BAB 16
Aku melepaskan keluhan berat dan aku lihat Warfah menyeka air matanya dengan menggunakan hujung baju lengan miliknya. Aku meredupkan mata memandang dia.
"Awak okey?" tanyaku.
Warfah angkat wajah lihat aku. Bibirnya mengukir satu garis, dan garis itu yang membuatkan aku turut kecewa. Aku membawa tangan kananku ke belakang tubuh Warfah lalu aku paut bahunya erat. Wajahku tunduk sedikit untuk melihat Warfah.
"I know you hurt. You really in pain now... I-I know..." ujarku perlahan, tepat ke telinga gadis itu.
Warfah mengertap bibir. Dia memaling mukanya melihat wajah aku.
"I need you, Asraff. I-I ne-need you..." terketar-ketar suara Warfah. Lantas aku merangkul tubuh itu. Aku memeluk dia erat.
"I always with you, my girl." Daguku letak elok di bahu kanan Warfah. Mataku pejam rapat. Kejadian di restoran tadi mula bermain di mindanya.
"I always with you, my girl." Daguku letak elok di bahu kanan Warfah. Mataku pejam rapat. Kejadian di restoran tadi mula bermain di mindanya.
"Kenapa order satu-satu?" Bila aku perhati pesanan Warfah adalah untuk seorang makan sahaja tetapi mereka kini berdua. Berdua... Warfah.
"Sebab satu awak, satu saya."
Aku kerut dahi. Warfah tersengih namum tak lama bila dia seolah terlihat seseorang di belakang aku. Seseorang yang lagaknya seperti si pembunuh di depan mata. Mata Warfah tajam menikam si dia lalu aku toleh belakang dan aku kembali lihat Warfah.
Dan.
Aku lihat tubir matanya bergenang air mata!
"Abang!" Warfah memanggil aku dengan panggilan yang sudah lama aku ingin mendengarnya secara tiba-tiba.
Aku menjongket kening tanda 'kenapa-menangis?' Warfah gigit bawah bibir. Matanya merenung aku, kemudian melihat sekilas lelaki yang berada di belakangku.
"When he's coming here, kita buat tak tahu, okey?" Warfah pandang aku, menunggu kata putus aku.
"Abang..." Suara Warfah mati. Matanya tak berkelip lihat aku. Aku mengukir senyuman.
"Warfah..." Nama Warfah diseru oleh lelaki itu. Lelaki yang betul-betul berdiri di tepi meja mereka. Matanya merenung tepat ke arah Warfah.
"Encik Firdaus nak apa? Panggil nama isteri orang, tak tahu malu ehh?" sela aku. Aku berdiri menghadap dia.
Firdaus tajam memandang muka aku. Wajahnya bengis dan dia menghadiahkan aku senyuman sinis padaku. Aku tahan hati.
Naill, kau sabar ehh. Kau bukan baran. Kau bukan baran.
"Suami?"
Aku menangguk, memberi senyuman pada lelaki itu.
"Ya, saya. Saya, Naill Eric Asraff, suami kepada Nur Warfah." Aku keluar tangan kanan, acah-acah nak berjabat tangan untuk salam perkenalan secara formal. Yelah, dulu, gaduh-gaduh, tengking-tengking, tak sempat nak berkenalan.
Firdaus buat tidak endah dengan huluran tangan aku. Aku simpan senyum lalu aku tarik kembali tangan aku masuk. Takde orang sudi nak sambut.
"Aku nak jumpa Warfah," Firdaus selamba tarik lengan Warfah lantas membuatkan gadis itu bangun dari kerusi secara kasar.
Aku pantas menepis pegangan Firdaus dari lengan Warfah. Aku tarik Warfah supaya berdiri di belakang aku. Biar aku yang lindungi dia sebab Warfah isteri aku. Firdaus merengus geram.
"Berani kau sentuh isteri aku!" Aku mula bengang.
"Dia milik aku!" Firdaus meninggikan suaranya hingga membuatkan pelanggan yang lain memandang ke arah kami bertiga.
"No... She's mine!" suaraku tidak melenting namum kedengaran tegas padaku(?)
Firdaus berdecit. Warfah pula memegang hujung baju aku. Erat.
"Abang, tolonglah jangan ganggu kita orang lagi. Warfah dah kahwin. Abang baliklah." kata Warfah dari belakang aku. Firdaus mencari Warfah yang berdiri di belakang tubuh aku. Aku hanya memandang gerak lakunya.
"Warfah, abang menyesal... sungguh!" Firdaus mengertap bibir menahan rasa. Aku hanya diam.
"It's too late. Just go! Jangan ganggu lagi, dan jangan muncul depan Warfah lagi. Depan suami Warfah!" beritahu Warfah terketar suaranya. Firdaus terduduk. Agaknya menyesal dengan sikapnya dulu yang baran, tengking Warfah depan orang ramai. Namum, bak kata orang, nasi sudah menjadi bubur.
Firdaus berlalu di sebelah kami dan dia sempat mengerling ke arah Warfah sebelum berjalan keluar dari restoran ini.
Dan telinga aku sempat menangkap gerak bibirnya, "I'll never."
Aku paling tubuh menghadap Warfah. Kedua belah bahunya aku paut.
"It;s okey now..." kataku separa berbisik. Kepala Warfah jatuh ke bawah dua kali. Aku senyum tetapi mati serta merta bila lihat seorang gadis pelayan depan aku membelakangi Warfah.
"Anis!"
Satu nama buat Warfah tolak tubuh aku ke belakang. Dia memandang muka aku. Aku membalas pandangannya padaku dengan senyuman tipis di bibir.
Anis datang dekat pada kami. Kedua tangannya rapat ke sisi.
"Naill... Anis nak jumpa Naill kejap."
BAB 17
"Anis... nak jumpa Naill kejap." Anis ukir senyum.
Aku menelan air liur. Warfah menjarakkan dirinya dariku.
"Anis nak jumpa awak..." kata Warfah. Dia menoleh melihat Anis. Bibirnya mengukir satu garis.
Warfah jalan menghampiri Anis. Tangannya menyentuh tangan milik Anis.
"Saya duduk luar... awak jumpalah suami saya dulu," pesan Anis lantas beredar keluar dari restoran ini. Aku mengeluh. Kesian Warfah, makanan dah siap terhidang tapi tak sempat sesuap pun masuk ke mulutnya. Aku kembali lihat Anis kemudian selamba aku duduk di tempat aku dan Warfah tadi. Anis datang kat aku, duduk berhadapan dengan aku.
"Anis nak cakap apa?"
"Naill...Anis..."
"Kalau Anis nak cakap pasal Leo, Naill tak nak dengar. Bukan masalah Naill lagi kowt,"
Aku lihat, aku nampak Anis mengertap bibirnya. Aku tahu dia menahan dirinya dari menitiskan air matanya.
"Anis dengan Leo dah lama berpisah..."
Aku angkat kepala, renung anak mata hitam Anis. "Then?"
Oh, Naill... sejak bila kau jadik hati beku ni.
"A-Anis... nak minta maaf..."
"Dulu lagi Anis dah mintak maaf dengan Naill dan Naill dah lama maafkan Anis."
"Naill macam tak suka aje jumpa Anis."
Aku diam.
"Betul kan? Naill tak suka jumpa Anis. Mesti Naill gelakkan Anis sebab tak dengar kata Naill dulu. Mesti Naill tengah ejek Anis sebab Anis tolak sayang Naill dulu kan." Anis menunduk wajah. Aku senyap. Ada benarnya kata Anis, separuh hati aku tergelak menang. Separuh lagi punya perasaan simpati pada dia.
"Tak. Naill tak kisah siapa Anis sekarang dan dulu. Anis tetap Anis yang Naill kenal..."ujarku lembut.
"... dan Naill nak cepat ni, isteri Naill tunggu lama kat luar sana. Makan pun dia tak sempat, mesti dia lapar. Anis, boleh tolong bungkuskan makanan kita orang ni?" mintaku dengan senyuman tak lekang di bibir.
Anis senyum tipis. "Anis lupa... Naill ada isteri dah..."
"Yes... her named is Warfah. Nur Warfah..."
"Oh..."
Senyap.
Hingga... Anis bangun dari duduknya. Aku mendongak lihat dia.
"Anis bungkuskan dululah ye..." beritahu Anis dan dia sibuk mengambil makanan pesanan Warfah dan aku ke dapur.
"Okey. Naill tunggu..."
***
"Naill... nah..." Anis hulur bungkusan makanan padaku. Aku menyambutnya.
"Thanks Anis..."
"Memang kerja Anis pun..."
"By the way Anis... Pa Faz tak marah ke Anis kerja kat sini? He needs you in his company kowt."
Anis ketawa kecil. "Naill tahu kan, Anis tak minat business. Anis not like you. Thats why, Anis ambik bahagian penyeliaan. Lagipun, this restaurant milik papa. He gave to me untuk handle. And, I became a waitress." Dia jongket kening. Aku tersenyum.
"Okeylah... Naill gerak dulu."
Anis angguk.
"Oh, Anis... take care of yourself. Jangan nangis, jangan buat kerja bodoh and one more thing, jangan believe sangat dengan people yang nampak baik. Okey? Naill sentiasa doakan Anis happy..."
Anis angguk-angguk. "Ya."
Tika aku sudah melangkah jauh meninggalkan restoran milik Anis, aku berpatah balik kepada dia.
"Anis!" laung aku.
Anis kerut dahi. "Ya."
"Kirim salam kat Pa Faz..." Senyum.
"Okey... Pa Faz pun rindu Naill. Nanti senang datanglah rumah, bawak Warfah sekali," pelawa Anis telus.
"Okey... bye."
"Bye... dah lama said bye kowt." sela Anis lantas masuk ke dalam restoran. Dan aku berlari mencari Warfah. Dia message aku, dia ada kat kedai buku.
***
Aku nampak kelibat Warfah yang leka membaca buku di ruang sudut bacaan. Bibirku mengukir garis. Aku menapak mendekat ke arahnya.
Bahunya aku sentuh perlahan dari belakang. Warfah tersentak. Dia pusing tubuh menghadap aku. Matanya merenung mukaku kaku.
Naill, kau buat dia terkejut kowtt! Bibir Warfah berubah pucat terus.
"Asraff..." Warfah mengurut dadanya.
"Awak... ter...terkejut sangat ke?" tanyaku serba salah.
Warfah senyum. "Yes I am." Bibirnya dijilat bagi memberi kelembapan pada bibirnya.
"Dah jumpa dia dah? Dia kata apa? Dia ada masalah?" Bertubi-tubi soalan Warfah tuju padaku. Aku megerut dahi. Warfah tahu kisah aku yang dulu dan Warfah tahu siapa Anis sebab aku sudah beritahu dia segala-galanya. Emak aku kata;
"Setiap pasangan suami isteri tak baik ada rahsia. Nanti timbul syak."
Sebab tu aku beritahu semuanya sebab aku nak hidup bahagia. Aku koyak senyum.
"Tak ada apa. She okay." balasku. Aku tarik Warfah ke bangku yang tersedia di ruang sudut bacaan. Aku ajaknya duduk sebelah aku. Warfah hanya diam membatu. Aku tahu dia sedih, lagi-lagi kehadiran bekas tunangnya dulu.
Aku melepaskan keluhan berat dan aku lihat Warfah menyeka air matanya dengan menggunakan hujung baju lengan miliknya. Aku meredupkan mata memandang dia.
"Awak okey?" tanyaku.
Warfah angkat wajah lihat aku. Bibirnya mengukir satu garis, dan garis itu yang membuatkan aku turut kecewa. Aku membawa tangan kananku ke belakang tubuh Warfah lalu aku paut bahunya erat. Wajahku tunduk sedikit untuk melihat Warfah.
"I know you hurt. You really in pain now... I-I know..." ujarku perlahan, tepat ke telinga gadis itu.
Warfah mengertap bibir. Dia memaling mukanya melihat wajah aku.
"I need you, Asraff. I-I ne-need you..." terketar-ketar suara Warfah. Lantas aku merangkul tubuh itu. Aku memeluk dia erat.
"I always with you, my wife." Daguku letak elok di bahu kanan Warfah. Mataku pejam rapat.
"Warfah takut dia kacau kita dan Warfah tak nak awak jauh dari saya," katanya sambil menahan esak. Malu dilihat orang katakan.
Aku tolak tubuhnya jauh sedikit. Air matanya aku lap dengan telapak tanganku sendiri kemudian aku kucup kedua belah matanya. Warfah tersentak.
Naill, kau buat drama dalam kedai buku dowhh!!!
"Saya tak nak awak menangis lagi..."
Dia tidak menjawab.
"... dan tolonglah..."
Warfah angkat wajah lihat muka aku. Aku merenung wajah polos dia.
"... panggil saya 'abang'. 'Abang'." pintaku dengan senyuman hingga naik ke telinga.
Warfah ketawa kecil.
"Abang..."
"Yes."
"Abang..."
"Yes, my dear."
"Saya lapar... abang bungkus ehhh? Jom makan." katanya selamba. Aku terlopong.
"Baru nak romantik! Ingatkan dia nak bagi kiss kat my check." protesku sambil menghentak kedua kaki. Bungkusan makanan yang berada di tanganku dirampas oleh Warfah. Dia bangun dari duduknya. Dia menunduk melihat wajahku. Kemudian, dia tarik tangan aku memaksa aku bangun. Mengajak aku keluar dari kedai buku ini. Aku hanya mengekor dari belakang.
Tiba di muka pintu kedai buku. Dia berhenti dan aku turut sama terberhenti.
"Warfah..." marahku. Berhenti tak nak bagi signal dulu.
Warfah kerling lihat aku. "Sorry...sorry... ada incident di depan tadi."
Aku terkejut. "Siapa accident?"
"Not accident... incident... ada nenek lalu..." Dia tersengih. Aku menggulingkan mata ku ke atas. Ingatkan apa.
Warfah datang dekat padaku. Rapat. Aku menunduk pandang dia. "Kenapa?"
"Abang..."
"Hmmm..." Dia mendongak lantas mengucup dagu berlekukku.
"Sealed with a kiss..." ucapnya.
Aku tersenyum lantas mengucup pucuk hidungnya, lama. "Sealed with a kiss..." balasku.
Dia memaut lenganku erat, lalu melentokkan kepalanya ke bahuku. Tangan kananku memegang tangan kirinya. Kami berjalan sambil memerhati pengunjung di shopping complex. Bibirku tidak henti-henti tersenyum. Ya Tuhan, aku bahagia sekarang dengan dia. Nur Warfah binti Daud.
"Warfah..."
"Hmm..."
"Orang pandang kita, sebab sekarang kita bajet-bejet romantik..." kataku.
"So?"
"Angkatlah kepala dari bahu abang ni..."
"NO... who care orang pandang. Yang penting kita makan kat luar... kat park depan mall ni..." Warfah senyum. Aku tak dapat nak halang, malah aku lagi suka.
"Thanks Warfah...."
OUTRO
"Warfah..." panggilku sambil memerhati si isteri bermain air dengan si kecil.
Warfah toleh pandang aku. Keningnya terangkat. "Apa dia?"
"Tutup air! Jangan membazir!" arahku. Warfah mencebik.
"Biarlah... Adam nak main air kan? Kan?" Warfah ajuk-ajuk pada si kecil malah sengaja disuruh kanak-kanak lelaki itu mengiyakan katanya.
Aku menyinga. "Mentang-mentang dia budak lagi..."
Warfah ketawa. "Memang dia budak-budak lagi pun kan? kan?" Warfah tanya lagi si kecil.
Naill, kau bersabarlah dengan Warfah. Dari mula kau kenal, dia memang sebegitu.
"Naill..." suara itu menyinggah di telingaku. Kepalaku terteleng melihat empunya suara.
"Anis..." kataku. Anis tersenyum lalu mengambil duduk di depan aku. Melihat Warfah dan Adam bermain air yang dikatakan hendak pergi menyiram pokok bunga kononnya.
"Seronok tengok Adam main dengan Warfah... bila Naill dengan Warfah nak ada baby pulak? Bolehlah Adam nanti ada kawan." ujar Anis mengusik. Aku hanya tersengih.
"Takde rezeki lagi, Anis..." balasku. Aku lihat Papa Faz datang menghampiri aku dengan senyuman tak lekang di wajah. Dia mengambil duduk di sebelah Anis.
"Ada tu... sabar je, yang penting usaha itu kena ada," Pa Faz berjeda. Aku menggaru belakang leher. Malu.
"Mama!" Adam berlari memeluk Anis. Anis ketawa.
"Yes my dear..."
"Auntie Wa... mandikan Adam..." Kata si kecil petah yang baru menjangkau empat tahun.
Warfah duduk di sebelahku. "Mana ada... Adam yang nak main air kan..."
Adam mencebir. "Mana ada..."
"Ada.."Warfah balas sambil bercekak pinggang. Anis tergelak. Begitu jugak Papa Faz.
Aku terdiam lihat Warfah lantas aku tepuk peha Warfah secara lembut. "Dengan budak kecik pun nak carik gaduh gak ke?"
Warfah jeling aku. "Mana ada carik gaduh."
"Ada."
"Dahlah Warfah, Naill... kamu pulak nak bergaduh..." tegah Pa Faz memandang kami berdua silih berganti.
Kami tersengih.
Anis bangun, memimpin tangan si kecil. "Dahlah... jom masuk. Kita makan... makanan dah siap dah, hidangkan pun dah. Nanti sejuk..." ajak Warfah lalu masuk ke dalam rumah. Pa Faz menepuk bahuku sebelum turut masuk ke rumah.
Aku kerling Warfah. Warfah jongket kening.
"Warfah..."
"Hmmm..."
"Malam nanti kita buat anak nak?" selamba ayat itu meluncur laju keluar dari mulutku. Dan bibirku mula mengukir senyuman nakal.
Warfah terus bangun. "Oh God! Pervert!!" Warfah tepuk dahi.
Aku melopong. "What? Nooo!"
"Then?"
"Ajak aje..."
"Oh God... Abang..." Warfah dekatkan diri padaku. Mukanya didongak memandang aku. Aku menunduk.
"Yes."
"Lapar... Jom masuk makan..." Kata Warfah lantas berlari masuk ke rumah. Dan... telinga aku mula dengar ketawa dia.
"How she... ohmaiga... Naill. She still Warfah... the surly Warfah." Aku mengurut dahi lalu masuk ke dalam rumah menikmati masakan Anis. Pa Faz dah lama katanya tak jumpa aku dan sambil-sambil tu nak selit hal business. Oh yeah! Men always with business. Never ending.
About Leo?
Aku tak tahu tentang dia. Anis tak mahu bercerita, jadi aku tak tahu nak ceritakan hal Leo kat korang.
About Firdaus ex tunang Warfah?
Don't say his name... dah lama aku tak jumpa dia. Kali terakhir kat restoran tempoh hari, pedulilah dia. Aku bahagia dengan Warfah.
About Anis?
Sekarang aku, Warfah, Anis, Pa Faz dan si kecil Adam, keluarga aku dan keluarga Warfah bahagia dengan tertubuhnya keluarga kecil kami di Shah Alam ni.
About me?
Me. Now, happy dengan Warfah. Tinggal nak buat anak aje nanti. Maka lengkaplah keluarga bahagia aku. Ohmaiga... Naill. Patut kowt kau kena panggil pervert! Haha...
Bye. Aku melambai-lambai tangan kat korang.Thanks baca story aku yang tidak seberapa hebat dan menarik macam telenovela, kdrama, etc. Aku punya kisah ordinary nak share dengan korang.
The amount of tears you've cried, I want to make you happy by the same amount. I wanna smile broadly always with you beside me.
THE END.