#Suntikan Semangat#

Saturday, 13 December 2014

Trouble Maker[2]


Aku ketap bibir. Naik hangin pulak dengan Obeng ni. Muka cemberut, mata tu pula nak menjuling aje kerjanya. Bukannya comel pun. Tak tergugat langsung iman ni. 

"Jom ikut orang beli barang. Nak jugak coklatnya. Merengek tak tentu fasal. Nanti merungut kat Hajah pastu Hajah marah-marah orang yang punyalah baik hati ni. Tak bersyukur ke, Obeng? Dapat 'nanny' penyabar macam ni?"  Aku berdiri depan Obeng. Tenung mata dia dalam-dalam. Bagi kecut perut dia. 

Obeng mencebik. 
Dia balas tenungan mata aku dan aku terundur kebelakang sedikit. Bukan sebab mata Obeng ni garang sangat tapi... tapi... dia ni mendekat sangat dengan aku. Seram maa...
Agak-agaklah Obeng kalau nak melawan sister besar ni.

"Tahu takut... Hehehe..." 
Obeng tergelak. Gelak jahat dan kuat pulak tu. Dan... dan... aku dapat bau yang dia sengaja gelak. Sengaja buat aku seram. Sengaja buat jantung aku berdegup kencang dan nak meletup.

Obeng pusing belakang. Matanya ralit memandang Mak Som yang sibuk mengusik bunga-bunga milk Hajah Jariah. Macam-macam jenis bunga yang ada kat laman rumah tu dan kalau ada sehelai daun yang kena petik oleh Obeng atau Mak Som pun Hajah Jariah boleh perasan.

Sayang gila dengan bunga dia tu. Bukannya berlian pun kan?

Aku berjalan ke kabinet dapur dan periksa barang-barang yang tiada nak buat kek coklat nanti. Obeng pula dah hampiri aku dan dah berdiri sebelah pun. Dia senyum senget dan dia dekat sangat. Sangat dengan aku yang dah nak pengsan ni. 

"Jauh-jauh sikit, boleh?"
ujar aku sambil gerak jauh dari Obeng yang dah tersenyum sinis. Sungguh menyakitkan hatilahhh... Rasa nak tembak ni. 

"Kenapa?"
Obeng tanya dengan muka tak bersalah malah dia boleh dengan sengaja duduk dekat-dekat dengan aku padahal dah kena halau pun tadi. Sakit hati tahu?

"Tak elok duduk dekat-dekat ni."
Aku pandang wajah Obeng. Kenapalah lelaki kacak macam ni ada fobia. Siap kena ada penjaga pulak tu dan selama aku perhatikan dia. Obeng tak pernah buat perkara yang tak senonoh atau membahayakan diri sendiri tapi kenapa Haji dan Hajah risau sangat ekkk?

"Kita bukan duduk kan? Bukan kita tengah berdiri ke ni?"

Aku ketap bibir tahan geram. Ada saja jawapan dia nak menjawab. Tak pernah nak mengalah langsung. Jawapan mudah faham aku tu pun dia sengaja nak belitkan otak dia yang dah memang terbelit-belit tu. Wayar entah ke mana. 

"Memanglah tapi duduk ke berdiri ke, boleh tak Obeng diri 10 meter dari orang?"

Obeng kerut dahi. Mukanya dah memang blur sungguh. 
Ohmai... memang sakit hati. 
Sengaja atau tak sengaja ni?

"Faham tak?" Aku tulis senarai barang yang perlu dibeli nanti. Banyak tu... butter, serbuk koko, susu cair, choclate emulco, whipping cream dan sebenarnya hampir semua bahan tak ada kat rumah ni sebab Haji dan Hajah mana ada makan kek-kek ni semua.

Obeng ni haaa yang nak sangat tiba-tiba. Macam budak kecik sungguh lahhh... 

Obeng gelak. Tapi kali ni gelak sopan.
"You kalau marah, comel kan?"

Puji aku ke? Tanya aku jugak ke? Jawapan aku...

"Comel kan? Tahu tu... Orang ni kalau buat apa-apa reaksi tetap comel sokmo. Hahaha..." Aku tersenyum dan bangga dengan diri sendiri. 

"Angkat bakul sendiri. You ni perasan jugak ekk. Tanya aje bukannya suruh jawab pun dan tak sangka juga you jawab. " Obeng berlalu pergi keluar dari ruang dapur. Aku sengih sendiri. 

"Yaya... bila kamu nak pergi beli barangnya?" Mak Som masuk dengan muka yang berpeluh. Berjemur sungguh lah Mak Som ni. 

"Kejap lagi kot."

Mak Som menggeleng kepalanya. "Pergi lekas nanti lambat pula nak buatnya. Cepat panggil si Obeng tu."

Aku meangguk sahaja. Mak Som memang tak suka kalau aku balik lewat. Risaulah, takut bahayalah nanti, apa-apa buruk berlaku nantilah... Pusing kepala aku je Mak Som ni. AKu ni tahulah nak jaga diri. Dah lama hidup kat KL ni sorang-sorang. Elok aje. 

"Yelahh... Yaya nak panggil Obeng jap. Nanti Yaya terus pergi ye."

"Hmmm."

Aku berlalu keluar dan kakiku laju menaiki tangga ke tingkat paling atas. Tingkat di mana terletaknya hanya bilik Obeng sahaja di ruang tersebut. Ada kolam renang lagi tahu. Mewah dahh macam ruang tamu mewah villa ni pula bilik si Obeng tu. 

Aku ketuk pintu bilik Obeng yang berukiran seolah-olah satu pasangan yang berdiri menghadap laut mungkin dan sungguh cantik. Aku suka melihatnya. Nampak damai saja pintu bilik ni.

Pintu terkuak sedikit tapi orangnya tak muncul. Aku tinjau sedikit ke dalam bilik. Pandang keliling tapi tiada kelibat Obeng dalam bilik ini. Aku keluar kembali kepalaku. 
Mana dia ni pergi ekk? Tak akan nak masuk kot. Tak baik kan?

"Obeng... nak ikut orang tak beli barang?"

Senyap.

"Obeng... orang nak pergi ni. Nak ikut tak?"

Senyap juga tanpa jawapan menyapa. 

Kaget. 
Tarik nafas kemudian terus masuk ke dalam. Betul-betul berdiri depan pintu bilik dan tangan kananku masih memegang tombol pintu. Takut apa-apa jadi nanti boleh terus lari saja. Obeng tu bukannya boleh percaya sangat sebab otak dia pun bukannya boleh pakai sangat. Dah terlampau kuning carik dah otaknya tu. 

"Obeng..."
"Obeng... jawablah bila orang panggil. Tak dengar ke?"
"Obeng... jangan buat orang risaulah."
"Obeng... jangan macam ni. Keluarlah. Orang tak mahu main hide and seek lah."

Aku dah mula panik.
Obeng tanggungjawab aku kalau terjadi apa-apa kat Obeng. Aku yang salah nanti. Teruk kena saman nanti. 

Aku mula melangkah ke depan dan mataku meliar memandang sekeliling bilik yang luas ini. Mataku melekat pada sebuah lukisan yang sangat cantik. Sungguh... sungguh menakjubkan bila melihat sebuah hasil seni yang sangat cantik dan menarik pada pandangan aku. 

Lukisan wajah aku. 
Aku yang sedang tersenyum melihat ikan-ikan di kolam ikan. Berdiri dengan gaun labuh berwarna coklat kemasan. Aku yang ketika itu sedang memikirkan Obeng. Obeng yang pelbagai kerenah, Obeng yang degil, Obeng yang menyusahkan, Obeng yang manja, Obeng yang jahat dan Obeng yang menyakitkan hati. Aku langsung tak sedar sesiapa yang melihat aku. Langsung tak perasaan. 

Aku tersentuh hati. 
Duduk terjelepuk di atas lantai sambil tanganku menyentuh perlahan lukisan itu. 

Obeng... kenapa?

"Apa yang you buat dalam bilik ni, hah?" 
Suara yang kasar, tegas dan garang menjengah telingaku. Aku pantas berdiri menghadap dia yang sedang elok berpakaian lengkap jeans lusuh dan kemeja T. Segak. 

"Boleh Yaya tanya sesuatu?"
Aku lihat wajah Obeng yang sentiasa bersih tanpa sebarang kumis atau janggut di wajahnya. Sentiasa bercukur dan menjaga kebersihan. 

Obeng tidak menjawab. Mengiyakan tidak, mengeleng pun tidak. Senyap membisu. 
Aku tari nafas dalam. 

"Kenapa lukis wajah Yaya? Kenapa Yaya? Apa Obeng nak?" 
Tiga soalan serentak. Aku keliru. Aku buntu. 
Aku tahu Obeng tidak suka lukis wajah orang dan dia lebih gemar melukis pandangan sahaja. Dan aku juga tahu dari Hajah Jariah, jika Obeng lukis wajah seseorang dia ada hati dengan pemilik wajah itu. Dan... aku sungguh tak percaya.

Tapi kali ini aku pening. 
Obeng takut kenangan lama dan kenangan lama itu adalah aku.
Kenapa Obeng ulang sekali lagi?
_____________________________

Dah sambung...(:


Friday, 12 December 2014

Trouble Maker[1]




Nak senang? Mudah saja sebab aku ada kawan yang boleh tolong senangkan korang dengan dia. Dia yang gila-gila dan memang macam orang gila kot. Entahlah. Tapi sepanjang aku kawan dengan dia. Jadi penjaga dia untuk setahun ni sangat menyenangkan aku walaupun dia degil nak mampus! Susah nak faham sungguh. 

Dah dewasa. Dah matang rasanya. Segak. Tinggi dan sasa orangnya tapi ada masalah otak pula. Hai... melepas peluang sungguh. 

Obeng. 

Seorang lelaki yang ceria. Senyumnya yang ikhlas buat hatiku senang. 
Lakunya yang buat hati aku jadi tak tenteram sungguh. Buat gundah-gelana aje. 

Obeng normal sebenarnya tapi Obeng ada masalah Mnemophobia iaitu fobia kepada kenangan atau memori masa lalu.  Seorang yang menderita Mnemophobia memiliki ketakutan akan memiliki kenangan atau bahkan kehilangan kenangan. Aku sendiri tak pernah kenal sangat dengan penyakit ni sebab tak familiar langsung. Tapi takat yang aku dah baca tentang penyakit Obeng ni adalah dia ni terlalu banyak kenangan yang menakutkan dirinya atau dahulu ada sesuatu yang buruk dalam kehidupan Obeng. Lagi satu yang buat aku pening sikit adalah penyakit ni selalunya akan dihidapi oleh orang tua-tua saja tapi Obeng muda lagi baru nak cecah 30 tahun. Muda kan? 

Entahlah. Kuasa Allah kan? Bila Dia berkenhendak sesuatu itu maka akan jadilah. Termasuk penyakit Obeng ni. Kesian dia... 

Hajah Jariah yang minta aku jaga Obeng padahal aku tak minta jadi 'nanny' pun untuk anak Hajah Jariah yang dah besar panjang tu. Nak cakap tak pandai berdikari, tak jugak sebab Obeng pandai bergaya, penampilan yang mengancam kalbuku. Tapi Hajah Jariah dah mendesak, jadi aku pun setujulah lagipun aku memang tengah cari kerja pun. Spm tak berapa nak lulus, kerja pun tak berkelayakanlah. Mak yang suruh aku datang rumah Hajah Jariah ni minta kerja jadi maid.  Tapi lain pula kerjanya. Hahaha... takpelah asalkan masyuk maa... 

Aku perhatikan Obeng yang tengah duduk di pondok kecil yang dibina khas oleh Haji Darus di laman yang depan. Cantik sangat berhadapan dengan kolam renang. Villa tiga tingkat yang mewah ini kadang-kadang kurasa sunyi-sepi. Bila Haji dengan Hajah keluar, tinggalah aku, Obeng dan Mak Som, bibik villa ni yang setia selama 7 tahun dah. Lama kan? 

Obeng pandang arah aku dengan muka cuka. Masam habis! Entah kenapalah budak ni? Merajuk ke sebab aku tak buatkan dia kek coklat? Hahaha... Aku jalan hampiri Obeng sambil bibirku masih terukirnya senyuman buat dia. Sampai sahaja kat Obeng, dia jeling aku tajam. Fuhhh... gilalah tajam jelingan maut tu. Aku duduk sambil mata masih pada wajah Obeng. 

"Obeng... marah ke?" 
Aku keluh. 

Obeng kembali pandang aku tapi tak senyum... AKu nak Obeng senyum. Aku suka. 

Aku angkat kening. "Marah lagi ke? Maaflah orang tak buat kek coklat sebab mana ada bahan nak buat. Orang malas nak keluar lah, Obeng... Penat tahu nak keluar beli barang tu." 

Obeng mencebik. Huh, hampagas sungguh. Tak padan dengan badan yang besar sungguh. 
"Kalau Obeng nak, maknanya Obeng naklah. Tak akan tak faham sungguh." Suara Obeng dah meninggi tanda dia marah. 

"Bukannya sengaja pun..." Aku balas selamba. Obeng memang... suka paksa orang. Kalau tak mahu buat, tak perlulah nak paksa-paksa juga. Nak dia aje yang menang. Menyampah tahu!

"Tak sengaja konon... Obeng nak you buat jugak. Hari ini. Muktamad." Obeng lantas bangun dari duduknya lalu berlalu pergi masuk ke dalam rumah. Tapi... sempat lagi tu dia nak jelir lidah kat aku masa lalu depan aku. Eeee.... sakit hati tahu. Tolak dalam longkang tu baru tahu, menangis tak hengat nanti. 

"Obeng.... orang tak nak buat juga. Suka paksa orang. Ingat apa." Aku jerit kuat kat Obeng. Aku rasa dia masih lagi dengar suara aku walaupun dah masuk dalam sebab suara aku kuatkan volume paling maksima. Sungguh... sungguh...

Satu perkara aje yang aku kenal Obeng... dia selalu panggil aku 'you-you' dengan aku. Aku ada namalah! Tahulah hidup moden, kaya tapi tak perlulah nak guna jugak 'you' tu kat aku. Sakit hati tahu tak? Dan aku dah banyak sakit hati dengan Obeng ni. Jadi korang kena tahan ajelah bila aku asyik taip perkataan sakit hati tu berulang kali. 
_______________________________

Bersambung...dahhh(:

Monday, 8 December 2014

Not perfect


One day, a young guy and a young girl fell in love.
But the guy came from a poor family. The girl’s parents weren’t too happy.
So the young man decided not only to court the girl but to court her parents as well. In time, the parents saw that he was a good man and was worthy of their daughter’s hand.
But there was another problem: The man was a soldier. Soon, war broke out and he was being sent overseas for a year. The week before he left, the man knelt on his knee and asked his lady love, “Will you marry me?” She wiped a tear, said yes, and they were engaged. They agreed that when he got back in one year, they would get married.
But tragedy struck. A few days after he left, the girl had a major vehicular accident. It was a head-on collision.
When she woke up in the hospital, she saw her father and mother crying. Immediately, she knew there was something wrong.
She later found out that she suffered brain injury. The part of her brain that controlled her face muscles was damaged. Her once lovely face was now disfigured. She cried as she saw herself in the mirror. “Yesterday, I was beautiful. Today, I’m a monster.” Her body was also covered with so many ugly wounds.
Right there and then, she decided to release her fiancé from their promise. She knew he wouldn’t want her anymore. She would forget about him and never see him again.
For one year, the soldier wrote many letters—but she wouldn’t answer. He phoned her many times but she wouldn’t return her calls.
But after one year, the mother walked into her room and announced, “He’s back from the war.”
The girl shouted, “No! Please don’t tell him about me. Don’t tell him I’m here!”
The mother said, “He’s getting married,” and handed her a wedding invitation.
The girl’s heart sank. She knew she still loved him—but she had to forget him now.
With great sadness, she opened the wedding invitation.
And then she saw her name on it!
Confused, she asked, “What is this?”
That was when the young man entered her room with a bouquet of flowers. He knelt beside her and asked, “Will you marry me?”
The girl covered her face with her hands and said, “I’m ugly!”
The man said, “Without your permission, your mother sent me your photos. When I saw your photos, I realized that nothing has changed. You’re still the person I fell in love. You’re still as beautiful as ever. Because I love you!”

_________________________________
Sumber; facebook/shortstories

#nak share cerita ni kat korang. Nak cakap yang tak semuanya tak perfect tak cantik. Cantik yang sebenar adalah hati kita dan bukan paras rupa yang sememang kita tahu tak akan kekal lama. Yang bila kita dah tua nanti, muka dah berkedut seribu, tulang dah reput, tenaga dah menghilang tak boleh nak cas lagi. Tapi hati yang bersih, suci, baik, ikhlas, sabar aje yang kekal lama. Itu sahaja. Tudaaa(: 

Wednesday, 3 December 2014

Cerpen: Lensa [Full]



"Try the best, Ija. Come on... kau boleh!" 
Cha teriak kuat. Berpeluh-peluh mukanya seperti baru sahaja berlatih berkawat di waktu  tengahari. 

"Cepat... bagi lagi semangat kat aku. Biar hatiku berkobar-kobar dan terbakar sikit." 

Cha tergelak dengar aku cakap macam tu. 
Aku angkat kening padanya. 

"Ok. Aaaa... Kayuh lagi, kayuh sampai patah kaki tu. Biar hasilnya berkesan. Chayok Ija! Chayok!" 

Cha siap buat bena kata-kata semangat kat aku. 
Huhuhu... terharunya dapat kawan begini. 

Aku dengan semangat baru, teruskan kayuh guna exercise bike untuk hilangkan lemak yang berlibih dari badan aku ni. Rupa aku dah teruk sangat. 

Gemuk.

Aku tak mahu kelihatan hodoh di mata orang lagi.
Aku tak mahu kena ejek lagi.
Dan...

Paling utama.
Dia. 

Dia yang sentiasa aku idamkan dan aku mimpi setiap hari.
Nama dia yang acap kali meniti bibir aku.

Fariz.

Yang ketika dulu, dia menyukai aku kerana aku berasal dari keluarga berada.
Yang ketika dulu, dia menyukai aku kerana kepura-puraan.
Yang ketika dulu, aku hanya mampu tahan hati melihat dia bersama perempuan lain. 

Walau aku tahu, aku bukan sesiapa pada dia. 
Walau aku tahu aku tidak secantik kekasih dia. 
Walau aku tahu, dia hanya mempermainkan aku.
Mempergunakan aku demi kepentingan sendiri. 

Aku tahu, aku bodoh. 
Tak tahu menilai seseorang.
Kerana mataku dibutakan oleh Fariz.


***

2 tahun sebelumnya...


"Awak suka saya?"

Aku angguk tanpa malu.

"Saya... Fariz. Awak?"

"Noraija. Panggil Ija saja." 

Aku senyum. 
Dia turut senyum.

"Sedap nama... Orangnya pun cantik juga." 

Fariz koyak senyum. 

"Ija, mahu kawan dengan saya?" 

"Aaa... "

"Ija... dari dulu saya perhatikan awak. Saya nak sangat berkawan dengan awak. Tapi... bila saya fikir balik, awak nak ke kawan dengan orang macam saya. Tak setaraf awak pun. Awak kaya, saya..."

"Tak. Saya kawan dengan semua orang. Saya tak memilih kawan tapi orang lain yang kategorikan saya begitu. Anggap saya ni hanya kawan dengan orang branded saja. "

"Jadi... awak nak kawan dengan saya?"

Aku angguk. "Kawan."

"Terima kasih."

"Sama-sama. " 

Aku dan Fariz saling balas pandangan.

Dan...

Sejak itu, kami sentiasa bersama. Fariz sentiasa buat aku tersenyum dengan kata-kata lahir dari mulutnya. Buat hatiku berkembang bunga matahari yang menyinar terang.

"Ija... boleh Fariz pinjam duit. Motor Fariz rosak semalam. Masuk bengkel. Tapi... tak cukup duit bulan ni. Nak bayar sewa rumah... bla...bla...bla..."

Dia minta duit, aku beri tanpa banyak alasan.

"Tak pe. Nak berapa?"

"RM 500 je. Boleh ke? Nanti bila Fariz ada duit. Fariz ganti balik." 

"Ok. Nanti Ija bank-in kan."

"Terima kasih, Ija. Ija baik sangat... Bertuah Fariz ada kawan baik macam Ija. Ija cantik macam hati Ija jugak."

Hehehe... aku senyum kembang dengar pujian Fariz. 
Senang bukan sesiapa yang dapat berkawan dengan aku?

"Ija... boleh Fariz pinjam kereta Ija. Fariz ada final projet dengan group Fariz. Tapi... Fariz cakap dengan kawan naik dengan Fariz. Naik kereta Ija. Diorang setuju... boleh?"

Aku senyap. Tak tahu nak cakap apa.

"Ija?"

"Bila?"

"Sabtu minggu depan?"

"Ok... tapi..."

"Yeaahh!! Thanks Ija... Nanti Fariz jaga kereta Ija elok-elok. Nak Fariz belanja aiskrim nak?"

Aku senyum. 
"Nak."

Aku pula tak tahu kenapa aku mudah percaya dia, bagi apa saja Fariz nak. Mungkin sebab aku sayang dia? 

Cha cakap aku ni bodoh sangat asyik kali menurut kata si Fariz itu. Abang aku pun marah-marah aku sebab aku selalu sangat keluarkan duit simpanan aku untuk Fariz dan bukan untuk diri aku sendiri.  Tapi aku selalu larang abang supaya tak beritahu mak dan abah tentang duit tu. 

"Sampai bila Ija nak tanggung Fariz tu? Duit tu untuk Ija, bukan untuk dia. Abang tengok  Fariz tu asyik guna Ija punya duit saja. Dia dah bayar belum?"

Aku geleng.
 Abang nampak marah.

"Jangan jadi bodoh Ija. Dia permain Ija je. "

"Tapi... dia..."

"Dia apa?"

"Dia cakap, dia suka Ija. Fariz suka Ija."

"Suka duit Ija adalah." 

Aku diam.

 "Jangan dekat dengan dia lagi. Abang tak suka dengan budak tu. Jangan sampai dia nak permainkan adik abang ni. "

"Abang...Ija..."

"Jangan sampai abang beritahu mak abah tentang Fariz selama ni. Faham adik. Abang cuma ada adik abang ni seorang saja. Abang nak terbaik untuk Ija. Lelaki yang boleh jaga adik abang yang cute dan chubbi ni selama-lamanya."

Abang peluk aku erat.

"Ija minta maaf."

"Jangan minta maaf dengan abang. Ija tak buat salah apa-apa pun dengan abang."


***

"Ija... kenapa menung ni? Tak sihat ke?"

Aku pandang wajah Fariz. 
Dan aku kalih pula pada Najwa. Kekasih Fariz.

"Tak ada apa."
Aku senyum pahit.

"Ija... boleh kitaorang nak minta tolong?"

Aku pandang Najwa. 

"Apa?"

"Ermm... kitorang nak pergi bercuti. Tapi... Fariz tak cukup duit untuk pergi. Kami..."

"Pergi berdua saja ke?"
Aku tanya Najwa dengan Fariz.
Mereka berdua saling berpandangan.

"A'ah."
Najwa sengih.
Fariz pandang aku.

Kadang-kadang, hari-hari aku sakit hati dengan mereka. Fariz datang kat aku tiap kali nak sesuatu. Aku kerling Najwa dan... dia memang cantik, kurus, tinggi berbeza dengan aku. 
Aku sedar yang Fariz pilih Najwa bukan aku. 
Tapi... kenapa aku tak boleh tinggalkan dia?

Aku jahat ke kalau nak rampas Fariz dari Najwa?


***
4  tahun selepasnya



"Cha... betul ke apa yang aku buat?"

Cha termenung. 
Mugkin mencari jawapan yang tepat untuk aku.

"Betul la kot." 

Huh?! Hampeh Cha!

"Dah laa.. Ija. Kau dah cantik. Lawa. Dah kurus. Tak sia-sia selama ni kita bersenam kan?" 

"A'ah." 

"Dah, cepat. Nanti kau lambat pula. "

"Ok." 

Aku terus lari keluar rumah. Naik kereta BMW aku hadiah dari abah. 
Tuju tempat janji aku. 


***

Mataku tercari-cari kelibat dia di Cafe Red Velvet. 
Setiap meja aku pandang jika melihat dia. 
Aku agak mungkin dia tak akan berubah mukanya. 
Kecuali aku. 

"Ija..." 
Dia melambai-lamabai tangannya kat aku. 
Aku senyum tapi sekejap saja. 
Bila nampak seseorang yang aku kenal bersama dia.

"Hai... lama tak jumpa."

Aku duduk berhadapan mereka. 

"Memang... Ija, kau dah cantik dan KURUS. Wahhh!!!"
Fariz puji aku. 

"Hehehe... tapi macam mana kenal saya. Ramai orang tak perasan saya tapi awak kenal."

"Firasat."

"Ija... kenalkan tunang aku, Najwa. Aku bawa dia sekali sebab dia nak sangat juga jumpa Ija." 

"A'ah. Ija makin lawalah."
Najwa puji aku pula.

Aku senyum tawar.
Aku ingatkan Fariz nak jumpa aku sebab nak beritahu aku sesuatu.
Dan...

Aku excited sebab aku dah lawa macam Najwa.
Aku dah kurus dan tak gemuk macam dulu lagi.

Kecewa.

"Tahniah."

"Sama-sama."
Serentak Najwa dan Fariz menjawab.
Bertambah sakit hati aku.

"Ija, kami datang nak jumpa sebab nak pulangkan balik duit yang kami pinjam dulu. Nah!"
Najwa hulurkan aku sampul berwarna coklat.

"Tapi... Ija ikhlas."

"Kami juga ikhlas. Kan, Fariz dah janji nak ganti balik. Jadi, Ija terima ya. fariz dah dapat kerja bagus dah. " 

Fariz beriya-iya menyuruh aku ambil.
Aku terpaksa juga ambil bila dengar pujuk-rayu diorang.

Aku tak tahu.
Kenapa Fariz tak teruja dengan aku. 

"Ija... nanti majlis kami. Jemput datang tahu! Jangan tak datang. Kitaorang buat jemputan VIP untuk Ija."  Fariz memandang aku dengan riak gembira.

"Oh. Ok. Mestilah Ija datang kan?"

Aku lihat Fariz dan Najwa mesra. 

"Ija... kami doakan Ija juga dapat jodoh yang baik. Lelaki yang mampu jaga Ija dengan ikhlas. ye? Sebab Ija seorang perempuan yang baik sangat-sangat. Kami gerak dulu. Asslamualaikum."

Najwa senyum kat aku bila dia kata macam tu. 
Fariz bangun. Najwa pun.

Najwa dan aku bersalaman. 
Aku pandang mereka hilang dari pandangan. 

"Waalaikumusalam."

Fariz... kenapa tak pandang Ija pun?
Kenapa tak suka Ija, sedangkan Ija suka Fariz?

Lensa apa yang kau pakai  hanya nampak cantik dia?

Aku akur. 
Bangun dan keluar dari cafe itu.
Fariz bukan aku punya. 
Jikalau aku dapat jasad Fariz, tapi hatinya untuk Najwa?
Tak merana aku.


Cinta tak seharusnya memiliki. 



-Tamat-

_________________________

Assalamualaikum... 
Lensa. Cerita lensa ini hanya terkeluar macam tu saja. Hhehehe... tak ada perancangan jalan cerita pun. 
Saya terpaksa tamatkan macam tu aje. Tak tahu apa jadi pada Ija. 

Klik2 -aimyshazleen-
Thumbs up 4 me (: Citer dah lama siap on November

Tuesday, 2 December 2014

Tak Sedar



Aku sedar jugak... 
Tapi kadang-kadang selalu lalai jugakk

Sedar bila tak ada
Tak sedar bila ada

Tapi, aku selalu sedar sesuatu bila barang aku hilang tiba-tiba.
Waktu tu, aku nampaklah pen or buku ke apa-apa ajelah yang bersepah-sepah kat bilik aku.
Tapi aku buat dunno aje. 

"Alaa... biar ajelah. Banyak bersepah. Nanti kalau nak, ambik ajelah. "

Jadi... aku biarkan pen tu tanpa memandang 'tinggi' kat dia.

Tapi... tapi...
Bila aku nak dia. 
Dia boleh hilang macam tu aje. [Tapi... sebenarnya lepas berminggu-minggu atau berbulan?]

Cari-cari punya cari. Geledah laci. Semuanya corok kat bilik.
Lari kat ruang tamu.
Tak jumpa gak. 

Tanya ibu or abah;
"Nampak tak pen angah?" 
"Nampak tak buku angah?"

Ibu abah tanya balik. "Letak mana? Mana ibu tahu?"

Aku buat muka risau. Muka gelabah. 

"Tak tahu. Hari tu nampak kat sini tapi tiba-tiba aje dia hilang? Mana dia pergi? Angah tak usik pun?" 

STRREEEEEETT....

Kejujuran aku, aku seorang yang pelupa. Hehehe... aku sendiri tak ingat aku ada alih-alih kan ke tak. 

Huhuhu... 

Then... di sinilah bermulanya sebuah cerita yang aku nak cerita.

Mungkin contoh aku bagi... cerita aku bagi tak ada kena-mengena ke apa.
Tapi itu yang aku nak cuba kaitkan kat sini.

Acap kali aku dengar, aku lihat, aku tengok kat mana-mana drama ke, story orang ke,
memang manusia mudah lupa sesuatu bila dah tak ada nilai lagi di matanya. 
padahal SESUATU tulah yang dah banyak berjasa kat aku or kat KORANG jugak.

Manusia.

Ya. Manusia.


Bila kita rasa sesorang tu dah tak main peranan kat kita. Kita mulah nak beran-beran dengan dia. Tragiss!

Mulalah... kat, tak mahu kawan lagi.
Kita putus.
Kita dah tak ada apa-apa.
Awak langsung tak itu... tak ini... tak sana... tak sini... bla.. blaa... blaa...

Sedangkan ORANG tulah yang selama ni banyak tolong kita. Bila kita perlu, bila kita panggil dia datang, bila- bila saja kita nak dia, dia akan hadir tolong...
Tapi...


Bila ada sesuatu yang tak memuaskan hati kita.
Bila dia ada buat salah kat kita. Padahal atas perkara dan sebab yang kecik2 dan remeh2 saja... dah mula gaduh besar-besar. 

Sebab apa?
Sebab dia tak penuh kehendak kita?

Come on lah manusia... [termasuk aku juga sebab aku pun tergolong gak!]
Semua orang tak perfect-calafet kat dunia ni. 
Semua orang ada kurang.
Semua orang ada buat salah.

Ni semua sebab ada sifat tak sedar diri dalam diri... [jujur... macam aku.]
Bila terlebih, tak suka.
Bila terkurang, tak suka.
Bila 50-50 pun, tak suka jugak.

Manusia sering mendongak ke langit, mencari matahari, bulan dan bintang...

Manusia sering kagum dengan keindahan cahaya matahari sedangkan kalau bukan sebab awan yang berwarna putih kapas itu, matahari tak seindah apa yang kita lihat sebab awan putih itu seolah-olah membiaskan berbagai warna di permukaan langit.

Manusia selalu merindui bulan tapi kadang-kadang manusia rasa terganggu bila ada awan menghalang melihat bulan. 

Kadang-kadang matahari begitu terik hingga terasa kulit terbakar. tapi, kalau tidak kerana ada awan yang melindungi, sudah lama manusia terbakar rentung.

Manusia selalu menanti hujan tapi lupa yang hujan itu terjadi daripada awan. 

Bila sinar matahari semakin pedih tikam kulit sampai manusia ada migrain-migrain,
Bila manusia semakin dahaga, tumbuhan kering, haiwan kehausan, bumi yang hijau bertukar perang, angin pula sudah tidak dingin lagi malah tambahkan kekeringan lagi dengan tiupan panas, barulah kepala didongakkan ke langit.

Awan tetap datang menurunkan hujan dengan penuh sayang walau sedar diri tak ada sapa-sapa nak rindu. 

Manusia riang dalam hujan tanpa sepatah kata terima kasih kepada awan. 

Awan hadir dan pergi tanpa dipandang. Ia melindungi dan menyayangi tanpa disedari. 

To be honest, ayat awan tu dipetik dalam buku kawan aku dan ku gubah menjadi ayat ku sendiri yang mudah faham untukku dan mungkin untuk kalian. 

My friends dan aku jugak,

Jangan disebabkan satu kesalahan saja...
Kita lupakan dia atau ia...
Kerana dia telah banyak membantu kita tanpa kita sedar atau tidak...
Jangan terlalu asyik menerima...
Sometimes... kita juga perlu memberi walau sekadar debu...
Kerana... 

Hargai sesuatu adalah perkara yang sangat bertuah...
Kalau dia tidak meminta apa-apa... ucapkan TERIMA KASIH


Sedar kan diri bahawa kita ada DIA yang membantu kita...
Jangan cuba cepat salahkan sesuatu...


Hargai manusia yang ada di sekeliling kita...
Manusia itulah yang diturunkan untuk kita oleh-NYA untuk membantu kita...

Keluarga...
Kawan...
Haiwan...

Semuanyalah...

Ucapkan sahaja terima kasih...
Hari-hari kat dia pun tak apa...


Minta maaf... macam kawanku... Ada 2 orang kawan aku macam ni sikap dia. 
Pelik... tapi itulah dia... Aku tergelak pun ada...

"Aimy, maafkan kita tak?"

Dia minta maaf tanpa aku tahu apa-apa pun salah dia kat aku. Jadi, aku angguk saja. 

"Aimy, halalkan tak ni?" 

Bila aku kongsi makan dengan dia.

"Aimy, betul ni? Tak marah?" 

Aku senyum saja dengar bila dia kata macam ni. Minta air dengan aku, dia ragu-ragu dengan aku. Banyak kali dia tanya sama ada boleh ke tidak. Layan saja. Aku tak tahu kenapa. 

"Aimy, soorryy." 
"Aimy, kita minta maaf." 

Aku pun rasa curiga denga mereka 2 orrang ni. 
Bila aku buat gurau-gurau marah-marah manja, dia dah rasa serba salah. Minta maaf banyak kali... Aku... aku...

Hanya senyum. 
Tak boleh buat apa. 

Aku senang dengan mereka. Sesuatu sikap patut dicontohi. Untuk aku dan kalian jugak.



Jangan jadi tak sedar...
Minta maaf jugakkk

Assalamualaikum...
Klik2 sama saya...
Thumbs up!! 


My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...