#Suntikan Semangat#

Monday, 14 August 2017

B || Gadis Traffic Light




Gadis Traffic Light


Suraya itu aku kenal dengan gelaran 'gadis traffic light.' 

Sebab, 

orang kata antara tiga warna lampu isyarat itu; dia pilih merah. 

Bila ditanya kenapa. Dia kata; 

"Bila merah, Su boleh tunggu sebanyak mana Su nak."

Aku geleng kepala.
Tak setuju. 

Kenapa dia kena pilih warna merah. Punyalah ada warna hijau; dia boleh ke depan. Maju. 
Warna kuning; dia boleh bersedia nak meninggalkan tempat, bersedia nak berjalan. 

"Kenapa kau perlu tunggu?" soal aku; waktu aku dan Suraya duduk lepak sama kat tepi kolam tanpa sengaja. 

Suraya pandang aku dengan senyuman masih setia di ukir. 
"Sebab... Su nak tunggu dia." 

Aku mengeluh berat. "Su..." Mataku tepat menatap wajah dia. Suraya buat tidak endah, malah membalas renungan aku dengan senyuman manis dia. 

"Takpe kan?" 

"Takpe tu memang takpe. Tapi bila penantian kita memudaratkan diri, tak perlu kot." 

Suraya sengih. "Kalau memudaratkan itu, buat kita bahagia?" 

Aku jatuh kepala ke bawah. Menunduk melihat kasut converse merah aku. 
"Tapi, Su..." 

"Su sayang dia, tau." 

Aku angguk. Tahu kebenaran itu. 

"Su cintakan dia..." 

Angguk lagi. 

"Su..." Suara Suraya mula mengeletar. Aku tahu Suraya tahan sebak. 

"... Su rindu dia..." 

Aku terus pejam mata untuk beberapa saat. 

Setianya Suraya pada dia. 
Buat aku cemburu dengan dia. 

"Tapi, kau kena ingat dan kau kena tahu."

Aku berhenti sejenak. Menoleh melihat Suraya di sebelah. 

"Maulis dah takde. Suami Su, Maulis dah dua tahun tinggalkan kita semua."

Suraya diam. 

Kemudian, dia ketawa perlahan. 

"Kalau Su tunggu Maulis, dia datang balik kan. Macam semalam..." 


-The End-

Sunday, 13 August 2017

A || Can We Go Back?




Can We Go Back? 


Iz ketap bibir. Memandang kosong wajah di hadapannya. Wajah yang dia rindu; kali terakhir mereka bersua, tujuh bulan lepas rasanya. 

"Iz?"

Iz cuba beri senyum. Cuba berlagak biasa, buat tidak terkejut akan kehadiran gadis itu. 

"Lama kita tak jumpa. Kan?" 

Senyum. Tiada balas yang keluar dari mulut Iz. 

"Ara datang nak balik kembali dengan Iz." 

Iz tersenyum dengan kenyataan yang keluar dari gadis itu. Kedua belah tangannya yang sedari tadi di dalam poket seluar, terus dikeluar dan dibawa ke tubuh menyilang dada. 

"Balik dekat aku?" Iz sinis. Suka hati tinggal, suka hati datang balik. Ingat aku ni apa.

Ara angguk, mengharap Iz menerimanya kembali. Sama seperti waktu dulu-dulu. Sewaktu Iz layankan sahaja dia, waktu Iz siang malam bersama disisi dia. 

"Kau perempuan apa eh? Tak ada malu?" 

Ara melangkah setapak ke depan; cuba dekati Iz. Tapi, Iz melangkah setapak ke belakang, menjauhi dia. Ara cuba basahkan bibir yang terasa kering. 

"I minta maaf I..."

"Senang kau kan?" Iz cepat mencantas Ara. Dia tahu, Ara cuba jelaskan. Dia tahu Ara cuba mempermainkan perasaannya dengan kata maaf. 

"Iz..."

"Maaf, aku tak nak kau balik."

Iz cuba berpaling; namum tangisan Ara membuat dia kembali memandang wajah itu. 

"Apa kau cuba buat Ara?" soal Iz. 

Ara renung Iz. Melihat lelaki yang dia sayang, itu bahagia. Tapi, bila lelaki itu menolaknya jauh, itu perit untuk dia. 

"Dengar penjelasan I, Iz." 

"For?" 

"I tahu I salah. I mainkan you. I tak jaga perasaan you. I pergi..."

Iz lepas keluhan berat. 

"Kau pergi bila kau dah muak dengan aku. Kau pergi dengan jantan lain. Bila kau dah muak dengan jantan tu, kau datang balik dekat aku. Kau ni apa hah?" 

Iz tak marah, 

cuma

dalam hatinya dia kecewa. 

Ara berjalan dekat pada Iz. Berdiri betul-betul di hadapan Iz. Merenung anak mata Iz yang paling dalam. Cuba mencuri masuk, membaca perasaan lelaki itu tapi tidak dapat. Anak mata itu kosong. 

"Iz bagi I peluang. Second chance, please..." 

Iz koyak senyum. Menunduk; melihat Ara yang rendah darinya. Tipu kalau dia kata dia tidak punya rasa sayang pada gadis ni. Tipu juga dia, kalau dia kata dia tak nak kembali berdiri setia sebelah gadis ini. 

Tapi, 

Bila mana Ara minta peluang kedua; dia rasa dah tak perlukan gadis itu.

Sebab, 

"Aku dah kahwin." 

-The end- 

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...