Cerita biasa-biasa dari saya... Wafa Adelia binti Hishamuddin. Berumur 30tahun.
Aku kenal dia dalam satu hari. Satu hari, aku cam wajahnya, suaranya, susuk tubuhnya, dan senyumannya yang buatkan aku terawang-awangan. Adakah dia menjadi candy aku kelak?
Pharol Sufian bin Jaafar. Dia seorang lelaki. He's a man dan aku akuinya setelah berulang kali dia menyebutnya pada tiap kali aku curiga dengannya, Kerana dia berumur 6 tahun beza dari aku. Dia muda! Muda sangat sampai aku anggap dia sebagai adik lelaki aku. Sejujurnya juga aku memang nak ada adik lelaki.
George Town, Pulau Pinang. Destinasi pertemuan kami buat pertama kali. Sewaktu aku bercuti rehat bekerja dari Diona Sdn.Bhd sebagai pengurus besar di situ. Puas aku merayu dari papa mohon cuti sebab otak ku dah stress dengan klien yang banyak songeh. Cerewet kemain sampai drawing paper yang penat-penat Diona Sdn.Bhd sediakan pun habis dicontengnya. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Jadi, aku serahkan kepada papa yang dah lama berehat kat rumah dengan mama. Tak mahu pikir lagi dah!
"Papa... bolehlah Wafa cuti ehhh. Wafa dah penat dengan Iaan tu. Ada aje tak kena. Elok-elok bincang, bagi cadangan bernas pun dia tak mahu. Peninglahhh." Aku siap tunjuk gaya muka yang penat gila kat papa sampai mama dah naik risau. Sepanjang aku handle Diona ni tak pernah-pernah aku gagal dalam sebarang projek baru. Tapi, kali ini, Iaan dari IOS Holding buat aku sakit kepala, saraf otak aku dah terbelit-belit. Tak boleh seterika bagi lurus dah!
Papa duduk di sofa berwarna putih bersih suci itu. Mama ikut papa duduk di sisi suami tercintanya. Kadang-kadang aku rasa cemburu dengan hubungan papa dan mama yang romatik habis kat rumah ni. Diorang tak tahu ke yang diorang dah buat anak dia ni sakit jantung dengan ayat-ayat cinta mesra diorang depan-depan aku pulak tu.
"Wafa nak cuti nanti nak buat apa? Duduk rumah memanjang tak buat apa-apa? Nak membazir masa macam tu je? " Papa dah tanya soal masa aku. Papa... Tuan Haji Hishamuddin bin Haji Daud ni memang mementingkan masa sunguh-sungguh. Aku nak lepak dua puluh minit tak buat apa-apa pun, dia dah membebel dua puluh empat jam sehari. Tak bagi langsung aku memnbuang masa. Sekali-sekala apa salahnya, kan?
Aku termenung memandang skrin tv dihadapan yang menayangkan cerita Kuch Kuch Hota Hai. Filem kegemaran papa dan mama waktu mereka mula suka tengok cerita Hindustan sejak aku mula pengaruh diorang. Tapi, sekarang aku pulak dah muak sebab hampir setiap hari waktu malam nak tengok cerita Hindustan.
"Wafa, kamu nak buat apa?" Soalan mama menyentakkan lamunan aku.
Aku kalih mama dan papa yang berada di sebelah mama. Aku tersenyum memberikan kerdipan mata aku yang cantik memikat. Ikut mama.
"Penang."
______________________
Penang Street Art, Pulau Pinang;
Aku pandang dia. Dia balas pandangan aku. Sama-sama berdiri di tengah jalan lorong seni ini. Sebuah tempat yang mempamerkan pelbagai lukisan mural pada dinding bangunan usang yang boleh dilihat di sekitar bandar George Town dilukis oleh seorang anak muda bernama Ernest Zacharevic seorang artis yang cukup hebat. Aku pun bangga dengan dia.
"Hai." Dia lemparkan senyuman di bibirnya. Tapi, mata aku nampak bunga-bunga terbang keliling kami. Cantik.
"Hai." Senyumannya aku balas tipis.
Dia menghampiri aku. Jarak yang dekat membuatkan dadaku berombak kencang. Tak tahan dengan senyuman dia yang makin mengembang.
"Pharol. Pharol Sufian. Awak?"
Ok, sekarang tiba-tiba nak kenal diri masing-masing. Satu saja perasaan aku sekarang, kenapa aku rasa pelik dengan dia? Perasaan yang pelik. Aku telan air liur yang dah rasa macam-macam perasa. Tak dapat kenal pasti dah rasa apa.
Aku tunduk menekur jalan dan kembali aku angkat setelah dua saat.
"Wafa Adelia."
"Sedap nama tu. Macam tuan punya nama pulak, kan?" puji Pharol.
Aku sengih. "Tahu tu. Dah ramai dah puji nama saya. Pandai mama dan papa bagi nama, kan?"
Pharol gelak. Kuat.
"Funny. Mesra ehh... Saya suka awak."
Boleh tak sekarang ni aku nak pengsan? Pharol buat aku jatuh rebah tersembam ke tanah dengan karakter dia.
"Hehehe..." Aku mampu buat sengih tayang gigi Colgate dia ajelah. Dia sweet macam candy.
______________________
"Dah pernah pergi Batu Ferringhi, belum?" soal Pharol sambil tangannya ligat menyelak helaian muka surat bukunya. Buku apa aku tak tahu. Biarlah dia.
Aku geleng kepala. "Tak. First time saya datang sini. Tak pernah jejak pun."
Pharol berhenti melangkah. Berdiri hadapan aku. Tayang muka terkejut.
Muka tak percaya. Apa? Ingat aku sorang aje ke tak pernah cuti-cuti Malaysia. Ramai aje orang lain yang tak pernah tahu bentuk Malaysia ni macam mana? Sekurang-kurangnya aku ni pernahlah juga pergi melancong ke Johor, tempat kelahiran papa dan mama.
"Serius ke ni? Tak pernah langsung? Sekali pun tidak? Teruknya... baru keluar rumah ke apa?" soalan bertubi-tubi keluar masuk telinga aku. Gelabahnya budak ni.
Aku tunjuk dua jari di hadapan Pharol. "Dua rius, tak pernah. Soalan kedua, memang tak pernah. Soalan ketiga, sekali pun tak pernah. Soalan keempat, mana adalah. Selalu keluar rumah tapi ke pejabat, shopping malls, rumah. Tu je."
Dan, aku rasa rahang bawah Pharol hampir terjatuh ke tanah ni. Sungguh-sungguh muka dia yang tak percaya tu tayang kat depan aku. Nak tergelak pun ada.
"Tak apa. Biar Pharol bawa Wafa jalan-jalan kat Penang ni. Pharol tengah cuti semestar ni. Jadi bolehlah Pharol kenalkan Pulau Mutiara ini pada Wafa, kan?" Pharol tayang peace depan aku sambil tersenyum. Dia sungguh menawan kalbu aku. Japp...
"Cuti semestar? Student?" Tanya aku tak percaya. Pharol masih pelajar lagi ke apa. Tak nampak macam student sebab matang sangat. Bukan dari muka, tapi karakter dan penampilan dia yang smart macam Iaan. Ekk... kenapa nama Iaan dalam kepala aku?
"Yeah... Lagi dua tahun nak habis belajar. Dah tak sabar ni, nak lepak." ujarnya teruja. Aku ni yang tak teruja tahu tak? Baru nak feeling-feeling dengan dia seperti pakwe-makwe. Tapi, hancur berkecai bila dia mengaku yang dia masih tipikal pelajar lagi.
"Ohhh... patutlah asyik ada buku memanjang kat tangan. Study lagi rupanya, budak ni." jawabku sendiri. Lebih tepat cakap kat diri-sendiri kerana tak sangka aku sekarang hampir nak jatuh cinta dengan budak-budak lagi. Tragisnya...
Pharol angkat keningnya yang terletak cantik. "Budak? Jangan panggil Pharol budak. Tak suka bila Wafa panggil Pharol budak. Panggil Pharol dengan nama Pharol."
Aku cebik bibir. Perangai pun macam budak-budak.
"Umur berapa?" laju soalan itu keluar dari mulut aku. Tak tahu kenapa.
"24 tahun. Kenapa?"
"Tak ada. Mudanya..." Aku mengeluh perlahan. Kakiku mula melangkah berjalan di sekitar jalan seni ini. Lukisan mural kat sini memang cantik. Kalau nak ambik gambar pun kena kreatif sebab kita boleh buat macam-macam reaksi dengan lukisan dia yang nampak real.
Satu hari jalan pun tak habis. Sunguh... sungguh ni.
Pharol dah jalan seiring dengan aku. Tangannya dah menyeluk ke dalam poket jeans lusuhnya. Aku perasan dia dah ukir senyum.
"Tak sangka Wafa ni jenis sensitif ehh..." Pharol kalih pada aku. Aku tak mahu pandang Pharol. Tak hingin aku nak tengok muka dia yang sinis. Nak ejek aku lah tu. Sakit hati tahu.
"Mana ada sensitif. Hati ni keras macam batu. Tak mainlah sakit hati ni semua." balas aku sambil melihat ramai pengunjung bergambar mengikut kreativiti di setiap mural yang berbeza-beza. Aku suka dengan budak atas buaian tu. Ada sebuah kayu yang tergantung di dinding seolah-olah betul-betul buaian. Cantik.
"Iyalah tuu... Nak cakap sikit ni."
"Apa?" Aku pandang Pharol. Muka dia dah serius dah. Tak ada senyum. Nampak matang.
"Tak baik mengeluh tadi. Mengeluh itu tanda kekalahan. Orang yang kalah aje mengeluh memanjang." Pharol tegur lembut buat hatiku tersentak. Hekk... aku selalu mengeluh dengan projek-projek Diona yang selalu buat kepalaku berbelit. Lagi-lagi dengan Iaan dari IOS Holding yang macam-macam kerenah, merungut aje lebih. Tak puas hati-tak puas hati dengan aku.
"Oh. " Tu je yang keluar dari mulut aku? Aku tak nak cakap tu. Aku nak cakap kat dia yang dia tu bagus. Berani menegur orang, nampak matang walaupun tak padan dengan dia. Dan aku nak cakap juga, aku tertarik dengan dia.
"Huh, dah jom kita makan nasi kandar nak? Nasi kandar kat sini sedap-sedap, tahu." Pharol siap pusing-pusing sambil depangkan tangan kat tengah jalan ini. Gembira semacam budak ni.
"Ye ke sedap?" duga aku.
Pharol angguk laju. "Sedap. Dua rius ni. Sungguh-sungguh sedap."
Aku angguk setuju. "Ok. Dah lapar ni. "
________________________________
Esok paginya, aku bangun dan bersiap-siap nak pergi jalan-jalan cuci mata kat Pulau Pinang. Cuti aku ada dua hari lagi. Aku buka map dan buka google nak search tempat menarik kat sini. Siap senaraikan lagi tempat aku nak lawat nanti. Banyak gila yang menarik minat aku ni, dan tak tahu sama ada cukup ke cuti yang papa bagi aku selama dua hari lagi.
Padang Kota Lama... bangunan yang bersejarah. Nampak klasik pulak. Ok. Let's go!
Aku turun ke lobi hotel. Kena keluar awal sikit sebab nak cari lokosi tu pun lama. Teksi? Aku memang niat tak nak guna teksi kat Pulau Pinang ni sebab nak cari jalan sendiri sambil dapat cuci mata walaupun aku tahu nanti kalau akibatnya akan sesat nanti.
"Assalamualaikum." Suara dia meenyentakkan aku dan sekali gus boleh buat jantung aku berhenti serta-merta.
Aku paling pandang dia yang tersengih panjang. Muka tak bersalah dia tayang depan aku. Dia tak tahu ke yang dia dah bunuh jiwa aku semalam?
"Tak jawab salam ke? Dosa tahu..." Pharol dekatkan wajahnya depan muka aku. Buat aku berpeluh-peluh sebaldi. Penuh!
"Waalaikumusalam. Jauh-jauh sikit muka tu. Seram ahhh." Ujar aku dengan muka yang kecut-kecut dengan Pharol yang dah nampak bayang tanduk dua kat kepala dia.
Pharol koyak senyum. Killer grains dia dah maii dahh. Aku cepat-cepat jauhkan diri dari dia. Laju kakiku bergerak jalan keluar dari hotel penginapan aku sementara bercuti di sini. Tak mahu dekat-dekat dengan Pharol. Nanti jantung aku berdarah-darah dah dan sesakkan nafas aku jugak.
"Mana nak jalan ekk?" Aku pandang keliling sekitar George Town ini. Sesak dengan kereta yang sesak di jalan raya, manusia keliling berlegar-legar. Buat aku pening dahh. Aku buka peta yang aku dapat kat lobi hotel semalam.
"Nak pergi mana?" Aku pandang Pharol. Dia ni memang tak ada kerja ekk.
"Macam mana Pharol tahu saya kat sini? Skodeng ehhh..." tunkas aku dengan kenyitan mata pada Pharol. Pharol membuntangkan mata. Terkejut gamaknya dengan sikap tiba-tiba aku. Soalan dia aku abaikan. Heh!
Pharol terus ukir senyum. Manis baginya, sinis bagiku.
"Pandai kenyit-kenyit mata ekk, kakak Wafa ni..." Pharol pandang hadapan. Jalan raya yang sesak. Kemudian kembali melihat aku yang tengah pandang dia. Pharol panggil aku kakak dan aku rasa aku memang dah sangat tua. Terasa hati dah dengan Pharol. ".... memang Pharol skodeng kakak pun sebab kakak ni dah curi hati Pharol, bawa lari jauh-jauh sampai Pharol dah tak bernyawa dah sekarang ni."
Ohmai... ayat dia tiba-tiba dah jadi sumpahan kat aku. Buat aku pegang dada kiriku. Aku dah curi hati dia ke sampai dia rasa tak bernyawa? Boleh tak sekarang aku nak masuk ICU? Minta oksigen segar sebab kat sini udara dah tercemar dengan ayat Pharol yang manis habis.
"Mengayat pandai... " Aku kembali fokus ke peta di tanganku. Nak cari jalan ke Padang Kota Lama. Nak ikut jalan mana? Papa ada beritahu aku suruh ambil tour guide tapi aku tak mahu. Nanti banyak ceramah memanjang. Aku nak tenang-tenang tapi kena belajar sejarah pula.
"Mana ada mengayat. Sungguh-sungguh ni." Pharol jerit sikit buat aku kalih beri perhatian pada dia.
"Apa?"
"Pharol nak ajak Wafa kahwin. Boleh?"
Hak-elah... tipikal budak student sungguh lah Pharol ni. Al-maklumlah budak seusia dia ni kan lebih gemarkan hidup bebas, bergaul, lepak-lepak... lebih-lebih lagi dia ni tengah cuti semestar pulak. Aku hanya balas dengan senyum ajelah. Tipulah kalau aku tak rasa apa-apa bila dia cakap macam tu, tapi entahlah. Lagipun aku tak tahu nak rasa perasaan macam mana sebab ini kali pertama seorang lelaki jenis macam budak Pharol ni buat aku rasa nak gantung diri sekarang. Tak sanggup dah!
__________________________________
"Nak pergi night market tak?" soalnya sambil menjilat-jilat aiskrim di tangannya. Tadi, kami jalan penat sangat keliling Penang tu, Pharol nampak ada uncle jual aiskrim terus merengek kat aku suruh belikan untuk dia. Aku pula naik menyampah dengan muka bajet comel dia tayang depan aku. Jadi, rela-paksa aku belikan lah dia aiskrim Cornetto pulak tu. Ingatkan rasa segan, bolehlah aku belikan aiskrim Malaysia aje 30 sen satu batang tapi tak, terus sambar aje bila nampak aiskrim mahal. Sabar ajelah.
"Kat mana?" soal aku pulak. Tak menjawab soalan dia.
"Batu Feringghi. Kan Wafa tak pernah pergi lagi. Hari tu ajak tak nak. Tolak mentah-mentah. Nak tak?"
Ekk... aku bukannya nak tolak tapi sebab ayat mengayat dia tu aku tak tahan. Buat aku sesak nafas memanjang. Nak pam pun dah tak sempat.
"Ada apa kat sana?"
"Hak-elah... jual baranglah akak oii... Macam-macam ada sampai rambang mata. Nak tak?" soal Pharol untuk kali ketiga. Aku sengih.
"Nak."
"Ok. Tunggu sampai malam. Jadi... kita duduk sini dulu ehhh sambil tengok kejadian Allah ni." Pharol pandang wajah aku kemudian dia kuak rambutnya yang terjuntai di dahi. Kalau aku nak cakap dia dah cucuk hati aku, boleh tak? Kalah Reonaldo tahu tak?
"Akak... nanti kita pergi masjid ehh. Solat. Lepas Isyak kita gerak naik teksi. " beritahu Pharol setelah sekian lama kami berdiam dengan perasaan masing-masing.
Aku jatuhkan kepala perlahan. Mengiyakannya. Dapat jugak solat berjemaah nanti. Nasib baik aku bawa beg sandang letak telekung dalamnya kalau nak rest kat mana-mana nanti bila waktu solat masuk. Papa memang marah kalau aku lengah-lengahkan solat walau seminit.
__________________________
Betul cakap Pharol. Mata aku dah rambang dah dengan macam-macam jenis barang jualan kat sini dengan harga yang murah-murah gila. Sangat banyak benda-benda comel kat sini. Mata aku suka suruh tuannya cari keychain pelbagai jenis corak. Sungguh menawan kalbu, Kalau nak kahwin, aku nak hantaran keychain, boleh?
"Kita nak start dari mana ekk, Pharol?" tanya aku sambil mataku memandang setiap jenis khemah yang pelbagai. Meriah sungguh dengan lampu-lampu neon, pengunjung yang ramai penuh sesak. Walaupun kat Kuala Lumpur dah ada barang macam ni, tapi aku suka macam ni. Murah kot sedangkan tahu ciplak! Hehehe... kalau mama tahu mesti dia marah. Jadi aku beli untuk aku ajelah.
"Mana-mana." Pharol selamba menjawab dengan matanya tak lepas memandang wajah aku. Riaknya risau sungguh. Kenapa? Takut aku sesat ehh... Akak Wafa Adelia ni pandai jaga dirilah.
"Tak yah risaulah. Umur akak dah 29 tahun dah." tiba-tiba aku beritahu dia walaupun dia tak tanya. Biarlah. Aku mula nak jalan ke sebelah kiri tapi pantas Pharol pegang tangan aku.
"Bahaya jalan sorang-sorang. Jalan dengan Pharol. Mana Wafa nak pergi, Pharol ikut tapi jangan lepas dari mata Pharol. Faham?" Serius muka Pharol bila suaranya pun dah tegas semacam. Seram pula aku. Tapi, aku rasa dia prihatin sangat dan aku rasa pelik.
"Akak faham tak?" ulang dia sedikit menjerit. Aku tersentak. Sedar balik dari realiti.
"Faham."
"Good girl. Dah jom. Nak cari apa?" Pharol angkat kening. Aku tersenyum.
"Benda comel!!!" Aku jerit kuat sedikit. Rasa teruja tiba-tiba. Pharol tergelak. Aku hanya senyum ajelah. Nak buat macam mana, dah seronok ni nak habiskan duit. Hehehe...
"Let's go."
______________________
Hari terakhir aku kat Pulau Pinang ni. Dan aku nak bagi penat habis-habis walaupun semalam dah cukup penat duk pusing-pusing kat Batu Feringghi tu. Pharol pun dah banyak kali menguap, minta aku balik cepat sebab dah lewat pagi. Aku sendiri tak sedar pukul berapa. Alih-alih pandang jam kat tangan dah masuk pukul 2 pagi. Hahaha... padanlah Pharol menguap banyak kali, mata pun dah merah macam zombi Kampung Pisang.
"Hari ni nak pergi mana pula?" Pharol dah setia menunggu kat lobi hotel. Aku pun dah tak kisah dengan dia. Pharol dah macam adik-adik aku aje. AKu dah penat halau dia supaya tak ganggu aku, tapi dia degil. Nak juga ikut aku jalan-jalan. Sebab dia cakap, dia sayang kalau aku hilang dari pandangan matanya. Hak-ilah... aku pun biar aje lah Pharol ikut. Asalkan dia tak menangis terguling-guling depan aku. Buat malu nanti, siapa susah?
"War Museum? Ermm... Bukit Bendera? Kek Lok Si Temple? Atau... Fort Cornwallis? Mana satu eek? Saya tengok ni semua kat internet. Tengok macam best aje tempat-tempat ni. Mana satu yang best, adik?" Aku kerut kening. Duduk sebelah dia yang sibuk dengan pamphlet pelancongan di Penang.
"Bukit Bendera nak?" tanya dia sambil tangannya menongkat dagu. Serius hensem tak ingat. Hahaha...
"Okey... saya ikut je." Aku koyak senyum. Bersedia nak berdiri keluar dari hotel.
"Wafa Adelia." Panggil Pharol dengan panggilan nama aku yang penuh. Buat aku terhenti serta-merta. Kalih Pharol yang masih duduk dengan kakinya bersilang. Bergaya.
"Ya."
"Jangan panggil saya adik. Saya tak suka." Tegas suaranya. Aku dah nak gelak. Tapi pantas aku tahan. Aku kembali duduk sebelahnya.
"Dah kenapa?" duga aku.
"Sebab tak suka."
Ekklah budak ni. Tak sedar diri tu student lagi ke apa. Dah betul nak buat macam mana. Aku pun memang suka ada adik lelaki. boleh buli-buli tapi Pharol ni kemain susah nak buli. Asyik dia aje yang membuli aku. Sakit hati tahu. Aku tersenyum. Kadang-kadang aku rasa lain macam bila tertelan air liur. Macam-macam perasa aku rasa bila berada dengan dia. Pharol buat aku mati cepat, gamaknya.
"Tak baik senyum sorang-sorang. Makruh..." tegurnya lembut. Aku tersentak. Pandang Pharol yang sudah tersenyum itu aku jadi gubra tiba-tiba.
"Mana adalah. Tengah senyum nak pergi jalan-jalan nanti. Seronok ni." dalih aku.
"Yeah... nak pergi jalan-jalan pun duk tersenyum macam kambing. Orang ingat gila pula nanti." Komennya lalu bingkas bangun dari duduk.
"Jom... cepat. Nanti lewat pula." Jerit Pharol dari luar. Aku tergelak. Tipikal budak-budak sungguhlah.
_________________________
Dah seminggu lebih, aku tak jumpa Pharol. Dan seminggu itu jugaklah buat hatiku bagi tercucuk jarum jahit yang tajam. Rasa dah terkoyak rabak dah hati ini. Aku tak reti nak jahit balik sebab aku tak tahu nak menjahit. Masukkan benang dalam lubang jarum pun tak tahu.
"Wafa... mama nak cakap sikit boleh?" Mama terus duduk di birai katil milikku. Hari ini hari Ahad, hari minggu, hari cuti aku. Nak lepak-lepak sahaja. Tak nak keluar.
"Ada apa, ma?" Aku bangkit dari pembaringan. Duduk bersila memandang mama yang muka serius tiba-tiba.
Mama tersenyum. Aku balas.
"Wafa..." Mama buat ayat panjang enam harakat. Senyap lepas tu. Aku angkat kening. Dah kenapa pula dengan mama ni? Duk tersengih-sengih dengan aku. Nak cakap apa? Berita gembira atau berita sedih ni?
"Apa ma? Tersenyum dari tadi... tak cakap apa-apa pun. Hurmm?" Aku merapati mama, duduk di sisinya. Tenung mama. Mama sangat cantik dan seorang yang sangat penyabar dengan kami. Papa tegas tapi kasih sayang papa luas dan sayang papa pada mama sangat mendalam. Romantik habis!
"Wafa... papa dan mama nak pinangkan Wafa dengan kawan papa, Uncle Fuad. Anak dia sekarang ni tengah cuti. Mama..." Ayat mama terhenti. Aku jauh sedikit dari mama. Airmata dah bergenang. Tunggu masa nak jatuh saja.
Mama cuba capai tangan aku tapi aku elak. Tak mahu mama sentuh aku. Mama tak tahu ke yang hati aku sakit bila dia kata macam tu. Dahlah masih luka, sekarang mama tabur lagi cuka. Suka-suka hati pinangkan untuk aku. Sob...sob...sob...
"Wafa..." panggil mama lembut.
"Mama tak adil. Mama tak tanya Wafa pun dan sekarang mama beritahu yang mama pinangkan Wafa dengan manusia dengan Wafa tak kenal. Mama tak mahu tanya pun, sama ada Wafa ni suka lelaki lain ke? Dah plan nak bertunang ke apa? Wafa ada hati... Wafa ada perasaan, ma... Baru aje hari tu hati Wafa berkecai sebab..." Aku terhenti. Aku nak sebut nama dia tapi aku tak dapat sebab lidah aku kelu tapi hatiku merana. Aku rindu Pharol. Aku rindu Pulau Pinang.
Mama menunduk. Aku jatuh simpati. Aku tahu aku salah tiba-tiba nak marah-marah mama sedangkan aku sendiri tak tahu perasaan sendiri. Aku hampiri mama, memegang tangannya erat.
"Ma... Wafa mintak maaf tapi..."
"Kalau Wafa tak setuju, mama tak paksa. Mama cuma mahu tanya aje pendapat kamu... Mama tak tahu pula kamu dah berpunya. Siapa dia?" Mama pandang wajah aku. Aku tersenyum. Nak jawab apa ekk?
"Tak ada."
"Erkk.. tak ada? Tadi bunyi macam ada sangat... tiba-tiba tak ada pulak. Pelik." Mama letak jari telunjuk kananya di dagu. Gayanya seperti memikirkan ayat aku tadi agaknya. Aku tersengih.
"Ma... siapa?" soal aku namum kepala menunduk ke bawah memandang lantai bilik.
Mama paut bahu aku rapat padanya. Aku nampak mama ukir senyum. Senyuman mama memang cantik. "Kawan papa, anak dia." itu sahaja yang keluar dari mulut mama. Aku merengus. Jawapan mama tu aku dah tahu sebab mama dah beritahu tadi.
"Lain?"
Mama angkat kening. Pandang aku dengan pandangan pelik. "Lain apa?"
"Selain maklumat mama cakap tu, siapa dia? Anak kawan papa tulaa... kena kenal dia betul-betul dulu, baru boleh jumpa dia." Aku jawab selamba.
"Nak kenal dia ke?" duga mama. Aku angguk.
"Okey... nanti mama ajak mereka datang makan malam kat rumah kita. Okey?"
Angguk. Mama tersenyum lalu bangkit keluar dari bilik. Pintu tertutup. Aku sorang dalam bilik. Mengeluh.
"Tak baik mengeluh..."
Pharol... suara Pharol ada dalam bilik ini. Bilik aku. Laju aku kepalaku mencari kedudukan suara itu tapi malang... tiada. Suara dia ada dalam hati aku. Dah melekat macam kena gam gajah.
Aku... kenapa tiba-tiba hati aku rindu dia ni? Pharol dah buat sumpahan kat aku. Huhuhu... Tapi mama? Aku tak sampai hati bila lihat mama sedih dan aku juga tak pernah nak lawan cakap mama dan papa. Walaupun aku tahu, aku ada hak untuk beritahu impian aku pada mereka. Tapi tak boleh sebab tak pernah nak bantah mereka cakap. Papa suruh aku handle Diona Sdn.Bhd walaupun aku tak berapa suka. Mama tak beri aku mengembara walaupun hati aku membuak-buak nak jelajah satu dunia. Papa dan mama nak pinangkan aku dengan lelaki aku tak kenal walaupun hati aku dah jatuh pada orang lain. Patut ke aku bantah?
_____________________________
Aku tilik diri aku dari atas sampai bawah. Gaun labuh pemberian mama berwarna biru gelap sangat cantik dan ini kali pertama aku pakai. Selendang berwarna hitam membalut kepalaku itu aku kemas. Perfect!
Aku memulas tombol pintu bilik. Menarik nafas dalam. Keluar. Dalam fikiran dah terbayang macam-macam bentuk rupa lelaki yang tiba-tiba aku hendak menerimanya. Tiba-tiba? Paksanya sebenarnya plus rela juga. AKu jalan perlahan menuruni tangga menuju ke ruang bawah dan di mana juga tetamu 'istimewa' mama datang makan malam di sini.
"Wafa... mari sini. Lama kami tunggu kamu, nak makan bersama." Mama bangun dan menarik aku lembut ke meja makan. Aku terbenhenti bila mama menjuih bibir ke arah dia. Aku angkat kening. Pejam mata sekejap. Tiga saat buka kembali mata. Memang real sungguh!
Okey... Aku nak oksigen sekarang ni. Dah sesak nafas paras kritikal bila nampak dia kerdipkan mata pada aku. Serius!!! Mama cubit pipi aku tak dan tak saja. Aku merengus. Mama jeling tajam.
"Wafa Adelia ye? Cantik ikut mamanya, bukan?" Seorang lelaki yang aku anggar sebaya papa itu bangun menghampiri aku yang tercegat berdiri sebelah mama.
Aku diam. Balas tidak, salam pun tidak. Mama menyiku aku. Aku mengaduh sakit. Mama ni ganas juga kadang-kadang. Aku hanya tersenyum tipis.
"Marilah duduk. Kita makan. Wafa duduklah sebelah Sufian tu, dah lama dia tunggu nak makan dari tadi." Mama tarik lengan aku. Paksa aku duduk sebelah dia. Dato' Fuad pula duduk berhadapan papa dan mama duduk sebelah papa. Papa hanya tersenyum sahaja bila mama buat anak sulungnya begitu.
Waktu itu aku hanya diam membisu. Bila ditanya hanya membalas dengan anggukan. Aku cuma menumpu pada makanan aku saja. Tak pandang orang yang duduk di sebelahku. Mama, papa dan Dato' Fuad saja yang asyik berborak dan sesekali terdengar ketwa mereka. Aku fikir mereka ini sudah sekian lama tidak berjumpa agaknya. Lelaki sebelahku juga tak bercakap sama macam aku.
"Wafa..." Mama seru nama aku. Aku angakat kepala. Ketika ini kami sudah berada di ruang tamu pertama dan mendengar orang dewasa bercakap. Kanak-kanak tak perlu menganggu dan hanya mendengar saja walaupun aku dah mula bosan di sini.
"Ya, ma. Ada apa?"
"Ajak Sufian pergi ke laman depan sana. Berbual sekali? Dari tadi kamu berdua tak bercakap langsung dah!" Mama dah keluar kata arahan. Arahan yang perlu diikut dan tiada bantahan atau surat-surat diperlukan.
"A'ahlah... Pergilah sana, Sufian. Kami nak berbual sekejap. Bila dah sudah nanti, kami panggil. Okey?" Dato's Fuad menyampuk. Sokong mama cakap. Aku kerling papa. Papa hanya tersenyum sahaja. Aku anggap papa setuju juga.
____________________
Tak tahu nak cakap apa dah. Dia datang tiba-tiba. Tiba-tiba hilang, tiba muncul kembali. Apakah? Aku pandang wajah dia. Wajah yang aku rindu. Wajah yang kebudak-budakan sungguh.
"Assalamualaikum... Wafa." Dia Sudah berdiri di hadapan aku. Aku ketap bibir. Hatiku berdebar-debar. Rasa gemuruh sungguh saat ini. Tangan pun dah rasa sejuk-sejuk.
"Assalamualaikum... tak mahu jawab ke? " Dia bersuara perlahan. Takat untuk kami berdua dengar saja. Aku rasa terlampau dekat sangat dengan telinga aku.
"Pharol?" Aku tenung matanya. Cantik.
"Jawab salamlah... dosa tahu kalau tak jawab. Wajib!" Pharol tegur aku dengan tegas tapi lembut bila didengar. Waaaa... telinga aku dah kena sumpah dengan Pharol jugalah!
"Waalaikumusalam... Ermmm..." Aku ketap bibir. Tubuhku membelakangkan dia. Tak tahu dah nak tanya apa pada Pharol. Pharol buat aku nak bunuh dir cepat-cepat.
"Aikks... kenapa? Tak mahu pandang muka Pharol lagi ke?"
"Bukan..."
"Kemudian?"
"Saya pelik... mama cakap ada orang yang masuk meminang saya tu datang malam ini. Makan bersama keluarga kami nak berkenalan. Tapi... tadi bila saya turun, saya nampak Pharol. Muka Pharol, senyuman Pharol, gaya Pharol, semuanya tentang Pharol saya nampak tadi. Saya cari mana keluarga lelaki tu tapi tak ada cuma keluarga awak saja yang ada kat rumah saya ni... " Aku kembali menghadap Pharol. Jari telunjukku kuletak di bawah bibir. Memandang Pharol yang sedang tersengih melihat aku yang sedang kekeliruan.
Pharol angkat kening. "Wafa nampak tak keluarga tu?"
Aku geleng kepala laju-laju. "Pharol ke, huh?"
Pharol tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang putih cantik tersusun. Dia mendekat pada aku. Aku tidak berganjak selangkah pun dari dia. Tapi hatiku dah berdebar kencang tanpa henti. Laju.
"Wafa tak percaya ke Pharol datang rumah Wafa sekarang ni?" Pharol tanya sambil sekali-kala dia sengaja menagah-agah aku dengan mendekatkan mukanya padaku. Nasib tak kena saja. Nak kena tembak gamaknya, budak ni.
"Percaya... boleh tak jauh sikit muka tu dari saya?"
"Kenapa tak jauhkan sendiri?"
"Sebab kaki saya dah kena simen... Tak boleh bergerak. Dah keras seperti kena gam dah." Ujar aku sedikit kuat. Memang betul dah jadi ais. Tak boleh bergerak tiba-tiba disebabkan Pharol yang memukau. Nampak matang dan tak nampak budak-budak langsung. Gementar.
Pharol gelak kuat. Dia melangkah kebelakang setapak. Dia memandang aku sinis.
"Dah jauh dah?"
Aku geleng. Pharol undur setapak lagi.
"Dah?" Pharol koyak senyum killer grains dia yang buat aku menjadi lemah sungguh. Tak sanggup nak tengok senyuman dia tu tapi kalau tak tengok melepas pulakkk... Hahahaha...
Aku angguk lemah. "Dah."
"Sekarang ni percaya lagi atau masih anggap fairytale lagi?" Pharol sudah duduk di bangku laman rumah papa dan mama. Aku pula masih berdiri tegak macam askar.
"Percaya. Pharol ke?" soal aku ragu-ragu. Yelah... umur kami jauh beza. Sangat jauh dan aku dikira golongan anak dara tua. Huhuhu... tak laku-laku dan Pharol ini pula masih muda belia lagi. Belajar pun tak habis lagi. Boleh ke dia jalankan tanggungjawab dia nanti bila kahwin kelak?
"Yup... Pharol. Waktu kat Penang lagi Pharol dah mintak Wafa untuk kahwin dengan Pharol. Wafa tak percaya. Jadi, Pharol ajak daddy masuk pinang terus Wafa bila daddy mula-mula yang cadangkan nama Wafa Adelia pada Pharol." Pharol menongkat dagunya sambil matanya tepat memandang aku.
"Ingatkan main-main dan memang anggap main-main. Tapi... Pharol muda lagi. Saya tak setuju sangat sebab Pharol pun tak habis belajar lagi kan?" Aku dah mula duduk bersila atas rumput tiruan di laman itu. Mendongak langit yang gelap tanpa bintang berkerlipan.
"Kahwin muda bagus apa? Daddy kahwin muda juga dengan arwah mummy. Papa dan mama Wafa pun kahwin muda jugak kan? Okey je mereka..." Selamba dia menjawab dan aku dengar dia gelak halus.
Kira aku sajalah kahwin tua. Memanglah mama dan papa kahwin muda tapi mereka tu matang dalam kehidupan. Hidup mereka senang. Ni... Pharol? Budak lagi, sekolah lagi pula tu?
"Tak percaya Pharol ke?"
"Bukan... tapi... entahlah..."
"Percaya Pharol ye, walau apa pun jadi sebab Wafa Adelia binti Hishamuddin ini dah menakluk hati dan jasad milik Pharol Sufian bin Dato' Fuad ini. Jadi... Wafa kena bertanggungjawab sebab Wafa dah beri kunci pada Pharol dan kalau Wafa minta balik kunci tu, Pharol tak mahu beri balik. Pharol nak simpan sampai pintu dapat buka." Pharol kenyitkan mata sebelah kirinya padaku tika aku memandang dia. Tika ini aku dah tak tahu nak gambarkan macam mana hatiku ini berombak-ombak nak keluar pergi pada Pharol. Terlompat-lompat agaknya hatiku ini kalau Pharol dapat buka pintu tu.
"Nanti nak hantaran berapa?" soal Pharol tiba-tiba. Hantaran? Ermm... berapa ekk? Dia ni budak-budak lagi, mintak berapa ye?
"Berapa-berapa Pharol nak bagilah."
"Cakap ajelah. Insha-Allah kalau Pharol mampu, Pharol bagilah."
Aku tersenyum. "Wafa nak 50,000 ringgit tunai boleh?"
Pharol ternganga besar. Aku nak tergelak tapi aku tahan. Aku tahu memang dia tak mampu sebanyak itu sebab perbelanjaan nak belajar kat luar negara tu besar. Mana cukup.
"Betul ke Waafa nak banyak tu?" Pharol dah mengelabah.
Aku jongket bahu.
"Kalau Wafa nak juga, hutang ehhh. Cukup duit nanti, Pharol bagi yang lebihnya ehh?" Pharol dah sama duduk bersila dengan aku. Pharol pandang wajah aku dalam-dalam minta kepastian.
"Mehhh... mana adalah. Main-main ajelah. Suka hati Pharol nak beri berapa pun. Tak kisah."
AKu jawab jujur. Pharol tarik nafas lega. Tipikal budak-budak sungguh.
Aku sedekahkan senyuman pada Pharol. Masing-masing senyap memandang langit malam yang damai sehinggalah ibu bapa masing-masing menjemput anak-anak mereka masuk ke dalam rumah.
Sebelum Pharol balik, Pharol sempat beritahu aku bahawa dia sayang aku sungguh-sungguh dan aku pula kelu seribu bahasa. Pharol ni sweet talker sungguh. Manis sangat!
_____________________
Kami dah selamat bernikah tiga hari lepas. Simple-simple saja.
Majlis kecil-kecilan sahaja sebab aku dan Pharol tidak mahu majlis besar-besaran. Lagipun cuti semestar Pharol hampir tamat dan dia nak balik ke UK. Maka... tinggalah aku sendirian di Malaysia tanpa suami di sisi nanti.
"Wafa... kita nak guna nama panggilan apa ekk?" Pharol tiba-tiba tanya aku waktu kami sama-sama duduk di sofa biru di ruang tamu kondominium hadiah perkahwinan kami dari papa, mama dan papa Fuad.
Aku tenung Pharol. "Tak tahu. Macam ini je kan dah bagus?"
"Tak sweet lahhh..."
"Sweet je Wafa rasa... Tak ada yang tak sweet pun." Aku jawab selamba tanpa tahu apa yang manisnya. Hahaha....
Pharol mencebik. "Tak faham ke? Macam Pharol panggil Wafa dengan panggilan sayang, dan Wafa panggil Pharol dengan panggilan abang. Nak tak?" Pharol angkat kening. Aku kerut dahi.
"Eee... gelilah nak panggil macam tu."
"Apa yang gelinya?"
"Abang? Panggil Pharol 'abang' tu macam tak kena. Tak terkeluar anak tekak ni." Aku siap urut-urut tekak aku kasi tunjuk kat Pharol yang mula buat muka ikan buntal dia.
"Yelahh... Kalau geli-geli tak perlu panggil." Pharol dah mula nak bangkit. Cepat-cepat aku pegang tangan dia. Pharol pandang aku tak puas hati. Aku tersengih.
"Merajuk?"
Senyap. AKu bangun dan paut lengan sasa Pharol. Erat.
"Tak mahulah merajuk ye. Okey... kita panggil 'abang' 'sayang' ye."
Pharol tarik bahu aku dan menghadap dia. Bibirnya dah terukir senyuman. Bagus, Pharol dah termakan pujuk. Muehehe...
"Betul ni?" Pharol tanya aku minta pasti.
"Ye." Aku jawab yakin. Pharol terus lepas aku.
"Wooo... seronoknya hidup!!!" jerit Pharol sambil berlari keliling ruang tamu. Berlapang dada. AKu tepuk dahi.
Dia terus ketawa dan ketawa. "Abang sayang Wafa sungguh-sungguh." laung Pharol.
_______________
Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang luas, kurasa sempit. Orang yang ramai dan sesak pun aku rasa hanya ada aku dan dia.
Aku peluk dia kuat. Tak mahu lepaskan dia pergi jauh dari aku. Tak mahu dia hilang dari pandangan mata aku. Aku nak dia ada di sisi aku selamanya.
"Sayang... dahlah. Jangan menangis lagi. Malulah orang tengok ni..." Pharol ukir senyuman mekar untuk aku. Dia lap airmata aku yang mengalir di pipi. Hangat.
"Tak mahu awak pergi..." Aku masih paut lengannya seperti anak kecil takut hilang ibu.
Pharol cubit pipiku lembut. "Ikutlah saya..."
"Boleh ke?"
"Kenapa tak boleh pula? Bukan tempat isteri di sisi suami ke?" Pharol angkat kening.
Betul tapi macam mana dengan Diona Sdn. Bhd. Aku tak boleh nak tinggalkan kerja-kerja aku macam itu saja. Papa harapkan aku seorang. Aku anak tunggal. Aku lepas nafas berat.
"Papa..."
Pharol angguk kepalanya perlahan. "Tahu... Tunggu Pharol lagi 2 tahun Pharol habis belajar. Nanti sekali-sekala Pharol balik tengok Wafa tapi tak boleh lamalah."
"Janji?"
"Janji..."
Aku terus peluk erat Pharol. "Saya sayang abang."
________________
Lihat kalender dah masuk bulan December. Kalau kat sana dah winter tak silap dan aku tak sabar nak tunggu Pharol pulang Malaysia. Lama dah pendam rindu pada dia. Yelah, kami ini kan KJJ kerana Pharol masih belajar lagi dan tahun depan tahun akhir dia.
"Wafa, mari tolong mama sekejap kat dapur ni." Aku tersenyum. Ni mesti mama ada masalah mendengki dengan aku yang sedang berehat senang-lenang. Laju kakiku bergerak ke dapur.
"Ye, mama. Nak mintak tolong apa?"
"Buatkan masak lemak cili padi untuk kami. Lagipun papa Fuad pun ada sekali makan malam nanti." Mama ukir senyuman menawan tapi tangannya masih ligat memotong bawang dan syur-sayuran lain.
"Papa Fuad datang? Tiba-tiba je?" Aku pelik sebab papa Fuad sangat jarang datang nak makan malam sama-sama dengan keluarga aku sejak Pharol dah terbang jauh. Kalau ada datang pun untuk makan tenghari saja. Mimpi ke?
"Yelah... salahkah kalau papa mertua nak jenguk menantunya. Hurmmm?"
"Tak."
"Jadi tolong sini." Mama dah keluar ayat arahan. Aku kena akur.
______________________
"Pa... Sihat?" Aku salam tangan Dato'Fuad sopan. Dato' Fuad tersenyum lantas memeluk aku erat. Aku terkaku. Lama-lama aku balas pelukan Dato' Fuad. Papa mertua rindu menantu kan? Hahaha...
"Sihat. Wafa macam mana?" Dato' Fuad dah lepaskan aku. Aku tarik tangannya ke ruang tamu. Aku kena layang Dato'Fuad terlebih dahulu kerana papa dan mama sedang bersiap di atas.
"Sihat je." Balas aku lalu melabuhkan pungung di sofa di sisi Dato' Fuad.
"Pharol dah balik?"
"Mana ada. Dia kan lambat baliknya..."
"Tapi, Pharol telefon papa cakap dah balik. Dia tak telefon Wafa ke?" Dato' Fuad dah pandang aku pelik. Pelik sebab aku tak dapat panggilan dari Pharol yang mengatakan dia nak balik.
"Tak." Kecewa. Pharol tak beritahu aku dan dia memang tak hendak beritahu aku pun.
"Tak apalah. Mugkin dia nak buat kejutan kot untuk Wafa. " Dato' Fuad mula memujuk aku bila dah lihat muka aku yang berkecai-berai.
Aku jatuhkan kepalaku perlahan. Mengiyakan kata-kata Dato'Fuad.
_____________________
Aku duduk termenung di dalam bilik ekslusif Diona Sdn. Bhd sebagai pengarah yang dilantik oleh papa. Laptop di hadapan, aku tenung kosong. Email dari Pharol tak masuk-masuk. Dari semalam aku hantar tanya betul ke dia dah balik Malaysia tapi sampai sekarang tiada balasan dari dia. Sibuk ke? Tak akanlah sebab sekarang ini dia cuti kan?
Message masuk. Aku terus jadi segar. Cepat-cepat klik email dari Pharol.
From: sufian25@gmail.com
Subject: Adalah(:
Kenapa? Pelik? Hahahaha... bukan abang tak nak beritahu sayang tapi adalah.
Marah? Sedih? Kecewa? Maaf, tapi abang ada misi rahsia. Nanti ehhh...
Tuhan memberikan rasa cinta dalam diri abang, dan abang memberikannya pada sayang. Tolong jangan diberikan lagi kepada otang lain. Jaga jarak ehhh...
Abang, rindu Wafa sungguh-sungguh. Tunggu abang tau. :)
Misi rahsia? Bukan kecewalah, tak sedih pun cuma rasa pelik saja. Jaga jarak? Aku kena jaga jarak dengan siapa? Bukannya ada orang lain pun yang nak mengorat selain Tahmir. Ohh... Tahmir ke? Pahrol boleh tahu? Dari siapa? Ke dia ada pasang spy kat sini? Tapi.. tapi... aku bukannya layan pun si Tahmir tu tapi aku cuma dengar luahan perasaan dia aje.
"Akak!!!"
Aku angakt kepala. Terkejut. Dia? Ehhh... baru saja dia hantar email kat aku dan tiba-tiba dia ada depan mata aku ni. Kenapa?"
"Pharol?"
Pharol tergelak. Dia hampir aku yang masih duduk membatu. Tak berganjak mata memandang dia. Kacak sungguh!
"Yelah. Terkejut tak? " Pharol angkat kening. Selamba dia duduk di atas meja aku.
'Siapa tak terkejut? Tiba-tiba kejut-kejutkan orang macam ni. "Aku dah mula bangun. Berdiri depan dia yang tersengih.
Pharol tarik aku rapat. Kakiku dikepit dengan kedua belah kakinya. Tangannya memegang tanganku. Wajahnya gembira mekar.
"Cinta abang tak?" Tanya Pharol tiba-tiba.
"Mestilah."
"Cakaplah betul-betul." Pharol gesa aku. Dah lama dia mintak aku cakap 'betul-betul' depan dia tapi aku malu nak cakap. Sungguh-sungguh.
"Betullah ni. Tak belit-belit pun orang cakap."
"Tahu. Tapi... nak dengar yang betul-betul punya."
AKu tergelak. Kalau budak-budak memang tetap budak-budak.
"Saya... "
"Hurmmm?"
"Saya cinta awak." Laju. Pantas. Tak pandang dia pun. Pharol sudah tersenyum sampai ke pipi. Gembira gamaknya.
"Terima kasih. And I loved you you from the very first day." Kedengaran menyentuh hati aku bila dia kata begitu, Ya, sewaktu pertama kali kami bertemu di Pulau Pinang dan pertama kali dia luahkan rasa cintanya pada aku dan aku pula dah rasa nak terbang keawan tapi aku cuba nafi dan hinggalah akhirnya kami dah bernikah pun. Tetap sama.
Aku gelak. Pegangan tangannya padaku aku lepas tapi masih berdiri dalam keadaan yang sama. Seorang berdiri dan seorang duduk. Tanganku menyentuh pipinya. Sejuk. Rindu Pharol sangat-sangat.
"Kenapa?" Pharol angkat keningnya. Hensem superb!
Senyuman sahaja aku balas.
"You look super cute when you smile, Wafa."
"Masa senyum ajelah, ye? Hurmmm?" Aku cubit hidungnya perlahan. Tak mahu sakitkan Pharol saya.
"Tak adalah. Sentiasa cute depan saya. "Pharol pula balas perbuatan aku. Cubit hidung aku tapi kuat. Tak lembut langsung. Patah juga hidung aku.
"Awak sweet macam candy. "
"Born with it."
Hmmm... Pharol Sufian selamanya manis pada aku. Aku harap kalau ada apa aral yang datang menimpa kami kelak, cinta kami tetap kukuh kerana aku cinta dia kerana Allah dan dia juga cinta aku kerana Allah. Allah yang pertemukan kami dan jodoh kami dari Allah.
Lagu Tema "Candy"
Dark Side - Hannah Trigwell (cover)
_______________________________________
I love you because I know you’re always there, there to catch me when I fall, there to listen when I need you, there when I feel alone. I love you because you understand me, you know how I feel even when I can’t say it. You know I’m not as strong as I say and still you never let me know that I’m not fooling you. I love you because you make me believe, believe that I am not worthless. Believe that I can be loved, am loved, and can love others. I love you because you know, you know I feel this way but can’t say it and still you wait, letting me take my time to come to terms with the fact that I love you. I would give my life up to be with you, and above all never hurt you, lie to you, or leave you
-The End-
Cerita tipikal sangat ahh... tak ada konflik kan? Hahaha... nanti-nnatilahh:) Ohh kan Pharol cakap ada misi rahsia an? Jadi... adalah kot nnt sambungan dia. Pharol kan tak habis belajar lagi kan? Dan Waafa juga kan cakap 'apa-apa aral melintang kan'?
ReplyDeleteInsha Allah... sambung kot cerita ni... Hhahaha... Sebab buat cerita ni macam tak namapak endiing sungguh lahhh...
Salam sayang:) AimyShazleen