#Suntikan Semangat#

Saturday, 13 December 2014

Cerpen: Promise? [Full]


Wajah yang polos itu aku renung dengan penuh kasih. Sungguh menenangkan. Hatiku sudah lama jatuh berlari-lari kepada dia dan aku pula telah lama menyimpan dengan penuh berjaga-jaga supaya tidak remuk hatinya yang telah diserahkan kepadaku sejak sekian lama. 
Aku renung wajah dia lama. Bersih lagi suci. Suci sepertimana kasihnya terhadap aku. 

Aku lepas nafas perlahan. 
Kepalaku jatuh perlahan kebawah. Memandang kosong kasut Adidas berwarna merah kehitaman di kakiku. 

"Janganlah tiba-tiba saja tak jadi." gumamku sambil menggeleng kecil. Takut sangat kalau apa yang kufikir ini menjadi kenyataan. Aku tidak mahu. 

Sudah lama aku pasang angan-angan ini dari dulu lagi. Sebuah majlis perkahwinan besar-besaran di hotel mewah. Ada sebuah pancutan air yang sangat cantik dan mendamaikan. Majlis yang dihadiri beribu orang yang akan aku jemput kelak. Gaun labuh berwarna putih   bertaburan manik-manik tipis yang berkilauan, elegant but simple, bunga ropal di bawah dan segalanya. Macam dresses dari  pereka Vera Wang.  Sekeliling dewan dihiasi bunga ros berwarna putih menyambut tetamu dengan keindahan dan wangiannya. 

Tapi... itu hanya angan-angan. 
Kalau dikatakan dia tidak mahu, hendak buat macam mana?
Huhuhu

Aku kembali kerling dia yang sedang rancak berbual dengan mama, papa, mama Hana, papa Zaed, kak long, tok wan, atuk, nenek dan semua anggota keluarga aku dan dia. Dia yang lengkap berpakaian T'shirt berwarna putih dan seluar jeans londeh menampakkan ketampanan dia yang superb! 

Tiba-tiba, mataku terkalih pada tangannya. 
Jam tangan Rolex?
Aku senyum. 

Wajahnya kembali aku renung dari jauh. Merenung dia telah  membawa aku kembali ke waktu dahulu. Waktu yang penuh dengan harapan dan semuanya manis-manis antara aku dan dia. 

###

Aku duduk sambil melunjurkan kakiku yang panjang. Memandang orang lalu lalang dihadapanku tanpa mempendulikan pandangan jelik mereka kepadaku. Ada aku kisah? Duduk tepi longkang saja pun. Bukannya aku minta sedekah pun. 
Cehh!

"Mana dia ni... kata jam tiga sampai sini. Tapi ini dah lebih lima minit ni. Tak boleh jadi ni. Dia kena saman dengan aku juga hari ini. Tidak kira sama ada ni nak pokai ke apa sebab ni dah masuk kali ke... Jap ehhh, aku kira sekejap.
Sepuluh batang jariku  yang panjang-panjang dan runcing itu aku halakan tepat di depan wajahku. Satu-persatu bermula dari ibu jari sebelah kiri hingga ke jari kelingking aku sebelah kanan sudah diturunkan. Kemudian kembangkan balik dan buat perkara yang sama seperti tadi. Dan... aku rasa sia-sia saja aku kira macam tu. Tak akan habis punya lah! 

Banyak kali dah!!!
Jadi tunggul bila tunggu dia. Tak pernah tak jadi manusia kat sini. 

Geram.

"Weii, lama tunggu?" 

Aku angkat wajah memandang lelaki berdiri di depan aku. 
Muka tak boleh blah! 
Sengih macam kerang busuk. Tak hensem langsung.

"Muka tak bersalah, jangan tunjuk kat sini. Soalan tak masak pun jangan tanya kat sini jugak. Main jauh-jauh. Shsshuuh!!" 
Aku usir dia dengan cebikkan bibir. 

"OK," 

Dia dah mula gerak tinggalkan aku kat sini. 
Aku bengang. Cepat aku bangun dan hadang jalan dia dengan depangkan tangan aku kat tengah jalan yang punyalah sesak dengan manusia. 
Gangguan lalu lintas sungguh. Hehehe...

"Apa?"

Aku cerlungkan mata merenung dia.
Dia angkat kening.

"Kau boleh tanya macam gitu kat aku. Tak bersalah langsung lah."
Aku jatuhkan tangan. Berdiri menghadap dia.

"Apa?"

"Tanya 'apa' lagi. Ishh... masaklah macam ini. Minta maaf lah."

Dia gelak? Sungguh tak ada perasaan langsung. Sungguh.

"Yelah... dah kau suruh aku blah. Halau aku macam kucing pula tu. Ingat aku ni apa? Ciss, lepas tu nak aku minta maaf dengan kau. Ekkk..."

Aku garu kepalaku yang tidak gatal. 
Tudungku yang senget sedikit, aku betulkan. Sengih depan dia.

"Oh... tadi tu, aku tak sengaja lah. Acah-acah pun tak boleh ke?"

Dah terbalik. Aku hari-hari kena pujuk dia sedangkan sebenarnya mula-mula dia yang salah. Asyik-asyik aku saja. Dia? Tak pernah nak memujuk pun. Sakit hati. Tahan perasaan. Lelaki kuat merajuk! Menyampah pun ada.

Dia geleng kepala ke kiri dan ke kanan.
"Dah lahh. Jom gi lepak. Aku dah lapar ni tapi kau bayar ehhh."

Aku mencebik.
Sikit-sikit aku saja nak kena belanja. Kaya. Ada syarikat sendiri, kereta mewah, duit banyak dalam dompet. Harta sendiri dan bukan harta family. Tapi... kedekut tahap gaban sungguh. Tak pernah nak belanja aku pun sejak mula berkawan dengan dia. Seringgit pun berkira jugak. Aku yang pokai ni juga nak paksa aku keluarkan duit untuk dia.

"Kaulahh pulak... aku dah pokai ni."
Aku berikan senyuman yang manis sangat-sangat depan dia. 

Dia senyum sinis. 
"Pokai betul-betul baru tahu nanti. Bagi dompet kau. Aku check."

Buntang mataku melihat dia. 
Nak check-check dompet aku dah kenapa?

"Tak nak."

"Bagi."

"Nak buat apa?"

"Check duit kaulah. Betul ke dah pokai atau pura-pura pokai."
Dia hulurkan tangan kat aku. Tanda suruh letakkan dompet aku atas telapak tangan dia yang besar itu. Aku geleng.

"Banyak duit kan?"

"Mana ada."
Aku dah kerut kening. 

"Kenapa tak bagi aku dompet kau."

"Hak mutlak akulah. Nak bagi ke tak, itu hak aku."

Aku dah mula bengang dengan dia. Nak belanja makan kat kedai mamak pun nak berkira ke. Alang-alang mana ada sampai RM 30 pun sekali makan dua orang. Lainlah kalau melantak tak hengat dunia. Dasar lelaki kedekut!

"Hakimah binti Abdul Rashdan. "

"Ya."

"Tak nak makan ke?"

Aku jatuhkan kepalaku perlahan dua kali.

"So?"

Wajahku angkat memandang seraut wajah yang kacak macam Hitrik Roshan. Kawan aku sejak sekolah menengah hinggalah masuk universiti yang sama. Dia memang baik. Baik jadi kawan aku kalau aku nak minta tolong dengan dia. Dia rajin membantu. Dia tak ramai kawan perempuan  dan akulah satu-satunya kawan perempuan yang dia ada dalam dunia. 
Aku juga telah memecahkan Book of Ariel's Record sebab aku perempuan paling sabar dengan kerenah dia yang berperangai kasar, gedik tak bertempat, kedekut hidung masin, buat lawak sampai boleh terkeluar darah dari hidung, sebab sumpah! Tak kelakar langsung lawak dia. Dan semuanya yang buruklah ada kat dia. 

Kali ini kami berdua dah bekerja. Aku kerja sebagai kerani aje pun, dia CEO untuk Sahara's Holding. Anak orang kaya kan... tapi dia tubuhkan syarikat guna titik peluh dia jugak. Kumpul duit bebanyak dengan kerja kat syarikat orang lain dahulu. Ayahnya dia ajak kerja sekali, dia tidak mahu. Tolak mentah-mentah cengitu saja. Hekkk... tolak rezeki sungguh. 
Bertahun jugaklah dia perah peluh untuk bangunkan Sahara's Holding yang sudah terkenal dengan kecemerlangan yang membanggakan sehingga ke antarabangsa. 

Aku turut bangga juga dengan dia. 
Kawan aku tuu...

"Weiii..."
Dia jerit kuat kat telinga aku. 
Aku tersedar. Hehehe... 

"Mengelamun tengah jalan. Jadi tak nak pergi makan?"
Dia soal aku.

"Jadi... tapi..."
Ayat aku terbiar panjang berjeda.

Dia senyum. Selamba tangannya mengosok kepalaku lembut. 
"Tak apa, kali ini biar aku belanja."

Aku tersenyum. 
Tangannya pantas aku tolak lembut.
"Tak mainlah kepala. Hilang IQ aku yang bernas tu nanti."

Dia koyak senyum.
"Ye laaa, Cik Ima. IQ kau memang tersangatlah cerdik hingga dapat menjadi kerani serba boleh kan? Tak macam aku ni."

Aku jeling dia tajam
Perli saja tahu.
"Tak perlu nak hina kerja aku. Rezeki juga. Lelaki berlagak."

"Berlagak pun boyfriend siapa? Jom makan. Aku lapar dah ni."
Dia dah melangkah laju ke depan. Tak mahu halang jalan orang.

Aku tersenyum.
Boyfriend? Hiks! Tiba-tiba, hatiku berbunga kembang bila dia berkata demikian.
Aku berlari mendapatkan dia.
Cuba untuk berjalan seiring dengan dia,

"Tak mahu laju-laju. Perlahan lah sikit."

"Kaki aku panjang."

Memang.
Dia tinggi lampai. Aku pendek. Tinggi tak sampai paras bahu dia pun.
Nak menengok dia, kena mendongak betul-betul. Sakit jugaklah leher aku.

"Betul ke kau nak belanja aku? Ikhlas ke ni?"
Aku menduga.

Dia menoleh ke arah aku sebentar. 
Kemudian, memandang ke depan semula.

"Tak."

"Tak ikhlas?"

Dia angguk.

"Habis tu, kenapa kata belanja? Belanja tu belanja ajelah."

"Suka hatilah."

"Tak mahu macam ni. Aku tak nak makan lah."

"Aikks!"
Dia berhenti. Aku juga.
Sekali lagi, kami berhenti di tengah jalan. 

Dia berdiri depan aku.
Merenung aku dengan matanya yang tak berkelip.

"Tak nak makan?"

"A'ah."

"Kenapa?"
Soal dia.

"Sebab kau tak ikhlas."

"Tu je?"

Hmmm...

"Aku ikhlas laa... tapi ada syarat. "

Cehh! Tak ikhlas lah maknanya kalau bersyarat. 

Dia membongkok sedikit badannya melihat wajahku dengan dekat.
Aku jadi serba tak kena pula. Telan air liur banyak kali rasa pahit.

"Syaratnya... hari Sabtu ni, aku nak pinang kau. Boleh?"

"Hah?!"

"Masuk meminang kaulah. Aku nak kahwin dengan kau."

Tiba-tiba aku tergelak. Tengah orang ramai.
Dia pelik.
Aku lagi pelik. 

"Lawak kau kali ni, menjadi. Ok? Kelakar sangat. Tahniah, kau dah memperbaikinya dengan jayanya. Bagus... bagus."
Aku tepuk bahunya perlahan dalam sisa tawaku yang tak boleh berhenti.

Kakiku mula melangkah. Meninggalkan dia dibelakang.
Mengarut sungguh dia hari ini.

"Ima..."

Aku paling kebelakang.

"Hurmmm?"

"Kau tak perasan ke?"

"Perasan apa?"

"Aku."

Aku koyak senyum.

"Perasan. Kau kat belakang aku, aku kat depan kau. Kau berdiri termangu, aku berdiri tersenyum. Kau pandang aku, aku pandang kau. Jadi?"

Dia geleng kepala.
Berjalan perlahan menghampiri aku.

"Boleh kau janji?"

"Janji apa?"

"Jangan gelakkan aku, kalau aku beritahu perkara ini."

"Ok."
Aku buat thumbs up depan dia.
Dia ukir senyuman di wajah kacak.

"Promise?"

"Promise laaa"

"Ariel sayang Hakimah sangat-sangat."
Dia ucap dengan penuh gaya. Seolah-olah ingin memeluk aku.
Yakin.

Aku nak ketawa. Tapi pantas aku tekup mulutku agar tidak terlepas. 
Dah promise supaya jangan ketawa.

Dia angkat kening.
"Responlah."

Aku buntu.
Nak respon apa?

Aku senyum dan tepuk tangan perlahan depan dia.
"Yeahhh... aku tak gelak pun."

"Ima..."

"Ya."

"Ariel serius ni..."

"Serius jugak lah ni..."
Aku peace.

"Ariel sayang Ima sungguh-sungguh. Dari dahulu lagi, tapi Ima tak perasan sebab Ima dulu ramai peminat. Bila Ima keluar sama-sama dengan Umar, Ariel sakit hati. Bila Ima rapat dengan Umar, Ariel teringin nak datang tarik Ima jauh-jauh dari dia. Bila Ima tenung Umar, Ariel tahan hati dari jauh. Selama ini, Ariel pandang Ima diam-diam when everytime you turn to him. Jadi, Ariel ambil tindakan agresif. Ariel cuba dekat dengan Ima, jadi kawan Ima supaya Ima tak rapat lagi dengan Umar. Sebab Ariel sayang Ima. Sungguh-sungguh."

Dia koyak senyum.
Tapi kali ini senyum dia lain.
Buatkan hati aku gugur tapi sempat aku sambut supaya tak jatuh remuk. 

Umar? Kawan aku juga. Dan memang Umar paling rapat dengan aku sebelum dia ni. Umar lelaki pertama yang tegur aku kat universiti dulu. Umar baik macam Ariel juga tapi dia tak kasar, tak kedekut, peramah, kelakar dia memang kelakar, dan segalanya yang baik ada pada dia. Dan memang dahulu aku ada perasaan suka pada Umar tapi tak lama sebab Umar diam-diam suka orang lain. Jadi, aku undur diri dahulu. Dan munculllah, Ariel bila aku sunyi. Walaupun karakter berbeza dari Umar. 

"Sungguh ke?'
Tanya aku jujur. Dadaku seperti nak meletup melepaskan lava.

"Sungguh."

Aku senyum.
Dia balas.

###

Sekali lagi, dia buat perangai. Lambat! Tak mahu kira bilangan yang entah keberapa kali kerana aku tahu tidak terjangkau berapa kali dia lambat. Tak on time langsung!
Aku nampak kelibat dia yang termengah-mengah berlari ke arahku. 

"Sorry... lambat. Jalan traffic jem lahh."
Dia terus duduk sebelah aku. 

Kali ini bukan tepi longkang ehhh, tapi dekat restoran.
Dah naik pangkat dah! Tak makan kat mamak kali ini. 

"Saman..."

Dia mencebik.
"Sikit-sikit nak saman orang. Dah order dah?"

Aku angguk.
Fresh orange saja. Tunggu dia membuatkan aku haus.

"Tu je?"

"Hmmm... tapi kali ni awak belanja ye."
Aku tenung dia lembut.

"Cehhh!!! Ima lahh belanja. Tak ada duit ni."

"Ciss, tak ada duit betul-betul baru tahu. Bagi dompet. Nak buat spotcheck. Sama ada betul-betul tak ada duit ataupura-pura." 
Aku tadah tangan.

Dia senyum.

"Dah laaa... jom cepat! Nanti lambat. "

"Yeahhh!!! Awak belanja."

Dia ketawa melihat aku sorak riang.
Dah masuk kali kedua dia belanja aku. Bagus... bagus... kemajuan meningkat.

###

Kami berdiri dihadapan pintu masuk kedai jam tangan. 
Aku kerling dia.
Muka tak boleh blah betul! Anak orang kaya sungguh.

"Mari masuk. Kita pilih jam."

Aku mula nak melangkah tapi pantas dia lelar tangan aku.
Aku tenung dia. 
Suka hati nak pegang-pegang tangan aku. Nasib berlapik.
Aku tarik lembut tangan aku dari cengkaman dia. 

"Kenapa?"

"Buat apa kat sini?"

Aku koyak senyum.
"Untuk awak lah."

Dia kerut dahi.
Tak faham gamaknya.

"Saya nak beli jam untuk awak. Hadiah. Sekarang ini, awak selalu beri hadiah kat saya tapi saya tak pernah nak belikan awak hadiah apa-apa pun. Tak mahulah begitu. Jadi, IQ saya sempat fikir nak beli hadiah jam saja lah. "

"Tak perlu. Saya tak perlukan hadiah dari awak. Saya hanya perlukan awak saja."

Aku geleng.

Laju aku melangkah masuk ke butik jam itu.
Rambang mataku dibuatnya dengan pelbagai jam tangan jenama mewah. 

Aku penat kumpul duit untuk beli jam tangan jenama mewah-mewah untuk anak orang kaya seorang ini. Selalu aku nampak dia sering memakai jam tangan TAG Heuer, Montblanc, Franck Muller tetapi aku tak pernah nampak dia pakai Rolex. Rolex mewah apa. 
Jadi, aku kumpul duit nak belikan dia jam Rolex. Mungkin dia tak pernah dengar kot jenama jam tangan tu. Tapi, tak logik jugak sebab baju dia pun mahal-mahal gila. Paul Smith, Hugo Boss, Armani,  Polo Ralph Lauren dan macam-macam jenama agaknya dalam almari dia. 

Jenama pasar malam ok apa. Aku beli baju pun kat pasar malam.

"Ariel, mari sekejap."
Panggil aku dan ku lihat dia tekun melihat jam yang berada di dalam gelas kaca lutsinar itu.
Dia mendekati aku.

"Cuba ini..."
Aku berikan dia  jam tangan yang cantik, tampak mewah untuk lelaki bergaya seperti dia.

Dia hanya merenung.
Aku angkat kening.

"Kenapa?"

"Rolex."
Jawab dia ringkas.

"Jadi?"

"Tak suka."

Aku pelik.
Tak suka Rolex.
Tapi, aku suka dan harganya murah sikit hari ini sebab ada diskaun. Hehehe...

"Cubalah dulu..."
Rayu aku raih simpati. 

Dia kerling aku lalu mengambil jam tangan tersebut dari tanganku. 
Dia mencuba di tangan dia dan tunjuk depan aku.

"Cantik. Saya beli yang ini ekkk?"

"Tak nak."

Cehh, orang beri hadiah tak mahu. Banyak songeh.

"Habis tu? Saya nak beli yang ini sebab ini ada diskaun. Jenama lain tak ada diskaun laa. Penat tahu saya kumpul duit nak beli hadiah untuk awak tapi awak tak mahu pula. Saya suka Rolex laaa... sebab dia cantik. Jam lain pun cantik juga tapi lebih bajet pula. Nanti-nanti saya kumpul duit lagi beli jam baru untuk awak ehhh."

Aku koyak senyum untuk dia.

"Dah suruh jangan beli tak nak. Nak juga."

"Sebab saya sayang awak."
Lancar saja ayat itu keluar dari mulutku. Pakcik Cina yang duk memerhatikan drama kami pun turut tersengih, Inikan Ariel. Lagilah memanjang tersengihnya macam kambing.

"Ok. Saya nak jam Rolex tu. Saya suka Rolex"

Aku cebik bibir. 
Tiba-tiba terus suka. Lelaki sungguh lah dia ni.

"Uncle, nak yang ini."

"Ok."
Pakcik Cina itu mengambil jamtangan dari tangan Ariel.

Dia dah senyum depan aku.
Aku buat tak tahu.
Suka lah tu.

###

"Sampai bila nak tenung saya?" Suara yang sedikit kasar itu mengejutkanku. Langsung tercantas lamunanku yang panjang. Baru terasa kakiku sudah kebas kerana terlalu lama duduk di bangku ini. Pinggang juga sudah terasa lenguh bila kenangan itu berlalu pergi dari minta. 

"Tak ada. Rindu jam tangan tu." Aku muncungkun mulut kearah jam tangan di tangannya.

Dia tersenyum.
"Dah tu, bangun. Kaki tu dah mengeletar dah sebab lama sangat duduk." Lenganku ditarik lembut membantu aku bangkit berdiri bersama dia.

"Ingat apa tadi?"
Tanya dia lembut. Wajahnya menunduk merenung wajahku yang sudah malu.

"Awak." jawabku tulus.

"Rindu saya ke?" soalnya lagi. Aku mengangguk.

"Sama kat sini juga. Tapi..."
Dia buat muka suspens.

"Kenapa?"

Dia kalih pandangannya ke keluarga kami yang bersuka-ria berbual sesama mereka.
Aku turut mengikutinya.

"Kita tak jadi kahwinlahh, Ima. Maaf."
Tenang dia menjawab tanpa perasaan.
Aku mendongak memandang wajahnya rapat.

"Tipu..."

"Tak. Betul."

"Sebab apa?"

"Ima..."

Aku kerut dahi.
Tak faham pula.

"Ima? Kenapa dengan saya pula?"

Dia senyum memandang wajahku.
Tudungku dibetulkan lembut.

"Ima... Ariel cinta Ima sangat-sangat. Macam hujan lebat. Macam banjir kilat. Macam susu pekat. Macam pita pelekat. Walaupun Ariel tahu Ariel punya wajah yang kacak melekat-lekat sehingga Ima hampir jadi cecair. Walau Ima tahu Ariel ada hati keras, tapi sebenarnya hati Ariel macam cecair likat disebabkan Ima. Ima... kita kahwin esok. Tak ada majlis besar-besar sekadar jamuan kecil-kecil saja. Nak?"

Aku tergelak.
Ayat copycat!
Jap... Esok?

"Ariel... betul-betul lahhh. Jangan main-main. Esok?"

Dia angguk.
Aku geleng tak percaya.

"Ma, pa, betul ke Ima kahwin esok? Ariel cakap."
Jerit aku kuat tak peduli orang sekeliling sambil tanganku tuju dia.

"Betul lahh. Dia kata kamu yang tak menyempat nak kahwin sangat. Jadi dia setuju. Kami pun setuju ajelah." Mama jerit kuat.
Yang lain sudah memandang kami dengan senyuman yang penuh makna.

Aku cakap?
Aku tenung dia tajam.

"Menipu kan?"

Dia sengih.

"Ima, promise me?"

"What?"

"Be my wife forever and ever. Selalu di sisi saya selamanya."

Aku beri dia thumbs up. Akan ye...
Dia senyum. 

"Dan, awak juga promise saya akan menjadi suami saya selamanya?"
Aku pula yang soal.

"Promise."
Dia angkat tangan kanannya seperti bersumpah ikrar.

Aku gelak.

"Promise."

"Sayang saya walau dah tua?"

"Promise."

"Tak sia-siakan saya? Walaupun dah pakai gigi palsu? Dah berkedut seribu?"

"Promise."

"Untuk segalanya?"

"Promise, Ima. I'll be with you until my last breath. Ok?"

Yakin dia menjawab dan juga menyakinkan aku bahawa aku memang sayangkan Ariel Amar selamanya-lamanya.


-The Ends-
____________________________________


4 comments:

  1. Kisah satu hari jatuh kasih(: Hahaha... Tudaaa

    ReplyDelete
  2. Sweet,romantic ! Ahh,nak guna pendekatan ni laa nk usha Ali balik.. huhu T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Ohmai Hani!! Pendekatan apakah?! Behave... Hani(:

      Delete

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...