#Suntikan Semangat#

Saturday, 1 November 2014

The Other Side of the Door




Bila aku ada, mesti jumpa dia. Bila jumpa dia, mesti ada aku. Mana-mana pelosok dunia ini, harus jumpa muka dia. Sebijik muka dia beribu-ribu kali. Tapi, kalau dia normal tak apalah juga. Ini tidak, mereng, sengit, GILA!

Dasar manusia tidak reti bahasa. Tak faham aku,

Setiap kali terserempak, mesti dia jadi pelik. Macam aku kenal dia sahaja.

"Awak, baik awak mengaku baik-baik. Awak suka saya kan?"

"Huh! Kenal pun tidak. Baliklah."

"Tipu."

"Apa tipu-tipu. Aku tak kenal kau, kau tiba-tiba kenal aku. Gila!" Tengking aku sambil mula bergerak meninggalkan perempuan itu yang menahan aku kat tengah jalan.

"Kenapa awak selalu marah-marah saya? Tak buat salah apa-apa pun."

Aku berhenti. Berpaling menghadap dia. Dia menunduk memandang kasutnya.

Sedihlah pula...

"Aku marah sebab kau paksa aku mengaku bukan-bukan. Hari-hari pulak tu."

"Tapi... dulu awak kata, awak sayang saya. Tak nak marah-marah. Janji nak sama-sama dengan saya, Sekarang ini, awak yang berubah jadi lain. Bukan saya, Saya sama. Tak pernah berubah."

Dia luahkan perasaan dekat aku. Aku layan sahajalah. Nak buat macam mana. Orang ramai perhatikan kitaorang kat tengah jalan di dalam MidValley ini. Kalau biarkan dia cakap sorang-sorang, macam kejam sangatlah. Kalau layan dia, aku rasa pelik.

Dan mulalah...

"Awak... teman saya pergi makan nak? Laparlah, Dulu awak selalu ajak saya keluar makan sama-sama. Jom, jom... awak..." Dia dah start senyum manis-manis depan aku.

Mengeluh.
Tak insaf lagi minah ini.

"Tak kuasa."

Aku laju meninggalkan dia kat situ. Sumpah! Aku tak nak jumpa dia lagi. Tak nak.... Umur dia boleh jadi adik aku sahaja. Dahlah mental. Balik dari kerja, dia boleh tunggu aku depan pejabat dengan muka annoyingnya yang tak ada rasa malu langsung.

Kawan kerja aku pun dah mula kata kutuk belakang aku. Kata perempuan itu, makwe gila aku.
Aku tahulah aku jejaka muda yang tak kahwin-kahwin lagi. Umur dah 29 tahun. Rumah sendiri dah ada walaupun condo saja. Kereta tak mewah tapi kira boleh gunalah juga walaupun Myvi. Kewangan pun cukup-cukup aku dan sebenarnya lebih dari cukup untuk aku. Jawatan tinggi sebab boss percaya aku pegang jawatan besar-besar sebagai Project Manager Architecture. Dah setahun lebih pun.

Bab kahwin?

Ummi dah banyak membebel kat aku. Bila nak kahwin? Dah jumpa calon ke belum?

Aku? Entah...

Belum jodoh lagilah tu. Jodoh itu kan Allah tahu untuk kita.

Mengeluh lagi.

***
Setiap hari Sabtu minggu, aku akan pergi melepak dekat kedai buku dalam shopping mall ini.  Kedai buku ini special sikit sebab kalau tak nak beli, boleh baca sahaja dekat situ. Tapi siapa saja yang nak stay kat kedai buku berjam-jam kalau buku tu muka suratnya lebih 100 muka surat. Cuma, aku sahaja yang kedekut nak keluarkan duit nak membeli.

Ummi selalu pesan, lelaki jangan terlalu membaca novel macam perempuan sebab jarang lelaki yang baca novel. Nanti takut tak ada sesiapa yang nak aku dan memanjang hati macam dalam jalan cerita novel nanti.

Tapi, aku peduli apa. Aku dah suka sebab ummi pun kaki novel. Jadi aku pun terpengaruh lah sama dengan ummi. Ini semua salah ummilah.

"Assalamualaikum, awak. Baca novel ek?"

Tersentak. Aku toleh kepada empunya suara yang menegur aku.

"Kau?"

Dia tersenyum manis dengan lesung pipit kirinya yang jelas. Sungguh dia memang gadis yang cantik walaupun tak cukup akal.

"Jawab salam lah. Tak jawab dosa." Dia duduk di sebelah aku.

"Waalaikumusalam." Aku terus bangun dari duduk. Aku nak larikan diri daripada perempuan ini. Aku tak nak jadi gila macam dia.

"Eh nak pergi mana, Eid?" Dia pegang lengan baju aku.

"Keluar."

"Saya baru sampai."

"Aku nak balik. "

"Eid... tunggulah saya." Dia merayu.

Satu persoalan yang aku tertanya-tanya. Macam mana dia tahu nama aku sedangkan aku tak pernah beritahu pun nama aku pada dia. Nama dia pun aku tak tahu. Aku tak kenal pun dia. Dia pula kenal aku.

Apakah?

"Tunggulah sorang-sorang. Perempuan gila. "

Aku keluar dari kedai buku itu. Kaki aku melangkah ke arah kedai pakaian pula. Sudah lama aku tidak melabur duit aku beli baju baru. Jeans, t-shirt berwarna biru menarik perhatian aku. Sedang aku belek-membelek, satu suara menyapa aku dari belakang.

"Warna ini cantik. Tapi selalu sangat saya nampak awak pakai warna biru. Cubalah warna lain. Nak?"

Geram.

"Macam mana kau boleh datang sini. Penyibuk!"

"Guna kaki sayalah. Tak akanlah saya nak suruh awak angkat saya pulak kan?" Dia ketawa.

"Tak lawak."

"Pilihlah warna merah. Merah cantik. Lambangkan sayang."

"Sayang? Suka hati akulah nak pilih warna apa-apa pun. Penyibuk. "

Dia lantas mengambil sehelai baju berwarna merah dan mempunyai corak beruang kecil di bawah baju. Aku tergelak.

Dia menoleh memandang aku. Berkerut dahinya.

"Kenapa gelak?"

"Baju ni kau cakap lambang sayang. Banyaklah kau punya sayang, " Aku pegang baju tu dan tunjukkan corak teddy bear tadi. "Baju ini sesuai dengan kau. Aku tak akan pakai baju tu macam ini. Faham?"

Dia tersengih, "Oh. Awak cakap sesuai untuk saya. Terima kasih. Tapi saya nak belikan untuk awak juga. Saya suka baju ini. Comel."

Dia laju berjalan ke kaunter pembayaran. Aku senyum sinis.

"Gila." Aku tinggalkan butik pakaian itu, Tak hingin jumpa dia.

***
Penat.

Jalan longlai nak balik rumah. Seluk-seluk cari kunci dalam poket. Tak jumpa. Aku dah mula panik. Aku letak beg bimbit dekat atas lantai. Muka dah gelabah dengan peluh yang lebat jatuh. Aku cuba ingat-ingat balik waktu mula-mula ambil kunci, letak dalam poket, tak keluarkan... kemudian kunci tu pergi mana? Sepatutnya kunci itu mesti dalam poket aku aje.

Semua barang-barang dalam beg kerja pun aku dah geledah.

Tak jumpa.

Tiba-tiba...

"Awak cari ni ke?"

Suara dia. Perempuan tu...

Aku berpaling kebelakang. Sah dia lagi dan... mata aku terpaku pada tangannya yang memegang kunci yang ada keychain Beijing, aku beli tahun lepas sewaktu kerja dekat sana ada project. 

Dia tersengih depan aku. Bajet comel!

"Mana kau dapat kunci tu?" Aku tanya dia dalam nada baik walaupun dalam hati rasa nak cekik sahaja perempuan ini.

"Jumpa."

"Bagi kat aku."

"Eh! Tak boleh! Senang-senang sahaja nak minta-minta dekat saya. Marah-marah pula tu. Terima kasih pun tak ada." Dia mula membebel sambil tangannya ligat melambung-lambungkan kunci rumah aku. Sedap rasa dia sahaja.

"Ok. Minta maaf. Nak kunci." Aku hulurkan tangan.

"No." Dia geleng kepala buat gaya sombong.

"Terima kasih sebab jumpa kunci saya. Saya nak masuk rumah. Bagi kunci."

Dia tersenyum. "Awak memang teruk. Nahlah!"

Kunci kini  beralih tangan dan aku tersenyum gembira. Puas hati dapat masuk rumah dan perempuan tadi tu pun aku terlupa. Pintu dibuka dan perempuan itu ada lagi...

"Tak balik?"

Dia geleng.

"Buat apa dekat sini?"

"Kawasan ini bukan kawasan awak pun. Sesiapa pun boleh pijak. Kan?"

"Ermm..." Aku nak tutup pintu balik sebab berbual dengan dia bukan dapat manfaat pun.

"Kejap, awak!" Dia tahan pintu. Aku berhenti.

"Apa? Nak apa?" Soal aku tegas.

"Tak nak tanya ke rumah saya dekat mana?" Dia lambai-lambaikan tangannya pada aku dan buat tanda peace.

Sekarang ini siapa setuju dengan aku yang perempuan ini memang mereng?

"Hahaha... Aku kena tanya kau? Tinggal kat mana? Sekarang? Kau suruh aku?" Aku mengaru-garu kepala yang tidak gatal. Perempuan ini buat aku rasa sakit paru-paru. Seumur hidup aku tak pernah aku jumpa perempuan macam begini caranya.

Tarik nafas sekejap.

"Aku nak tanya kau. Kau tinggal mana? Buat apa dekat depan pintu aku?"

"Saya tinggal depan rumah awak. Ni rumah saya." Dia tunjuk pintu rumah dia depan pintu rumah aku dengan bangga.

Aku terkejut dan mulut aku ternganga, Dia pula boleh tersenyum kambing dengan aku.

Aku cuma mampu mengeluh berat. Tersenyum hambar dan terus masuk rumah. Tutup pintu dan kunci. Aku tak boleh bayangkan kalau hari-hari nampak dia, bertembung dengan dia kat tepi jalan tapi inikan kami berjiran.

"Waargghhh... kenapa dengan hidup aku?'

***
"Assalamualaikum, jiran saya. Nak pergi kerja ke?" Dia tegur aku waktu kami sama-sama keluar rumah dan sama-sama juga nak kunci pintu. Serentak.

Senyap.
Aku tak pedulikan dia.

"Dosa kalau tak jawab salam. Nanti Allah marah."

"Hmmm... Waalaikumussalam." Aku terus gerak.

"Awak... ingat taw! Salam itu kita mendoakan seseorang itu. Saya doaka kesejahteraan awak, jadi awak kena doakan saya juga. Wajib." Dia jerit tak pedulikan jiran-jiran lain dengar.

Pagi-pagi lagi, jiwa aku jadi kacau. SETIAP HARI pulak tu.

Dan mulalah... Jiran-jiran aku buat statement sendiri tentang aku dengan minah mereng itu.

"Eidan, jiran baru kita tu... apa nama dia entah. Rasanya dia minat kamu tak. Makcik selalu dengar dia bagi tazkirah free kat kamu. Pesan suruh kamu jaga diri, jaga makan... Untungkan dapat jiran baik macam tu. Betul tak Eidan?" Makcik Jem beria-ria ceritakan pada aku.

Aku mampu senyum.

Makcik Jem tak tahu perkara sebenarnya, Jiran baru kita tu sebenarnya bertopeng dua muka.

***

"Wei, Eidan!! Kau memang kawan makan kawan. Apasal kau tak cakap yang kau dah nak kahwin. Dahlah dengan minah yang hampir setiap hari tunggu kau dekat depan pejabat tu. " Viq rakan sekerja aku terus marah-marah aku yang tak berdosa.

Dan...

"Aku kahwin? Dengan perempuan tu?"

Viq tergelak. "Tak payahlah sorak-sorak, lambat-laun satu office ni tahu jugak. Tak sangka korang pandai sembunyi rahsiakan dan kau boleh cakap perempuan yang bakal isteri kau tu gilalah, merenglah... Kau memang..."

"Hahaha...." Gelak besar. Serius kelakar. Viq buat lawak dengan aku pulak.

"Asal gelak?"

"Nak buat kenyataan pun, agak-agaklah weii! Kahwin? Dengan minah tu? Kau berjaya buat aku gelak. Tahniah. Sila keluar dari bilik aku sekarang."

Viq riak pelik. "Kau... ini tak lawak. Terang-terang kat papan kenyataan pejabat ada pengumuman yang kau dan dia akan bertunang. Pergi check sekarang."

Mataku membulat.

"WHAT?!!"

***
Darah kemarahan sudah sampai ke tahap maksima. Aku dah tak boleh tahan sabar bila pandangkan perempuan ini dengan muka selambanya bagi penjelasan yang tak masuk akal dan tanpa keizinan aku pula tu.

Memang cari nahas dengan aku.

"Saya minta maaflah. Tapi memang betullah kita akan bertunang nanti. Awak juga yang janji..."

"Janji? Bila masa pula aku janji dengan kau? Aku tak pernah janji dengan kau apa-apa pun. Kau memang..."

"Saya tak pernah tipu. Sikit pun tidak. Saya pegang janji awak pada saya. Saya sayang awak sangat-sangat... Eid." Dia perlahankan suaranya. Seperti hendak menangis dan aku tak akan ambil peduli apa jiran nak kata.

"Merepek apa ni? Apa yang kau merepek? Aku tak pernah janji apa-apa pun dengan kau. Kenal kau pun tidak. Kau yang muncul tiba-tiba dalam hidup aku, cari masalah dengan aku. Kenal aku dan kata macam-macam yang aku sendiri tak pernah buat pun."

"Saya kenal awak..."

"Aku... T.A.K kenal pun kau. Tak kenal. Faham tak, jiran?" Aku menunduk dan memandang seraut wajah milik perempuan ini.

Wajahnya basah dengan airmatanya. Hidungnya yang berkulit cerah bertukar berwarrna merah jambu. Matanya merah. Dan... timbul rasa simpati dalam diri aku.

Melepaskan nafas berat.

"Jiran... aku minta maaf sebab tengking kau. Tinggikan suara dekat kau." Suaraku diperlahan dan bernada memujuk.

Dah terbalik!!

"Saya minta maaf. Tapi itu yang awak janji. Saya buat macam tu supaya awak ingat apa yang awak cakapkan pada saya sebelum ini. " Dia terangkan dalam keadaan teresak-esak. Tanpa rasa bersalah, dia memeluk lengan aku erat.

Erat.

Terlampau kuat seperti kanak-kanak yang ketakutan kerana dimarahi.

"Saya minta maaf, Eid, Saya... tak berniat nak buat awak marah. Saya tak nak awak marah-marah."

"Aku minta maaf."

Makcik Jem tersenyum melihat kami berbaik setelah lama kami bertengkar di hadapan pintu rumah masing-masing.

"Saya tak nak awak marah. Saya takut."

Dia memeluk lebih kuat.

Aku membiarkan sahaja sehingga dia benar-benar rasa selamat. Salah aku juga kerana marah-marah diia dengan teruk.

"Maaf."

Hanya itu sahaja yang meniti di bibir mungil milik perempuan ini merangkap jiran aku.

***

Pagi ini aku dapat menarik nafas lega dan bahagia setiap hari. Aku dan Metilda, jiran aku a.k.a perempuan gila sudah berbaik dengan harmoni selepas berbulan kejadian itu.

"Assalamualaikum... jiran." Mitilda menegur aku yang baharu sahaja keluar dari rumah sama seperti dia. Tapi dia sengaja buat macam tu. Katanya, nak aku dengan dia buat serentak setiap kali pagi nak pergi kerja.

"Waalaikumussalam. "

"Awak... tunggu! Saya ikut awak, boleh?" Mitilda terhegeh-hegeh berjalan ikut rentak kaki aku.
Nak juga berjalan sebelah aku.

"Suka hati kaulah."

Malas nak layan.

"Awak nak tahu tak? Saya dah dapat kerja tahu?"

"Hmmm..."

Kami sampai di tempat letak kereta dan aku laju bergerak ke arah kereta aku. Mitilda pula ke kereta Myvi berwarna kuningnya. Dalam keretanya penuh dengan 'benda' lembut berbentuk strawberi.

***

Tetikus kutekan banyak kali dan menghasilkan bunyi 'Click.. Click.. Click.'
Fail di atas meja, aku selak malas. Kerja kalau bagi seminggu pun tak akan siap. Kerja dulu tak siap lagi, dah tambah kerja baru. Sungguh menyeksakan jiwa raga.

Tok.. Tok... Tok

"Masuk."

Viq masuk setelah dapat arahan masuk daripada aku. Dia terus duduk dan pandang muka aku macam tak puas hati.

"Kau dah kenapa?" Tegur aku sambil tangan ligat menekan papan kekunci.

Viq tarik nafas.

"Perempuan tu datang sini."

"Perempuan mana?"

"Alaa... jiran kau tulah."

"Jiran? Dia kan selalu datang sini. Apa nak heran?"

"Masalahnya, jawatan pembantu kau tu dia dah isi." Viq nampak risau.

Dan aku... lagi risau tahap melampau.

"Tipu... Sepatutunya aku yang kena pilih dengan siapa aku nak. Jawatan kosong tu sebagai pembantu aku dan aku tak pernah terima mana-mana pemohon pun sebelum ini."

"Bos terima dia."

"What?!"

Aku laju keluar dari bilik aku dan berjalan ke luar. Aku nampak Mitilda mesra berbual dengan staf-staf lain. Dia nampak aku. Dia senyum lalu berjalan mara ke arah aku,

Aku tenung dia tajam.

"Hai, awak! Saya Mitilda Nur. Saya pembantu baharu awak sekarang ini. Suka tak?" Mitilda hulurkan tangan untuk salam perkenalan. Aku tak sambut huluran salam dia. Aku tak puas hati dengan dia. Tak faham dengan dia dan sepatutnya aku tak patut rasa ini semua.

Selalunya dalam novel atau mana-mana cerita. Lelaki yang selalu ganggu perempuan tapi situasi aku dah terbalik. Perempuan yang ganggu aku terus-terusan. Aku dah nak jadi gila sebab perempuan gila ini.

Aku tarik Mitilda masuk dalam bilik aku. Aku perasan staf-staf dah pandang kami buat drama sekali lagi.

"Kau buat apa kat sini?" Aku lepaskan tangan dia kasar.

Mitilda mengosok tangannya. "Sakitnya..."

"Kau buat apa kat sini?"

Aku ulang kembali soalan aku yang tidak dijawabnya.

"Saya kerja kat sini."

"Siapa bagi kau kerja kat sini?"

"Boss. Encik Badrul. Dia cakap awak perlukan pembantu jadi dia terima saya lepas tengok resume saya. Awak tak suka ke saya kerja sini?" Mitilda merenung aku dengan mata bundarnya. Muka comel dia dah datang.

"Tak. Aku tak suka. Lebih-lebih lagi kau jadi assistant aku. Memang taklah,"

"Habis awak nak saya buat apa?"

"Tarik diri. Berhenti kerja kat sini, cari kerja tempat lain." Tegas aku keluarkan arahan.

Mitilda terkejut.

"Tempat lain? Salah ke saya kerja kat sini sama-sama dengan jiran saya." Mitilda memandang wajah aku dan berdiri rapat di hadapan aku.

"Salah."

"Alasan?"

"Aku tak suka kau. Sampai bila-bila aku tak suka kau. Aku benci tengok muka kau. Dari mula kau datang dalam hidup aku. Lebih-lebih lagi bila kau start duduk berjiran dengan aku. Kau menyusahkan hidup aku. Itu alasan aku." Aku lepas marah pada dia.

Dan itu bukannya sebenarnya alasan aku kenapa tapi entah kenapa mulut aku tak nak berhenti, laju macam machine gun. Air muka Mitilda dah berubah sejuk seperti air. Seperti hendak menangis rasanya,

"Saya tak faham kenapa awak tak suka saya. Kenapa awak susah sangat nak terima saya. Saya tak faham kenapa awak berubah sangat. Dulu awak tak macam ini. Dulu awak seorang lelaki yang baik dekat semua orang, Awak seorang yang penyayang. Awak tak pernah biarkan saya menangis walaupun sesaat. Awak prihatin sangat, tahu bila saya sakit, bila mood baik saya, apa yang saya nak dan awak tahu apa yang saya fikirkan." Mitilda sudah menangis teresak-esak.

Pantas tangan aku menutup vertical blind bilik aku.

"Aku lagi tak faham kau. Aku memang tak kenal kau dan aku memang tak ingat pun aku ada jumpa kau ke apa. Aku tak pernah janji apa-apa dengan kau. Pasal nama? Aku tak kenal kau, tapi kau kenal aku. "

Dan kekadang aku fikir kau makhluk tersesat dari planet Marikh yang ada misi untuk ganggu aku. Ayat terakhir tidak aku luahkan kerana aku tak sampai hati tengok air mukanya persisi seorang bayi menangis. Salah satu kelemahan aku adalah aku tak boleh tengok perempuan menangis. Aku tak kejam.

"Maaf."

Mitilda berhenti sambil menarik nafas dalam. Mengelap air mata dengan belakang telapak tangannya.

"Saya akan berhenti kerja dan cari kerja baharu. Tak akan ganggu awak selagi awak tak kenal siapa saya pada diri awak dahulu. Maaf."

Mitilda keluar dari bilikku. Aku terus duduk di atas kerusi dan memikirkan kembali kata-kata Mitilda tadi. Dia sungguh bersungguh-sungguh berkata yang aku kenal dia, dan aku sayang dia.

Adakah dahulu kami pernah ada hubungan istimewa? Sehingga Mitilda beria-ria dengan aku tanpa pedulikan aku marah-marah dia.

***

Semenjak peristiwa di pejabat beberapa hari lalu, aku tak pernah nampak Mitilda di rumahnya. Dan aku tak rasa diganggu lagi dengan dia. Mana-mana aku pergi, aku tak nampak muka dia lagi seperti sebelumnya. Aku tak dengar suara manja dia lagi.

Tapi... Aku rasa lain. Lain tanpa dia. Lain tanpa teguran dia setiap pagi. Aku rindu dengan kedegilan dia. Aku rindu dengan kaki penyibuk dia. Aku rindu dengan mata bundar milik dia. Aku rindu dengan bila dia cakap yang dia sayang aku.

Eid, sedar diri, Sepatutunya kau rasa aman dan harmoni tanpa dia. Dia dah buat apa yang dia janjikan pada kau. Tak akan ganggu hidup kau. Apa dah jadi ni?

Aku geleng kepala.

Aku rindu dia.

Ya, Aku rindu Mitilda. Aku rindu muka dia.

Aku mengeluarkan kunci rumah dari dalam poket. Pantas pintu rumah terbuka. Di saat aku ingin menutup kembali pintu, Mitilda baru pulang entah dari mana. Mungkin dari tempat kerjanya.
Aku keluar.

"Assalamualaikum, jiran."

"Waalaikumussalam." Mitilda menjawab namum sekilas pun dia tidak memandang aku seperti sebelumnya. Mitilda berlalu masuk kedalam rumah. Tinggal aku seorang di depan pintu sendiri sambil memerhatikan pintu rumah jiran aku, Mitilda Nur.

"Aku minta maaf, Nur."

***
Tok... Tok... Tok

"Assalamualaikum, jiran. "

Aku bangun dari katil. Tengok jam baru menunjukkan jam 6.oo pagi. Siapa pula jiran aku yang rajin datang mengetuk pintu rumah aku pagi ini.

Buka. Mitilda sedang berdiri membelakangkan pintu rumah aku.

"Jiran! Kau buat apa pagi-pagi ni?'

Mitilda pusing. Dia tersenyum.

"Jawab salam dulu. Tak jawab dosa."

Dia tetap jiran yang sama. "Waalaikumussalam."

"Eid, saya nak minta tolong awak hari ini. Boleh tak? Awak cutikan hari ini."

Aku pelik. Kalau mana tahu aku cuti tu, dia memang dah stalk aku. Dia minta tolong? Sebelum ini dia tak pernah minta tolong, tapi dia selalu menolong.

Suara dia...

"Tolong apa?"

"Nanti teman saya pergi shopping mall, nak pergi beli hadiah lah untuk orang. Tapi tak tahu taste dia. Awak sahaja yang tahu." Mitilda tersenyum sambil badannya bergoyang lembut macam Teletubbies.

"Boleh je. Bila?" Aku baik hati hari ini.

"Pukul lapan pagi. Saya tunggu awak. Ok." Mitilda buat tanda peace. 

Aku tergelak. Aku balas dengan good. 

"Bye."

"Bye." Mitilda masuk kedalam rumahnya. Aku turut sama masuk. Hati aku berbunga riang. Entah apa perasaan yang muncul, aku sendiri tidak tahu.

***
Tepat pukul lapan pagi, Mitilda sudah menunggu di depan pintu rumahnya. Aku tersenyum dan melambai padanya sebagai tanda 'HAI'. Aku melangkah ke arahnya.

"Dah ready? " Soal kami serentak. Aku ketap bibir. Mitilda ketawa.

"Dah. Jom gerak." Mitilda berjalan laju menuju ke arah lif untuk turun dari tingkat 11 ini.

Kami berbual-bual sambil tergelak kuat atas hal remeh tadi. Dan aku tidak pula ingin bertanya ke mana dia sebelum ini dan mana juga dia bekerja sekarang.

Masing-masing tidak mahu bertanya hal masing-masing. Ego kami memang tinggi.

***
Pusat membeli-belah MidValley lenggang dengan pengunjung pada awal pagi. Mitilda berpusing-pusing di tengah- tengah mall sambil ketawa riang. Aku turut tersenyum melihat perlakuannya seperti keanak-anakan. Tidak padan dengan umurnya yang mencecah 25 tahun itu.

"Kita nak buat apa kat sini? " Aku soal dia setelah melihat dia duduk di bangku tersedia. Aku pandang wajah mulusnya yang bersih tanpa secalit mekap pun. Sungguh cantik ciptaanNya yang terbentang di hadapannya kini.

"Kita pergi kedai pakaian yang ada jual pakaian lelaki. Nak? Saya nak beli hadiah untuk kawan saya. Dia lelaki dan saya tak tahu dia suka apa. Sebagai seorang lelaki, apa yang awak suka? Listkan empat benda yang awak suka."  Mitilda menunjukkan empat jari dihadapan muka aku.

"Hadiah? Lelaki? Siapa dia?"

"Kawan. "

"Oh... Kalau saya, nak baju, jam, kasut dan telefon atau pun camera." Aku tersengih sedangkan semuanya bukan apa yang aku inginkan.

"Ok. Mula-mula kita pergi kedai baju. Jom..." Mitilda bingkas bangun. Aku ikut belakang dia kemana sahaja dia pergi. Kami sampai di salah sebuah butik pakaian lelaki. Mitilda laju memilih di bahagian kemeja. Aku membuntutinya.

"Awak suka colour apa? Hmm?" Mitilda mendongak memandang aku. Aku angkat kening.

"Macam biasa. Biru." Aku tersengih lebar.

"OK. Merah," Mitilda mengambil kemeja berwarna merah hati yang mempunya poket di bahagian atas. Poket tersebut mempunyai corak teddy bear juga. Aku pelik. Dia pergi ke kaunter bayar.

"Kenapa merah? Saya cakap biru. Gila." Tegur aku setelah kami keluar dari butik itu dan bergerak ke kedai kasut pula.

"Suka." Selamba dia menjawab.

Aku terlihatkan kasut jenama CROCODILE yang sudah lama aku idamkan tapi hati malas nak beli walaupun masalah kewangan bukan sebabnya.

"Awak minat kasut tu ke? Ok. Kita pilih tu, Cepat try saiz awak." Arahan lembut keluar dari mulut comel Mitilda.

"Saiz kaki kawan awak tu sama dengan saiz kaki saya ke?" Tanya aku dengan kening yang hampir bercamtum. Tak akanlah kakinya sama saiz '8' seperti aku. Besar tu...

Mitilda tersenyum. "Sama." Metilda lantas ambil kasut yang aku minat dan memberinya padaku. "Cepat try cuba ni. Cantik."

Tersenyum. "Ok, jiran."

Setelah puas berpusing satu mall, kami singgah ke kedai makan. Aku pun rasa lapar. Mitilda pesan mee goreng dengan air choclate , aku pula nasi goreng dan fresh orange. 

"Lapar... "

"Lapar, makanlah tu. Tak payahlah nak merungut." Aku selamba jawab sambil mulut penuh dengan nasi.

Mitilda tergelak. "Tahu. Nak cakap macam tu pun nak membebel. "

Aku senyum sinis.

"Eid... kalau suatu hari nanti, saya tak berjiran dengan awak. Awak akan rindu tak dengan saya?"

Aku angkat kening. Pandang seraut wajah milik gadis ini.

"Hmmm... Entahlah. Sebab kau tak hilang pun."

Mitilda senyum hambar. "Ooo..."

"Dah habis makan dah? Kalau dah sudah, jom balik. Dah lewat." Aku menyoalnya lembut setelah terasa kami sudah lama di MidValley ini.

"Dah. Jom." Kami bingkas bangun dari tempat duduk dan keluar dari kedai tersebut. Kami bergelak ketawa bersama. Mitilda juga mengajak aku pergi ke pusat permainan, katanya hendak release tension
dari fikirkan kerjanya. Aku pula hanya mengikut sahaja dia pergi. Aku pun jarang keluar.

"Cuba try main ini. Macam dulu-dulu" Metilda mengajak aku bermain tembak-menembak. Aku menolak,

"Tak nak. Macam budak-budak."

"Mana ada. Sekali awak cuba, awak tak nak balik rumah nanti. Lepaskan segala tekanan dengan shoot bola ini. Jaringkan semua kelapan bola ini. Saya belanja." Mitilda bersungguh-sungguh menyuruh aku main.

Jadi...

"Weii... aku tak nak balik. Aku nak main."

"Dahlah Eid. Pokailah macam ni. Dah enam pusingan kau saja yang main." Mitilda merungut bosan. Aku tergelak melihat dia.

Aku menghampiri Mitilda dan duduk mencangkung bersebelahan dengan dia. "Yelah... Jom balik."

Mitilda tersenyum riang. "Jom."

***
Semakin hari, setiap hari, aku dan Mitilda semakin rapat. Kami pergi kerja bersama, kadang-kadang aku tumpang kereta Mitilda dan kadang-kadang dia tumpang kereta aku. Kami sering keluar makan sama-sama dekat kedai mamat berdekatan dengan condo kami. Lepak kat taman permainan, borak-borak dan gelak kuat-kuat sama-sama tanpa mempendulikan orang sekeliling perhatikan kami.

Hari ini aku nak ajak Mitilda keluar pergi kedai buku. Aku nak didik dia dengan menyemat suka akan novel dalam hati dia sebab dia selalu kutuk aku macam perempuan yang kuat baca novel cintan-cintun.

"Kita nak pergi mana ni, Eid?" Mitilda soal aku ketika kami dalam perjalanan ke AEON.

"Mall." Pendek sahaja jawapan aku.

"Nak habiskan duit gaji ke? Hari tu dah membeli siap belanja saya lagi nak beli apa-apa pun. Hari ni pun nak membeli lagi. Tak rugi ke?" Mitilda menyengih lebar memandang aku. Aku memandangnya sekilas. Ingin senyum tapi aku sembunyikan dari dia. Takut dia jadi mereng nanti.

"Huu... adalah cik"

"Ok."

Mitilda terus senyap dan termenung menghadap ke luar tingkap. Aku mengambil kesempatan untuk melihat dia. Melihat Metilda membuatkan hatinya menjadi sejuk. He...he...he...

"Kalau nak pandang, minta izin dululah." Mitilda mencelah tapi mata tetap ke luar tingkap.

Waarrghh... Dia tahulah.

Kantoi!!

Keretaku diparkir. Kemudian kami berdua berjalan masuk ke mall. Langkah kakiku laju mengatur ke kedai buku Popular. Aku menoleh kebelakang dan terpandangkan Mitilda yang kaku di belakang.
Aku berjalan ke arahnya.

"Kenapa?"

"Tak nak masuk."

"Kedai buku? Kenapa? Bagus apa baca buku. Dapat ilmu. Kan?"

Mitilda menangguk kemudian mengeleng. Aku tergelak.

"Jom. Masuk. Hari ini kita cari ilmu." Aku tarik tangannya mengajak masuk. Mitilda hanya menurut langkah aku.

Sempat berpesan, "Jangan lama-lama sangat taw, Eid. Nanti otak saya beku."

Meletus ketawa aku di tengah-tengah kedai buku. Staf-staf di situ termasuk pengunjung terkejut melihat aku. Mitilda pula menjauh dari aku. Tak nak mengaku aku kawan dia.

"Dia bukan kawan saya..." Mitilda menjarak dari aku dan memberi alasan tak logik.

Ketawaku semakin kuat. Otak aku rasanya dah beku sekarang ini.

***
Sungguh aku tak dapat terima kenyataan dari dia. Tiba-tiba sahaja dia hendak berpindah tanpa sebab yang munasabah. Aku tak boleh terima.

Dan dia...

Berikan semua hadiah-hadiah yang dibeli untuk kawan lelakinya itu. Baju, jam, kasut dan semuanya. Kenapa aku? Siapa sebenarnya kawan lelaki dia itu? Aku? Dan siapa aku sebenarnya pada dia? Siapa aku yang dahulu?

"Kau nak pergi mana, jiran? Tiba-tiba aje nak pindah. Aku ada buat salah... ke..."

Mitilda memotong percakapan aku,

"Awak tak salah, Eid. Saya yang nak pindah. Mungkin saya salah sebab muncul dalam hidup saya. Saya beri peluang pada diri saya untuk ingatkan awak, siapa saya? tapi... awak tetap sama. Awak tak pernah kenal saya sekarang. Jadi saya ingin mengundur diri..." Mitilda tersenyum manis pada aku.

"Tapi.... " Aku mengetuk kepala sendiri. Siapa aku? Kenapa Mitilda beria-ria cuba ingatkan aku siapa dia sebenarnya dan siapa aku sebenarnya pada dia.

Tak ingat.
Aku tak ingat. Apa sebenarnya?

"Saya minta diri... ye!" Mitilda ingin beredar dari sini. Pantas aku tarik tangannya. Mitilda tersentak dan aku melutut dibawahnya.

"Jangan pergi."

Mitilda mengusap kepala aku. "Tak ada apa. Mungkin salah saya. Kuat berharap. Saya pindah sebab ibu saya terima lamaran orang untuk saya. Ibu cakap saya dah tua, tak ada siapa nanti nak kahwin. Tapi, ibu ni pun satu, anak dia ini masih muda dan jelita. Ada kata kita ini dah tua.Tak padan langsung."

Dia ketawa. Aku tersenyum hambar.

"Jadi... kau terimalah."

"Hmmm... entahlah. Tengoklah nanti."

Aku melepaskan pegangan tanganku pada dia. Mitilda meninggalkan aku sendirian di depan pintu rumah sendiri. Dia pula sudah masuk ke rumah.

Aku juga masuk ke dalam rumah. Gambar Mitilda Nur aku tatap.

"Nur, aku tahu siapa kau. Tapi, kau yang tidak tahu siapa sebenarnya aku. Kau yang tak kenal aku. Kau yang tak faham aku. Kau tetap aku ingat. Kau memang tak pernah berubah. Cuma aku..."

Gambar itu kemudian aku simpan kembali ke dalam laci dengan kemas. Jika Mitilda terima lamaran tu, semuannya musnah.

Antara aku dan Mitilda akan jadi rahsia sehingga semuanya selesai. Aku janji, Nur.

Aku sayang kau sampai bila-bila.

"Maaf, jiran. Ada jodoh kita jumpa."

Pegang janji ini. Kukuh sampai hujung nyawa aku.




-TAMAT-

___________________________________________________________________________________
Assalamualaikum... Lepas baca sampai habis, tolong KOMEN di bawah. Anyways I hope you like it and let me know what you think. Much love, 

AimyShazleen14 (Yaadein)(Pitch Perfect)

8 comments:

  1. Bestnye~ khusyuk sye baca XD

    ReplyDelete
  2. ade sambungan ke citer ni?
    harap2 ade sambungan n sambungannya happy ending.
    btw this story is nice ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah akan ada sambungannya(: TQ sebab suka... saya pun harap happy ending jugak nanti, rasayalahhh... Hahahaha(:

      Delete
  3. best sngat!! ade smbungn tk?? nk smbngnyee..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah... thanks sudi baca sampai habisxD

      Delete
  4. Ada sambungan tak cerita ni?? Best sgt

    ReplyDelete
  5. Da ada ke sambungann crite ni.. Best nak tahu jg ape hubungan dorang sebenarnya

    ReplyDelete

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...