Hello, lama sangat dah tak update kat blog kan? Last 2019 haritu. Lama sungguh tak menulis. Hmmm... harini I nak confess something, sebab I tak tahu nak cakap dengan siapa. Sebab I takut orang yang dengar tu akan pandang rendah dekat I walaupun dengan family sendiri.
I sumpah dah penat. Penat sangat. Mental I tak kuat. I dah penat untuk bersabar lagi. I dah penat untuk bertahan. Allahuakhbar. I tersungkur lagi dan lagi. Tiap kali I rasa tak mampu, mesti I pujuk diri sendiri. "Takpe Aimy, sehari je lagi." "Takpe Aimy, nanti boleh tu. Sehari je..."
Tuhan... dosa aku banyak sangat ke sampai kau duga aku macam ni. Jujur aku hampir kalah. Kalah sampai aku hampir tak percaya kau Tuhan. Aku hampir hilang iman untuk percaya yang Tuhan tu wujud. Bila aku minta, sekali pun kau tak pernah tunaikan apa aku nak. Sekali lagi aku cakap dengan diri sendiri. "Takpe Aimy, mungkin ada lagi baik." Aku tipu diri sendiri.
Pernah aku minta dekat kau, mohon untuk tarik nafas ni sedangkan perkara tu bukan ke mudah? Itu pun kau tak nak terima kan, Tuhan?
I bukan la dari broken family. Family I baik, support tapi kenapa I tak boleh nak terima ya? Tak bersyukur ke? Kenapa I rasa sangat malu dalam family sendiri? I rasa apa yang I buat not enough sampai rasa diri tu useless. Kadang-kadang I rasa parent pilih kasih, padahal tak pun. I rasa tertekan atas sebab I sendiri tak pasti mana datang. I rasa diri ni beban sampai badan I sendiri tak mampu nak pikul.
Ya Tuhan, aku mohon.. beri kan ku peluang cari rezeki lagi. Aku penat dah.. aku rasa beban sangat. Mohon beri yang terbaik. Waktu kau beri aku rasa sakit, aku terima seadanya. Sampai aku terlebih meminta, untuk mohon beri sakit yang kuat. Melampau kan?
Sampai bila aku nak berdiri kat sini? Bila kau nak beri aku melangkah? Bila aku nak sampai ke garis penamat, Tuhan? Allahu... aku mengeluh. Aku mohon kau beri aku satu kali kekuatan untuk lawan perasaan hati sendiri yang mula jatuh. Sesekali aku mula cemburu dengan orang lain. Tapi sekali lagi, aku cakap pada diri sendiri, "Takpe Aimy, kau cuma lambat sikit je." Aku tak nak cemburu dengan orang lain. Allahu, aku penat nak rasa hidup.
Masa menaip ni, airmata aku jatuh. Ya Allah, lama betul aku tak rasa menangis.
khamis, 2:38pm