BAB TIGA¦
NAZHAN tergelak mendengar statement yang keluar dari mulut rakan baiknya. Meja ditepuk-tepuk kasar hingga hampir sahaja air fresh orange miliknya tumpah mengenai seluarnya.
"Kau ni, gelak-gelak pun agak-agaklah." tegur Maliki yang memerhati Maliki yang gelabah memeriksa pakaiannya kot-kot terkena tumpahan air.
Nazhan pandang Maliki yang muram. "Takdelah... kelakarlah. Macam mana kau boleh kalah bet dengan budak-budak tu."
Maliki jongket bahu. "Manalah aku tahu."
"Macam mana perempuan tu?" soal Nazhan ingin tahu.
"Ada dua orang... aku memang sengaja langgar yang minah rambut tocang tu. Tapi tak sangka pulak air dia boleh terkena dia. Ingatkan aku. Mulalah kitaorang bergaduh."
Nazhan meangguk seolah mengerti keadaan rakannya itu. "Kiranya kau bet kat perempuan rambut tocang tu ke?"
Maliki geleng kepala. "Bukan."
"Ehhh? Habis tu siapa pulak kalau bukan dia?" Tanya Nazhan pelik.
"Perempuan bertudung pakai cermin mata." beritahu Maliki tiada jiwa.
"What? Bertudung? What???!!!" Nazhan ternganga. Sungguh dia terkejut dengan jawapan dari Maliki.
"Aku dah agak kau bagi muka macam tu punya."
"Serius la bro?"
"Ya."
"Then? Apa berlaku? Weyh, kau mana ada tertarik dengan perempuan macam tu. Kau dah kenapa hari tu?" ujar Nazhan fokus lihat Maliki yang dari menunduk wajahnya ke bawah. Yelah, manakan tidaknya. Lelaki yang selalu dapat tackle mana-mana perempuan dengan muka dia. Yang selalu menang bet dengan budak-budak kelas atas. Tiba-tiba semalam kalah secara mengejut.
Tapi, kenapa dengan perempuan bertudung pulak diorang bet? Kenapa pulak si Maliki dia terima?
Itu masalahnya!
"Perempuan tu marah aku balik dowh! Depan orang kat situ, depan budak-budak tu. Aku punyalah senyum tak sudah, boleh dia buat tak tahu. Lepastu, bila kawan dia dah blah, aku tegurlah dia. Tapi...tapi..." Maliki pejam mata tiga saat. Kepalanya dipicit-picit lagak seperti orang tua yang sibuk memikirkana macam mana nak sorokkan harta tujuh keturunan tak habis dari dikebas orang.
"Tapi apa?"
Nazhan ukir senyuman nipis. "Dia boleh pergi macam tuu... salam perkenalan aku, tergapai-gapai macam tu je. Malu siot!" Maliki menyambar gelas minumannya lalu dihirup sekali hingga licin.
Nazhan terus pecah ketawa. Dia tidak dapat bendung menahan perasaan untuk gelakkan Maliki yang selalu hidung tinggi. Peluang seperti ini jarang-jarang berlaku.
Maliki mendengus melihat Nazhan yang elok ketawakan kekalahannya tanpa rasa berdosa. Kawan jenis apa macam ni.
Nazhan lap tubir matanya yang berair. Serius hari ni hari paling bahagia dalam hidupnya.
"Kau nak buat apa sekarang?" soal Nazhan seusai dia berhenti ketawa. Muka Maliki yang sudah mula berDonald Duck dipandang sebelum dia menyisip straw untuk minum air fresh orangenya.
"Buat apanya?"
"Yelah. Cari perempuan tu ke?"
"Untuk apa?"
"Sebab dia dah jatuhkan maruah kau."
"Weyh, kau ingat KL ni kecik?"
Nazhan termenung seminit. "Haah. Kecik sebab KL cuma bandar aje."
Maliki tepuk dahi. Ya Tuhan, kenapa dia dapat kawan bengap macam ni.
"Kau lah sendiri cari dia." putus Maliki.
"Kenapa aku?"
"Sebab kau yang kecoh sangat."
"Kalau aku dapat cari dia?"
Maliki ketawa. "Kau macam yer-yer dapat cari perempuan tu."
"Asal lak?"
"Kau tahu tak muka perempuan tu macam mana? Tinggi dia? Tinggal kat mana? Kerja mana? Student lagi ke? Kau tahu ke?" Tanya Maliki sambil menjongket keningnya.
Nazhan garu kepalanya yang tidak gatal. Pandang Maliki seperti tidak bersalah.
"Tak kan?"
Nazhan angguk.
"Malam ni pergi ken nak?" ajak Maliki.
"Aku on aje. Bila?"
"Jam lapan nanti aku datang rumah kau."
Nazhan angkat tangan kanan buat tanda 'okey' sambil bibirnya mengukir senyuman.
"Malik. "
"Apa?"
"Tanya nama dia?"
Maliki sengih pandang Nazhan.
No comments:
Post a Comment