#Suntikan Semangat#

Saturday, 13 December 2014

Trouble Maker[2]


Aku ketap bibir. Naik hangin pulak dengan Obeng ni. Muka cemberut, mata tu pula nak menjuling aje kerjanya. Bukannya comel pun. Tak tergugat langsung iman ni. 

"Jom ikut orang beli barang. Nak jugak coklatnya. Merengek tak tentu fasal. Nanti merungut kat Hajah pastu Hajah marah-marah orang yang punyalah baik hati ni. Tak bersyukur ke, Obeng? Dapat 'nanny' penyabar macam ni?"  Aku berdiri depan Obeng. Tenung mata dia dalam-dalam. Bagi kecut perut dia. 

Obeng mencebik. 
Dia balas tenungan mata aku dan aku terundur kebelakang sedikit. Bukan sebab mata Obeng ni garang sangat tapi... tapi... dia ni mendekat sangat dengan aku. Seram maa...
Agak-agaklah Obeng kalau nak melawan sister besar ni.

"Tahu takut... Hehehe..." 
Obeng tergelak. Gelak jahat dan kuat pulak tu. Dan... dan... aku dapat bau yang dia sengaja gelak. Sengaja buat aku seram. Sengaja buat jantung aku berdegup kencang dan nak meletup.

Obeng pusing belakang. Matanya ralit memandang Mak Som yang sibuk mengusik bunga-bunga milk Hajah Jariah. Macam-macam jenis bunga yang ada kat laman rumah tu dan kalau ada sehelai daun yang kena petik oleh Obeng atau Mak Som pun Hajah Jariah boleh perasan.

Sayang gila dengan bunga dia tu. Bukannya berlian pun kan?

Aku berjalan ke kabinet dapur dan periksa barang-barang yang tiada nak buat kek coklat nanti. Obeng pula dah hampiri aku dan dah berdiri sebelah pun. Dia senyum senget dan dia dekat sangat. Sangat dengan aku yang dah nak pengsan ni. 

"Jauh-jauh sikit, boleh?"
ujar aku sambil gerak jauh dari Obeng yang dah tersenyum sinis. Sungguh menyakitkan hatilahhh... Rasa nak tembak ni. 

"Kenapa?"
Obeng tanya dengan muka tak bersalah malah dia boleh dengan sengaja duduk dekat-dekat dengan aku padahal dah kena halau pun tadi. Sakit hati tahu?

"Tak elok duduk dekat-dekat ni."
Aku pandang wajah Obeng. Kenapalah lelaki kacak macam ni ada fobia. Siap kena ada penjaga pulak tu dan selama aku perhatikan dia. Obeng tak pernah buat perkara yang tak senonoh atau membahayakan diri sendiri tapi kenapa Haji dan Hajah risau sangat ekkk?

"Kita bukan duduk kan? Bukan kita tengah berdiri ke ni?"

Aku ketap bibir tahan geram. Ada saja jawapan dia nak menjawab. Tak pernah nak mengalah langsung. Jawapan mudah faham aku tu pun dia sengaja nak belitkan otak dia yang dah memang terbelit-belit tu. Wayar entah ke mana. 

"Memanglah tapi duduk ke berdiri ke, boleh tak Obeng diri 10 meter dari orang?"

Obeng kerut dahi. Mukanya dah memang blur sungguh. 
Ohmai... memang sakit hati. 
Sengaja atau tak sengaja ni?

"Faham tak?" Aku tulis senarai barang yang perlu dibeli nanti. Banyak tu... butter, serbuk koko, susu cair, choclate emulco, whipping cream dan sebenarnya hampir semua bahan tak ada kat rumah ni sebab Haji dan Hajah mana ada makan kek-kek ni semua.

Obeng ni haaa yang nak sangat tiba-tiba. Macam budak kecik sungguh lahhh... 

Obeng gelak. Tapi kali ni gelak sopan.
"You kalau marah, comel kan?"

Puji aku ke? Tanya aku jugak ke? Jawapan aku...

"Comel kan? Tahu tu... Orang ni kalau buat apa-apa reaksi tetap comel sokmo. Hahaha..." Aku tersenyum dan bangga dengan diri sendiri. 

"Angkat bakul sendiri. You ni perasan jugak ekk. Tanya aje bukannya suruh jawab pun dan tak sangka juga you jawab. " Obeng berlalu pergi keluar dari ruang dapur. Aku sengih sendiri. 

"Yaya... bila kamu nak pergi beli barangnya?" Mak Som masuk dengan muka yang berpeluh. Berjemur sungguh lah Mak Som ni. 

"Kejap lagi kot."

Mak Som menggeleng kepalanya. "Pergi lekas nanti lambat pula nak buatnya. Cepat panggil si Obeng tu."

Aku meangguk sahaja. Mak Som memang tak suka kalau aku balik lewat. Risaulah, takut bahayalah nanti, apa-apa buruk berlaku nantilah... Pusing kepala aku je Mak Som ni. AKu ni tahulah nak jaga diri. Dah lama hidup kat KL ni sorang-sorang. Elok aje. 

"Yelahh... Yaya nak panggil Obeng jap. Nanti Yaya terus pergi ye."

"Hmmm."

Aku berlalu keluar dan kakiku laju menaiki tangga ke tingkat paling atas. Tingkat di mana terletaknya hanya bilik Obeng sahaja di ruang tersebut. Ada kolam renang lagi tahu. Mewah dahh macam ruang tamu mewah villa ni pula bilik si Obeng tu. 

Aku ketuk pintu bilik Obeng yang berukiran seolah-olah satu pasangan yang berdiri menghadap laut mungkin dan sungguh cantik. Aku suka melihatnya. Nampak damai saja pintu bilik ni.

Pintu terkuak sedikit tapi orangnya tak muncul. Aku tinjau sedikit ke dalam bilik. Pandang keliling tapi tiada kelibat Obeng dalam bilik ini. Aku keluar kembali kepalaku. 
Mana dia ni pergi ekk? Tak akan nak masuk kot. Tak baik kan?

"Obeng... nak ikut orang tak beli barang?"

Senyap.

"Obeng... orang nak pergi ni. Nak ikut tak?"

Senyap juga tanpa jawapan menyapa. 

Kaget. 
Tarik nafas kemudian terus masuk ke dalam. Betul-betul berdiri depan pintu bilik dan tangan kananku masih memegang tombol pintu. Takut apa-apa jadi nanti boleh terus lari saja. Obeng tu bukannya boleh percaya sangat sebab otak dia pun bukannya boleh pakai sangat. Dah terlampau kuning carik dah otaknya tu. 

"Obeng..."
"Obeng... jawablah bila orang panggil. Tak dengar ke?"
"Obeng... jangan buat orang risaulah."
"Obeng... jangan macam ni. Keluarlah. Orang tak mahu main hide and seek lah."

Aku dah mula panik.
Obeng tanggungjawab aku kalau terjadi apa-apa kat Obeng. Aku yang salah nanti. Teruk kena saman nanti. 

Aku mula melangkah ke depan dan mataku meliar memandang sekeliling bilik yang luas ini. Mataku melekat pada sebuah lukisan yang sangat cantik. Sungguh... sungguh menakjubkan bila melihat sebuah hasil seni yang sangat cantik dan menarik pada pandangan aku. 

Lukisan wajah aku. 
Aku yang sedang tersenyum melihat ikan-ikan di kolam ikan. Berdiri dengan gaun labuh berwarna coklat kemasan. Aku yang ketika itu sedang memikirkan Obeng. Obeng yang pelbagai kerenah, Obeng yang degil, Obeng yang menyusahkan, Obeng yang manja, Obeng yang jahat dan Obeng yang menyakitkan hati. Aku langsung tak sedar sesiapa yang melihat aku. Langsung tak perasaan. 

Aku tersentuh hati. 
Duduk terjelepuk di atas lantai sambil tanganku menyentuh perlahan lukisan itu. 

Obeng... kenapa?

"Apa yang you buat dalam bilik ni, hah?" 
Suara yang kasar, tegas dan garang menjengah telingaku. Aku pantas berdiri menghadap dia yang sedang elok berpakaian lengkap jeans lusuh dan kemeja T. Segak. 

"Boleh Yaya tanya sesuatu?"
Aku lihat wajah Obeng yang sentiasa bersih tanpa sebarang kumis atau janggut di wajahnya. Sentiasa bercukur dan menjaga kebersihan. 

Obeng tidak menjawab. Mengiyakan tidak, mengeleng pun tidak. Senyap membisu. 
Aku tari nafas dalam. 

"Kenapa lukis wajah Yaya? Kenapa Yaya? Apa Obeng nak?" 
Tiga soalan serentak. Aku keliru. Aku buntu. 
Aku tahu Obeng tidak suka lukis wajah orang dan dia lebih gemar melukis pandangan sahaja. Dan aku juga tahu dari Hajah Jariah, jika Obeng lukis wajah seseorang dia ada hati dengan pemilik wajah itu. Dan... aku sungguh tak percaya.

Tapi kali ini aku pening. 
Obeng takut kenangan lama dan kenangan lama itu adalah aku.
Kenapa Obeng ulang sekali lagi?
_____________________________

Dah sambung...(:


1 comment:

My mom with two Calon Menantu

Hai morning, just nakshare how excitednya my mom bila this two men datang rumah last  saturday.  Actually my mom like macam boleh kata every...