Aku tak lepas pandang dari wajah Obeng yang sedang mencuci kereta kesayangannya.
Bajunya yang sudah basah kuyup dek tempias air dan sabun. Mukanya yang sudah berkerut-kerut. Kadang-kadang Obeng tergelincir jatuh disebabkan lantai yang licin. Bersusah-payah Obeng hendak bangkit semula. Aku tersenyum.
"Itulah... nak sangat cuci sendiri. Tak mahu orang lain yang sentuh kereta 'buruk' dia tu. Kan dah susah..." Omelku sendiri sambil tanganku giat melakar sebuah pemandangan yang indah dihadapan matanya. Minat aku dan Obeng sama. Suka melukis dan suka mewarna tapi minatku bukannya semula jadi tapi disebabkan Obeng.
Cita rasa kami jauh berbeza. Sangat jauh berbeza seperti langit dan bumi.
Obeng suka nombor tapi aku suka bahasa.
Obeng suka bercakap sedikit tapi aku tak suka bercakap sangat. Hahaha...
Obeng minat koleksi kereta atau motorbike ke apa, tapi aku sukakan koleksi buku.
Obeng suka mengembara, aku suka duduk rumah sahaja.
Obeng suka coklat tapi aku suka cheese. Sebab itu aku mudah tersenyum. Selalu sebut cheese hari-hari dari kecik.
Dan... semuanya berbeza antara aku dan Obeng.
Aku mengeluh.
Satu tabiat aku yang Obeng tidak sukakannya.
Kata Obeng; "Orang kuat mengeluh ini mudah mengalah dan berputus asa dengan sesuatu yang dilakukan. Obeng tak suka Yaya mengeluh."
Ya, aku tahu Obeng tak suka aku mengeluh apa-apa yang berlaku.
Obeng mahu aku sentiasa harapkan Allah yang sentiasa ada di sisi kita selamanya jikalau kita berada dalam kesusahan.
Aku akan sentiasa ingat pesanan Obeng.
Selamanya dari Obeng versi lama.
Aku pandang ke kereta Audi S5 yang sudah cantik berkilat-kilat tapi mataku bukan mencari kereta tapi mencari Obeng. Aku bangkit. Melilau mencari Obeng yang tiba-tiba hilang.
Baru mengelamun sekejap dah hilang ke budak ni?
Isshhh... menyusahkan lah Obeng ni!
"Obeng... " Aku seru nama dia. Berjalan ke laman tepi berdekatan dengan kolam ikan.
Pada fikiranku, Obeng selalu lepak di situ apabila dia kelihatan penat atau keliru dengan diri sendiri. Kadang-kadang aku rasa kesian... melihat Obeng yang asing. Asing dengan dirinya.
Berasa asing dengan tubuhnya, persekitarannya dan hatinya.
"Obeng, mana hilang?"
Aku tegur dia yang tersenyum sendiri tapi matanya terlekap tepat pada ikan-ikan yang berenang dalam air. Aku sudah berdiri disebelahnya. Obeng pula masih begitu tapi mukanya jadi masam tiba-tiba. Dah kenapa pula?
"Tak tahu." Jawab Obeng malas. Tak pandang aku pun.
"Ohhh... Jadi Obeng tahu tak mana Obeng pergi ekk?"
Obeng diam. Wajahnya dipaling memandang aku. Siap bagi jelingan tajam pula tu.
"Jangan buat lawak boleh tak?"
Aku hanya tersengih sebagai jawapannya. Nak buat kelakar pun marah ke? Tak sporting langsunglah.
"Dah tu orang tanya tak mahu jawab, siapa suruh?"
Aku mencebik. Memandang ikan emas milik Haji. Dah lama aku rasa macam nak makan je ikan ini sebab nak tahu apa jadi bila makan emas. Muehehe...
Obeng merengus.
Aku angkat kening.
"Kenapa?"
Aku tanya prihatin. Obeng sikap pelik.
Obeng geleng. Aku tak puas hati.
"Dah cuci kereta bagi cantik, tak puas hati lagi ke?
Obeng mengeleng.
Aku ketap bibir, tapi Obeng tetap begitu. Berdiri sama melihat ikan-ikan di atas jambatan kecil yang direka khas oleh Haji sendiri. Yang aku pasti keseluruhan rekaan villa ini adalah hasil idea kreatif Haji Darus, ayah Obeng.
"Obeng penat."
Ringkas dan padat jawapan yang keluar dari mulut Obeng.
Kemudian dia tersenyum pada aku.
Aku melopong.
"Jangan melopong tengok Obeng. You patut jaga pandangan you pada Obeng. Faham?"
Tegas. Obeng lantas berlalu pergi tinggalkan aku yang terpinga. Aku pula tak faham kenapa aku terpinga-pinga melihat Obeng. Macam orang blur pula, buat malu sahaja.
Aku cubit pipiku kuat.
"Aduh... sakit."
"Yang dicubit tu kenapa?"
Mak Som tergelak.
Aku tersengih.
"Mimpi... Mak Som. Sebab tu Yaya cubit." Aku teriak kuat pada Mak Som yang menyapu lantai di porch kereta.
"Yolah..."
Aku melihat tingkat paling atas. Aras tempat istirehat Obeng.
Aku koyak senyum.
"Obeng penat."
Kata-kata Obeng yang tergiang-giang di kepalaku.
Obeng selalu cakap macam itu pada aku bila dia sudah buat sesuatu pekerjaan walaupun kerja yang paling mudah dan ringan iaitu mengasah pensil. Kerja paling remeh padaku tapi sukar baginya. Huh, dasar anak orang kaya!
Mmemophobia... macam mana pula?
Obeng, kalau Yaya tak terlibat... sungguh Obeng bahagia sekarang.
___________________________
sambung...(:
No comments:
Post a Comment