#Suntikan Semangat#

Wednesday, 3 December 2014

Cerpen: Lensa [Full]



"Try the best, Ija. Come on... kau boleh!" 
Cha teriak kuat. Berpeluh-peluh mukanya seperti baru sahaja berlatih berkawat di waktu  tengahari. 

"Cepat... bagi lagi semangat kat aku. Biar hatiku berkobar-kobar dan terbakar sikit." 

Cha tergelak dengar aku cakap macam tu. 
Aku angkat kening padanya. 

"Ok. Aaaa... Kayuh lagi, kayuh sampai patah kaki tu. Biar hasilnya berkesan. Chayok Ija! Chayok!" 

Cha siap buat bena kata-kata semangat kat aku. 
Huhuhu... terharunya dapat kawan begini. 

Aku dengan semangat baru, teruskan kayuh guna exercise bike untuk hilangkan lemak yang berlibih dari badan aku ni. Rupa aku dah teruk sangat. 

Gemuk.

Aku tak mahu kelihatan hodoh di mata orang lagi.
Aku tak mahu kena ejek lagi.
Dan...

Paling utama.
Dia. 

Dia yang sentiasa aku idamkan dan aku mimpi setiap hari.
Nama dia yang acap kali meniti bibir aku.

Fariz.

Yang ketika dulu, dia menyukai aku kerana aku berasal dari keluarga berada.
Yang ketika dulu, dia menyukai aku kerana kepura-puraan.
Yang ketika dulu, aku hanya mampu tahan hati melihat dia bersama perempuan lain. 

Walau aku tahu, aku bukan sesiapa pada dia. 
Walau aku tahu aku tidak secantik kekasih dia. 
Walau aku tahu, dia hanya mempermainkan aku.
Mempergunakan aku demi kepentingan sendiri. 

Aku tahu, aku bodoh. 
Tak tahu menilai seseorang.
Kerana mataku dibutakan oleh Fariz.


***

2 tahun sebelumnya...


"Awak suka saya?"

Aku angguk tanpa malu.

"Saya... Fariz. Awak?"

"Noraija. Panggil Ija saja." 

Aku senyum. 
Dia turut senyum.

"Sedap nama... Orangnya pun cantik juga." 

Fariz koyak senyum. 

"Ija, mahu kawan dengan saya?" 

"Aaa... "

"Ija... dari dulu saya perhatikan awak. Saya nak sangat berkawan dengan awak. Tapi... bila saya fikir balik, awak nak ke kawan dengan orang macam saya. Tak setaraf awak pun. Awak kaya, saya..."

"Tak. Saya kawan dengan semua orang. Saya tak memilih kawan tapi orang lain yang kategorikan saya begitu. Anggap saya ni hanya kawan dengan orang branded saja. "

"Jadi... awak nak kawan dengan saya?"

Aku angguk. "Kawan."

"Terima kasih."

"Sama-sama. " 

Aku dan Fariz saling balas pandangan.

Dan...

Sejak itu, kami sentiasa bersama. Fariz sentiasa buat aku tersenyum dengan kata-kata lahir dari mulutnya. Buat hatiku berkembang bunga matahari yang menyinar terang.

"Ija... boleh Fariz pinjam duit. Motor Fariz rosak semalam. Masuk bengkel. Tapi... tak cukup duit bulan ni. Nak bayar sewa rumah... bla...bla...bla..."

Dia minta duit, aku beri tanpa banyak alasan.

"Tak pe. Nak berapa?"

"RM 500 je. Boleh ke? Nanti bila Fariz ada duit. Fariz ganti balik." 

"Ok. Nanti Ija bank-in kan."

"Terima kasih, Ija. Ija baik sangat... Bertuah Fariz ada kawan baik macam Ija. Ija cantik macam hati Ija jugak."

Hehehe... aku senyum kembang dengar pujian Fariz. 
Senang bukan sesiapa yang dapat berkawan dengan aku?

"Ija... boleh Fariz pinjam kereta Ija. Fariz ada final projet dengan group Fariz. Tapi... Fariz cakap dengan kawan naik dengan Fariz. Naik kereta Ija. Diorang setuju... boleh?"

Aku senyap. Tak tahu nak cakap apa.

"Ija?"

"Bila?"

"Sabtu minggu depan?"

"Ok... tapi..."

"Yeaahh!! Thanks Ija... Nanti Fariz jaga kereta Ija elok-elok. Nak Fariz belanja aiskrim nak?"

Aku senyum. 
"Nak."

Aku pula tak tahu kenapa aku mudah percaya dia, bagi apa saja Fariz nak. Mungkin sebab aku sayang dia? 

Cha cakap aku ni bodoh sangat asyik kali menurut kata si Fariz itu. Abang aku pun marah-marah aku sebab aku selalu sangat keluarkan duit simpanan aku untuk Fariz dan bukan untuk diri aku sendiri.  Tapi aku selalu larang abang supaya tak beritahu mak dan abah tentang duit tu. 

"Sampai bila Ija nak tanggung Fariz tu? Duit tu untuk Ija, bukan untuk dia. Abang tengok  Fariz tu asyik guna Ija punya duit saja. Dia dah bayar belum?"

Aku geleng.
 Abang nampak marah.

"Jangan jadi bodoh Ija. Dia permain Ija je. "

"Tapi... dia..."

"Dia apa?"

"Dia cakap, dia suka Ija. Fariz suka Ija."

"Suka duit Ija adalah." 

Aku diam.

 "Jangan dekat dengan dia lagi. Abang tak suka dengan budak tu. Jangan sampai dia nak permainkan adik abang ni. "

"Abang...Ija..."

"Jangan sampai abang beritahu mak abah tentang Fariz selama ni. Faham adik. Abang cuma ada adik abang ni seorang saja. Abang nak terbaik untuk Ija. Lelaki yang boleh jaga adik abang yang cute dan chubbi ni selama-lamanya."

Abang peluk aku erat.

"Ija minta maaf."

"Jangan minta maaf dengan abang. Ija tak buat salah apa-apa pun dengan abang."


***

"Ija... kenapa menung ni? Tak sihat ke?"

Aku pandang wajah Fariz. 
Dan aku kalih pula pada Najwa. Kekasih Fariz.

"Tak ada apa."
Aku senyum pahit.

"Ija... boleh kitaorang nak minta tolong?"

Aku pandang Najwa. 

"Apa?"

"Ermm... kitorang nak pergi bercuti. Tapi... Fariz tak cukup duit untuk pergi. Kami..."

"Pergi berdua saja ke?"
Aku tanya Najwa dengan Fariz.
Mereka berdua saling berpandangan.

"A'ah."
Najwa sengih.
Fariz pandang aku.

Kadang-kadang, hari-hari aku sakit hati dengan mereka. Fariz datang kat aku tiap kali nak sesuatu. Aku kerling Najwa dan... dia memang cantik, kurus, tinggi berbeza dengan aku. 
Aku sedar yang Fariz pilih Najwa bukan aku. 
Tapi... kenapa aku tak boleh tinggalkan dia?

Aku jahat ke kalau nak rampas Fariz dari Najwa?


***
4  tahun selepasnya



"Cha... betul ke apa yang aku buat?"

Cha termenung. 
Mugkin mencari jawapan yang tepat untuk aku.

"Betul la kot." 

Huh?! Hampeh Cha!

"Dah laa.. Ija. Kau dah cantik. Lawa. Dah kurus. Tak sia-sia selama ni kita bersenam kan?" 

"A'ah." 

"Dah, cepat. Nanti kau lambat pula. "

"Ok." 

Aku terus lari keluar rumah. Naik kereta BMW aku hadiah dari abah. 
Tuju tempat janji aku. 


***

Mataku tercari-cari kelibat dia di Cafe Red Velvet. 
Setiap meja aku pandang jika melihat dia. 
Aku agak mungkin dia tak akan berubah mukanya. 
Kecuali aku. 

"Ija..." 
Dia melambai-lamabai tangannya kat aku. 
Aku senyum tapi sekejap saja. 
Bila nampak seseorang yang aku kenal bersama dia.

"Hai... lama tak jumpa."

Aku duduk berhadapan mereka. 

"Memang... Ija, kau dah cantik dan KURUS. Wahhh!!!"
Fariz puji aku. 

"Hehehe... tapi macam mana kenal saya. Ramai orang tak perasan saya tapi awak kenal."

"Firasat."

"Ija... kenalkan tunang aku, Najwa. Aku bawa dia sekali sebab dia nak sangat juga jumpa Ija." 

"A'ah. Ija makin lawalah."
Najwa puji aku pula.

Aku senyum tawar.
Aku ingatkan Fariz nak jumpa aku sebab nak beritahu aku sesuatu.
Dan...

Aku excited sebab aku dah lawa macam Najwa.
Aku dah kurus dan tak gemuk macam dulu lagi.

Kecewa.

"Tahniah."

"Sama-sama."
Serentak Najwa dan Fariz menjawab.
Bertambah sakit hati aku.

"Ija, kami datang nak jumpa sebab nak pulangkan balik duit yang kami pinjam dulu. Nah!"
Najwa hulurkan aku sampul berwarna coklat.

"Tapi... Ija ikhlas."

"Kami juga ikhlas. Kan, Fariz dah janji nak ganti balik. Jadi, Ija terima ya. fariz dah dapat kerja bagus dah. " 

Fariz beriya-iya menyuruh aku ambil.
Aku terpaksa juga ambil bila dengar pujuk-rayu diorang.

Aku tak tahu.
Kenapa Fariz tak teruja dengan aku. 

"Ija... nanti majlis kami. Jemput datang tahu! Jangan tak datang. Kitaorang buat jemputan VIP untuk Ija."  Fariz memandang aku dengan riak gembira.

"Oh. Ok. Mestilah Ija datang kan?"

Aku lihat Fariz dan Najwa mesra. 

"Ija... kami doakan Ija juga dapat jodoh yang baik. Lelaki yang mampu jaga Ija dengan ikhlas. ye? Sebab Ija seorang perempuan yang baik sangat-sangat. Kami gerak dulu. Asslamualaikum."

Najwa senyum kat aku bila dia kata macam tu. 
Fariz bangun. Najwa pun.

Najwa dan aku bersalaman. 
Aku pandang mereka hilang dari pandangan. 

"Waalaikumusalam."

Fariz... kenapa tak pandang Ija pun?
Kenapa tak suka Ija, sedangkan Ija suka Fariz?

Lensa apa yang kau pakai  hanya nampak cantik dia?

Aku akur. 
Bangun dan keluar dari cafe itu.
Fariz bukan aku punya. 
Jikalau aku dapat jasad Fariz, tapi hatinya untuk Najwa?
Tak merana aku.


Cinta tak seharusnya memiliki. 



-Tamat-

_________________________

Assalamualaikum... 
Lensa. Cerita lensa ini hanya terkeluar macam tu saja. Hhehehe... tak ada perancangan jalan cerita pun. 
Saya terpaksa tamatkan macam tu aje. Tak tahu apa jadi pada Ija. 

Klik2 -aimyshazleen-
Thumbs up 4 me (: Citer dah lama siap on November

1 comment:

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...