Peanut pandang Mia.
Mia perasan ada orang lihat dia. Tapi, dia buat tidak endah. Dia sudah bosan dengan sikap Peanut yang suka melihat wajah dia. Walau dilarang, tetap degil. Macam kerikil.
"Mia, malam nanti lepak nak?"
Mia kalih pada Peanut. Earphonenya ditanggalkan, muzik yang sedang bermain diberhentikan. Mia ukir senyum.
"Mana?"
"Mamak?" Peanut duga Mia sedangkan tempat mereka selalu lepak ialah mamak. Tiada tempat lain, yang lebih murah dan dibenarkan lepak lama-lama, sebab mamak boleh sampai ke pagi. Tapi, dia cuba bertanya, mana tahu Mia beralih cita rasa.
"Okey... Aku on aje."
Mia buat thumbs up sambil senyum ke telinga. Dia sudah lama tidak lepak dengan Peanut. Sebab masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Peanut sibuk dengan menjadi photographer, Mia pula sibuk dengan modelling. Masing-masing jugak sudah famous. Peanut sudah bekerjasama dengan syarikat luar, sebab Peanut 'pro' ambil gambar. Mia pula, dikenali ramai hingga tercalon sebagai model yang hangat.
Peanut bangun dari duduk.
Dari tadi, mereka berdua duduk berjulur kaki, di taman, bawah pokok besar. Melihat gelagat dan telatah manusia sekeliling. Mereka tidak banyak bercakap, mahupun becerita, sebab masing-masing sudah tahu. Cerita yang sama. Kerja dan penat!
"Mia, aku nak tanya something!" Peanut tiba-tiba bersuara. Memandang wajah Mia yang sedang duduk, menikmati CoolBlog perisa coklat.
Mia angkat wajah, lihat Peanut.
Dia jongket kening.
"Apa? Tanyalah."
Peanut tarik nafas perlahan.
Dalam-dalam, kemudian melepaskan dengan tenang.
Mia kerut dahi.
"Kau kenapa? Tiba-tiba, macam gabra. Asal?" Soal Mia, dia sibuk melibas-libas dress labuhnya jika ada tanah yang melekat. Setelah puas hati, dia ukir senyum sendiri.
Peanut simpan senyum.
Mia memang suka jaga standard. Tak mahu orang nampak dia selekeh, walau dia hanya mahu pergi masuk tidur, baring-baring atas katil. Mia akan pilih baju tidur yang sesuai, minyak wangi mengikut hari dan waktu. Peanut sudah biasa.
Mia yang masih setia menunggu jawapan Peanut, mengerling rakannya.
Dia merengus.
Peanut mengelamun!
Mia tepuk bahu Peanut.
Peanut tersentak. Kalih lihat Mia.
"Kau dah kenapa?"
Peanut geleng kepala. "Tak ada apa-apa."
"Menipu... macam aku baru kenal kau. Kau ada masalah ke?" Mia prihatin.
"Tak adalah. Aku okey aje."
"Kemudian?"
"Tak ada apa." Peanut koyak senyum sambil kenyit mata pada Mia. Mia jeling tajam, pura-pura mahu termuntah hijau.
"Kau nak tanya apa tadi?"
"Ouh... tadi, aku nak tanya... errr... apa ehhh..." Peanut garu kepala. Bukan gatal, tapi dia keliru sama ada dia mahu tanya, atau tidak. Dia takut Mia marah.
"Laaa... tak akanlah lupa. Kau banyak makan semut ni. Aku dah kata, jangan beli nasi lemak kat tepi jalan besar sana, banyak habuk. Tak sihat!" Tegur Mia tiba-tiba. Entah ada kaitan pun tidak, dia sendiri tidak tahu.
"Mia..."
"Hmmm..."
"Malam nantilah, aku tanya balik. Kejap lagi aku cuba ingatkan apa aku nak tanya."
"Yelah."
Peanut tiba-tiba tarik tangan Mia. Pergi tengah-tengah padang yang sibuk dengan orang yang bermain sana-sini. Mia yang terkejut, hanya mengikut langkah kaki Peanut.
"Wei, kau apasal?"
"Sengaja..."
"Tak ada keje..."
"Memang..."
"Susahlah, cakap dengan kau!"
"Jadi, jangan cakap, baik kau duduk diam-diam. Tengok apa aku nak buat."
Mia merengus geram.
Peanut senyum puas hati.
Peanut pergi berlari anak ke arah seorang pakcik yang berusia. Pakcik yang ketawa bermain dengan kanak-kanak di sekelilingnya. Pakcik belon!
"Belon dua, nak kaler merah dengan biru." Peanut sudah senyum. Dia menyeluk poket seluar, keluarkan beg dompetnya. Nak bayar.
"Berapa?" Peanut tanya pakcik tersebut. Tangan menyambut huluran belon.
"Dua ringgit."
Setelah bayar,ucap terima kasih, Peanut lari laju-laju arah Mia. Mia pandang Peanut.
"Kau nak buat apa dengan belon tu?"
"Tak tahu?"
"Sebab tu aku tanya, sengal..." Mia peluk tubuh. Mata masih memandang Peanut. Peanut duduk atas rumput, tengah padang yang ramai orang.
"Pehal kau?"
Peanut tidak menjawab. Terus tarik tangan Mia. Paksa duduk sama dengannya.
Mia mengeluh. Mengikut sahaja apa yang Peanut mahu lakukan dengan belon-belon tersebut.
"Nah ambik satu!" Peanut hulur belon berwarna biru pada Mia. Mia lihat wajah Peanut lama. Tenung dalam-dalam, seperti mahu tembus masuk otak, apa yang ada dalam fikiran Peanut. Tapi, tidak dapat. Tak ada kunci.
"Ambiklah..."
Mia berdecit. Namum, tangan tetap menyambut huluran Peanut.
"Then?"
"Ikut aku!"
Peanut buka ikatan benang halus pada belon. Kemudian, pada hujung belon, dia buka ikatannya. Dia picit, tahan angin keluar. Dia angkat kening tengok Mia.
"Apa kau nak buat?" Mia tanya. Peanut hanya beri senyuman.
Peanut kemudian suakan hujung belon ke dalam mulutnya. Melepaskan gas dari belon masuk ke dalam rongganya. Sedikit-demi-sedikit.
"Mia, mia, mia... hahaha..." Peanut ketawa gembira.
"Wehhh... suara kau! Kalah Donald Duck! Hahaha..." Mia turut sama gelak sakan. Baru dia faham apa Peanut cuba buat. Suara akan berubah bila gas halogen masuk banyak.
"Cepatlah kau pulak try!" Gesa Peanut. Mia angguk laju. Dia melakukan apa yang Peanut buat tadi. Kemudian, mereka sama-sama ketawa gembira. Dengar suara masing-masing yang berubah. Gelak macam tak hengat dunia. Kalah kanak-kanak yang ramai di taman tersebut.
"Macam orang gila!"
"Kau pun sama!" Peanut gosok kepala Mia sampai rambutnya serabai.
Mia tepis tangan Peanut kasar.
"Kusutlah rambut aku dowh..."
"Gila!"
"Kau punlah!"
__________________________________________
Mia tunggu Peanut lama di kedai mamak tepi jalan. Dia jeling jam tangannya. Sudah masuk pukul 9 malam. Dia pandang keliling, ramai pelanggan malam hari ni.
"Mana dia ni?" Mia keluh kasar. Dia keluarkan telefonnya. Nama Peanut dicari.
Tekan call!
Lama.
Peanut tak angkat panggilan.
Sekali lagi. Mia tekan butan call.
Dia dapat jawapan yang sama. Peanut tak mahu angkat panggilan dia.
Mia sudah tarik muka.
Dia berkira-kira mahu bangun atau tidak.
Mahu tunggu atau tidak.
Jawapan...
Dia mahu tunggu.
Noktah.
Sedang dia tunggu, kenangan dulu bermain kembali...
_____________________________________________________
"Peanut, aku nak tanya kau, sikit, boleh?" Mia kerling Peanut yang sibuk dengan kameranya. Peanut toleh lihat Mia.
"Apa?"
"Kau dah ada someone?"
Peanut angkat kening. "Someone apa?" Blur.
"Special."
"Ouhh... tak. Kenapa?"
"Aku nak jadik someone special untuk kau. Boleh?"
"Huh?!" Peanut buntang mata. Pandang wajah Mia tidak berkelip. Kamera di tangan, diletak ketepi. Mahu fokus pada Mia.
"Jangan mainlah Mia..."
"Aku tak main. Aku serius!"
"Kau model kowt..."
"Jadi? Apa masalahnya dengan kerja aku?"
"Selalunya model tak mahu kahwin awal..."
"Itu bukan aku."
"Kenapa tiba-tiba?" Soal Peanut sambil tongkat dagu. Merenung anak mata Mia dalam-dalam. Mana tahu ada kamera tersembunyi. Mia kan pandai buat expression muka.
"Sebab aku suka kau."
Peanut tiba-tiba ketawa sakan.
Seolah Mia sedang buat lawak depan dia.
"Aku nak kerjaya aku berjaya dulu. Aku dapat sign kontrak dengan company besar kowt. Kau tak nak tengok aku senang?"
Mia senyum. "Mestilah."
"Jadi?"
"Aku tunggu kau."
"Sampai bila?"
"Sampai kau sendiri kata, kau tanya aku, sama ada aku suka kau lagi atau tak? Hurm?" Mia koyak senyum. Dia tukar pandangan. Lihat ke dalam cafe. Orang keliling sibuk bercerita sana-sini. Tersenyum, ketawa sesama sendiri. Tapi, dia cuma pura-pura senyum. Seperti tiada apa berlaku.
Peanut hanya pandang Mia sepi.
______________________________________________
"Wei, Mia! Melopong!" Teguran Peanut menyentak lamunan Mia yang panjang. Dia angkat wajah. Lihat Peanut depan mata. Tersengih.
"Asal lambat?"
"Jalan sesak."
"Alasan."
Peanut hanya senyum.
"Lama tunggu aku?"
Mia angguk perlahan. "Lama jugaklah." Straw dia sisip ke bibirnya. Milo ais menjadi pilihannya waktu malam ini.
"Sorry."
"Takpe."
Sepi.
"Peanut..."
Peanut lihat Mia. "Apa?"
"Kau nak tanya apa siang tadi?" soal Mia sambil tongkat dagu.
Peanut garu kepalanya. Sekali lagi.
"Jangan cakap kau lupa lagi. Aku tunggu kau lama, sekali tak ada apa."
"Tak adalah. Aku ingatlah." Peanut sengih tayang gigi.
"Apa?"
"Kau ingat kan soalan kau tanya aku dulu?" Peanut tenung Mia. Mia pandang Peanut. Mata mereka tidak berkelip.
"Ingat. Kenapa?"
"Kau suka aku lagi tak?"
Mia hampir tersedak. Tak sangka Peanut tanya soalan itu. Sudah lama dia menanti, hampir 6 tahun jugaklah, hingga masing-masing berjaya seperti sekarang.
Peanut yang terkejut, cepat-cepat bangun. Berlari mencari tisu dalam kedai mamak.
"Nah!"
Tisu beralih tangan. Mia sibuk mengelap mulutnya. Bajunya yang terkena air milo.
"Okey?"
"Hah?!" Mia blur. Peanut geleng kepala.
"Okey?"
"Okey."
"Jawapan soalan aku tadi? Kau suka aku lagi tak?" Peanut ulang soalan. Tunggu jawapan Mia. Lama.
"Suka."
"Kenapa kau degil?"
"Hah?!"
"Kau tunggu aku lagi ke?"
Mia angguk.
Perlahan.
"Mia..."
"Ya."
"Aku bukan someone special kau."
"Takpe aku tunggu kau."
"Aku kata, aku bukan someone special kaulah."
"Aku dengarlah..."
"Jadi?"
"Aku tunggu sampai kau jadikan aku someone special kau."
"Kau paksa aku?"
Mia geleng.
Peanut mengeluh.
"Sampai bila?"
"Sampai bila-bila."
______________________________________________
Peanut tunggu Mia. Tempat yang sama. Taman Tasik Titiwangsa.
Masing-masing sudah berjanji, mahu berjumpa di situ. Sebab masing-masing cuti selepas hampir dua bulan sibuk.
"Wei!"
Peanut terkejut. Dia kalih. Lihat Mia, tayang bungkusan pada kedua belah tangannya.
"Kau bawak apa?"
"CoolBlog dengan roti. Nak?"
"Mestilah."
Peanut laju rampas dari Mia. Mengambil minuman perisa kegemarannya.
Mia hanya senyum.
"Kau macam mana? Projek baru tu..." Mia soal Peanut. Dia baru dengar Peanut dapat projek dari luar negara yang berminat melantiknya untuk menjadi photographer mereka.
"Okey... Wei, Mia... serius aku tak sangka kowt!"
Mia ketawa. "Tahniah!"
"Kau?" Peanut tuju soalan pada Mia pula.
"Okey. Offer banyak kowt. Haha..." Mia ketawa gembira.
"Mia..."
"Hurmm..."
"Sampai bila?"
"Apa?"
"Kau? Aku?"
"Takpe. Aku tunggu kau."
"Tak penat?"
Mia geleng kepala.
"Okey?"
"Buat macam biasa sudah... rilexlah." Mia tepuk bahu Peanut.
Peanut hanya senyap.
Dia kerling Mia.
'Kau tetap degil kan?' Peanut mengeluh.
Sampai mati pun kita takkan pernah bersedia,
kalau kita tak pernah berbuat apa-apa.
-The End-
------> Jangan kata apa-apa. Cerita ni tak tergantung. Cerita ni ending memang macam ni. Sebab tu tajuk 'ACT LIKE NOTHING' . Takde apa yang berlaku. :)
Aimy..buat apa sekarang nie..
ReplyDelete