Obeng tunduk menekur lantai.
Aku lihat dia mengenggam tangannya kuat.
Obeng sedang berlawan dengan perasaan. Perasaan yang utuh dan sampai bila-bila tak akan hilang. Hilang dari ingatan dia dan aku...
Aku berjalan dekat dengan Obeng. Aku mengeluh perlahan.
Aku tahu apa yang Obeng rasa dan aku tahu dia pun tahu apa yang aku rasa sekarang.
"Darwin... lihat Yaya boleh?"
Aku sudah telan air liur banyak kali tapi terasa tak cukup. Kering. Pilu melihat wajahnya itu.
Obeng angkat kepala perlahan memandang aku. Matanya sudah merah. Obeng menangis?
Aku teringin memeluknya erat. Memberikan semangat dan kekuatan untuk mengahadapi dugaan di hadapannya tapi tak boleh. Obeng lain...
"Obeng sayang Yaya ke?"
duga aku dan aku genggam tanganku kuat pada kainku.
Dah sama macam Obeng.
Takut nak dengar dia berkata. Apa yang keluar dari mulutnya.
Obeng melepas nafas berat.
Matanya masih pada wajahku. Mata kami saling berbalas antara satu sama lain.
Masing-masing tidak mahu mengalah.
"Obeng tak sayang Yaya. Tu je... you boleh keluar dari bilik ini. Sekarang."
Tegas.
Obeng berlalu ke pintu bilik dan membukanya untuk aku. Dia hanya berdiri di tepi memandang ke bawah. Raut Obeng pucat. Aku tahu dia tertekan. Jawapan yang dia beri bukan jawapan hatinya.
Aku cuba bertenang. Mencari ruang. Aku tahu kesusahan yang dialami oleh Obeng kini.
"Silap Yaya, Obeng. Silap Yaya sebab pernah jatuh cinta pada Obeng" ... malah masih jatuh cinta dan akan tetap jatuh cinta pada Obeng. Ayat terakhir itu tak dapat diluahkan sebab risau Obeng. Obeng yang sakit sebab aku.
Aku melintas di hadapan Obeng. Aku pandang dia. Obeng masih menekur melihat lantai. Diam membisu. Tiada suara yang keluar dan hanya kedengaran hembusan nafas kami berdua. Mengeluh lagi.
"Yaya... keluar dulu. Obeng rehat ehhh nanti sakit pula. Bye."
Kakiku terasa berat nak meninggalkan Obeng. Obeng tengah sedih, tengah merana, tengah melawan perasaan dan tengah memerhatikan aku... Segala macam perasaan dalam hatiku ini membuak-buak nak luah padanya. Hendak beritahu dia bahawa aku masih sayang dia. Itu sahaja.
"Hmmm... pasal kek tu you tak perlu buatlah. Tak mahu." Obeng lihat aku dengan muka kecewa. Aku koyak senyum untuknya.
"Okey... Rehat tahu... jangan buat benda yang bukan-bukan tau!"
"Yeah..."
Obeng balas perlahan. Tika aku sudah menapak keluar, Obeng lantas menutup pintu biliknya. Tak sempat aku nak paling lihat wajahnya. Tak sempat nak balas senyum apa-apa dan dia pula tutup pintu macam nak roboh satu rumah.
Marah ke?
Aku turun kebawah. Setiap anak tangga aku kira hingga ke tangga ke 20 yang mana tangga aku dan Obeng jumpa kali pertama. Di dalam villa yang sama, keluarga yang sama, suasana yang sama... aku rindu Obeng yang lama.
_________
bersambung untuk kali ke-3
tak sabar nak tau apa yg telah berlaku pada obeng......
ReplyDelete