

"Kenal. Kenapa?" 

"Tak ada apa lah. Cuma nak tau kau kenal dia ke tak je." Aku sengih. Aza dah mula buntangkan mata pandang aku. 

"Kau ingat aku bodoh. Kau suka dia kan?" tanya dia, sambil jongket kening kiri. Aku tersengih lagi. Macam mana Aza boleh tahu?

"Sebab kau tu bodoh sangat. Hanz, muka kau tu terlalu jujur. Semua orang tahu, kau suka Mia. Aku pun... aku pun dah lama tahu kau suka Mia sejak sekolah rendah lagi." Aza senyum, matanya jatuh pada jemari runcingnya. 

"Serius ah, semua tahu?" Aku seakan tak percaya, jujur sangat ke muka aku even tak bagitau pun sah boleh bocor rahsia. 

"Iya." balas dia pendek. 

"Aza, kalau..." 

Dia pandang wajah aku. "Kau nak tau dia suka kau ke tak ke?" 

Aku tertelan air liur. Ya Tuhan, ini pun dia tahu ke? 

Aku angguk perlahan. Aza senyum. "Kau pergi lah tanya dia sendiri. Apehal lak nak libatkan aku."

"Tapi dia kan kawan baik kau." 

"Encik Hanz, even aku kawan baik dia sekali pun, tak bermakna hal peribadi dia, aku kena ambik tahu jugak. Agak-agak lah." Aza membebel. Dia mula mencabut-cabut rumput di sekitarnya. Bosan agaknya. 

"Kau nak balik, pergi la. Aku nampak kau macam penat je." 

Aza geleng kepala. "Malas. Kau tau ajelah mak aku, tak habis-habis disuruh aku buat kerja itu ini seolah aku sorang je yang ada dalam rumah tu." Dia mengeluh. Aku pejam mata sesaat. 

Aku faham hidup Aza. Dia dilayan seakan dia anak pungut, sedangkan adik beradik lainnya ramai yang boleh membantu. Aku pernah lihat Aza dipukul dengan roton buluh, depan-depan aku waktu aku ingin menghantar kerja sekolah untuk Aza disebabkan dia tidak hadir ke sekolah. Apa salah ke kawan hantarkan kerja sekolah?

"Hanz!" Aza cucuk bahu aku, dengan kayu-kayu kecil. 

"Apa?" 

"Aku rasa kan..." 

"Hmmm..."

"Aku rasa kan Hanz, entah-entah aku ni memang anak pungut tak? Yelah, sebab mak selalu pilih kasih antara aku dengan adik beradik lain."
Aku berdecit. "Mana ada Aza. Kau bukan anak pungut, aku tahu tu." 

"Mana kau tau."

Aku ketap bibir. "Aku rasa..." 

"Kau tak rasa apa aku rasa Hanz." Aza tunduk, dan aku tahu dia sedang menahan tangis. 

"Maaf." 

__________________________________

Aku jeling Aza di sebelah, dan tanpa sadar bibirku mengukir satu garis. Ah sudah, tengok Aza buat homework pun tersenyum?

"Kau senyum apa?" tegur Aza. Aku jilat bibirku yang terasa kering. 

Aza angkat wajah, lihat aku. "Apa?" 

"Tak ada apa. Oh, kerja sekolah cikgu Yati kau dah siap?" 

Dia menangguk. "Nak pinjam?" 

Aku sengih. " Haah." 

Laju Aza goyang-goyangkan jari telunjuknya depan aku. "Nope, kali ni tak boleh." 

Aku tergaman. Tak akan lah, Aza tak bagi pinjam. Aza tak macam ni. 

"Aku nak kau buat sendiri." arah Aza. 

"Weyh Aza, kelas cikgu Yati lepas nih.Tak sempat. Banyak lagi kowt aku tak siapkan." 

"Itu masalah kau."

"Aza..." 

"Kau kan suka Mia. Mia tak suka lelaki meniru." jawab Aza selamba, sambil jongket kedua belah kening tanda perli. Aku tahu tu. Tapi, Aza tak macam ni. Kenapa sekarang ni jugak dia nak berubah. 

"Aza..."

"No Hanz." 

"Aza..." 

"No." Aza mula letak pangku kepala atas lengan. Itu tanda-tanda Aza malas nak layan aku.

"Aza, tolonglah. Kali ni je aku pinjam kat kau.'

"Tak, kau kan suka..."

Tak sempat/

"Tak!! Aku tak suka Mia!!"  

Aza bangun. 

Satu kelas terkejut. 

Dan, mataku tepat terpandang kan figura aku kenal. Sangat kenal. 

Ah sudah! Mulutku jadi sasaran tamparan aku. Kau memang bodoh, Hanz. Memang bodoh, kenapalah kau tak sedar, yang Mia satu kelas dengan kau. Duduk barisan depan meja kau. 

Ah!!!

"Hanz..." 

Aku kalih pandang Aza. "Ini semua salah kau!"

_____________________________________

Aku muncung bibir. Aza kat sebelah sikit pun aku tak ambil tahu.  Disebabkan hal hari tu, Mia dah tak nak pandang aku. Mia dah tak suka aku. 

"Hanz, aku mintak maaf laa..." Aza letak satu bekas tupperware sebelah aku. Sempat aku jeling isi dalam. Kuih kelepat pisang. 

"Lambat." 

"Tapi Hanz..."

Aku kerling dia. "Apa?"

"Jujurlaa... sebenarnya bukan salah aku pun. Kau sendiri yang cakap, pastu meniru tu pun salah, Jadi ini..." Belum sempat Aza nak buat ayat lengkap, aku terus cubit lengan dia. Kuat. 

"Aduh!" Dia tolak tangan aku. "Kau ni pun... sakitlah." 

Aku mencebik. "Padan muka! Kira kau nak cakap ni semua salah aku lah kan." 

Aza senyum. "Hanz, aku dah beritau Mia."

Aku laju hadap muka dia. "Kau beritau apa kat dia."

"Kau still suka dia." jawab dia. Automatik, hujung bibirku naik hingga ke telinga. 

Aza jeling aku. "Suka lah tu."

Gila tak suka/ crush kau minat kau balik.
Aku kerling Aza kat sebelah dan dia masih lagi dengan senyuman dia.  

"Nah, kuih faveret kau."

___________________________________

Aza ukir senyum. Aku balas nak tak nak je. Sampai hati dia tak beritahu aku. Lepas SPM terus senyap, cari kat rumah dia takde. Aku hilang jejak Aza dekat tiga bulan. Nih, dia balik bawak berita buruk pulak kat aku. 

"Kau sihat, Hanz?" 

Aku angguk. 

"Kau dengan Mia macam mana?" soal dia, nak pecah sunyi. 

"Takde apa. Dia sekarang dah ada pakwe lagi bagus dari aku." balas aku, takde emosi. Sikit pun aku tak kecewa dengan Mia. Malah, aku sedar aku takde perasaan apa-apa kat dia. 

"Oh." Aza gigit bawah bibir. "Hanz..." 

"Kau nak bagitau aku, kau nak kahwin dah?" 

"Maaf, aku tak bagitau kau." 

"Mana kau pergi selama ni? Aku cari kau Azati Aminuddin. Kau boleh tinggal aku macam tu je. Kau kejam kan, Aza." Aku tenung tajam tepat pada anak mata dia. Aku perasan, Aza gugup. 

"Aza..." 

"Ya."

"Maaf, aku tak sedar sepanjang hubungan kita ni." Aku pejam mata sesaat, kemudian kembali pandang Aza. 

"Sedar apa?"

"Kau suka aku." 

"Eh? Ada-ada aje kau ni. Sejak bila entah aku suka kau." Aza berdalih lalu ketawa. Aku tahu gelaknya itu palsu. 

"Tahu. Aku sengaja gurau, dah lama tak gelak tawa dengan kau." Aku ukir garis palsu. 

"Hanz..." 

"Hmm..."

"Nanti kenduri jangan lupa datang taw." 

"Okay."

_________________________________

Aku duduk jauh perhatikan Aza dengan suami dia. Aza manis tersenyum, nampak gembira pada matanya. Tidak semena-mena, pebualan aku dan Zamri tiga bulan lepas menerjah ingatan. 

"Hanz kejap!" Aku toleh belakang lihat Zamri lelah mencari-cari oksigen. Berlari gamaknya budak ni.
"Ada apa?"

"Kau kenal Azati Aminuddin kan?" tanya dia. Aku angguk. 

"Ada apa?"

"Kau boleh tak tolong bagi ni kat dia." Zamri hulur surat kat aku. Aku ambil dan pandang dia. 

"Surat?"

"Surat aku untuk dia. Dah lama dah aku bagitau kat dia aku suka dia, tapi dia reject aku."

"Reject?"

Zamri sengih. "Sebab dia kata dia tunggu kau."

"Tunggu aku?" Aku blur. Dah kenapa Aza nak tunggu aku. 

"Entah. Mungkin dia suka kau kowt. Tolong taw Hanz bagi dia." 

Aku diam membatu sehingga satu suara menyentak lamunanku. Aku angkat wajah lihat gerangan itu. Wajah gadis yang aku sayang, berdiri tegak di depan. 

"Kau menung apa huh?" 

Aza ambik kerusi, tarik duduk sebelah aku. Aku mampu senyum.

"Takde tak sangka Zamri tu memang jadi suami kau." 

"Aapa yang tak sangka. Kau pernah jumpa dia ke?" soal Aza dengan dahi berkerut. 

"Haah." Aku terus seluk poket seluar, keluarkan sepucuk sampul surat putih lalu ku hulur pada Aza. Aza sambut, dibaca nama yang tentera di surat itu. 

"Untuk aku?"

Kepalaku jatuh dua kali. "Untuk kau. Zamri bagi kat aku. Lama dah, cuma aku lupa." Aku pura-pura gosok belakang kepala. Aza gelak. 

"Kau memang bodoh lah Hanz. Nih surat cinta nih. Tak sangka dia suka aku lama dah. Asal kau lupa? Ishhh!!" 

Aku sengih. 

"Ya. Aku memang bodoh. Dahlah, pergi sana. Kesian suami kau, kena tinggal." Halau aku. Aza makin tergelak besar. 

"Terima kasih, Hanz." Aku angguk. Perhatikan Aza pergi. Aku menguak rambut depan ke belakang. Ya Tuhan, kuatkan aku untuk biarkan dia pergi bersama lelaki itu. Mungkin, penyambung rusuk ini,akan aku temui nanti. 

Hanz, Hanz... kau tahu sebab kau tak bagi surat tu. 
Kau tahu, Hanz. Kau tahu, kau suka Aza. Cuma kau, tak tahu Aza takde buku panduan pengendalian. 

Aku ketawa kecil. 






THE END.






My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...