#Suntikan Semangat#

Friday, 28 September 2018

[CerpenoT] That XX - Part 3


BAB 9 

Warfah menunduk memandang ke bawah. Permaidaini merah bercorak emas. Bibirnya dikertap kuat.
Aku sinis memandang dia. Aku tilik dia yang berbaju kurung Pahang berwarna kuning serta matanya cantik. Mata kacukan Turki ala-ala coklat hazel. Aku suka mata milik dia.
Oh Naill. Aku tepuk dahi tiba-tiba. Sampai bila kau nak tilik warna mata orang lain. Tolonglah berubah. Tolonglah.
Aku berdehem. Warfah angkat kepala pandang aku. Takut-takut lagaknya. Aku bukanya marah pun, cuma tegur. Tegur baik-baik.
"After this, saya tak nak tengok kesilapan bodoh like this. Kalau awak buat jugak, saya tak nak ada staf cuai dalam syarikat ni. Faham?" Aku tunggu respons dia. Warfah meangguk kepalanya dua kali. Aku mendengus. Aku tanya, jawablah. Oh gosh!
"Saya tanya..." Aku pandang wajah Warfah. Seriously, she really beautiful even cuai.
Dia angguk. Oh, Warfah! Kau ada suara atau tak.
"Saya tanya... takde suara ke?" sarkastik aku.
Dia terkebil lihat aku. "Oh, suara... FAHAM. SAYA FAHAM." balas Warfah dengan suara agak tinggi. 
Aku mengertap bibir. Kuat. Berani dia melawan majikan. Aku hulur fail warna merah padanya. Dia menyambut lalu dibawa rapat ke dada dan dipeluk erat seolah nanti gempar bumi berlaku, fail tu masih selamat gamaknya.
"Okey... awak boleh keluar." arah aku tanpa menunggu dia keluar dari bilik aku. Aku terus tarik tetikus dan menumpukan perhatian pada skrin komputer. Ada kerja belum selesai, projek di Dungun.
"Encik, ada apa-apa lagi sebelum saya keluar?" tanya Warfah. Aku pandang depan lihat figura Warfah masih terpacak dalam bilik aku. Aku garu belakang leher. Bukan sebab gatal tapi sebab mentaliti manusia. Dah aku kata keluar, keluarlah. Nak lagi tanya 'Encik ada apa-apa lagi yang nak saya bantu?'
"Tak." Aku jawab malas. Warfah senyum.
"Baiklah saya keluar dulu." beritahu Warfah sopan.
"Dah lama saya suruh awak keluar kowt." balasku tanpa memandang dia. Mataku tertacap pada skrin komputer.
Aku dengar suara ketawa kecil keluar dari mulut Warfah. Aku kerling dia.
"Memanglah. Saya cuba beradab dengan majikan saya. Tak salah kan?" bidas Warfah. Aku hampir tersedak walau tak minum air pun. Oh gosh! This is my first time ever ada staf berani menentang bos sendiri. Ingat drama telenovela aje yang tayang.
"Apa?" Pura-pura tak dengar.
"Beradab. Saya follow protokol pejabat. Kan?"
Aku angguk. "Then, dengarlah ajelah cakap bos. Kalau dia tak suruh apa-apa, tak perlulah baik hati nak tanya. Buat annoying orang aje." balasku.
Warfah kecilkan mata pandang aku. "Saya kena tanya... sebab... nanti saya jugak yang kena salahkan bila boss sendiri lupa jadual. Boss sekarang kan pelupa, sebab tu pakai personal assistant, kan?"
"Awak nak cakap saya pelupa laa."
"No."
"Then?"
"Saya cakap apa yang perlu."
Aku tongkat kepala. Budak ni memang no manner dengan aku. Yang aku ni, awat nak gaduh dengan dia. Ohmaiga... Naill. Kau bosan ehh?
"Keluar sekarang." arah aku tegas.
Warfah terus berjalan ke muka pintu. Aku senyum sinis.
"Tak nak pulak tanya. Kata, ikut protokol sangat." Aku bersuara tiba-tiba.
Warfah berhenti. Dia toleh lihat aku.
"Sebab encik kata tak perlu Tanya."
"Tadi kata, perlu tanya walau saya tak nak konon-konon saya pelupa. Belakon pandai cakap aje tahu."
Warfah smirk kat aku. Ya Tuhan, cabaran apa?
"Fine! Ada apa-apa encik nak?"
"No."
"Saya keluar dulu."
"Keluarlah. Dari awal saya dah suruh pun."
Warfah jeling aku terus ditarik pintu bilik aku dan dihempas kuat. Aku melopong. How rude she is! Namum, bibir aku perlahan-lahan mengukir satu garis sambil mata masih memandang ke arah muka pintu. 
Naill, kau suka dia ke?
Oh no,no, no... aku tampar pipi aku. Terus mata tacap pada skrin. Keyboard mula berlaga antara satu sama lain. Tangan laju bekerja, tapi fikiran aku masih pada dia. Naill, fokus, fokus. Aku tarik nafas, senyum.


BAB 10 

Aku jeling skrin telefon aku. Terpapar gambar Anis yang aku setkan sebagai lockscreen aku. Walau sudah dua tahun berpisah selepas graduated, kitaorang tak contact lagi. Yelah, Anis kan dah kahwin. Tak akanlah dia nak 24 hours berchit-chat dengan aku. Jam telefon aku telah menunjukkan jam tiga petang. Aku memerhati keliling restoran Pak Cik Din yang terletak dekat dengan pejabat aku. Ramai pelanggan waktu petang walau waktu lunch dah tamat. 
Tiba-tiba aku ternampak kelibat seseorang. Seseorang yang aku kenal. Gadis yang immoral dengan aku siang tadi. Aku tiba-tiba terasa annoyed dengan dia. Retina aku mengikuti pergerakan gadis tersebut beratur memilih lauk-pauk yang terhidang dengan khidmat 'Layan Diri.' Terus bibirku mula mengukir senyuman nakal. 
Aku lantas melangkah ke arahnya. Berdiri betul-betul di belakangnya tanpa si gadis sedar aku yang bertubuh sasa memerhatinya. Leka sangat pilih lauk nampak! kata hati aku. 
Aku berdehem. 
She tak sedar, dan lagi sekali aku berdehem. Tapi kali ni, lebih kuat. Kedengaran lebih tegas lagak gaya orang kaya sombong yang malas nak beratur bayar lauk. 
Dia berpaling menoleh ke belakang. Aku koyak senyum. 
"Encik..." Warfah terkebil. Kaku terus tangannya yang tadi laju memunggah lauk ikan tenggiri masak lemak. 
"Can you tell me what time is now?" tanya aku. Sengaja. 
Warfah teragak-agak. Bekas plastik lauknya disuakan padaku. Aku tenung dia. 
"Peganglah kejap. Nak tengok jam." sela dia. Aku pejam mata untuk satu saat. Ohmaiga... who is she? Hulurannya aku sambut perlahan. Terus Warfah selak lengan kanan baju kurungnya. Dia lihat jamnya untuk sesaat. 
Kemudian, dia pandang aku dengan senyuman. 
"Tiga lima belas petang." bungkusan lauknya yang ada padaku terus disambar. Aku melopong. ya Tuhan, selamatkanlah aku dari jenayah ini. 
"Excuse me... you know sekarang waktu apa?" 
"Makan." 
"Excuse..." 
Warfah lepaskan keluhan. "Alaa... encik. Saya lunch tadi tak sempat makan. Sekarang saya takde kerja, jadi saya keluarlah kejap beli lauk. Bukannya salah pun." beritahu dia panjang lebar. 
Aku mengurut batang hidung milikku. "Tak salah? Awak kata awak ikut protokol pejabat. Sekarang waktu pejabat kan, so ikutlah waktu pejabat. I don't care kalau awak tak sempat lunch ke apa, but waktu kerja, kerjalah." 
"Encik tuu pun... buat apa kat sini? Makan jugak kan? Tak akanlah ada projek kat sini." 
"Saya boss, awak majikan. Bawah saya." 
Warfah mencebik. Dia berlalu ke kaunter bayar. Aku mengekor dia dari belakang. 
"And, macam mana tanpa rasa bersalah awak tinggalkan majikan awak like that. Saya tak habis cakap lagi kowt." bidas aku. 
Warfah jeling aku. "Awak boss kat pejabat. Sekarang kat luar, buatlah macam stranger." 
WHAT??!! What wrong with her? How surly she is. Berani dia insubordinate aku. Ohmai... 
"Awak cabar saya?" 
"No."
"Awak tengah cabar saya." 
Warfah berdiri di sebelah aku. "No. Saya tak cabar encik. But, saya tak berminat nak rational dengan encik sekarang. Saya balik pejabat dulu. Assalamualaikum." Dia lalu beredar tinggalkan aku. Aku menarik nafas. 
I don't no how to react sekarang. Aku rasa, aku nak buat a spiteful little jokes to her. 

BAB 11

"Naill, meh breakfast sekali," pelawa Mama manis. Aku tersenyum. Kakiku laju menuruni anak tangga menuju ke ruang makan. Aku menyalami Papa dan Mama. Aku terus mengambil tempat di sebelah Papa. 
"Papa tak masuk kerja hari ni?" soal aku sambil menuang air kopi ke dalam cawan milikku. Persoalan, kopi elok ke minum waktu pagi. Sengih. 
Papa geleng. "Tak. Papa cuti, nak rehat dengan Mama. Kenapa? Ada masalah kat pejabat?" 
Aku senyum. "Tak. Okey je." 
"Naill, petang nanti free?" Mama mencelah. Aku kerling lihat Mama. 
"Tak tahu lagi, kenapa?" 
"Mama nak kenalkan kamu dengan anak kawan Mama." 
Aku menunduk. Kerling Papa di sebelah. Papa jongket bahu. 
"Ma... petang ni Naill ada hal. Tak free. Sorry Ma..." ujar aku beralasan. Itu Mama, sejak dua menjak ni, sejak kami sekeluarga mula berbaik, sejak Anis kahwin dengan Leo, Mama menjadi-jadi nak  jodohkan aku dengan anak kawan dia. 
"Alaa... Naill selalu macam ni," Mama muncungkan mulut. Aku mengertap bibir menahan satu garis terukir. Papa tergelak kecil. 
"Mah, biarlah dia cari jodoh sendiri. Sibuk aje..." tegur Papa lembut. 
Aku menangguk kepala, setuju dengan kata-kata Papa. Like father like son. Good. 
"Naill gerak dulu," beritahu aku lantas menyalami kedua orang tua ku. [Why like this?]
***
Aku masuk ke pejabat tanpa senyuman biasa aku hadiahkan. Langkahku lagak seorang yang tyrannical. Oh, too dashyat that character. 
"Encik Asraff, maaf... nanti encik ada meeting dengan Champion Light pukul sepuluh. Kemudian..." 
Aku berhenti dan toleh lihat Warfah yang membebel ikut jadual hari ni. 
"Kejap lagi boleh tak? Aku baru sampai," marah aku pada dia. Jelingan tajam aku berikan lalu aku berjalan ke bilikku. Pintu aku hempas kuat tanda protes. Bengang. Bibirku tersenyum dengan senyuman paling evil. Aku selak blind pada tingkap bilik pejabat aku dan aku nampak Warfah berjalan menunduk ke mejanya. Tahan malu agaknya sebab staf-staf lain turut memandang ke arahnya seolah gadis itu telah melakukan sesuatu yang negative. 
"Baru tahu siapa boss, siapa bawahan," guman aku sendiri. Tubuhku lalu ku hempas ke kerusi empuk berwarna hitam. Letih. Telefon pintar aku keluarkan dari poket seluar. Skrin mula menyala. 
One message unread. 
Laju tangan aku menekan untuk membaca. 
'Naill, Anis nak jumpa Naill. '
AKu beriak terkejut. Punya lama dia tak mesej aku, tak contact aku tiba-tiba takde angin takde ribut, dia mesej aku. Weird. Tiba-tiba, pintu bilik diketuk seseorang. Telefon aku letak di tepi meja. 
"Masuk," arah aku. 
Kelibat Warfah yang muncul di dalam bilik aku membuatkan aku lupa akan Anis. 
"Yes?" 
"Encik Asraff pukul sepuluh nanti ada meeting dengan Champion Light. Kemudian, waktu lunch pula Encik ada appoinment dengan..." Bebelan Warfah terhenti bila aku mula nak berdrama. 
"Aku tak nak dengar semua tu. Tu semua aku dah senarai dalam buku catatan aku sendiri..." Aku angkat tinggi buku berwarna hitam layangkan depan Warfah. "... selain kerja kau nak repeat semua benda tu, apa lagi kerja kau hah?" soal aku malas. 
Warfah kerut dahi. "Buat kerja saya macam orang lain la," balas dia selamba. 
"Kau PA aku kan?" 
"Ya."
"Maknanya kau kena buat apa yang aku suruh buatlah kan?" 
"Ya. Berkaitan dengan kerja ajelah," tenang Warfah menjawab. 
Aku senyum sinis. Pandai budak ni jawab. Penggunaan 'kau-aku' dengan dia agak keterlaluan tapi lantaklah. Siapa suruh cabar aku. 
"Buat kan aku kopi." 
"Pardon?" Warfah buntangkan mata lihat aku. Aku mengertap bawah bibir melihat reaksi Warfah. 
"Kopi. Make me a cup if coffee, please." 
"Jer?" teka dia. 
"No. Lepastu, kau tolong kemas bilik aku ni. Berhabuk pulak aku tengok, buat seksa nafas kowt. Boleh?" 
"Sorry. Kemas bilik encik bukan kerja saya." 
"Kerja siapa?" 
"Cleaner." 
"Siapa bayar gaji cleaner kat pejabat ni."
"Encik."
Aku tepuk tangan. Sungguh sarkastik. "Good you know it, Cik Warfah. So, kau rasa?" 
Kedengaran suara keluhan terlepas dari mulut kecil gadis tersebut. "Okey. Saya buat. Ada apa-apa lagi encik nak?" 
Aku geleng. "Tak. Tu je untuk setakat ni. Kau boleh keluar sekarang." 
Warfah terus berjalan ke muka pintu. Saat tangannya memegang tombol pintu, aku memanggil dia. 
"Warfah... kopi jangan lupa," beritahu aku sekadar memberi ingatan padanya. 
"Saya tahulah. Bukannya orang nyanyok pun," sindir  dia. Aku ketawa bila dia lesap dari pandangan. 
"Woooo... bahagianya hidup!!" laung aku berpusing-pusing di atas kerusi. 
Warfah, we see who win this game. Bibirku tidak henti-henti tersenyum nakal. Ohmaiga... Naill kau berubah jadi malevolent. 

BAB 12

Warfah sembam dahi ke meja. Mulutnya tidak habis merungut itu ini depan majikannya. Aku rasa chirpy tengok dia macam tu.
"Dah... satu habuk pun takde dah," beritahu Warfah pandang aku dengan muka kepenatan dia.
"Ye ke? Aku nak check dulu." Aku bangun dari kerusi. Pusing-pusing keliling bilik, sentuh almari, kusyen, rak-rak fail dan buku dengan jari telunjuk. Aku jongket kening. 'Good, takde habuk.'
Kemudian, aku gesek tapak kasut dengan permaidani. Sengaja. Warfah tenung aku.
"Vacuum sini. Berpasir," arah aku. Warfah bulatkan mulut. Muka tak puas hati dengan aku. Aku jongket bahu, berjalan selamba ke meja kerja aku lalu bersandar lagak model.
Warfah masih tak berganjak dari tempat dia duduk. Aku kecilkan mata pandang dia.
"Cepatlah gerak. Kemas-kemas. Buat apa lagi duduk kat situ." Aku menunding ke tempat aku berdiri tadi. Warfah mencebik kat aku.
"Ishhh, menyampah betul!" bentak dia lalu keluar dari bilik aku. Nak ambil vacuum(?) mungkin.
Aku senyum puas hati.
Tak sampai seminit, dia datang dengan vacuum mini di tangan. Laju aje dia bergerak buat kerja tanpa sekelumit kata yang keluar dari mulutnya.
"Wei, kau dah kahwin? Tunang? Boyfriend?" Tanya aku tiba-tiba bila suasana dalam bilik rasa bosan dengar bunyi vacuum.
Senyap.
"Aku tanya..."
Warfah matikan suis vacuum. Cepat-cepat kemas dan langkahnya ingin beredar dari bilik. Aku bengang.
"Warfah... jangan disobey aku." Aku tinggikan suara pada dia. Langkah gadis itu mati. Kepalanya diteleng ke belakang melihat aku. Keningnya kiri dijongket ke atas.
"What?"
"Aku tanya kau kowt. Tak dengar ke?" sindir aku dengan senyuman paling menjengkelkan aku pernah buat.
"Saya dah buatkan kopi untuk Encik, siap package kemas bilik pulak tu, vacuum-vacuum semuanya. Apa lagi yang saya tak ikut cakap Encik. Tu semua bukan kerja saya tau. Kerja orang lain... apa yang saya tak dengar?" Warfah menghadap aku. Matanya tajam menikam wajah aku. Buat aku rasa gementar dengan dia.
"Sa... aku bukan maksud macam tu," tergagap aku. Oh, Naill, kau takut dengan budak ni.
"Then?"
"Jawablah soalan aku tadi."
"Bukan hak encik nak tahu hal personal saya."
"Ada!!" Tengking aku secara tak langsung. Aku garu belakang leher. Naill, kau kenapa?
Warfah terkebil. "Tak perlulah nak tengking-tengking."
"So jawablah!"
"Takde...takde. Kahwin tak, tunang tak, boyfriend pun takde. Puas? Kecoh betul orang tua ni!" Sela Warfah lalu keluar dari bilik aku. Seperti biasa, dia hempas pintu kuat-kuat. Dan aku rasa, tak lama dah hayat pintu tu, tinggal masa yang sesuai aje nak roboh.
Namum... 
Bibirku tanpa sengaja, mengukir senyuman kecil. Senyuman gembira? Puas hati? Suka?
Untuk?
Naill, kau jatuh cinta dengan budak tu ke? Aku jalan ke kerusi, bersandar lega. Tangan aku bekerja mengosok kerusi yang dikemas oleh Warfah. Strangely, aku rasa bahagia tiba-tiba.
Naill, kau suka Warfah?
Hati aku menidakkan, tapi kepala aku mengiyakan. Ohmaiga... Naill, Anis? Anis?
Aku tepuk dahi. Tak perasan, Anis. Tak akanlah aku nak sia-siakan relationship tujuh tahun kau cenggitu je.
Tapi, Anis dah ada Leo. Dua tahun dia lupakan kau macam tu.
Tiba-tiba, ketukan pintu bilik aku menjengah telingaku. Aku pandang ke muka pintu, tersembul wajah Warfah yang tersengih-sengih.
"Encik, saya nak minta satu permintaan..." Warfah angkat tangan kanan, pamerkan nombor satu.
"Apa?"
"Ermm... kahwin dengan saya nak?"
Aku jengkilkan mata mendengar permintaan dari gadis itu. Tersedak-sedak dibuatnya. Pipi aku cubit kuat. Sakit. Yes, aku tak mimpi.
Mata tak berkelip pandang Warfah di depan aku. Warfah senyum sampai ke telinga.
"Kahwin dengan saya, nak?" Dia ulang soalan dia. Aku silently tak berkelip lihat dia yang tiba-tiba jadi lunatic.

[CerpenoT] That XX - Part 2


BAB 6

Aku tongkat dagu lihat wajah kacukan Turki di hadapan aku. Pelik. Seolah ombak ganas timpa aku secara tiba-tiba.
"Kau nak apa jumpa aku?" tanya aku tak mahu buang masa lama-lama dengan lelaki ni.
Leo kertap bibir. "Anis."
Aku kerut kening. "Kenapa dengan Anis?"
"She like... not her. Macam someone else. Kau kenal dia kan?" beritahu Leo sambil tepat pandang aku.
Ohmaiga... Leo si mamat playboy minta advice kat aku dowh. Malam ni mesti bintang banyak sebab matahari ceria tengahari.
"Jadi?"
"Aku tak tahu macam mana. Tapi, dia something else. Like ada magic kat dia. Tapi, kau tahu aku kan, aku jenis tak lekat dengan seorang perempuan but at the same time aku tak nak Anis terasa. I mean dia nangis-nangis macam tu." Leo terang kat aku panjang lebar. Aku renung anak mata Leo berwarna hijau. Peratus dalam dunia untuk orang ada mata hijau dalam dunia cuma dua peratus kowt. Leo sangat untung. Wtf aku puji Leo. Tarik balik, tarik balik.
"So, janganlah buat dia nangis. Cuba kau fit diri kau untuk seorang perempuan untuk satu masa. Kau rasa macam mana rasa suka dengan seorang bukan dengan berpuluh girl kat Shah Alam ni. Kan?" ujar aku sedikit sinis.
Leo pandang aku. Muka tak puas hati.
"Aku datang kat kau bukan nak dengar kau membebel tau. Aku nak kau cakap kat Anis tu, suruh dia gone untuk sekejap. Biar aku rasa aku perlukan dia balik then baru aku ada feeling nak sayang dia balik. Can you?"
Aku dongak pandang siling kafeteria. Bersabar Naill. Sabar.
"Leo... Kau anggap Anis tu apa? Patung cendana ke apa. Dia ada perasaan babe. Anis tu orang yang aku sayang. Jadi, bila kau dah AMBIK orang yang aku sayang. Tolong jaga dia elok-elok. Sebab aku sayang dia." balas aku tegas lalu bangun meninggalkan Leo yang masih bercelaru.
Anis, tolonglah nampak side Leo yang ini. Ada ke patut dia mintak Naill tarik Anis jauh-jauh dari dia sebab biar dia rasa dia rasa kehilangan Anis. How could he do that? Like a sin?
Tengah aku fikir pasal Anis. Tiba-tiba bahu aku berlaga dengan seseorang. Aku kelam kabut pusing tubuh lihat orang yang kena langgar aku. Yelah, salah aku tak fokus time jalan.
Gadis itu sibuk mengibas kain skirt labuhnya. Dia toleh pandang aku.
"Anis(?)!" Aku cepat-cepat bantu Anis kutip buku tebal-tebal yang terjatuh atas jalan. Baru balik dari perpustakaan agaknya. Aku mengkertap bibir menahan satu garis terukir.
"Naill, Anis minta maaf. Tak perasan terlanggar orang pula." Dia garu-garu kepalanya sambil sengih pandang aku. Aku menghulur buku-bukunya lantas dia sambut.
"It's okey. Salah Naill jugak kowt, jalan tak pandang kiri kanan." balasku.
"Aikks! Tak pernah-pernah Naill Eric Asraff jalan tak pandang depan. Naill ada masalah ke?" tanya Anis prihatin.
"Tak adalah. Okey je. Pergi mana ni?" Aku pula menyoal Anis. Anis cuma senyum.
"Balik."
"Asrama?"
Anis geleng. "Rumah."
"What? Seremban? Or KL?" bertubi-tubi aku lantun pertanyaan. Ujian mid tinggal seminggu lebih kowt.
"KL. Anis nak study kat rumah. Anis takde mood nak study kat kolej." Dia sengih.
Aku mula syak. "Gaduh dengan Leo lagi ke?"
Anis diam. Memeluk erat buku-bukunya rapat ke dada. Orang kata, diam tandanya betul.
"Jom keluar makan. Naill lapar." 
Ajak aku sambil angkat kening.
"Tiba-tiba?"
"Haah. Tiba-tiba Naill rasa nak makan sama-sama dengan Anis. Dah lama kan kita tak makan sama-sama." beritahu aku jujur.
Anis hanya balas dengan senyumannya.
"Sudi tak?"
Anis angguk. "Sudi. Asalkan bukan Anis yang bayar."
"Ceh! Dia mana pernah keluarkan duit dia untuk Naill." balas aku selamba.
Anis senyum. Kami berjalan bersama ke tempat letak kereta aku lalu menuju ke Burger King. Aku teringin nak makan fast food.
"Naill... don't say you nak burger?" Anis sapa aku bila dia perasan aku masuk simpang ke Burger King.
Aku kerling dia. "Kenapa? Naill macam nak makan burger."
"I'm don't want to eat burger. Kalori tinggi. Cholesterol yang high. Oh nooo!! Anis tak nak gemuk." Anis pandang aku dengan muka mintak rayu belas kasihan. Aku simpan senyum.
"Yelah...yelah. Tak pergi burger. Kita makan ikan bakar nak?" Aku kerling Anis sekilas.
"Okey."
"Good!" Aku buat pusingan U-turn dan terus menuju ke kedai ikan bakar. 

BAB 7
Aku kerling Kim. Dia tersengih-sengih depan aku sambil garu belakang leher.
Aku angkat kening. "Asal kau tak bagitau aku hah?"
"Sorrylah babe...aku tak sengaja. Lupa." balas Kim selamba. Daim siku lengan Kim. Dia jeling-jeling manja dengan Kim.
"Eleh, mentang-mentang dah ada awek cun sekarang. Kau lupa aku kan?" sela Daim bernada jeles. Aku angguk-angguk setuju.
Kim tayang giginya lagi. "Mana ada. Baru tiga hari kenal. Dia mana pandang aku nak jadikkan bf dia." Sedih.
Aku ketawa dan terus ketawa. Kim dan Daim pandang aku pelik.
"Asal?"
"Aku terasa dowh!!" ujar aku selamba. Kim dan Daim senyum tak berdosa.
Kim tepuk bahu aku. "Sorrylah, lupa..."
Aku tepis tangan Kim. "Aku bukan macam perempuan lah nak feeling-feeling sampai bulan-bulan."
"Yelah. Kau kuat, kau kuat." Faq tiba-tiba mencelah dan santai duduk sebelah aku berhadapan Kim dan Daim. Aku pandang dia. 
"Mana pergi?" tanya aku.
Faq koyak senyum. Senyuman Faq sangat manis sampai aku pun jatuh suka dengan Faq. Bukan Faq, tapi senyuman dia. His smile dazzling me. 
"Lepak lab." Faq course Science. Aku, Daim dan Kim business. Tapi, kitaorang jadi rapat sebab masing-masing kena tahan masuk kelas lambat. Denda lecturer kami bagi sama, serentak, iaitu cuci tandas. Sejak tulah walaupun cerita aku ni macam tak masuk akal sikit. Heh!
"Faq, cuti sem kau balik?" soal Kim. Aku kerling Faq. Dia geleng. 
"Tak agaknya. Rasa nak duduk kolej je. Asal? Kau tak balik?" Faq tenung Kim. Aku tukar pandangan pandang Kim pula. 
"Tak. Wah, bolehlah kita lepak-lepak kat kedai Pak Mail malam-malam." Daim pula yang menjawab. Kim jeling Daim. Aku melopong. 
"Asal masing-masing tak nak balik ni?" Aku tenung muka masing-masing. 
"Saja." Serentak. Aku mengeluh. Hai laa, semak kepala aku aje cuti nanti. Selalu kemain diorang beli tiket bas awal-awal. Sekarang, tak mahu pula balik. Aku memang tak balik lah. Aku duduk Shah Alam, tapi tak balik rumah. Aku lagi suka duduk kolej, lepak dengan pak cik jaga makan mee goreng daripada duduk kat rumah besar dengan maid. Sunyi je. 
Time happy-happy kitaorang borak-borak pasal game baseball, pupil aku elok gerak pandang seseorang. Anis. Dia jalan tuju tempat duduk kitaorang. 
"Hai, assalamualaikum." tegur Anis sambil ukir senyum. 
"Waalaikumusalam." Serentak kami menjawab, pandang Anis. 
"Ni." Anis hulur satu sampul surat warna kuning cair. Faq sambut. 
"Tu... jemputan kahwin." sambung Anis. Kim tersedak air kopi. Daim bulat mata besar-besar bajet Puss in Boot. Aku beku. Pandang sampul surat kat tangan Faq tanpa perasaan. 
"Siapa kahwin?" tanya Daim. 
"Anis." Anis tunjuk jari telujuk dekat diri sendiri. 
Lagi sekali Kim tersedak. Aku geleng kepala. Cepat-cepat aku tepuk belakang Kim. Kesian, terbatuk-batuk, dahlah asma. 
"Dengan?" tanya Daim lagi. Namum, tak sempat Anis nak jawab. Faq mencelah. 
"Leo." Faq tekun baca kad jemputan kahwin. Daim riak tak percaya. 
"Ermm... waktu cuti sem dua bulan ni. Kitaorang berlangsung. Anis datang, nak jemput korang. Datang ehh." beritahu Anis dengan nada ceria. Aku tak tahu nak taip apa tentang perasaan aku sekarang. 
"Anis serius ke?" tanya Kim serius. 
Anis angguk. "Okeylah. Anis minta diri dulu. Datang tau, datang..." kata Anis sebelum beredar tinggalkan kami berempat. 
Aku jilat bibir sendiri nak bagi basah sebab bibir aku terasa kering. Kering macam kat padang pasir. Daim, Faq dan Kim pandang aku. Aku balas pandangan mereka tanda 'asal-pandang-aku'. 
"Kau tak kisah?" Daim mula bersuara. Aku diam. 
"Kau tak sedih?' Kim pula tanya aku. 
Diam juga. 
"Kau tak nak tahankan cinta kau untuk Anis?" Soalan Faq buat aku termenung seminit. 
Aku ukir satu garis. Jongket bahu. 
"Dan kalau dia kembali, jodoh kami pasti." Lantas aku bangun meninggalkan mereka usai menjawab. 
Aku bawa tangan aku ke dada kiri. Aku diam. Anis, exactly why can't I have you?  I might love you more than him. Apa yang Leo ada that I don't? Sungguh kali ini, aku nak tamat angan-angan aku hidup bahagia dengan Anis. She made him stop believing his fairytale. 

BAB 8

Aku ukir senyum. Anis nampak gembira berdiri sebelah Leo. Dua-dua nampak bahagia walau aku rasa Leo tak sesuai dengan Anis. Huh, yelah. Semua yang buruk aku taruh pada Leo. Biar aku dan Anis aje nampak cantik sepadan kat pelamin tu.
"Datang jugak kau, kan?" Leo sapa aku. Kami bersalaman like a normal. Yeah, sekarang ni aku aje yang tak normal hakikatnya. Anis di sebelahnya tersenyum manis dalam busana pengantin tu.
"Naill. Lama Anis tunggu Naill. Baru sampai ke?" tanya Anis mesra.
"Lama dah. Nak balik ni, tu nak jumpa korang." aku balas selamba.
"Anis nak cakap dengan Naill kejap." kata Anis pada Leo. Aku hanya memerhati mereka berdua dan kenapa Anis nak talk-one person dengan aku. Anis, aku ada hati jugak. Sudahlah kau kahwin, ajak aku seolah tujuh tahun tiada makna.
Leo menangguk mengizinkan Anis dan aku alone.
Anis mencapai pergelangan tangan kanan aku lalu dibawa aku jauh dari tengah orang ramai. Di suatu sudut tersorok tepi dewan.
"Naill..." Anis seru nama aku.
"Ermmm... Anis nak cakap apa?" Aku garu belakang leher. Rasa janggal pula berdepan dengan Anis. Dia dah jadi isteri orang.
"Naill, Anis nak minta maaf kat Naill. Anis tahu, mesti Naill rasa Anis takde perasaan, kejam, buat tujuh tahun macam takde apa-apa, kan? Anis minta maaf, tak dapat balas sayang Naill kat Anis macam Naill buat kat Anis. Anis harap kita tetap jadi kawan baik? Kan? Anis sayang Naill sangat-sangat." beritahu Anis sambil bibirnya menguntum senyuman paling manis. Aku mengertap bibir. Pandang wajah Anis dalam-dalam, kerana lepas ini aku tak boleh buat apa kami selalu buat. Nanti tak pasal-pasal ada lebam kat mata dapat dari Leo sebab kacau bini dia.
"It's okey. Tak payah risaukan Naill. Naill tahu... hati manusia mana boleh nak paksa-paksa right? Same goes to you... and, me..." Aku senyum.
"... and take care, Anis. Jadik budak baik tau. Jangan susahkan Leo and jangan sesekali nak menangis sebab Anis is too ugly klau menangis like Beauty and the Beast. Okey?" sambungku. Anis mencebir.
"Anis not a five-years old kid nak menangis." Anis letak kedua belah tangannya atas kedua belah bahu aku.
Dia kenyit mata. "And, Anis lagi cantik dari Little Mermaid, tau."
Aku ketawa. "Good girl." Aku jatuhkan tangannya dari bahuku. Aku membongkok sedikit tubuhku melihat wajah Anis. Anis pandang pelik.
"Can you promise me klau ada apa-apa masalah, jangan sorokkan dari Naill." kataku serius.
Sengih. "Asal dengan Naill? Tiba-tiba aje, Naill kan sentiasa ada untuk Anis kan?" beritahu Anis.
Aku angguk. "But, ni untuk Anis. Kepastian. Janji ajelah."
Anis mencebik. "Janji." Dia buat pinky promise dengan aku.
Aku tegakkan tubuh. Senyum. Who says yang dia not a five years old kid. Aku kalih lihat keliling dewan dan nampak Leo berjalan menuju ke arah kami. Aku kalih pula pada Anis. Dia leka memperkemaskan gaunnya. 
"Anis, Leo panggil. Pergilah." arah aku. Anis angkat wajah tengok aku lalu tersenyum.
"Ermmm... bye Naill." Lambai Anis lantas berjalan mendekati Leo. Aku memerhati dari belakang. Ya Tuhan, kuatkan aku.
Tiba-tiba, Pa Faz datang menghampiri aku.
"Pa..."
"Naill, pa minta maaf."
"No. Ini hak Anis. Bukan Naill."
Pa Faz terus peluk tubuh aku. 
"Pa minta maaf, nak. You should jadi pengantin lelaki untuk Anis hari ni." Aku mampu senyum.
Jodoh pa. Jodoh. Jodoh itu Tuhan saja yang tahu. 

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...