#Suntikan Semangat#

Friday, 28 September 2018

[Bab 2] Saprophytism

BAB DUA¦
NISA tarik troli yang penuh dengan barangan dapur yang dipilih oleh Syazreen untuk rumah sewa mereka.
"Gula ada lagi tak ehh?" tanya Syazreen lihat Nisa.
Nisa jongket bahu. "Mana aku tahu, aku jarang duduk dapur lama-lama."
Syazreen mencebik. Tangannya terus mengambil dua paket gula dari rak dan diletak ke dalam troli. "Issh, pastu mengadu kat aku, kenapa lelaki tak nak kat kau. Pemalas!"
Nisa mencebir. "Kau pun apa kurangnya."
Syazreen toleh lihat Nisa. "Apa? Kenapa aku?"
"Kau sampai sekarang pun mana ada pakwe, boyfriend." Nisa berjalan perlahan ke rak aneka pasta lalu diambil sepaket sphagetti. Diletak ke dalam troli. Syazreen hanya memandang gerak laku Nisa.
"Aku lain. Kau lain." jelas Syazreen. Jika hendak dibandingkan kisah love mereka berdua. Jauh berbeza antara dua planet. Seorang di Mars dan seorang lagi di Neptune.
Nisa berdiri di depan Syazreen. "Apa yang lain?"
Syazreen senyum. "Aku lebih makan garam dari kau." Syazreen terus menarik troli ke bahagian makanan sejuk beku yang mana merupakan makanan segera paling penting dalam kehidupan mereka berdua yang sibuk memanjang. Nisa hanya membuntuti Syazreen dari belakang.
Mata Syazreen terus meliar mencari tempat nuggets, pizza segera, ayam goreng brand Ayamas, sosej dan pelbagai. Dia mengambil beberapa paket untuk mereka sebulan dua.
"Aku tak sama macam kau, Nisa. Kau sememangnya sukakan lelaki, aku..."
"Wait!" Nisa pegang tangan kanan Syazreen. Syazreen angkat kening pandang Nisa yang suka hati potong ayat dia.
"Apa?"
"Kau maksudkan, kau tak sukakan lelaki? Kau..." tanya Nisa mula sangsi. Mana tahu, Syazreen yang nampak baik bertudung dan sopan, sekali sukakan kaum sejenis.
Syazreen tarik tangannya dari pegangan Nisa lalu ditampar lengan Nisa. Nisa mengaduh sakit dek penangan tamparan Syazreen tajam berbisa.
"Kau apahal? Lain kali dengarlah aku cakap sampai habis." Syazreen lihat wajah Nisa tajam.
"Tak... ayat kau tadi tu macam describe kau tak sukakan lelaki." Nisa cuba mempertahankan diri.
Syazreen koyak senyum. "Maksud aku, kau lain... sebab kau sendiri yang memang nak jatuh cinta, nak jatuh suka dengan lelaki. Aku, tak... aku, fitrah sukakan lelaki. Tapi, aku tak nak jatuh cinta dan jatuh sayang dengan seseorang yang namanya lelaki. Kau faham kan?" Syazreen tepuk bahu Nisa dan terus menyambung kerjanya yang terhenti gara-gara Nisa.
Nisa meangguk-angguk kepalanya. Memandang Syazreen lama.
"Reen..."
"Hmm... kau nak BBQ atau Spicy?" tanya Syazreen sambil kedua belahnya memegang dua jenis perisa ayam sejuk beku itu.
"BBQ."
"Ok."
Syazreen kemudian, meletakkan kembali ayam spicy ke dalam freezernya dan BBQ pula dimasukkan ke dalam troli.
"Reen, aku nak tanya kau."
"Apa dia?" Syazreen pandang Nisa. Tangan kanannya memegang bucu troli.
"Lelaki semalam kan, handsome kan?" Nisa sengih apabila dia usai menyudahkan ayatnya.
Syazreen ketawa. "Pakcik semalam yang kau bergaduh sama tu ke?"
"Haah."
"Kenapa tiba-tiba sebut dia pulak? Kau kan benci gila dengan pakcik tu sejak semalam. Tak sudah-sudah menyumpah seranah bagai."
Nisa gigit bawah bibir. "Memanglah aku benci dia. Tapi, muka dia boleh tahan kowt. Macam mat salleh."
"Memang dia anak kacukan mat salleh pun." Syazreen mula menolak troli perlahan-lahan. Nisa mengejar Syazreen dan cuba menyamai langkah rakannya itu.
"Ye ke? Mana kau tahu?"
"Dia bagitau nama dia."
"Weyh, macam mana dia bagitau nama dia kat kau pulak."
Syazreen kerling Nisa sekilas. Langkah dihentikan.
"Sebab aku panggil dia 'pakcik.' Tu yang dia bagitahu nama dia tu."
Nisa seolah tak sabar. "Apa nama dia?"
"Malik? Japp... aku ingat balik." Syazreen dongak pandang siling mall.
Nisa pula menanti penuh sabar. "Ingat dah? Malik apa?"
Aku Maliki Clarence. Call me Malik. Bukan 'pakcik'.
Maliki.
Maliki Clarence.
Syazreen tengok muka Nisa yang bersinar di sebelahnya dengan senyuman terukir.
"Nama dia Maliki Clarence."
"Wah! Clarence? Patutlah muka pun macam orang putih. Kacukan rupanya."
Syazreen tepuk dahi tiba-tiba. "Aku dah bagitahu kau lama dah..."
Nisa tersengih. "KIta pergi tempat air kotak jap dengan junkfoods sekali."
"Tak ada dalam senarai." Syazreen keluarkan kertas putih yang terpapar senarai-senarai barang dari poket bajunya.
"Alaa... bolehlah." Nisa memujuk Syazreen. Sememangnya untuk barangan rumah mereka, Syazreen yang akan bertanggungjawab manakala bil-bil elektrik , air dan internet, dia yang akan bayarnya. Mereka sendiri telah menetapkannya sejak mereka berdua mula tinggal bersama. Kini sudah lima tahun mereka menjadi housemate.
"Yelah-yelah. " Syazreen mengalah dengan pujukan Nisa yang gedik-gedik. Dia merasa geli-geliman dengan lovey-dovey ni.
Nisa tersenyum lebar. "Thanks!" Laju dia menolak troli ke depan. Syazreen ditinggalkan di belakang.
"Reen... dia islam tak?" soal Nisa tiba-tiba sambil berjalan terbalik. Tubuhnya dihadap ke Syazreen.
"Siapa?"
"Maliki."
Syazreen jongket bahu. "Mana aku tahu! Kau ingat aku manager dia."
Nisa garu-garu kepala lalu dibetulkan kedudukan dirinya berjalan dan terus menghala ke bahagian yang ingin dituju.
Syazreen membiarkan Nisa pergi, dia berjalan perlahan sambil memandang keliling hingga tiba-tiba dia sendiri menyoal dirinya.
"Dia Islam ke tak ehh?"

No comments:

Post a Comment

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...