#Suntikan Semangat#

Friday, 28 September 2018

[Bab 1] Saprophytism

BAB SATU¦
SYAZREEN mengetuk dahi dengan jarinya. Fikirannya serabut memikirkan masalah di hadapannya sekarang ini.  Dia sudah lama buntu tapi berlagak seolah dialah satu-satunya manusia yang boleh membantu dua makhluk itu.
"Okey rilek. Control yourself dulu. Okey?" Syazreen ukir senyum. Matanya tidak sesaat pun dialihkan dari memandang makhluk itu. 
Dia risau jika apa-apa yang berlaku kalau dibiarkan sahaja. 
"Reen, kau nak aku rilek? Kau gila ke apa? Mamat ni dah tumpahkan air aku. Kena baju aku pulak tu!" Nisa tayang wajah bengis. Muka merah-merah padam semacam apple merah. Matanya tidak lepas dari menentang pandangan lelaki di hadapannya. Nisa tidak sekali gentar dengan lelaki berbadan sasa dan dua kali ganda tinggi darinya.  Dia sudah geram dek kerana lelaki durjana itu boleh selamba badak nak blah macam tak ada apa-apa berlaku. 
Buat macam tak bersalah! 
Muka senseless yang ditayang. 
Siapa tak marah? Minta maaf pun tak ada. 
"Benda kecik kowt. Bukannya baju kau tu beli mahal pun. Pasar malam aje pun." kata si lelaki itu dengan selamba. 
Nisa ternganga. "Pasar malam kau cakap? Weyh, baju ni beratus siot! Kau ni, dahlah tak beradab. Tak ada taste pulak tu!"
Syazreen gigit bawah bibir. Dia menoleh di sekitar dalam café tersebut. Banyak mata-mata memandang ke arah mereka. Terus ditunduk wajahnya yang sudah malu gara-gara Nisa bertengkang lidah dengan seorang lelaki yang juga merupakan pelanggan di café itu sama seperti mereka berdua.
"Okey." Syazreen tiba-tiba bersuara di tengah-tengah makhluk berdua itu. Dia menghembuskan nafas perlahan. 
Matanya memandang kedua wajah itu berselang seli.  Dia perlu memberhentikan pergaduhan tak bertauliah itu.
Nisa pandang Syazreen pelik. Kening tebalnya terangkat sedikit. Begitu juga si lelaki itu melihat si gadis genit bercermin mata itu dengan dahi berkerut. 
"Senang cerita, pakcik tolonglah minta maaf. Dan, Nisa, baju kau tu nanti kita belilah lain. Bukannya besar sangat pun spot yang terkena kopi tu. Kalau nak basuh, memang boleh hilang pun." beritahu Syazreen menahan debar di dada.  Mana tahu nanti dia pulak yang dimaki.
"Kau menangkan lelaki ni?" Nisa pandang Syazreen tak puas hati. Syazreen mula telan air liur. 
"Bukan macam tu... "Syazreen geleng kepala. Aaargh, kusut kepalanya memikirkan masalah yang bukan miliknya.
Tiba-tiba kedengaran tepukan tangan yang cukup menyakitkan hati Nisa. Si lelaki tersenyum sinis.
"Dengar cakap kawan kau tuu..."  Si lelaki berhenti menepuk tangan. Dia memandang Nisa dengan pandangan menyampah. "... benda kecik je dah nak menengking macam orang gila. "
Syazreen membulatkan mulut mendengar kata-kata si lelaki tersebut.
" If that, pakcik kenalah minta maaf kat kawan saya ni... " Syazreen lihat Nisa yang masih bengis di sisinya.
"Pakcik?" si lelaki bertanya pada si gadis bercermin mata itu.
Syazreen meangguk.
"Aku tak adalah tua sangat sampai kau kena panggil aku pakcik."
"Kalau muka dah tua, ngaku ajelah." Sindir Nisa berpeluk tubuh. Syazreen menyiku lengan Nisa menyuruh Nisa diam.
Si lelaki tunding jari depan Nisa.
"Kau memang sengaja cari pasal kan?"
"Haah kenapa?" Nisa provoke si lelaki.
"Kau... "
" Dahlah!!! Tak malu ke orang pandang. Bergaduh sebab kopi kena baju, pastu tak reti nak minta maaf. Masing-masing dah besar, dah boleh fikir. Matang la sikit!! " Syazreen tinggikan suara. Dia mula bengang. Bergaduh bukan sifat dia.
Nisa terdiam. Si lelaki masih dengan senyuman tergaris.
"Pakcik, minta maaf ajelah." arah Syazreen memandang wajah si lelaki tampan itu.
"Not my fault, okay? Tak sengaja pun, minah ni jalan tak betul. And, don't call me 'pakcik'! " Si lelaki masih tidak mahu merendah ego.
"So kira nak cakap akulah yang tak betul sekarang ni." kata Nisa tentang mata si lelaki.
"Yes! " Si lelaki angkat kedua belah tangannya ke langit. Lagak si hero menang piala dunia FIFA.
Nisa mencebik. "Dasar lelaki takde etika."
"Fine! Taknak minta maaf, takyahlah cari gaduh lagi. Kau, Nisa... Sudahlah."Syazreen putus harap untuk menunggu lelaki itu meminta maaf. Syazreen menjeling Nisa tajam.
"Kita balik. "
Syazreen tarik tangan Nisa mengikut langkahnya keluar dari café itu. Mukanya dah cukup tahap menahan malu. Mula dia terfikir sama ada Nisa tahu malu atau tidak.
Nisa hanya mengekor. 
Dia pun tak betah hadap si lelaki durjana itu. Marahnya sudah capai limit. Dia risau kalau dia tidak dapat kontrol amarahnya.
Kerana dia seorang panas baran.
Namum, belum sempat mereka sampai ke pintu keluar. Suara lelaki tadi membuat Syazreen dan Nisa memberhenti langkah.
"Aku minta maaf about your dress. I need your apologize too because kita tak boleh nak salahkan satu pihak aje. Ini kes tak sengaja. " ujar si lelaki tersenyum dan kedua belah tangannya dimasuk ke dalam poket seluar jeansnya.
Syazreen koyak senyum. Dia menoleh ke belakang memandang si lelaki. Nisa turut mengikutnya.
"Nisa..." Syazreen kerling Nisa. Beri signal suruh Nisa pun meminta maaf.
Nisa jeling Syazreen tajam. Jengilkan matanya memberi tahu 'asal-aku-pulak-nak-kena-minta-maaf.'
Syazreen senyum tipis pandang Nisa. 
"Just says sorry. Settle."
"Baju aku?"
"Aku belikan kau baru punya nanti. "
" Still no... "
" Nisa. "
"Fine. 
Aku minta maaf jugak. Settle!" Nisa lantas keluar dari café tanpa menunggu Syazreen.
Syazreen simpan senyum lihat gelagat Nisa. Dia pandang si lelaki itu semula. 
"Terima kasih. " kata Syazreen. Dia kemudian memusing tubuhnya kembali.
Si lelaki meangguk kepalanya.
Saat Syazreen ingin menolak pintu, si lelaki memanggilnya.
"Sekejap..." Si lelaki laju berjalan ke arah Syazreen.
"Ya."
Syazreen membetulkan cermin matanya melihat lelaki yang berdiri di hadapannya.
"Aku Maliki Clarence. Call me Malik. Bukan 'pakcik'. "
Maliki hulur tangan untuk salam perkenalan.
Syazreen sengih.
"I got to go. Assalamualaikum. "
Pintu ditolak dan kedengaran wind chimes berlaga dengan atas pintu.
"What??! Dia boleh ignore macam tu je. Sama aje sengal dengan minah tu. "Maliki tarik kembali tangannya lalu terus berjalan keluar dari café. Bengang. Dia mana pernah kena reject dengan perempuan sebelum ni.
Namum, entah kenapa bibirnya mula mengukir satu garis di wajah.
"Bad day, Malik. Bad day."

No comments:

Post a Comment

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...