#Suntikan Semangat#

Friday, 7 November 2014

Cerpen: I'll Teach You Love



Beginning



Aku kenal dia pada nama. Tak pernah cakap, tak pernah pandang lama-lama. Aku cuba nak tegur tapi tak pernah berani nak berdepan dengan dia. Aku kelas kebelakang, dia kelas pertama - kelas pelajar pandai-pandai. Aku pernah selisih dengan dia waktu nak pergi kelas. Aku pernah nampak dia jalan dengan kawan-kawan masa balik dari kelas. Dia selalu dapat ranking 1 dalam pelajar top 50 cemerlang setiap kali ujian. Ada suatu hari, aku cuba nak cakap dengan dia, tapi selalu tak dapat peluang. Dia famous dekat sekolah lagi-lagi dalam kalangan perempuan.


Tapi aku pelik, dia tak pernah nak layan budak perempuan yang cuba tackle dia yang sama cerdik. Huh, agaknya dia suka taste macam mana erk? Dan apa yang aku pasti tentang dia, dia SOMBONG, PERASAN dan ANNOYING. Dia tak suka orang yang kurang cerdik macam aku. Tapi aku tetap suka dia dan aku akan ajar dia apa itu cinta.


Fighting!




Chapter 1



 Aku rasa seperti stalker dia setiap hari. Secara automatik sebelum masuk kelas aku mesti kena tengok muka dia. Kalau tak nampak sehari macam tak lengkap kehidupan hari-hari aku. Nina kata;

              "Kau ni bodoh tahu tak? Bodoh maut tak terkata! Cubalah kau cermin diri kau tu sikit... dia tak akan pandang kau even dia tutup mata la..."
         
Aku pun dah rasa aku mula bodoh sekarang. Tapi... hati aku cakap dia akan jadi teman istimewa untuk aku suatu hari nanti. Oh, surat! Hari ini aku nak bagi surat dekat dia. Dah lama aku rangka isi kandungan surat luahan perasaan kasih dan sayang aku dekat dia. Tak sabar nak bagi dia nanti. Apa reaksi dia ek? Aku senyum senget sendiri. Aku pernah cuba nak bagi dia surat ni tapi...

Cubaan pertama;


Masa tu aku tunggu Payet depan kelas dia. Dia ada kelas tambahan. Kelas aku ada tapi dibatalkan hari ini. Ini peluang aku nak bagi dia surat aku tulis. Aku tunggu dia lama. Masa aku nampak dia keluar dengan kawan-kawan dia. Aku terus lari arah dia. Bila dah hampir, tiba-tiba dia patah balik. Aku terberhenti. Dia pandang aku.


           "Apa?" Payet tegur aku tegas. Muka tak ada senyum langsung.


           "Tak. Ada barang jatuh." Aku sengih lantas terus lari dari dia. Aku takut renungan mata dia. Cubaan pertama, gagal!


Cubaan kedua;


Time tu aku nampak Payet jalan sorang-sorang. Dia langsung tak bawa kawan dia masa tu. Aku yakin. Aku lajukan kakiku pergi dekat dia. Kali ni aku tekad nak bagi dia. Aku jalan depan dia, terus aku hulurkan tangan aku untuk bagi surat yang lama aku pegang sambil pejam mata kuat-kuat. Langsung aku tak nak pandang muka dia. Tiba-tiba...


             "Payet... sini jap!" Aku dengar kawan-kawan dia panggil. Aku angkat muka pandang depan.


Dia terus pergi macam gitu aje. Tak perasan langsung aku yang ada kat depan dia. Surat aku pun dia tak perasan jugak ke?


           " Takkan tak nampak aku pulak?" Aku mengeluh. Gagal sekali lagi.




Aku tunggu dia dekat depan ruang rehat dengan Dian. Kelas aku dah lama habis. Nina pula pergi ke kelab seni. Dia memang suka melukis, katanya bakat sebelum dia lahir lagi.  Aku pandang sampul surat berwarna kuning dan baca isi surat yang aku tulis sendiri yang sudah masuk ke 187 kali kemudian tersenyum sorang-sorang. Tak ubah macam orang meroyan. Ini cubaan yang ketiga, aku harap aku berjaya. Dian pula sibuk baca buku, buat tak tahu dengan aku. Aku bangun cuba nak tinjau dia sebab dah lama aku tunggu. Tiba-tiba Nina datang. Aku ajak dia. Dian geleng kepala tengok gelagat aku.

   
       "Nina, boleh minta tolong tak?"
   
       "Apa? Kalau minta pergi stalk mamat tu lagi... aku tak nak."

Aku terkejut. Belum bagitau lagi, Nina dah tahu apa yang aku nak cakap. Wah, hebat! Nilah kawan sejati aku dunia dan akhirat.

   
       "Alaa... sekali ni aje. Bolehlah teman aku... Aku nak bagi dia sesuatu ni."
   
       "Apa?" Nina bagi respon. Itu tandanya dia kira setujulah. Aku senyum.
   
       "Surat."

       "Lagi!!" Nina separuh menjerit.


       Aku angguk kepala laju. Aku tahu sudah banyak kali aku cuba tapi tak jadi. Dian mengeluh.


       "Nina, kita kena pergi jugaklah. Nanti dia sibuk buat muka satu sen dia kat kita nanti. Tension tahu?" Dian mencelah. Aku tersenyum dengar dia kata aku macam tu. Nak buat macam mana, dah kawan korang macam ni. Nilah Fatihah yang tidak mudah mengalah demi cinta.





Chapter 2


Tengah aku jalan-jalan sambil borak-borak dengan Nina dan Dian, tiba-tiba aku nampak dia tengah jalan sorang-sorang dekat taman. Automatik langkah aku mati. Tak berkelip mata aku tengok dia. Kenapa dia selalu perfect dekat mata aku? Rasa macam ada berdozen-dozen bunga ros kat sekeliling aku masa ini.


        "Pia tu bukan Payet ke?" Nina yang turut sama nampak Payet terus berbisik kat telinga aku.


        Aku pandang muka Nina. "Ya. Payet la tu. Takkan klon dia pulak?" balasku.


        "Dah tu tunggu apa lagi? Pergilah jumpa dia! Peluang terbentang depan mata ni!" Nina beria-ria suruh aku pergi jumpa Payet. Aku ragu-ragu. Kalau dia tak layan macam mana? Aku jugak yang malu nanti. Huhu... tak sanggup nak bayangkan.


       "Belum cuba tak tahu!" Nina senggol lengan aku. Keningnya terangkat-angkat. Aku mencebik. Masih tak yakin dengan diri sendiri. Jadi terbalik pula. Tadi aku yang bersemangat nak kirim surat dekat dia, sekarang dah patah riuk pula.


       "Cubalah tegur dia dulu. Kau kata nak ajar dia cinta kau." Dian pula menyuruh sekali lagi. Kali ini nadanya lembut sikit, tak mendesak sangat macam Nina. Buatkan hati aku cair semacam aje.


       "Patut ke aku pergi?" Aku tanya lagi sambil buat muka bodoh.


       "Ya!" Nina dan Dian menjawab serentak. Aku yang berdiri kat tengah-tengah terus tekup telinga. Bingit woi!


       "Dah, pergi cepat! Nanti dia pergi pula." Nina dengan selambanya tolak bahu aku. Aku tak ada pilihan lagi. Nak tak nak, aku mesti kena jumpa dia jugak. Lagipun ini sahaja peluang yang aku ada. Kalau nak tunggu hari lain, lain pula jadinya nanti. Lantas, dengan langkah yang dimulakan dengan bismillah dan semangat yang berkobar di dada dengan muka yang ala-ala cute gitu, aku menghampiri Payet.


       "Hai... " Aku hulurkan tangan untuk bersalam. "... nama saya Fatihah. Panggil Pia aje." Aku senyum senget. Tapi, dibalas dengan senyuman sinis oleh Payet. Dia buat tak tahu dengan aku. Aku simpan salam aku balik. Payet pula terus sambung baca buku dia baca tadi! Sekarang ni aku macam apa?


        "Ermm... ni surat..." Aku letak surat tu dekat depan dia. Payet pandang aku pelik. Dia langsung tak heran. "... Ambillah dan harap sudi balas. Bye." Aku cepat-cepat cabut lari. Malu beb!





Chapter 3


Tengah aku duduk makan-makan dengan Nina dan Dian, aku nampak orang ramai mula bisik-bisik sesuatu yang aku tak pasti apa yang berlaku. Kami terus bangun dan pergi kat lobi. Sampai sana, aku nampak Payet macam cari seseorang. Bila aku tanya Nina dengan Dian, diorang angkat bahu tanda tak tahu.


                 "Kenapa ni?" Aku tanya Sofea, budak kelas sama dengan Payet.


                 "Dia cari budak yang bagi surat kat dia. Dengarnya, macam surat cinta." ulas Sofea terang. Aku telan airliur. Akulah orang itu.


Tiba-tiba, tanganku seperti direntap oleh seseorang. Aku toleh kebelakang. Payet! Ya, Payet yang tarik tangan aku. Semua orang pandang aku dengan dia, pelik.


                 "Kau... Fatihah kan? Yang bagi aku ni?" Payet tunjuk surat aku depan aku dan semua orang kat situ.


Aku angguk perlahan.


Dia senyum sinis. "Nah!" Aku sambut surat tu dari tangan dia. Aku senyum. Aku anggap dia dah balas.


                 "Saya tak pernah sangka awak akan balasnya. Boleh saya baca sekarang? Kat sini?" Aku pandang muka dia. Payet angguk kepala tanda setuju.


Aku teruja, cepat-cepat aku nak baca surat dia bagi. Aku kerut dahi.


                 "Apa ni?" Aku tanya Payet. Dia buat muka selamba.


                "Ooo... surat yang kau tulis tu banyak kesalahan tatabahasa, ejaan, dan frasa yang tak patut diletak. So, itulah keputusannya." Payet jawab tanpa rasa salah. Depan semua orang pulak tu! Aku pandang keliling. Ramai pelajar pandang aksi drama kami. Aku kembali baca surat aku itu. Payet tak balas tapi dia betulkan kesalahan tatabahasa, ejaan aku tulis dan dia letak markah kat bahagian bawah sekali sebelah tandatangan aku. Markah yang Payet letak untuk aku, 68%. Itu aje. Dia tak balas pun.


               "Awak sengaja nak malukan saya kan?"


               "Siapa? Aku."


Aku cuma menunduk. Tak berani nak pandang muka dia dengan senyuman jahat Payet. Surat yang aku pegang dirampas Sofea. Nina cuba halang tapi Sofea...


              "Apa ini? Pia bagi love letter kat Payet la..." Sofea jerit kuat-kuat, baca isi surat yang aku tulis depan semua pelajar. Bergema satu lobi dengan gelak tawa orang kat aku. Aku tahan airmata sambil mengetap bibir kuat. Cuba tak nak menangis depan Payet.


              "A pity it turned out like this, but..." Payet bersuara secara tiba-tiba.


              "Tapi apa?" Nina mencelah. Dian berdiri sebelah aku dan pegang bahu aku kuat. Cuba beri semangat dekat aku.


             "I hate stupid women the most." Payet tenang menyatakan depan semua orang. Aku makin menunduk menghadap lantai.


Sofea tergelak kuat. Aku tahan hati. Tahan geram juga! Sofea memang dari dulu lagi tak sukakan aku. Aku sendiri tak tahu kenapa. Apa yang aku nak, semuanya dia dapat. Sepatutnya aku yang tak sukakan dia tapi terbalik pula. Aku tahulah aku tak pandai tapi tidak perlulah buat announcement depan semua orang yang aku bagi surat dekat Payet dan Payet pula tidak perlulah kutuk aku depan semua orang.


Aku tersenyum tipis. Tanpa pandang dia, "Saya minta maaf. Saya tak patut bagi surat dekat awak. Tapi tak perlulah buat macam ni kat saya."


                        "Baik." Aku dengar Payet balas.


Aku angkat kaki hendak pergi dari sini tiba-tiba aku dengar Payet panggil nama aku. Aku terhenti tapi tak pandang depan.


Payet bengkokkan sedikit badannya. Menunduk pandang muka aku yang tertunduk. Dia tersenyum kat aku. "Kau suka aku ke?" Soalan dia tanya buat aku cepat-cepat angkat kepala menghadap muka dia.


Aku senyum.  " Suka. Saya suka awak." Jawab tanpa rasa malu pun.


Payet senyum sinis. "Kalau kau suka aku, buktikan kau boleh berjaya dan lulus dalam ujian bulan depan. Sebab aku paling tak perempuan yang bodoh atau bahasa yang sopan sikit,  brainless women or frivolous women... semuanya menjijikan pada aku. Faham?"


                          "Faham. Saya akan berusaha nanti." Tapi... tak perlulah kategorikan aku dalam menjijikan. Sadisnya. Ayatnya yang terakhir itu sangat memilukan hatiku.


                           "Ok. Kita tengok nanti." Payet pergi dari situ macam tak ada apa-apa berlaku. Aku tersenyum sendiri.


                             "Payet!!!" Sofea panggil nama Payet tetapi Payet tak toleh belakang. Sofea jeling aku. Aku senyum pada Sofea sambil buat tanda peace.


                             "Kau... jangan happy sangat. Payet milik aku." Sofea bagi amaran waktu dia lalu depan aku, Nina dan Dian. Kami angkat bahu tanda tak ambil peduli dengan kata-kata Sofea itu.


Aku pegang prinsip 'siapa cepat, dia dapatlah.' Muehehe...




***

Aku tarik tangan Dian laju mengikut aku ke bilik muzik di tingkat 2 bersebelahan dengan taman bunga sekolah kami. Dian dah marah-marah aku sebab paksa dia ikut sekali. Aku telah menganggu Dian membaca buku kat perpustakaan tapi oleh kerana hati Dian baik macam air, dia pun ikutlah walaupun aku terpaksa dengar dia berleter sepanjang perjalanan kami.


                      "Tihah... nak buat apa kat sini? Nina mana? Tak ajak dia sekali ke? Kenapa aku?" Dian merungut setelah kami berhenti di hadapan pintu bilik muzik.


                      "Nina, tak nak ikut. Jadi, aku ajak kaulah."


                       "Weiii... tak adil macam ni. Nina tak ikut, kau tak paksa pun. Kalau aku, kau duk merengek, melutut, merayu kat aku. Siap package buat muka comel 'katak' kau tu kat aku."


Aku tersengih menunjukkan barisan gigi 'colgate' aku dekat dia. Dian mencebik.


                      "Nina lain... Dia garang sikit. Kau tak, kau baik hati sampai hempedu aku pun mengecut."


                       "Banyaklah hempedu kau. Kita nak buat apa kat bilik muzik ni?"


Aku tersenyum memandang Dian. "Cuba teka?"


Dian mengerut dahinya dan akhirnya muka dia berubah. "Mamat poyo tu ke? Si Payet tu ke?"


                      "Poyo?! Hello... elok-elok sikit eh! Dia Mr. Mentos aku tau." Aku dah buat gaya-gaya Sofea 'dadiva' itu.


Dian tergelak. Kemudian aku mengajak Dian masuk ke dalam bilik itu, tapi Dian menolak. Katanya, malu kalau orang yang tak berkenaan tiba-tiba join group orang lain. Aku paksa juga, dia tolak balik. Maka, berlakulah tolak-menolak di depan bilik muzik ini dengan keadaan yang senyap tanpa suara kami yang dalam hati mereka membentak-bentak api, air dan tanah yang telah bercampur.


Tiba-tiba, pintu itu terbuka dengan sseorang yang berbadan tegap di sebalik pintu itu.


                     "Kau orang buat apa dekat sini?" Suara itu menegur kami dengan tegas.


Kami terkelu. Dian menunduk 90 darjah dan aku hanya tersenyum tanpa perasaan apabila orang itu adalah Payet.


Muehehe...


                    "Kami nak panggil orang tapi dia tak ada pula. Kan Tihah? Jom." Dian tarik tangan aku. Aku keraskan diri. Dian marah-marah aku tapi perlahan aje setakat dengar kat telinga aku.


                       "Eh... mana ada. Maaf, tapi kami memang nak datang sini pun. Boleh tak kami nak tengok korang berlatih  muzik untuk persembahan nanti." Aku minta izin cara sopan di samping nak betulkan apa yang Dian katakan tadi.


Bila masa pula kami nak cari orang? Tipu je Dian ni...


Payet pandang aku sinis. "Masuklah."


                  "Yeahhh!!!" Aku terlampau suka sehingga melompat suka sampai terlupa ada manusia di hadapan aku. Payet dan Dian yang memandang aku pelik.


Aku dan Dian masuk ke bilik muzik melihat Mr. Mentos aku berlatih bermain muzik, gitar dan aku tak fokus pun dekat orang lain walaupun ada yang buat aksi pusing-pusing lipat badan bagai. Aku cuma tahu Payet aku sahaja.


Aku suka, tapi Dian ni tak sudah-sudah ajak aku balik. Tak nak tengok mereka berlatih, dia nak belajak. Aku buat tak peduli dengar dia berceramah dekat telinga aku sampai Dian berhenti dengan sendirinya bila dia rasa macam cakap dengan drum sebelah aku ni.


Kalau orang sekeliling rasa aku muka tembok lepas kena hina dengan Payet depan orang ramai tapi tetap terhegeh-hegeh nak jumpa Payet, aku tak heran sebab Payet janji dengan aku kalau aku dapt score markah aku percubaan ni tinggi. Dia nak kawan dengan aku.





Chapter 4


No one else would ever do
I've got a stubborn heart for you
Call me crazy but it's true
I love you
I didn't think that it would be you who made it clear to me
You're all I need


Lagu 'Be My Side'  aku nyanyi girang sambil buat gaya rama-rama terbang. Dalam fikiran aku sekarang adalah wajah Payet yang macho, stylo, garang berapi-rapi tapi ada hati baik sikit.


Aku nak jumpa Payet sekarang. Keputusan percubaan SPM dah keluar dan masa Cikgu Milah sendiri terkejut dengan keputusan aku. Kawan-kawan satu kelas dengan aku pun terkejut termasuk aku sendiri. Tak sia-sia aku habiskan waktu aku dengan buku-buku je. Tak keluar jalan-jalan, lepak dengan Dian dan Nina, main-main, baca majalah dan semuanyalah aku pernah buat selama ini. Aku dapat keputusan terbaik dalam kelas, 6A ok! Siapa tak bangga dengan aku? Jawab sekarang.


I just wanna hold you
I just wanna kiss you
I just wanna love you all my life
I normally wouldn't say this but I just can't contain it
I want you here forever right here by my side


Aku cari Payet dekat kelas dia tapi dia tak ada. Kosong. Mana diorang ni? Aku pergi kat taman, kosong jugak. Aku ternampak Dzul, kawan Payet. Dia satu kelas dengan Payet dan sama pandai jugak. Aku pergi dekat dia. Dia nampak pelik dengan aku sebab selama ni, aku mana pernah tegur bebudak kelas lain kecuali budak kelas aku dengan Payet je.


                     "Eh, Tihah! Kenapa ni?"


Aku kaku sekejap. Jarang nampak dia dan tak pernah tegur dia. Jadi, aku rasa takut kejap.


                       "Aaa.. Dzul, nampak Payet tak?"


Dzul tiba-tiba tersenyum. "Ooo... Payet. Tak cakap awal-awal. Dia ada kat gelanggang tenis. Dia ada pesan kat aku, kalau...."


Dzul tak sempat habis ayat, aku dah potong cakap dia. 


                     "Oh, thanks! Bye."


Aku lari tinggalkan Dzul macam terpinga-pinga tengok aku. Aku nak jumpa Payet cepat-cepat nak tunjuk result aku kat dia. Sekarang ni, aku tolak tepi perasaan malu aku. Hehehe...


Aku sampai kat gelanggang tenis tapi tak nampak dia kat situ pun... Aku cari keliling gelanggang tu, tapi memang tak jumpa dia. Mana dia? Ke Dzul tipu aku, kata Payet nak jumpa kat sini. Ni semua salah Dzul! Cemburu tak bertempat! Aku dah marah-marah Dzul tetiba. Tak pasal-pasal dia yang kena, padahal aku yang tak dengar apa yangg dia nak cakap.


Tak kira ni semua salah dia juga. Huaaaaa... Payet dah tinggalkan aku dah. Aku duduk bersila kat tengah-tengah gelanggang tenis ni sambil tenung kertas kat tangan aku dengan pandangan kosong.

Rasa sedih dah ni macam nak nangis dah.

                          "Buat apa tu?"


Aku tersentak. Aku toleh nampak Payet kat belakang aku tengah pandang aku macam orang hilang sepuluh anak. Menangis tak pasal-pasal sebab tak dapat tunjuk result aku kat dia. Aku cepat-cepat bangun. Kemas-kemas tudung aku yang tak berapa nak senget. Baju sekolah yang berkedut-kedut sebab aku duduk tak sopan-sopan. Aku sengih pandang Payet.


                        "Awak... saya dah lama tunggu. " Aku cakap terang-terang kat dia. Biar dia tahu yang aku dah lama tunggu dia. Aku tepati janji aku. Aku dapat keputusan gempak macam dia nak aku buat.


                        "Mana?" Dia hulur tangan dia depan aku.


                        "Mana? Apa?" Aku blur kejap. Tiba-tiba datang buat aku sakit hempedu. Lepas tu minta aku 'benda' yang aku tak tahu dia nak. Beritahulah purpose dia, nak apa ke apa. Ni tidak, tak pasal-pasal aku jadi mengong kejap.


Aku dengar dia mengeluh.  "Result."


Oh! Baru teringat tujuan aku datang kat sini, sampai kejar berlari-lari, berpeluh-peluh bagai siap package menangis tak tentu fasal sebab keputusan akulah. Aku tersenyum senang sambil tunjuk muka happy gila macam naik roller coaster sekarang ni depan dia. Aku bagi dia kertas aku pegang tu dekat Payet. Dia tengok dengan muka serius seolah-olah tengah baca kontrak antarabangsa pulak. Aku pula macam orang bodoh depan dia yang buat tak tahu dengan aku.


                           "Good. Pandai jugak kau ni. Ingatkan bodoh sangat." Payet pandang sinis kat aku. Aku cuma senyum ajelah. Sedap-sedap dia kutuk aku ni bodoh depan-depan. Tak berkeperimanusiaan betullah dia ni.


                          "Memanglah. Saya memang pandai dari kecik lagi cuma tak nak riak aje, " Aku bagi statement tak boleh blah. Pandai sejak kecik? Hehehe....


                           "Nah." Dia bagi balik kertas tu kat aku. Aku ambik balik. Dia dah nak gerak tinggalkan aku kat sini sorang-sorang. Takkan macam tu aje.


                            "Payet... tunggu." Dia berhenti. Aku lari kat dia. Aku halang jalan dia. Dia pandang aku selamba. 


                               "Nak apa?" 


                                 "Janji."


                               "Janji apa?"


                            "Awak akan suka saya." Aku dengan jujur bagitau dia. 


Payet gelak kuat. Dia ingat aku ni, baru lepas buat Maharaja Lawak ke apa. Aku tengah serius, dia gelak pulak. 


                          "Kenapa gelak?" Aku tegur dia lepas dia berhenti gelak tapi masih dalam sisa kelakar lagi. 


                          "Tak adalah. Tapi... kau ni memang bodohlah, Tihah. Aku tak sangka tahap kebodohan kau ni sampai macam ni. Sampai bila kau nak jadi macam ni, Tihah. "


Payet dah cakap aku ni bodoh sebanyak tiga kali dah. Kurang hasam, Payet! 


                       "Sampai bila apa? Saya jadi apa? Saya cakap betullah, awak yang cakap dengan saya macam tu hari tu kalau saya dapat keputusan bagus dalam trial ni." Aku dah mula nak buat suara sedih bila dia cakap macam tu kat aku. Ingat aku ni apa, batu?


Aku dengar dia tarik nafas dalam-dalam. Dia terpaksa  menunduk pandang aku sebab aku ni paras bahu dia aje. Dia tinggi macam udang galah. Sakit leher dongak pandang dia. 


                        "Aku ingatlah. Kau memang betul-betul suka aku ke?"


                        "Sukalah. Dah tahu, lagi mau tanya." Aku bengang dengan Payet. Sengaja. Rasa nak tembak aje muka dia, bajet bagus! Eh, aku tak boleh kutuk dia bukan-bukan. Tarik balik apa yang kau cakap, Tihah. Tak pasal-pasal aku ketuk kepala aku tiba-tiba.


                        "Kau dah kenapa? Dah pening ke sebab aku bagi soalan susah macam tu?" 


                          "Mana ada." Aku geleng kepala.


                                "Aku sayang kau." 


Dia terus pergi lepas cakap macam tu kat aku. Aku pula kelu tanpa kata. Serius. Aku tak sangka dia cakap macam tu. Aku rasa bahagia sangat hari ini. 



***


Lama-lama aku dengan Payet dah jadi kawan 'ngam-ngam' gila dah. Kita orang sama-sama jadi gila sebab masing-masing cakap semua tak serius. Dan aku jadi terkenal dalam kalangan pelajar-pelajar dari Form1 sehingga Form 5, sebab Payet yang mem'famous'kan aku sejak kami jadi kawan. Budak kelas rendah kawan dengan budak lelaki paling kacak, macho, pandai gila tahap PHD, tinggi, segak kawan dengan aku yang biasa-biasa sahaja, tak tinggi, tak pandai pula tu sebab terbukti Pyet selalu kata aku bengong walaupun lagi sopan sikit daripada bodoh. 


Nina datang kat aku sewaktu tengah baca buku Sejarah SPM. Lagi satu perkara aku nak beritahu kat korang ni. Sejak aku dengan Payet berkawan, dia banyak ajar aku subjek yang aku lemah dan sebenarnya semua subjek aku lemah kecuali Bahasa Melayu sebab aku kan orang melayu. 


                  "Weii, aku tak sangka kau dah rajin sekarang?" 


Aku senyum je. Tak nak cakap apa-apa. 


                     "Tihah, kau dah famous kan? Jadi makwe budak pandai pula tu. Untunglah hidup kau kalau dengan dia nanti." Nina tambah cerita rekaan fairytale kat aku pasal aku dengan Payet. Tapi sempat aku aminkan. Hehehe... benda baikkan perlu diaminkan segera tak baik tangguh-tanggguhkan. 


                        "Aku nak belajar. Jangan kacau. Lagi sebulan nak SPM, kau tak risau ke? " Ok, sekarang memang aku dah insaf. 


Nina cuma sengih kambing kat aku. Dian pula dah lama 'hilangkan' diri. Dia tak nak terlibat dengan kegiatan tak berfaedah macam kita orang buat dulu-dulu sebab jealous dengan aku. Aku dah rampas kedudukan dia tempat pertama dalam kelas. 


                   "Yelah... yelah. Aku nak pergilah ni. Elok-elok belajar." 


Nina dah tinggalkan meja aku dan aku rasa sangat harmoni. Aku sambung baca buku dengan tekun. Tiba-tiba, aku dengar ada orang ketuk meja aku. Aku buat tak tahu, sambung baca buku. Aku sangka Nina. 


                  "Nina, jangan kacau aku boleh tak?" Senyap. Aku tersenyum. 


Tangan tu ketuk lagi sekali lepas sepuluh saat berlalu.  Ini dah menimbulkan kemarahan aku ni. Nak belajar pun tak senang. Aku angkat kepala, nak marah orang yang kacau rumah tangga aku ni. 


Terkejut. 


                     "Nak marahkan tadi. Marahlah." Dia tersenyum. 


Aku tak senyum, gelak pun tak. Aku toleh belakang pandang budak-budak kelas aku kot-kot dioang pandang aku dengan Payet.  Sah! Diorang memang tengah pandang aku dan siap mengumpat jugak. Boleh masuk front page majalah sekolah dah ni bila tiba-tiba Payet datang kelas aku secara mengejut. 


Aku betulkan tudung aku kejap sebelum bangun dari kerusi dan ajak dia keluar dari kelas. Cikgu pun tak ada, ada mesyuarat. 


                   "Awak, nak apa?" Aku marah dia. Tak pasal-pasal tapi dia cuma sengih aje.


                   "Tak ada apa. Cuma nak tengok-tengok sama ada makwe saya ni, belajar ke main-main?" 


                     "Belajarlah."


                      "Tahu."


                       "Jadi?" 


                        "Saja nak tengok awak. Tak boleh ke?"


                        "Tak. Saya nak belajar. Tak nak jumpa awak." Aku cakap dengan muka serius yang pernah aku buat selama ini.


                        "Wah, bagus. Ada kemajuan. Belajar sungguh-sungguh. Dapatkan keputusan cemerlang ye. Bye." Payet tersenyum kat aku sebelum pergi masuk kelas dia balik. 


Lepas tu aku masuk kelas aku balik, sambung pelajaran aku yang tergendala tadi. Dan... 


                    "Tihah, Payet tadi dia datang kelas kita nak jumpa kau je." Badrul datang kat aku dengan muka terkejut dia. Aku tahu dia jeles ngan aku sebab dia pernah kata kat aku yang dia suka aku, tapi aku baik hati dan beritahu dia perkara sebenar. Aku tak suka dia, jujur tak aku. 


Aku mampu senyum aje bila dah ramai-ramai datang kat aku tanya itu, ini pasal Payet tu. Susah juga kalau dah glamour semacam. 

Antara soalan mereka;

                      "Pia, kau dengan Payet memang kapel ke?"


                     "Tihah, kau... dah sama pandai ke dengan Fariz tu?" 


                    "Kalau kau dengan si cerdik tu, apa jadi dengan Sofea yang perasan bagus tu ehh?" 


Dan paling dashyat...


                 "Kau dengan Fariz dah kahwin ke? Yelah, sejak kebelakangan ni, korang rapat macam belangkas dan dia asyik duk usha kau semacam. Apa kes ni? Kena report kat pengetua ni." 


Dah sudah! Tak pasal-pasal kita orang dapat kahwin free walaupun bagus jugak. 

Dan akhirnya, aku buat kesimpulan terakhir untuk mereka. 

                    "Aku dengan dia bertunang je." 


Dan...


Muka masing -masing terkejut gila bila aku cakap macam tu terang-terang. Aku cuma senyum sahaja dan sambung ulangkaji balik. Hari ni juga aku dapat gangguan yang banyak dekat sekolah waktu aku tengah mood rajin nak belajar pulak tu. Cuba cari waktu lain kalau nak kacau aku sekalipun. Buat aku bengang aje. 






Chapter 5


8 tahun kemudian... 



Aku dah lama sakit hati dengan budak tak cukup umur ni. Hari-hari bagi aku fail tak lengkap. Makan gaji buta ke apa. Yang budak tu tahu, kena lengkapkan fail je tapi apa-apa isi dalam fail pun dia tak tahu. Habuk punya budak! 


Aku bangun pergi kat meja Qi. Niat nak lenting, maki hamun aje dia sebab asyik aku aje yang kena sudahkan kerja dia tu. Tapi niat tu terbang hilang entah ke mana bila tengok Qi macam baru lepas kena marah dengan boss saja. 


                            "Kau kenapa?" 


                            "Dah tahu lagi mau tanya?" Qi tiru ayat aku sebab ayat tu aku je yang guna kat sini tapi sekarang ni dia ciplak ayat aku secara haram tanpa keizinan aku. Pastu suka hati dia aje nak marah-marah aku. 


                            "Sebab apa?" 


                            "Project paper aku tak siap. Dia nak hari ini. " Qi mengeluh. Aku apa peduli. 


                            "Ooo... padanlah dengan muka kau. Kau memang patut kena marah dengan boss tu dari dahulu lagi. Rasakan!" Aku gelak jahat depan dia. 


Qi pandang aku semacam dan aku anggap dia marah aku. Tapi kau tak hak nak marah aku, sepatutnya aku yang marah kau tahu tak. Bagus boss. Tak sia-sia aku dapat boss baik yang tahu marah orang yang tak reti buat kerja ni. 


                             "Kurang ajar kan!" Qi dah nak bangun dari kerusi dia. Aku cepat-cepat cabut lari. Qi bukan boleh dipercayai pun, nanti tak fasal aku masuk hospital disebabkan dia. Nama aje lelaki tapi dengan perempuan pun nak main gusti jugak. 


Aku pergi balik kat meja aku, nak siapkan Qi punya kerja pulak dah. Tambah lagi kerja aku. Ini semua salah Qi yang pemalas tahap melampau tu! 

Aku buka paket coklat Daim nak hilangkan stress aku kat Qi, aku dapat hadiah dari Fariz sebab dia baru balik dari Langkawi. 

Oh, aku teringat dah. Kau orang mesti nak tahu cerita cinta aku dengan Payet masa zaman kita orang sekolah kan? Sekarang ni, umur kami dah 24 tahun. Status kami? Hehehe... Rahsia. Tak boleh beritahu macam itu sahaja maa...


Aku tenung fail kat depan aku. Kemudian pandang pula komputer riba aku. Waaarghh... macam mana nak buat dua kerja dalam satu tenaga. Ni Qi punya pasal. Aku tetap tak puas hati. Nak jugak salahkan Qi triple extra pemalas angin taufan dia tu. Balik-balik aku jugak. Rasa nak berhenti macam ni tapi tak juga lepas sebab nanti ambil masa lagi nak cari kerja. Reda jelah dengan hati tabah lagi murni. 


                    "Jom, lunch. " Aku angkat muka pandang orang yang tengah cakap dengan aku. Hek eleh, budak ni lagi. Tadi mengamuk kat aku, sekarang lembik pula. Dasar hipokrit. 


                      "Malas." Ringkas aje aku jawab. Tak perlu panjang lebar dengan dia ni. 


                      "Jomlah. Kali ni aku belanja." 


Aku cepat-cepat kemas barang-barang aku atas meja. Ambil handbag aku dan bangun pandang dia dengan muka gembira lagi suka. Dah rasa macam kena suprise hari jadi pula, sebab ni first time dia belanja aku sepanjang kami kerja sama-sama selama 2 tahun. 


                       "Lajunya..." Qi perli aku. 


                        "Haruslah. Kalau tak nanti kau ubah fikiran nanti. Kau dapat kenaikan gaji  ke hari ni, hah lepas kena marah dengan boss tadi? Tak pernah kau nak belanja aku makan. Ni kali pertama weiii... bangga aku. Tak nak ajak satu ofis sekali ke?"              


                       "Jangan naikkan kemarahan aku. Kan, tak jadi belanjakan baru tahu!" 


                       "Ekk... tak heran! Cepat. Jom pergi kedai depan tu makan masak lemak cili api. Sedap." Aku laju tarik lengan baju dia dan bawa dia ke lif turun pejabat. 


                        "Biadap sunguh kamu." 


Aku gelak. Apa yang biadapnya pun aku tak tahu. Paksa dia turun aje bukannya suruh dia jalan itik sepuluh pusingan pun. Hampeh!


Kami sampai ke sebuah restoran. Perut pun sudah berlagu riang meminta tuannya isikan 'minyak' untuk bagi tenaga sambung kerja tergendala. Qi laju pergi ke tempat lauk. Dahlah ambik nasi tiga senduk. Tamak! Aku pergi ke meja kat bahagian luar kedai, tak nak pergi bahagian dalam sebab asyik pandang tukang pekerja ke hulur-hilir dah macam tak ada pandangan menyenagkan jiwa. 


Qi datang kat aku sambi tersengih. 


                     "Dah order air belum?" Qi tanya aku.


Angguk.


                     "Kau makan apa je? Tak nampak nasi pun. Kata nak sangat makan masak lemak cili api." Qi macam bengang kat aku. 


                      "Apa? Suka hatilah. " 


                      "Makan. Kau nak lauk apa? Aku ambil kan. Cepat." Qi sudah bersedia nak bangun dari kerusi. Terlebih baiklah pula hari ni. 


                     "Apa-apa aje, tapi tak nak yang pedas punya tau!" Aku warning dia awal-awal sebab aku tak suka pedas nanti lidah aku terbakar. Huehehe...


                    "Hmm..." 


Qi bangun bergerak ke tempat lauk-pauk, dan dia terpaksa beratur sekali lagi kerana aku. Oh, Qi! Baiknya kau hari ni. Mesti ada apa-apa minta aku tolong dia nanti. Mesti punya... Pasti 100% ni! 


Tengah tunggu Qi datang, aku mengintai-intai sekumpulan lelaki dalam 6 orang jugaklah. Tapi, mata aku tertarik kat seorang mamat yang duk tersengih-sengih dengan kawan-kawannya. Matanya ralit beri tumpuan pada kawannya walaupun kawan dia dah cakap merapu-rapu yang aku sendiri tak faham. Hampeh! Tapi,  bagus! Ciri seorang yang fokus dan prihatin, setia mendengar. Tiba-tiba, lelaki tu kalih padaku. 


             Waarghh... Malu... 


Cepat-cepat aku tunduk dan Qi datang tepat pada waktunya. Qi penyelamat aku. Aku tersenyum-senyum dekat Qi sebagai tanda terima kasih tapi dia... dia... boleh kutuk aku sesuka hati, kata aku mereng. 


            Sengal punya Qi!


Kita orang makanlah makanan dengan gelojoh tapi yang pasti gelojoh tu bukan aku. Tapi, kenapa? Tiap kali aku angkat muka nak makan, tiap kali tu juga mamat tadi pandang aku. Bila aku senyap-senyap intai pandang pun, dia tetap pandang aku. Tak suka! Aku minta maaflah pandang kau sesuka hati. 


          Huhuhu...


                      "Tihah, makan cepat-cepat sikit boleh tak? " Qi cakap kat aku


                      "Kenapa?"


                      "Ramai lelaki tengok kau. Aku tak suka kalau ada orang skodeng-skodeng kau." Qi tegas dengan muka pun tengang dengan aku, Tak pasal-pasal kena marah dengan dia ni. 


Aku angkat kening tanda 'apasal?'


                    "Tak suka." 

                     
                    "Jealous ehh...  Tengok aku ramai peminat." Sengih lebar-lebar depan Qi. 

                   "Tak kuasa aku. Kau tu bukannya orang suka pun sebab tu sampai sekarang tak laku-laku. Aku nak elakkan diorang tu pandang kau tak semena-mena. Kau perempuan bukan lelaki." 


                   "Memang aku perempuan." Aku balas. Hehehe... Suka kenakan Qi. 


Qi malas nak layan aku. Aku tanya dia, boleh dia buat derk... Sakit hati sungguh jiwa lara aku ni. Lepas kita orang habis makan, nak lintas jalan, aku pegang hujung baju Qi. Qi tenung aku tajam. Aku senyum sikit. 


                  "Takut lintas... Kereta banyak." Aku memang takut lintas jalan. Takut kena langgar, nanti mati katak. Sia-sia aje. 


                   "Songehh!!!" 


Aku sempat berpaling ke belakang. Memerhatikan kumpulan lelaki tadi. Mamat yang aku tenung tadi pun turut pandang kat aku. Okey, sekarang aku rasa takut. Mamat tu pandang aku macam nak telan aku pun ada. 


              "Tihah... mengelamun!!" Qi panggil aku, ganas. Tersedar. Terus lari naik tangga sampai ke sebelah Qi. 


***


Aku tenung dia lama. Belek-belek mata dia, kening dia, dahi dia yang tak ada jerawat, hidung mancung macam orang Pakistan tu, dan akhir sekali, pandangan aku jatuh pada dagu lekuknya. Aku suka bahagian tu. Hehehe... Dia dah pandang aku semacam. Garang tapi tak adalah garang mana pun. Celah gigi aku ni je hah!


                "Kenapa tenung macam tu? Tak pernah nampak ke?" 


                 "Ehh,,, tak boleh ke? "


                 "Minta izin dulu... Jangan sesedap hati nak tengok muka orang free-free." Payet mencebik kat aku. Hek eleh, ingat comel sangatlah buat macam tu. 


                "Eleh, yelah. Orang tu hensem, kaya, bijak, semua ada. Nak tengok muka pun tak boleh, kena bayar jugak. Ambik... ambik..." Aku acah-acah merajuk dengan dia. Ya, sekarang aku sedar. Sejak aku dengan Payet, aku jadi terlebih manja pun ada. Jap... aku tak salah. Payet buat aku jadi macam ni. Mengada terlebih!! Benci diri aku sekarang.


Payet tarik tangan aku dan dibawa ke dadanya. Agaknya nak suruh aku rasa denyutan dia kot. Ada lagi ke tak?  


              "Tihah... sooorryyy... Main-main pun tak boleh ke?" 


         Main?! Guraulah... 


              "Tihah, si intan payung, puteri lilin, kaki bodek... jangan merajuk ye. Tak lawa pun muka tu kalau merajuk. Hodoh jugak!" Payet tergelak. Sempat lagi dia kutuk aku sambil-sambil pujuk aku. Dua dalam satu. 


                "Kutuk lagi... kutuk lagi... Teruk sungguh lelaki macam ni." 


                "Teruk-teruk pun, lelaki siapa?" 


                 "Hehehe..." Aku gelak. Dia pun gelak. 


                 "Nanti jangan nak rapat-rapat sangat dengan Qi tu. Abang tak suka. " Payet toleh pandang aku.


  Aku tunduk. 


                "Dengar tak? Tadi ingat abang tak sakit hati ke, tengok dia duk makan sama-sama dengan si budak Qi tu. Tapi tu ok lagilah. Yang sakit hati,  siap pegang lagi. Geram aje. Nak cekik dia pun ada."


                 "Cekik siapa?" Aku kaget. Jangan betul-betul dia nak cekik Qi sudahlah. 


                 "Budak sebelah abang nilah. Siapa lagi?'


Aku terkejut tapi tersengih pula. "Sampai hati ke?"


                   "Sebab tak sampai hatilah. Orang nak buat...." Payet terus geletek aku tanpa rasa kasihan kat aku yang dah sampai  tergolek-golek kat bawah katil tahan geli. Kejam Payet! Kejam! Tak sayang bini ke?


                  "Dahlah.... tak tahan ni. Payet!!!" 


Payet gelak geli hati tengok aku serupa orang tak cukup oksigen dah. Aku tolak-tolak Payet guna kaki. Itu jalan keluar yang terakhir.


Payet terjatuh kebelakang. Aku bangun cepat. Lari masuk bilik air. Alang-alang tu nak gosok gigi dengan cuci muka sekali. Aku dengar derap kaki Payet tuju kat bilik air. Dia ketuk pintu bilik air. Aku tahan nafas. Macamlah Payet tak tahu aku dalam ni. Tapi tak tahu kenapa, aku tahan nafas?


               "Sayang... keluar sekarang. Tak baik sepak suami tahu?" 


               "Tak nak. Tu salah abanglah. Geletek orang tak tentu fasal. Padan muka!" 


               "Buka pintu ni sekarang. Minta maaf sekarang. " 


Aku geleng kepala. Motif? Nak bagitau Payetlah, aku tak nak buka pintu. 


Payet ketuk lagi. "Buka sebelum abang geletek sayang sekali lagi. Kali ni, lagi dashyat, extreme maksima punya. Tak nak lepaskan dia. Ikat kaki, tangan semua. Biar rasa dia sebab derhaka kat suami." 


Aku terus berhenti cuci muka. Cepat-cepat aku keringkan muka, lap dengan towel. Buka pintu laju-laju. Tak nak Payet geletek aku. Seram aku dengar. 


Payet tersenyum sinis. Aku berdiri di sebalik pintu. 


                     "Keluar." Arah Payet.


Geleng kepala perlahan. 


                    "Satu... Dua... Ti.. " Payet main kira-kiralah pulak. Sepantas kilat aku keluar dari bilik air. Menghadap Payet, dongak pandang muka dia yang tengah tersengih-sengih mengenakan aku. Ingat, orang suka? Hampa gas Payet!


                     "Tahu takut... Jom." Payet tarik aku. Aku batukan diri. Dia berhenti. Tunduk pandang muka aku. 


                      "Tak aci... Tipu... Main ugut-ugut, siap kira nombor bagai." 


                       "Siapa suruh buat abang sakit hati."


                        "Ekk... Qi tu tahulah yang orang ni isteri orang. Tu pun nak jeles. " Suara aku tinggu sikit. Aku sakit hati. Geram. 


                       "Derhaka lagi..." 


                        "Maaf..." 


Payet senyum. Buat jantung aku gugur sahaja. Payet usap-usap kepala aku, sampai rambut aku serabai dah. Tapi memang dah serabai pun. Dia membongkokkan badan dia. Aku pelik.


                       "Kenapa?"


                        "Naik. Nak main kendong-kendong tak?" 


                        "Nak!!!" Aku terus lompat atas badan dia tanpa rasa bersalah. Terus juga jadi gembira tak tentu hala. Dia mengaduh, aku tak peduli. Aku tampar bahu dia lembut. Payet faham. Terus gerak. 


                       "Yaahhhoooo... Laju lagi... Laju..." Seronok naik belakang Payet sambil Payet lari-lari kendong aku ke hulu-hilr keliling bilik tidur kita orang waktu malam. Aku teringin nak naik kuda tapi tak kesampaian dan tak akan sampai bila-bila sebab aku takut kuda. Macam mana nak naik? Payet dah banyak kali bawa aku pergi belajar, tapi aku tak boleh. Bila instructor suruh aku praktis usap kuda kuda tu perlahan-lahan, aku boleh pula lari jauh-jauh. Payet pun penat mengejar aku. Setiap kali cuti Payetlah juga kita orang pergi, tapi aku tak juga pandai sampai sekarang. Payet yang makin pandai. Huhuhu... nasib badanlah. 


                         "Best tak?" Payet soal aku dalam keadaan tercungap-cungap. Tapi tetap kendong aku, walaupun cuma jalan aje. 


                           "Seronok! Seronok dari kuda. Sayang... Mr Mentos saya ni. Muahhh." Sempat aku cium pipi dia. Hehehe... 






Chapter 6 



 Aku dan Payet  bersiar-siar kat shopping mall  kat One Utama aje.  Payet cuti dua hari, semalam dan hari ni. Payet kerja doktor. Selalu sangat sibuk dengan pesakit-pesakit dia. Masa untuk aku pun tak ada sangat, tapi Payet selalu cuba cari masa untuk aku. Payet memang suami yang terbaik. Aku pula cuma kerja pangkat assistant kat pejabat aje.  Huhuhu... sedih kan? Dari zaman sekolah, Payet selalu berada depan aku.       


                 "Abang... boleh tak kita pergi makan?" Aku dipimpin dia berjalan ke hulu-hilir tanpa beli apa-apa dari tadi. Window shopping je... Payet cakap, tak payah bazir-bazir beli. Jalan-jalan aje. Kedekut!!   


                  "Makan? Nak makan apa?" Payet berhenti tengah jalan. Lampu merah terus, nasib baik tak ada orang kat belakang kami. 


                  "Ermm... apa-apa je. Jap... "


              Payet angkat kening. 


                 "Pizza!!!" 


               Payet tergelak. "Pizza?! "


   Aku angguk. Pizza. Ok, apa.  Sedap... Dah lama tak makan pizza. Asyik makan makanan masakan aku saja. Muak pulak!


              "Ok. Pizza." Payet paut bahu aku. Kami jalan beriringan sambil bernyanyi lagu oleh 5 Second of Summer. Orang pandang-pandang kami, tapi Payet cakap;

  "Buat tak tahu je... bukan diorang punya mall pun." 

Don't stop doin' what you're doin'
Every time you move to the beat
It gets harder for me
And you know it, know it, know it
Don't stop 'cause you know that I like it
Every time you walk in the room
You got all eyes on you
And you know it, know it, know it


Ok! Dan kita orang sambung nyanyi lagi sehingga sampai kat Pizzahut. Aku rasa teruja sekarang ni. Mehh... nampak sangat tak pernah jalan keluar jauh-jauh tanpa Payet. Hehehe...


        "Nak apa? " 


        "Apa-apa je..."


        "Ok." 


Aku terus pergi cari meja kosong sementara tunggu Payet buat order.  Tiba-tiba, seorang wanita berpakaian seksi datang menghampiri meja aku, dan dia duduk tanpa dijemput? What the heck?! Padan sangatlah dengan penampilan dia tu. 


                   " Soory... I ganggu ke?" 


                   "Tak... tak pun. Kau buat apa kat sini?"  Tanya malas. Tak suka tengok muka dia ni. 


                   "Ooo... Ni kan tempat public. Sesiapa pun boleh datang. Mana Payet?" Ehh... minah ni boleh pula selamba badak, tanya-tanya suami aku mana? Dari dahulu sampai sekarang tak pernah berubah. 


                     "Payet... dia..." Tepat masa Payet datang kat kami. Payet ambil tempat duduk sebelah aku. Dia senyum kat aku. Dan... 


Payet buat tak tahu dengan Sofea laaa... Hahaha. Padan muka kau! Ingat suami aku nak layan kau. Memang taklah. Tapi, kalau dia layan, dia kena hadap aku dulu. Nampak tak aku tengah marah ni campur geram?


               "Sayang... mari makan. " Payet nak suap aku? Wahhh... bahagianya hidup. Aku jeling pandang Sofea. Muka dia nampak marahlah. Hahaha... 


                "Payet..." Sofea panggil. Payet pandang kejap. 


                "Nak apa?" 


                "I nak jumpa you laa... Dah lama kita tak jumpa kan? Lepas belajar, masing-masing terpisah. Awak kerja kat KL, I dapat hospital kat Johor. Rindu you." Sofea buat suara tergedik-gedik depan Payet dan DEPAN aku jugak!! 


Tarik nafas jap. Tenang. Layan je budak Sofea ni ye, Tihah.


               "Nak join makan sekali tak?" Aku ajak dia. Dan sebenarnya aku ajak-ajak ayam. Harap-harap dia tolak tawaran aku. Aku pun pula baik sangat mengajak kenapa?!


Payet pandang muka aku semacam. Dia macam marah. Payet marah aku ajak Sofea ke? Huhuhu... sorry lah abang. Tihah ajak main-main je. Doakan lah dia tak nak ke apa. Eh?


                Sofea tersenyum memandang kami. Tak, dia senyum kat Payet je. Kat aku, dia buat jeling-jeling tajam kat aku. Apa? Ingat aku takut. Suami aku kat sebelah je. 


               "Ehh... tak apalah. I kejap je kat sini. Nak balik dah. Ok lah. Bye, Payet!" Sofea bangun dan buat flying kiss kat Payet? Apakah? 


Lepas aje Sofea pergi, Payet pusing badan dan pandang wajah aku yang nak menyorok kat bawah meja sekarang. Dia marah aku,.. 


              "Berani ekk nak ajak Sofea makan sekali? Nampak ni?' Payet tunjukkan buku lima tepat-tepat kat muka aku. Aku mengundur sikit. Dekat sangatlah.


               "Hehehe... saja aje ajak. Tapi Tihah, ajak-ajak ayam je, bukan betul pun. Tak payahlah marah. Jom kita makan nak? Bagi sejuk hati, perut, dan menyedapkan perisa di mulut." Aku tersenyum dan ambil sekeping pizza dan suap kat mulut. Aku sekali sumbat jugak kat mulut Payet. Paksa dia makan. Duk tenung muka aku buat apa, bukan kenyang pun. 


               Tihah... " 


Payet lagi marah. Aku buat makan aje. Tak ambil enteng dengan Payet. Benda kecik macam tu pun nak kecoh ke. 


***


Waktu malam pada hari yang sama aw...  


            

                  "Tak nak tidur ke? Dah malam. Nanti penat esok nak kerja." 

                 "Tak."


Masing-masing senyap. Layan perasaan sendiri. Aku toleh pandang Payet bersandar sebelah aku. Mata tetap mata kaca televisyen tonton cerita CSI. Apa yang best pun, aku tak faham. 


               "Nak apa? Tengok-tengok abang tak berkelip mata." Payet tegur aku, tapi tak pandang.


Aku berdehem kecil kejap. Nak mula dari mana ekk... Dah lama nak tanya Payet tapi tak lepas-lepas juga. 


                "Ermm... Macam mana nak cakap ekk..." 


                "Nak cakap apa, sayang?" Payet senyum.


Aku letakkan jari telunjuk kat bibir aku sambil mata kat tv dengan pandangan kosong. 


                "Fikir apa?"


               " Tak ada apa-apa." 


Payet pusing postur badan dia menghadap aku. Tenung aku dengan tenungan mata dia yang lembut dan penuh rasa cinta kasih sayang. 


              "Nak cakap apa tadi? Cepat cakap." 


              "Nope." 


              "Cepat cakap. Sebelum abang...." 


Geletek? No ways. 


              "Tak baik main cara kejam macam tu. Orang tak jadi cakap. Idea hilang tiba-tiba. Nanti-nantilah ye." 


               "Ok. " Payet sambung balik tengok tv. Cerita penyiasat. 


 Aku bangun dari katil, pergi kat tv. Gelap. 


               "Tihah!!" 


                "Tidur... esok awak kerja, saya pun kerja. "


Aku dengar Payet mendengus. Hekk, marah ehh... Aku baring menghadap Payet dan terus peluk Payet kuat-kuat. Payet pusing, balas pelukan aku juga. 


                 "Sealed with a kiss." 





Chapter 7


Aku duduk menghadap lap-top aku. Lama. Kerja banyak, tapi tak tahu nak mula dari mana? Hati aku rasa lain dah. Tiba-tiba rindu Payet yang baru berpisah 1 jam tadi. kelaur kerja sama-sama, breakfast sama-sama. Dia hantar aku ke pejabat lagi. Tapi aku jadi rindu dia sangat. 


Aku keluarkan sehelai kertas, ada tulisan tangan Payet. Dia bagi kertas ini sewaktu kami mula-mula kenal. Waktu aku bagi surat dekat dia, dan dia letakkan markah untuk aku. Tapi, sebenarnya, di dalam sampul surat tu. Ada kertas. Payet balas surat aku. Aku terkedu. Aku suka. Payet suka aku rupanya. 


Hiks! Aku senyum membaca kembali surat tu. 



           '  Bila awak mahu cinta saya, carilah dulu cinta Allah. Bila awak mahu rindu saya, rindulah dulu Allah dan Rasul-Nya. Jika awak mahu sayang saya, sayangilah dulu agama lebih dari diri saya.' -Fariz-




             "Tihah... mengelamun!! Buat kerja." Ita si kecoh, lalu depan meja aku. Sempat pulak tu menegur. Ekk... dia tu dari tadi duk ke hulu-hilir ke meja orang lain buat gosip. Tak senonoh. 

Aku lipat kemas-kemas kertas tadi. Simpan balik dalam laci. 

             "Ye... Tahu. Sibuk!" 

             "Melawan..." 

Aku tersengih. Tak berani pula aku pandang muka kak Ita. Mulut berani lawan, mata tak boleh. Seram. Sama macam Payet. 

            "Weii... Tihah. Nak lunch sama-sama tak nanti?" Qi jerit kat aku dari meja dia. 

            "Tak... nak duduk office je. Makan Daim. " AKu jerit balik. 

              "Ok." 




Chapter 8

Aku nampak Sofea dengan Payet baru keluar dari sebuah restoran bersama-sama. Mereka nampak gembira sangat. Bergelak ketawa dengan gembiranya. Aku pandang pada Payet. Muka dia nampak happy. Tak seperti hari tu, masam mencuka sahaja, bila nampak Sofea. Tegur pun tak nak. Tapi, ni nampak bahagia. Sofea lagilah... gedik gila! 

Waarrghhh... sakit mata aku. Sakit lagi hati aku. 
Aku toleh belakang. Nampak Qi turun dari tangga. Dia senyum, aku balas senyumannya. Dia angkat kening, aku angkat bahu. 

                "Kau kenapa? Mana abang sayang-sayang kau?"

                 "Jangan panggil dia abang sayang-sayang bagai." 

                  "Ekk... bukan kau yang kecoh kat aku, siap bagi amaran kat aku kena panggil Payet tu macam tu. Nampak romantik semua, segala-gala..." 

                  "Gaduh." Ok. Sekarang, aku tengah jujur gila dengan Qi.  Tak reti nak sorok-sorok langsung. 

Qi gelak tengok muka aku yang berkerut. Aku tunduk malu. 

                 "Hahaha... faham, faham... " 

                  "Qi, hantar aku balik rumah." 

                  "Oraite..."

Aku masuk ke dalam kereta Qi lepas saja dia start enjin kereta dan ajak aku masuk. Sepanjang perjalanan, aku dan Qi tak cakap apa-apa. Kalau Qi nak cakap kat aku, aku tunjuk tapak tangan kiri aku dan tunjuk kat depan muka dia, sebagai maksud 'Talk to my hand'. Aku tak ada mood nak layan Qi. 

***

Aku duduk kat tepi kolam renang kat rumah. Menjulurkan kaki dalam air. Tak nak berenang pun, takut lemas. Payet tak ada, kalau tak Payet yang selalu pegang aku, sekali berenang bersama-sama kalau aku teringin sangat nak berenang. 

                "Sampai hati abang... " Aku dah mengalirkan airmata. Dah tak tahan dah, airmata nak keluar sangat.

Sob...sob...sob...

Aku ingat Payet memang buat tak tahu dengan Sofea, tapi pura-pura rupanya. Tahulah aku tak setaraf Sofea. Dia doktor juga sama macam Payet. Kerja kat hospital swasta. Gaji besar tapi... besar lahi Payet punya. Aku takat bawah-bawah je. Huhuhu... 

Aku dengar pintu rumah terbuka. Payet dah balik. Aku nak bangun, nak sambut dia balik. Tapi... niat aku terbantut.  Aku nak merajuk dengan Payet. Korang jangan nak salahkan aku, kalau aku nak merajuk dengan Payet. Dia yang salah, dan dia juga yang salah sebab manjakan aku. Sekarang aku jadi macam ni.... 

Rindu Nina dengan Dian tiba-tiba. Mana mereka pergi ekk? Last dapat khabar pun, Dian pergi study kat UM ambil course business dan Nina pula ambil jurusan Multimedia. Lepas tu, lost contact sebab aku kahwin. Payet lamar aku. Katanya nak cepat kahwin, supaya hubungan aku dan dia sah. Boleh jumpa lama-lama sekalipun. Aku pun setuju kalau mak ayah setuju. Hehehe... 

            "Assalamualaikum, sayang" Payet tegur aku dari belakang. Dia terus duduk sebelah aku. Julur kaki dalam air juga macam aku. 

            "Waalaikumussalam." 

            "Kenapa tak jemput abang macam biasa?" 

             "Malas."

 Payet senyum. Aku tak heran. 

            "Merajuk?"

  Senyap.

            "Marah?"

Senyap. Tak nak buka mulut. Nak boikot Payet. 

             "Qi bagitau abang tadi... Katanya, Tihah nampak abang dengan Sofea, terus marah macam merajuk. Tak nak naik kereta balik sama-sama dengan abang. Nasib Qi telefon dulu tau, kalau tak jenuh abang tunggu sayang depan office nanti. Tak kesian ke kat kita ni?" Payet jelas kat aku. Qi telefon? Bila masa? Tak nampak pun. 

              "Sayang nak suprise tak?" 

Aku geleng. Aku dengar Payet tergelak kecil. Apa yang kelakar entah. 

            "Nak kan, kan? Mari, ikut abang." Payet tarik aku bangun. Aku batukan diri. Paye tarik kuat-kuat, rasa macam nak putus tangan dah. Payet ni memang kasar. Kejam tak bertempat. Suka paksa aku guna cara gamas. 

Aku bangun. Ikut dia, pergi ke ruang tamu. 

             "Sayang nak tahu... Sofea baik. Dia banyak tolong abang selama ni. Abang tak tahu nak bercinta bagai ni semua. Surat yang Tihah dapat masa zaman sekolah dulu tu, Sofea yang aja. Lama-lama abang pandai buat sendiri... Hehehe... Sofea ajar abang macam-macam, kalau nak pikat perempuanlah, ambik hati dia baliklah, bila merajuk, nak tahu reaksi muka dialah... Semua Sofea ajar. " 

Payet senyap sekejap. Kemudian, dia sambung balik.

              " Sejak abang kenal Tihah... abang rasa tertarik. Selama ni, abang dengan buku saje, tak pandang lain. Nak capai cita-cita... Tapi sejak sayang hadir dalam hidup abang, abang cuba belajar untuk mempunyai rasa cinta dalam diri ni. Tihah, bagai matahari... sinarkan hidup abang... rasa bahgia sanagt. Abang cabar Tihah suruh dapat rsults gempak kan? Ingatkan tak berjaya, tapi berjaya jugak sampai SPM sebenar pun. Abang bangga ok!" 

 Aku blur jap. Ok, dah faham. 

                "Abang belajar apa makna 'cinta' untuk Tihah?" 

Payet angguk. Aku senyum sedih. ADa ke senyum sedih?  Ada lah kott... hehehe

             "Ingat tak hari ni hari apa?" Payet tanya aku. 

             "Apa? " 

             "Tak lah ni kan? Duk sedih memanjang. Syak wasangka kuat."

Senyum jelah. Aku tak tahu nak cakap apa. 

               "Happy Aniversary ye."

Ulang tahun perkahwinan kami? 

              AKu sengih. "A'ahlah... Baru ingat." 

                      Payet sekeh kepala aku perlahan. "Cehhh..." 

               "Sofea tu pula?"

             "Dia tolong buat abang buat persiapanlah. Abang bukan tahu apa sangat. "

            "Ooo..." Panjang 'o' aku. Enam harakat mungkin. 

           "Dia dah bertunag pun.... Jadi jangan jeolaous." Payet angkat kening. Payet suka nagkat kening nila nak kepastian. Aku pun dah terikut pengaruh dia. 

                   "Malam ni siap. Kita keluar dinner.  Ada semua kawan-kawan kita zaman sekolah. Nina dan Dian  awak pun ada." Payet keluarkan arahan. 

                "Jap. Diab? Nina? Kawan-kawan? Reunion ke?" 

                "Yup. Sekali serentak. Boleh buat pengumuman kan? Isteri abang ni dah ada anak dalam perutnya. Dah setahun kita tunggu 'cinta' kita hadir. Baru tahun ni dia hadir. Terima kasih sayang... Lain kali jangan sorokkan dari abang ye. Nak buat suprise juga pun agak-agaklah." Payet tersenyum-senyum sambil tangannya mengusap lembut perut aku. 

Heh! Macam mana dia tahu pun aku tak tahu. Puas aku simpan rahsia ni, nak beritahu masa hari jadi aku minggu depan. Ni tak lain tak bukan, mesti kerja Qi sebab Qi yang orang pertama aku bagitau pasal kandungan aku ni. 

               "Sayang abang..."

              "Sayang dia jugak!" 





Ending


Kita berjumpa hanya satu kebetulan.,
Berjumpa bukan untuk kebaikan.,
Tapi penuh degan kenakalan.,
Kebetulan yang akhirnya berkekalan.,
Pelbagai kenangan telah dilukiskan.,
Diwarnai dengan gurauan dan usikan.,
Dihiasi degan gelak tawa dan juga senyuman.,
Kebetulan yang membawa kerinduan disaat berjauhan.,
Namun tiada siapa pun boleh jadi pemisah untuk kita berteman.,
Kecuali ajal dan juga kematian.,
Terima kasih untuk kebetulan ini kerana ia mengajar kita erti sebuah perhubungan yang amat bernilai..


Payet or Fariz... saya sayang awak sangat, Saya mencintai awak kerana awak mencintai Dia dan Rasul-Nya. 

'Cinta' kita ni, Muhammad Rayyan bin Fariz, Insha-Allah akan menjadi anak yang soleh untuk kita, baik, bijak , cerdik dan handsome macam awak. Tahu siapa Tuhannya, Rasulnya, dan sayang mama dan papanya ini. Amin. Hiks!

Cinta yang suci, tiada persoalan dan tiada jawapan. Ia dari Allah. Hanya mereka yang ikhlas sahaja yang terpilih untuk memilikinya. Ajaibnya rasa cinta ini, hanya Allah yang tahu. 

       "Sayang... baby Rayyan nangis  ni. Awak buat apa lama-lama kat atas tu. Cepat turun sekarang!" Payet menjerit namaku kuat dari tingkat bawah, Mesti Rayyan takut air kolam renang tu macam aku jugak. Hahaha... ikut mamanya juga. 

          "Yeee... " Aku laju turun ke bawah. Lihat Payet sudah basah lencun disimbah air oleh Rayyan. Aku tergelak. 

            "Jangan gelak." Payet marah. Hek eleh, ingat aku takut. 

Saya bawa awak cinta. Awak belajar cinta. Sama-sama kita belajar apa itu cinta yang sebenar ye..




       -Tamat- 
             
Difficult Words to Say  (Adilla Lon)

Wednesday, 5 November 2014

Cinta Kita kerana DIA

Bukan mudah untuk mencintai seseorang kerana Allah. Mencintai Allah pun sukar, apatah lagi mencintai yang lain kerana Allah. 

Dikala cinta yang dikejar sepenuhnya, tanpa dipengaruhi oleh cita-cita pasti tersungkur ditepian. sesungguhnya, untuk mendapatkan cinta yang hakiki pasti banyak yang perlu diharung dan ditempuhi…
Namun apa yang Allah berikan pd kita adalah terbaik untuk kita…
mugkin bukan yang ini… tapi pasti yang lain…



Ready... Start baca bawah ni;



Belasan tahun yang lalu saya diuji. Dan kenangan atas ujian itu mekar kembali semasa saya ditakdirkan hadir sebagai panel forum cinta: Aku, dia dan kita di UTEM, Melaka beberapa malam yang lalu. Bersama saya sebagai  ahli panel ialah penasyid Suhaimi (mantan anggota IN-TEAM) dan isterinya Ina Naim (kalau tidak silap saya).
Mereka berdua meluahkan dan mengimbau rasa dan peristiwa cinta mereka berdua yang cukup indah dan berwarna warni. Kerana itu di dalam hati saya, berbunga kembali kenangan lalu… kenangan ketika cinta sendiri diuji. Sangat mahal kenangan itu. Sampai kini ia jadi pengajaran yang sangat mahal harganya buat pedoman diri.
Jarang saya ingin berkongsi soal peribadi. Justeru saya sedar saya adalah suami yang sedang bermujahadah… dulu, kini dan selamanya. Namun secara tiba-tiba saya rasa terpanggil untuk menyampaikan. Manalah tahu ada yang wajar dikongsi sebagai ingatan dan didikan bersama. Lalu saya bongkar kembali surat-surat lama. Lalu saya pilih satu daripadanya. Setelah disunting beberapa hal yang terlalu personal… hasilnya saya kira boleh dimanfaatkan bersama. Kini ia telah jadi milik kita, bukan milik saya.
Sudi apalah kiranya menatap surat itu:
Surat Cinta Suami Yang Lara! 
Wahai isteri, Kumulakan tulisan ini dengan rintihan kepada Allah. Mudah-mudahan rintihan ini menjadi rintihan mu juga.  Ya Allah… aku yakin apa yang Kau takdirkan ini adalah yang terbaik buat dunia dan akhirat kami. Mudah-mudahan keluh-kesah, resah-gelisah kami menerima ketentuan-Mu ini, Kau ampuni dan dikira sebagai bukti lemahnya kami sebagai hamba-Mu yang berdosa. Semoga kesedihan dan kebimbangan kami dalam waktu-waktu tertentu dalam menempuh ujian ini dinilai sebagai langkah menuju-Mu di jalan mujahadah.Kami lemah ya Allah… namun Kami tetap yakin Kau menguji kami ini dengan maksud baik. Kau tidak akan menimpakan kesusahan di luar kemampuan kami menanggungnya. Kami berdoa ya Allah… ujian ini menjadi tebusan pada dosa-dosa kami yang lalu, kini dan akan datang. Sesungguhnya kami ini hamba ya Allah… ujian inilah yang menusuk ke hati lalu mengetuk pintu rasa yang selama ini sudah semakin alpa bahawa kami ini hakikatnya hanyalah seorang hamba yang hina.

Syukur ya Allah … kerana Kau anugerahkan rasa yang termahal ini di celah-celah kepahitan dan penderitaan. Jika tidak kerana ini, kami akan terus lalai, terbuai-buai dan akhirnya mati tanpa merasai hakikat cinta-Mu yang sebenar. Cebisan cinta suci dan sejati ini mudah-mudahan akan hidup subur dan mampu menghidupkan hati kami yang semakin mati.

Isteriku,
Suratmu telah kubaca. Terima kasih sayang. Membacanya seperti membaca hatiku. Aku tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menulis, siapa lagi yang sebenarnya membaca… kerana suratmu adalah suara hatiku… suara hati kita bersama! Aku cuba tenang di sini kerana aku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana.Perpisahan sebenar bukanlah kerana jarak tetapi oleh retaknya hati. Perpisahan ini sesungguhnya mendekatkan hati dan menyuburkan cinta kita. Kita akan semakin rapat oleh perpisahan ini… insya Allah. Yakinlah kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan lebih manis. Perpisahan ini adalah harga kepada saat yang pasti tiba itu, insya Allah.
Aku pergi menuju Allah… memperbaharui langkahku, menguatkan jiwakku untuk memburu kecintaan-Nya… dan dengan itu aku akan mencintaimu ............

__________________________________________________________
Assalamualaikum...
Ini hanyalah sebahagian surat yang ditulis... Untuk baca lebih lanjut, sila klik2
Saya hanya-hanya share-share sebab rasa terkedu time baca (;

Saturday, 1 November 2014

The Other Side of the Door




Bila aku ada, mesti jumpa dia. Bila jumpa dia, mesti ada aku. Mana-mana pelosok dunia ini, harus jumpa muka dia. Sebijik muka dia beribu-ribu kali. Tapi, kalau dia normal tak apalah juga. Ini tidak, mereng, sengit, GILA!

Dasar manusia tidak reti bahasa. Tak faham aku,

Setiap kali terserempak, mesti dia jadi pelik. Macam aku kenal dia sahaja.

"Awak, baik awak mengaku baik-baik. Awak suka saya kan?"

"Huh! Kenal pun tidak. Baliklah."

"Tipu."

"Apa tipu-tipu. Aku tak kenal kau, kau tiba-tiba kenal aku. Gila!" Tengking aku sambil mula bergerak meninggalkan perempuan itu yang menahan aku kat tengah jalan.

"Kenapa awak selalu marah-marah saya? Tak buat salah apa-apa pun."

Aku berhenti. Berpaling menghadap dia. Dia menunduk memandang kasutnya.

Sedihlah pula...

"Aku marah sebab kau paksa aku mengaku bukan-bukan. Hari-hari pulak tu."

"Tapi... dulu awak kata, awak sayang saya. Tak nak marah-marah. Janji nak sama-sama dengan saya, Sekarang ini, awak yang berubah jadi lain. Bukan saya, Saya sama. Tak pernah berubah."

Dia luahkan perasaan dekat aku. Aku layan sahajalah. Nak buat macam mana. Orang ramai perhatikan kitaorang kat tengah jalan di dalam MidValley ini. Kalau biarkan dia cakap sorang-sorang, macam kejam sangatlah. Kalau layan dia, aku rasa pelik.

Dan mulalah...

"Awak... teman saya pergi makan nak? Laparlah, Dulu awak selalu ajak saya keluar makan sama-sama. Jom, jom... awak..." Dia dah start senyum manis-manis depan aku.

Mengeluh.
Tak insaf lagi minah ini.

"Tak kuasa."

Aku laju meninggalkan dia kat situ. Sumpah! Aku tak nak jumpa dia lagi. Tak nak.... Umur dia boleh jadi adik aku sahaja. Dahlah mental. Balik dari kerja, dia boleh tunggu aku depan pejabat dengan muka annoyingnya yang tak ada rasa malu langsung.

Kawan kerja aku pun dah mula kata kutuk belakang aku. Kata perempuan itu, makwe gila aku.
Aku tahulah aku jejaka muda yang tak kahwin-kahwin lagi. Umur dah 29 tahun. Rumah sendiri dah ada walaupun condo saja. Kereta tak mewah tapi kira boleh gunalah juga walaupun Myvi. Kewangan pun cukup-cukup aku dan sebenarnya lebih dari cukup untuk aku. Jawatan tinggi sebab boss percaya aku pegang jawatan besar-besar sebagai Project Manager Architecture. Dah setahun lebih pun.

Bab kahwin?

Ummi dah banyak membebel kat aku. Bila nak kahwin? Dah jumpa calon ke belum?

Aku? Entah...

Belum jodoh lagilah tu. Jodoh itu kan Allah tahu untuk kita.

Mengeluh lagi.

***
Setiap hari Sabtu minggu, aku akan pergi melepak dekat kedai buku dalam shopping mall ini.  Kedai buku ini special sikit sebab kalau tak nak beli, boleh baca sahaja dekat situ. Tapi siapa saja yang nak stay kat kedai buku berjam-jam kalau buku tu muka suratnya lebih 100 muka surat. Cuma, aku sahaja yang kedekut nak keluarkan duit nak membeli.

Ummi selalu pesan, lelaki jangan terlalu membaca novel macam perempuan sebab jarang lelaki yang baca novel. Nanti takut tak ada sesiapa yang nak aku dan memanjang hati macam dalam jalan cerita novel nanti.

Tapi, aku peduli apa. Aku dah suka sebab ummi pun kaki novel. Jadi aku pun terpengaruh lah sama dengan ummi. Ini semua salah ummilah.

"Assalamualaikum, awak. Baca novel ek?"

Tersentak. Aku toleh kepada empunya suara yang menegur aku.

"Kau?"

Dia tersenyum manis dengan lesung pipit kirinya yang jelas. Sungguh dia memang gadis yang cantik walaupun tak cukup akal.

"Jawab salam lah. Tak jawab dosa." Dia duduk di sebelah aku.

"Waalaikumusalam." Aku terus bangun dari duduk. Aku nak larikan diri daripada perempuan ini. Aku tak nak jadi gila macam dia.

"Eh nak pergi mana, Eid?" Dia pegang lengan baju aku.

"Keluar."

"Saya baru sampai."

"Aku nak balik. "

"Eid... tunggulah saya." Dia merayu.

Satu persoalan yang aku tertanya-tanya. Macam mana dia tahu nama aku sedangkan aku tak pernah beritahu pun nama aku pada dia. Nama dia pun aku tak tahu. Aku tak kenal pun dia. Dia pula kenal aku.

Apakah?

"Tunggulah sorang-sorang. Perempuan gila. "

Aku keluar dari kedai buku itu. Kaki aku melangkah ke arah kedai pakaian pula. Sudah lama aku tidak melabur duit aku beli baju baru. Jeans, t-shirt berwarna biru menarik perhatian aku. Sedang aku belek-membelek, satu suara menyapa aku dari belakang.

"Warna ini cantik. Tapi selalu sangat saya nampak awak pakai warna biru. Cubalah warna lain. Nak?"

Geram.

"Macam mana kau boleh datang sini. Penyibuk!"

"Guna kaki sayalah. Tak akanlah saya nak suruh awak angkat saya pulak kan?" Dia ketawa.

"Tak lawak."

"Pilihlah warna merah. Merah cantik. Lambangkan sayang."

"Sayang? Suka hati akulah nak pilih warna apa-apa pun. Penyibuk. "

Dia lantas mengambil sehelai baju berwarna merah dan mempunyai corak beruang kecil di bawah baju. Aku tergelak.

Dia menoleh memandang aku. Berkerut dahinya.

"Kenapa gelak?"

"Baju ni kau cakap lambang sayang. Banyaklah kau punya sayang, " Aku pegang baju tu dan tunjukkan corak teddy bear tadi. "Baju ini sesuai dengan kau. Aku tak akan pakai baju tu macam ini. Faham?"

Dia tersengih, "Oh. Awak cakap sesuai untuk saya. Terima kasih. Tapi saya nak belikan untuk awak juga. Saya suka baju ini. Comel."

Dia laju berjalan ke kaunter pembayaran. Aku senyum sinis.

"Gila." Aku tinggalkan butik pakaian itu, Tak hingin jumpa dia.

***
Penat.

Jalan longlai nak balik rumah. Seluk-seluk cari kunci dalam poket. Tak jumpa. Aku dah mula panik. Aku letak beg bimbit dekat atas lantai. Muka dah gelabah dengan peluh yang lebat jatuh. Aku cuba ingat-ingat balik waktu mula-mula ambil kunci, letak dalam poket, tak keluarkan... kemudian kunci tu pergi mana? Sepatutnya kunci itu mesti dalam poket aku aje.

Semua barang-barang dalam beg kerja pun aku dah geledah.

Tak jumpa.

Tiba-tiba...

"Awak cari ni ke?"

Suara dia. Perempuan tu...

Aku berpaling kebelakang. Sah dia lagi dan... mata aku terpaku pada tangannya yang memegang kunci yang ada keychain Beijing, aku beli tahun lepas sewaktu kerja dekat sana ada project. 

Dia tersengih depan aku. Bajet comel!

"Mana kau dapat kunci tu?" Aku tanya dia dalam nada baik walaupun dalam hati rasa nak cekik sahaja perempuan ini.

"Jumpa."

"Bagi kat aku."

"Eh! Tak boleh! Senang-senang sahaja nak minta-minta dekat saya. Marah-marah pula tu. Terima kasih pun tak ada." Dia mula membebel sambil tangannya ligat melambung-lambungkan kunci rumah aku. Sedap rasa dia sahaja.

"Ok. Minta maaf. Nak kunci." Aku hulurkan tangan.

"No." Dia geleng kepala buat gaya sombong.

"Terima kasih sebab jumpa kunci saya. Saya nak masuk rumah. Bagi kunci."

Dia tersenyum. "Awak memang teruk. Nahlah!"

Kunci kini  beralih tangan dan aku tersenyum gembira. Puas hati dapat masuk rumah dan perempuan tadi tu pun aku terlupa. Pintu dibuka dan perempuan itu ada lagi...

"Tak balik?"

Dia geleng.

"Buat apa dekat sini?"

"Kawasan ini bukan kawasan awak pun. Sesiapa pun boleh pijak. Kan?"

"Ermm..." Aku nak tutup pintu balik sebab berbual dengan dia bukan dapat manfaat pun.

"Kejap, awak!" Dia tahan pintu. Aku berhenti.

"Apa? Nak apa?" Soal aku tegas.

"Tak nak tanya ke rumah saya dekat mana?" Dia lambai-lambaikan tangannya pada aku dan buat tanda peace.

Sekarang ini siapa setuju dengan aku yang perempuan ini memang mereng?

"Hahaha... Aku kena tanya kau? Tinggal kat mana? Sekarang? Kau suruh aku?" Aku mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Perempuan ini buat aku rasa sakit paru-paru. Seumur hidup aku tak pernah aku jumpa perempuan macam begini caranya.

Tarik nafas sekejap.

"Aku nak tanya kau. Kau tinggal mana? Buat apa dekat depan pintu aku?"

"Saya tinggal depan rumah awak. Ni rumah saya." Dia tunjuk pintu rumah dia depan pintu rumah aku dengan bangga.

Aku terkejut dan mulut aku ternganga, Dia pula boleh tersenyum kambing dengan aku.

Aku cuma mampu mengeluh berat. Tersenyum hambar dan terus masuk rumah. Tutup pintu dan kunci. Aku tak boleh bayangkan kalau hari-hari nampak dia, bertembung dengan dia kat tepi jalan tapi inikan kami berjiran.

"Waargghhh... kenapa dengan hidup aku?'

***
"Assalamualaikum, jiran saya. Nak pergi kerja ke?" Dia tegur aku waktu kami sama-sama keluar rumah dan sama-sama juga nak kunci pintu. Serentak.

Senyap.
Aku tak pedulikan dia.

"Dosa kalau tak jawab salam. Nanti Allah marah."

"Hmmm... Waalaikumussalam." Aku terus gerak.

"Awak... ingat taw! Salam itu kita mendoakan seseorang itu. Saya doaka kesejahteraan awak, jadi awak kena doakan saya juga. Wajib." Dia jerit tak pedulikan jiran-jiran lain dengar.

Pagi-pagi lagi, jiwa aku jadi kacau. SETIAP HARI pulak tu.

Dan mulalah... Jiran-jiran aku buat statement sendiri tentang aku dengan minah mereng itu.

"Eidan, jiran baru kita tu... apa nama dia entah. Rasanya dia minat kamu tak. Makcik selalu dengar dia bagi tazkirah free kat kamu. Pesan suruh kamu jaga diri, jaga makan... Untungkan dapat jiran baik macam tu. Betul tak Eidan?" Makcik Jem beria-ria ceritakan pada aku.

Aku mampu senyum.

Makcik Jem tak tahu perkara sebenarnya, Jiran baru kita tu sebenarnya bertopeng dua muka.

***

"Wei, Eidan!! Kau memang kawan makan kawan. Apasal kau tak cakap yang kau dah nak kahwin. Dahlah dengan minah yang hampir setiap hari tunggu kau dekat depan pejabat tu. " Viq rakan sekerja aku terus marah-marah aku yang tak berdosa.

Dan...

"Aku kahwin? Dengan perempuan tu?"

Viq tergelak. "Tak payahlah sorak-sorak, lambat-laun satu office ni tahu jugak. Tak sangka korang pandai sembunyi rahsiakan dan kau boleh cakap perempuan yang bakal isteri kau tu gilalah, merenglah... Kau memang..."

"Hahaha...." Gelak besar. Serius kelakar. Viq buat lawak dengan aku pulak.

"Asal gelak?"

"Nak buat kenyataan pun, agak-agaklah weii! Kahwin? Dengan minah tu? Kau berjaya buat aku gelak. Tahniah. Sila keluar dari bilik aku sekarang."

Viq riak pelik. "Kau... ini tak lawak. Terang-terang kat papan kenyataan pejabat ada pengumuman yang kau dan dia akan bertunang. Pergi check sekarang."

Mataku membulat.

"WHAT?!!"

***
Darah kemarahan sudah sampai ke tahap maksima. Aku dah tak boleh tahan sabar bila pandangkan perempuan ini dengan muka selambanya bagi penjelasan yang tak masuk akal dan tanpa keizinan aku pula tu.

Memang cari nahas dengan aku.

"Saya minta maaflah. Tapi memang betullah kita akan bertunang nanti. Awak juga yang janji..."

"Janji? Bila masa pula aku janji dengan kau? Aku tak pernah janji dengan kau apa-apa pun. Kau memang..."

"Saya tak pernah tipu. Sikit pun tidak. Saya pegang janji awak pada saya. Saya sayang awak sangat-sangat... Eid." Dia perlahankan suaranya. Seperti hendak menangis dan aku tak akan ambil peduli apa jiran nak kata.

"Merepek apa ni? Apa yang kau merepek? Aku tak pernah janji apa-apa pun dengan kau. Kenal kau pun tidak. Kau yang muncul tiba-tiba dalam hidup aku, cari masalah dengan aku. Kenal aku dan kata macam-macam yang aku sendiri tak pernah buat pun."

"Saya kenal awak..."

"Aku... T.A.K kenal pun kau. Tak kenal. Faham tak, jiran?" Aku menunduk dan memandang seraut wajah milik perempuan ini.

Wajahnya basah dengan airmatanya. Hidungnya yang berkulit cerah bertukar berwarrna merah jambu. Matanya merah. Dan... timbul rasa simpati dalam diri aku.

Melepaskan nafas berat.

"Jiran... aku minta maaf sebab tengking kau. Tinggikan suara dekat kau." Suaraku diperlahan dan bernada memujuk.

Dah terbalik!!

"Saya minta maaf. Tapi itu yang awak janji. Saya buat macam tu supaya awak ingat apa yang awak cakapkan pada saya sebelum ini. " Dia terangkan dalam keadaan teresak-esak. Tanpa rasa bersalah, dia memeluk lengan aku erat.

Erat.

Terlampau kuat seperti kanak-kanak yang ketakutan kerana dimarahi.

"Saya minta maaf, Eid, Saya... tak berniat nak buat awak marah. Saya tak nak awak marah-marah."

"Aku minta maaf."

Makcik Jem tersenyum melihat kami berbaik setelah lama kami bertengkar di hadapan pintu rumah masing-masing.

"Saya tak nak awak marah. Saya takut."

Dia memeluk lebih kuat.

Aku membiarkan sahaja sehingga dia benar-benar rasa selamat. Salah aku juga kerana marah-marah diia dengan teruk.

"Maaf."

Hanya itu sahaja yang meniti di bibir mungil milik perempuan ini merangkap jiran aku.

***

Pagi ini aku dapat menarik nafas lega dan bahagia setiap hari. Aku dan Metilda, jiran aku a.k.a perempuan gila sudah berbaik dengan harmoni selepas berbulan kejadian itu.

"Assalamualaikum... jiran." Mitilda menegur aku yang baharu sahaja keluar dari rumah sama seperti dia. Tapi dia sengaja buat macam tu. Katanya, nak aku dengan dia buat serentak setiap kali pagi nak pergi kerja.

"Waalaikumussalam. "

"Awak... tunggu! Saya ikut awak, boleh?" Mitilda terhegeh-hegeh berjalan ikut rentak kaki aku.
Nak juga berjalan sebelah aku.

"Suka hati kaulah."

Malas nak layan.

"Awak nak tahu tak? Saya dah dapat kerja tahu?"

"Hmmm..."

Kami sampai di tempat letak kereta dan aku laju bergerak ke arah kereta aku. Mitilda pula ke kereta Myvi berwarna kuningnya. Dalam keretanya penuh dengan 'benda' lembut berbentuk strawberi.

***

Tetikus kutekan banyak kali dan menghasilkan bunyi 'Click.. Click.. Click.'
Fail di atas meja, aku selak malas. Kerja kalau bagi seminggu pun tak akan siap. Kerja dulu tak siap lagi, dah tambah kerja baru. Sungguh menyeksakan jiwa raga.

Tok.. Tok... Tok

"Masuk."

Viq masuk setelah dapat arahan masuk daripada aku. Dia terus duduk dan pandang muka aku macam tak puas hati.

"Kau dah kenapa?" Tegur aku sambil tangan ligat menekan papan kekunci.

Viq tarik nafas.

"Perempuan tu datang sini."

"Perempuan mana?"

"Alaa... jiran kau tulah."

"Jiran? Dia kan selalu datang sini. Apa nak heran?"

"Masalahnya, jawatan pembantu kau tu dia dah isi." Viq nampak risau.

Dan aku... lagi risau tahap melampau.

"Tipu... Sepatutunya aku yang kena pilih dengan siapa aku nak. Jawatan kosong tu sebagai pembantu aku dan aku tak pernah terima mana-mana pemohon pun sebelum ini."

"Bos terima dia."

"What?!"

Aku laju keluar dari bilik aku dan berjalan ke luar. Aku nampak Mitilda mesra berbual dengan staf-staf lain. Dia nampak aku. Dia senyum lalu berjalan mara ke arah aku,

Aku tenung dia tajam.

"Hai, awak! Saya Mitilda Nur. Saya pembantu baharu awak sekarang ini. Suka tak?" Mitilda hulurkan tangan untuk salam perkenalan. Aku tak sambut huluran salam dia. Aku tak puas hati dengan dia. Tak faham dengan dia dan sepatutnya aku tak patut rasa ini semua.

Selalunya dalam novel atau mana-mana cerita. Lelaki yang selalu ganggu perempuan tapi situasi aku dah terbalik. Perempuan yang ganggu aku terus-terusan. Aku dah nak jadi gila sebab perempuan gila ini.

Aku tarik Mitilda masuk dalam bilik aku. Aku perasan staf-staf dah pandang kami buat drama sekali lagi.

"Kau buat apa kat sini?" Aku lepaskan tangan dia kasar.

Mitilda mengosok tangannya. "Sakitnya..."

"Kau buat apa kat sini?"

Aku ulang kembali soalan aku yang tidak dijawabnya.

"Saya kerja kat sini."

"Siapa bagi kau kerja kat sini?"

"Boss. Encik Badrul. Dia cakap awak perlukan pembantu jadi dia terima saya lepas tengok resume saya. Awak tak suka ke saya kerja sini?" Mitilda merenung aku dengan mata bundarnya. Muka comel dia dah datang.

"Tak. Aku tak suka. Lebih-lebih lagi kau jadi assistant aku. Memang taklah,"

"Habis awak nak saya buat apa?"

"Tarik diri. Berhenti kerja kat sini, cari kerja tempat lain." Tegas aku keluarkan arahan.

Mitilda terkejut.

"Tempat lain? Salah ke saya kerja kat sini sama-sama dengan jiran saya." Mitilda memandang wajah aku dan berdiri rapat di hadapan aku.

"Salah."

"Alasan?"

"Aku tak suka kau. Sampai bila-bila aku tak suka kau. Aku benci tengok muka kau. Dari mula kau datang dalam hidup aku. Lebih-lebih lagi bila kau start duduk berjiran dengan aku. Kau menyusahkan hidup aku. Itu alasan aku." Aku lepas marah pada dia.

Dan itu bukannya sebenarnya alasan aku kenapa tapi entah kenapa mulut aku tak nak berhenti, laju macam machine gun. Air muka Mitilda dah berubah sejuk seperti air. Seperti hendak menangis rasanya,

"Saya tak faham kenapa awak tak suka saya. Kenapa awak susah sangat nak terima saya. Saya tak faham kenapa awak berubah sangat. Dulu awak tak macam ini. Dulu awak seorang lelaki yang baik dekat semua orang, Awak seorang yang penyayang. Awak tak pernah biarkan saya menangis walaupun sesaat. Awak prihatin sangat, tahu bila saya sakit, bila mood baik saya, apa yang saya nak dan awak tahu apa yang saya fikirkan." Mitilda sudah menangis teresak-esak.

Pantas tangan aku menutup vertical blind bilik aku.

"Aku lagi tak faham kau. Aku memang tak kenal kau dan aku memang tak ingat pun aku ada jumpa kau ke apa. Aku tak pernah janji apa-apa dengan kau. Pasal nama? Aku tak kenal kau, tapi kau kenal aku. "

Dan kekadang aku fikir kau makhluk tersesat dari planet Marikh yang ada misi untuk ganggu aku. Ayat terakhir tidak aku luahkan kerana aku tak sampai hati tengok air mukanya persisi seorang bayi menangis. Salah satu kelemahan aku adalah aku tak boleh tengok perempuan menangis. Aku tak kejam.

"Maaf."

Mitilda berhenti sambil menarik nafas dalam. Mengelap air mata dengan belakang telapak tangannya.

"Saya akan berhenti kerja dan cari kerja baharu. Tak akan ganggu awak selagi awak tak kenal siapa saya pada diri awak dahulu. Maaf."

Mitilda keluar dari bilikku. Aku terus duduk di atas kerusi dan memikirkan kembali kata-kata Mitilda tadi. Dia sungguh bersungguh-sungguh berkata yang aku kenal dia, dan aku sayang dia.

Adakah dahulu kami pernah ada hubungan istimewa? Sehingga Mitilda beria-ria dengan aku tanpa pedulikan aku marah-marah dia.

***

Semenjak peristiwa di pejabat beberapa hari lalu, aku tak pernah nampak Mitilda di rumahnya. Dan aku tak rasa diganggu lagi dengan dia. Mana-mana aku pergi, aku tak nampak muka dia lagi seperti sebelumnya. Aku tak dengar suara manja dia lagi.

Tapi... Aku rasa lain. Lain tanpa dia. Lain tanpa teguran dia setiap pagi. Aku rindu dengan kedegilan dia. Aku rindu dengan kaki penyibuk dia. Aku rindu dengan mata bundar milik dia. Aku rindu dengan bila dia cakap yang dia sayang aku.

Eid, sedar diri, Sepatutunya kau rasa aman dan harmoni tanpa dia. Dia dah buat apa yang dia janjikan pada kau. Tak akan ganggu hidup kau. Apa dah jadi ni?

Aku geleng kepala.

Aku rindu dia.

Ya, Aku rindu Mitilda. Aku rindu muka dia.

Aku mengeluarkan kunci rumah dari dalam poket. Pantas pintu rumah terbuka. Di saat aku ingin menutup kembali pintu, Mitilda baru pulang entah dari mana. Mungkin dari tempat kerjanya.
Aku keluar.

"Assalamualaikum, jiran."

"Waalaikumussalam." Mitilda menjawab namum sekilas pun dia tidak memandang aku seperti sebelumnya. Mitilda berlalu masuk kedalam rumah. Tinggal aku seorang di depan pintu sendiri sambil memerhatikan pintu rumah jiran aku, Mitilda Nur.

"Aku minta maaf, Nur."

***
Tok... Tok... Tok

"Assalamualaikum, jiran. "

Aku bangun dari katil. Tengok jam baru menunjukkan jam 6.oo pagi. Siapa pula jiran aku yang rajin datang mengetuk pintu rumah aku pagi ini.

Buka. Mitilda sedang berdiri membelakangkan pintu rumah aku.

"Jiran! Kau buat apa pagi-pagi ni?'

Mitilda pusing. Dia tersenyum.

"Jawab salam dulu. Tak jawab dosa."

Dia tetap jiran yang sama. "Waalaikumussalam."

"Eid, saya nak minta tolong awak hari ini. Boleh tak? Awak cutikan hari ini."

Aku pelik. Kalau mana tahu aku cuti tu, dia memang dah stalk aku. Dia minta tolong? Sebelum ini dia tak pernah minta tolong, tapi dia selalu menolong.

Suara dia...

"Tolong apa?"

"Nanti teman saya pergi shopping mall, nak pergi beli hadiah lah untuk orang. Tapi tak tahu taste dia. Awak sahaja yang tahu." Mitilda tersenyum sambil badannya bergoyang lembut macam Teletubbies.

"Boleh je. Bila?" Aku baik hati hari ini.

"Pukul lapan pagi. Saya tunggu awak. Ok." Mitilda buat tanda peace. 

Aku tergelak. Aku balas dengan good. 

"Bye."

"Bye." Mitilda masuk kedalam rumahnya. Aku turut sama masuk. Hati aku berbunga riang. Entah apa perasaan yang muncul, aku sendiri tidak tahu.

***
Tepat pukul lapan pagi, Mitilda sudah menunggu di depan pintu rumahnya. Aku tersenyum dan melambai padanya sebagai tanda 'HAI'. Aku melangkah ke arahnya.

"Dah ready? " Soal kami serentak. Aku ketap bibir. Mitilda ketawa.

"Dah. Jom gerak." Mitilda berjalan laju menuju ke arah lif untuk turun dari tingkat 11 ini.

Kami berbual-bual sambil tergelak kuat atas hal remeh tadi. Dan aku tidak pula ingin bertanya ke mana dia sebelum ini dan mana juga dia bekerja sekarang.

Masing-masing tidak mahu bertanya hal masing-masing. Ego kami memang tinggi.

***
Pusat membeli-belah MidValley lenggang dengan pengunjung pada awal pagi. Mitilda berpusing-pusing di tengah- tengah mall sambil ketawa riang. Aku turut tersenyum melihat perlakuannya seperti keanak-anakan. Tidak padan dengan umurnya yang mencecah 25 tahun itu.

"Kita nak buat apa kat sini? " Aku soal dia setelah melihat dia duduk di bangku tersedia. Aku pandang wajah mulusnya yang bersih tanpa secalit mekap pun. Sungguh cantik ciptaanNya yang terbentang di hadapannya kini.

"Kita pergi kedai pakaian yang ada jual pakaian lelaki. Nak? Saya nak beli hadiah untuk kawan saya. Dia lelaki dan saya tak tahu dia suka apa. Sebagai seorang lelaki, apa yang awak suka? Listkan empat benda yang awak suka."  Mitilda menunjukkan empat jari dihadapan muka aku.

"Hadiah? Lelaki? Siapa dia?"

"Kawan. "

"Oh... Kalau saya, nak baju, jam, kasut dan telefon atau pun camera." Aku tersengih sedangkan semuanya bukan apa yang aku inginkan.

"Ok. Mula-mula kita pergi kedai baju. Jom..." Mitilda bingkas bangun. Aku ikut belakang dia kemana sahaja dia pergi. Kami sampai di salah sebuah butik pakaian lelaki. Mitilda laju memilih di bahagian kemeja. Aku membuntutinya.

"Awak suka colour apa? Hmm?" Mitilda mendongak memandang aku. Aku angkat kening.

"Macam biasa. Biru." Aku tersengih lebar.

"OK. Merah," Mitilda mengambil kemeja berwarna merah hati yang mempunya poket di bahagian atas. Poket tersebut mempunyai corak teddy bear juga. Aku pelik. Dia pergi ke kaunter bayar.

"Kenapa merah? Saya cakap biru. Gila." Tegur aku setelah kami keluar dari butik itu dan bergerak ke kedai kasut pula.

"Suka." Selamba dia menjawab.

Aku terlihatkan kasut jenama CROCODILE yang sudah lama aku idamkan tapi hati malas nak beli walaupun masalah kewangan bukan sebabnya.

"Awak minat kasut tu ke? Ok. Kita pilih tu, Cepat try saiz awak." Arahan lembut keluar dari mulut comel Mitilda.

"Saiz kaki kawan awak tu sama dengan saiz kaki saya ke?" Tanya aku dengan kening yang hampir bercamtum. Tak akanlah kakinya sama saiz '8' seperti aku. Besar tu...

Mitilda tersenyum. "Sama." Metilda lantas ambil kasut yang aku minat dan memberinya padaku. "Cepat try cuba ni. Cantik."

Tersenyum. "Ok, jiran."

Setelah puas berpusing satu mall, kami singgah ke kedai makan. Aku pun rasa lapar. Mitilda pesan mee goreng dengan air choclate , aku pula nasi goreng dan fresh orange. 

"Lapar... "

"Lapar, makanlah tu. Tak payahlah nak merungut." Aku selamba jawab sambil mulut penuh dengan nasi.

Mitilda tergelak. "Tahu. Nak cakap macam tu pun nak membebel. "

Aku senyum sinis.

"Eid... kalau suatu hari nanti, saya tak berjiran dengan awak. Awak akan rindu tak dengan saya?"

Aku angkat kening. Pandang seraut wajah milik gadis ini.

"Hmmm... Entahlah. Sebab kau tak hilang pun."

Mitilda senyum hambar. "Ooo..."

"Dah habis makan dah? Kalau dah sudah, jom balik. Dah lewat." Aku menyoalnya lembut setelah terasa kami sudah lama di MidValley ini.

"Dah. Jom." Kami bingkas bangun dari tempat duduk dan keluar dari kedai tersebut. Kami bergelak ketawa bersama. Mitilda juga mengajak aku pergi ke pusat permainan, katanya hendak release tension
dari fikirkan kerjanya. Aku pula hanya mengikut sahaja dia pergi. Aku pun jarang keluar.

"Cuba try main ini. Macam dulu-dulu" Metilda mengajak aku bermain tembak-menembak. Aku menolak,

"Tak nak. Macam budak-budak."

"Mana ada. Sekali awak cuba, awak tak nak balik rumah nanti. Lepaskan segala tekanan dengan shoot bola ini. Jaringkan semua kelapan bola ini. Saya belanja." Mitilda bersungguh-sungguh menyuruh aku main.

Jadi...

"Weii... aku tak nak balik. Aku nak main."

"Dahlah Eid. Pokailah macam ni. Dah enam pusingan kau saja yang main." Mitilda merungut bosan. Aku tergelak melihat dia.

Aku menghampiri Mitilda dan duduk mencangkung bersebelahan dengan dia. "Yelah... Jom balik."

Mitilda tersenyum riang. "Jom."

***
Semakin hari, setiap hari, aku dan Mitilda semakin rapat. Kami pergi kerja bersama, kadang-kadang aku tumpang kereta Mitilda dan kadang-kadang dia tumpang kereta aku. Kami sering keluar makan sama-sama dekat kedai mamat berdekatan dengan condo kami. Lepak kat taman permainan, borak-borak dan gelak kuat-kuat sama-sama tanpa mempendulikan orang sekeliling perhatikan kami.

Hari ini aku nak ajak Mitilda keluar pergi kedai buku. Aku nak didik dia dengan menyemat suka akan novel dalam hati dia sebab dia selalu kutuk aku macam perempuan yang kuat baca novel cintan-cintun.

"Kita nak pergi mana ni, Eid?" Mitilda soal aku ketika kami dalam perjalanan ke AEON.

"Mall." Pendek sahaja jawapan aku.

"Nak habiskan duit gaji ke? Hari tu dah membeli siap belanja saya lagi nak beli apa-apa pun. Hari ni pun nak membeli lagi. Tak rugi ke?" Mitilda menyengih lebar memandang aku. Aku memandangnya sekilas. Ingin senyum tapi aku sembunyikan dari dia. Takut dia jadi mereng nanti.

"Huu... adalah cik"

"Ok."

Mitilda terus senyap dan termenung menghadap ke luar tingkap. Aku mengambil kesempatan untuk melihat dia. Melihat Metilda membuatkan hatinya menjadi sejuk. He...he...he...

"Kalau nak pandang, minta izin dululah." Mitilda mencelah tapi mata tetap ke luar tingkap.

Waarrghh... Dia tahulah.

Kantoi!!

Keretaku diparkir. Kemudian kami berdua berjalan masuk ke mall. Langkah kakiku laju mengatur ke kedai buku Popular. Aku menoleh kebelakang dan terpandangkan Mitilda yang kaku di belakang.
Aku berjalan ke arahnya.

"Kenapa?"

"Tak nak masuk."

"Kedai buku? Kenapa? Bagus apa baca buku. Dapat ilmu. Kan?"

Mitilda menangguk kemudian mengeleng. Aku tergelak.

"Jom. Masuk. Hari ini kita cari ilmu." Aku tarik tangannya mengajak masuk. Mitilda hanya menurut langkah aku.

Sempat berpesan, "Jangan lama-lama sangat taw, Eid. Nanti otak saya beku."

Meletus ketawa aku di tengah-tengah kedai buku. Staf-staf di situ termasuk pengunjung terkejut melihat aku. Mitilda pula menjauh dari aku. Tak nak mengaku aku kawan dia.

"Dia bukan kawan saya..." Mitilda menjarak dari aku dan memberi alasan tak logik.

Ketawaku semakin kuat. Otak aku rasanya dah beku sekarang ini.

***
Sungguh aku tak dapat terima kenyataan dari dia. Tiba-tiba sahaja dia hendak berpindah tanpa sebab yang munasabah. Aku tak boleh terima.

Dan dia...

Berikan semua hadiah-hadiah yang dibeli untuk kawan lelakinya itu. Baju, jam, kasut dan semuanya. Kenapa aku? Siapa sebenarnya kawan lelaki dia itu? Aku? Dan siapa aku sebenarnya pada dia? Siapa aku yang dahulu?

"Kau nak pergi mana, jiran? Tiba-tiba aje nak pindah. Aku ada buat salah... ke..."

Mitilda memotong percakapan aku,

"Awak tak salah, Eid. Saya yang nak pindah. Mungkin saya salah sebab muncul dalam hidup saya. Saya beri peluang pada diri saya untuk ingatkan awak, siapa saya? tapi... awak tetap sama. Awak tak pernah kenal saya sekarang. Jadi saya ingin mengundur diri..." Mitilda tersenyum manis pada aku.

"Tapi.... " Aku mengetuk kepala sendiri. Siapa aku? Kenapa Mitilda beria-ria cuba ingatkan aku siapa dia sebenarnya dan siapa aku sebenarnya pada dia.

Tak ingat.
Aku tak ingat. Apa sebenarnya?

"Saya minta diri... ye!" Mitilda ingin beredar dari sini. Pantas aku tarik tangannya. Mitilda tersentak dan aku melutut dibawahnya.

"Jangan pergi."

Mitilda mengusap kepala aku. "Tak ada apa. Mungkin salah saya. Kuat berharap. Saya pindah sebab ibu saya terima lamaran orang untuk saya. Ibu cakap saya dah tua, tak ada siapa nanti nak kahwin. Tapi, ibu ni pun satu, anak dia ini masih muda dan jelita. Ada kata kita ini dah tua.Tak padan langsung."

Dia ketawa. Aku tersenyum hambar.

"Jadi... kau terimalah."

"Hmmm... entahlah. Tengoklah nanti."

Aku melepaskan pegangan tanganku pada dia. Mitilda meninggalkan aku sendirian di depan pintu rumah sendiri. Dia pula sudah masuk ke rumah.

Aku juga masuk ke dalam rumah. Gambar Mitilda Nur aku tatap.

"Nur, aku tahu siapa kau. Tapi, kau yang tidak tahu siapa sebenarnya aku. Kau yang tak kenal aku. Kau yang tak faham aku. Kau tetap aku ingat. Kau memang tak pernah berubah. Cuma aku..."

Gambar itu kemudian aku simpan kembali ke dalam laci dengan kemas. Jika Mitilda terima lamaran tu, semuannya musnah.

Antara aku dan Mitilda akan jadi rahsia sehingga semuanya selesai. Aku janji, Nur.

Aku sayang kau sampai bila-bila.

"Maaf, jiran. Ada jodoh kita jumpa."

Pegang janji ini. Kukuh sampai hujung nyawa aku.




-TAMAT-

___________________________________________________________________________________
Assalamualaikum... Lepas baca sampai habis, tolong KOMEN di bawah. Anyways I hope you like it and let me know what you think. Much love, 

AimyShazleen14 (Yaadein)(Pitch Perfect)

Sunday, 12 October 2014

[Review] Tareen Zaamen Parr

Hye. Hello. Assalamualaikum. To you guys (:



Did Anyone Ever Tell You,
Just How Special You Are
The Light that You Emit
Might even Light a Star

Did Anyone Ever Tell You
How Important You Make Others Feel
Somebody out here is Smiling
About Love that is so Real

Did Anyone Ever Tell You
Many Times, When They were Sad
Your words made Them Smile a bit
In Fact It made Them Glad

For the Time You Spend Sending Things
And Sharing whatever You Find
There are No Words to Thank You
But Somebody, ~ Thinks You're Fine

Did Anyone Ever Tell You
Just How Much They Love You
Well, My Dearest Friends
Today I am Telling You
________

Sambil baca entry saya, dengar lagu ni jugak ok!!




Now, 
Nak citer satu story yang saya tengok 'Tareen Zaamen Parr' or Like Stars On Earth
Cerita ni mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang hidup dalam imiginasinya sendiri. His named is Ishaan. Ishaan sangat kreatif dalam bidang seni sebab dia minat dalam  melukis tapi akademik dia sangat merosot dan menyebabkan ibubapanya terpaksa menghantarnya ke sekolah asrama. 

Memang seriuzz sedih waktu Ishaan kat sekolah asrama. Selalu kena marah, denda, herdik. Sakit hati betul dengan cikgu dia. Tak faham masalah murid langsung!! Sampai Ishaan takut2 dah. Satu hari, kelas Ishaan, dapt cikgu baru.... and cikgu dapt tahu masalah Ishaan. Ishaan ada  dyslexic dan cikgu cuba bantu Ishaan pulih. Ajar kelas just enjoy aje, tak marah2, selalu bagi semangat untuk Ishaan. Suka watak cikgu ni [Aamir Khan... Hahaha (:] 

Lastly, Ishaan dapt performed in academic and art... Dua2 sekali dengan bantuan cikgu tu. Dengan cuba pahamkan ibubapa Ishaan ngan cikgu2 dia sekali. Cerita ni sangat sedihh... 

Dan apa yang saya dapat ambil moral values dia adalah;

1)    Jangan pandang rendah pada orang lain even kita nampak dia sangat lemah, lembik and tak boleh buat apa-apa langsung. Tak ada keistimewaan langsung, Sangat lemah dalam akademik. Tetapi... jangan sangka, kita yang pandai tak semestinya pandai dalam semua bidang. Dan jangan juga tak percaya, yang tak pandai akademik tulah, suatu hari dia menjadi seorang yang berpengaruh nanti. Semua orang ada keistimewaan sendiri. Semua orang perfect dan tak ada yang tak perfect. Allah jadikan kita seorang makhluk yang cantik. Allah sayangkan kita semua. And... pada yang sangka diri tak cantik, jangan rasa sangat humble dan rasa semua benda tak boleh buat. Dan cakap cakap yang anda tak boleh buat. Semua orang boleh buat kalau yakin diri sendiri. But sometimes, mestilah tak kenbaboom macam oarang yang memang berbakat dalam bidang tukan. Tapi, kita still boleh buat right? Such an example; Dia pandai dalam semua aspek. Semuanya dia nak! Tak bagi peluang kat orang lain... but dia ada kelemahan dia. Dia seenarnya penakut. Takut nak hadap sesuatu challenge tu. Bila nak sampai pertandingan..., sebenarnya dia perlukan sangat2 sokongan. He's afraid. [Lebih kuranglah contoh tu]    OR  dia seorang kurang upaya (OKU) yang memang kita nampak tak boleh buat langsung benda2 yang kita boleh buat tapi dia sebenarnya, ada bakat sendiri, boleh buat orang sekeliling happy dengan dia, senang dengan dia, hormat orang dan sebagainya yang kadang2 saya sendiri pun susah nak buat semua itu... Hahaha. Mengaku ok! 

2)     Apa yang saya dapat dalam cerita ini ialah; untuk cikgu-cikgu sekalian semua..
Saya tahu saya bukannnya seorang guru tetapi saya seorang murid untuk guru ajar kami. Cikgu-cikgu saya baik. But, apa yang saya nampak kat cikgu lain ialah...
Terlampau tegas.... Sangat garang macam monster. 
Sometimes, saya sebagai murid.... I think guru2 perlu mempratikkan kaedah 'happy ever after' dengana murid2. Jangan terlampau tekankan dengan buku teks, latihan, ajar dan ajar tak henti2 walupun tujuan yang baik untuk pandaikan murid tapi cara nilah yang menyebabkan murid jadi tak bape nak happy sebab tak ada enjoys dalam belajar. Guru boleh buat aktiviti2 main sambil belajar. Murid boleh jadi happy, murid boleh jadi ceria dan murid boleh sekali masuk dengan belajar. And cuba memahami murid itu, jangan terus marah2 aje bila dia buat salah... maybe dia ada masalah ke yang kita tak tahu samada dia sakit ke, kurang kasih sayang ke, apa2 ajelah. Try to uunderstand them, Ok? Bukannya nak tunjuk pandai, sebab memang2 saya murid so nak salahkan cikgu aje but... maybe cara ni boleh bantu cikgu kurangkan masalah displin dengan murid2. 

3)   Ibu bapa sekalian, jangan membandingkan anak-anak ye! Cara ni tak baik sebab ini boleh menjatuhkan semangat kat anak2 yang lain. Jangan disebabkan ibu bapa tak dapatkan anak yang macam kita inginkan, boleh jadi doktor, lawyer, akauntan dan sebagainya, ibubapa tak pedulikan anak-anak itu. Ini menyebabkan mereka lakukan macam2 perkara2 terlarang sebab apa? Sebab nak tarik perhatian ibubapa lah. Ok? Try jadi kawan2 pada anak2. Jangan buat peraturan;

"You... anak! Dengar cakap mak ayah!" 

Masa nilah ibubapa dapat tahu apa masalah anak so daptlah cari jalan penyelesaian. Ibu bapa yang mencorakkan anak kerana anak ibarat kain putih. Try ok?  Cuba luangkan masa dengan mereka. 

4)  Anak2 sekalian... cuba pula faham ibubapa. Saya sendiri tengah cuba jugak nak paham ibu bapa saya. Nak jadi seorang budak yang baik. Heheheh.... 

5)     Jangan melabelkan sesorang itu sewenag-wenagnya. Sebab maybe satu hari nanti kita akan berada dekat tempat orang yang kita labelkan itu. Maybe bukan kat kita tapi boleh jadi kat anak-anak, kawan-kawan, keluarga dan sebagainya. Kita tak tahu kuasa Allah. Tiada yang mustahil baginya. Saya kini cuba upaya nak ubah diri saya, Ya, pengaruh, iman tak kuat but I'll try. Saya nak jadi manusia yang baik tapi tak adalah baik setanding Fatimah. Tapi sebaik yang boleh. Insha-Allah. 

__________________________

HARAPAN SENTIASA ADA CUMA KITA SAHAJA YANG TIDAK TAHU (:
______________

You can count on me like 1, 2, 3 and I'll be there... 
Just untuk share2 apa yang saya nak sahre...
Apa2 masalah hubungi saya... Klik2

Thursday, 9 October 2014

Ed Sheeran - Alll of The Stars


Ed Sheeran - All Of The Stars



Lagu nie sangat best and OST The Fault in Our Stars punya. Dah ada dalam phone dah. Hari2 dengar sambil nak tunggu mata tertutup waktu malam.  







Enjoys!!


Wednesday, 8 October 2014

[Interview] Tunggu Sekejap





“Kenapa?” soal Autumn kepadanya.

“Hujanlah kat luar tu,” Dia menjawab.

Autumn terus melihat diluar. Dia tergelak sendiri. Disebabkan sedih punya pasal, hujan pun dia tidak sedar.

“Oh, tak perasan pula saya.”

“Marilah saya dan abang hantar balik.” Pelawa gadis itu. Autumn menolak laju. Dia boleh balik sendiri.

“Jomlah. Awak nak naik apa?”

“Saya...” Tiba-tiba kedengaran suara yang memotong percakapan sebelum sempat dia menglengkapnya.

“Nak naik apa? Teksi ke, bas ke mana ada tengah malam ni.”

Autumn dan Dahlia, gadis yang baru dikenal itu serentak memandang arah suara itu. Dahlia tersenyum menang. Autumn tergaman.

“Zaim?”

___________________
TUNGGU SEKEJAP by AIMYSHAZLEEN


> Hi, I'm Aimy :) and TS ni cuma interview. Tak bagi 'call' pun lagi nak post penuh2 tapi hati kata tak savar2 nak share. Hehehe but.... Bye!

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...