#Suntikan Semangat#

Tuesday, 24 January 2017

Cerpen - Imunisasi



Aku tidak tahu kenapa dengan dia.
Sikapnya pelik. Sangat pelik pada pandangan mata aku.
Tidak pernah kenal manusia ke apa sebab dia terlampau baik. Sangat baik hinggakan tidak sedar yang ramai rakanku lain telah memijak kepalanya. 
Dia hanya balas perbuatan mereka dengan senyum!
Aku rasa nak bagi penampar sahaja kat muka dia. 
Bagi sedar sikit bahawa dalam kehidupan ini tiada semuanya baik dan adanya jahat. 
Tapi, jahat lagi banyak.

Dia datang hampir dekat aku.
Senyuman manis terlukis di wajahnya yang putih bersih.
Dia cantik. Rambutnya yang panjang ikal mayang itu sangat menawan.
Seorang gadis yang tinggi lampai.
Pandai bergaya macam anak orang kaya. Japp... dia memang anak orang kaya.
Hatinya yang bersih.

Dan apa yang aku tak boleh tahan juga.
Dia boleh saja taat dengan arahan mak ayah dia suruh dia ambik jurusan business sedangkan minat jauh sudah terpesong. Because dia minat penulisan. Dia boleh sabar aje. 
Bila aku tanya dia kenapa, dia boleh jawab;

"Impian aku dah lama terkubur tanpa nisan. Tanpa nama."

Kalau aku memang bangkang habis-habisan. 

"Ilaa... mari balik. Dah lewat sangat ni." 
Suha tarik hujung lengan baju aku. Aku jeling dia tajam. Suka-suka hati saja tarik-tarik baju aku. Tapi, itu memang tabiat dia dari dahulu lagi sejak sekolah menengah masa sama-sama kami kenal waktu form 1 dulu. Tak boleh nak buang jauh-jauh.

"Memang dah lewat sangat-sangat. " 
Aku tongkat dagu. Mataku tetap merenung dia dah gubra semacam.
Takut aku baran.

"Maaf. Tadi ada hal..." Suha ambil tempat duduk depan aku.  Buat muka kesian tahap petala langit ketujuh. Mintak simpati dengan aku.

"Ada orang minta tolong kau siapkan assigment kan? Lagi, ada orang nak kau tolong masalah diorang? Ada orang nak pinjam 'harta' kau, kan? Ada orang nak..."

"Tak ada orang lah. Senyap sikit, duk membebel aje macam mak nenek. Nak cakap pun tak boleh lahh. Suka hati dia je buat statement.
marah Suha. Muka Suha serius tak garang. Hahaha.... cuma pipi dia jadi merah semacam. 

Aku sengih. "Hehehe... cakaplah."

Suha mencebik. "Aku jumpa orang tadi tapi..."

"Kan aku dah cakap, mesti punya kau ada masalah dengan budak-budak kat..."

"Ishhh... minah ni. Tak sempat nak terang lagi pun duk potong cakap orang muda macam aku ni. Dengarlah dulu, Ilaa." Suha mula duduk sambil silang kaki. Membetulkan posisi duduk agar selesa dengan postur yang betul. Minah ni memang, kalau seminit tak jaga penampilan memang tak sah ke apa? Apa benda entah yang asyik kali dia nak betulkan gaun labuhnya tu dan aku tengok sama saja je bentuknya. Tak bertukar kaler pun. 

"Apa?"

"Ada seorang lelaki ni ajak aku balik tadi, lepastu dia nak cakap sesuatu nanti bila dalam kereta..." Suha tarik nafas. Tangannya giat memintal hujung rambutnya. 

Aku angkat kening. "Sambunglah..."

"Sekejap lahhh. Nak ambik oksigen jap!"

Hek-eleh, macam mustahak sangat atau boleh buat jantung dia terus berhenti mengepam aje bila nak cakap apa dia nak cakap.

"Okay. Kemudian, aku cakaplah dia tu siapa kan, sebab aku tak kenal pun dia kan. Tiba-tiba muncul dari langit jatuh depan aku. Aku cakap kat dia yang aku balik dengan kawan, lepastu dia tak percaya. Aku macam nak marah aje dia, tapi aku terus blah." 

Suha genggam tangan dia kuat. 
Dah kenapa budak ni? Gubra semacam je. 

"Kau kenapa? Muka merah macam apple dah. Apa dia buat dengan kau?"
Soalku prihatin. Siapa berani kacau girlfriend aku ni hah?

"Dia lamar aku depan budak-budak lain. Terutamanya budak Durian tu. Dia tenung aku semacam aje, aku jadi takut pulak dengan dia tu. Kau bukan tak tahu yang dia ada bagi hati dia kat aku, tapi aku tak sambut-sambut lagi je." 
Suha dah tak tentu arah. Mukanya nampak cemas, rambutnya diraup kebelakang, bajunya dibetulkan jika ada yang terbalik ke apa. 

Aku... "Biar betul, kau?" 

"Aku cakap betul-betul ni."

"Siapa dia? Tak akan tiba-tiba dia datang kat kau, pastu nak lamar kau bagai."
Aku sekarang nak percaya dan tak saja sebab semuanya berlaku tiba-tiba. 
Lagipun minah ni memang ramai lelaki minat. Ada siap upah aku jadi messager lagi untuk beritahu luahan perasaan diorang kat Suha ni hah. Aku ni? Tak ada siapa nak bagi love letter ke, bunga sekumtum ke, ayat cair ke apa. Buat derk aje. 


"God knows who belongs in your life and who doesn't. Trust and let go. Whoever is meant to be there, will still be there." 


Sakit hati? Tak adalah. 
Cuma... aku ni tak laku ke?
Hahaha... Main-main aje. Lakulah... Dah bertunang dah pun. 

Dengan mamat paling hensem tak hengat kat dunia ni. Hahaha... haruslah puji kekasih hati aku walaupun tak kacak macam Aamir Khan. 

"Anak kawan papa."
Suha jawab dengan wajahnya sudah tertunduk memandang bawah meja. 

"Kawan uncle? Ohh... ni mesti plan perancangan keluarga nak jodohkan kau dengan dia ni. Alaa... normal lah tu zaman sekarang ni." Pujuk aku lembut.

Dia geleng kepalanya. Tubir matanya bergenang. Dia nak meanangis kejap lagi.
"Dia... dia tak baik. Dia tadi ada  bisik kat aku. Dia cakap, kalau aku tak terima lamaran dia nanti dia nak musnahkan keluarga aku. Dia ingat aku ni apa, Ilaa?"
Airmatanya sudah mengalir deras membasahi pipinya yang mulus itu. Aku bangun dan mendekatinya. Menariknya dalam pelukan aku. Dan aku suka peluk orang. Hehehe...

"Suha... kau ni cakap betul-betul lah. Jangan main-main benda macam ni."

Suha tenung aku tajam.
"Aku tak main-main dengan karut-marutlah. Ini betul-betullah, IIaa. "

"Erkk... cuba cakap dengan papa kau. Kan senang."

"Tak."

"Aikks... tak cuba lagi kan?"

"Dah. Telefon tadi dan dia paksa jugak terima walaupun aku dah cakap yang anak kawan dia tu jahat. Papa aku tak percaya anak sendiri, nak buat macam mana?"
Ujarnya dengan sedu tangisan.

Aku ukir senyum. Tolak dia lembut. Memandang dia lembut. 
Suha angkat bahu. 

"Suha... kau terima ajelah."

"Mudahnya keputusan."

"Entah."

"Durian tu?" soalnya tulus.

"Biar ajelah."

"Hati dia tergantung sebab aku."

Aku lepas nafas berat.
Suha meramas tangannya seperti memikirkan sesuatu.

###

Aku pandang wajah si dia. Kemudian dengan tidak semena, bibirku menguntum senyuman. Tanpa sedar dan tanpa dipinta. Senyuman itu membentuk dengan sendirinya. 
Hatiku menyatakan syukur kepadaNya kerana menemukan aku dan si dia ini. Yang banyak mengajar aku erti susah dan senang. Makna kehidupan yang sementara dan hakiki. Mendidik aku untuk menjadi seorang srikandi yang berhati besi. Teguh dengan pendirian dan agama. 

Hazim kerut kening melihat aku. 
"Illa dah kenapa lihat abang cenggitu?" 

Aku tepuk dahi perlahan. 
Tersengih melihat dia. Malu aku sendiri bila dia sudah perasan. 

"Illa mana ada tengok abang tapi..." 

Hazim angkat kening. 
Aku angkat bahu. Tak mahu menjawab. Biar tiada jawapan. 
Sengaja.

"Jangan buat tanda tanya boleh tak?" 

"Erkk... mana ada buat. Tak lukis, tak tulis pun. Soalan ada tanda tanya pun tak beri." 
Aku balas selamba. Suka tengok Hazim marah. 
Hahahha... Dunno why?

"Illa selalu cenggini...." 

"Marah ke?" 

Hazim tepuk dada kirinya. "Mana ada. Ini Hazim, Illa. Abang tak akan marah dengan semendang macam itu saja.  Illa cuma bahan nak buat uji kaji je atas abang." 

Bahan uji kaji dia cakap aku? 
Berani ekkk...

"Abang, sayang Illa?" soal aku tiba-tiba. 

Hazim lihat aku pelik. Wajah dia pun tukar pelik juga. 
"Dah kenapa?" 

"Yelah. Illa tak sehebat abang pun. Illa banyak kekurangan. Hendak jadi seorang srikandi yang kuat seperti Sumaiyyah pulak tu. Illa berangan aje lebih." Aku gelak kecil. Lebih tepat tuju pada diri sendiri sebenarnya. "Kenapa abang pilih Illa?"


"None of your scars can make me love you less."


"Sebab... abang memang kena pilih Illa(?)" Hazim ukir senyum. "Sebab... Illa comel!" Hazim ketawa. Aku beri muka smirk. 

Hazim pandang aku dengan redupan mata milik dia. "Tak suka ke, abang kata Illa comel?" 

"Mana ada."

"Tapi, muka tak happy." 

"Sebab alasan abang bagi macam tak munasabah. Goo Ha Ra lagi comel kowt."

"Rendah dirinya..." Hazim tongkat dagu. "Illa ada kelebihan Illa. Alaa... abang tak tahu macam mana nak cakap kat Illa. Tapi, Illa dah jodoh abang, kan? Abang tahu, Illa jadi ibu yang baik nanti, kan,kan?" 

"Kahwin pun belum..." Aku mencebik. 

"Nanti..." 

###

Omar pandang aku. "Betul ke Suha nak tunang dengan lelaki yang datang hari tu." 

Aku angkat bahu. 

"Kau kena tolong aku!" Omar tenung tajam mata aku. Aku telan air liur. 
Seram siot! Muka macam pembunuh bersiri dah gayanya. 

"Tolong apa?"

"Jangan bagi Suha kahwin dengan lelaki tu."

"Hah?!" 

"Dengar tak?"

"Gila ke apa?"

"Apa yang gilanya. Dengar tak?" 

"Dengar... tapi parent dia, parent dia yang suruh. Aku tak boleh nak buat apa. Kau lah pergi lamar dia ke apa."

Omar mengeluh. "Dia tak suka aku."

"Dia suka kaulah dowh!" 

Omar tak berkelip pandang aku. 
Aku tepuk dahi. 'Budak ni ingat one-sided love rupanya.'


"Painful love is also a love."

Aku pandang Suha. Suha menunduk kepala, memandang kasut tumit tinggi merah miliknya. 

"Macam mana? Dah tanya parents kau yang kau tak suka lelaki tu?"

Suha lihat aku. "Dah." 

"Kemudian, mereka kata apa?" 

"No objection." 

Aku picit dahi. Ni dah kes, parent jual anak ni. 

"Aku nak tanya kau, boleh?" 

"Apa dia?" balas Suha tak ada semangat. 

"Kau suka Omar?"

"Hah?" 

"Kau suka Omar ke tidak?" Ulang aku lagi. 

Suha pandang muka aku tak berkelip. Kening dia terangkat ke atas sebab aku tiba-tiba tanya soalan sengal kat dia. 

"Apa kau ni, Illa..." Dia ketawa. 

"Aku tak buat lawak kowt." 

"But i think kau tengah buat lawak." 

Aku tarik bahu dia. Minta dia hadap aku. 

"Aku nak kau jawab, sebab aku boleh tolong kau." 

Suha tersenyum. 

"Macam mana kau nak tolong aku?" 

"Adalah." 

Suha menggengam tangannya. "Aku suka dia. Lama dah... sejak first aku masuk belajar. Dia first crush aku lah kiranya. Aku dulu nak cakap kat dia yang aku suka dia, tapi aku takut dia tak suka aku dan family aku marah aku." 

Aku senyum herot. "Good... thanks for the answer." 

Suha kerut dahi. "Sebab?" 

"Saya akan jumpa parent awak. Minta izin nak nikah dengan awak." kata Omar tiba-tiba mencelah. Berdiri di tegak di belakang kami. 

Suha terkejut. Aku sengih. 
Ni semua plan aku dengan Omar. 
Nak bagi semangat sikit kat budak-budak ni, sebab cinta diorang bukannya one sided love. 
Masing-masing jatuh cinta pandang pertama sejak masuk belajar satu universiti. 

"Omar?"
Suha bangun dari bangku. Muka tak hilang dari terkejutnya. 
Omar garu belakang kepala. Tersengih tak bertempat. 

"Awak betul-betul sukakan saya ke?" 

Suha tunduk. Omar melangkah dekat pada Suha. 

"Suha?" 

"Kalau saya sukakan awak sekali pun, apa yang saya dapat? Saya tetap tak dapat awak." 
kata Suha tegas. 

Aku tahu Suha tahan tangisan dari kedengaran. 
Dia tahan airmatanya mengalir. 

Omar tenung Suha. "Saya cuba..." 

"Cuba kalau tak berhasil. Saya sekali pun tak pernah lawan family. Mesti diorang tak izin, lagi-lagi ini soal siapa suami saya nanti." 

"It worth if we try, Suha." kata Omar lembut. 

Suha angkat wajah lihat Omar. 
Mata sudah merah. 

"I wait for you..." 

###

Aku senyum lihat Hazim. 
Hazim sangsi. 

"Kenapa senyum-senyum ni?" 

"Salah ke?" 

"Tak... cuma pelik." 

Aku tahan ketawa lihat Hazim. 
Dia cepat aje dapat tangkap kalau aku ada plan sembunyi. 

"Boleh tak kalau untuk sekali awak buat tak tahu apa yang saya tahu." Aku pamerkan muka tak puas hati depan dia.

Hazim ketawa. "Ya,Illa. Ya, sekarang ni abang tak tau apa-apa." Hazim tenung aku, dengan muka kosong. "Boleh kita mula balik?" 

Aku angkat kening kiri ke atas. "Mula apa? Apa, apa?" 

Hazim cuma senyum. "Illa nampak happy je hari ni. Ada apa-apa ke yang abang tak tahu?" 

Aku ketawa, dan ketawa. Pandang lelaki di hadapanku sehingga airmata ku jatuh. 

"Hazim..." seruku. 

Dia pandang aku.  "Ya, Illa. Ada apa?" 


"You're not alone. Don't cry, I'll stay."

"Jahatnya Illa..." 

Hazim hela nafas panjang. Perlahan, namum telingaku cekap menangkap. 

"Apa yang jahatnya Illa. Illa tak buat apa-apa pun." kata Hazim selamba dengan nada memujuk diriku. 

Aku ukir senyum. Kesat airmata dengan belakang telapak tanganku. Lihat Hazim dengan riak muka bersalah. "Sampai bila abang boleh tahan dengan Illa kan? Mesti abang..." 

Belum sempat aku berkata, Hazim memotong. "Bukan ke kita dah pernah cakap perkara ni. Kalau Illa rasa Illa tak sempurna untuk abang, bagi abang tak. Illa sempurna pada abang. Tolong Illa... jangan rendah diri pada abang. Selain dari tu, boleh tak Illa support abang sekarang nih. Abang nak final ni, semangat sikit boleh?" 

Aku ukir satu garis. Beruntungnya aku dengan lelaki ni. Alhamdulillah. Bila lah nak kahwin, cepatlah aku habis belajar. 

"Final ehh?" tanya aku. Kosong. Sebab aku tak tau pulak dia nak final dah, yang aku tahu tahun ni dia habis belajar master dia. 

Hazim tayang muka tak puas hati. "Tak tau ehh? Takpe lah, asalkan bagi semangat. Cepatlah!" Hazim tunggu aku. Reaksi aku. 

Aku ketawa kecil. "Fighting, Akhmal Hazim bin Shamsul. Tunang Illa dan bakal suami Illa untuk final exam ni. Buat baik-baik!" Aku tabik depan dia. Seolah dia komander yang tegas melatih anak buahnya menjadi berani.

Dia hanya senyum. 

###

"Omar macam mana?" soal aku bila nampak Omar duduk termenung di bangku taman bunga universiti. Tanpa dijemput, aku duduk di sebelahnya. 

Omar angkat kepala pandang aku. "Macam mana apa?" 

"Suha? Kau? Macam mana? Kau kan dah jumpa parents dia." Aku cuba ingatkan dia. Dalam fikiranku, dah kenapa mamat ni. Hilang ingatan ke apa. 

"Ouh! Itu..." Omar tepuk dahinya. Aiks! Mamat ni dah kenapa.

"Aku dah jumpa dah parent dia..." 

Aku potong dia. "Itu aku tau, kau dah jumpa. Lepas tu?" 

Omar jeling aku. 

Aku simpan senyum. Peduli apa aku kalau dia jeling. Bukannya aku takut pun. 

"Suha..."

"Kenapa dengan Suha?" 

"Suha terima aku..." 

Aku mula mengeluh. "Itu pun aku dah tau, Omar." 

"Pujuk parent dia dah, parent dia okay dengan aku..." 

Aku tepuk tangan. "Macam mana parent dia terima kau? Bukan diorang nak sama taraf ke?" Tanya aku pelik. Yalah, yang aku tau Omar ni dari keluarga biasa-biasa aje. 

"Kau!" Omar naik suara, tunding jari telunjuknya tepat ke muka aku. "Boleh senyap tak bila aku tengah bercakap. Boleh?" Omar ketap gigi. 

Namum sedikit pun aku tak gentar. "Okay. Aku zip mulut. Cepat cerita." 

"Sebab aku sama taraf laa diorang terima. Sebab aku boleh selamatkan company diorang la, baru aku kena terima."

"Ouhh..." 

"Dan apa..." 

###

"Dan apa yang aku tak boleh accept, bila parent aku cuma pandang duit je wehh. Apa diorang tu tak cukup lagi ke harta kat rumah tu. Aku malu wehh depan Omar. Aku malu." Suha lepas keluhan berat. Aku tepuk bahu Suha perlahan. 

"Aku..." 

"Tapi apa yang aku paling kecewa..." Suha pandang tepat muka aku. Hidungnya dah mula merah. Aku tahu Suha tahan tangisannya yang bila-bila saja akan mengalir. 

"... aku kecewa bila parent aku, buat aku macam barang dagangan. How could they said, lepas aku dan Omar kahwin, dia tak nak terlibat apa-apa yang ada kaitan dengan aku lagi. Yang penting Omar bagi duit, tolong company papa tuu..." Suha gigit bawah bibirnya. Perlahan-lahan dia mengukir senyuman. 

"Aku ni bukan anak diorang Illa." 

"Maksud kau?" 

"Aku anak buangan rupanya. Patutlah diorang tak peduli pasal aku, patutlah apa-apa yang jadi kat aku, diorang tak kesah. Diorang suruh bibik yang rawat. Patutlah bila aku nak cium, nak peluk diorang, diorang tolak aku... halau aku macam anjing kurap. Patutlah..." 

Aku terus tarik tubuh Suha dalam dakapan aku. Aku usap perlahan belakang tubuhnya. Aku biarkan dia menangis sepuasnya di bahu aku. Ya Tuhan, beratnya dugaan kawanku ini. 

"Sabar Suha. Kau kuat, aku ada dengan kau." 

"Saya pun. Bila-bila masa awak perlukan bahu, saya ada untuk awak, Suha."

Dan aku kenal pemilik suara itu. 

Kami sama-sama kalih pada dia. 

Omar, yang setia dengan senyumannya, berdiri memandang Suha di sebelah aku. Bawa harapan untuk Suha. Insha Allah. 

###

Dua bulan kemudian...

"Abang..." panggil aku. Hazim toleh padaku. Jongket kening. 

"Ada apa?"

"Seronok tak hidup sama dengan Illa?"

Hazim termenung. Dahinya berkerut seolah berat sangat soalan yang aku tanya. 

"Lamanya nak jawab. Susah lah tu?"

Hazim geleng kepala. Dia tarik tangan kanan aku, lalu digenggamnya erat. 

"Mana ada. Tak susah pun." 

"Tapi kenapa lama sangat nak jawab." 

"Sebab abang tengah fikir, beruntungnya abang dapat Illa jadi isteri abang sekarang ni. Walaupun masak tak seberapa, telur goreng hangit pun jadi sedap. Walaupun gosok baju kemeja tak betul, berkeremuk pun abang still handsome. Walaupun jaga rumah pun berselerak, serabuk pun tetap heaven bagi abang." 

"Jap!" 

Aku tahan dari dia meneruskan kata-kata. "Ni nak kutuk Illa ehh? Illa tahu la Illa tak pandai semua tu, tapi tahu kan Illa tengah step by step belajar. Slow-slow orang kata. Maaflah kalau semua tu menyusahkan abang." 

"Eh tak!" Cepat-cepat Hazim geleng kepala. Tak setuju dengan kenyataan aku buat. 

"Apa yang tak? Betul apa." 

Hazim senyum. Betulkan letak tudungku. Tangannya jatuh pada kedua belah bahu aku. 
"Tak susahkan abang pun. Sebab apa yang Illa buat, macam mana pun hasilnya. Itu semua dari usaha Illa sendiri. Abang terima dengan hati terbuka. Illa tu bidadari abang." 

"Bidadari?" 

Hazim angguk. "Hazim ni, lelaki depan Illa ni..." Hazim letak tangannya ke dada kanannya. "... dalam hatinya cuma ada Illa seorang. Jadi jangan tinggalkan abang, kuatkan imun tu untuk abang, okay? Lelaki ni, sayang Illa sangat-sangat." 

Aku ketawa kecil. "Terima kasih." 

"Weyhh!!! Kalau nak romantik sekalipun, pandang kiri kanan boleh tak?" tegur satu suara. Serentak aku dan Hazim mencari pemilik suara itu. 

Aku terus bangun dari kerusi bila nampak Omar dan Suha bersebelahan sambil berpegang tangan. Begitu jugak Hazim. Kami berdua senyum. 

"Eleh, korang tu apa kurangnya. Siap pegang tangan depan public." balas aku tak nak kalah. 

"Eh, kitaorang dah kahwin tak apa. Dah halal nak berpegang tangan sekalipun." bidas Omar dengan senyuman mengejek. Suha hanya ketawa di sisinya. 

"Hoi! Kitaorang pun dah nikah laaa... kecohlah mamat ni!" jerit aku. Hazim tepuk bahu bagi ketenangan manakala Omar dan Suha ketawa sambil berlalu dari situ. Kurang ajar. 

"Sabarlah."

"Mamat tu..."

"Imun Illa tu kena kuat..." 

"Imunisasi Illa dah lemah dah.."

"Eh kenapa?"

"Lelaki depan Illa ni la, hari-hari buat hati Illa cair, mana taknya.." 

Dia ketawa, begitu juga aku. 
Ya Tuhan, terima kasih. 


-TAMAT-

Saturday, 12 December 2015

Cerpen -Act Like Nothing



Peanut pandang Mia. 
Mia perasan ada orang lihat dia. Tapi, dia buat tidak endah. Dia sudah bosan dengan sikap Peanut yang suka melihat wajah dia. Walau dilarang, tetap degil. Macam kerikil. 

"Mia, malam nanti lepak nak?" 
Mia kalih pada Peanut. Earphonenya ditanggalkan, muzik yang sedang bermain diberhentikan. Mia ukir senyum. 

"Mana?" 

"Mamak?" Peanut duga Mia sedangkan tempat mereka selalu lepak ialah mamak. Tiada tempat lain, yang lebih murah dan dibenarkan lepak lama-lama, sebab mamak boleh sampai ke pagi. Tapi, dia cuba bertanya, mana tahu Mia beralih cita rasa. 

"Okey... Aku on aje." 
Mia buat thumbs up sambil senyum ke telinga. Dia sudah lama tidak lepak dengan Peanut. Sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Peanut sibuk dengan menjadi photographer, Mia pula sibuk dengan modelling. Masing-masing jugak sudah famous. Peanut sudah bekerjasama dengan syarikat luar, sebab Peanut 'pro' ambil gambar. Mia pula, dikenali ramai hingga tercalon sebagai model yang hangat. 

Peanut bangun dari duduk. 
Dari tadi, mereka berdua duduk berjulur kaki, di taman, bawah pokok besar. Melihat gelagat dan telatah manusia sekeliling. Mereka tidak banyak bercakap, mahupun becerita, sebab masing-masing sudah tahu. Cerita yang sama. Kerja dan penat!

"Mia, aku nak tanya something!" Peanut tiba-tiba bersuara. Memandang wajah Mia yang sedang duduk, menikmati CoolBlog perisa coklat. 

Mia angkat wajah, lihat Peanut. 
Dia jongket kening. 

"Apa? Tanyalah." 

Peanut tarik nafas perlahan.
Dalam-dalam, kemudian melepaskan dengan tenang. 

Mia kerut dahi. 

"Kau kenapa? Tiba-tiba, macam gabra. Asal?" Soal Mia, dia sibuk melibas-libas dress labuhnya jika ada tanah yang melekat. Setelah puas hati, dia ukir senyum sendiri. 

Peanut simpan senyum. 
Mia memang suka jaga standard. Tak mahu orang nampak dia selekeh, walau dia hanya mahu pergi masuk tidur, baring-baring atas katil. Mia akan pilih baju tidur yang sesuai, minyak wangi mengikut hari dan waktu. Peanut sudah biasa. 

Mia yang masih setia menunggu jawapan Peanut, mengerling rakannya. 
Dia merengus. 

Peanut mengelamun! 

Mia tepuk bahu Peanut. 
Peanut tersentak. Kalih lihat Mia. 

"Kau dah kenapa?" 

Peanut geleng kepala. "Tak ada apa-apa." 

"Menipu... macam aku baru kenal kau. Kau ada masalah ke?" Mia prihatin. 

"Tak adalah. Aku okey aje." 

"Kemudian?" 

"Tak ada apa." Peanut koyak senyum sambil kenyit mata pada Mia. Mia jeling tajam, pura-pura mahu termuntah hijau. 

"Kau nak tanya apa tadi?" 

"Ouh... tadi, aku nak tanya... errr... apa ehhh..." Peanut garu kepala. Bukan gatal, tapi dia keliru sama ada dia mahu tanya, atau tidak. Dia takut Mia marah. 

"Laaa... tak akanlah lupa. Kau banyak makan semut ni. Aku dah kata, jangan beli nasi lemak kat tepi jalan besar sana, banyak habuk. Tak sihat!" Tegur Mia tiba-tiba. Entah ada kaitan pun tidak, dia sendiri tidak tahu. 

"Mia..."

"Hmmm..." 

"Malam nantilah, aku tanya balik. Kejap lagi aku cuba ingatkan apa aku nak tanya." 

"Yelah." 

Peanut tiba-tiba tarik tangan Mia. Pergi tengah-tengah padang yang sibuk dengan orang yang bermain sana-sini. Mia yang terkejut, hanya mengikut langkah kaki Peanut. 

"Wei, kau apasal?" 

"Sengaja..." 

"Tak ada keje..." 

"Memang..." 

"Susahlah, cakap dengan kau!" 

"Jadi, jangan cakap, baik kau duduk diam-diam. Tengok apa aku nak buat." 

Mia merengus geram. 
Peanut senyum puas hati. 

Peanut pergi berlari anak ke arah seorang pakcik yang berusia. Pakcik yang ketawa bermain dengan kanak-kanak di sekelilingnya. Pakcik belon! 

"Belon dua, nak kaler merah dengan biru." Peanut sudah senyum. Dia menyeluk poket seluar, keluarkan beg dompetnya. Nak bayar. 

"Berapa?" Peanut tanya pakcik tersebut. Tangan menyambut huluran belon. 

"Dua ringgit." 

Setelah bayar,ucap terima kasih, Peanut lari laju-laju arah Mia. Mia pandang Peanut. 

"Kau nak buat apa dengan belon tu?" 

"Tak tahu?" 

"Sebab tu aku tanya, sengal..." Mia peluk tubuh. Mata masih memandang Peanut. Peanut duduk atas rumput, tengah padang yang ramai orang. 

"Pehal kau?" 

Peanut tidak menjawab. Terus tarik tangan Mia. Paksa duduk sama dengannya. 
Mia mengeluh. Mengikut sahaja apa yang Peanut mahu lakukan dengan belon-belon tersebut. 

"Nah ambik satu!" Peanut hulur belon berwarna biru pada Mia. Mia lihat wajah Peanut lama. Tenung dalam-dalam, seperti mahu tembus masuk otak, apa yang ada dalam fikiran Peanut. Tapi, tidak dapat. Tak ada kunci. 

"Ambiklah..." 

Mia berdecit. Namum, tangan tetap menyambut huluran Peanut. 

"Then?" 

"Ikut aku!" 

Peanut buka ikatan benang halus pada belon. Kemudian, pada hujung belon, dia buka ikatannya. Dia picit, tahan angin keluar. Dia angkat kening tengok Mia. 

"Apa kau nak buat?" Mia tanya. Peanut hanya beri senyuman. 

Peanut kemudian suakan hujung belon ke dalam mulutnya. Melepaskan gas dari belon masuk ke dalam rongganya. Sedikit-demi-sedikit. 

"Mia, mia, mia... hahaha..." Peanut ketawa gembira. 

"Wehhh... suara kau! Kalah Donald Duck! Hahaha..." Mia turut sama gelak sakan. Baru dia faham apa Peanut cuba buat. Suara akan berubah bila gas halogen masuk banyak. 

"Cepatlah kau pulak try!" Gesa Peanut. Mia angguk laju. Dia melakukan apa yang Peanut buat tadi. Kemudian, mereka sama-sama ketawa gembira. Dengar suara masing-masing yang berubah. Gelak macam tak hengat dunia. Kalah kanak-kanak yang ramai di taman tersebut. 

"Macam orang gila!"

"Kau pun sama!" Peanut gosok kepala Mia sampai rambutnya serabai. 

Mia tepis tangan Peanut kasar. 

"Kusutlah rambut aku dowh..." 

"Gila!" 

"Kau punlah!" 

__________________________________________

Mia tunggu Peanut lama di kedai mamak tepi jalan. Dia jeling jam tangannya. Sudah masuk pukul 9 malam. Dia pandang keliling, ramai pelanggan malam hari ni. 

"Mana dia ni?" Mia keluh kasar. Dia keluarkan telefonnya. Nama Peanut dicari. 
Tekan call! 

Lama. 
Peanut tak angkat panggilan. 

Sekali lagi. Mia tekan butan call. 
Dia dapat jawapan yang sama. Peanut tak mahu angkat panggilan dia. 

Mia sudah tarik muka. 
Dia berkira-kira mahu bangun atau tidak. 
Mahu tunggu atau tidak. 

Jawapan... 

Dia mahu tunggu. 
Noktah. 
Sedang dia tunggu, kenangan dulu bermain kembali...

_____________________________________________________

"Peanut, aku nak tanya kau, sikit, boleh?" Mia kerling Peanut yang sibuk dengan kameranya. Peanut toleh lihat Mia. 

"Apa?" 

"Kau dah ada someone?" 

Peanut angkat kening. "Someone apa?" Blur. 

"Special." 

"Ouhh... tak. Kenapa?" 

"Aku nak jadik someone special untuk kau. Boleh?" 

"Huh?!" Peanut buntang mata. Pandang wajah Mia tidak berkelip. Kamera di tangan, diletak ketepi. Mahu fokus pada Mia. 

"Jangan mainlah Mia..." 

"Aku tak main. Aku serius!" 

"Kau model kowt..."
"Jadi? Apa masalahnya dengan kerja aku?"

"Selalunya model tak mahu kahwin awal..."

"Itu bukan aku." 

"Kenapa tiba-tiba?" Soal Peanut sambil tongkat dagu. Merenung anak mata Mia dalam-dalam. Mana tahu ada kamera tersembunyi. Mia kan pandai buat expression muka. 

"Sebab aku suka kau." 

Peanut tiba-tiba ketawa sakan. 
Seolah Mia sedang buat lawak depan dia. 

"Aku nak kerjaya aku berjaya dulu. Aku dapat sign kontrak dengan company besar kowt. Kau tak nak tengok aku senang?" 

Mia senyum. "Mestilah." 

"Jadi?" 

"Aku tunggu kau." 

"Sampai bila?" 

"Sampai kau sendiri kata, kau tanya aku, sama ada aku suka kau lagi atau tak? Hurm?" Mia koyak senyum. Dia tukar pandangan. Lihat ke dalam cafe. Orang keliling sibuk bercerita sana-sini. Tersenyum, ketawa sesama sendiri. Tapi, dia cuma pura-pura senyum. Seperti tiada apa berlaku. 

Peanut hanya pandang Mia sepi. 

______________________________________________

"Wei, Mia! Melopong!" Teguran Peanut menyentak lamunan Mia yang panjang. Dia angkat wajah. Lihat Peanut depan mata. Tersengih. 

"Asal lambat?" 

"Jalan sesak." 

"Alasan." 

Peanut hanya senyum. 
"Lama tunggu aku?" 

Mia angguk perlahan. "Lama jugaklah." Straw dia sisip ke bibirnya. Milo ais menjadi pilihannya waktu malam ini. 

"Sorry."

"Takpe."

Sepi. 

"Peanut..." 

Peanut lihat Mia. "Apa?" 

"Kau nak tanya apa siang tadi?" soal Mia sambil tongkat dagu. 

Peanut garu kepalanya. Sekali lagi. 

"Jangan cakap kau lupa lagi. Aku tunggu kau lama, sekali tak ada apa."

"Tak adalah. Aku ingatlah." Peanut sengih tayang gigi. 

"Apa?" 

"Kau ingat kan soalan kau tanya aku dulu?" Peanut tenung Mia. Mia pandang Peanut. Mata mereka tidak berkelip. 

"Ingat. Kenapa?" 

"Kau suka aku lagi tak?" 

Mia hampir tersedak. Tak sangka Peanut tanya soalan itu. Sudah lama dia menanti, hampir 6 tahun jugaklah, hingga masing-masing berjaya seperti sekarang. 

Peanut yang terkejut, cepat-cepat bangun. Berlari mencari tisu dalam kedai mamak. 

"Nah!" 

Tisu beralih tangan. Mia sibuk mengelap mulutnya. Bajunya yang terkena air milo. 

"Okey?" 

"Hah?!" Mia blur. Peanut geleng kepala. 

"Okey?"

"Okey." 

"Jawapan soalan aku tadi? Kau suka aku lagi tak?" Peanut ulang soalan. Tunggu jawapan Mia. Lama. 

"Suka." 

"Kenapa kau degil?" 

"Hah?!" 

"Kau tunggu aku lagi ke?" 

Mia angguk. 
Perlahan.

"Mia..."

"Ya." 

"Aku bukan someone special kau." 

"Takpe aku tunggu kau."

"Aku kata, aku bukan someone special kaulah." 

"Aku dengarlah..."

"Jadi?" 

"Aku tunggu sampai kau jadikan aku someone special kau." 

"Kau paksa aku?" 

Mia geleng.

Peanut mengeluh. 

"Sampai bila?" 

"Sampai bila-bila."

______________________________________________

Peanut tunggu Mia. Tempat yang sama. Taman Tasik Titiwangsa. 
Masing-masing sudah berjanji, mahu berjumpa di situ. Sebab masing-masing cuti selepas hampir dua bulan sibuk. 

"Wei!" 

Peanut terkejut. Dia kalih. Lihat Mia, tayang bungkusan pada kedua belah tangannya.

"Kau bawak apa?" 

"CoolBlog dengan roti. Nak?" 

"Mestilah." 

Peanut laju rampas dari Mia. Mengambil minuman perisa kegemarannya. 
Mia hanya senyum. 

"Kau macam mana? Projek baru tu..." Mia soal Peanut. Dia baru dengar Peanut dapat projek dari luar negara yang berminat melantiknya untuk menjadi photographer mereka. 

"Okey... Wei, Mia... serius aku tak sangka kowt!" 

Mia ketawa. "Tahniah!" 

"Kau?" Peanut tuju soalan pada Mia pula. 

"Okey. Offer banyak kowt. Haha..." Mia ketawa gembira. 

"Mia..." 

"Hurmm..." 

"Sampai bila?" 

"Apa?"

"Kau? Aku?" 

"Takpe. Aku tunggu kau." 

"Tak penat?" 

Mia geleng kepala.

"Okey?" 

"Buat macam biasa sudah... rilexlah." Mia tepuk bahu Peanut. 

Peanut hanya senyap. 
Dia kerling Mia. 
'Kau tetap degil kan?' Peanut mengeluh. 


Sampai mati pun kita takkan pernah bersedia, 
kalau kita tak pernah berbuat apa-apa.

-The End-


------> Jangan kata apa-apa. Cerita ni tak tergantung. Cerita ni ending memang macam ni. Sebab tu tajuk 'ACT LIKE NOTHING' . Takde apa yang berlaku. :) 


My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...