#Suntikan Semangat#

Friday, 28 September 2018

[Bab 4] Saprophytism


BAB EMPAT¦
SYAZREEN tayang muka bosan. Muncungnya sudah panjang 2 centimetres ke depan. Kedua belah kakinya dilunjurkan ke depan. Orang lalu lalang di sekelilingnya tidak sekali dipedulikan. Jam tangan dijeling. Keluhan nipis dilepaskan.
"Mana mamat ni? Kata nak jumpa sini pukul dua. Tapi dah nak masuk ke tiga." bebel Syazreen sambil memerhati di sekitar shopping mall Pavilion. Jalan di Bukit Bintang masih sesak dengan kenderaan lalu lalang. Handbagnya diambil lalu digeledah isi dalamnya. Samsung Galaxy Note5 miliknya diambil lalu mula jari-jemarinya mendail nombor seseorang.
Sekali deringan, panggilannya terus berjawab.
"Weyh, kau kat mana?" soal Syazreen dengan suara tinggi.
"Kejap lagi aku sampai." jawab suara di corong sana.
Syazreen mengeluh. "Aku bagi kau lima minit je. Lima minit kau tak sampai, aku balik." kata Syazreen lalu mematikan talian.
Kain skirt satinya dibetulkan. Baju blouse berwarna putih itu disapu bersih, kot-kot ada kotoran dan virus berterbangan.
"Lima minit je aku bagi kau. Lima minit." Syazreen bercakap seorang diri. Cuba menenangkan diri sendiri.
Tiba-tiba, dirasa ada seseorang menyentuh bahu dari belakang. Lantas dia menoleh dan dilihatnya Nazhan sudah berdiri tersenyum dengan tangan mengayakan tanda peace.
"Nasib baik tak habis lagi lima minit." kata Syazreen.
Nazhan mengambil tempat di tanggan bersebelahan Syazreen.
"Dalam banyak-banyak tempat, kenapa tunggu kat tangga luar ni. Macam gelandangan tau!" Nazhan menyisir rambutnya yang terjatuh di dahi ke belakang.
"Sebab nanti kau tak nampak aku."
"Call kan boleh..."
"Malas."
Nazhan simpan senyum. Dia melihat Syazreen yang elok cantik mengayakan tudung berwarna baby pink. "Lepak dalam, jom!"
Syazreen pandang Nazhan. "Kau belanja aku, weyh."
"Aku?"
Syazreen jatuhkan kepala dua kali ke bawah.
"Kau nak makan apa?"
"Kita pergi Little Nyonya. Aku nak makan pedas-pedas lak." kata Syazreen senyum.
"Okey."
Mereka berdua bangun dari duduk dan berjalan beriringan masuk ke dalam mall.
"Sejuk."
"Wahh...sejuk."
Serentak mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Tersengih lalu meletus ketawa.
"Lama dah tak keluar macam ni..." Kata Nazhan memulakan bicara.
Syazreen meangguk menyetujui kata-kata Nazhan. Kali terakhir, mereka berdua keluar sama ketika reunion sekolah menengah mereka empat tahun lepas. Kini, mereka berdua masing-masing sudah berganjak umur ke dua puluh tujuh tahun.
Sampai sahaja di tempat mereka tuju, mereka berdua terus mengambil tempat duduk di bahagian hujung. Pesanan telah diambil oleh pelayan. Ketika mereka berdua menunggu pesanan sampai, Syazreen memulakan cerita kepada Nazhan.
"Naz, kau tahu tak dua hari lepas. Nina buat problem depan orang."
Nazhan angkat kedua belah keningnya ke atas. "Dia buat apa?"
"Ada pakcik ni buat masalah tumpahkan air atas baju dia. Dia marah sebab pakcik ni tak minta maaf kat dia." ulas Syazreen siap dengan gaya-gaya. Gelaran pakcik tetap digunakan Syazreen. Baginya lelaki itu nampak agak tua di matanya.
"Pakcik?" Nazhan ketawa. "Nisa tak berubah kan? Tau mengamuk aje."
"Dia memang... aku tak tau nak ubah dia macam mana."
"Kemudian, salahkan orang lain sebab dia tak ada lelaki nak kahwin dengan dia." Nazhan sambung kata-kata Syazreen.
"Kan..."
"Reen, kau macam mana sekarang?" tanya Nazhan prihatin perihal rakannya itu.
"Aku... sama aje macam dulu-dulu. Kerja manages hotel tu, dengan perangai customer entah apa-apa. Tu je..." jawab Syazreen.
Nazhan menongkat dagu mendengar cerita Syazreen. Dia tahu, Syazreen yang bekerja sebagai manager di sebuah hotel mewah di bandar Kuala Lumpur ini. Rungutan yang sama masih dia dengar iaitu mengenai pelanggan yang datang ke hotel tersebut, lagi-lagi pelanggan berpangkat VVIP.
"Kisah sama..."
Syazreen koyak senyum. "My life is boring."
Seorang pelayan datang ke meja mereka berdua duduk, menghantar makanan milik mereka. Syazreen menayangkan muka riang di hadapan makanannya sambil membuat seal clap. Nazhan hanya tergelak melihat gelagat Syazreen.
"Kau makan puas-puas hari ni. Aku belanja semuanya." kata Nazhan sambil memulakan suapan pertama ke dalam mulutnya.
Syazreen angkat wajah lihat Nazhan di hadapannya. "Serius?"
"Ya."
"Banyak mana sekali pun tak kisah?"
"Ya."
"Mahal macam mana pun kau tak kisah kau jugak?"
"Ya."
Syazreen mula membayangkan perlbagai aneka makanan yang boleh dibeli menggunakan duit Nazhan. Nazhan menolak kepala Syazreen. Geram pula dia lihat Syazreen yang seakan telah membuat senarai nak menghabisakan duitnya.
Syazreen menyeringai. "Weyh, agak-agaklah!" Suara dia dah tinggi.
"Kau tu patut agak-agak. Tahu habiskan duit orang aje. Materialistik!"
Syazreen jeling Nazhan. Dia tersenyum. Huh, ejek oranglah tu.

No comments:

Post a Comment

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...