#Suntikan Semangat#

Tuesday, 30 December 2014

Trouble Maker[6]

           
Trouble Maker [6]

 "Obeng, jom turun makan. Dah masak dah ni! Tak lapar ke?" Aku ketuk lagi pintu biliknya. Tapi, tak ada balas pun. Senyap terus. Apa tak kena dengan Obeng ni? Tembak karang... baru tahu. 

"Obeng, nak turun ke tidak. Kalau tak nak, orang turun sekarang. Tinggalkan Obeng sorang-sorang dan kalau lapar, jangan cari orang. Dengar tak?" Aku nak ketuk pintu dia lagi tapi berat pula tangan. Nak tengok respon Obeng. Sengaja aku hentak-hentak kaki kuat kat lantai. Pura-pura nak pergi turun bawah. Tapi, mata tetap kat pintu bilik Obeng. Nak buka ke tidak? 

Pintu terkuak. 
Obeng keluar. 
Muka menyampah habis pandang aku. 
Siap jelir lidak pulak tu!

"Macam budak kecik!" sindir Obeng lalu jalan turun ke bawah. Aku ketap bibir. 

"Obeng ni menyampahlah!!!" Aku jerit kecil. Tak tahu sama ada Obeng dengar ke tidak sebab lepas 10 minit Obeng pergi baru nak marah. 

"Obeng, Yaya... mari turun makan. Apa yang lama sangat kat atas tu." Suara Hajah Jariah dah bergema ke ruang atas walaupun tak marah tapi rasa tegas. Aku kaget. Obeng tak turun lagi. 

"Dengar tu... nak makan ke tidak, nanti lapar jangan cari Obeng." Aku dengar suara orang gelak. Dan sah-sah dia tu! Memang...

Aku sekarang rasa nak cekik aje Obeng ni, pastu bagi makan kat buaya. Padan muka! Aku pula gelak jahat depan dia. Tak balas balik, tak sah hidup gamaknya. 

"Penyibuk!" 

***

"Assalamualaikum..." Aku ukir senyum. Manis depan dia yang tayang muka masam, pahit, payau depan aku. Entah apa tah, budak ni asyik duk mencuka je. 

"Waalaikumusalam, apa?" Obeng balas tanpa riak. Tegas dan tegang.

"Nak suprise tak?" 

"Tak nak." 

"Serius ni? Orang buat khas untuk Obeng tahu. Nak tak?"

"You kalau tak kacau hidup orang, memang tak boleh hidup ekk?" Obeng sindir aku. Aku tahan geram, tepuk dada kiri. Suruh bersabar dengan sikap Obeng yang sarkastik.

"Memang tak boleh hidup. Rasa nak mati habis dah, tak cukup nyawa. Boleh orang nak nyawa Obeng tu sebagai tambahan untuk buat spare-part?" bidas aku geram. Geram sangat-sangat. Obeng memang menyakitkan hati. Sungguh. 

Obeng tenung aku tajam. Aku balas balik tenungan dia. Lagi tajam. Sungguh. Ingat aku takut!

"Huh, you memang cari pasal kan? Suprise apa?" soal Obeng malas. Pandang aku pun tidak. Asyik melekat je dengan novel kat tangan. Macam perempuan. 

"Pandang oranglah bila orang bercakap." Aku tarik novelnya. Peluk erat-erat ke dada. 

"Bagi balik buku tu." Obeng bangun. Dia dah marah sebab aku nampak dia pakai blusher kaler pink kat muka dia. Penuh. 

Aku geleng kepala. "Tak mahu kecuali...Obeng..." Sengaja aku lambat-lambat, hehehehe...

"Apa? You nak suruh apa? Nak buat apa?" 

"Obeng, kena makan kek orang masak tu. Coklat." Senyum. Aku penat-penat buat untuk dia. Keluar pergi beli barang, balik rumah terus masak. Untuk dia jugak.

"Kek? Siapa suruh buat? Obeng tak nak." Dia terus duduk kembali atas kerusi. Pandang jauh-jauh arah laman. Aku merengus. 

"Cis, hari tu minta macam nak sangat. Orang dah buat, tak mahu pula. Sakit hati je." Aku terus blah tinggalkan dia. Buku dia aku hempas atas lantai. Obeng pandang aku, dan aku jelir lidah. Obeng dah genggam penumbuk, konok-konon nak tumbuk aku. Ada aku kisah? 

"You.."

Waktu kaki aku dah pijak anak tangga pertama, Obeng panggil aku. Aku toleh lihat dia dah berdiri belakang aku. Tak jauh, dekat jugak. 

"Mana kek? Nak makan. Nanti merajuk pula." Obeng buat muka selamba, suara yang tanpa nada manis. Biasa-biasa gitu. Aku angkat kening. 

"Kat dapur."

Aku terus naik tangga, tapi Obeng buat kakiku berhenti melangkah pada tangga ke duapuluh. Aku tinjau bawah. Nampak wajah Obeng sungul. Sedih. Aku rasa bersalah. Terus aku menapak laju turun ke bawah. Aku pandang wajah Obeng. 

"Jom ke dapur, makan kek. Yaya, temankan Obeng." Aku koyak senyum. Dia balas senyum aku. Lagi mekar berkembang. 

"Thanks dear..." Aku tergaman. Hati aku rasa tercarit-carit. Kejamnya Obeng. 

"Welcome." Aku terus berlalu ke dapur. Tinggalkan Obeng yang terhegeh-hegeh ikut langkah aku. Hati aku jadi sebak. Sampai bila kami begini? Bila aku nak beritahu keluarga? 

Obeng... jangan buat Yaya terperangkap dengan mainan sendiri, rintihan aku hanya aku tahu. Aku tak sanggup lagi tapi tak boleh. 

"Mana kek? Cepatlah..." Suara Obeng menyapa aku yang mengelamun seketika. Aku lihat dia yang tersenyum. Aku  senyum seget. 


Bersambung....

Wednesday, 24 December 2014

Cerpen: Wedding Dress

                                   

Fattah terdiam. Butir bicara Farah langsung tak masuk ke gegendang telinganya. Macam angin lalu. Bila Farah buat muka marah, dia pandang Farah. Fokus. Kemudian, dah bosan balik. Cerita Farah bawa tak menarik malah tambah asid kat hati dia. 

"Dah habis ke?" Fattah kerling Farah yang sedang menyisip straw ke bibirnya.

Farah bengang. Cawan plastik di tangannya terus diletak di rumput. Tak jadi nak feeling-feeling minum air oren tu. Matanya tenung tajam pada Fattah. Dia merengus. Penat cerita pasal diri mereka, Fattah boleh buat tak tahu. Nak kena campak ni... 


"A'ah. Dah lama habis. Semalam lagi dah habis dah." Sindir tahap maksima. Fattah tersenyum. Tahu sangat sikap Farah yang berangin memanjang. Tapi, entah kenapa tiba-tiba hatinya jatuh suka pada Farah. Kalau nak dibandingkan Farah dengan Aaisyah. Baik lagi Aaisyah. 

"Marah? Maaf, bukannya sengaja pun nak tanya. Sambunglah minum balik..." Fattah ukir senyum senget. 

Farah mencebik. 

Dia sudah lama tahan sabar dengan Fattah yang selalu buat tidak endah dengan dia. Dirinya nak menolak tapi hatinya tak kuat. Tidak sampai hati, malah Fattah lelaki pertama buat dia jadi gila bayang. Buat dia hampir gila sudah. Buat dia jadi kejam, tak fikir perasaan orang lain. Orang dulu- kawan dia. 

"Tak marah cuma kecewa je. Fattah..." Farah berjeda. Matanya memandang sepasang pasangan kekasih yang tampak romantik habis. Dia mengeluh. Hai... nasib badan dapat Fattah yang tak romantik dan entah. Tak ada jawapan. 

"Ya. Ada apa?" Fattah turut sama memandang pasangan kekasih yang berpegangan tangan. Dah kahwin kot sebab perempuan tu nampak macam mengandung. Dia beranggapan sendiri. Dia toleh lihat Farah. Farah senyum sendiri. Dah kenapa? 

"Awak, serius dengan saya?" 

Soalan itu buat dia rasa nak cabut lari balik rumah. Duduk dalam gebar. Biar rasa dunia gelap. Soalan sama yang Aaisyah tuju kat dia. Fattah hanya tersenyum sebagai jawapan. 

Farah jatuhkan kepalanya- mengerti Fattah nak cakap apa. Tak sedia. Dia pasti. Setiap kali tanya soalan yang sama, mesti Fattah tak ada jawapan. Hanya tersengih,tersenyum, garu-garu kepala dia atau buat tak dengar saja. 

Fattah terdiam. Termenung. Dia sendiri tak tahu sama ada dia serius ke dengan Farah atau sebagai bad habit dia je untuk ganti Aaisyah kerana tempat Aaisyah tinggi. Tiada siapa yang dapat berdiri sama dengan Aaisyah. 

"Dahlah... Jom kita balik. Esok kerja, kalau boss tak apalah juga, kan?" Farah koyak senyum. Dia bangun dari duduknya. Melibas-libas sedikit sisa tanah yang melekat pada seluarnya dengan tangan. Dah bersih, dia pandang Fattah yang masih setia dengan duduknya. 

"Fattah... nak balik ke tidak ni? Dah lewat petang ni, nanti mama marah." Farah cuit bahu Fattah tapi Fattah tak berganjak malah siap beri dia senyuman yang manis. Siap dengan package kenyit-kenyit mata lagi. Lengkap habis!

Farah berdecit. "Dahlah. Duduk sini sorang-sorang. Biar hantu momok makan. Padan muka. Daaa..." Farah mula melangkah meninggalkan Fattah yang masih begitu. Langsung tak datang bagun nak pujuk dia ke apa. Mata dia dah berair cuma tinggal sikit masa lagi je nak jatuh. Fattah memang tak boleh lupakan perempuan tu. 

Telefon dikeluarkan dari poket seluarnya. Dia mendail nombar Kazz. Cuma Kazz je yang boleh tolong dia saat ni. Farah berdehem. 

"Kazz, boleh datang ambil aku tak?"

Kazz yang tengah memandu itu, cepat-cepat bawa kereta ke tepi. Suara pemanggil yang macam nak menangis itu buat dia nak berhenti. Nak tumpu apa dia nak cakap.                                  
"Kau kat mana sekarang?"

"Tempat biasa." Farah terus mematikan talian. Dia terasa pipinya sudah basah. Tapi, malas nak seka dan hanya membiarkan ia mengalir.  Dia berdiri tegak dan setia  menunggu Kazz datang mengambilnya walaupun langit hendak gelap. 

"Okey... Hati-hati." Tahu dah. Tak sempat nak cakap kat Farah pun, tapi tetap dia balas walau dia tahu Farah tak dengar. Kereta mula bergerak memberi signal nak masuk semula ke tengah jalan. Dia laju menuju ke Taman Pemaisuri. 



Farah halang matanya dengan tangan kerana terasa silau dengan cahaya kereta. Lampu kereta terpadam. Gelap kembali. Farah meninjau pemilik kereta yang tak mahu keluar. Dia yakin bukan Fattah. Kazz? Bukan, kerana kereta Kazz bukan ini. Kazz cuma ada Harrier je tapi ini BMW. Mewah sungguh!

Pintu kereta terbuka. Kazz turun dengan wajah yang tenang. Berjalan perlahan ke arahnya yang masih tak percaya. Kazz?

"Kau buat apa termenung lagi. Nak juga aku jemput kau naik. Bajet macam tuan puteri je." Kazz buat ayat menyakitkan hati Farah padahal dalam hati nak cakap lain. Dah lama Farah tak berhubung dengan dia sejak Farah ada 'teman' baru. 

"Farah... kau okey tak ni?" soal Kazz prihatin. Muka Farah macam terkejut. Macam tak percaya dengan dia je...

"Okey, cuma tu..." Jari Farah tunding pada BMW Z4 yang berwarna silver. Parkin elok depan tempat dia berdiri. "Kereta siapa?" Dia pandang Kazz yang dah tersengih-sengih.                                      
Kazz pun pandang kereta dia kemudian pandang Farah balik. "Ohh... tu kereta aku. Kenapa? Terkejut? Tak percaya ehhh?" 

Farah angguk laju- tak percaya. Kazz minat kereta BMW? Itu masalah sebenarnya. Kazz memang anti dengan jenama BMW ini tapi atas sebab tak munasabah sebab ayah dia pun pakai BMW jadi dia tak nak ikut sama pakai. Nak tengok pun tak hendak. 

"Kau kena percaya juga, Farah. Sebab..." Kazz lihat Farah yang masih keadaan terkejut. "Aku dah jadi peminat BMW ni sejak kau tinggalkan aku sorang-sorang." Dia tersengih. 

Farah mencebik. 
Kazz hanya angkat bahu- tanda tak tahu. 

"Cepatlah, naik... dah malam ni nanti kena tangkap khalwat pulak kita ni. Tak pasal-pasal masuk surat khabar esok. Dahlah tak ada orang sangat ni..." Kazz buat muka saspens. Farah buat muka takut- pura takut. 

"Eee... takutnya kita. Tak apalah. Kahwin bajet apa." 

"Kahwin bajet? Macam menarik... Sudi ke?" Kazz angkat kening. Sengaja mengusik. 

"Gila! Nak kena maki dengan mama? Uncle Makhtar tu?" Farah geleng kepala. Kazz hanya garu kepala yang tengah gatal. Sungguh! 

Mata mereka bertentang. Dua-dua senyap. Tak terkata. Kemudian, dah rasa macam lebih dua saat, ketawa mereka meletus. Tak sangka sungguh, dah lama tak gelak bersama-sama. Rasa macam empat tahun jugaklah. 

Kazz dan Farah sama-sama jalan beriring masuk ke perut kereta baru milik Kazz. Tapi mereka tak sedar, ada yang memerhatikan kemesraan mereka bersama. 

Fattah merengus. Laju dia meninggalkan tempat tersebut. Ingatkan, nak memujuk Farah yang baginya masih lagi kat taman ini, tapi lain pula yang dia nampak. Farah dan Aaisyah lebih kurang sama je, prejudis Fattah. 




Aaisyah tak lalu makan walaupun sudah banyak kali dipaksa mamanya. Tapi, sungguh dia tak larat dah. Perut tak boleh terima, tekak tak dapat nak telan. Perit. 

"Aisyah, makanlah sikit. Nak sihat bukan?" Puan Huda masih setia memujuk anak gadisnya makan. Sudahlah sarapan hanya makan secubit roti, tengahari pula cuma minum air kosong saja. Petang ini pun sama, tak mahu juga nak jamah makanan. 

"Tak larat ma... rasa pahit." Aaisyah menolak lembut. Tak mahu risaukan mamanya. Dia sudah biasa tak makan sehari cuma mamanya saja yang tidak tahu selama ini. 

Puan Huda mengeluh. Dia letakkan pinggan berisi nasi berlauk itu kembali di atas dulang. "Mama letak makanan kat sini ye. Kalau lapar, kamu makan tau!" Puan Huda bangun dari birai katil anaknya. Dia melangkah keluar dari bilik anaknya yang putih dan nampak suram sama  seperti jiwa anaknya itu. 

Pintu tertutup. 

Aaisyah mengeluh. Dia tahu yang dia tak patut mengeluh walau besar mana dugaan tersebut tapi dia juga lemah. Tak kuat mana. Kata-kata Fattah masih tergiang-giang di telinganya.

"Awak, maafkan saya." Aaisyah kerut kening. Tidak mengerti. 

"Maaf untuk apa?" 

"Untuk segalanya saat kita bersama ini." Ujar Fattah tenang. Tiada langsung riak risau, gentar atau rasa bersalah. Tenang macam air dingin. 

Aaisyah tepuk dada kirinya. "Nak berpisah ke?" Mulutnya berat untuk mengeluarkan soalan tersebut kerana dia terlalu sayangkan Fattah malah sikit masa lagi mereka akan terikat bersama. Tapi, kenapa Fattah? 

"Apa salah saya? Awak tahu bukan kita dah nak langsung... semua orang tahu. Awak dah kenapa? " 

"Sebab saya tak cintakan awak. Selamanya. Saya jumpa yang lain. Lebih cantik dari awak." Fattah sinis. Pandangan Fattah pada dirinya juga dirasakan jijik. Benci. Fattah buat hatinya seperti ditoreh-toreh hingga hancur. Guna pisau tumpul. Rasa perit. 

Kring...Kring...Kring...

Deringan telefonnya mematikan lamunannya yang menjengah sebentar. Aaisyah lalu menyentuh skrin telefonnya untuk menjawab panggilan tanpa melihat nama pemanggil. 

"Assalamualaikum... Errr..." Suara itu kedengaran gugup. Seperti takut. Aaisyah jauhkan telefonnya dari telingan dan melihat skrin. 

Fattah? 
Satu nama buat hatinya sakit. 
Kenapa tiba-tiba dia telefon aku?

Aaisyah merenung telefon ditangannya. Lama. Tak tahu nak buat apa. 




Farah kerling Kazz. Kazz nampak matang sekarang berbanding dulu. Dewasa. Dia rasa Kazz dah berubah. Jadi baik. Dulu, kepala Kazz selalu muncul tanduk dua. Baginya perempuan ini macam kain- dah buruk, dia buang jauh-jauh. Nasib Kazz tak, usik dia sebab mengingatkan yang dia ni kawan Kazz. Tapi sekarang, Kazz nampak lain. Tadi, waktu azan Maghrib berkumandang kat corong radio, terus Kazz minta izin kat dia nak singgah masjid. Macam tak percaya yang sebelah dia tu Kazz!

"Aku nak singgah masjid jap. Kau okey tak?" Kazz tanya Farah yang asyik duk termenung pandang luar tingkap. 

Farah koyak senyum. "Okey... aku pun memang nak solat sekali pun." 

"Okey..." Kazz terus membelok keretanya ke simpang kanan. Membawa mereka ke masjid di taman perumahan.  

Kazz tekan hon keretanya. Bukan nak hon kereta depan tapi nak hon si Farah ni. Dari tadi asyik tersenyum sorang-sorang. Buat hati dia rasa sakit hati. Dia cemburu. 

Farah tersentak. Tersedar, dan sikap perubahan Kazz tadi menghilang macam tu je. Dia pandang Kazz. Tajam. 

"Dah kenapa main hon, buat kereta depan tu gelabah je nanti." sela Farah sambil membetul kedudukannya yang dah rasa kejang. Macam jauh sangat pulak rumah dia di Damansara sekarang ni. Kazz ni bawa lembab ke atau hati dia yang dah terbang? Huh.

"Kau tu dah kenapa pulak senyum sorang-sorang. Tahu tak makruh." Kazz pula dah naik angin tiba-tiba. Bukan nak marah tapi egonya dah tinggi.

"Senyum pun salah. Aku buka radio ehhh? Nak dengar lagu." Farah terus tekan butang ON dan suasanan kereta pun terasa damai. 

"Korea!!!" Farah separuh menjerit. Dia tekan punat volume, hendak kuatkan volume suara radio. Lagu 'A Good'Bye' dari kumpulan Super Junior. Lagu yang indah. Lagu pertama yang buat aku suka Korean atau K-Pop. Lagu Korea ada maksud yang indah walaupun bahasa tak faham tapi dia kan cari kat youtube- translate! 

          
No matter the pain, (I) still like it, because now (I’m) going to see you
Because this time spent living apart, (I’ve) missed you so
With the passing of a period of time, (I’ll) be able to see you being touched once again one day
Though my heart may hurt, my lips will still smile on that day
On that day, unable to express my love for you
This is the day my heart cannot be stilled
This is the of the break up
La la la la la
With the passing of a period of time, (I’ll) be able to see you being touched once again one day
Though my heart may hurt, my lips will still smile on that day
On that day, unable to express my love for you
This is the day my heart cannot be stilled
This is the of the break up
There’s no need for a headache, now (I) love you this way
La la la la la
With the passing of a period of time, (I’ll) be able to see you being touched once again one day
Though my heart may hurt, my lips will still smile on that day
La la la la la
No matter how painful it is, I will still like it
This is a blessed momen

Kazz tergelak. Kaki Korea sungguhlah perempuan ini. Tapi, Farah suka Korea pun sebab dia jugak yang memaksa. Huh, lagu pertama dia nyannyikan untuk Farah dalam bahasa Korea siap translate lagi bagi Farah faham. 

"Suka?" duga Kazz sambil matanya jeling Farah sesaat dua. Rindu Farah. 

"Suka... dah lama tak dengar. Awak pun dah lama tak nyanyi untuk saya lagi. Kan?" Spontan ayat itu menluncur keluar dari mulutnya. Dia sedar, antara dia dan Kazz dah tak ada apa-apa tapi dia tetap rindu Kazz dan Kazz merupakan cinta pertamanya. Cinta pertama bukan ke susah hendak dilupakan? 

Kazz hanya diam. Mengiyakan tidak. Menafikan pun tidak. Ya, memang dia dah lama tak nyanyi untuk Farah.




Dua tahun kemudian...

"Ya Allah... tahniah..." Puan Huda memeluk Aaisyah erat. 

Macam tak percaya yang anak dia ni dah dewasa. Dah besar panjang. Tak sangka masa berlalu terlalu cepat. 

Aaisyah sengih garu kepala, "Terima kasih, mama. Kalau bukan sebab mama, Aaisyah tak dapat terima semua ni. Aaisyah terima kasih sangat-sangat kat mama. Selalu bagi dorongan kat Aaisyah selama ni..." 

Ya, dia bangga punya mama yang penyayang tapi mamanya juga banyak menitiskan airmata kerana dirinya dulu. Dia tepuk dahi sendiri. Kesal apa yang terjadi. 

"Dah kenapa tepuk dahi sendiri." Puan Huda pelik. Tiba-tiba anaknya menepuk dahi sendiri. Dah merah dah. 

Aaisyah tersengih. "Tak ada apa. Macam nyamuk gigit." 




Kazz buang pandang pada pemandangan ke luar tingkap. Bangunan pencakar langit yang gah terdiri teguh di hadapan mata tak dapat nak hilangkan perasaan gundahnya. Berita papa bawa petang tadi buat dadanya terasa sesak sungguh. 

Tok...Tok...Tok...

Kazz toleh ke pintu bilik pejabatnya. "Masuk." 

Pintu terbuka. Wajah papa terjojol di depan dia. Automatik dia berdiri tegak. Seperti bersedia hendak menyanyikan lagu negaraku. 

"Pa, duduklah..." Kazz berjalan ke sudut tepi biliknya yang menyediakan ruang khas untuk tetamu berbincang. Punggungnya dilabuhkan di hadapan papa. 

"Ada apa, pa..." tanya Kazz lembut. Wajah papanya nampak tenang. Dan dia syak bukan sebab hal kerja. Mesti hal lain. 

"Papa, dah carikan calon untuk kamu. Ikut syarat kamu. Dia memang baik. Baik sangat. Jadi, tak ada alasan untuk kamu tolak sebab papa dah terima. " Encik Makhtar harap anaknya itu setuju kerana sudah banyak kali dia berjanji untuk menangguhkan perjanjian anatara sahabat baiknya itu. Sekarang dah tiba masanya, dia setuju. 

"Pa... tak akanlah secepat ini... Kazz tak sedia lagi, pa..." Kazz cuba nak memujuk papanya. Memang dia tak sedia lagi hendak menjadi suami apalagi pada gadis dia tak kenal. Tidak sangka pulak papa dapat cari calonnya secepat ini. 

"No objection!" Encik Makhtar sudah berdiri. Dia memandang anak tunggalnya itu. Dulu dia dah rasa putus asa nak ubahkan diri Kazz, tapi sekarang balik-balik dari oversea dah berubah perangainya. Jadi baik. Alhamdulillah. 

"Dia gadis yang sempurna, Kazz..." sempat Encik Makhtar mengingatkan anaknya itu sebelum berlalu keluar. Dia juga ada hal penting lepas ni. 

Kring...Kring...Kring...

Deringan telefon Samsung Galaxynya berdering tanda panggilan masuk. Laju tangannya seluk poket dan tarik skrin ke arah kanan. 

"Assalamualaikum..." Suara itu jengah gegendang telinga dia. 

Dia diam sebentar. Membiarkan pemanggil itu memberitahu urusannya sebenar. Setelah hampir 10 minit. Akhirnya dia memutuskan talian itu. 

Matanya kembali memandang bangunan terdampar di depan mata. 

Kazz termangu. Dia tongkat dagu. Macam mana dia nak tolak ni sedangkan dia tak nak diikat lagi? Andai mahu diikat pun, dia mahukan gadis yang  pertama dia temui. Gadis yang dia sendiri tidak berani 'usik' sewaktu kepalanya rajin tumbuh dua tanduk itu.

Farah... Hati Kazz mengeluh sendiri. 




Kepala Farah tertoleh ke pintu saat dia sedang santai bersama ayahnya menonton TV. Lama dia memandang ke arah pintu yang bertutup rapat itu. Seperti ada tetamu yang bakal muncul. 

"Farah tengok apa?" soal Encik Hasan menyedari kepala anaknya yang terteleng. 

"Farah ada janji dengan kawan nak datang ke apa?" soal Encik Hasan lagi. 

Farah mengeleng tapi matanya masih menatap pada pintu itu. "Farah rasa macam ada orang panggil nama Farah..." Dia pandang papanya. Sebatang keropok lekor disua ke mulut. "Perasaan aje kot..." Dia sengih. 

Gigi putihnya tersusun kemas. Tapi, tak lama. Senyumannya padam. Telinga bagai masih terdengar ada yang memanggilnya...

...Farah!




Fattah tidak dapat tidak. Dia terpaksa buat keputusan. Demi kebaikan dia dan juga kekasihnya. Dia pandang wajah Farah. Dia harap Farah faham keadaan dia sekarang. Kalau teruskan juga hubungan ini, mungkin ada yang tercedera hati. Dia tidak mahu jadi manusia kejam. Sudah sebulan dia beri peluang pada hubungan ini, tapi tak jadi. 

"Awak sungguh?" duga Farah. Keputusan Fattah memang dia nanti-nantikan. Dari dulu lagi tapi dia perempuan. Tak nak jadi kurang ajar pulak kan? 

Fattah jatuhkan kepalanya- mengiyakan. Sungguh sangat! Kali ini dia pasti. Antara dia dan Farah memang dah tak ada erti. Buang masa. Buang tenaga. Buat nyawa nak tercabut! 

Farah mengeluh. "Okey..." Dah orang yang sorongkan bantal. Dia tak mintak pun tapi dah rezeki. Fattah memang nak teruskan jugak! Dia okey je sebab hati dia sejak dulu pada dia dan sampai bila-bila pun ada pada dia. Tak akan berubah dah! Yakin. 

"Kalau macan tu... jom cepat kita gerak. Mereka dah nak mula tak lama lagi. Dah tak lepas dah." Fattah segera tarik tangan Farah ikut langkah dia. 

Farah terkejut. Gila ah! "Habis tu kereta saya ni, macam mana pulak? Tak akan nak biarkan macam itu je... kena curi nanti." Farah menjuih bibir pada kereta Myvi putih yang elok terparkin jauh dari sini. 

"Tinggalkan aje sekejap. Kalau dah kunci, tak ada apa-apa. Jom cepat..." Fattah dah masuk dalam perut kereta. Tunggu Farah je masuk dalam. Mereka kena cepat sebelum terlambat. Dia tak nak berputih mata. 

"Iyalah..." 



Kazz dah tak senang duduk. Tinggal sikit masa lagi dah... tak lama dah. Dirinya akan menjadi suami orang untuk wanita yang dia tak kenal dan tak cinta. Sungguh! Papa memang tekad. Terasa baru semalam papa beritahu perkara ini tapi pejam-pejam mata dah nak dekat sebulan lebih dah. Sepatutnya dalam masa sebulan ttu, dia dah ready. 

"Kazz...dah ready nanti." Soal Encik Makhtar prihatin. Dari jauh dia sudah lihat anaknya tak tentu arah. Tak reti diam. Dia tersenyum. Bahu Kazz dipaut erat. 

"Kuatkan diri tu... kejap lagi dah nak jadi suami orang. Ingat tanggungjawab." pesan Encik Makhtar. Harap anaknya tak abaikan anak rakan baiknya sendiri. 

Kazz hanya senyum tawar. Hambar. Tak bahagia dan memang dia tak bahagia dah sekarang ni. Hatinya suka yang lain. Suka dia. 

Farah... Nama itu laju meniti bibirnya saat Encik Makhtar berlalu masuk ke kelompok ramai. Berbual-bual mesra saat tunggu jam tepat tiba. 



Farah tertoleh kebelakang. Memandang cermin kereta belakang. Hatinya rasa tak menentu. Tak tenteram. Tak tenang. Rasa kena seru panggil rohnya. 

Dia tepuk dada kiri. Tanya hati, kenapa aku? Siapa panggil aku? Suara itu buat aku rasa sebu. Mata Farah tetap tertancap pada belakang. Tak puas hati

Fattah yang sedang memandu, menjeling Farah dengan ekor matanya. Farah nampak risau. Dia risaukan apa? Tak akan sebab aku dia risau jugak. 

"Awak dah kenapa?" Fattah pandang Farah sesaat sebelum matanya kembali lihat depan. Jalanraya yang lenggang. Nasib baik...

Farah senyum herot. "Tak ada apa-apa." Dia toleh Fattah.  Bukan Fattah... Dia yakin.



Aaisyah dah tersenyum sipu bila ramai yang datang memuji-muji dirinya yang nampak cantik dengan pakaian kurung moden berwarna krim. Sesudah habis belajar, tiba-tiba mamanya pula datang bawa berita buruk pada dia. Ya. Perkahwinan ini adalah berita buruk padanya. Pipinya dah kejang sebab asyik tersenyum palsu. 

Mana mungkin dia boleh terima lelaki asing dalam hidupnya. 
Lelaki yang akan menganti tempat sesorang yang dia cinta separuh mati. 
Tapi, desakan mama buat dia akur. Terima tanpa bantah walau tahu hati sendiri sakit kerana menjaga hati orang lain. 

"Aaisyah... cantik sangat. Macam puteri." puji Encik Rasul, suami Puan Huda. Ayahnya sendiri. Aaisyah hanya senyum. Tak ada benda dah nak cakap. 

"Jadi isteri yang baik... jangan lawan cakap suami tahu." Encik Rasul menepuk perlahan bahu anak gadisnya. Dia bersyukur kerana Aaisyah kuat semangat. Tak cepat melatah sangat walaupun sebelum ini asyik mogok makan. 

Dia tahu dulu Aaisyah ceria dan keceriaan anaknya itu bertambah bila jumpa Fattah. Seorang pemuda yang baik, penyayang tapi mudah beralih arah. Ketika hampir hendak disatukan, Fattah pula larikan diri. Tinggalkan Aaisyah yang setia menunggu di pelamin yang telah siap dipasang atur kerana nak dekat seminggu lagi akan diikat. Malu memang malu tapi sudak ketentuan begitu. Mereka sekeluarga harus terima. Hampir tiga bulan jugaklah Aaisyah murung dan dengar cerita pula, Fattah sudah ada pengganti. 

Dia renung kembali wajah anak gadisnya yang sudah ditatarias cantik dengan solekan tipis. Membuatkan sesiapa sahaja akan terpikat dengan kecantikan semulajadi anaknya itu. Ikut Puan Huda dan matanya ikut dirinya. 

"Ayah nak yang terbaik untuk Aaisyah. Ayah keluar dulu. Majlis dah nak mula dah." Encik Rasul mengucup kepala anaknya lalu berlalu keluar dari bilik. 

Aaisyah termenung. Melihat dirinya pada pantulan cermin. Saat ini dia perlukan Fattah bukannya Kazaruddin. 




"Aku nikahkan engkau Mohd Kazaruddin bin Mohd Makhtar dengan mas kahwinnya..." 

Tak sempat. 
Tak lelah pun lagi. 
Tak jatuhkan lagi. 

Ada yang memotong. 

Membantah.

"Maaf... saya bukan nak kacau majlis ke apa, tapi saya tak nak diorang dinikahkan. Tak setuju." Lancar ayat itu keluar. Fattah pandang keliling. Ramai mata yang memandang dirinya yang muncul tiba-tiba. Ganggu majlis orang. 

Farah yang dibelakang tubuh Fattah sudah menunduk malu. Dia dah kena cop kat dahi. Penceroboh! 

"Fattah... kenapa dengan kamu ni?" Encik Rasul bangun dari duduknya. Fattah yang sudah menikus itu ditenung tajam. Sudah lama dia tidak nampak bayang Fattah, tiba-tiba muncul saat anak gadisnya hendak dinikahkan. 

"Saya tak setuju kalau Aaisyah kahwin dengan lelaki lain. Saya tak rela... hati saya sakit..." Ayat terakhir itu perlahan tapi cukup didengari oleh Encik Rasul. Rasa nak pelempang aje budak ni...

"Sakit hati? Habis selama ini kamu tinggalkan Aaisyah tu, tak sakit hati pulak dia?" Encik Rasul cuba tahan suara. Cuba bersabar. Tak nak huru-harakan lagi keadaan yang sudah sedia kacau ni. 

"Saya minta maaf. Waktu tu saya tak sedar. Saya buta, tak tahu nak menilai. Apa yang saya nampak hanya kecantikan saja bila saya dah rasa bosan dengan Aaisyah. Saya minta maaf. Saya masih sayang dia lagi walau dah cuba nafi tapi pasti... saya cintakan Aaisyah." Teguh. Padu. Lantang. Fattah berani menentang mata Encik Rasul yang tajam. Tajam bagai dah nak terbelah jasadnya menjadi dua. 

Encik Rasul berdecit. "Majlis tetap diteruskan." Encik Rasul berlalu dan kembali duduk di tempatnya tadi tapi pengantin lelakinya hilang. 

Kazz tinjau gadis di belakang lelaki yang bernama Fattah itu. Gadis itu mengecilkan tubuhnya. Ingin menyembunyi di balik tubuh lelaki yang bertubuh sasa itu. Yang tinggi dari dia. 

"Farah?" Kazz mencuba. Matanya tetap memerhatikan gadis itu. Hatinya penuh mengharap. 

Farah menangkat kepalanya sedikit. Ingin melihat gerangan yang menyeru namanya buat sekian kalinya. Yang sentiasa mengaharu-birukan hatinya. 

Tepat. 

"Kazz? Is that you, huh?" Farah mula ke depan. Keluar 'membesar'. Berani menampilkan dirinya di khayalak ramai. Kecut. Mana taknya... banyak mata memandang dia dan Fattah. Pandangan keji pulak tu! 

Kazz koyak senyum. "Ya... I'm Kazz. Mohd Kazaruddin bin Mohd Makhtar..." Teruja. Tak sangka hatinya kuat tarikannya hingga Farah dah 'melekat." 

"Tak sangka kau ada kat sini? Buat apa?" Farah dah ada depan Kazz. Tersenyum. Tak peduli dah orang keliling. Dia dah jumpa orang yang seru nama dia yang buat dia lain macam. Dia Kazz... kawan sehidup semati dan juga kekasih sekerat jalan. Dulu. 

"Boleh nampak kan?" Kazz senyum senget. Dia dah lupa majlis yang masih berjalan. Dah tak nak lepas peluang. Hendak beritahu semua orang. 

"Kazz, kenal mereka?" soal Encik Makhtar yang dah berdiri di belakang Kazz. Memang drama. Sungguh! Seorang tadi (Fattah) nak cari gadisnya yang merupakan bakal pengantin. Yang anaknya ini pula, dah jumpa bakal baru. 

Kazz paling lihat papanya. "Tak. Kazz cuma kenal dia ni. Farah. My future wife. " Tenang. Tak takut. Encik Rasul tepuk dada kirinya. Sabar- memang tengah shoot drama baru sekarang ni. 

"Jangan buat malu kat sini. Aaisyah tu pula macam mana? Dia future wife kamu yang betulnya. " Dah capai tahap maksima dah. Nak marah dah. Agaknya anak lelaki dia ni, terhantuk tengah jalan tadi tak. 

"Tak. Kazz tak buat malu, pa. Kazz beritahu benda betul. I'm sorry, pa but I can't continue this... Kazz tak yakin, pa..." Kazz cuba capai tangan Encik Makhtar tapi papanya menolak. 

"Jangan mengarut!" 

"Dia tak mengarut, Encik Makhtar. Saya pun tak boleh jugak. Hati saya milik lelaki lain dan lelaki itu..." Aaisyah bangun dan menapak perlahan pada Fattah yang menunduk. Dia berdiri rapat di sisi Fattah. Dia melangut memandang Fattah. "Lelaki ini... yang dah curi hati saya. Dah lama dah... Kalau majlis ini diteruskan juga, saya tak yakin dapat bahagiakn anak Encik Makhtar. Saya minta maaf." 

Fattah tersenyum nipis mendengar kata-kata Aaisyah. Hatinya kini benar. Perasaan ini benar. Aaisyah memang terbaik untuk dia. Bukan Farah yang tiba-tiba, pengantin lelaki (Kazz) kenal dia dan mengaku terus habis yang dia tu future husband Farah. 

"Allah..." Ruang tamu itu bergema dengan suara tetamu yang bersatu. 

"Kahwin ajelah mereka berempat tu. Pasangannya saja yang bertukar." Sahut seorang tetamu lelaki tua. Dia sudah tersenyum-senyum melihat empat anak muda yang bercinta. 

"Betul tu... apa salahnya. Dah..." 

"Jodoh..." Sambung yang lain. Terletus ketawa yang kuat. Bagai bergegar banglo mewah ini. 

Encik Rasul dan Puan Huda hanya berpandangan. Mengeleng kepala. 
Encik Makhtar menepuk dahinya sendiri. 
Fattah dan Aaisyah sudah tersenyum sendiri. 
Kazz pula berbalas renungan dengan Farah. Ketawa meletus. Tak sangka sungguh! 

Huh, apa nak jawab? Dah jodoh cuma jalannya begitu. Bersimpang siur tapi akhirnya tetap bertemu di jalan mati. Tak ada jalan keluar nak patah balik. Cinta itu unik, bukan? 



 -Tamat-



Idea datang dari lagu ni: 

      Super Junior - A Good'Bye//Memories

      Taeyang- Wedding Dress

Tuesday, 23 December 2014

Trouble Maker[5]


"Yaya... mari sini sekejap. Ummi nak cakap sikit dengan kamu. " Hajah Jariah memanggil aku dengan suaranya yang lembut. Aku rasa damai saja bila dengar suara Hajah ini. 

Aku berjalan perlahan mendekati Hajah Jariah  di ruang tamu lalu melabuhkan punggung di sebelahnya.  Dia senyum lalu kubalas mesra. 

"Ada apa, Ummi? Obeng ada masalah ke?" soal aku ramah. Yalah, mana tahu Obeng duk mengadu macam-macam kat Hajah, mahu aku kena 'belasah' teruk dengan dia. Waargh... tak sanggup kalau tiba-tiba Obeng cerita hal semalam. 

"Tak adalah. Obeng baik-baik je, dia suka kamu." Hajah Jariah tertawa kecil. Aku hanya tersengih tayang gigi. 

"Tahu... Obeng memang baik tapi kalau dia ada masalah ke apa. Mana tahu, kan?" 

"Dahlah... Ummi nak cerita pasal lagi seorang tu. Ummi dah pening dengan dia. Tak tahu dah nak buat macam mana. Ummi nak kamu tolong ummi, nak?" Hajah Jariah pegang tangan aku. Sejuk. Aku pandang Hajah. Muka dia risau. 

Anak lagi seorang tu ke? 
Nak aku tolong jugak?
Obeng pun bermasalah, yang tu lagi bermasalah. 

"Ummi nak Yaya tolong apa? Mana tahu Yaya boleh tolong ke?" Prihatin. Mulut aku ni pun satu, baik sangat kenapa. Isshh... tak kesian tuan langsung. 

"Bulan depan dia balik. Kamu tahu bukan, dia ada masalah dengan tunangnya tu. Tapi, dia tak mengaku. Ummi pun dah tak tahu nak cakap apa. Keluarga sana pun tak tahu juga. Kemalangan tu buat keluarga ni hura-hara. Kucar-kacir." Hajah Jariah mengeluh. 

Aku usap bahu Hajah. Beri dia kesabaran, malah aku ada menyokong dia dari belakang. 
Kerana ini keluarga aku juga. Hajah Jariah, ibu aku juga. 
Apa-apa berkenaan keluarga ini, aku pun turut terlibat secara tak langsung. 
Yang semuanya bermula dari Obeng dan aku. 

Memang jadi kelam-kabut. 
Aku tersenyum hambar pada Hajah Jarriah. 
Dia tak tahu apa-apa. 

"Ummi, sabar ye. Insha-Allah, semuanya akan kembali pada asal. Macam dulu." Aku pandang wajah Hajah. Dia tersenyum tapi tak manis. 

"Terima kasih, Yaya. Kalau Yaya jadi menantu ummi mesti kehidupan ummi tak macam ini, kan? Ummi naik dululah. Nak rehat. Malam nanti baru ummi turun." Hajah Jariah bangkit dari duduknya. Aku hanya tersenyum. Memandang setiap langkahnya menaiki tangga dan hinggalah ke tangga ke-2o aku bangun. 

"Ummi..."

Hajah Jariah toleh belakang. Pandang aku. 
"Ya, Yaya... ada apa?"

Aku koyak senyum. 
"Assalamualaikum... Rehat baik-baik. Jangan fikirkan sangat."

"Waalaikumusalam... Terima kasih." 
Hajah Jariah terus menghilang ke tingkat atas. 

Aku terduduk di sofa. Mengeluh berat.
Dari sini, aku boleh lihat Obeng yang sedang termenung di laman melalui pintu gelongsor yang terbuka luas. Wajah Obeng tenang. 
Aku ukir senyum.
Tak berubah.

"Yaya, Hajag cakap apa?" Mak Som mencuit bahu aku buat aku tumpu pada dia. 

Aku pamit tangan Mak Som. Suruh duduk sama dengan aku sebab aku malas nak bangun.

Letih.

"Pasal anaknya lagi seorang. Minta Yaya tolong dia."

Mak Som kerut kening. 
"Anak dia mana satu? Obeng? Eidan?"

"Eidan." Aku balas pendek tanpa lihat Mak Som. Soal  Eidan itu pulak satu hal. Kenapa dia boleh berlakon buat tak tahu. Mitilda sungguh-sungguh ingat dia tapi dia pula yang mengelak jauh. Apa yang tak kenanya? Hal lama bukan dah selesai ke.

"Ohhh... Eidan tu dah lama tak nampak kan? Dia nak balik ke?"
Mak Som nampak teruja. Mak Som memang rapat dengan Eidan berbanding Obeng sebab Eidan penyayang, lembut dan peramah. 

"Bulan depan. Kenapa? Rindu?" Duga aku sambil kenyit mata pada Obeng yang terpandang aku. Obeng gelabah. Terus lari jauh supaya aku tak nampak. Sengal Obeng!

"Mak Som nak masuk dapurlaj. Nak siapkan makan malam nanti. Yaya, nanti tolong Mak Som ye. Jangan asyik termenung pandang orang lain saja. Orang kat depan ni tak nampak, buat tak tahu, macam dah cakap sorang-sorang je." Mak Som terus bangkit lepas cubit peha aku. Aku mengadih- menyengat cubitan Mak Som. 

"Jeles kan?" 
Aku tongkat dagu pada bahu sofa. 
Lihat Mak Som berlalu ke dapur. 

"Tak ada maknaya...Cepat sikit."
Mak Som jeling aku tajam. 
Aku ketawa. 

"Jangan gelak sorang-sorang. Macam orang gila dah."
Tiba-tiba dia tegur aku. Ganas saja muka dia. Tenung aku tajam. 

Aku senyum herot. 
Hek eleh, Obeng ni macamlah aku tak nampak kalau dia tu gelak sorang-sorang. 
Gila jugak macam aku!

"Biarlah saya gila sama macam dia, kan?" Sarkastik. Obeng jeling aku tajam lalu terus naik ke atas. Aku tersentak. Dia boleh buat protes hempas pintu kuat-kuat macam tu. 

Agak-agaklah Obeng kalau nak marah pun. 
Gila ah!

"Tu dah kenapa tu? Hempas pintu sampai dengar kat dapur ni." 
Mak Som pandang aku sambil tangan kanannya pegang sudip.

Aku jongket bahu.
"Entah, Obeng tu. Mengada lebih." 

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...