#Suntikan Semangat#

Tuesday, 23 December 2014

Cerpen: Jujur Kejap




Aku diam. 
Hanya kepalaku saja bergerak.
Sama ada mengagguk atau geleng dengan setiap pertanyaan lelaki ini. 

"Boleh Shafiq? Kamu janji dengan saya?" 

Lelaki itu memegang bahu aku erat. 
Dia senyum.

"Shafiq... saya mengharapkan kamu saja. Saya percayakan kamu. Boleh?"

Aku serba salah. 

________________________

44 hari kemudian...


Aku pandang gadis dihadapan aku ni. 
Cantik. 

Tapi... perangai nauzubillah min zalik.
Teruk sangat mengalahkan beruk kat Zoo Negara tu. 
Tak reti hormat orang langsung. Bahasa kasar, tak padan dengan badan dan muka jugak.

"Huh?! Menung pulak mamat ni. Kau dengar tak apa aku cakap tadi."
Gadis itu bentak depan aku. 
Aku tersentak. 
Gila ah!

"Dengar. Tak perlulah jerit-jerit depan aku. Ingat pekak ke apa?" 

Sabar. 
Perempuan ni anak orang.

"Dengar pun. Ingat, aku ikut cakap papa aku aje. Kau jangan nak mengharap lebih pulak! Aku Qaisara binti Dato' Mahfuz. Aku tak pilih orang, tapi orang pilih aku."

Qaisara bongkak. 
Ingat, aku hadap sangat dengan hang!
Perangai macam gini.
Boleh blah.

"Tahulaaa... Bila kita kahwin nanti, aku tahulah tanggungjawab aku dan..."

Qaisara potong apa yang aku nak cakap. 
Kurang hasam!!!

"Copp!!! Wait a minute... tanggungjawab? Sorry eh... aku nak buat pembetulan kat sini. Tak ada tanggungjwab masa kita dah kahwin nanti. Depan papa aku, yes... kita kena berlakon menjadi seorang suami isteri yang paling bahagia kat dunia ni, tapi... bila belakang papa, kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Jangan masuk campur urusan masing- masing. Faham, Encik Muhammad Shafiq bin Amran?" 

Qaisara angkat kening.
Aku angkat bahu. 

Masing-masing buat tak tahu.
Ini semua syarat saja.

Dan, aku juga harap ni semua mimpi.
Bangun tidur, dah macam biasa.
Tak jumpa perempuan ni, tak fikir apa-apa pun pasal kahwin-kahwin ni.

"Shafiq, dengar tak?"

Aku lepas nafas berat.

"Hmmm..."

Qaisara riak tak puas hati.
Dan, ada aku kisah?

_____________________________

Aku pandang depan.
Tengok jalan raya yang sibuk dengan kereta-kereta, dengan jam traffic, bunyi hon keliling waktu senja di tengah bandaraya Kuala Lumpur. 

"Kenapa aku kena pilih?"

"Mana aku tahu. Kau yang muncul tiba-tiba."

Aku sinis.
Tetiba?

"Weiii... Mir! Kau bantulah aku yang membatu ni. Kena kahwin dengan perempuan gila dalam masa 2 minggu lagi. "

Amir tergelak.
"Agak-agaklah.  Perempuan cantik gila tu kau nak cakap gila. Nonsense!  Dia baik, hati lembut cuma kalau dia tiba-tiba mereng... Hehehe... macam tulah." 

Amir garu kepalanya yang tidak gatal. 
Muka tak bersalah.

"Betul ke apa aku buat? Kau sendiri tahu kelemahan aku. Aku tak sampai hati nanti..."
Aku mengeluh berat. 

Amir tepuk bahu aku perlahan.
Salur semangat dekat saraf urat. 

"Sabar..."

Tu je?
____________________________

Seminggu lagi... 
Aku koyak senyum untuk dia.

"Kenapa senyum macam tu?"

Geleng.

Dia kerut kening.
Aku tak puas hati.
Pandang dia dengan hati kosong.

"Cehh! Kalau nak tengok muka aku, bayarlah!"

Dia cebik.
Aku... What?! Ingat aku hadap sangat nak menengok muka dia yang tak seberapa tu. 
Pirahhh... perasan lebih punya olang!

"Nak bincang."

"Apa? Kalau bab majlis tu semua... papa dah handle. So... tak perlu bincang lagi lah. Selain tu, ada lagi ke nak bincang? Rasanya tak ada dah."
Ringkas saja jawapan dia bagi. Tiada riak bersalah langsung.

"Kita."
Satu perkataan yang merangkap semua maksud tersirat.

Dia menunduk. 
Meramas jemarinya yang runcing.
Terdengar keluhan halusnya.

"Kenapa?"
Aku tenung dia sambil menongkat tangan di atas meja.
Cafe Lof sangat tenang.

"Tak ada apa-apa. Kalau pasal kita, kan dah bincang hari tu. Dahlah. Aku gerak dulu. Apa-apa hal beritahu aku, jangan beritahu papa. Tata." 

Dia bangun dan berjalan laju keluar dari sini.
Aku lepas berat.
Tak pasti.
________________________________

Tiga hari lagi...
Aku nekad sekejap. 
Perlu tanya dia betul-betul tentang ini. Kalau disebabkan papa dia, tak mustahil dia boleh tolak kan? Dia kan anak tunggal dan papa dia mesti sayang dia, serta nak anak perempuan tunggalnya bahagia bukan?

Tak akan nak musnahkan harapan anak dia kan? Aku yakin 100% yang Qaisara tu suka orang lain dan dia pun macam aku. Terima arahan Dato' Mahfuz tu. Kena ikut, tak boleh bantah. 

Qaisara jalan laju tapi masih bergaya. Jaga penampilan. 
Dia duduk terus depan aku. Bertentangan. Jumpa lagi kat cafe yang sama. 
Dia tongkat dagu. Renung aku. 

"Ada apa nak jumpa aku lagi?" Dia angkat keningnya yang cantik terletak. Aku senyum tawar. Tak ikhlas. Aku menongkat dagu, memandang dia kosong. 

"Tak nak cakap dengan Dato' ke kalau kau ada orang lain punya ke, atau kau nak bantah cepat-cepat sebelum majlis betul-betul mula nanti?" 

Dia geleng.

"Tak suka orang lain ke?"

Dia geleng lagi tapi mata dia tetap renung wajah aku. 
Nak tembak pun ada juga minah ni. Dia tengok muka aku boleh pulak! Tak perlu nak bayar?

"Jujur?"

Kepalanya jatuh dua kali- mengiyakannya. Aku mengeluh perlahan. Badanku sandar ke belakang. Memandang dia yang sudah menunduk.
Macam ada yang tak kena sebab dia tak melenting, mengamuk, marah ke macam minggu lepas? Dia tak blah terus tapi masih setia duduk semeja dengan aku. 

Dia misteri.

"Kita kahwin... " Dia berjeda buat aku tercengang dengan apa yang keluar dari mulut dia. 
"... ikut cadangan papa, tak perlu bantah. Awak terima tak?" Dia pandang aku. Mata dia redup. Lembut dan sedih? 

Hanya senyuman aku balas sebagai jawapan. 
_____________________________

Sehari sebelum akad nikah... 


Aku pandang dua figura yang berada tidak jauh dari aku berdiri sekarang. 
Taman botani. Datang sini nak cari semangat balik. 
Tapi, aku datang nampak drama free kat sini. Orang yang aku kenal pulak tu!  Nak cari semangat pun tak jadi, tapi ada api kemarahan yang muncul. 

"You dah janji, tapi you mungkir. Kenapa?" Qaisara membentak. Muka tampak merah manahan marah agaknya. Aku hanya mendengar. Tak jauh mana aku duduk. Setiap butir bicara mereka aku dapat tangkap jelas. 

"Sara... bukan mungkir tapi I... dia kawan baik I. I tak nak hancur hati dia. Dia banyak bantu I bila I susah. I nak dia gembira." Amir lepas nafas berat. 

"I ni? You nak I menderitalah. Kawan you tu sikit pun tak boleh nak rasa menederita? I ni siapa bagi you sampai you nak lebih kawan sendiri? Dia cuma kawan jelah!" 

Mereka gaduh pasal aku ke apa? Soal ku sendiri. Telinga ku cuba buka lebar. 

"Shafiq kawan I... you... I sayang dan I cinta tapi bila I dapat tahu yang you dah nak kahwin dengan dia, I berundur dahulu sebab I berhutang budi dengan dia. I minta maaf Sara. Jodoh kita tak kuat tapi you dengan Shafiq... jodoh you Allah atur. You kena terima." 

Amir berlalu pergi. Qaisara jatuh terduduk. Menangis. 
Aku? Aku pula tak tahu yang aku batu penghalang bagi mereka. Amir sendiri tak beritahu dia? Qaisara tu pun, bila aku tanya hari itu dia senyap. Kata tak ada yang dia cinta ke apa. 
Aku meraup mukaku. Rasa serba salah. 

Aku perhati Qaisara yang masih menangis. Nasib hari ini tak ramai yang datang ke sini. Aku jadi lemah terus. Aku tak sanggup lihat dia menangis. Itu kelemahan aku.  
___________________

5 hari selepas... 


Qaisara tak berubah. Tetap begitu. Kasar, degil, melawan, dan tiada apa yang berubah dan matlamat aku satu. Ubah dia. Bantu dia. Didik dia kerana kini dia isteri aku. Aku bertanggungjawab. Aku hendak pimpin dia ikut aku.

"Sara, saya nak cakap sekejap dengan awak. Boleh?" Aku koyak senyum pada dia bila dia muncung. Tapi, masih dengar aku cakap. Dia duduk di sisi aku. 

"Sara... saya tak minta lebih dari awak. Awak baik, cantik, lembut tapi awak perlu bantuan dari saya. Awak masih samar-samar, tak pasti mana satu jalan yang perlu awak ikut. Saya..." 

Dia potong cakap aku, buat aku berhenti. 
Dia bangun dari duduk. Tenung aku tajam. Dadanya berombak laju, tahan marah. 

"Shafiq! Boleh berhenti tak? Saya tak perlu bantuan awak dan saya tak perlu bantuan siapa-siapa pun. Ini hidup saya, hak saya nak tentukan mana-mana jalan yang saya nak lalu. Awak tak berhak nak halang saya. Faham?" 

Aku mengeluh. Melihat Qaisara masuk ke bilik lalu menghempas kuat. Berdentum bunyinya buat rumah ini sakit jantung. Nasib kami dah pindah. Duduk jauh dari Dato' Mahfuz dan tinggal di rumah aku. Suasana yang dingin itu buat aku teringat waktu aku luah pada Dato'. Buat dadaku bertambah sempit. 

"Macam mana saya nak tolong dia. Belum sempat saya nak hulur tangan, dia dah menolak?" ujar aku pada Dato' Mahfuz.  

"Cuba lembutkan dia, Fiq. Buat dia jatuh cinta pada kamu. " 

"Jatuh cinta dia bukan pada saya, pa. Tapi dia dah jatuh cinta dengan orang lain. Tak akan papa tak pernah tahu yang dia suka Amir?" 

Dato' Mahfuz menangguk. "Saya tahu dia suka Amir tapi saya tahu kamu layak untuk dia. Kamu boleh bimbing dia. Saya sukar percayakan Amir sebab dia lebih kurang sama Qaisara saja." Dato' Mahfuz ukir senyum. Aku balas tawar. 

"Tolong saya... dulu saya gagal didik dia. Bila besar, dia jadi teruk dan tak boleh buat apa. Kamu cahaya... boleh kamu beri Qaisara sedikit cahaya dari kamu?' 

"Shafiq!!!" 
Jeritan Qaisara menyentak lamunan aku. Hilang bayangan Dato'Mahfuz yang penuh mengharap dari aku. Aku pandang Qaisara. Sudah cantik... aku senyum. 

"Senyum pulak dia. Awak dengar tak apa saya cakap tadi?" 

Aku geleng selamba buat Qaisara menghentak kakinya ke lantai. 
Aku simpan senyum. Lihat sikap dia seperti kebudak-budakan.

"Awak cakap apa tadi? Hurmm?"

"Saya nak keluar. Lambat balik. Jangan tunggu macam semalam. Bye." 
Qaisara laju turun ke bawah. Aku menghantar dengan pandangan mata. 
Mendoa dia selamat pergi dan pulang nanti. 
Mendidik Qaisara adalah perkara yang paling sukar untuknya tapi itu juga adalah tanggungjawab untuknya setelah dirinya telah diangkat menjadi suami  wanita itu. 
_______________________

"Weii... macam mana kehidupan lepas kahwin? Nak tahu jugak." Amir sapa dari belakang. Aku tersenyum. Amir tahu yang dia dah tahu. Kisah cinta Amir dah Qaisara. Aku jatuh kesian tapi Dato' Mahfuz mengharap. 

"Biasa ajelah..." 

"Tak akan tu je kot. Malam-malam kau?" Amir senyum keji. Otak budak ni dah teruk sangat kuning dia ni. Aku penampar muka tu baru tahu. 

"Rahsia..." 

Amir mencebik. Aku tergelak. 

"Qaisara macam mana? Dia dah reda?" 
Aku kerling Amir. 
Kau tu, dah reda jugak ke? Tapi soalan itu hanya keluar dalam hati. Tak terluah. Tak sampai hati nak cakap kat Amir. 

"Belum. Nanti-nanti dia lembut hatilah kot." 

"Yelah kot."
_________________________

"Sara... mari kita solat berjemaah. Dapat pahala lebih." Aku paling memandang dia yang hendak keluar dari bilik. Sejadah sudah kubentang untuk dia. 

"Tak perlu. Nanti saya solat sendiri." 

Aku masih koyak senyum. Manis. 
"Apa salahnya untuh hari ini. Malam ini kita solat bersama. Bukan susah mana pun, lagipun nikmat tahu kalau suami isteri berjemaah sekali. Tak nak rasa?" 

Aku nampak Qaisara terpinga-pinga. Keliru. Tak tahu nak bagi jawapan apa. 
"Rasa apa?" Soalan Qaisara buat hati aku jadi geli. 

"Cuba dulu,baru tahu." Aku sudah bersedia untuk memulakan solat. Tidak peduli lagi sekiranya memang Qaisara tidak mahu. 

"Shafiq... tunggu saya. Nak ambil wuduk sekejap." Aku ukir senyum lalu menagguk. Qaisara laju berlalu masuk ke bilik air. Terdengar percikan air dari bilik air. 

"Alhamdulillah..." Hanya itu yang mampu aku ucapkan ketika ini. Mudah-mudahan hati Qaisara mudah dibentuk lagi. 

"Shafiq, saya dah sudah. " Aku tersentak menyedarkan aku dari megelamun. Ku lihat Qaisara cantik dengan memakai telekung putih pemberian aku. Mukanya tampak suci bersih tanpa noda. Aku mula mengangkat takbir, memulakan solat Maghrib, solat pertama kami berjemaah bersama. 

Usai solat, Qaisara terus soal aku;
"Shafiq, saya tak rasa apa pun. Tipu ehh?"
Aku tergelak perlahan. Dah agak dia akan tanya begitu. Rasa apa. 
"Tak rasa apa?"

Dia geleng kepala laju. 

"Sebab awak tak ikhlas ni... sebab tu awak tak rasa apa-apa." 

Bibir di jongket ke atas sedikit. "Ikhlas...?"

Aku jatuh kepala- angguk. "Ikhlas tak?"

"Entahlah..."

"Nanti kita solat sama-sama lagi, dan kali ini awak kena ikhlas. Faham?" 

Qaisara ukir senyum. "Okey."
____________________________

Aku tahan geram. Tahan marah dan cuba bersabar. Cuba bertenang. 
Kena bincang elok-elok. 
Tak perlu kasar kalau tak memerlukan. 

Pintu utama tertutup.
Kedengaran derap kaki menaiki tingkat atas. 
Aku kalih memerhati dia dan aku yakin dia tidak sedar kehadiran aku yang menanti. 
Ketika dia hendak memulas tombol pintu biliknya, aku bangun. 

"Sara..."

Dia kalih. Riak terkejut.

Aku hampir dia. Dekat. Menarik lengan dia dan kubawa ke ruang santai. Ruang tamu kedua. 
"Apa ni, Shafiq? Nak apa, cakaplah. Tak perlu tarik tangan orang." Dia tarik tangannya kasar. 

Aku merengus kasar. 
"Jujur dengan saya. Beritahu apa yang saya tak tahu."

"Apa? Nak jujur apa? Tentang apa? Awak pula dah kenapa?" 
Bertubi-tubi soalan dia lontar pada aku. 
Masih lagi tak mahu mengaku.

Aku renung dia tajam. 
Aku masih ada lagi kesabaran walaupun hampir ranyap. 

"Tolong jujur dengan saya, Sara. Beritahu saya apa yang saya tak tahu." 

"Apa?"

"Jujur..."

"Okey... nak sangat saya jujur tapi jangan nak marah-marah. Saya suka Amir. Saya sayang dia. Saya cintakan dia. Saya tak betah hidup dengan awak. Saya buat macam-macam untuk awak benci saya sehingga awak dah tak tahan dengan perangai saya, sikap saya. Saya nak awak lepaskan saya..." Dia diam sejenak. Merenung aku yang kini dibaluti perasaan cemburu. 
"... saya  minta maaf. Saya tahu awak baik dan saya ini jahat. Saya tak layak untuk awak. Awak terlalu baik untuk saya. Saya ikut papa sebab saya tak mahu papa sakit. Tapi, saya tak boleh sebab saya tak serasi..." Airmata di tubirnya hampir menitis tapi pantas disekanya. Aku ketap bibir. Itu kelemahan aku. Tidak boleh melihat wanita menangis.

"Saya tak kata awak jahat. Dan siapa cakap awak jahat, siapa juga cakap saya baik? Siapa juga cakap awak tak layak untuk saya, dan siapa juga cakap saya ni layak untuk awak? Siapa kita hendak hukum diri sendiri? Allah saja yang tahu. "

Qaisara geleng kepala. "Semua cakap saya ni jahat. Kawan saya, papa, Amir, ramai lagi cakap saya ni jahat. Awak je yang buta tak nampak agaknya." 

Aku senyum. "Ya, saya buta. Buta sebab tak tahu menilai. Awak isteri saya dan tempat awak, saya letak di tempat paling tinggi. Awak untuk saya lindungi, bukan untuk dihina, maki. Sara, kalau awak perlukan cahaya untuk menerangi gelap. Saya ada untuk hulurkan cahaya itu untuk awak dan bersama jalan untuk lalu kegelapan." 

Aku merenung dia yang sudah teresak-esak. Duduk menekur memandang karpet putih baldu itu. Aku jatuhkan punggung duduk bersama dia. 

"Sudi tak awak untuk bersama saya. Mencari cahaya itu untuk keluar dari kegelapan ini?" Aku hulur tangan dan aku koyak senyum. 
Qaisara memandang aku. Mukanya sedih. Wajahnya basah dengan airmata. Hatinya keliru mungkin dengan perasaan sendiri. 

"Cahaya apa?"

"Cahaya yang kekal selamanya. Cahaya dari Tuhan. Cari cinta Tuhan. Selagi kita percaya kewujudan Allah dan sebagai seorang Islam, wajib kita mempercayainya. Dalam sini..." Aku tarik tangan aku letak di dada kiri. "Dalam hati..." 

Qaisara terus peluk aku erat. Membenamkan wajahnya ke dalam leher aku. Menangsi semahu dia. Aku balas pelukan dia erat. 

"Tak benci saye ke?"

"Tak."

"Walau hati saya pada orang lain?"

"Tak. Hati awak hanya untuk Allah dan jika awak ada rasa cinta pada Amir, saya izinkan. Tapi, ikut syarat saya sebelum saya lepaskan awak pada dia." ujar aku perlahan. Qaisara meangakat wajah memandang aku. Aku senyum tapi tak manis. Pahit. 

"Jujur?"

"Saya... sayang awak." Lain yang dia tanya lain pula aku balas. Aku usap kepala dia lembut. 

"Janji ikut syarat saya?" soal aku sekali lagi bila lihat Qaisara masih tunduk termenung. Aku pegang dagunya agar dia memandang aku. Lihat aku. Pandang aku. 

"Apa?"
__________________________

Syarat pertama, Qaisara perlu belajar masak sebab selama aki hidup dengan dia. Tak pernah aku nampak dia masak ke apa. Jadi, oleh kerana aku pandai. Aku ajar dia skill masak-memasak pada dia. Terbalik ehh? Tak apalah. Lelaki pandai masak, bagus apa.

"Yang ini macam mana pula? " Qaisara menunjukkan seulas bawang merah  yang besar. Tangannya sudah memegang sebilah pisau. Bersedia nak berperang. 

Aku koyak senyum. Aku buat demo dahulu depan dia. Cara-cara memotong bawang. Macam kelakar daa... 

Setelah siap aku potong, aku hulurkan dia bawang yang baharu untuk dia. Suruh dia potong pula lepas sesi tunjuk ajar. Dia sengih. Dia mula kupas kulit bawang kemudian tiba-tiba...

"Awak... saya dah buta ni..." Dia dah menutup mata dengan kedua belah telapak tangannya. Mengosok-gosoknya ganas. Aku tergelak tapi masih membantu dia bangkit pergi ke sinki. Hendak mencuci matanya. 

"Alihkan tangan itu. Cuci mata tu..." Aku cuba tarik tangan dia dari melekap kat mata. Tapi, dia keraskan. Tak mahu jugak. 

"Sara... alih tangan tu." 

"Tak nak. Saya takut nanti tak boleh nampak lagi dah. Saya dah buta." 

"Mana ada jadi butalah, kalau takat potong bawang je. Mari, saya cuci mata. Bagi segar mata." 
Aku cuba tarik tangannya tapi dia keraskan. Aku tahan gelak dalam hati. 

"Kalau tak cuci lagi teruk. Langsung buta terus. Tak nampak dunia dah." Aku guna kuasa ugut. Bagi takut padahal kalau potong bawang je, manalah sampai jadi buta. Tak masuk logik sungguh. Buat mata berair adalah. 

"Tak nak... cepat cuci mata saya." Aku tarik tangan dia sekali lagi. Kali ini dia tak melawan. Aku cuci mata dia lembut. Kenakan mata dia dengan air. Bagi segar. 

"Dah, Buka mata tu perlahan-lahan." 

Qaisara buka mata terkelip-kelip. Nampak comel. 
Tangannya pegang tangan aku kuat. Matanya merah. Bibirnya terukir senyum.
________________________

"Tak boleh. Saya tak pandai baca. Dah lama tinggal." Qaisara pandang Al-Quran di atas bantal sebagai alasnya. Aku tersenyum mendengarnya. 

"Awak reti baca al-fatihah bukan?"

Dia angguk.

"Solat. Dalam solat awak baca apa je?"

"Surah yang saya tahu tapi kadang-kadang saya lupa. Sebab jarang-jarang buat." Dia tersengih. Aku hanya senyum. Setiap manusia buat silap. 

"Jadi, berubahlah. Cari kembali cinta sebenar yang sepatutnya dalam diri kita. Kekal. " 

Qaisara pandang aku. Tenang wajahnya. 
"Bantu saya. Jika hari itu awak hulurkan tangan pada saya..." Qaisara hulur tangan kanannya yang sengaja dilapik dengan kain telekungnya. Menangkat kening. "... kali ini saya hulur tangan pada awak, meminta pertolongan dari awak. Pimpin saya keluar dari kegelapan ini."

Aku koyak senyum. Aku sambut tangan dia. Sama-sama menguntum senyuman. 
"Selamanya... selagi mampu."

"Dah tak nak lepas dah." Qaisara pegang tangan aku kuat. Memang dia tak nak lepas. 

"Kena lepas. Sambung mengaji balik... Tak mahu tangguh-tangguh." Aku tarik tangan aku lembut. Tersenyum. Qaisara tersengih. 
______________________

Aku kerling dia. Dia sedar. Pandang aku sambil senyum. Aku balas. 

"Pandang saya kenapa?"
Dia soal aku. Berjalan lalu labuhkan punggung duduk di sisi aku. 

"Tak ada apa-apa." 
Mataku kalih pada kaca TV. Fokus tak pandang kiri kanan. Muka dah gelabah. 

Aku dengar Qaisara ketawa. Aku tenung dia. Tajam. 

"Kelakar lah awak. Gelabah tak bertempat. Cubalah cover sikit, ini tidak." Qaisara masih lagi ketawa malah makin kuat. Siap pegang perut tahan gelak. Buat hati aku sakit. 

Aku bangkit. Tapi, dia lagi pantas. Dia sempat pegang tangan aku. Dia turut sama berdiri, tapi depan aku. Dia pandang muka aku. Senyum masih terukir di bibirnya. 

"Nak ke mana?" Soal dia lembut. Aku pandang dia. Bibirku herot sedikit. 

"Tak ke mana." 

"Nak ikut."

"Pergi mana?"

Dia jongket bahu. 

"Dah tu, nak ikut saya pergi mana pulak?" 

"Tak tahu. Mana-mana awak pergi saya nak ikut." 

"Peliklah."

Dia tergelak. "Apa yang peliknya? Bukan ke awak ajar saya, tempat isteri di sisi suami?" 

"Amir, awak nak campak mana?" Aku ketap bibir. Tiba-tiba kenapa? Kenapa buat aku rasa macam ni? Bukan hari tu dia beria-ria nak sangat bercerai? Nak dekat dengan Amir tu?

Qaisara masih tersenyum malah makin mekar. 
"Amir tetap Amir. Awak pula masih suami saya. Jadi saya kena ikut awak." 

Aku ramas rambut belakang. Terasa sudah panjang. Tak terurus sudah aku ni. 
"Jangan sampai awak jatuh cinta dengan saya. "

"Kenapa? Tak boleh ke?"

"Tak adalah tak boleh tapi, sekali awak dah jatuh cinta dengan saya. Saya tak akan lepaskan awak malah awak akan merana kalau suatu hari, awak yang khianat." 
Aku senyum sinis. Meninggalkan dia yang termangu. Meninggalkan dia yang keliru dengan perasaan sendiri. Keliru dengan mainan dunia. Cinta manusia. 

"Shafiq...." Suara Qaisara bergetar. Buat langkah aku mati. Tapi, tubuh tidak berpaling memandang dia. Hanya berhenti untuk mendengar dia.

"Awak juga... kenapa buat saya begini? Beri syarat yang buat saya sayang awak bukan benci awak. Awak  sengaja bukan? Dan... bila saya cuba hendak terima awak, awak pula kata begitu. Adakah awak tak sudi dengan saya selama ini? Awak sungguh ke, nak saya pergi pada Amir?" 
Qaisara mendekat. Aku juga dapat rasa yang tangannya melingkar pada pinggang aku. Memeluk aku dari belakang. Aku dapat rasa jantungnya berdegup pantas. 

"Kalau itu yang awak nak." Aku balas lalu meleraikan tangannya. Berlalu masuk ke bilik. Membiarkan Qaisara yang sudah menangis. 

Aku terduduk di hadapan pintu. Menyadar di pintu. Menahan hati. Tubir mataku rasa basah. Aku nak menangis. Sebab perempuan? Oh, tidak Shafiq! Selama ini kau punyalah tahan airmata supaya tak jatuh tapi kali ini, kenapa? 

Setitis sudah jatuh membasahi pipi. Kemudia bertambah lebat malah lagi lebat bila sesekali aku terdengar Qaisara seru nama aku dalam tangisannya. Buat jantung aku lemah. 

"Bukan ini yang aku nak... Tapi, aku juga dah berjanji dengan Amir. Hantar balik awak pada Amir. Dan ketika itu, awak juga meminta untuk serahkan diri pada Amir. Saya tak mahu musnahkan kebahagiaan orang lain sedangkan diri saya bahagia..." rintih aku hanya DIA yang dengar. Cuma aku. 

Suara jahat aku kata- pedulikan Amir. 
Suara baik pula kata- janji mesti tunaikan. 

"Amir, kau sayang Qaisara?" Ujar aku pada Amir ketika aku jumpa dia lepas Qaisara dan Amir bergaduh hari itu sebelum aku kahwin. Pergaduhan mereka buat aku tertanya-tanya dan syak pada Qaisara sepanjang kami duduk bersama. Buat aku cemburu. Buat aku serba salah. 

"Apa yang kau merepek ni?" Amir tergelak. AKu hanya diam. Sinis.

"Kau sayang Sara bukan?" soal aku sekali lagi buat ketawa Amir terhenti. Matanya tenung aku, Tepat. Tajam.
"Apa ni, Fiq?"

"Hari-hari dia keluar rumah malam. Aku intip dia senyap-senyap dan aku tengok dia jumpa kau, Mir. Kau dengan dia bercinta bukan? Kenapa kau tak cakap dengan aku? Aku juga dah tanya Sara sebelum kami kahwin sama ada dia ada suka orang lain, tapi dia cakap tak ada. Kau pula, senyap. Asal? Kau takut dengan aku?" Bertubi soalan aku lontar pada Amir tapi dia diam tak berkutik. Jawab salah satu pun tidak. Hanya menunduk. 

Amir buat aku bengang. 
Buat aku nak belasah dia. 
Buat aku dah menganiya orang. 

"Sebab aku terhutang budi dengan kau." 
Amir jawab perlahan. Langsung tak angakat wajah. 

"Hutang kau kat aku dah lama langsai. Kalau disebabkan aku tolong kau langsaikan hutang kau dengan Ah Long tu. AKu tak ambik kisah lagilah. Bukan itu juga aku dah balas hutang aku dulu waktu kau bantu aku ketika syarikat aku ada masalah. Kau uruskan segala hal syarikat waktu aku ada masalah lain. Waktu aku hilang mak ayah aku. Tak akan kau masih lagi anggap kau berhutang dengan aku, hah?" Geram, marah, sakit hati, tak puas hati. Semuanya dah bergaul sebati dalam diri ini. 

"Ambil dia sebelum aku jatuh sayang dengan dia. Kau tahu kelemahan aku bukan?" Aku sambung sambil tanganku genggam erat. 

"Shafiq... buka pintu ni. Kenapa? Apa awak tak sayang saya?" Ketukan bertalu-talu dari luar buat aku tersedar dari lamunan. Aku seka airmata. Bangun dan pulas tombol pintu. Aku lihat Qaisara yang berdiri tegak depan aku. Matanya merah, hidungnya merah dan masih ada lagi sisa airmata pada wajahnya. 

Dia terus peluk aku erat. 

"Saya jatuh sayang dengan awak. Saya jatuh kasih dengan awak. Saya jatuh cinta dengan awak. Saya dah jatuh suka dengan awak. Dan, saya nak awak pun jatuh sama macam saya. Hari-hari saya doa;  Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah
kekuatan ku untuk mencintai-Mu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu. Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu..." Dia berhenti dan aku dapat rasa dia menahan tangisannya keluar. Buat aku lemah. 

"... dan saya jumpa awak. Pertama kali saya jumpa awak. Saya mula suka awak, tapi waktu tu saya ada Amir buat hati saya menolak perasaan itu hadir. Kali kedua kita jumpa, awak dah buat hati saya gundah dan kali ketiga, awak buat saya terdiam. Saya akui arahan papa, dan arahan itu buat hati saya gembira. Awak lain daripada Amir. Awak suami saya. Awak beri saya cahaya dan kenapa pula awak nak balik cahaya yang dah awak beri? " 

Dia angkat wajah. Melihat aku dan dia menarik tangan aku lalu dikucupnya. Syahdu sekali tika itu. Qaisara tika itu seperti wanita tanpa dosa dan noda. Macam bidadari. 

"Maafkan saya... tolong cintai saya kembali. Cintai saya kerana Tuhan. Tolong, jangan buruk siku. Tolong pimpin tangan saya lalu kegelapan. Bantu saya, Shafiq." Dia kembali peluk tubuhku erat. Airmata aku jatuh satu-persatu. Pelukannya aku balas. Kepalaku letak diatas kepala dia. Bibirku ketap. 

"Jangan menyesal..." 

"Saya tak menyesal. Tapi, awak kena terima saya yang banyak 'berlubang' ini."

"Allah menitipkan setiap kelebihan di setiap kekurangan. Menitipkan setiap kekuatan di setiap kelemahan. Menitipkan sukacita di setiap dukacita. Menitipkan harapan di setiap keraguan. Allah berjanji, semua itu akan indah pada waktunya. " Ujar aku tenang lalu ku cium kepalanya lama. Tanpa sedar, aku juga jatuh kasih dengan dia tika aku hulurkan tangan untuk bantu dia dan dia pula menghulurkan tangan tika dia meminta. 

Tanpa sedar, aku cinta dia. 
Tanpa sedar, aku sudah bergelar suami untuk si dia. 
Tanpa sedar, aku tak mahu lepas dia dah. 

Aku menjauhkan sedikit wajahku dan tubuhku dari dia. Memaut pahu dia erat. Tunduk memandang Qaisara dengan pandangan kasih. Bibirku koyak senyum dan dia juga. 
Hanya engkau yang tahu siapa sebenarnya dia... Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa yang memasuki taman larangan dengan penuh sopan santunnya dan hubungan ini akan terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Tuhan Yang Maha Kuasa. 

"Amir pula macam mana?" Soal aku setelah sekian lama kami begitu tanpa suara. 

Dia senyum senget. "Dia ada pengganti. Yang baik. Yang cinta dia seikhlasnya dan paling utama lebih sopan dan baiknya dari saya yang ini." Dia tersengih. Aku tersenyum. 

"Insha-Allah. Dan siapa cakap awak tak baik. Semua syarat awak dah buat dengan baik. Hati awak lembut, mudah tersentuh buat kerja saya senang. Cuma bab masak je tak lepas. Gagal. "
Aku cubit kedua belah pipinya sambil mengelap sisa airmatanya. 

"Hehehe... susah tahu, awak ajelah yang masak. Saya tukang makan. Nak?"

"Boleh tapi sekali-sekala saya nak awak juga masak. Boleh?" 

Dia angguk. 
"Shafiq... boleh nanti kita solat jemaah sama-sama. Saya tak rasa lagi apa yang awak cakap tu? Hurmmm?"
Aku tersenyum. "Ikhlas..."

"Ya, dah ikhlas ni..."

"Mana tahu?"

"Tak tahu... " 
Kami saling ketawa. Ya, mana tahu diri ini ikhlas ke tidak sebab ikhlas itu hanya Tuhan saja yang tahu. Bukan kita... ikhlas tak nampak seperti semut hitam berjalan di batu hitam. 



-TAMAT-



Nota-nota; 
Jangan bertangguh-tangguh untuk berubah. Jangan beralasan nak tunggu jadi ikhlas (konon-kononnya), sebab kalau kita nak tunggu ikhlas, sampai mati pun kita tidak akan berubah. Percaya cakap saya. Ikhlas ini hanya akan datang SELEPAS kita berubah. Ikhlas ialah step 2 manakala step 1 ialah berubah. Kita tak akan mampu untuk skip the steps.



One Man - Kim Jong Kook
>> saja letak sebab suka lagu ini... Hahaha:)


2 comments:

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...