#Suntikan Semangat#

Sunday, 1 March 2015

[Review] Terbaik Dari Langit

                  

Assalamualaikum:) 
Baru tengok cerita ni semalam... Sangat best even ENTAH APA-APA pada sebenarnya. Buat kerut kepala- kerut dahi fikir. 

Cerita ni pasal empat sekawan dari sekolah lagi. Berg, Toyu, Ijam ngan Ali. 
Berg yang sangat minat dalam buat filem yang berbeza. Serius BERBEZA. 
Toyu yang macam dunno untuk yakin dengan diri sendiri. Like tak masuk campur sangat. Ijam yang memang bengang ngan Ali sebab Ijam ingat Ali yang buat dia tak masuk final match bola sepak masa sekolah dulu. 

Then, masing2 dah besar. Ijam jadik artis, Berg jadi tukang buat filem yang pelik, Toyu yang dah jadik cikgu but KENA BULI ngan pelajar. [Kalau ada cikgu mcm Toyu- mahu tak berkat semua ilmu budak2] Berg nak buat filem pasal UFO yang dia pernah tampak waktu dia masih sekolah dan ura2 Berg lah yang UFO itu akan ada nanti. Sooo, Berg decided nak buat filem dengan kawan dialah.

SERiOUS kalau korang semua tengok macam mana pembikinan filem milik Berg tuuuu... Perut korang akan pecah terburai- tegela2 sampai jatuh dari tingkat bangunan yang ke-sepuluh.

Dialog mereka sangat sempoi habis... dan ada girl nama Sofea pun turut jadi pelakon dalam filem Berg dan dia nilah macam beri motivated kan boys ni semua bila bergaduh ke apa dan semuanya berpunca dari Ijam. 

And, lastly nanti mereka semua berbaiklah. Ijam nasihatkan Berg supaya tak ambik dadah lagi-suruh pikirkan masa depan. Toyu yang rasa bersalah pada Ijam ngan Ali sebab dia punca mereka bergaduh. Ali yang pertahankan nama baik Ijam waktu penduduk kampung kutuk Ijam belakang- tapi waktu tu Ijam salah sangka ngan Ali sampai gaduh2 semuanya. Berg yang kuat semangat, nakkan filem PELIK dia tu tetap akan menjadi walau apa2pun. Dan kawan2 Berg yang sememang tak ercaya dengan Berg tentang UFO tuuu semua. Ada part2 yang sedih -waktu Berg macam beri kata2 akhir dia, kamera Berg kena campak ngan Ijam but Berg langsung tak marah ke apa, part kelakar - waktu Toyu kena cat badan kaler biruuu tuuuu sampai tersalah kaler tak dapat hilang, ada part persahabatan, kesetiaan dan semuaaaanyaaaaa.

Dan keseluruhannya MEMANG BEST!!!

Apa yang pengajaran nilai2 murni dapat banyak kat sini dan cerita ni tekankan nilai PERSAHABATAN yang tak kira apa2 pun sebenarnya. Dan TERBAIK DARI LANGIT ini memang korang patut tengok walau memang entah pape dan ending yang punya tanda tanya kemana Berg pergi??? Apa jadi pada Berg lepas Berg naik kapal makhluk asing or UFO ituu??? Tapi2... puas hati sebenarnya. Sangat-sangat puas tengok cerita iniiii...


 Tu aje >3 Aimy :) 

 Trailer

Saturday, 24 January 2015

Maybe Dia Penat



Assalamualaikum...                                     

Dalam pukul 10 lebih, hari Sabtu... 24 January 
Baru balik dari beli buku.
Maybe abah tak sedar agaknya... tak nampak. Yelah, dah malam bukan. Lampu rumah tak buka pun. Gelap. Yang lain fokus kat BamBam atas kereta. 

Tiba-tiba waktu tu aku perasan bunyi sesuatu. 'DUM' 
Yang lain tak sedar lagi tu. Aku dah rasa pelik. Memang sungguh pelik. 
Buka pintu kereta. Turun. Pandang kat belakang. Nampak jasad seekor kucing dalam kesakitan. Darah banyak. Allah... nama itu terlintas. 
Terus jerit kat abah. Kuat. Tak peduli orang lain dah; 
     "Abah langgar BengBeng!!!" 

Kelam kabut. Aiman dah nangis, ibu, dan aku. 
Sungguh... aku namapk BengBeng yang tadi bergerak sebab tahan sakit, terus berhenti bergerak dah. Darah banyak keluar. 

"Abah langgar kepala." 
Ayat itu yang banyak kali keluar dari mulut aku. 
Sungguh waktu itu aku tak boleh terima dah. Aku nak salahkan abah aje. 

Sedih. 
Memang sedih. Sape aje yang tak sedih bila dapat jumpa kucing yag iras-iras macam dia. 
Baik, penyayang, comel, mata semacam dia... 
Sayang sungguh dengan dia. 
Tembam dan tak pandai marah gak.
Tak dapat terima kenyataan waktu tu. 

"Abah langgar dia. Tak akan tak nampak kot. " [nada marah] 
"Dia kan selalu duduk kat situ. Sinag-siang." 

BamBam - adik BengBeng. BamBam rapat sangat dengan BengBeng. Macam belangkas. Tak leh lepas. BengBeng selalu jaga BamBam, bersih bulu BamBam bagi cantik. Tak tahu nanti macam mana kalau BamBam dapat rasa kalau abang dia tak ada lagi. 
Nampak dia, tak sampai hati seungguh. Rasa sedih. 
Mama dia pun dapat bau. :,(
Along pun menangis sebab baru semalam along jumpa dia. Along balik dari kolej. 

Dan... 
Mulalah teringat balik macam flashback semuanya balik. 
Dan buat aku kecewa adalah; 

"Lepas ni, ibu tak nak bagi kat kawan ibu tulah. Tak jadi. Nanti ibu cakap kat dia." 

Buat aku kecewa. 
Tapi now aku dah reda. Insha-Allah. Harapnya. 
Bukan marah, tapi sedih. 
Bukan salah abah pun.
Bukan juga salah ibu. 
Tapi dah takdir.
Setiap seseuatu ada hikmah. Tanam dalam diri. 
Setiap yang hidup pasti temui mati walau sihat macam mana, muda kacak tak hingat tapi Allah yang menentukan kehidupan. Jodoh, rezeki, AJAL di tangan Allah. Tak ada sape leh bantah, sekiranya Allah kata, KUN FA YAKUN


Allah telah menetapkan bahawa bila sampai masa dan ketikanya, sekelian makhluk bernyawa ciptaanNya, pasti tidak bernyawa lagi.
Kenapa tidak bernyawa?
Kerana yang bernyawa akan menemui mati akhirnya.
Setiap yang bernyawa pasti akan sampai ajalnya. Ajalnya adalah kematiannya.
Orang tua mati, kanak-kanak pun mati.
Lelaki mati, perempuan pun mati.
Pemimpin mati, rakyat jelata pun mati.
Insan mulia mati, insan hina pun mati.
Orang kaya mati, orang miskin pun mati.
Para Anbiya dan auliya pun mati.
Para mukninin dan solihin pun mati.
Yang suka mati pun mati, yang benci mati pun mati.
Yang sakit mati, yang sihat pun ramai yang mati.
Orang gagah mati, orang lemah pun mati.
Para pesakit mati, para doktor pun mati.
Cikgu mati, murid pun mati.
Tukang gali kubur dan tukang mandi mayat pun mati.
Pendek kata….
Semua kita akan mati. Semua yang bernyawa pasti akan pergi. Pergi takkkan kembali!
Yang tidak mati hanyalah Zat yang memiliki kemuliaan, kekuatan, keagungan dan keluasan.

BengBeng pun. Cuma BengBeng dah pasti tak ada dosa. 
Masuk syurga terus. Cuma manusia je yang ada perhintungan nanti kat akhirat. 
Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapakah insan yang terbaik dan terpuji dari kalangan hamba-hambaNya.
Kalau semua kita akan mati, maka apakah tindakan kita?
Apakah persiapan kita?
Kita masih mahu menimbun dosa?
Kita masih belum puas membuka dan menelanjangkan aib sesama manusia?
Apakah kita masih belum puas dengan harta yang ada?
Ya Allah, semua kita akan meninggalkan dunia yang fana ini, walhal bekalan kita tidak seberapa.
Sungguh, persiapan kita pula tidaklah sesungguh mana, walhal semboyan kemtian semakin kuat kedengaran.
Mungkin esok lusa,mungkin beberapa jam lagi dan mungkin seketika lagi kita dijemput kembali ke pangkuan Yang Maha Mencipta...kembalinya diri kita tanpa sempat kita bersedia membawa bekalan yang secukupnya untuk ke sana




"BengBeng... angah sayang sangat awak. Tapi mungkin kita tak leh lama-lama. Maybe BengBeng penat agaknya. Letih dah. Adik-adik BengBeng ramai. Tak larat nak jaga. BamBam yang dah besar pun masih nak manja dengan BengBeng lagi... Sekarang ni, angah dah tak dapat nak buli BengBeng dah. Dengar suara BengBeng yang comel. Tak reti nak marah sungguh. Muka yang baik. Mata yang cantik. Perangai yang nakal. Tangan yang besar macam monster. Nak tahu tak, sejak Belang tak ada... dah lari juah. Susah kucing lain nak curi tempat dia, tapi BengBeng dah dapat curi sikit tempat dia. BengBeng buat sama macam Belang. Sungguh angah sayang awak sangat-sangat. Moga BengBeng rehat sungguh-sungguh ya. Tak perlu susah nak kongsi makanan dengan adik-adik yang lain. Kena marah sebab curi makanan senyap-senyap. Maybe BengBeng penat nak duduk kat dunia ni dah, Allah ajak BengBeng rehat sama-sama dengan Dia. Tempat teratas. Assalamualaikum sayang. Adik BengBeng kami semua kan jaga ya." 

Friday, 23 January 2015

Tak ada keje

Assalamualaikum


Nampak tak muka tak malu tuuuu... HUahahaha...
Time ni tak ada keje. 
Jadi buat ada keje.
Muka lepas penat berlari rentas desa waktu petang. Hari Khamis.
Malam ada perjumpaan lak. Tapi... tak jadi lak. Mata pun dah bengkak sungguh. 
Tak cukup tidur. Huhuhu...

And... yg buat muka senyum sebelah kiri tu. Nama dia Hani. Cakap 'hi' pada dia. 
Itu aje. 
Hashtag tak ada keje. :)

Saturday, 10 January 2015

Cerpen: Sudah Tamat



Uqasha hela nafas lega. Tak larat dah nak dengar tazkirah percuma dari seorang ustaz tak jadi tu. Semua benda yang dia buat, semua tak kena. Adanya yang salah. Entah apa-apalah yang si Qalif tu Nampak agaknya.

“Lega nampak?” Qalif mencebik. Dia punyalah baik hati nak menegur Uqasha supaya tak perlu pakai lagi skirt pendek tu lagi. Tak malu ke gamaknya bila lelaki tak halal nampak aurat tu.

Uqasha tersengih pada Qalif sebagai jawapan.

“Uqqqq… aku nak kau jaga aurat kau untuk aku. Tolong ye…” Qalif lantas bangun tinggalkan Uqasha yang duduk di bangku taman tasik. Harap Uqasha faham apa maksudnya. Dia betul-betul sayangkan Uqasha.

Uqasha terpinga-pinga. Tak dapat tangkap makna Qalif sampaikan. Matanya tetap pada tubuh Qalif yang segak, sasa, tampan pada matanya. Akhirnya… bibirnya ukir senyum.

Qalif… tanpa sedar dia seru nama lelaki itu.

Uqasha bangun pergi ke tempat parkin keretanya. Hendak balik setelah hamper dua jam lebih bersama Qalif bincang projek di Dengkil termasuk tazkirah Qalif tak masuk jadual tu.

Qalif yang sudah jauh meninggalkan Uqasha terteleng kepalanya kebelakang. Manaarah Uqasha dan dia duduk tadi. Dia rasa namanya diseru seseorang. Hanya dia. Kuatnya chemistry mereka tapi Uqasha tak faham lagi.


Mejanya sudah berselerak dengan kertas-kertas dan fail yang masih memerlukan pengesahan darinya. Tapi, kebanyakan semuanya rosak. Laporan yang disediakan Uqasha dipandang sekilas. Banyak merah, banyak yang tunkang-langkang.

“Apa minah ni buat? Hancur semua… sungguhlah nak mintak kaki.” Qalif bengang. Nama Uqasha naik atas kepalanya.

Tangannya laju menekan butang interkom. Nak panggil Resa masuk. Tak sampai seminit Resa dah ketuk pintu biliknya.

“Masuk.” Dingin suaranya.

“Ada apa Encik Qalif?” Resa dah kecut. Dengar suara Encik Qalif dalam interkom pun dan seram, inikan pula depan-depan. Buat kecut hati je.

“Uqasha ada?”

Resa senyum kelat. Apa nak jawab ni. Dari pagi lagi, Uqasha tak masuk-masuk pejabat. Mentang-mentang anak pemilik syarikat ini. Dia pandang wajah Encik Qalif.

“Tak, Encik Qalif.”

Qalif kerut kening. Aikk… tak ada. Dia pergi mana pulak.

“Awak tahu dia pergi mana?”

Resa geleng. Qalif mengeluh nipis. Ada assistant pun tak boleh pakai. Semua kerja taruh atas bahu dia. Macam mana nak tanggung sorang-sorang.

“Tak apalah, Resa. You may leave now.”

Resa menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat. Qalif bersandar pada kerusi ekskutif yang mewah lepas Resa dah keluar. Kepalanya tak boleh tumpu pada kerja lagi tapi pada Uqasha.

Mana awak pergi Uqqqq… Qaliff  terbayang wajah polos Uqasha dahulu di mall bulan lepas sebelum dia mula kerja dengan Uqasha. Sebelum dia tahu siapa Uqasha yang buat dia jatuh sayang. Tapi, kenapa sampai sekarang Uqasha tak sedar diri dia depan mata?


Uqasha picit kepalanya. Dah pening dan rasa nak pitam dek fikirkan cadangan Iwan tadi. Pagi-pagi buat dia sakit jantung tiba-tiba sampai cakap kat papa nak cuti. Tak larat nak pergi pejabat walau tahu kerja banyak nak kena selesaikan.

“Uq, aku nak bagitau kau benda penting ni.” Suara Iwan yang menjerit tiba-tiba itu terus menyedarkan dia dari tidur.

“Apa ni… telefon orang malam-malam buta ni.”

“Malam pebendanya. Dah siang dowh… aku nak beritahu apa yang kau nak tu dah dapat dah. Tunggu jawapan kau je.”

Terus Uqasha bangkit. Duduk bersila atas katil. “Serius ni? Cepatlah beritahu.”

Iwan berdehem. “Aliff Qarid. Lelaki yang kau duk tenung lama-lama kat mall bulan lepas. “

"Siapa?”

“Aliff Qarid sayanggg oiiii… Kau tidur ke?”

Uqasha geleng laju. Dia tak tidur tapi dia terkejut. Macam mana dia tak boleh nak syak kat Qaliff selama ini. Kenapa dia tak boleh nak perasan yang lelaki buat dia jatuh cinta itu Qaliff sedangkan kerja satu pejabat selama sebulan ini. Kenapa dia boleh tak perasan yang Qaliff  selama ini seru nama dia.

Allah… hanya nama yang agung itu meniti bibirnya. Matanya tak boleh nak tahan dari menangis. Hebatnya kuasaMu.

“Uq, kamu sungguh tak mahu pergi klinik ni?” Suara Puan Farah menyedarkan Uqasha dari lamunan singkat tadi. Dia kalih pada mama.

“Tak mahu ma… rasa macam dah sihat ni.” Jujur Uqasha menjawab. Puan Farah tersenyum lalu mengusap rambut lurus anaknya.

“Betul ni?”

“Ya.” Uq cuma sakit terkejut je ma… Sakit jatuh cinta dengan orang yang sama.


Dua minggu Uqasha dah mula masuk pejabat dan sepanjang tempoh itu dia cuba mengelak terserempak atau terjumpa Qaliff kerana dia tak sedia. Mukanya akan bertukar warna bila teringat Qaliff inikan pula nak berjumpa.

“Resa, Encik Qaliff ada?” Soal Uqasha pada Resa merupakan PA Qaliff. Tapi dia selalu kacau Resa. Tak tahu kenapa.

“Ada. Dalam bilik dia. Ada apa-apa ke Cik Uqasha?” Resa koyak senyum manis. Uqasha baik, cantik dan sekarang lagi cantik bila dah berhijab. Waktu mula-mula Uqasha masuk pejabat, hampir satu pejabat rahangnya hamper tertanggal. Kecuali Encik Qaliff kot sebab waktu tu Encik Qaliff keluar pergi site.

“Tak. Saja je… Okeylah.” Uqasha tersengih. Dia masuk ke bilik kerjanya. Lihat meja yang penuh fail. Banyak kerja urgent tapi tak pernah nak jumpa Qaliff. Resa saja yang kena jadi orang tengah mereka.

Qaliff… awak bunuh saya ke apa.


Qaliff tersenyum sorang di balik pintu yang terbuka sedikit. Dia dengar semua suara-suara di luar sana. Uqasha pun dia nampak. Manis bertudung dan baju kurung warrna lembut buat wajah polos  itu nampak raih simpati.

Alhamdulillah…hanya itu tiap kali dia ucap bila lihat Uqasha. Usaha dan doanya dimakbulkan. Entah apa yang buat Uqasha berubah mendadak dia tidak tahu. Qaliff berjalan ke kerusi eksekutifnya. Bersandar lepaskan lelah tapi mata tetap pada pintu. Terbayangkan Uqasha.

“Peach cobbler, siapa buat ni?” Uqasha bertanya waktu Qaliff mula bekerjasama dengan Uqasha tapi seperti kenal setahun sudah.

Qaliff berdehem perlahan. “Awak buat?”

“Manis sangat, Qaliff. Nanti boleh kena diabetes…”

“Just tell me you like it, Uqasha. Bad  liar.”

Resa kuak sedikit pintu bilik Encik Qaliff. Nampak Qaliff senyum sorang-sorang. Dah kenapa. “Encik Qaliff?”

Qaliff tersentak. Dia lihat Resa di depan pintu. Dia ramas rambutnya. Allah… kenapa dia teringat Uqasha waktu dulu-dulu saat ini.

“Ada apa Resa?” Dingin suaranya malah matanya terpacak depan skrin. Tutup malu kerana dia yakin Resa sudah lama berdiri lihat dia semacam angau.

“Cik Uqasha hantar ini, kemudian dia kata okeylah." Resa sengih tayang gigi putihnya. Qaliff tahan gelak. Kenapa Uqasha tak hingin mengaku dan susah-payah nak sorokkan diri dari dia sampai lalu depan biliknya pun terbongkok-bongkok tak nak bagi dia nampak. Teruk sungguh.

"Oh, okey. Thanks ya, Resa." Qaliff koyak senyum pada Resa. Resa gadis lembut, sopan tapi entah kenapa dia tak nak terima lamaran Fazwan yang baik tu. Dah lama dah Fazwan tu dok mengorat si Resa tapi kena tolak mentah-mentah pula.

 Resa yang dah rasa kena perhati mula rasa tak sedap. Dia hentak kaki perlahan.

"Encik Qaliff, okey tak? Nak apa-apa lagi ke?"

Qaliff tersentak. Dia sengih. "Sorry. Mengelamun kejap. Tak ada apa-apa lagi."

Resa sengih juga. "Saya keluar dululah." Resa pegang tombol pintu. Nak keluar. Ada banyak kerja kena buat. Tapi, langkah dia mati bila Qaliff panggil dia.

"Nanti sampaikan salam saya pada Uqasha. Cakap kat dia yang saya nampak dia walau dia nyorok dalam kotak." Qaliff tersenyum tapi bukan pada Resa. Dia senyum depan skrin komputernya. Teringat Uqasha tiba-tiba.

"Baik." Resa simpan senyum. Dia dah lama perasan Qaliff yang terberangan sendiri sejak Uqasha berhijab. Jatuh cinta agaknya, bisik hatinya.


Encik Hassan pandang wajah anak gadisnya. Matanya merah tahan amarah. Dia sudah tak tahu macam mana nak tegur anaknya itu. Kerja kat pejabat malas sungguh nak buat. Gaji dah beri, tapi tak buat apa-apa. Banyak main.

"Papa...tak yah marah-marah ehhh. Nanti papa berkedut sana-sini. Tak hensem nanti." Uqasha tarik lengan Encik Hassan bawa ke pipinya kananya. Dia senyum.

"Uq, kan ada Qaliff nak tolong buat. Siap apa kerja tu. Chill papa..."

Encik Hassan berdecit. Anaknya itu mesti adanya alasan nak diberi. Ahh, budak Qaliff itu pun tak banyak komen pasal anaknya. Bila ditanya, kata okey je. Nak simpan rahsia lah tu.

"Qaliff tu kamu buli kan?" duga Encik Hassan. Bila dia dan anaknya, ada sahaja nak berbual tapi bila ada isterinya. Terdiam masing-masing. Tak boleh nak bersuara langsung. Selalu lampu merah. Tak jumpa lampu hijau. Isterinya banyak cakap. Tak ada peluang orang lain.

Uqasha angkat kepala. Tanganya papanya dilepaskan. Kerut kening dengan soalan papa.

"Mana ada buli, papa. Kerjasama namanya."

"Kerjasama? Tapi, rasa papa macam Qaliff yang banyak siapkan kerja tu. Uqasha banyak main je..."

"Tak percaya ke?"

Encik Hassan geleng kepala. Dia letak telapak tangannya atas kepala Uqasha. Mulutnya terkumat-kamit membaca doa penerang hati. Bukannya ada dia tak terang, tapi bagi sedar. Kerja tu bukan nak buat main-main. Jangan taruh beban pada bahu bossnya itu.

 Dia bersyukur sebab Uqasha dah banyak berubah sekarang. Dah pakai baju yang cukup kainnya, dah mula rajin pergi pejabat awal-awal. Tak bangun pukul 10 pagi lagi dah. Mula hormat dia sebagai ayah yang baik. Hehehe... angkat bakul sendiri. 

"Papa, baca apa kat kepala Uqasha ni. Semacam je Uq tengok ni." Uqasha tilik papanya. Tangan Encik Hassan dipegang. 

"Papa baca doa." 

"Doa? Doa apa?"

"Untuk anak papa." 



Setahun dia rasa sudah cukup dia kenal akan Aliff Qarid. Setahun kerja dengannya buat Uqasha kenal akan sikap lelaki itu. Papa dah setuju. Mama pun. Keluarga Qaliff itu pun. 

Heh, kenapalah dia boleh tak perasan dengan Qaliff selama ini. Lelaki tu bukannya pakai mask macam Encik Mimpi sampai dia boleh tak nampak muka lelaki itu. Tapi, mata dia tak dapat tangkap. Lemah memori sungguhlah. 

"Uqasha, apa you buat ni. Tak reti lagi ke? Main-main jugak!" Qaliff bengang. Laporan tak betul lagi. Macam mana nak sahkan dan macam mana nak hantar dekat Encik Hassan untuk diluluskan. Gadis dihadapannya di pandang tajam. 

"Senyum apa ni?" Qaliff dah berdiri. Berjalan arah Uqasha di hadapannya. Mata pandang jam tangan sekilas. Seminit lagi. 

"Tak. Maaf nanti saya repair balik." Uqasha delete balik senyuman dia. Waktu kerja ni, jangan main-mainlah. Dia marah hati. 

"Abang, nak Uq teman abang kejap boleh. Lunch." 

Uqasha pandang Qaliff. Aiks, dah tukar panggilan pula. Dia pandang jam dinding dihadapannya. Ohhh, padanlah. Dah bukan waktu kerja. 

"Lunch? Boleh. Lapar ni." Uqasha apit kedua belah pipi milik Qaliff. Dia koyak senyum. Qaliff pula pegang kedua belah tangan Uqasha. 

"Makan ingat. Kerja tak betul pula. Macam mana papa tak marah." Qaliff dah mula tazkirah. Uqasha kena ditegur. Asyik main aje, nanti apa kata staf lain pula.

Uqasha sengih. "Alaaa... bukan waktu kerja sekarang ni. Makan jom..." Uqasha jatuhkan tangannya. Memegang pergelangan tangan Qaliff. Nak ajak pergi cafe bawah banggunan ni. Baru buka tu. Dengar Resa yang cadangkan. 

Qaliff mengeluh. Uqasha paling lihat Qaliff monyok. 

"Tak baik mengeluh. Macam orang mengalah cepat sangat. Yelah, nanti sayang buat elok-elok okey. Mari..." Uqasha senyum. Panjang sampai ke telinga. Sejak dia kahwin dengan Qaliff ni, banyak sifat Qaliff yang dikenali tegas itu, keluar satu-persatu. 

Qaliff ni sensitif. Macam perempuan. Nasib dia hati batu. Boleh sabar dengan Qaliff. 

Qaliff tergelak. "Pujuk orang pandai ehhh..."

"Haruslah... See melahh." 

Mereka berbalas senyum sambil berpimpin tangan keluar dari bilik. Berjalan menuju lif tanpa peduli staf lain pandang. Hairan agaknya. Tadi kemain melenting suara Qaliff marah Uqasha. Tiba-tiba keluar ketawa, senyum-senyum siap package pegang tangan lagi macam tak ada apa-apa. Couple the best of the year. 

Resa yang sedang makan keropok Roller Coaster tu simpan senyum sendiri. Dia lihat skrin bernyala di depannya. Tanda SMS masuk. Dari Fazwan. 

"Tak putus asa lagi rupanya." omel Resa tanpa sedar tuan punya badan ada kat belakangnya. 

"Tak, Selagi orang tu tak terima kita ni lagi. Kita dah jeles dengan Qaliff dan Uqasha tu. Tahan hati ni, yang orang depan kita tengah makan keropok ni nak setuju." Fazwan buat muka bertudung periuk. Resa toleh lihat muka Fazwan macam Donald Duck. 

Dia gelak. Kalau Fazwan ini benar-benar jodohnya. Dia akan tamatkan cerita ini dengan happy ending. Fazwan sungguh-sungguh walaupun tak gentleman seperti Qaliff. 

"Minggu depan datang rumah. Jumpa mak ayah saya dulu. Saya ada wali." ujar Resa sambil menyambung makan makanan lunchnya. 

"Serius?" Fazwan lompat Teletubbies. Teruja. Lama kot nak pikat Resa ni. Akhirnya baru terima. 

Resa angguk. 

"Yeah... Doa aku dimakbulkan. Nak anak berapa nanti?" Fazwan tersenyum mekar. Bersandar di meja Resa. 

Resa hampir tercekik. Haila... belum apa-apa dah pikir anak. Kuning betullah otak Fazwan ni. 



-TAMAT-


>Tudaaa... cerpen terakhir untuk masa ini. xD 
>Ucap selamat ke sekolah nanti. :)


Thursday, 1 January 2015

Jadi Matang


Assalamualaikum:) big-big-big SMILE orang bagi pada kamu
Ermmm... nak beritahu yang ini; 



Yeah... Mr. Bean. My hero, my bestfriend ever!!!
Hahaha... mcm Rowan Atkinson tu kenal jek, btw apa-apa pun, i love him much-much sebab watak dan lakonan yang dibawa mantap sungguh... even macam bodoh-bodoh gak... hahaha btw Bean buat hati yang parah semakin sembuh dan segar. Bean kelakar sungguh-sungguh!! Ahhhh... suka dia sangat-sangat...

walaupun umur dah nak masuk 17 and dah nak SPM pun, tapi Bean tetap dalam hati... erk -_- 
kenapa tiba-tiba nak cakap pasal Bean ni? Hahaha... tiba-tiba orang teringat chat2 orng with my bestfriend, talked about ours dream, and tiba-tiba masuk pulak pasal Bean... 

And, sejujurnya orang baru tahu nama real Bean, bukan tak pernah dengar langsung tapi tak ambil tahu punnn... Hahaha:) minat Bean separuh nyawa tapi his real name pun tak tahu, Hampeh T_T  Ohhh... dah lama tak tengok sekarang ni, sebab TAK DIIZINKAN sebab nanti ibu abah takut ankanya terpengaruh, tapi...tapi... dah terpengaruh pun. 

pernah suruh kawan orang buat camni bila dia tanya;
"Aimy, macam mana nak hilang ngantuk." Lebih kuranglahh... and, ini jalan terakhir orang fikir time tu:) tapi... dia tak terima; "woaa... tak sanggup...." 

but, apa-apa pun kena stop gak tengok citer ni untuk seketika, orang dah nak pekse and lepas SPM baru tengok balik... matang atau tak matang, tengok jeeee :P

dah mintak nasihat, tapi tak boleh jugak tahan digoda -_- Mr. Bean walaupun kartun or in real person... *tersenyum sorang-sorang

Selamat Baru-baru semua!! 12 Januari dah start sekolah dahhhh

Tuesday, 30 December 2014

Trouble Maker[6]

           
Trouble Maker [6]

 "Obeng, jom turun makan. Dah masak dah ni! Tak lapar ke?" Aku ketuk lagi pintu biliknya. Tapi, tak ada balas pun. Senyap terus. Apa tak kena dengan Obeng ni? Tembak karang... baru tahu. 

"Obeng, nak turun ke tidak. Kalau tak nak, orang turun sekarang. Tinggalkan Obeng sorang-sorang dan kalau lapar, jangan cari orang. Dengar tak?" Aku nak ketuk pintu dia lagi tapi berat pula tangan. Nak tengok respon Obeng. Sengaja aku hentak-hentak kaki kuat kat lantai. Pura-pura nak pergi turun bawah. Tapi, mata tetap kat pintu bilik Obeng. Nak buka ke tidak? 

Pintu terkuak. 
Obeng keluar. 
Muka menyampah habis pandang aku. 
Siap jelir lidak pulak tu!

"Macam budak kecik!" sindir Obeng lalu jalan turun ke bawah. Aku ketap bibir. 

"Obeng ni menyampahlah!!!" Aku jerit kecil. Tak tahu sama ada Obeng dengar ke tidak sebab lepas 10 minit Obeng pergi baru nak marah. 

"Obeng, Yaya... mari turun makan. Apa yang lama sangat kat atas tu." Suara Hajah Jariah dah bergema ke ruang atas walaupun tak marah tapi rasa tegas. Aku kaget. Obeng tak turun lagi. 

"Dengar tu... nak makan ke tidak, nanti lapar jangan cari Obeng." Aku dengar suara orang gelak. Dan sah-sah dia tu! Memang...

Aku sekarang rasa nak cekik aje Obeng ni, pastu bagi makan kat buaya. Padan muka! Aku pula gelak jahat depan dia. Tak balas balik, tak sah hidup gamaknya. 

"Penyibuk!" 

***

"Assalamualaikum..." Aku ukir senyum. Manis depan dia yang tayang muka masam, pahit, payau depan aku. Entah apa tah, budak ni asyik duk mencuka je. 

"Waalaikumusalam, apa?" Obeng balas tanpa riak. Tegas dan tegang.

"Nak suprise tak?" 

"Tak nak." 

"Serius ni? Orang buat khas untuk Obeng tahu. Nak tak?"

"You kalau tak kacau hidup orang, memang tak boleh hidup ekk?" Obeng sindir aku. Aku tahan geram, tepuk dada kiri. Suruh bersabar dengan sikap Obeng yang sarkastik.

"Memang tak boleh hidup. Rasa nak mati habis dah, tak cukup nyawa. Boleh orang nak nyawa Obeng tu sebagai tambahan untuk buat spare-part?" bidas aku geram. Geram sangat-sangat. Obeng memang menyakitkan hati. Sungguh. 

Obeng tenung aku tajam. Aku balas balik tenungan dia. Lagi tajam. Sungguh. Ingat aku takut!

"Huh, you memang cari pasal kan? Suprise apa?" soal Obeng malas. Pandang aku pun tidak. Asyik melekat je dengan novel kat tangan. Macam perempuan. 

"Pandang oranglah bila orang bercakap." Aku tarik novelnya. Peluk erat-erat ke dada. 

"Bagi balik buku tu." Obeng bangun. Dia dah marah sebab aku nampak dia pakai blusher kaler pink kat muka dia. Penuh. 

Aku geleng kepala. "Tak mahu kecuali...Obeng..." Sengaja aku lambat-lambat, hehehehe...

"Apa? You nak suruh apa? Nak buat apa?" 

"Obeng, kena makan kek orang masak tu. Coklat." Senyum. Aku penat-penat buat untuk dia. Keluar pergi beli barang, balik rumah terus masak. Untuk dia jugak.

"Kek? Siapa suruh buat? Obeng tak nak." Dia terus duduk kembali atas kerusi. Pandang jauh-jauh arah laman. Aku merengus. 

"Cis, hari tu minta macam nak sangat. Orang dah buat, tak mahu pula. Sakit hati je." Aku terus blah tinggalkan dia. Buku dia aku hempas atas lantai. Obeng pandang aku, dan aku jelir lidah. Obeng dah genggam penumbuk, konok-konon nak tumbuk aku. Ada aku kisah? 

"You.."

Waktu kaki aku dah pijak anak tangga pertama, Obeng panggil aku. Aku toleh lihat dia dah berdiri belakang aku. Tak jauh, dekat jugak. 

"Mana kek? Nak makan. Nanti merajuk pula." Obeng buat muka selamba, suara yang tanpa nada manis. Biasa-biasa gitu. Aku angkat kening. 

"Kat dapur."

Aku terus naik tangga, tapi Obeng buat kakiku berhenti melangkah pada tangga ke duapuluh. Aku tinjau bawah. Nampak wajah Obeng sungul. Sedih. Aku rasa bersalah. Terus aku menapak laju turun ke bawah. Aku pandang wajah Obeng. 

"Jom ke dapur, makan kek. Yaya, temankan Obeng." Aku koyak senyum. Dia balas senyum aku. Lagi mekar berkembang. 

"Thanks dear..." Aku tergaman. Hati aku rasa tercarit-carit. Kejamnya Obeng. 

"Welcome." Aku terus berlalu ke dapur. Tinggalkan Obeng yang terhegeh-hegeh ikut langkah aku. Hati aku jadi sebak. Sampai bila kami begini? Bila aku nak beritahu keluarga? 

Obeng... jangan buat Yaya terperangkap dengan mainan sendiri, rintihan aku hanya aku tahu. Aku tak sanggup lagi tapi tak boleh. 

"Mana kek? Cepatlah..." Suara Obeng menyapa aku yang mengelamun seketika. Aku lihat dia yang tersenyum. Aku  senyum seget. 


Bersambung....

Wednesday, 24 December 2014

Cerpen: Wedding Dress

                                   

Fattah terdiam. Butir bicara Farah langsung tak masuk ke gegendang telinganya. Macam angin lalu. Bila Farah buat muka marah, dia pandang Farah. Fokus. Kemudian, dah bosan balik. Cerita Farah bawa tak menarik malah tambah asid kat hati dia. 

"Dah habis ke?" Fattah kerling Farah yang sedang menyisip straw ke bibirnya.

Farah bengang. Cawan plastik di tangannya terus diletak di rumput. Tak jadi nak feeling-feeling minum air oren tu. Matanya tenung tajam pada Fattah. Dia merengus. Penat cerita pasal diri mereka, Fattah boleh buat tak tahu. Nak kena campak ni... 


"A'ah. Dah lama habis. Semalam lagi dah habis dah." Sindir tahap maksima. Fattah tersenyum. Tahu sangat sikap Farah yang berangin memanjang. Tapi, entah kenapa tiba-tiba hatinya jatuh suka pada Farah. Kalau nak dibandingkan Farah dengan Aaisyah. Baik lagi Aaisyah. 

"Marah? Maaf, bukannya sengaja pun nak tanya. Sambunglah minum balik..." Fattah ukir senyum senget. 

Farah mencebik. 

Dia sudah lama tahan sabar dengan Fattah yang selalu buat tidak endah dengan dia. Dirinya nak menolak tapi hatinya tak kuat. Tidak sampai hati, malah Fattah lelaki pertama buat dia jadi gila bayang. Buat dia hampir gila sudah. Buat dia jadi kejam, tak fikir perasaan orang lain. Orang dulu- kawan dia. 

"Tak marah cuma kecewa je. Fattah..." Farah berjeda. Matanya memandang sepasang pasangan kekasih yang tampak romantik habis. Dia mengeluh. Hai... nasib badan dapat Fattah yang tak romantik dan entah. Tak ada jawapan. 

"Ya. Ada apa?" Fattah turut sama memandang pasangan kekasih yang berpegangan tangan. Dah kahwin kot sebab perempuan tu nampak macam mengandung. Dia beranggapan sendiri. Dia toleh lihat Farah. Farah senyum sendiri. Dah kenapa? 

"Awak, serius dengan saya?" 

Soalan itu buat dia rasa nak cabut lari balik rumah. Duduk dalam gebar. Biar rasa dunia gelap. Soalan sama yang Aaisyah tuju kat dia. Fattah hanya tersenyum sebagai jawapan. 

Farah jatuhkan kepalanya- mengerti Fattah nak cakap apa. Tak sedia. Dia pasti. Setiap kali tanya soalan yang sama, mesti Fattah tak ada jawapan. Hanya tersengih,tersenyum, garu-garu kepala dia atau buat tak dengar saja. 

Fattah terdiam. Termenung. Dia sendiri tak tahu sama ada dia serius ke dengan Farah atau sebagai bad habit dia je untuk ganti Aaisyah kerana tempat Aaisyah tinggi. Tiada siapa yang dapat berdiri sama dengan Aaisyah. 

"Dahlah... Jom kita balik. Esok kerja, kalau boss tak apalah juga, kan?" Farah koyak senyum. Dia bangun dari duduknya. Melibas-libas sedikit sisa tanah yang melekat pada seluarnya dengan tangan. Dah bersih, dia pandang Fattah yang masih setia dengan duduknya. 

"Fattah... nak balik ke tidak ni? Dah lewat petang ni, nanti mama marah." Farah cuit bahu Fattah tapi Fattah tak berganjak malah siap beri dia senyuman yang manis. Siap dengan package kenyit-kenyit mata lagi. Lengkap habis!

Farah berdecit. "Dahlah. Duduk sini sorang-sorang. Biar hantu momok makan. Padan muka. Daaa..." Farah mula melangkah meninggalkan Fattah yang masih begitu. Langsung tak datang bagun nak pujuk dia ke apa. Mata dia dah berair cuma tinggal sikit masa lagi je nak jatuh. Fattah memang tak boleh lupakan perempuan tu. 

Telefon dikeluarkan dari poket seluarnya. Dia mendail nombar Kazz. Cuma Kazz je yang boleh tolong dia saat ni. Farah berdehem. 

"Kazz, boleh datang ambil aku tak?"

Kazz yang tengah memandu itu, cepat-cepat bawa kereta ke tepi. Suara pemanggil yang macam nak menangis itu buat dia nak berhenti. Nak tumpu apa dia nak cakap.                                  
"Kau kat mana sekarang?"

"Tempat biasa." Farah terus mematikan talian. Dia terasa pipinya sudah basah. Tapi, malas nak seka dan hanya membiarkan ia mengalir.  Dia berdiri tegak dan setia  menunggu Kazz datang mengambilnya walaupun langit hendak gelap. 

"Okey... Hati-hati." Tahu dah. Tak sempat nak cakap kat Farah pun, tapi tetap dia balas walau dia tahu Farah tak dengar. Kereta mula bergerak memberi signal nak masuk semula ke tengah jalan. Dia laju menuju ke Taman Pemaisuri. 



Farah halang matanya dengan tangan kerana terasa silau dengan cahaya kereta. Lampu kereta terpadam. Gelap kembali. Farah meninjau pemilik kereta yang tak mahu keluar. Dia yakin bukan Fattah. Kazz? Bukan, kerana kereta Kazz bukan ini. Kazz cuma ada Harrier je tapi ini BMW. Mewah sungguh!

Pintu kereta terbuka. Kazz turun dengan wajah yang tenang. Berjalan perlahan ke arahnya yang masih tak percaya. Kazz?

"Kau buat apa termenung lagi. Nak juga aku jemput kau naik. Bajet macam tuan puteri je." Kazz buat ayat menyakitkan hati Farah padahal dalam hati nak cakap lain. Dah lama Farah tak berhubung dengan dia sejak Farah ada 'teman' baru. 

"Farah... kau okey tak ni?" soal Kazz prihatin. Muka Farah macam terkejut. Macam tak percaya dengan dia je...

"Okey, cuma tu..." Jari Farah tunding pada BMW Z4 yang berwarna silver. Parkin elok depan tempat dia berdiri. "Kereta siapa?" Dia pandang Kazz yang dah tersengih-sengih.                                      
Kazz pun pandang kereta dia kemudian pandang Farah balik. "Ohh... tu kereta aku. Kenapa? Terkejut? Tak percaya ehhh?" 

Farah angguk laju- tak percaya. Kazz minat kereta BMW? Itu masalah sebenarnya. Kazz memang anti dengan jenama BMW ini tapi atas sebab tak munasabah sebab ayah dia pun pakai BMW jadi dia tak nak ikut sama pakai. Nak tengok pun tak hendak. 

"Kau kena percaya juga, Farah. Sebab..." Kazz lihat Farah yang masih keadaan terkejut. "Aku dah jadi peminat BMW ni sejak kau tinggalkan aku sorang-sorang." Dia tersengih. 

Farah mencebik. 
Kazz hanya angkat bahu- tanda tak tahu. 

"Cepatlah, naik... dah malam ni nanti kena tangkap khalwat pulak kita ni. Tak pasal-pasal masuk surat khabar esok. Dahlah tak ada orang sangat ni..." Kazz buat muka saspens. Farah buat muka takut- pura takut. 

"Eee... takutnya kita. Tak apalah. Kahwin bajet apa." 

"Kahwin bajet? Macam menarik... Sudi ke?" Kazz angkat kening. Sengaja mengusik. 

"Gila! Nak kena maki dengan mama? Uncle Makhtar tu?" Farah geleng kepala. Kazz hanya garu kepala yang tengah gatal. Sungguh! 

Mata mereka bertentang. Dua-dua senyap. Tak terkata. Kemudian, dah rasa macam lebih dua saat, ketawa mereka meletus. Tak sangka sungguh, dah lama tak gelak bersama-sama. Rasa macam empat tahun jugaklah. 

Kazz dan Farah sama-sama jalan beriring masuk ke perut kereta baru milik Kazz. Tapi mereka tak sedar, ada yang memerhatikan kemesraan mereka bersama. 

Fattah merengus. Laju dia meninggalkan tempat tersebut. Ingatkan, nak memujuk Farah yang baginya masih lagi kat taman ini, tapi lain pula yang dia nampak. Farah dan Aaisyah lebih kurang sama je, prejudis Fattah. 




Aaisyah tak lalu makan walaupun sudah banyak kali dipaksa mamanya. Tapi, sungguh dia tak larat dah. Perut tak boleh terima, tekak tak dapat nak telan. Perit. 

"Aisyah, makanlah sikit. Nak sihat bukan?" Puan Huda masih setia memujuk anak gadisnya makan. Sudahlah sarapan hanya makan secubit roti, tengahari pula cuma minum air kosong saja. Petang ini pun sama, tak mahu juga nak jamah makanan. 

"Tak larat ma... rasa pahit." Aaisyah menolak lembut. Tak mahu risaukan mamanya. Dia sudah biasa tak makan sehari cuma mamanya saja yang tidak tahu selama ini. 

Puan Huda mengeluh. Dia letakkan pinggan berisi nasi berlauk itu kembali di atas dulang. "Mama letak makanan kat sini ye. Kalau lapar, kamu makan tau!" Puan Huda bangun dari birai katil anaknya. Dia melangkah keluar dari bilik anaknya yang putih dan nampak suram sama  seperti jiwa anaknya itu. 

Pintu tertutup. 

Aaisyah mengeluh. Dia tahu yang dia tak patut mengeluh walau besar mana dugaan tersebut tapi dia juga lemah. Tak kuat mana. Kata-kata Fattah masih tergiang-giang di telinganya.

"Awak, maafkan saya." Aaisyah kerut kening. Tidak mengerti. 

"Maaf untuk apa?" 

"Untuk segalanya saat kita bersama ini." Ujar Fattah tenang. Tiada langsung riak risau, gentar atau rasa bersalah. Tenang macam air dingin. 

Aaisyah tepuk dada kirinya. "Nak berpisah ke?" Mulutnya berat untuk mengeluarkan soalan tersebut kerana dia terlalu sayangkan Fattah malah sikit masa lagi mereka akan terikat bersama. Tapi, kenapa Fattah? 

"Apa salah saya? Awak tahu bukan kita dah nak langsung... semua orang tahu. Awak dah kenapa? " 

"Sebab saya tak cintakan awak. Selamanya. Saya jumpa yang lain. Lebih cantik dari awak." Fattah sinis. Pandangan Fattah pada dirinya juga dirasakan jijik. Benci. Fattah buat hatinya seperti ditoreh-toreh hingga hancur. Guna pisau tumpul. Rasa perit. 

Kring...Kring...Kring...

Deringan telefonnya mematikan lamunannya yang menjengah sebentar. Aaisyah lalu menyentuh skrin telefonnya untuk menjawab panggilan tanpa melihat nama pemanggil. 

"Assalamualaikum... Errr..." Suara itu kedengaran gugup. Seperti takut. Aaisyah jauhkan telefonnya dari telingan dan melihat skrin. 

Fattah? 
Satu nama buat hatinya sakit. 
Kenapa tiba-tiba dia telefon aku?

Aaisyah merenung telefon ditangannya. Lama. Tak tahu nak buat apa. 




Farah kerling Kazz. Kazz nampak matang sekarang berbanding dulu. Dewasa. Dia rasa Kazz dah berubah. Jadi baik. Dulu, kepala Kazz selalu muncul tanduk dua. Baginya perempuan ini macam kain- dah buruk, dia buang jauh-jauh. Nasib Kazz tak, usik dia sebab mengingatkan yang dia ni kawan Kazz. Tapi sekarang, Kazz nampak lain. Tadi, waktu azan Maghrib berkumandang kat corong radio, terus Kazz minta izin kat dia nak singgah masjid. Macam tak percaya yang sebelah dia tu Kazz!

"Aku nak singgah masjid jap. Kau okey tak?" Kazz tanya Farah yang asyik duk termenung pandang luar tingkap. 

Farah koyak senyum. "Okey... aku pun memang nak solat sekali pun." 

"Okey..." Kazz terus membelok keretanya ke simpang kanan. Membawa mereka ke masjid di taman perumahan.  

Kazz tekan hon keretanya. Bukan nak hon kereta depan tapi nak hon si Farah ni. Dari tadi asyik tersenyum sorang-sorang. Buat hati dia rasa sakit hati. Dia cemburu. 

Farah tersentak. Tersedar, dan sikap perubahan Kazz tadi menghilang macam tu je. Dia pandang Kazz. Tajam. 

"Dah kenapa main hon, buat kereta depan tu gelabah je nanti." sela Farah sambil membetul kedudukannya yang dah rasa kejang. Macam jauh sangat pulak rumah dia di Damansara sekarang ni. Kazz ni bawa lembab ke atau hati dia yang dah terbang? Huh.

"Kau tu dah kenapa pulak senyum sorang-sorang. Tahu tak makruh." Kazz pula dah naik angin tiba-tiba. Bukan nak marah tapi egonya dah tinggi.

"Senyum pun salah. Aku buka radio ehhh? Nak dengar lagu." Farah terus tekan butang ON dan suasanan kereta pun terasa damai. 

"Korea!!!" Farah separuh menjerit. Dia tekan punat volume, hendak kuatkan volume suara radio. Lagu 'A Good'Bye' dari kumpulan Super Junior. Lagu yang indah. Lagu pertama yang buat aku suka Korean atau K-Pop. Lagu Korea ada maksud yang indah walaupun bahasa tak faham tapi dia kan cari kat youtube- translate! 

          
No matter the pain, (I) still like it, because now (I’m) going to see you
Because this time spent living apart, (I’ve) missed you so
With the passing of a period of time, (I’ll) be able to see you being touched once again one day
Though my heart may hurt, my lips will still smile on that day
On that day, unable to express my love for you
This is the day my heart cannot be stilled
This is the of the break up
La la la la la
With the passing of a period of time, (I’ll) be able to see you being touched once again one day
Though my heart may hurt, my lips will still smile on that day
On that day, unable to express my love for you
This is the day my heart cannot be stilled
This is the of the break up
There’s no need for a headache, now (I) love you this way
La la la la la
With the passing of a period of time, (I’ll) be able to see you being touched once again one day
Though my heart may hurt, my lips will still smile on that day
La la la la la
No matter how painful it is, I will still like it
This is a blessed momen

Kazz tergelak. Kaki Korea sungguhlah perempuan ini. Tapi, Farah suka Korea pun sebab dia jugak yang memaksa. Huh, lagu pertama dia nyannyikan untuk Farah dalam bahasa Korea siap translate lagi bagi Farah faham. 

"Suka?" duga Kazz sambil matanya jeling Farah sesaat dua. Rindu Farah. 

"Suka... dah lama tak dengar. Awak pun dah lama tak nyanyi untuk saya lagi. Kan?" Spontan ayat itu menluncur keluar dari mulutnya. Dia sedar, antara dia dan Kazz dah tak ada apa-apa tapi dia tetap rindu Kazz dan Kazz merupakan cinta pertamanya. Cinta pertama bukan ke susah hendak dilupakan? 

Kazz hanya diam. Mengiyakan tidak. Menafikan pun tidak. Ya, memang dia dah lama tak nyanyi untuk Farah.




Dua tahun kemudian...

"Ya Allah... tahniah..." Puan Huda memeluk Aaisyah erat. 

Macam tak percaya yang anak dia ni dah dewasa. Dah besar panjang. Tak sangka masa berlalu terlalu cepat. 

Aaisyah sengih garu kepala, "Terima kasih, mama. Kalau bukan sebab mama, Aaisyah tak dapat terima semua ni. Aaisyah terima kasih sangat-sangat kat mama. Selalu bagi dorongan kat Aaisyah selama ni..." 

Ya, dia bangga punya mama yang penyayang tapi mamanya juga banyak menitiskan airmata kerana dirinya dulu. Dia tepuk dahi sendiri. Kesal apa yang terjadi. 

"Dah kenapa tepuk dahi sendiri." Puan Huda pelik. Tiba-tiba anaknya menepuk dahi sendiri. Dah merah dah. 

Aaisyah tersengih. "Tak ada apa. Macam nyamuk gigit." 




Kazz buang pandang pada pemandangan ke luar tingkap. Bangunan pencakar langit yang gah terdiri teguh di hadapan mata tak dapat nak hilangkan perasaan gundahnya. Berita papa bawa petang tadi buat dadanya terasa sesak sungguh. 

Tok...Tok...Tok...

Kazz toleh ke pintu bilik pejabatnya. "Masuk." 

Pintu terbuka. Wajah papa terjojol di depan dia. Automatik dia berdiri tegak. Seperti bersedia hendak menyanyikan lagu negaraku. 

"Pa, duduklah..." Kazz berjalan ke sudut tepi biliknya yang menyediakan ruang khas untuk tetamu berbincang. Punggungnya dilabuhkan di hadapan papa. 

"Ada apa, pa..." tanya Kazz lembut. Wajah papanya nampak tenang. Dan dia syak bukan sebab hal kerja. Mesti hal lain. 

"Papa, dah carikan calon untuk kamu. Ikut syarat kamu. Dia memang baik. Baik sangat. Jadi, tak ada alasan untuk kamu tolak sebab papa dah terima. " Encik Makhtar harap anaknya itu setuju kerana sudah banyak kali dia berjanji untuk menangguhkan perjanjian anatara sahabat baiknya itu. Sekarang dah tiba masanya, dia setuju. 

"Pa... tak akanlah secepat ini... Kazz tak sedia lagi, pa..." Kazz cuba nak memujuk papanya. Memang dia tak sedia lagi hendak menjadi suami apalagi pada gadis dia tak kenal. Tidak sangka pulak papa dapat cari calonnya secepat ini. 

"No objection!" Encik Makhtar sudah berdiri. Dia memandang anak tunggalnya itu. Dulu dia dah rasa putus asa nak ubahkan diri Kazz, tapi sekarang balik-balik dari oversea dah berubah perangainya. Jadi baik. Alhamdulillah. 

"Dia gadis yang sempurna, Kazz..." sempat Encik Makhtar mengingatkan anaknya itu sebelum berlalu keluar. Dia juga ada hal penting lepas ni. 

Kring...Kring...Kring...

Deringan telefon Samsung Galaxynya berdering tanda panggilan masuk. Laju tangannya seluk poket dan tarik skrin ke arah kanan. 

"Assalamualaikum..." Suara itu jengah gegendang telinga dia. 

Dia diam sebentar. Membiarkan pemanggil itu memberitahu urusannya sebenar. Setelah hampir 10 minit. Akhirnya dia memutuskan talian itu. 

Matanya kembali memandang bangunan terdampar di depan mata. 

Kazz termangu. Dia tongkat dagu. Macam mana dia nak tolak ni sedangkan dia tak nak diikat lagi? Andai mahu diikat pun, dia mahukan gadis yang  pertama dia temui. Gadis yang dia sendiri tidak berani 'usik' sewaktu kepalanya rajin tumbuh dua tanduk itu.

Farah... Hati Kazz mengeluh sendiri. 




Kepala Farah tertoleh ke pintu saat dia sedang santai bersama ayahnya menonton TV. Lama dia memandang ke arah pintu yang bertutup rapat itu. Seperti ada tetamu yang bakal muncul. 

"Farah tengok apa?" soal Encik Hasan menyedari kepala anaknya yang terteleng. 

"Farah ada janji dengan kawan nak datang ke apa?" soal Encik Hasan lagi. 

Farah mengeleng tapi matanya masih menatap pada pintu itu. "Farah rasa macam ada orang panggil nama Farah..." Dia pandang papanya. Sebatang keropok lekor disua ke mulut. "Perasaan aje kot..." Dia sengih. 

Gigi putihnya tersusun kemas. Tapi, tak lama. Senyumannya padam. Telinga bagai masih terdengar ada yang memanggilnya...

...Farah!




Fattah tidak dapat tidak. Dia terpaksa buat keputusan. Demi kebaikan dia dan juga kekasihnya. Dia pandang wajah Farah. Dia harap Farah faham keadaan dia sekarang. Kalau teruskan juga hubungan ini, mungkin ada yang tercedera hati. Dia tidak mahu jadi manusia kejam. Sudah sebulan dia beri peluang pada hubungan ini, tapi tak jadi. 

"Awak sungguh?" duga Farah. Keputusan Fattah memang dia nanti-nantikan. Dari dulu lagi tapi dia perempuan. Tak nak jadi kurang ajar pulak kan? 

Fattah jatuhkan kepalanya- mengiyakan. Sungguh sangat! Kali ini dia pasti. Antara dia dan Farah memang dah tak ada erti. Buang masa. Buang tenaga. Buat nyawa nak tercabut! 

Farah mengeluh. "Okey..." Dah orang yang sorongkan bantal. Dia tak mintak pun tapi dah rezeki. Fattah memang nak teruskan jugak! Dia okey je sebab hati dia sejak dulu pada dia dan sampai bila-bila pun ada pada dia. Tak akan berubah dah! Yakin. 

"Kalau macan tu... jom cepat kita gerak. Mereka dah nak mula tak lama lagi. Dah tak lepas dah." Fattah segera tarik tangan Farah ikut langkah dia. 

Farah terkejut. Gila ah! "Habis tu kereta saya ni, macam mana pulak? Tak akan nak biarkan macam itu je... kena curi nanti." Farah menjuih bibir pada kereta Myvi putih yang elok terparkin jauh dari sini. 

"Tinggalkan aje sekejap. Kalau dah kunci, tak ada apa-apa. Jom cepat..." Fattah dah masuk dalam perut kereta. Tunggu Farah je masuk dalam. Mereka kena cepat sebelum terlambat. Dia tak nak berputih mata. 

"Iyalah..." 



Kazz dah tak senang duduk. Tinggal sikit masa lagi dah... tak lama dah. Dirinya akan menjadi suami orang untuk wanita yang dia tak kenal dan tak cinta. Sungguh! Papa memang tekad. Terasa baru semalam papa beritahu perkara ini tapi pejam-pejam mata dah nak dekat sebulan lebih dah. Sepatutnya dalam masa sebulan ttu, dia dah ready. 

"Kazz...dah ready nanti." Soal Encik Makhtar prihatin. Dari jauh dia sudah lihat anaknya tak tentu arah. Tak reti diam. Dia tersenyum. Bahu Kazz dipaut erat. 

"Kuatkan diri tu... kejap lagi dah nak jadi suami orang. Ingat tanggungjawab." pesan Encik Makhtar. Harap anaknya tak abaikan anak rakan baiknya sendiri. 

Kazz hanya senyum tawar. Hambar. Tak bahagia dan memang dia tak bahagia dah sekarang ni. Hatinya suka yang lain. Suka dia. 

Farah... Nama itu laju meniti bibirnya saat Encik Makhtar berlalu masuk ke kelompok ramai. Berbual-bual mesra saat tunggu jam tepat tiba. 



Farah tertoleh kebelakang. Memandang cermin kereta belakang. Hatinya rasa tak menentu. Tak tenteram. Tak tenang. Rasa kena seru panggil rohnya. 

Dia tepuk dada kiri. Tanya hati, kenapa aku? Siapa panggil aku? Suara itu buat aku rasa sebu. Mata Farah tetap tertancap pada belakang. Tak puas hati

Fattah yang sedang memandu, menjeling Farah dengan ekor matanya. Farah nampak risau. Dia risaukan apa? Tak akan sebab aku dia risau jugak. 

"Awak dah kenapa?" Fattah pandang Farah sesaat sebelum matanya kembali lihat depan. Jalanraya yang lenggang. Nasib baik...

Farah senyum herot. "Tak ada apa-apa." Dia toleh Fattah.  Bukan Fattah... Dia yakin.



Aaisyah dah tersenyum sipu bila ramai yang datang memuji-muji dirinya yang nampak cantik dengan pakaian kurung moden berwarna krim. Sesudah habis belajar, tiba-tiba mamanya pula datang bawa berita buruk pada dia. Ya. Perkahwinan ini adalah berita buruk padanya. Pipinya dah kejang sebab asyik tersenyum palsu. 

Mana mungkin dia boleh terima lelaki asing dalam hidupnya. 
Lelaki yang akan menganti tempat sesorang yang dia cinta separuh mati. 
Tapi, desakan mama buat dia akur. Terima tanpa bantah walau tahu hati sendiri sakit kerana menjaga hati orang lain. 

"Aaisyah... cantik sangat. Macam puteri." puji Encik Rasul, suami Puan Huda. Ayahnya sendiri. Aaisyah hanya senyum. Tak ada benda dah nak cakap. 

"Jadi isteri yang baik... jangan lawan cakap suami tahu." Encik Rasul menepuk perlahan bahu anak gadisnya. Dia bersyukur kerana Aaisyah kuat semangat. Tak cepat melatah sangat walaupun sebelum ini asyik mogok makan. 

Dia tahu dulu Aaisyah ceria dan keceriaan anaknya itu bertambah bila jumpa Fattah. Seorang pemuda yang baik, penyayang tapi mudah beralih arah. Ketika hampir hendak disatukan, Fattah pula larikan diri. Tinggalkan Aaisyah yang setia menunggu di pelamin yang telah siap dipasang atur kerana nak dekat seminggu lagi akan diikat. Malu memang malu tapi sudak ketentuan begitu. Mereka sekeluarga harus terima. Hampir tiga bulan jugaklah Aaisyah murung dan dengar cerita pula, Fattah sudah ada pengganti. 

Dia renung kembali wajah anak gadisnya yang sudah ditatarias cantik dengan solekan tipis. Membuatkan sesiapa sahaja akan terpikat dengan kecantikan semulajadi anaknya itu. Ikut Puan Huda dan matanya ikut dirinya. 

"Ayah nak yang terbaik untuk Aaisyah. Ayah keluar dulu. Majlis dah nak mula dah." Encik Rasul mengucup kepala anaknya lalu berlalu keluar dari bilik. 

Aaisyah termenung. Melihat dirinya pada pantulan cermin. Saat ini dia perlukan Fattah bukannya Kazaruddin. 




"Aku nikahkan engkau Mohd Kazaruddin bin Mohd Makhtar dengan mas kahwinnya..." 

Tak sempat. 
Tak lelah pun lagi. 
Tak jatuhkan lagi. 

Ada yang memotong. 

Membantah.

"Maaf... saya bukan nak kacau majlis ke apa, tapi saya tak nak diorang dinikahkan. Tak setuju." Lancar ayat itu keluar. Fattah pandang keliling. Ramai mata yang memandang dirinya yang muncul tiba-tiba. Ganggu majlis orang. 

Farah yang dibelakang tubuh Fattah sudah menunduk malu. Dia dah kena cop kat dahi. Penceroboh! 

"Fattah... kenapa dengan kamu ni?" Encik Rasul bangun dari duduknya. Fattah yang sudah menikus itu ditenung tajam. Sudah lama dia tidak nampak bayang Fattah, tiba-tiba muncul saat anak gadisnya hendak dinikahkan. 

"Saya tak setuju kalau Aaisyah kahwin dengan lelaki lain. Saya tak rela... hati saya sakit..." Ayat terakhir itu perlahan tapi cukup didengari oleh Encik Rasul. Rasa nak pelempang aje budak ni...

"Sakit hati? Habis selama ini kamu tinggalkan Aaisyah tu, tak sakit hati pulak dia?" Encik Rasul cuba tahan suara. Cuba bersabar. Tak nak huru-harakan lagi keadaan yang sudah sedia kacau ni. 

"Saya minta maaf. Waktu tu saya tak sedar. Saya buta, tak tahu nak menilai. Apa yang saya nampak hanya kecantikan saja bila saya dah rasa bosan dengan Aaisyah. Saya minta maaf. Saya masih sayang dia lagi walau dah cuba nafi tapi pasti... saya cintakan Aaisyah." Teguh. Padu. Lantang. Fattah berani menentang mata Encik Rasul yang tajam. Tajam bagai dah nak terbelah jasadnya menjadi dua. 

Encik Rasul berdecit. "Majlis tetap diteruskan." Encik Rasul berlalu dan kembali duduk di tempatnya tadi tapi pengantin lelakinya hilang. 

Kazz tinjau gadis di belakang lelaki yang bernama Fattah itu. Gadis itu mengecilkan tubuhnya. Ingin menyembunyi di balik tubuh lelaki yang bertubuh sasa itu. Yang tinggi dari dia. 

"Farah?" Kazz mencuba. Matanya tetap memerhatikan gadis itu. Hatinya penuh mengharap. 

Farah menangkat kepalanya sedikit. Ingin melihat gerangan yang menyeru namanya buat sekian kalinya. Yang sentiasa mengaharu-birukan hatinya. 

Tepat. 

"Kazz? Is that you, huh?" Farah mula ke depan. Keluar 'membesar'. Berani menampilkan dirinya di khayalak ramai. Kecut. Mana taknya... banyak mata memandang dia dan Fattah. Pandangan keji pulak tu! 

Kazz koyak senyum. "Ya... I'm Kazz. Mohd Kazaruddin bin Mohd Makhtar..." Teruja. Tak sangka hatinya kuat tarikannya hingga Farah dah 'melekat." 

"Tak sangka kau ada kat sini? Buat apa?" Farah dah ada depan Kazz. Tersenyum. Tak peduli dah orang keliling. Dia dah jumpa orang yang seru nama dia yang buat dia lain macam. Dia Kazz... kawan sehidup semati dan juga kekasih sekerat jalan. Dulu. 

"Boleh nampak kan?" Kazz senyum senget. Dia dah lupa majlis yang masih berjalan. Dah tak nak lepas peluang. Hendak beritahu semua orang. 

"Kazz, kenal mereka?" soal Encik Makhtar yang dah berdiri di belakang Kazz. Memang drama. Sungguh! Seorang tadi (Fattah) nak cari gadisnya yang merupakan bakal pengantin. Yang anaknya ini pula, dah jumpa bakal baru. 

Kazz paling lihat papanya. "Tak. Kazz cuma kenal dia ni. Farah. My future wife. " Tenang. Tak takut. Encik Rasul tepuk dada kirinya. Sabar- memang tengah shoot drama baru sekarang ni. 

"Jangan buat malu kat sini. Aaisyah tu pula macam mana? Dia future wife kamu yang betulnya. " Dah capai tahap maksima dah. Nak marah dah. Agaknya anak lelaki dia ni, terhantuk tengah jalan tadi tak. 

"Tak. Kazz tak buat malu, pa. Kazz beritahu benda betul. I'm sorry, pa but I can't continue this... Kazz tak yakin, pa..." Kazz cuba capai tangan Encik Makhtar tapi papanya menolak. 

"Jangan mengarut!" 

"Dia tak mengarut, Encik Makhtar. Saya pun tak boleh jugak. Hati saya milik lelaki lain dan lelaki itu..." Aaisyah bangun dan menapak perlahan pada Fattah yang menunduk. Dia berdiri rapat di sisi Fattah. Dia melangut memandang Fattah. "Lelaki ini... yang dah curi hati saya. Dah lama dah... Kalau majlis ini diteruskan juga, saya tak yakin dapat bahagiakn anak Encik Makhtar. Saya minta maaf." 

Fattah tersenyum nipis mendengar kata-kata Aaisyah. Hatinya kini benar. Perasaan ini benar. Aaisyah memang terbaik untuk dia. Bukan Farah yang tiba-tiba, pengantin lelaki (Kazz) kenal dia dan mengaku terus habis yang dia tu future husband Farah. 

"Allah..." Ruang tamu itu bergema dengan suara tetamu yang bersatu. 

"Kahwin ajelah mereka berempat tu. Pasangannya saja yang bertukar." Sahut seorang tetamu lelaki tua. Dia sudah tersenyum-senyum melihat empat anak muda yang bercinta. 

"Betul tu... apa salahnya. Dah..." 

"Jodoh..." Sambung yang lain. Terletus ketawa yang kuat. Bagai bergegar banglo mewah ini. 

Encik Rasul dan Puan Huda hanya berpandangan. Mengeleng kepala. 
Encik Makhtar menepuk dahinya sendiri. 
Fattah dan Aaisyah sudah tersenyum sendiri. 
Kazz pula berbalas renungan dengan Farah. Ketawa meletus. Tak sangka sungguh! 

Huh, apa nak jawab? Dah jodoh cuma jalannya begitu. Bersimpang siur tapi akhirnya tetap bertemu di jalan mati. Tak ada jalan keluar nak patah balik. Cinta itu unik, bukan? 



 -Tamat-



Idea datang dari lagu ni: 

      Super Junior - A Good'Bye//Memories

      Taeyang- Wedding Dress

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...